You are on page 1of 27

Isu Murtad di Malaysia

Daripada: Kumpulan 3
ROHAZLI BIN HASHIM (DF200038)
ISMA NUR HAFIZAN BIN ISMAIL (DF200002)
MUHAMMAD AKMAL AFIQ BIN IBRAHIM (CD200216)
MUHAMMAD YUSUF ABADI BIN MD ZAID (DF200023)
MUHAMMAD FAKHRI AIMAN BIN ROSDI (DE200034)
MUHAMMAD ‘ARIF KHAIRIN BIN MOHD FAUZI (CD200199)
Pengenalan
Objektif Kajian
1. Mengkaji faktor-faktor berlakunya pertukaran agama (murtad) dalam
kalangan masyarakat Islam
2. Mengenalpasti kesan terhadap pertukaran agama (murtad)
3. Mengetahui cara-cara untuk mengelakkan orang Islam untuk menukar
agama ke agama lain
4. Mengenalpasti hukuman yang dikenakan kepada pesalah murtad yang
ingin menukar agama Islam ke agama lain
Metodologi Kajian
Dapatan Kajian
Kesimpulan
• Kepelbagaian bentuk serangan akidah pada hari ini mesti ditangani dengan segera. Begitu juga dengan
pelbagai isu yang dibangkitkan di atas memerlukan jawapan dan penyelesaian.
• Oleh itu para cendiakawan Islam mesti mencari jalan keluar kepada kemelut ini. Jika tidak ia akan
menjadi barah yang akan menghakis 30 kesucian akidah Islamiah dan meruntuh sistem sosial umat
Islam secara perlahan-lahan.
• Isu murtad sering menjadi perhatian oleh segenap lapis masyarakat di Malaysia. Isu tersebut sering
dikaitkan dengan Hak Kebebasan Beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan
sebagai undang-undang tertinggi negara. Malah tidak terdapat peruntukan yang jelas mengenai
undang-undang murtad di Malaysia. Peruntukan yang diberikan berkaitan kesalahan tersebut turut
bersifat berbeza mengikut negeri-negeri di Malaysia.
• Justeru itu, terdapat keperluan untuk menyeragamkan undang-undang berkenaan murtad di Malaysia
bagi membendung masalah murtad daripada berleluasa. Di harapkan penyeragaman undang-undang
murtad di Malaysia dapat mengukuhkan lagi kedudukan Islam sebagai agama utama negara. Justeru itu,
isu permasalahan murtad di Malaysia seharusnya ditangani seperti mana yang dicadangkan di dalam
kertas ini. Sokongan dan usaha daripada semua pihak dalam menggembleng tenaga diperlukan dalam
menjayakan penyeragaman undang-undang murtad di Malaysia.
Pendahuluan
• Tajuk kajian yang dipilih oleh kumpulan kami ialah “Isu Murtad di
Malaysia”. Melalui tajuk tersebut, kami merasa terpanggil untuk memilih
tajuk ini sebagai kajian kami dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan
Pengajian Islam kerana tajuk ini berkait rapat dengan isu semasa yang
sering berlaku pada zaman kini di Malaysia mahupun di luar Malaysia.
• Merujuk pemilihan tajuk kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji faktor-
faktor berlakunya pertukaran agama (murtad) dalam kalangan masyarakat
Islam. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan-kesan
pertukaran agama (murtad) terhadap diri sendiri mahupun masyarakat
sekeliling. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui langkah-langkah
untuk mengelakkan orang Islam berniat untuk menukar agama selain
agama Islam serta hukuman yang perlu dikenakan terhadap orang yang
telah murtad.
Latar Belakang Kajian
Pengertian Murtad:
Murtad atau Riddah dalam perkataan bahasa Arab yang
ar i s egi membawa maksud beralih dari sesuatu ke sesuatu yang lain
D
a
bahas

Menurut undang-undang Islam, murtad bermaksud beralih


egi daripada memeluk agama Islam kepada memeluk agama lain
Dari s atau anutan yang lain.
Istilah

Mengikut mazhab Imam Syafie, murtad ialah memutuskan


egi Islam dengan niat atau ucapan kufur atau dengan perbuatan
Dari s
Istilah sama ada perkataannya secara mengejek, ingkar atau
iktikadnya.
Latar Belakang Kajian
Murtad merupakan seburuk-buruk kekufuran sepertimana yang dirakamkan melalui
firman Allah SWT dari Surah al-Nahl ayat 106 yang menyatakan bahawa:

“Barangsiapa kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali
orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), tetapi
orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan
mereka akan mendapat azab yang besar.”
Latar Belakang Kajian
Imam Syafie R.A juga pernah berkata:

“Seorang tsiqah (adil dan rapi dalam periwayatan hadis) dari kalangan sahabat kami
memberitahu, dari Hammad, dari Yahya bin Sa’id, dari Abu Umamah bin Sahl
Hanif, dari Uthman bin Affan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak halal
bagi darah seorang Muslim kecuali dengan salah satu dari tiga, iaitu ketidakpercayaab
setelah beriman, berzina setelah berkahwin dan membunuh nyawa seseorang (yang
bermaksud bukan kerana orang yang terbunuh harus dibunuh kerana dia membunuh
seseorang).”
Pernyataan Masalah
• Gejala murtad merupakan satu isu yang sangat sensitif bagi kalangan masyarakat yang
beragama Islam di Malaysia kerana pelaku murtad dianggap melakukan sesuatu
kesalahan yang sangat besar terhadap agama dan umat Islam kesuluruhannya kerana
telah mencemarkan imej Islam yang syumul dan sejahtera.
• Isu murtad semakin berleluasa di negara Malaysia sekarang ini. Hal ini demikian
kerana undang-undang di Malaysia tidak menjalankan hukum hudud seperti yang
dijalankan di beberapa negara Islam seperti Arab Saudi, Afghanistan, Indonesia,
Sudan dan Brunei.
• Merujuk kajian yang dilaksanakan, terdapat beberapa punca yang menyebabkan
berlakunya jenayah murtad dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita yang
berkait rapat bagi mengkaji dengan lebih terperinci tentang permasalahan yang
berlaku ini.
Pernyataan Masalah
• Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti tentang kesan-kesan masalah murtad kepada
diri sesorang itu bertekad untuk keluar dari agama Islam.
• Di samping itu, melalui kajian ini, kita dapat mengetahui tentang langkah-langkah
yang sepatutnya dilakukan untuk mengatasi masalah jenayah murtad di Malaysia
• Oleh itu, kajian yang dijalankan ini sangat penting bagi membendung masalah murtad
dalam kalangan masyarakat beragama Islam yang boleh menjatuhkan maruah agama
Islam di mata masyarakat yang bukan beragama Islam sekiranya kita tidak memberi
hukuman yang setimpal terhadap masyarakat yang beragama Islam yang berniat dan
tekad untuk keluar dari agama Islam.
Perbincangan dan
Perbahasan
Menurut Perspektif Islam
• Antara faktor yang menyumbangnya berleluasanya jenayah murtad dalam kalangan Muslim di
Malaysia ialah jauh daripada pegangan ajaran agama Islam. Segelintir masyarakat Muslim
di Malaysia mahupun di mana sahaja berada mulai berasa ajaran yang terkandung dalam al-
Quran sebagai pedoman hidup harian manusia sudah tidak realistik mengikut peredaran
zaman.
• Antara kesan jenayah murtad dalam kalangan masyarakat Islam dari segi individu menurut
perspektif Islam adalah apabila seseorang Muslim murtad akan dinafikan beberapa
hak yang berkaitan dengan harta dan kekeluargaan seperti larangan penggunaan
harta. Harta seseorang yang murtad perlulah diletakkan di bawah pengawasan pemerintah
dan digunakan untuk kemaslahatan umat.
• Antara langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung masalah murtad dalam kalangan
masyarakat Islam adalah dengan mendalami ilmu agama lebih terperinci melalui
ceramah keagamaan, menghayati ilmu al-Quran dan sebagainya. Pada hari ini setiap individu
sudah diberikan peluang yang seluas-luasnya dalam menuntut ilmu, namun tanpa panduan
agama yang kukuh, pastinya mereka akan mudah terpengaruh dengan pemikiran yang
menyesatkan.
Menurut Perspektif Islam
• Menurut perspektif Islam bagi mengenalpasti hukuman yang dikenakan
kepada pesalah murtad adalah diperintahkan bertaubat (istitab).
• Menurut Muhammad al-Syarbini, seseorang Muslim yang murtad perlu
diberikan nasihat dan kaunseling, serta diminta bertaubat beberapa kali.
Jika enggan bertaubat walaupun setelah diperintah berulang kali, maka
dia layak dihukum bunuh. Tempoh masa untuk bertaubat mengikut
jumhur ulama adalah selama tiga hari tiga malam.
• Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa
seseorang pesalah murtad diberikan peluang selama kira-kira 20 hari agar
kembali bertaubat. Apabila seseorang yang murtad itu kembali sedar dan
cenderung bertaubat, serta kembali kepada ajaran Islam, taubatnya
diterima dengan mengucapkan semula dua kalimah syahadah dan
mengakui kesalahan yang telah dilakukannya.
Dalil Al-Quran
• Salah satu faktornya ialah muncul idealisme dari Barat yang menyesatkan dalam
pemikiran masyarakat Muslim seperti pluralisme agama, sekularisme, liberalisme dan
orientalisme. Propaganda dari media Barat bertujuan untuk merosakkan Islam melalui
tohmahan dan cacian terhadap ajaran Islam. Media di Barat dan juga di beberapa buah negara
umat Islam mendakwa Nabi Muhammad SAW ialah pereka cerita dongeng, manakala
masyarakat Arab ialah golongan yang mempunyai keinginan syahwat yang tinggi.
• Antara kesannya terhadap individu itu sendiri ialah secara tidak langsung, dalam hal
hubungan kekeluargaan pula, seseorang yang murtad akan terpisah dengan suami
atau isteri, dan akad perkahwinan tersebut akan tergantung.
• Langkah bagi mengatasi berlakunya isu murtad di kalangan orang Islam adalah kelompok
NGO di Malaysia terdiri dari pelbagai pertubuhan. Ada yang ditubuhkan disebabkan
persamaan dari sudut agama, aliran pemikiran dan sebagainya. Kelompok ini juga bebas
mengadakan program, kempen dan pelbagai aktiviti selagi mana ia tidak bertentangan dengan
undang-undang negara.
Dalil Al-Quran
• Hukuman bunuh terhadap orang yang murtad tidak disebut secara
khusus dalam nas al-Quran. Hanya hukuman di akhirat sahaja disebutkan
jika berlaku tindakan murtad. Beberapa nas al-Quran berikut menjelaskan
perkara ini:
1. Amalan kebaikan akan terhapus dan dihumbankan ke dalam neraka. Al-
Quran menyatakan mafhumnya yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam
kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah
(2): 217).
Dalil Al-Quran
2. Penggantian dengan golongan yang lain. Al-Quran menyatakan mafhumnya yang
bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak
Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya,
yang bersikap lemah-lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir,
yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.” (Surah al-
Maidah (5): 54).
Dalil Al-Quran
3. Laknat Allah terhadap orang yang murtad. Al-Quran menyatakan
mafhumnya:
“Bagaimana Allah akan memberi hidayah akan suatu kaum yang kafir sesudah mereka
beriman, serta mereka telah mengakui bahawa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan
keterangan-keteranganpun telah datang kepada mereka? Dan Allah tidak menunjuki hidayah
akan orangorang yang zalim. Mereka itu balasannya ialah bahawa sesungguhnya laknat Allah
ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.
Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan siksa daripada mereka, dan tidak (pula) mereka
diberi tangguh. Kecuali orang-orang yang bertaubat, sesudah (kafir) itu dan mengadakan
perbaikan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali
‘Imran (3) : 86-89).
Hadis (As-Sunnah)
• Antara faktor berlakunya isu murtad dalam kalangan umat Islam ialah kurang
pendidikan dan pentarbiahan agama Islam. Kekuatan umat Islam pada
zaman dahulu adalah dari hasil daripada asas didikan agama yang sangat kuat.
Generasi para sahabat Nabi Muhammad SAW, tabiin dan salafussoleh telah
ditarbiah melalui pendidikan dan tarbiah keimanan yang mantap sehingga mereka
sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keunggulan agama Islam.
• Terputus hak pewarisan harta di antaranya dengan kaum kerabatnya
merupakan salah satu kesan ke atas orang yang telah murtad. Sekiranya salah
seorang daripada anggota ahli keluarga meninggal dunia dan dia masih dalam
keadaan murtad, maka dia tidak dapat mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis
Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Tidak mewarisi orang Muslim akan orang
kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang Muslim.” (Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim). Di dalam hal pengurusan jenazah pula, hak pengebumian dan
pengurusan jenazah secara Islam akan terbatal selama mereka murtad.
Hadis (As-Sunnah)
• Terdapat beberapa riwayat hadis yang menjelaskan hukuman bunuh
terhadap orang yang murtad.
• Antara hadis pertamanya ialah hadis menyatakan bahawa pertukaran
agama mewajibkan hukuman bunuh (al-Bukhari dalam Fath al-Bari 1998)
yang bermaksud:

Dari Ibnu Abbas Radiyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang menukar ag amanya maka hendaklah kamu semua
membunuhnya.”
Hadis (As-Sunnah)
2. Tidak halal darah seorang muslim melainkan tiga perkara (al-Bukhari dalam Fath
al-Bari 1998) yang bermaksud:

“Tidak halal darah seorang individu muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan
melainkan Allah dan sesungguhnya aku pesuruh Allah melainkan dengan salah satu
daripada tiga iaitu jiwa dengan jiwa, orang yang berzina dan individu yang
berpisah dengan agamanya meninggalkan jamaah.”
Hadis (As-Sunnah)
3. Kisah Mu’adh ibn Jabal Radiyallaahu 'anhu menziarahi Abu Musa al-
Asy’ari Radiyallaahu 'anhu. Ketika itu terdapat seorang lelaki yang diikat.
Apabila diberitahu kepada Mu’adh Radiyallaahu 'anhu bahawa lelaki
tersebut menganut agama Islam kemudian dia murtad menjadi Yahudi,
maka Mu’adh Radiyallaahu 'anhu berkata (al-Bukhari dalam Fath al-Bari
1998) yang bermaksud: “Saya tidak duduk hingga dia dibunuh. (Ini) keputusan
Allah dan rasul-Nya. Ucapan Mu’adh Radiyallaahu 'anhu sudah pasti
bersandarkan kepada Nabi SAW dan ia dihukum sebagai satu hujah.” (Ali
Jumu’ah 2004). Ini kerana para sahabat adalah adil. Sifat adil ini menjadikan
mereka tidak berdusta apatah lagi atas nama Nabi SAW.
Pandangan Ulama
• Kejahilan masyarakat Muslim tentang keunggulan peraturan yang
terkandung dalam agama Islam mer upakan salah satu faktor
berlakunya isu murtad. Umat Islam tidak menyedari bahawa Islam
diturunkan untuk mengesahkan penyembahan mereka hanyalah kepada
Allah yang Maha Esa bagi menghapuskan penyembahan manusia
terhadap dalam segala bentuk manifestasinya.
• Golongan ulama perlu memainkan peranan yang lebih sinergi
dalam mendidik dan memberi kefahaman kepada generasi baru
berkaitan bahaya gejala yang merosakkan akidah ini terutamanya
gejala murtad kini agar mereka lebih berwaspada dengannya. Golongan
ini juga perlu turut bekerjasama dengan agensi-agensi Islam dalam
memurnikan pemikiran umat Islam yang menyeleweng terutama tentang
salah faham yang berlaku terhadap agama Islam hari ini.
Pandangan Ulama
• Pandangan para ulama mengenai hukuman terhadap orang yang murtad adalah Hudud ialah
hukuman yang ditentukan daripada hukum syarak tanpa keharusan untuk penambahan atau
pengurangan Manakala takzir ialah hukuman yang tidak ditentukan daripada hukum syarak
(Mustafa al-Khin 2008). Jenayah yang dikategorikan dalam hukuman hudud tidak banyak.
Hukuman tersebut ialah zina, qazaf, meminum arak, mencuri, rompakan, pemberontakan
dan murtad (Mohd. Said Ishak 2001). Kesalahan murtad yang dikategorikan sebagai satu jenayah
dalam hukuman hudud merupakan pendapat majoriti para ulama. Pendapat para ulama yang
menyatakan bahawa murtad termasuk dalam hukum hudud hendaklah dinilai dalam beberapa
sudut. Antaranya lafaz had yang tidak menjurus kepada hukuman. Lafaz plural bagi lafaz had ialah
hudud. Lafaz ini disebut dalam al-Quran sebanyak empat belas kali. Namun tiada satu ayat pun di
dalam al-Quran menyatakan bahawa had difahami sebagai hukuman. Sebaliknya had diertikan
sebagai syariah dan hukum Allah (Taha Jabir 2008).
• Berbeza pula halnya dengan wanita, menurut mazhab Hanafi dan sebahagian ulama, wanita
yang murtad tidak dibunuh, sebaliknya dipenjarakan dan diminta kembali bertaubat dan
mematuhi ajaran Islam.
Kesimpulan
• Ibu bapa diberi peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka tentang ilmu agama
Islam dengan lebih mendalam supaya mereka tidak mudah terpesong dengan dakyah yang dikeluarkan
oleh orang bukan beragama Islam. Penerapan ilmu agama Islam dapat memperkukuhkan akidah
seseorang itu terhadap pencipta-Nya.
• Ibu bapa perlulah sentiasa memantau hal aktiviti harian anak-anak mereka dengan siapa mereka
bergaul dan tidak terlalu memberi kelonggaran mereka untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya
mereka kerana berkemungkinan rakan sebaya mereka yang bukan beragama Islam boleh menghasut
anak-anak remaja untuk berpaling tadah dengan akidah terhadap agama Islam.
• Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca berlakunya perubahan akidah sesorang umat Islam.
Sebagai seorang Muslim yang sejati, sekiranya ade rakan beragama Islam yang berniat untuk menukar
agama lain, kita perlulah memberi nasihat dan kaunseling kepada mereka tentang azab yang akan
diterima di akhirat sekiranya murtad dari agama Islam.
• Jikalau rakan tersebut tidak mahu mendengar nasihat kita, kita perlulah melaporkan kepada pihak
berkuasa seperti JAKIM untuk membanteras isu murtad ini. Berkemungkinan pihak JAKIM akan
melaksanakan prosedur atau jalan terbaik untuk rakan tersebut untuk bertaubat dan berpegang teguh
dengan ajaran Islam.
Thank You

You might also like