You are on page 1of 5

SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

adalah sifat HATI Terkeji,


.
Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di
dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya ( Menunjuk-nunjuk ).

Sifat-sifat Mazmumah

1. Syarrut taam (banyak


makan) Iaitu terlampau banyak makan atau
minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan
minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas
dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita
lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum
yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa
kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam
amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak


bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau
banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada
banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa
serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah) Ia bererti sifat pemarah, iaitu


marah yang bukan pada
menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Sifat pemarah adalah
senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai
sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya. Sifat pemarah yang
dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan
sesuatu sebab yang benar.
4. Hasad (dengki) Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh
orang lain hilang atau berpindah kepadanya. Seseorang yang bersifat
dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak
ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam
sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang
kepada Allah subhanahu wataala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan
berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya
menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan
kerosakan.

5. Bakhil (kedekut) Iaitu menahan


haknya daripada dibelanjakan atau
digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama. Nikmat yang
dikurniakan oleh Allah subhanahu wataala kepada seseorang itu
merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu
orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi
sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang
dikehendaki oleh Allah subhanahu wataala. Lebih-lebih lagi dalam
perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat,
mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka
menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi
agama.

6. Hubbul jah (kasihkan


kemegahan) Iaitu kasihkan kemegahan,
kebesaran dan pangkat. Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat
kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana
Allah. Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu
helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu
membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan


dunia) Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai
perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa
sebarang kebajikan di akhirat. Banyak perkara yang diingini oleh
manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara
perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh
agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat. Oleh yang demikian,
kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut
sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan
kewajipan-kewajipan kepada Allah. Namun begitu, menjadikan dunia sebagai
jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong) Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan


sombong dan bongkak. Orang yang takabbur itu memandang dirinya
lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta
memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur
ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah
dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada
agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. Ujub (bangga
diri) Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih
sempurna. Orang yang bersifat ujub adalah orang yang timbul di
dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih
sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau
sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya
melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka
timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain
dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya (menunjuk-nunjuk) Iaitu


memperlihatkan dan menunjuk-
nunjuk amalan kepada orang lain. Setiap amalan yang dilakukan
dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan
menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-
mata. Orang yang riya adalah sia-sia segala amalannya kerana
niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada
manusia.
Sifat dan akhlak yang terkeji adalah seperti berikut:

1. Tidak mencintai kaum mukmin sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.


2. Tidak merendah diri atau tidak tawadhu'
3. Sifat dendam kesumat.
4. Tidak bercakap benar.
5. Suka marah.
6. Sifat dengki dan hasad.
7. Tidak mahu menerima nasihat.
8. Suka mengumpat dan mengejek-ejek orang lain.
9. Tidak mahu menerima atau tunduk kepada kebenaran.

10. Tidak mahu mengambil sesuatu manfaat dari sesuatu ilmu pengetahuan.
11. Menganggap orang lain lebih rendah darinya.
12. Memandang hina dan memperkecil / memperlekeh orang lain

10 SIFAT MAZMUMAH
1. Ghadab - marah
2. Hasad Dengki

3. Bakhil - kedekut

4. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"

5. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"

6. Hubb al-Jah - Gila Kuasa

7. Hubb al-Dunya - Gila Dunia

8. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri

9. Takabbur - Sombong

10. Riya' - menunjuk-nunjuk.

10 SIFAT MAHMUDAH
1. Taubat- kembali drp keburukan ke kebaikan
2. Khauf takutkan Allah

3. Zikr al-Maut - Ingat Mati


4. Mahabbah - kasih sayang
5. Zuhud memiskinkan diri
6. Tawakkal - berserah
7. Ikhlas- melakukan sesuatu kerana Allah
8. Syukur memuji Allah dengan segaala nikmat
9. Redha- menerima dengan senang apa yang diberi
10. Sabar. dengan segala ujian

You might also like