You are on page 1of 38

PENGAJIAN ISLAM

UQI10102 / UQI10602
SEMESTER 1, SESI 2022/2023

TUGASAN (BERKUMPULAN)
TAJUK: Keluarga dan Sosial Islam: Cabaran Semasa dan Penyelesaian

Disediakan oleh:

NAMA AHLI NO. MATRIK


NURUL SYAFIQAH FARHANAH BINTI ANWAR AI220356
SYAHIRAH ADIBAH BINTI ESA CI220074
NUR ALYA ADLINA BINTI MOHAMAD LAZI AI220381
NURIN NAJWA BINTI MUHAMMAD AZHAR CI220078
NUR HUSNA ALIA BINTI ONN CI220072
HASNIFA SYARMILLA BT OMAR AI220359
SITI NURHAZIQAH BINTI MOHD HILMI AI220374
NUR AQILAH AZIZAH BINTI NORDIN CI220127
NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMAD SANI CI220066

PENSYARAH : PN SHARIFAH KHADIJAH BINTI SYED ABU


BAKAR
SEKSYEN : 29
NAMA KUMPULAN : ANNISA’
TARIKH HANTAR : 30 DISEMBER 2022
PENDAHULUAN

Pada 16 Disember 2022, satu webinar telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum(PPUK) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kami telah mengikuti secara atas
talian melalui platform facebook yang bertajuk Keluarga dan Sosial Islam: Cabaran Semasa dan
Penyelesaian bermula pada pukul 08.45 pagi - 11.00 pagi. Ceramah disampaikan oleh Dr Mohd
Izwan Bin Md. Yusof iaitu Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti
JAKIM. Objektif wacana yang kami perolehi daripada perbincangan tersebut adalah sebagai
agama yang praktikal, Islam merupakan panduan cara hidup dari segala aspek kehidupan
termasuk seksualiti manusia. Walaupun Islam mengesahkan hubungan seksual dalam
perkahwinan sebagai suatu nikmat dan salah satu daripada rahmat Allah SWT kepada insan,
namun pada waktu yang sama Islam menegah sekeras-kerasnya melakukan hubungan seksual
luar nikah. Islam akan menghukum mereka yang terlibat dengan jenayah seks seperti zina, rogol
dan liwat. Selain itu, kisah mengenai umat Nabi Lut a.s. yang melakukan penyelewengan akhlak
mereka dan dakwah Nabi Lut a.s. kepada umatnya agar dibersihkan perlakuan mereka yang
salah, penolakan dakwah oleh umatnya serta menerangkan azab dan seksa ke atas umatnya. Hal
ini kerana dalam al-Quran telah disebutkan oleh Allah SWT mengenai kisah tentang umat Nabi
Lut a.s. sebanyak 27 kali. Seterusnya, mengenai kecelaruan identiti menurut Islam (Orientasi
Seksual). Al-Qal’ajiy memberikan takrif liwat seperti persetubuhan seorang lelaki dengan lelaki
lain pada duburnya, sementara itu menurut Al-Sayyid Sabiq, al-Sihaq merupakan pergeselan
kelamin di antara seorang perempuan dengan perempuan yang lain tanpa memasukkan sesuatu
ke dalam faraj.

2
KANDUNGAN

Sebagai agama yang praktikal, Islam merupakan panduan cara hidup dari segala aspek
kehidupan termasuk seksualiti manusia. Sebagai seorang muslim, kita beruntung kerana
dilahirkan sebagai seorang muslim dan Islam yang kita anuti ini dianggap sebagai agama yang
benar yang akan menjamin keselamatan kita dunia dan akhirat. Islam menegas sekeras-kerasnya
untuk kita melakukan hubungan seksual luar nikah, Islam akan menghukum mereka yang
melakukan jenayah seks seperti zina, rogol dan liwat. Apabila disebut mengenai keluarga, Islam
juga mengesahkan yang dikatakan naluri manusia sebagaimana yang dikatakan oleh Allah SWT
di dalam Surah An-Naba yang bermaksud “Dan kami ciptakan kamu berpasang-pasangan”
bermaksud jikalau lelaki pasangannya adalah perempuan dan perempuan pasangannya adalah
lelaki. Maka, fitrahnya adalah berlainan jantina.

Isi yang diterangkan dalam wacana adalah berkenaan kecelaruan identiti menurut islam
atau dikenali sebagai orientasi seksual iaitu di mana al-Qal’ajiy yang bermaksud liwat seperti
persetubuhan seorang lelaki dengan lelaki lain pada duburnya dan Al Sihaq yang bermaksud
pergeselan kelamin di antara seorang perempuan dengan perempuan yang lain tanpa
memasukkan sesuatu ke dalam faraj. Dalam ayat al-Hujurat, ayat 13, telah mengatakan bahawa
jantina seseorang itu adalah faktor dalam riwayat hidupnya dari lahir hingga meninggal dunia.
Islam telah menetapkan jantina kerana islam mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi
oleh lelaki dan perempuan dari segi hak yang berbeza.

Terdapat juga kecelaruan identiti dalam umat dan telah disabda oleh Rasulullah SAW
bahawa ‘Jika seseorang melakukan amalan kaum Lut, bunuhlah pelaku dan orang yang
dilakukan perlakuan itu’. Kisah Nabi Lut telah mengajar kita bahawa umatnya yang melakukan
penyelewengan akhlak dan telah didakwah oleh Nabi Lut sendiri yang memberitahu bahawa ia
adalah perlakuan yang salah tetapi umatnya masih menolak dakwah Nabi Lut dan telah ditimpa
azab oleh Allah SWT. Rasulullah sangat melaknat lelaki yang menyerupai perempuan ataupun
perempuan yang menyerupai lelaki kerana ia adalah perbuatan yang tidak harus dilakukan oleh
lelaki atau perempuan.

3
Kecelaruan identiti ini dijadikan budaya oleh orang barat kerana mereka tidak
menganggap hal ini suatu kesalahan malah ada yang menyokong perbuatan ini sehingga
menjadikan ia sebagai satu pegangan hidup yang tetap. Antara panggilan yang digunakan adalah
lesbian, gay, biseksual dan transgender dimana lesbian dikenali sebagai kaum perempuan yang
tertarik dengan perempuan manakala gay adalah kaum lelaki yang tertarik dengan lelaki lain.
Biseksual pula dikenali sebagai seseorang yang tertarik kepada lelaki dan perempuan dan yang
terakhir adalah transgender iaitu seseorang yang berjantina berlawanan dengan ciri fizikalnya.

Terdapat banyak kajian berkaitan isu kecelaruan identiti di Malaysia tetapi mereka tidak
menunjukkan perbuatan mereka tentang pilihan mereka kerana takut tidak disokong oleh
persekitaran mereka sendiri. Kajian terdahulu juga mengatakan bahawa Malaysia mempunyai
tiga golongan iaitu golongan pertama, golongan kedua dan golongan ketiga. Golongan pertama
ini dikenali sebagai golongan yang telah berubah dan memerlukan sokongan daripada orang
sekitar mereka. Manakala golongan kedua dikenali sebagai golongan yang masih terlibat tetapi
masih mempunyai rasa kesal terhadap perbuatan mereka sendiri dan berusaha untuk mencari
jalan keluar. Golongan ini sangat memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat dalam
membantu mereka cuba menjauhkan diri dari perbuatan perbuatan yang lebih mengundang
kearah kecelaruan identiti ini. Golongan terakhir iaitu golongan ketiga pula adalah golongan
yang yakin ketertarikan seksual sesama jenis adalah suatu perkara yang telah ditakdirkan dan
tidak merasakan untuk melakukan sebarang perubahan. Golongan ketiga ini adalah golongan
yang perlu ditentang dan dicegah kerana ia adalah golongan yang paling berat dan sangat
dikhuatiri.

Terdapat banyak faktor perlakuan LGBT ini terjadi seperti pola asuhan dimana didikan
seseorang itu di rumah tidak begitu baik sehingga berlaku tindakan yang tidak sepatutnya.
Contohnya, seorang bapa tidak berada di rumah dan tidak menjadi dominan dalam keluarga. Ini
menyebabkan anak-anak berfikir ibu merupakan model yang perlu diikuti. Ibu bapa yang terlebih
melindungi anak daripada berkawan dengan golongan berlainan jenis juga faktor berlakunya
LGBT. Selain itu, pengalaman hitam juga boleh dikaitkan kerana seseorang itu mungkin pernah
dirogol atau diliwat dan menjadikannya takut atau ketagihan untuk cenderung terhadap
perbuatan tersebut. Pornografi juga salah satu asbab yang kuat kerana apabila seseorang individu
itu sering melihat perkara-perkara begitu, mereka akan mula ketagih dan berani melakukan

4
tindakan yang dilihat. Kecelaruan identiti ini masih boleh dirawat walaupun seseorang itu sudah
berada dalam tahap kritikal contohnya seorang individu itu dibawa ke kaunseling dan dibetulkan
emosinya sendiri. Ia akan dinasihatkan dan diterapkan hidup secara sihat serta diingatkan tentang
isu kematian. Apabila emosi dan fikiran seorang individu itu mula sihat dan bersih, dia akan
mampu hidup seperti biasa iaitu seperti manusia normal.

Selain itu, cara yang efektif adalah terapi holistik iaitu dengan mengurangkan efek
kecanduan pronografi dan memutuskan diri dengan sosial media supaya dijauhkan diri untuk
melihat perkara-perkara sedemikian. Seseorang itu perlu digalakkan melakukan amalan sunnah
seperti berpuasa untuk mengurangi dorongan seksual kerana berpuasa menurut Nabi dalam
hadis, merupakan benteng untuk diri. Selain itu, seseorang itu perlu mencampurkan diri dengan
lingkungan positif supaya tiada pengaruh buruk. Jika seseorang itu tidak memulihkan dirinya
sendiri dan mencuba untuk berjumpa pakar, dia mungkin akan terus cenderung menjalani hidup
sebagai seorang gay dan homoseksual. Seseorang itu juga mungkin akan melakukan cubaan
untuk membunuh diri atau bernikah untuk menutup maruah keluarga. Ada juga individu yang
tidak berjumpa pakar tetapi mampu mengawal diri dan mengubah dirinya sehingga menjadi
seorang yang soleh dan hidup bahagia.

Akhir sekali, terdapat beberapa aspek yang diperolehi melalui pengisian program
mukhayyam yang dilakukan bersama kumpulan LGBT, antaranya ialah kesedaran kerohanian.
Program ini dapat membantu menyedarkan golongan LGBT ini dengan memuhasabahkan diri
mereka bahawa kita ialah hamba Allah yang akan kembali kepadaNya dan menemukan
kematian. Kesedaran kerohanian ini bertujuan untuk membimbing golongan LGBT menghadapi
cabaran hidup serta kembali kepada kehidupan fitrah. Selain itu, program ini juga dapat
membimbing mereka ke jalan yang benar dengan memberikan pendedahan dan bimbingan
tentang pengetahuan agama bagi melaksanakan tuntutan agama, salah satunya ialah ilmu Fardu
Ain. Kesedaran kesihatan juga dapat dilaksanakan dengan memanggil doktor pakar HIV untuk
memberi peringatan tentang penyakit kelamin dalam melakukan hubungan seksual sejenis seperti
jangkitan HIV, terutamanya untuk golongan gay dan transgender. Di samping itu, program ini
juga menjemput wakil-wakil daripada pusat zakat dan baitulmal memberi motivasi diri dan
bimbingan kerjaya kepada golongan LGBT. Mereka ini menyediakan modal dan memberikan
zakat kepada golongan LGBT ini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bina

5
perniagaan kerana kebanyakan daripada golongan LGBT ini terdiri daripada golongan asnaf Al-
Riqab. Aktiviti luar juga turut dilaksanakan dalam program ini untuk menarik minat golongan
LGBT menyertai program antaranya kumpulan(LDK), sukaneka dan quiz agar berlakunya
interaksi antara urusetia dan peserta LGBT yang ingin berubah.

ETIKA ATAU NILAI YANG DIPEROLEHI

NAMA: SYAHIRAH ADIBAH BINTI ESA


NO. MATRIK: CI220074

Etika atau nilai yang diperoleh daripada wacana adalah berkasih sayang. Hal ini disebabkan
salah satu faktor terjadinya LGBT adalah pola asuhan iaitu kurangnya kasih sayang yang
diberikan atau diamalkan dalam keluarga. Keluarga merupakan aspek yang utama dalam agama
Islam dan merupakan salah satu daripada enam perkara yang penting dalam Islam, iaitu iman,
amal soleh, akhlak mulia, keluarga, sosial dan ekonomi. Menurut Islam, keluarga merupakan
institusi yang sangat penting dalam menentukan arah dan tujuan hidup seseorang.

Kasih sayang dan belaian dalam kekeluargaan merupakan fitrah kehidupan yang menjadi
dambaan setiap manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka memerlukan perhatian
sebagai pemangkin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Namun bukan semua kemahuan dan
idaman dapat dinikmati. Ada manusia yang hidup penuh dengan derita dan duka lara. Tidak
kurang juga yang kehilangan kasih sayang di kala mereka amat memerlukannya daripada insan
tersayang. Kehilangan kasih sayang terutamanya daripada ibu bapa dan keluarga kian menjadi
kebiasaan pada masa kini. Kesibukan mengejar kemewahan, pangkat dan kedudukan menjadikan
manusia lupa tanggungjawab dan kewajipan kepada anak-anak dan keluarga.

“Fatherless” atau mudah difahami dengan kurang penglibatan bapa dalam keluarga oleh faktor
tiada di rumah kerana dipenjara, ke luar negeri untuk mencari nafkah membuatkan anak-anak
berfikir bahawa bapa bukan keperluan dominan dalam keluarga. Anak-anak akan terus
beranggapan ibu merupakan figura atau model yang boleh hidup dan menanggung keluarga
tanpa keperluan seorang suami di sisi. Hal ini mendorong mereka mencari pasangan sesama
jantina kerana mereka sudah menetapkan difikiran yang mereka boleh menjalani kehidupan

6
seharian tanpa pertolongan golongan berlainan jenis. Seterusnya, mereka akan bergantung
kepada pasangan mereka untuk mendapatkan kasih sayang yang diperlukan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bukanlah termasuk golongan kami orang
yang tidak menyayangi yang muda, tidak menghormati yang tua, dan tidak mengerti hak ulama
kami.” Riwayat Ahmad (5/323) dan al-Bazzar (2718). Bersandarkan hadis Rasulullah SAW,
apabila ibu bapa mempunyai perasaan kasih serta sikap prihatin kepada anak-anak mereka akan
sentiasa menjalankan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Bahkan, perlakuan kasih
sayang ibu bapa akan mencerminkan akhlak yang mulia kepada anak-anak, sekali gus
menjadikan mereka manusia yang berbudi kepada ibu bapa apabila dewasa kelak.

Penglibatan ibu bapa dalam memberikan kasih sayang sepanjang pembesaran anak-anak dapat
mengurangkan wujudnya LGBT. Hal ini kerana anak-anak dapat melihat dan merasai fitrah
kebahagiaan dalam keluarga yang bapa merupakan dominan dan figura yang melengkapi
sesebuah keluarga. Selain itu, kasih sayang dapat membantu anak-anak merasa aman dan
terlindungi. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab melahirkan dan mengamalkan kasih sayang
sesama ahli keluarga kerana nilai kasih sayang amat penting bagi seseorang muslim dalam
menjalani kehidupan seharian. Perasaan yang berupa fitrah ini akan mendatangkan kesan positif
kepada kehidupan anak-anak agar mereka membesar sebagai manusia yang bersyukur kepada
Penciptanya.

7
NAMA : NURUL SYAFIQAH FARHANAH BINTI ANWAR
NO MATRIKS : AI220356

Selain itu, etika atau nilai yang dapat diperolehi daripada wacana tersebut ialah bijak dalam
memilih rakan sebaya. Seperti yang kita ketahui bahawa manusia diciptakan untuk saling hidup
berdampingan dan berpasangan, begitu juga dalam memilih seorang teman atau sahabat sebagai
pendamping hidup kita yang mana nantinya akan menjadi jambatan bagi kita untuk bertemu
semula dalam syurga Allah. Terdapat hadis yang menjelaskan tentang bagaimana kita harus
memilih sahabat yang baik. Rasulullah SAW bersabda :

“Perumpamaan teman yang baik dan jahat adalah seperti orang yang membawa minyak wangi
dan tukang besi. Yang membawa minyak wangi, boleh jadi dia memberimu, atau kamu membeli
daripadanya , atau paling tidak kamu mendapatkan harum semerbak daripadanya. Adapun
tukang besi, boleh jadi bajumu terbakar kerananya, atau kamu mendapatkan bau busuk
daripadanya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menjelaskan bagaimana kita harus selektif dalam memilih sahabat. Jika kita
berteman dengan orang yang baik, maka banyak kebaikan yang akan kita peroleh seperti orang
yang membawa minyak wangi yang menyebarkan keharuman dari minyak wangi tersebut.
Namun sebaliknya, salah pergaulan boleh memicu terjadinya LGBT. Ketika kita berteman
dengan orang yang termasuk dalam golongan LGBT, ada kecenderungan untuk kita akan
menjadi seperti golongan tersebut tanpa kita sedari dan hal itu akan menjadi penyebab
kehancuran diri kita sendiri dan lingkup pertemanan yang menjadi tidak baik.

8
NAMA : NUR AQILAH AZIZAH BINTI NORDIN
NO MATRIKS : CI220127

Etika atau nilai yang dapat saya perolehi berdasarkan perbincangan program ini adalah amatlah
penting peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan
didikan agama kepada anak-anak sejak daripada kecil lagi. Hal ini kerana disebabkan kesibukan
kerja ibu bapa, mereka secara tidak sengaja telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
ibu bapa. Kerana kesibukan kerja tersebut, anak-anak merasakan diabai, sunyi atau kurang kasih
sayang. Disebabkan itu, anak-anak cuba untuk menagih kasih sayang daripada orang sekeliling
mereka. Sebagai contoh, mereka bergaul dengan rakan-rakan dengan tujuan ingin
menghilangkan rasa sunyi tersebut atau ingin mendapatkan kasih sayang tetapi telah terpesong
dari jalan yang benar. Maka, terjadilah perbuatan atau hubungan yang dimurkai Allah SWT
seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-A'raf (80-84):

َ ‫﴾ ِإنَّ ُك ْم لَتَْأتُونَ الرِّ َج‬٨٠﴿ َ‫اح َشةَ َما َسبَقَ ُكم بِهَا ِم ْن َأ َح ٍد ِّمنَ ْال َعالَ ِمين‬
‫ال‬ ِ َ‫ال لِقَوْ ِم ِه َأتَْأتُونَ ْالف‬
َ َ‫َولُوطًا ِإ ْذ ق‬
‫اب قَوْ ِم ِه ِإاَّل َأن قَالُوا َأ ْخ ِرجُوهُم‬
َ ‫﴾ َو َما َكانَ َج َو‬٨١﴿ َ‫ْرفُون‬ ِ ‫ون النِّ َسا ِء ۚ بَلْ َأنتُ ْم قَوْ ٌم ُّمس‬
ِ ‫َشه َْوةً ِّمن ُد‬
﴾٨٣﴿ َ‫َت ِمنَ ْالغَابِ ِرين‬ َ ‫﴾ فََأ‬٨٢﴿ َ‫ِّمن قَرْ يَتِ ُك ْم ۖ ِإنَّهُ ْم ُأنَاسٌ يَتَطَهَّرُون‬
ْ ‫نج ْينَاهُ َوَأ ْهلَهُ ِإاَّل ا ْم َرَأتَهُ َكان‬
َ‫َوَأ ْمطَرْ نَا َعلَ ْي ِهم َّمطَرًا ۖ فَانظُرْ َك ْيفَ َكانَ عَاقِبَةُ ْال ُمجْ ِر ِمين‬

Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun
dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah
kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata:
"Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka Kami
selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia
dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu

9
yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan
kesalahan.

Terdapat satu peristiwa dimana kisah kaum Nabi Lut a.s. dan balasan Allah SWT ke atas
perbuatan mereka, Nabi Lut a.s. senantiasa mengingatkan dan mengajak mereka untuk
meninggalkan perbuatan keji itu, menjauhi perbuatan maksiat dan mungkar, dan beriman kepada
Allah SWT kerana Allah SWT tidak redha dengan amalan mereka yang bertentangan dengan
fitrah manusia.

Orang yang berbuat baik dan beramal soleh akan mendapat balasan dan syurga di akhirat,
manakala orang yang melakukan keburukan akan dibalas dengan memasukkannya ke dalam
Neraka. Nabi Lut a.s. menyatakan perbuatan ini bertentangan dengan fitrah dan hati nurani
manusia dan menyalahi hikmah yang terkandung dalam penciptaan manusia yang diciptakan
kepada dua jenis iaitu lelaki dan perempuan. Tetapi golongan peliwat ini mereka masih
melakukan segala aktiviti yang tidak bermoral dan mungkar. Kemudian, Nabi Lut a.s. telah
memohon kepada Allah SWT agar diberikan azab yang paling keras kepada seluruh penduduk
Sadum kerana tidak mahu mengikuti jalan yang benar dengan beribadah kepada Allah SWT dan
terus melakukan perbuatan keji.

Disebabkan oleh kaum Nabi Lut a.s. berkeras tidak mahu bertaubat maka Allah SWT
menurunkan azab, terjadilah gempa bumi dahsyat disertai angin dan hujan batu yang
menghancurkan kota Sodom beserta seluruh penghuninya.

۟ ُ‫ِإنَّا ُمنزلُونَ َعلَ ٰ ٓى َأ ْه ِل ٰهَ ِذ ِه ْٱلقَرْ يَ ِة رجْ ًزا ِّمنَ ٱل َّسمآ ِء بما َكان‬
َ‫وا يَ ْف ُسقُون‬ َِ َ ِ ِ

Artinya: "Sesungguhnya Kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini karena
mereka berbuat fasik." (Q.S Al-Ankabut: 34)

10
NAMA : NUR HUSNA ALIA BINTI ONN
NO. MATRIK : CI220072

Etika dan nilai yang saya perolehi daripada wacana ialah didikan ilmu agama. Pendidikan agama
ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan jati diri seorang muslim. Selain
itu, ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak tentang ilmu agama dari mereka
kecil lagi agar mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Sebagai
contoh, didikan agama seperti solat,membaca Al-Quran, puasa dan lain-lain lagi perkara yang
ada dalam Islam boleh menjauhkan diri kita dari mengabaikan Allah dan dijauhi perkara yang
memudahkan kita tersesat dan terpesong di jalan yang haram.

Rasulullah SAW bersabda:

‫ ِل‬¢‫ حُبِّ نَبِيِّ ُك ْم َوحُبِّ اَ ْه‬: ‫ا ٍل‬¢‫ص‬ َ ‫ث ِخ‬ ِ ‫وْ ا اَوْ اَل َد ُك ْم َعلَى ثَاَل‬¢¢ُ‫ اَ ِّدب‬: ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ِ‫ قَا َل َرسُوْ ُل هللا‬: ‫ض َي هللاُ َع ْنهُ قَا َل‬
ِ ‫ع َْن َعلِ ٍّي َر‬
َّ ‫َأ‬ ْ ‫َأ‬ ْ ‫َأ‬
َ ‫بَ ْيتِ ِه َو قِ َر ةُ القُرْ ِن فَِإ َّن َح ْملَةَ القُرْ نُ فِ ْي ِظ ِّل هللاِ يَوْ َم اَل ِظ ٌّل ِظلهُ َم َع اَ ْنبِيَاِئ ِه َواَصْ فِيَاِئ ِه‬
) ِ‫(ر َواهُ ال َّد ْيلَم‬

Maksudnya : Dari Ali R.A ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Didiklah anak-anak kalian
dengan tiga macam perkara yaitu mencintai Nabi kalian dan keluarganya serta membaca Al-
Qur’an, karena sesungguhnya orang yang menjunjung tinggi Al-Qur’an akan berada di bawah
lindungan Allah, diwaktu tidak ada lindungan selain lindungan-Nya bersama para Nabi dan
kekasihnya” (H.R Ad-Dailami)

Di samping itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak ilmu agama tentang haramnya LGBT
dalam Islam. Ibu bapa juga perlu memberitahu dan menerangkan kepada anak-anak tentang
LGBT iaitu lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan jantina yang sejenis kerana
ianya dilaknat oleh Allah seperti kisah umat Nabi Lut A.S.

11
NAMA : NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMAD SANI

NO. MATRIK : CI220066

Satu etika atau nilai yang diperolehi dari pelaksanaan wacana ini ialah kita hendaklah berusaha
menjauhi perkara-perkara yang dilarang Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T melarang
hamba-Nya untuk mendekati sesuatu yang bisa menyebabkan perzinaan. Firman Allah S.W.T
dalam al-Quran surah Al-Isra ayat 32, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.
Perilaku LGBT ini terdapat unsur-unsur kekejian dan dosa perzinaan, bahkan lebih parah dan
keji daripada perzinaan. Sebagaimana Allah terangkan dalam al Quran maksudnya: “Dan Nabi
Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk
alam ini sebelum kamu?” Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu
syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas” (Surah Al-‘Araf 7: ayat 80-81). Bahkan Rasulullah (SAW) juga telah memberi panduan
yang jelas tentang cara melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran secara
bersungguh-sungguh mengikut kemampuan diri iaitu menerusi hadisnya yang bermaksud
"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan
tangannya(perbuatan), apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum
mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-
lemahnya iman" (Hadis riwayat Muslim).

12
NAMA: NURIN NAJWA BINTI MUHAMMAD AZHAR
NO. MATRIK: CI220078

Di dalam sesebuah keluarga, ibu bapa ada peranan yang amat penting dalam mendidik anak-anak menjadi
seseorang yang lebih baik. Didikan dan akhlak seorang anak adalah berdasarkan ajaran seorang ibu bapa.
Nilai yang saya perolehi berdasarkan wacana ini adalah nilai prihatin. Apa yang kita boleh kaitkan nilai
prihatin dan isu LGBT ini adalah seseorang yang terpesong dengan perkara LGBT adalah disebabkan
sikap ibu bapa yang tidak ambil peduli terhadap anak-anak. Pengaruh terhadap LGBT ini juga adalah
disebabkan oleh ibu bapa yang sering mengabaikan anak-anak menyebabkan anak-anak mereka anak-
anak mereka bebas melakukan semua perkara dan mudah terpengaruh kerana dia bimbingan yang baik
dari seorang ibu atau bapa. Antara perkara yang boleh mengelakkan daripada anak-anak mudah
terpengaruh terhadap sesuatu perkara yang tidak elok adalah ibu bapa perlu mengetahui perkembangan
anak-anak dan juga apa yang anak mereka lakukan sama ada dirumah atau di sekolah. Cara untuk
mengetahui perkembangan anak-anak adalah dengan sentiasa bertanyakan apa yang mereka lakukan dan
dengan siapa mereka bergaul sama ada lelaki ataupun perempuan. Selain itu, ibu bapa juga perlu
mengenali dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan dari situ kita oleh menilai sama ada anak-anak
kita mempunya rakan yang baik atau tidak. Jika ibu bapa sentiasa prihatin dan mengambil tahu setiap
perkara terhadap anak-anak, maka anak-anak ini akan merasakan diri mereka sentiasa dilindungi dan
tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang atas nasihat ibu bapa.

Sesungguhnya kita harus memelihara diri sendiri dan juga keluarga daripada melakukan perkara yang
dilarang oleh Allah seperti yang terkandung di dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 :

ٌ‫يٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُوْ ا قُ ْٓوا اَ ْنفُ َس ُك ْم َواَ ْهلِ ْي ُك ْم نَارًا َّوقُوْ ُدهَا النَّاسُ َو ْال ِح َجا َرةُ َعلَ ْيهَا َم ٰۤل ِٕى َكة‬S
ٰ َ‫ِغاَل ظٌ ِشدَا ٌد اَّل يَ ْعصُوْ نَ هّٰللا َ َمٓا اَ َم َرهُ ْم َويَ ْف َعلُوْ نَ َما يُْؤ َمرُوْ ن‬

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras,
yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.

13
NAMA : NUR ALYA ADLINA BINTI MOHAMAD LAZI
NO. MATRIK : AI220381

Etika atau nilai yang dapat saya perolehi daripada wacana yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin
Mohd Yusof adalah untuk sentiasa berusaha dalam menghadapi ujian. Sebagaimana yang dibincangkan,
cara hidup LGBT yang tertanam dalam minda masyarakat kini boleh dikatakan sebagai suatu ujian besar
daripada Allah yang perlu mereka hadapi di dunia ini. Apatah lagi dengan penambahan populasi golongan
yang mengamalkan perkara tersebut, lebih ramai umat Islam yang terpengaruh dengan gaya hidup ini.
Namun, masyarakat Islam tidak seharusnya menyerah kalah terhadap nafsu mereka untuk melakukan
hubungan sama jenis ini. Sebaliknya, mereka perlu teruskan usaha untuk melawan bisikan syaitan dan
keinginan nafsu mereka daripada menyelubungi minda mereka, demi keimanan terhadap Allah Ta'ala.
Hal ini kerana, jika mereka berputus asa, secara tidak langsung mereka telah berputus asa terhadap rahmat
Allah, yang pasti memberi bantuan kepada makhluk-Nya yang meminta pertolongan-Nya. Seperti firman
Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 69:

َ‫َوالَّ ِذينَ َجاهَدُوا فِينَا لَنَ ْه ِديَنَّهُ ْم ُسبُلَنَا ۚ َوِإ َّن هَّللا َ لَ َم َع ْال ُمحْ ِسنِين‬

Maksudnya: "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang
yang berbuat baik."

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang-orang yang berusaha untuk menjauhi dosa demi mendapat
keredhaan Allah, pasti akan diberi petunjuk untuk ke jalan yang benar. Maka, walau berapa lama pun
seseorang itu perlu menghadapi perasaan-perasaan tarikan kepada yang sama jenis, lelaki dengan lelaki
mahupun perempuan dengan perempuan, atau perasaan tidak berada dalam badan fizikal yang betul,
contohnya lahir sebagai seorang perempuan namun berada seperti seorang lelaki yang terperangkap
dalam badan perempuan, sebagai umat Islam kita mestilah percaya terhadap janji Allah yang akan
membawa kita ke jalan yang benar, selagi kita cuba melawan perasaan-perasaan tersebut kerana
bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, tidak kira jangka masa yang perlu hadapi ujian ini, biarpun
bertahun-tahun lamanya, kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk berusaha kekal di
jalan yang lurus dan benar selama nyawa masih ada dalam badan. Pernyataan tersebut mungkin akan
mengejutkan sesetengah orang, namun bila difikirkan balik, kita sememangnya mempunyai
tanggungjawab untuk menunaikan solat seumur hidup kita, dan solat itulah yang membantu kita untuk
melawan perbuatan keji. Tambahan lagi, Allah pasti akan mempermudahkan urusan umat Islam untuk
menghadapi ujian tersebut.

14
Kesimpulannya, umat Islam yang menghadapi perasaan-perasaan berpunca daripada gaya hidup LGBT
ini perlulah sentiasa berusaha untuk melawan dan menjauhi perasaan dan perbuatan tersebut. Hal ini
kerana apabila mereka cuba berlawan perbuatan berdosa tersebut untuk kekal di jalan benar, maka Allah
pasti akan memberi pertolongan kepada mereka agar tidak tergolong dalam masyarakat LGBT yang
semakin berleluasa ini. Saya berharap bahawa masyarakat Islam yang terjebak dengan LGBT ini tidak
akan berputus asa dan menyerah diri kepada hawa nafsu mereka, sebaliknya berusaha untuk terus
mendapatkan rahmat Allah SWT.,

15
NAMA: SITI NURHAZIQAH BINTI MOHD HILMI

NO. MATRIK:AI220374

Antara nilai yang telah saya peroleh daripada wacana yang telah dijalankan adalah kita mestilah
lebih mendekatkan diri dengan ajaran islam yang benar dan lebih mendalami isi islam supaya
tidak terpesong ke arah yang tidak sepatutnya. Islam adalah agama yang mudah tetapi tidak
boleh dianggap remeh kerana banyak pengetahuan am dalam islam yang perlu difahami dengan
baik supaya tidak disalahgunakan. Hal ini kerana, terdapat banyak contoh kecelaruan identiti
yang berlaku dalam kalangan umat islam yang telah dibincangkan dalam wacana. Ia berlaku
terutamanya dalam kalangan anak muda, yang pada awalnya budaya ini bukanla budaya orang
islam iaitu budaya yang dibiasakan oleh agama lain atau budaya lain tetapi orang islam
terutamanya anak muda telah mengikut budaya budaya sebegini dan mula menjadikan ia satu
kebiasaan untuk orang islam. Ada juga beberapa umat islam yang mula mendedahkan konsep
konsep kecelaruan identiti ini dengan lebih meluas tanpa rasa malu misalnya mereka
menunjukkan aksi aksi yang tidak sepatutnya ditayangkan di laman sosial dan menjadikan ia satu
perkara yang bangga untuk mengajak orang lain terutamanya golongan sebaya mereka untuk
terjerumus juga dalam perkara itu. Perasaan malu untuk melakukan perkara sebegini mula hilang
apabila mereka melihat rakan sebaya mereka juga turut serta dalam membudayakan hal sebegini.
Kecelaruan identiti ini bukan satu perkara biasa untuk umat islam kerana dalam hal ini berkait
tentang perempuan atau lelaki yang melakukan seksual yang berleluasa tetapi bukan hanya
antara mereka tetapi mereka melakukannya bersama jantina mereka juga kerana ketagihan seks
yang sangat melampau sehingga sanggup melakukan perkara perkara zina itu bersama kawan
yang sama jantinanya.

Selain itu, kita perlulah sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan meletakkan Allah di tempat
paling utama dalam hati kerana setiap hamba Allah tidak lepas dalam melakukan kesilapan. Iman
manusia sentiasa berbolak balik tetapi setiap kesalahan dan kesilapan yang dilakukan boleh
diperbaiki dan diubah menjadi lebih baik. Antara contoh kepesongan agama yang dapat kita lihat
adalah kaum Nabi Lut yang telah ditimpa bala iaitu berdasarkan Ayat 80-84, Surah Al-A’raaf,

16
‫وْ ۭ ٌم‬¢¢َ‫ ِإنَّ ُك ْم لَتَْأتُونَ ٱلرِّ َجا َل َشه َْو ۭةً ِّمن دُو ِن ٱلنِّ َسٓا ِء ۚ بَلْ َأنتُ ْم ق‬٨٠ َ‫َولُوطًا ِإ ْذ قَا َل لِقَوْ ِم ِٓۦه َأتَْأتُونَ ْٱلفَ ٰـ ِح َشةَ َما َسبَقَ ُكم بِهَا ِم ْن َأ َح ۢ ٍد ِّمنَ ْٱل َع ٰـلَ ِمين‬
ْ ‫ان‬¢¢‫رَأتَ ۥهُ َك‬¢
َ ¢‫نج ْين َٰـهُ َوَأ ْهلَ ٓۥهُ ِإاَّل ٱ ْم‬
َ ‫ فََأ‬٨٢ َ‫اسٌ يَتَطَهَّرُون‬¢ ‫ُأ‬ ۟
‫َت‬ ۭ ¢َ‫اب قَوْ ِم ِٓۦه ِإٓاَّل َأن قَالُ ٓوا َأ ْخ ِرجُوهُم ِّمن قَرْ يَتِ ُك ْم ۖ ِإنَّهُ ْم ن‬ َ ‫ َو َما َكانَ َج َو‬٨١ َ‫ْرفُون‬ ِ ‫ُّمس‬
٨٤ َ‫ َوَأ ْمطَرْ نَا َعلَ ْي ِهم َّمطَ ۭ ًرا ۖ فَٱنظُرْ َك ْيفَ َكانَ َع ٰـقِبَةُ ْٱل ُمجْ ِر ِمين‬٨٣ َ‫ِمنَ ْٱل َغ ٰـبِ ِرين‬

bermaksud : Dan Nabi Lut juga (kami utuskan), ingatlah ketika dia berkata kepada
kaumnya:Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh
seorang pun dari penduduk dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan,
bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain
daripada berkata:usirlah mereka(Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu
ini,, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka kami
selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia
dari orang-orang yang dibinasakan. Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu ang
membinasakan). Oleh itu, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Ayat diatas telah menerangkan bahawa kemurkaan Allah SWT terhadap Kaum Nabi Lut ini yang
telah menolak untuk berubah dan menolak dakwah Nabi Lut sendiri untuk kembali ke jalan yang
benar. Mereka telah ditimpa musibah dan bencana akibat keangkuhan mereka sendiri kerana
terlalu hanyut dengan nafsu dalam diri.

17
NAMA: HASNIFA SYARMILLA BT OMAR

NO.MATRIK: AI220359

Nilai-nilai atau etika sering kali disebut oleh penceramah program wacana yang berlangsung
pada 16 disember 2022, iaitu iaitu Dr Mohd Izwan bin Mohd Yusof, Penolong pengarah kanan
keluarga, sosial dan komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada awal
perbicaraan beliau dalam wacana ini, beliau telah memetik beberapa nilai atau etika lalu
mengaitkannya dengan isu semasa pada masa itu. Melalui penjelasan yang beliau tentang situasi
berlangsungnya FiFA World Cup 2022 yand telah diadakan di Qatar, saya telah mempelajari satu
nilai yang menjadi kunci kepada beberapa isu yang kait rapat dengan topik utama perbincangan
wacana iaitu nilai bertanggungjawab.

Sudah menjadi lumrah manusia akan memikul tanggungjawab dalam kehidupan, kerana setiap
manusia akan memainkan peranan masing bermula dengan tanggungjawab sebagai seorang anak,
tanggungjawab sebagai pelajar,tanggungjawab sebagai pekerja atau majikan, tanggungjawab
sebagai suami atau isteri seterusnya tanggungjawab sebagai ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda:

ٍ ‫ ُكلُّ ُك ْم َر‬:‫ هللا عنهما عن النبي صلى هللا عليه وسلّم قال‬¢‫وعن بن عمر رضي‬
,‫اع َو ُكلُّ ُك ْم َم ْسُئوْ ٌل ع َْن َرعيّتِ ِه‬
‫ مسئو ٌل‬¢‫راع وكلّكم‬
ٍ ‫ فكلّكم‬,‫زوجها َو َولَ ِد ِه‬
ِ ِ ‫ والمرأةُ َرا ِعيَّةٌ على بي‬,‫راع على أه ِل بيتِ ِه‬
‫ت‬ ٍ ‫ وال ّر ُج ُل‬,‫راع‬
ٍ ‫واألمي ُر‬
ْ
‫ (متفق عليه‬.‫عن َر ِعيَّتِ ِه‬

Terjemahan Hadis Dari ‘Abdullāh bin ‘Umar bahwa dia mendengar Rasulullah telah bersabda:
“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa
yang kamu pimpin. Ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta bertanggungjawab
terhadap apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia akan
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin. Isteri juga pemimpin dalam mengendalikan
rumah tangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan
pembantu rumah tangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga
akan ditanya tentang apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Menurut hadis di atas, menjelaskan bahawa setiap manusia mempunyai peranan masing-masing
dan bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang diamanahkan kepada kita. Menerusi program

18
wacana baru-baru ini, penceramah ada menyebut beberapa situasi yang menerangkan nilai
tanggungjawab ini. Pertama, tanggungjawab seorang muslim menunaikan solat lima waktu. Solat
merupakan kewajiban terhadap semua umat Islam, walau apa jua keadaan solat tetap perlu
ditunaikan. Seterusnya, tanggungjawab sebagai ibu bapa. Melalui perkongsian topik utama iaitu
tentang LGBT, faktor-faktor yang menyebabkan LGBT berlaku. Di mana punca-punca seperti
pola asuhan (Fatherless, Lack of Love, Over protective), juga berpunca daripada didikan atau
penjagaan ibu bapa yang mungkin kurang sesuai untuk anak-anak. Oleh itu, seorang bapa perlu
memainkan peranan untuk mendidik anak walaupun diberi sedikit masa, tetapi beberapa patah
perkataan nasihat atau melakukan Tindakan yang menunjukkan kasih sayang dapat memberi
kesan kepada hati dan minda anak-anak membentuk sahsiah yang baik. Ibu pula perlu
memantau, dan dalam masa yang sama mendidik anak- anak dengan penuh kasih sayang agar
mereka manjadi anak yang baik dan bijak membezakan perkara baik dan buruk. Tegas bila perlu,
kerana anak itu anugerah Allah SWT. Umat Islam mestilah mengamalkan amar makruf nahi
munkar iaitu mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah yang disebut
apabila penceramah menceritakan satu situasi di Qatar apabila berlangsungnya Piala Dunia FiFA
Wolrd Cup. Penceramah menerangkan bahawa umat Islam di Qatar menunaikan solat di ruangan
solat yang dibuat dengan dinding kaca lut sinar. Hal ini demikian, menimbulkan perasaan ingin
tahu orang bukan Islam tentang solat dan terus memeluk Islam. Penduduk di Qatar juga tidak
membenarkan penjualan alcohol di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan berlakunya huru-
hara atau maksiat yang kemungkinan berlaku. Ulasan penceramah telah menujukkan
bahawasanya, penduduk muslim di Qatar telah berjaya menjalankan tanggungjawab mereka
mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tindakan mereka perlu dicontohi
oleh umat Islam yang lain demi menjaga keselamatan, kesihatan dan hubungan sesama manusia.

Kesimpulannya, kita mestilah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi
agar kehidupan kita lebih tenang. Setiap manusia memainkan peranan yang penting mahupun
dalam organisasi kecil seperti keluarga atau organisasi yang besar seperti pemimpin,
tanggungjawab harus dijalankan dengan baik bagi memastikan keamanan sesebuah negara
terjamin. Sebagai umat Islam kita harus bertanggungjawab untuk melakukan suruhan Allah SWT
dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya bagi membentuk sahsiah diri yang terpuji dan
berdisiplin serta mengukuhkan keimanan terhadap Allah SWT.

19
PELAKSANAAN ETIKA ATAU NILAI YANG DIPEROLEHI

NAMA: SYAHIRAH ADIBAH BINTI ESA


NO. MATRIK: CI220074

Definisi kasih sayang adalah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas. Amalan ini bukan sahaja kepada ibu bapa, keluarga, isteri dan
suami tetapi kepada semua umat manusia dalam erti kata lain, berkasih sayang menurut
perspektif Islam amat luas dan tidak terhad pada golongan tertentu. Firman Allah SWT yang
bermaksud, “Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang kepada manusia (Al-
Baqarah:143). Hal ini menunjukkan dengan memberi kasih dan sayang umpamanya akan
meletakkan diri kita pada satu tahap nilai yang tinggi sebagai manusia.

Kasih sayang boleh disuburkan dengan cara memberikannya kepada orang lain. Dengan kata lain
menyayangi orang lain tanpa mengira siapa mereka boleh membuatkan kita seorang yang
penyayang. Amalan ini dapat dipupuk bermula daripada keluarga. Ibu bapa seharusnya
menyayangi anak-anak dan anak-anak pula mestilah sentiasa menyayangi ibu bapa. Contohnya,
sentiasa mendengar segala nasihat mereka dan selalu menghormati mereka pada setiap masa.
Selepas itu, anak-anak hendaklah mendahului mereka dan mesti meminta izin kepada ibu bapa
seperti hendak keluar rumah atau sebagainya. Anak-anak yang dibesarkan dengan perasaan kasih
sayang serta belas kasihan akan membesar menjadi manusia yang tahu menghargai orang lain.
Mereka juga akan mengasihi orang lain sebagaimana ibu bapa memberikan mereka kasih sayang
ketika mereka sedang memerlukan.

Seterusnya, ibu bapa haruslah menerima kelemahan dan kekurangan anak-anak dan jangan
membandingkan mereka antara satu sama lain. Jika ibu bapa membandingkan anak-anak, mereka
akan terguris hati dan akan melakukan protes terhadap ibu bapa. Ibu bapa mestilah menghargai
anak-anak dengan memberikan mereka pujian atas usaha yang mereka lakukan, dan tidak
memandang rendah terhadap usaha mereka kerana jika anak-anak tidak dapat pujian dari rumah,
mereka akan mencari perhatian daripada orang lain, atau pasangan. Oleh itu, kita seharusnya
selalu mengucapkan terima kasih kepada anggota keluarga atas apa yang telah mereka lakukan.
Ini akan membantu menjaga hubungan yang positif antara anggota keluarga.

20
Di samping itu, berkasih sayang terhadap orang lain adalah termasuk dalam keutamaan akhlak
Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana tingginya nilai dan perasaan kasih sayang yang dimiliki
baginda Rasulullah maka baginda tidak mahu mendoakan kebinasaan kepada musuh walaupun
musuh melakukan kejahatan terhadapnya seperti yang berlaku dalam peristiwa Taif. Sebaliknya
nabi memohon agar Allah memberikan petunjuk kepada kabilah itu. Hal ini membuktikan kita
harus bersikap sopan dan menghormati perasaan orang lain dengan cara tidak mengejek,
menghina dan berkata kesat.

Justeru, marilah kita menyuburkan nilai kasih sayang dalam diri supaya dengannnya kita dapat
membina keharmonian rumahtangga yang penuh mahabbah, dan seterusnya membina kelestarian
ummah dan keamanan sebuah negara bangsa negara. Mudah-mudahan nilai kasih sayang yang
kita tanam dalam setiap diri menjadi tiket untuk kita memperolehi syurga Allah swt di negeri
akhirat yang kekal abadi.

21
NAMA: NURUL SYAFIQAH FARHANAH BINTI ANWAR
NO.MATRIK : AI220356

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita pasti dilingkungi pelbagai jenis watak dan tingkah laku
manusia. Beberapa orang daripada mereka pula pasti ada yang sering bersama kita di mana
sahaja untuk menjadi peneman. Mereka inilah yang digelar sebagai kawan,sahabat dan teman.
Pada usia awal remaja, mereka sangat mudah dipengaruhi dalam membina kepribadian diri dan
mencari identiti diri. Dalam Islam, setiap mukmin digalakkan untuk memilih sahabat untuk
membantu diri dan orang disekelilingnya tidak kira urusan agama mahupun kehidupam seharian.
Baginda Rasulullah SAW berpesan, “Seseorang mukmin itu berada dinatas agama (gaya hidup
dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan
dengan siapakah dia bersahabat.” (HR al-Tirmizi dan Abu Daud). Atas dasar inilah, Rasulullah
SAW mengingatkan orang ramai bahawa pendirian seseorang ada kalanya bergantung kepada
pegangan agama sahabatnya. Kita perlulah memilih sahabat yang boleh membimbing kita ke
arah kebaikan seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan seorang sahabat yang soleh dan
menyebabkan orang lain dijamin ke syurga. Hubungan dalam persahabatan sangat
mempengaruhi kehidupan seseorang kerana sahabat merupakan orang yang terdekat dengan kita
selepas keluarga kita .Ramai orang yang terlibat dalam dunia kemaksiatan dan kesesatan kerana
pengaruh teman yang buruk. Namun ada juga yang mendapat kebaikan disebabkan bergaul
dengan teman-teman yang soleh.

Ibu bapa juga perlulah berperanan dalam kehidupan seharian anak-anak mereka. Seperti yang
kita perhatikan , betapa ramai anak yang mendapat didikan yang baik dari ibu bapanya, namun
dirosakkan oleh pergaulan yang buruk dari teman-temannya. Walaupun ada ibu bapa yang sibuk
dengan dunia pekerjaan, namun ibu bapa perlulah mengenal pasti sama ada persekitaran anak-
anak membawa mereka kepada kearah kebaikan ataupun keburukan. Hal ini demikian kerana ibu
bapa boleh mengawal disiplin mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengetahui tujuan dan
sebab-sebab anak-anak mereka keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Ibu bapa juga jangan
terlalu memberi kebebasan yang keterlaluan dalam pergaulan untuk memastikan anak-anak
mereka tidak terlibat dengan anak-anak yang bermasalah. Menurut seorang Ahli Fikir Islam, Ibn
Sina, “hendaklah setiap ibu bapa meletakkan anak-anak mereka dalam kalangan anak-anak

22
kelakuannya yang berakhlak mulia”. Anak-anak yang sentiasa dikawal oleh disiplinnya dan
pergaulannya oleh ibu bapa sejak kecil, anak-anak ini akan membesar dalam suasana yang baik
dan berbudi pekerti mulia.

NAMA: NUR AQILAH AZIZAH BINTI NORDIN


NO MATRIKS: CI220127

Langkah-langkah yang boleh diambil atau dilakukan oleh ibu bapa ialah sebagai ibu bapa,
seharusnya mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka
sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT. Anak-anak merupakan anugerah terindah kepada
ibu bapa yang perlu dididik dan diasuh dengan sebaik-baiknya.Seterusnya, ibu bapa perlu
mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa. Perubahan fizikal dan emosi anak-anak
juga perlu sentiasa dikawal agar kecenderungan mereka terhadap gejala LGBT ini dapat di
bendung. Ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka dengan cara memeriksa kandungan
telefon bimbit anak-anak. Seterusnya, banyakkan berkomunikasi dan meluangkan lebih masa
bersama anak-anak dengan berkenalan dengan rakan-rakan anak-anak mereka dan juga ibu bapa
perlulah memahami peribadi anak-anak mereka.

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu memberi ‘Pendidikan Seks’ terhadap anak-anak di
peringkat awal usia mereka. Hal ini bertujuan untuk memberi pemahaman dengan benar tentang
materi pendidikan seks diantaranya memahami identifikasi dewasa/baligh, kesehatan seksual,
penyimpangan seks, kehamilan, dan sebagainya. Menepis pandangan miring khalayak umum
tentang pendidikan seks yang dianggap tabu, tidak islamik, seronok dan sebagainya.
Pemahaman terhadap materi pendidikan seks pada dasarnya memahami ajaran Islam.
Pemberian materi pendidikan seks disesuaikan dengan usia anak yang dapat menempatkan
umpan dan papan dan mampu mengantisipasi dampak buruk akibat penyimpangan seks.
Tujuan pendidikan seks diberikan pada anak meliputi dalam membantu anak mengetahui topik-
topik biologi seperti pertumbuhan, masa puber, mencegah remaja di bawah umur terlibat dalam
hubungan seksual (sexual intercourse), mengurangi kasus infeksi melalui seks dan membantu
anak muda yang bertanya tentang peran laki-laki dan perempuan di masyarakat.

Akhir sekali, ibu bapa harus tegas tehadap anak mengenai pemahaman bahaya LGBT ini. Satu
hal yang perlu ditanamkan pada anak, azab Allah yang akan diterima pelaku LGBT baik di dunia

23
mahupun di akhirat. Ibu bapa perlu melakukan pencegahan sejak dini agar anak terhindar dari
LGBT ini. Islam memandang bahawa kedua ibu bapa memiliki tanggungjawab yang besar
terhadap pertumbuhan fizik dan perkembangan psikis anak-anak bahkan lebih dari itu
membebaskan anaknya dari siksa api neraka.

NAMA : NUR HUSNA ALIA BINTI ONN


NO. MATRIK : CI220072

Salah satu langkah yang boleh diambil untuk mencegah LGBT terus berlaku adalah
memperbanyakkan acara seminar tentang ‘LGBT’. Sebagai contoh, membuat acara pertemuan
atau seminar mengenai topik ini, misalnya membuat tajuk acara tentang "Kesan buruk LGBT
pada diri sendiri" dan semacamnya. Kita perlu memperbanyakkan program seperti ini agar
masyarakat cepat mendapat kesedaran tentang buruknya LGBT ini pada kehidupan. Selain itu,
perlu wujudkan program seperti ini untuk pelajar sekolah kerana mereka sudah boleh diberikan
penjelasan tentang haramnya LGBT dalam Islam supaya mereka dapat tahu bahawa isu ini boleh
merosakkan sahsiah diri seseorang muslim. Sementara itu, sangat diharapkan pihak yang
bertanggungjawab memainkan peranan yang penting agar dapat memberikan sokongan yang
positif dalam upaya untuk membuka mata masyarakat buruknya isu ini dan juga dapat
menyedarkan generasi muda akan datang agar mereka boleh menjaga diri, serta lebih berhati-hati
dan tidak mudah terpengaruh dan terpesong dengan budaya LGBT.

Dari Ibnu Abbas r.a., sesungguhnya Nabi SAW bersabda :

ِ‫اعل َو ْال َم ْفعُول بِه‬


ِ َ‫من وجدتموه يعْمل عمل قوم لوط فَا ْقتُلُوا ْالف‬

Barangsiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan Kaum Luth, maka bunuhlah pelaku dan
teman pelakunya (H.R. Ahmad dan Sunan yang empat selain al-Nisa’i dan oleh al-Hakim dan al-
Baihaqi)[5]

Dalam Tuhfah al-Muhtaj ila Adallah al-Minhaj, Ibnu Mulaqqin mengatakan hadits ini diriwayat
oleh Abu Daud, al-Turmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim. Al-Hakim mengatakan shahih isnadnya.
Kemudian Ibnu Mulaqqin mengatakan, akan tetapi terjadi khilaf keshahihannya.[6]

24
NAMA : NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMAD SANI

NO. MATRIK : CI220066

Antara kaedah dan pelaksanaan etika atau nilai berusaha menjauhi perkara-perkara yang dilarang
Allah S.W.T dalam kehidupan adalah dengan mencari dan bergaul dengan rakan yang boleh
membimbing serta menasihati kearah kebaikan. Hal ini kerana pemilihan rakan memainkan
peranan penting dalam kehidupan kerana mereka merupakan pengaruh terdekat iaitu pengaruh
rakan sebaya yang merupakan medium terbaik untuk membantu kita menegur kesilapan serta
mempamerkan contoh yang baik. Pergaulan dengan rakan sebaya yang bermasalah akan
membawa nilai buruk dan mempengaruhi kita bertingkah laku negatif. Jika kita memilih rakan
sebaya dengan sebaiknya,mereka boleh dijadikan sebagai pemerhati dan penasihat serta guru
yang dapat menegur kita. Secara ringkas, syarat kecukupan untuk memilih teman adalah
berdasarkan pandangan Saiyidina Umar (r.a.) iaitu orang yang beragama dengan maksud
menghayati dan mengamalkan agama.

Selain itu, memutuskan hubungan media sosial dan jaringan komunitasi berkaitan LGBT kerana
pengaruh media massa melalui media sosial mempunyai hubungan yang rapat yang boleh
mempengaruhi tingkah laku dan menyumbangkan ke arah negatif penyebab keruntuhan akhlak
masa kini. Elemen yang penuh dengan orang barat yang mempengaruhi minda dan fikiran
mereka dalam pembentukan watak, sikap dan pembangunan manusia itu sendiri. Pengguna
media sosial yang bijak pasti tidak akan mudah dipengaruhi oleh kecanggihan teknologi tanpa
sempadan, sama ada secara negatif atau positif. Jika pemikiran yang baik dan bersih daripada
pengaruh negatif akan menghasilkan tingkah laku yang baik dan terpelihara.

25
Akhir sekali, mendalami ilmu agama supaya menjadi benteng dalam diri apabila berhubungan
dengan dunia luaran seperti pengaruh rakan sebaya dan pengaruh media massa. Menghayati
agama dalam segenap aspek kehidupan dengan menyeluruh termasuk menjauhi perbuatan syirik
dan perbuatan-perbuatan lain yang ditegah oleh Allah (s.w.t.). Hal ini penting bagi seseorang
yang kelemahan akhlak dan pengendalian nafsu serta rangsangan seksual. Hal ini juga dapat
meningkatkan iman kerana kerapuhan iman seseorang yang menyebabkan segala kejahatan
terjadi kerana iman seseorang manusia sahaja yang mampu menjadi banteng paling efektif dalam
mengekang penyimpangan seksual. Penghayatan agama yang boleh dilakukan seperti pengisian
tazkirah (peringatan), menghadiri kuliah-kuliah agama, halaqah membaca al-Quran atau tadarrus
dan sebagainya.

NAMA: NUR ALYA ADLINA BINTI MOHAMAD LAZI

NO. MATRIK: AI220381

Perbuatan untuk terus berusaha dalam menghadapi ujian merupakan teras bagi umat Islam untuk
mencari rahmat dan keberkatan Allah dalam kehidupan di dunia ini. Maka, antara pelaksanaan
etika ini dalam kehidupan adalah dengan menjaga solat fardhu. Sebagaimana yang telah diajar,
solat merupakan benteng utama dalam membantu umat Islam untuk menjauhi perkara-perkara
yang keji dan yang hanya akan membawa kemurkaan Allah. Solat juga merupakan tiang agama.
Oleh itu, jika solat sering ditinggalkan dan tidak dijaga, maka runtuhlah akidah seseorang itu dan
ujian yang mereka hadapi, seperti perasaan untuk berbuat zina dengan orang yang sama jantina,
akan lebih susah untuk dilawan. Maka, umat Islam sewajarnya menjaga solat fardhu mereka
dalam usaha untuk menghadapi ujian.

26
Namun, jika seseorang individu itu merasakan bahawa dia memang tidak terdaya lagi untuk
menghadapi ujian dengan sendiri setelah meminta pertolongan kepada Allah, maka mereka boleh
juga meminta pertolongan orang lain. Kita sebagai umat Islam telah diajar untuk bekerjasama
dan menjadi masyarakat yang tolong-menolong. Maka, jika seseorang muslim sedang mengalami
masalah dan meminta pertolongan, pastinya akan ada saudara-saudara Islam yang sedia
membantunya. Sebagai contoh, seseorang yang ada masalah LGBT ini boleh menghubungi pihak
JAKIM yang sememangnya kini ada bahagian yang berurusan dengan golongan LGBT di
Malaysia ini. JAKIM pernah menganjur program Mukhayyam yang berlangsung selama tiga hari
dua malam dan menerima penyertaan daripada 1,700 golongan LGBT untuk berdakwah kepada
mereka dan membantu memberi kesedaran. Hal ini menunjukkan bahawa ada sahaja anggota
masyarakat Islam di Malaysia yang boleh membantu golongan yang bermasalah untuk kembali
ke jalan yang benar. Tambahan lagi, hal ini menunjukkan bahawa usaha dalam menghadapi ujian
tidak perlu dilakukan dengan sendiri, tetapi apabila seseorang itu berusaha untuk mencari jalan
lain, seperti meminta pertolongan orang, maka perkara itu juga merupakan suatu usaha yang
dilakukan bagi menyelesaikan ujian yang dihadapi.

NAMA:SITI NURHAZIQAH BINTI MOHD HILMI

NO.MATRIK:AI220374

Apabila seseorang itu ingin mendekatkan diri dengan jalan yang benar dan lebih mendalami isi
islam dengan lebih mendalam, ia perlulah memaksa diri sendiri dalam mencari ilmu agama
dengan orang yang benar misalnya menceburkan diri dengan program dakwah yang mengajar

27
dan mengajak untuk mempelajari islam bersama-sama serta merapatkan ukhwah sesama
manusia. Apabila kita mula berada dalam golongan orang yang baik dan tidak lalai dalam
menuntut ibadah, kita juga akan lebih menghayati pengertian islam dan perkara islam yang kita
pelajari. Ilmu islam bukanlah ilmu biasa yang boleh dibawa main sesuka hati kerana kita
perlulah mempelajarinya dengan orang yang lebih fasih dalam bab akidah ini supaya tidak
berlaku sebarang pemesongan akidah. Seseorang itu akan lebih tenang berada dalam golongan
seperti ini dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Keinginan untuk melakukan
perkara zina itu sangat rendah kerana ibadah sentiasa diamal dan orang sekeliling dipenuhi
dengan orang orang alim yang membantu dalam menjauhkan diri untuk membuat maksiat kerana
malu kepada Allah. Seseorang itu perlulah menjadikan persekitarannya positif sebagai
permulaan untuk menjadikan diri lebih sedia untuk sentiasa berada dan mencari jalan yang benar.

Selain itu, seseorang itu juga perlulah menghadkan aktiviti sosial mereka misalnya ibu bapa
perlulah memainkan peranan kepada anak mereka untuk menjaga waktu mereka tidur dan keluar.
Seseorang itu perlulah membiasakan diri dan memupuk had untuk keluar bersama rakan mereka.
Apabila ibu bapa mengajar anak-anak dan menjaga waktu mereka untuk keluar bersama kawan,
mereka akan mula membiasakan diri dan mendapat sedikit sebanyak asbab untuk tidak keluar
bersosial bersama kawan terlalu lama sehingga larut malam. Dengan cara ini, ibu bapa dapat
memantau kawan-kawan anak mereka dan dapat mencegah jika anak mereka berkawan dengan
rakan sebaya yang tidak bersesuaian dan mampu untuk mencetuskan perkara negatif terhadap
anak mereka.

Kesimpulannya, etika dan nilai ini perlulah dipupuk melalui diri sendiri atau diajar dari kecil
supaya diri terbiasa untuk melakukan perkara yang benar dan malu untuk berbuat kejahatan. Hal
ini amat penting dan patut diketahui oleh semua umat islam supaya dapat mencegah perkara-
perkara yang tidak diingini.

NAMA: HASNIFA SYARMILLA BT OMAR

NO.MATRIK: AI220359

28
Memikul tanggungjawab bukanlah perkara yang mudah dilakukan, tetapi setiap manusia yang
hidup diberi tanggungjawab. Walaupun memikul tanggungjawab itu tidak mudah namun ia juga
tidak susah dilakukan jika diikut dengan cara yang betul.

Antara langkah yang dapat dilakukan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi, ialah
sentiasa berdisiplin dan amanah terhadap diri sendiri. Sebagai contoh, sudah menjadi
tanggungjawab seorang pelajar untuk menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh gurunya dalam
tempoh masa yang tertentu. Pelajar tersebut mesti menyiapkan kerja tersebut dalam masa yang
telah ditetapkan, di mana pelajar itu mesti bertindak sebaik sahaja mendapat tugasan dan
menyiapkannya dengan bersungguh-sungguh. Jika sebaliknya berlaku di mana pelajar itu sering
manangguhkan kerja yang diberi, melaksanakannya dengan sambalewa dan akhirnya tidak dapat
menyiapkan kerja tersebut selepas tempoh masa tamat. Ini menunjukkan bahawa pelajar itu
gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan baik. Oleh itu, amanah dan
disiplin menjadi kunci kepada seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Langkah seterusnya ialah dengan menjaga keharmonian dan keamanan dalam sesuatu organisasi.
Hubungan sesama manusia perlu diperlihara bagi memastikan tanggungjawab dalam memimpin
sesebuah organisasi dapat dijalankan dengan baik. Contohnya, sebagai seorang suami dan
seorang bapa, mereka perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik dan memimpin
isteri dan anak-anak mereka ke arah kebaikan. Si suami mesti memberi nafkah kepada isteri,
memastikan si isteri menutup aurat, menjaga solat dan sebagainya. Begitu juga dengan
tanggungjawab mendidik dan memimpin anak, di mana kedua-dua ibu dan bapa memainkan
peranan mendidik dengan penuh kasih sayang dan memimpin anak-anak ke arah jalan yang
diredhai oleh Allah SWT. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, menjalinkan hubungan yang
baik sesama keluarga, mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni, keluarga yang penuh
dengan kasih sayang dapat memudahkan kepada pasangan suami isteri menjalankan
tanggungjawab mereka.

Allah SWT berfirman dalam Surah Taha, Ayat 132:

‫ك َو ْال َعاقِبَةُ لِلتَّ ْق َوى‬


¢َ ُ‫صاَل ِة َواصْ طَبِرْ َعلَ ْيهَا اَل نَ ْسَألُكَ ِر ْزقًا نَّحْ نُ نَرْ ُزق‬ َ َ‫َوْأ ُمرْ َأ ْهل‬
َّ ‫ك بِال‬

29
Maksudnya: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami-lah yang memberi rezeki
kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Akhir sekali, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kesabaran. Sabar merupakan salah
satu daripadan iman. Jika iman kita tidak kuat bermaksud kesabaran kita juga menipis. Seorang
pemimpin mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini demikian kerana, kesabaran
punca kewarasan otak kita berfikir. Jika seorang pemimpin terlalu taksub dan lebih memilih
untuk ikut hati dan perasaan berbanding minda, sudah organisasi yang berada di bawah
pimpinannya menjadi huru hara dan musnah. Oleh itu, sebagai orang yang beriman kita mestilah
sabar dengan mengharungi cabaran atau masalah dalam melaksanakan tugas agar
tanggungjawab kita sebagai pemimpin dapat dipikul dengan baik.

30
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Izwan Bin Md. Yusof secara atas
talian di Facebook, anjuran Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum(PPUK) di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia sangat menyeluruh dalam bab kecelaruan identiti dan seksual dalam
kalangan masyarakat di Malaysia kini, di mana idea LGBT yang mirip dengan perbuatan kaum
Nabi Lut a.s. pada masa dahulu semakin berleluasa, akibat pengaruh orang Barat. Masa yang
dipilih untuk melaksanakan ceramah ini, iaitu pada pukul 8.45 pagi, sangat sesuai bagi
memastikan otak penonton segar dan sedia untuk menerima ilmu yang disampaikan. Beliau
memberi pengenalan kepada topik kecelaruan identiti dan seksualiti serta menjelaskan faktor-
faktor berlakunya perkara ini, seperti ketiadaan bapa dalam sistem keluarga, ibu bapa yang
terlalu melindungi anak-anak mereka, pengalaman hitam dan juga pornografi. Manakala, cara-
cara untuk mengatasi perkara ini adalah melalui terapi holistik, dengan memutuskan diri
daripada Internet bagi mengurangkan kecanduan pronografi, melakukan amalan sunnah seperti
berpuasa sunat, mengelilingkan diri dengan lingkungan positif serta berjumpa dengan pakar.

Beberapa cadangan untuk menambah baik program wacana ini adalah dengan memasukkan
gambar atau video mengenai topik yang dibincangkan ke dalam slaid, agar penonton sekalian
akan lebih tertarik terhadap isu kandungan wacana yang disampaikan. Seterusnya, menyediakan
beberapa soalan quiz mengenai topik utama wacana tersebut bagi memastikan penonton
memahami input-input yang penting semasa program itu berlangsung. Bagi menjadikan sesi
menjawab quiz tersebut lebih seronok, pihak penganjur boleh menyediakan hadiah atau sagu hati
kepada penonton yang banyak menjawab soalan dengan tepat dan cepat. Akhir sekali,
menjemput tetamu khas yang lebih berpengalaman menceritakan situasi yang lebih realistik jika
ada. Sebagai contoh program wacana kali ini menumpukan tentang isu LGBT yang kini
berleluasa, penganjur bolehlah menjemput salah seorang bekas transgender yang sudah insaf
berkongsi pengalamannya.

31
LAMPIRAN

32
SYAHIRAH ADIBAH BINTI ESA (CI220074)

NUR AQILAH AZIZAH BINTI NORDIN (CI220127)

33
NUR HUSNA ALIA BINTI ONN ( CI220072 )

NURIN NAJWA BINTI MUHAMMAD AZHAR (CI220078)

34
35
SITI NURHAZIQAH BINTI MOHD HILMI (AI220374)

36
HASNIFA SYARMILLA BT OMAR (AI220359)

NUR ALYA ADLINA BINTI MOHAMAD LAZI (AI220381)

37
38

You might also like