You are on page 1of 5

PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1

IMAN DAN HAL-HAL BERHUBUNG


DENGANNYA
1. Pengertian Iman daripada segi bahasa dan istilah:
Bahasa : yakin dan percaya.
Istilah : ikrar (ucapan) dengan lidah,
membenarkan ucapan itu dalam hati dan
mengamalkan dengan anggota badan.

2. Tiga kepentingan iman, iaitu:
Iman mendorong seseorang beramal soleh.
Iman menjadikan seseorang berakhlak mulia.
Iman menjadi benteng seseorang daripada
melakukan perkara maksiat dan mungkar.

3. Tiga perbuatan merosakkan iman ialah:
Melakukan perbuatan yang syirik kepada Allah.
Tidak melaksanakan suruhan Allah.
Sentiasa bergelombang dengan perkara maksiat
dan mungkar.

4. Tiga cara iman boleh terbatal serta contoh:
Melalui Hati. Cth: mengaku dalam hati bahawa
ada tuhan lain selain Allah.
Melalui Perkataan.Cth: memaki dan menghina
ajaran islam dan sunnah Rasulullah s.a.w..
Melalui Perbuatan.Cth: menyembah berhala.

5. Lima peringkat iman, iaitu:
Iman Taklid : iman ikut-ikutan.
Iman Ilmu : iman yang berasaskan ilmu semata-
mata, tetapi tidak meresap dalam hati.
Iman Aiyan : iman yang melekat dalam hati.
Iman Hak : iman yang terlepas daripada hawa
nafsu.
Iman Hakikat : iman tertinggi yang dimiliki
oleh manusia.

6. Empat amalan menyuburkan iman ialah:
Istiqamah dalam melakukan ibadat kepada
Allah
Membaca al-Quran.
Sentiasa berzikir kepada Allah.
Menjaahi perkara maksiat dan mungkar.

7. Tiga gaya hidup orang beriman ialah:
Sentiasa melakukan ibadat kepada Allah.
Berakhlak mulia.
Menjauhkan diri daripada perkara maksiat dan
mungkar.

8. Tiga janji Allah kepada orang beriman:
Mendapat kebahagiaan hidup di dunia.
Mendapat balasan syurga di akhirat.
Hatinya akan sentiasa tenang dan sejahtera.

9. Tiga peranan iman dalam kehidupan seseorang
ialah:
Iman mendorong seseorang melakukan ibadat.
Iman menjadikan seseorang berakhlak mulia.
Iman mencegah seseorang daripada melakukan
maksiat dan mungkar.

10. Tiga ciri iman yang sempurna ialah:
Seseorang itu sentiasa beristiqamah melakukan
ibadat kepada Allah.
Seseorang itu melakukan sesuatu dengan ikhlas
kerana allah.
Seseorang itu takut melakukan maksiat kepada
Allah.

11. Lima perkara membatalkan iman ialah:
Syirik
Kufur
Riddah
Khurafat
Nifak
Sihir

12. Tiga faktor iman seseorang boleh terbatal:
Jahil dengan pengetahuan agama.
Tepedaya dengan kemewahan hidup dunia.
Terpengaruh dengan kepercayaan nenek
moyang atau budaya-budaya luar.

13. Pengertian SYIRIK ialah:
Menyengutukan Allah S.W.T. dengan benda-
benda lain.

14. Bahagian syirik serta contoh:
Syirik Jali (jelas dan nyata). Contoh:
menyembah berhala.
Syirik Khafi (tersembunyi). Contoh:Sifat
riak,takbur dan ujub.

15. Tiga kesan perbuatan syirik ialah:
Dosa tidak akan diampunkan Allah Selama-
lamanya.
Pahala amlan yang dibuat sebelumnya akan
terhapus.
Di akhirat kekal dalam neraka.

16. Pengertian KUFUR daripada segi bahasa dan
istilah ialah:
Bahasa: Enggan, Ingkar.
Istilah: Tidak percaya kepada Allah s.w.t. dan
menolak segala ajaran yang dibawa oleh nabi
Muhammad saw.
17. Bahagian-bahagian kufur ialah:
Kufur Hakiakt: ingkar @ menafikan rukun
iman @ menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.s.w..
BAHAGI AN AKI DAH

Kufur Nikmat: Mengingkari Pencipta @ Allah
sebahagian pember nikmat kepada manusia dan
makhluk ciptaan-Nya.
18. Empat jenis kafir dan layanan ke atas meraka:
Kafir Zimmi: kafir yang bernaung dibawah
pemerintahan islam dan patuh dengan undang-
undang yang ditetapkan oleh pemerintah islam.
Mereka hendaklah dilindungi dan tidak boleh
dicerobohi.
Kafir Mustaman: kafir yang
memohonperlindungan dengan orang islam.
Mereka mesti dilindungi dan tidak boleh
dicerobohi.
Kafir Muahhad: kafir yang membuat perjanjian
damai dengan orang islam. Mereka perlu
dilindungi dan tidak boleh dicerobohi.
Kafir Harbi: Kafir yang mengangkat senjata
melawan orang orang islam. Mereka wajib
diperangi dan tidak boleh dilindungi.
19. Pengertian RIDDAH ialah:
Keluar daripada ajaran islam.
20. Tiga tidakan ke atas orang murtad:
Menasihatinya agar kembali kepada Islam.
Beri peluang kepadanya bertaubat selama tia
hari.
Mengenakan hukuman bunuh jika enggan
kembali kepada islam.
21. Tiga cara orang menjadi murtad:
Melaui Hati beriktikad dalam hati bahawa ada
tuhan lain selain Allah.
Melalui Lidah mengucapkan dengan lidah
memeluk agama lain.
Melalui perbuatan melakukan perbuatan
seperti menyembah berhala.
22. Pengertian BIDAAH ialah:
Mengadakan sesuatu yang baru dalam bidang
agama yang sebenarnya tidak ada.
23. Dua bahagian bidaah seta contoh:
Biddah Hasanah: mengadakan maulidurrasul.
Bidaah Dalalah: Urusan agama diserahkan
kepada orang-orang bukan ahlinya.
24. Pengertian SIHIR ialah:
Satu ilmu atau ajaran dan amalan syaitan yang
bertujuan untuk menyesatkan akidah orang-
orang islam.
25. Tiga sebab sihir diharamkan Allah ialah:
Ia merosakkkan akidah umat islam.
Ia boleh menyebabkan persengketaan dalam
masyarakat.
Ia boleh melahirkan individu yang bersifat
zalim dan takbur.
26. Pengertian NIFAK ialah:
Orang yang pura-pura beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya tetapi sebenarnya tidak
menerima ajaran islam bahkan beriman dengan
tujuan tertentu.
27. Empat ciri orang munafik ialah:
Berakap bohong
Mungkir janji
Khinat kepada amanat yang diberi
Bertengkar yang melampau-lampau.
28. Tiga bahaya orang munafik ialah:
Akan memecah-belahkan masyarakat islam
Masyarakat tidak akan aman
Terjadi pergaduhan dan permusuhan dalam
masyarakat.
IMAN DAN
KEMANISANNYA(TAMBAHAN)
1. Iman diibaratkan sebagai mutiara kerana:
Ia adalah amat bernilai dalam kehidupan
manusia.
Ia sukar diperolehi.
Ia perluy dijaga setiap masa.
2. Ciri-ciri orang yang bertambah iman ialah:
Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah
dan Rasul-Nya.
Banyak melakukan ibadat sunat.
Menzalimi berzikir kepada Allah dan berfikir
tentang kebesaran-Nya.
3. Pengertian kemanisan iman ialah:
Berasa gembira dalam melakukan
ibadat,sanggup menanggung kepayahan demi
mandapat keredahaan Allah dan Rasul-Nya
serta mengutamakan Allah dan Rasul-Nya lebih
daripada harta benda dunia.
4. Syarat yang perlu ada dalam diri untuk mendapat
kemanisan iman ialah:
Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih
daripada segalanya.
Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
Benci kepada kekufuran sebagaimana bencinya
kepada api neraka.
5. Kesan mendapat kemanisan iman ialah:
Berasa lazat melakukan ibadat.
Membentuk diri berakhlak mulia.
Masyarakat hidup aman damai.
DOSA DOSA BESAR DAN TAUBAT
1. Pengertian DOSA IALAH:
Balasan buruk daripada Allah swt kerana tidak
patuh kepada perintah-Nya atau melakukan
larangan-laranganNya.
2. Beza antara dosa besar dan dosa kecil ialah:
Dosa Besar: Dosa yang ditntukan hukumnya
oleh Allah swt semasa di dunia atau dibalas
dengan azab yang pedih di akhirat.
Dosa Kecil: Kesalahan yang tidak ditentukan
hukumnnya semasa di dunia atau diazab
dengan seksaan yang pedih di akhirat.
3. Cara membersihkan dosa kecil ialah:
Melakukan ibadat dan amaln kebajikan seperti
ibadat-ibadat fardhu, ibadat sunat, beristigfar
dan sebagainya.
4. Cara membersihkan dosa besar ialah:
Bertaubat secara taubat nasuha (taubat yang
bersungguh-sungguh).
5. Lima contoh dosa besar ialah:
Menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
Mencuri.
Menipu.
Minum arak.
Berzina.
Makan riba.
6. Tiga sikap anak yang dianggap derhaka kepada
ibu bapa ialah:
Melawan percakapan mereka.
Meninggikan suara apabila bercakap dengan
mereka.
Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka.
Menyakitkan hati mereka.
7. Tiga sebab kita dilarang derhaka kepada dua ibu
bapa ialah:
Mereka memelihara kita daripada kecil hingga
dewasa.
Mereka menyediakan segala keperluan untuk
kita.
Mereka mendidik dan mengajar kita supaya
menjadi orang yang berguna.
8. Tiga balasan orang yang derhaka kepada dua ibu
bapa ialah:
Hidup tidak mendapat rahmat dan berkat
daripada Allah.
Sering ditimpah kesusahan.
Akan mendapat azab daripada Allah pada hari
akhirat.
9. Tiga sebab mencuri diharamkan iaitu:
Menimbulkan pergaduhan dalam masyarakat.
Menggangu ketenteraman awam.
Pencuri akan dipadang hina dan dibenci oleh
masyarakat.
10. Hukum islam ke atas pencuri ialah:
Dipotong tangannya.
11. Empat syarat sabit mencuri:
Pencuri itu sudah cukup umur dan sempurna
akal.
Sebab kecurian itu bukanlah kerana terlalu
lapar atau miskin.
Harta yang dicuri adalah kepunyaan orang
tertentu yang bernilai.
Orang yang mencuri itu hendaklah dengan
kemahuannya sendiri dan bukannya dipaksa.
12. Pengertian arak ialah:
Semua jenis minuman yang memabukkan dan
bolewh menghilang kewarasan akal fikiran.
13. Tiga keburukan minum arak ialah:
Menghilang kewarasan berfikir.
M,endorong diri melakukan perbuatan-
perbuatan keji.
Lupa tanggungjawab terhadap allah dan
rumahtangga.
14. Hukuman islam ke atas peminum arak:
Sebatan sebanyak 40-80 kali.
15. Empat syarat peminum yang dikenakan had
minum arak:
Peminum adalah orang yang sempurna akal.
Peminum sudah baligh.
Peminum melakukannya atas kehendak sendiri.
Peminum mengetahui bahawa apa yang
diminum itu memabukkan.
16. Tiga kesan pengambilan dadah terhadap individu
ialah:
Memudaratkan badan dan membawa maut.
Menghilangkan kewarasan berfikir dan
keupayaan diri.
Membebankan keluarga, masyarakat dan
negara.
Hilang maruah diri.
17. Tiga kesan pengambilan dadah terhadap
masyarat ialah:
Masyarakat menjadi mundur .
Menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.
Menjatuhkan ekonomi masyarakat.
Masyarakat dihantui masalah gejalah sosial
yang meruncing.
18. Tiga faktor pengambilan dadah ialah:
Kurang perhatian dan didikan ibu bapa.
Terpengaruh dengan kawan-kawan.
Kurang didikan agama dan moral.
Tekanan jiwa.
19. Tga cara mencegah dadah ialah:
Mengambil tindakan undang-undang ke atas
orang-orang yang terlibat.
Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang
dan perhatian terhadap anak-anak.
Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
bahaya dadah.
20. Pengertian zina, liwat dan musahaqah iaitu:
Zina: Persetubuhan haram tanpa nikah antara
lelaki dan perempuan.
Liwat: Hubungan jenis antara lelaki dengan
lelaki (homoseks).
Musahaqah: Hubungan jenis antara perempuan
dengan perempuan (lesbian).
21. Tiga sebab liwat, zina dan musahaqah
diharamkan ialah:
Mencemarkan maruah diri dan agama.
Akan dihinggapi berbagai-bagai jenis penyakit
seperti sifilis dan AIDS.
Berlaku gejala sosialyang meruncing dalam
masyarakat.
22. Tiga faktor barlakunya zina, liwat dan
musahaqah ialah:
Budaya pergaulan bebas.
Kurang didikan agam.
Kurang keiman kepada Allah swt.
Terpengaruh dengan budaya barat.
23. Hukum hudud ketas penzinamuhsan dan ghair
muhsan ialah:
Muhsan: direjam sampai mati.
Ghair Muhsan: disebat 100 kali.
24. Tiga syarat dikenakan had zina ialah:
Menyakini lelaki dan perempuan tersebut
melakukan zina.
Perbuatan tersebut disaksikan oleh empat orang
saksi lelaki yang adil.
Keempat-empat saksi tersebut melihat sendiri
perbuatan zina berkenaan.
25. Maksud membunuh diri ialah:
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan
roh daripada jasad sendiri.
26. Punca perbuatan membunuh diri ialah:
Putus asa dengan rahmat Allah.
Tidak menyakini kehidupan hari akhirat.
Menganggap dengan membunuh diri
menamatkan penderitaan.
27. Cara mengatasi perbuatan bunuh diri ialah:
Hendaklah yakin dengan rahmat Allah.
Berusaha memajukan diri lunas- lunas betul.
Mengingati dunia adalah tempat yang
sementara dan yang kekal adalah kehidupan
akhirat.
28. Pengertian riba ialah bunga atau pertambahan
terhadap sesuatu harta yang dipinjam disebabkan
pertambahan tempoh pembayaran pinjaman.
29. Dua bahagian riba serta contoh:
Riba al-Fidl: pertambahan yang berlaku
disebabkan pertukaran barangan yang sama
jenis. Contoh: sseorang menukar beras baru
daripada kawannya.
Riba al-Nasiah: pertambahan bayaran
disebabkan masa bayaran tertangguh. Contoh:
seorang berhutang sebanyak RM2000.00 dan
akan membayar dalam tempoh 6 bulan. Jumlah
yang mesti dibayar ialah RM2100.00 kerana
menangguhkan bayaran.
30. Tiga hikmat diharamkan riba ialah:
Riba merupakan satu penindasan dan
pemerasan golongan kaya terhadap golongan
miskin.
Mengelakkan berlakunya permusuhan dan
pergaduhan dalam masyarakat.
Mengelakkan manusia bersifat tamak dan
mementingklan diri sendiri.
31. Tiga faktor seseorang mengambil riba ialah:
Terpengaruh dengan kemewahan hidup dunia.
Kurang pendidikanb agama islam.
Dorongan oleh kemiskinan hidup dan
kesusahan yang dihadapi.
32. Maksud makan harta anak yatim ialah:
Menggunakan harta kanak-kanak yatim yang
belum baligh untuk keperluan diri sendiri,
bukan keperluan anak yatim tersebut.
33. Tiga kewajipan seseorang terhadap anak yatim:
Menjaga keselamatan dirinya.
Menggunakan hartanya untuk keperluannya.
Memberi bantuan dalam bidang pelajaran.
34. Tiga sebab islam melarang makan harta anak
yatim ialah:
Merka golongan yang tidak mempunyai tempat
bergantung.
Supaya tidak wujud kanak-kank yang terbiar
tanpa perlindungan.
Untuk melahirkan masyarakat yang
penyayangdan harmoni.
35. Tiga sebab islam melarang lari daripada medan
perang ialah:
Perbuatan tersebut mencemarkan kesucian
agama islam.
Menunjukkan umat islam pengecut dan lemah.
Memberi peluang kepada pihak musuh
menghancurkan islam.
36. Maksud qazaf ialah:
Menuduh perempuan yang baik melakukan zina
tanpa membawa empat orang saksi yang adil.
37. Tiga kesan perbuatan qasaf ialah;
Mencemarkan maruah pihak yang kena tuduh.
Menghancurkan masa depan tertuduh.
Pihak yang tertuduh akan mengalami tekanan
jiwa.
38. Tiga hikmat Allah melarang perbuatan qazaf
ialah:
Menghalang timbulnya penganiayaan yang
boleh menimbulkan permusuhan dalam
masyarakat.
Menjaga maruah seseorang perempuan.
Memastikan masyarakat berada dalam keadaan
aman dan harmoni.
39. Pengertian mengumpat dan memfitnah:
Mengumpat: mengata atau menceritakan
keburukan seseorang di masa ketiadaanya serta
boleh menimbulkan kemarahan apabila
dilakukan di hadapannya.
Memfitnah: melemparkantuduhan kepada
seseorang tanpa bukti.
40. Sebab berlakunya mengumpat dan memfitnah
ialah:
Ingin melihat orang lain menderita.
Takut persaingan hidup.
Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain.
41. Akibat mengumpat dan memfitnah ialah:
Berlaku permusuhan dan huru hara.
Masyarakt islam sentiasa mundur.
putus silaturrahim dan menghalang perpaduan.
42. Erti taubat daripada segi bahasa dan istilah:
Bahasa: kembali.
Istilah: kembali taat dan patuh kepada Allah
setelah menyesal melakukan dosa-dosa.
43. Empat rukun taubat ialah:
Menyesali dengan sebenarnya terhadap dosa
yang dilakukan
Berhenti daripada melakukan perbuatan
tersebut.
Bertekad tidak akan mengulangi pebuatan itu
lagi.
Meminta maaf, jika kesalahan itu dilakukan
melibatkan manusia.

You might also like