You are on page 1of 8

12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER

http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 1/8
berita hiv/aids (84) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10)
buku panduan HIV Levi Strauss (3) maklumat hiv/aids (121) PLHIV (118) songsang (223) video (30)
1,736,379
Join this site
with Google Friend Connect
Members (337) More
Already a member? Sign in
Sunday, 11 March 2012
RAMAI JADI SONGSANG
Muka depan akhbar Mingguan hari ini terpampang tajuk Ramai jadi
Gay. Tiga daripada 10 lelaki terjebak gejala seks songsang. Mereka ini
golongan split identity (pelbagai identity) iaitu sebelah pagi ia boleh jadi
imam kemudian tengah hari meliwat orang (nak saya tambah dan
sambung sikit disini bila malam ia pula akan diliwat orang)
Pandangan saya tentang ini?
Saya tahu ramai songsang diluar sana akan ada rasa bangga bila
membaca atau mendengar berita sebegini kerana kebanyakan mereka
sudah tentu tidak ada rasa bimbang langsung tentang berita peningkatan
gejala ini, kerana mereka akan rasa lebih seronok apatah lagi bila
mendapat tahu rakan senaluri semakin ramai dan seolah-olah semakin
diikhtirafkan. Jika saya bukan PLHIV hari ini kemungkinan saya pun
tidak kisah tentang soal ini. Alhamdulillah saya dikurniakan HIV kerana
HIV mengubah hidup dan cara pemikiran saya terutama tentang segala
apa yang berkaitan tentang songsang.
Fakta dan berita sebegini kita tidak boleh sorokkan atau hanya ditolak
dan disapukan kebawah karpet sahaja, kerana ramai terutama ibubapa yang tidak sedar bahawa anak mereka sendiri terlibat
dengan gejala songsang ini. Kita semua kena buka mata dan menerima hakikat yang berita ini adalah benar. Pengalaman saya
sendiri mengatakan bahawa berita ini adalah benar malah kemungkinan lebih teruk berlaku daripada apa yang anda dan
masyarakat luar sangkakan.
Berdasarkan pengakuan golongan ini (saya sendiri rasa memang ada benarnya), mereka mendakwa daripada 10 lelaki tiga
adalah gay, ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Dalam tiga tulah juga tergolongnya songsang yang telah berkahwin dan
kerana mereka jugalah penyebab ramai suri rumah yang duduk dirumah juga boleh menerima kesan buruk akibat perbuatan
LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
Salam, Segala komen balas saya
kepada pertanyaan anda semua didalam
blog ini, saya jawab berpandukan
kepada pengalaman yang pernah saya
alami sendiri dan apa yang teringat
didalam minda saya. Saya bukan doktor
dan bukan juga kaunselor. Mungkin ada
jawapan balas saya yang salah dan
tidak tepat, dan jika ada yang salah
saya harap saudara pembaca lain yang
menyedarinya akan membantu saya
memperbetulkannya. Dan sebaiknya
kepada jawapan berkaitan kesihatan
anda dinasihatkan merujuk juga kepada
pandangan orang lain, termasuk kepada
mereka yang lebih pakar seperti doktor
dan kaunselor yang bertauliah. Saya
tidak akan bertanggungjawab jika
HARAP MAKLUM
1

More

Next Blog Create Blog

Sign In
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 2/8
mereka.
Saya senyum bila baca pagi jadi imam bila tengah hari meliwat hahaha maksudnya lebih kepada bila pagi ia adalah seorang
yang baik tetapi bila tengah hari dah jadi jahat pulak dah. Itu bagi menunjukkan rahsia perangai seseorang songsang yang cepat
berubah. Dulu saya sendiri pernah mendengar "true story" dari mulut rakan saya sendiri kisah seorang imam masjid yang
songsang. Nak saya citer lebih detail ke???
Panjang juga temubual wartawan akhbar dengan Hushim Salleh Kaunselor Berdaftar yang telah mengendali lebih 1,000
songsang dalam akhbar tersebut. So perlu kah masyarakat terus berdiam diri atau hendak menafikan berita begini hanya untuk
menyedapkan hati masing-masing? Atau buat tidak tahu saja kerana masaalah ini tidak mungkin berlaku dalam keluarga kita?
Saya tertarik bila Hushim berkata, Penyakit ini boleh dipulihkan tetapi gay ini ia soal jiwa
dan ketagih, kita kena pulih dengan pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam
tempoh yang agak lama.
Saya memang bimbang kalau mati dalam keadaan masih aktif dengan kegiatan songsang. Di Singapore dulu pernah saya
dengar songsang yang mati ketika berada dalam bilik dibuah club ketika sedang "bercaklingpong"
Pernah juga dulu seorang songsang meluahkan rasa sedihnya pada saya dengan menunjukan photo boyfriend ia yang baru mati
akibat kemalangan jalanraya. Saya tidak tahu apa yang ia fikir masa itu, adakah ia hanya bersedih sahaja. Apa yang saya fikir
ketika itu ialah macam mana kalau ia belum sempat nak bertaubat? Apa yang berlaku di alam kuburnya? Tentu ia meraung
pohon dikembalikan untuk hidup sekali lagi keduniakan. Ini jugalah yang menyedarkan saya bahawa saya dan kita semua pun
boleh mati bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Syukur kerana saya di poke Allah. Ya Allah matikan aku dalam khusnul khatimah, inilah antara doa yang saya pohon pada
Allah setiap hari.
ARKIB : 11/03/2012
Penyakit rosakkan bangsa
MUKADIMAH Alaf ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang
menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.
Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata
orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.
Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan
Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari
firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.
Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak
menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.
Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai
perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.
MINGGUAN: Kenapa memilih golongan yang mengamal gaya hidup songsang sebagai subjek kajian dan kepakaran
kaunseling saudara?
HUSHIM: Sebagai kaunselor saya terfikir apa nak jadi dengan bangsa dan kaum Melayu ini. Saya tengok makin hari makin
bertambah. Malah sebelum gerakan LGBT nak dilancarkan saya sudah diberitahu oleh lelaki-lelaki gay dan biseksual, bahawa
mereka akan menubuhkan persatuan bagi mendesak kerajaan.
Mereka nak kerajaan iktiraf kehidupan songsang, maknanya perkahwinan sejenis dibolehkan. Sebab itu apabila LGBT
dilancarkan pada tahun lepas saya tidak hairan kerana sebagai kaunselor saya dah tahu lebih awal. Tapi mungkin kerana saya
ini cuma orang biasa, maklumat itu hanya berada dalam ruang lingkup saya.
Sebagai seorang kaunselor, bapa dan individu muslim saya bertanggungjawab untuk bercakap kerana penyakit ini telah mula
merosakkan bangsa kita. Amalan songsang ini dilaknat Allah dan penyebab paling cepat untuk kita diturunkan bala. Mungkin
sesetengah pihak menganggap perkara ini sengaja digembar-gemburkan tetapi saya bercakap demi bangsa dan agama tanpa
sebarang kepentingan peribadi.
Gaya hidup LGBT selalu dikaitkan dengan sekolah berasrama sebagai titik permulaan kepada kehidupan songsang
mereka, adakah dakwaan itu benar?
HUSHIM: Berdasarkan kes yang saya kendalikan memang benar sekolah berasrama merupakan permulaan kepada penularan
budaya songsang tetapi sekolah pondok dan agama juga tidak terkecuali. Mungkin ramai yang marah dengan kenyataan saya
tetapi melihat kepada masalah LGBT pada hari ini, kita perlu jujur.
Kalau ibu bapa hari ini merasakan mempunyai anak lelaki lebih selamat berbanding anak perempuan, ia meleset sama sekali.
Kebarangkalian anak-anak lelaki hari ini terjebak ke dalam kancah gaya hidup songsang sangat tinggi jika kita tidak peka
dengan perubahan sikap anak-anak.
Perlukah dihapuskan sekolah berasrama satu jantina?
HUSHIM: Tidak perlu hapuskan, cuma kita perlu perbanyakkan program berbentuk kesedaran kepada pelajar tentang bahaya
LGBT. Sebab di Malaysia, hendak bercakap benda macam ini, kita biasanya malu. Ibu bapa malu nak cakap perkara ini dengan
anak, cikgu dalam kelas pun malu nak bercakap.
Satu lagi minta maaflah, kita ini terlalu banyak sangat letak bawah karpet. Kalau sekolah itu berlaku kes melibatkan isu LGBT,
pengetua cuba tutup. Cakap tiada apa yang berlaku, sekolah ini okey, tetapi di luar sana orang sudah bercakap, meleleh
bernanah sudah orang bercakap.
Apa punca yang menyebabkan LGBT ini menular dan apakah golongan ini boleh dilabel sebagai orang
berpenyakit?
HUSHIM: Minta maaf cakap kerana dari pengalaman saya mengendalikan kes, orang agama sendiri terlibat sebagai gay.
Mereka ini golongan split identity, maknanya sebelah pagi dia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang.
Pengetahuan agama tidak cukup jika tiada iman, sebaliknya kelebihan ilmu agama itu diguna untuk mengaburi mata orang
berlaku sebarang kemudaratan yang
menimpa anda hasil dari maklum balas
yang saya beri. Sekian - NajMi

HIV TEST KIT - Kalau nak tahu result
HIV cepat hanya dalam masa 5 minit
sahaja lakukan sendiri dirumah, boleh
beli (sila klik di photo)
EZ-TRUST HIV RAPID
SCREEN TEST

Applikasi iStayHealthy ini sangat
berguna kepada pesakit HIV, ianya juga
dapat membantu para pesakit untuk
monitor kesihatan mereka sendiri
daripada asyik bergantung dengan
doktor sahaja. Banyak function dan
benefits apabila PLHIV menggunakan
applikasi iStayHealthy ini. (sila klik di
photo)
iStayHealthy - THE FREE
MOBILE HEALTH APP
Rakaman video perbualan beberapa
PLHIV bercerita mengenai pengalaman
mereka. Klik diphoto untuk menonton
video didalam blog ini.
MY LIFE, MY STORY
Buat PLHIV (lelaki dan perempuan) -
PERCUMA. Klik pada photo untuk
maklumat lanjut.
KELAS AL QURAN
PLHIV People Living With HIV/AIDS
ODHA Orang Yang Hidup Dengan
HIV/AIDS
HIV Human Immunodeficiency Virus
atau Virus Kurang Daya Tahan
Penyakit. Ia adalah sama seperti virus-
virus lain yang menjangkiti manusia
contohnya selesema, SARS dan lain-
lain.
Anda adalah HIV positif apabila kiraan
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 3/8
ramai.
Amalan dilaknat ini berlaku kerana tabiat. Mereka yang terjebak seronok dengan kenikmatan luar tabie berbanding hubungan
seks dengan isteri. Sebab itu Allah melarang dalam al-Quran kerana apabila seseorang sudah terjebak, gay dan biseksual ini
umpama ketagih dadah. Mereka menjadi ketagih walaupun sudah beristeri.
Dari segi ilmu kaunseling memang benar orang yang terlibat dengan budaya LGBT adalah orang sakit. Mereka sebenarnya sakit
jiwa walaupun dikurnia mental yang bijak. Kalau jati diri kita tetap, tarikan pada jantina berbeza tetapi orang macam ini tidak.
Gay ini pula terbahagi kepada tiga golongan iaitu homoseksual, heteroseksual dan biseksual.
Homoseksual dia memberi dan menerima. kebanyakan terdiri daripada lelaki-lelaki macho. Heteroseksual pula hanya memberi
sahaja manakala biseksual paling bahaya kerana mereka tidak pernah puas dan boleh berada dimana-mana sahaja dalam
masyarakat. Gay adalah manusia yang paling susah dikesan kerana mereka berperwatakan seperti sesumpah.
Mereka boleh jadi sesiapa sahaja sama ada ahli politik, golongan profesional atau pelajar dan fahaman kumpulan ini adalah hak
asasi serta liberalisme. Sebab itu, jika kerajaan akur kepada tuntutan kumpulan LGBT, negara kita akan hancur dan tidak
mustahil suatu hari nanti Perdana Menteri kita mungkin seorang gay.
Apakah penyakit jiwa ini boleh diubati?
HUSHIM: Penyakit ini boleh dipulihkan, tetapi gay ini dia soal jiwa dan ketagih. Kita kena pulihkan melalui pendekatan agama
dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama.
Sejauh mana seriusnya ancaman LGBT terutama dalam konteks sosial dan akidah di Malaysia pada hari ini?
HUSHIM: Saya berpengalaman mengendalikan kaunseling kepada golongan ini sejak 20 tahun lalu. Lima tahun kebelakangan
ini saya dapati gay dan biseksual meningkat begitu mendadak dan berdasarkan pengakuan golongan ini, mereka mendakwa
daripada 10 lelaki di bandar, tiga adalah gay manakala di luar bandar dua adalah gay. Ini tidak termasuk pondan dan lesbian.
Sebab itu, saya harap semua pihak jangan pandang remeh benda ini. Saya sanggup berdebat demi mempertahankan fakta ini.
Kelompok LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka
bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT.
Mereka inilah yang akan jadi pemimpin masa depan.
Soalnya apa akan jadi jika golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin masa depan ini kelak adalah gay? Bukankah pada
masa itu segala tuntutan LGBT ini akan diiktiraf kerana pemimpin negara kita pada masa itu juga pengamal dan penyokong
kepada budaya laknat ini.
Inilah yang saya panggil sebagai barah dalam masyarakat sebagaimana disebut dalam al-Quran surah as-Syuraa ayat 165-166,
malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: Sesungguhnya perkara yang paling Aku takutkan atas umatku adalah
perbuatan kaum Luth (homoseksual),.
Berdasarkan trend semasa, saya tidak menolak kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi jika kerajaan tidak tegas dalam
menangani isu LGBT akan lahir ahli politik atau ahli Parlimen dari kalangan gay. Hari ini pun kita sudah dihidangkan dengan
bukti-bukti yang mewajarkan kebimbangan itu kerana terdapat ahli politik menyokong LGBT.
Apakah faktor sokongan politik dan kemunculan ahli politik yang dianggap sebagai ikon oleh golongan LGBT telah
menyemarakkan barah ini?
HUSHIM: Dahulu isu LGBT ini tidak terlalu menonjol kerana beberapa sebab antaranya, kemudahan teknologi maklumat
terbatas tetapi kini semua akses itu di hujung jari. Berbanding dahulu, masyarakat Malaysia kini berfikiran liberal. Berapa ramai
orang Melayu yang sokong LGBT? Siapa yang fail petisyen di mahkamah?
Kalau melihat kepada perkembangan semasa, terdapat individu berpengaruh yang menjadi ikon kepada kumpulan LGBT
sehingga menyemarak gerakan songsang ini. Sebab itu pemimpin politik kena bersih daripada isu-isu moral dan setiap
pemimpin tidak boleh mengamal budaya sebegini.
LGBT juga dilihat sebagai ancaman kepada asas kekeluargaan, apakah peningkatan kes perceraian di Malaysia
turut disumbang oleh budaya songsang ini?
HUSHIM: Saya sangat optimis yang peningkatan kes perceraian turut disumbang masalah ini. Umpama dalam kes terbaru yang
saya kendalikan, seorang isteri yang masih muda mendakwa dirinya sentiasa diliwat dan hasil siasatan mendapati suaminya
seorang biseksual. Mereka kini dalam proses perceraian. Sebelum ini pun banyak kes serupa saya kendalikan.
Apa yang perlu dilakukan kerajaan bagi mengekang LGBT?
HUSHIM: Kerajaan kena letakkan masalah ini sebagai satu keutamaan kerana selain memporak-peranda sistem kekeluargaan,
agama Islam juga terancam. Saya tengok hari ini, yang memperjuangkan LGBT ramai orang Melayu.
Bagi saya kerajaan kena buat satu modul bagi menghalang LGBT habis-habisan di peringkat awal sejak sekolah rendah lagi.
Selain itu, yang paling bahaya peringkat sekolah menengah sebab mereka ini akan pergi ke universiti. Di universiti sudah ramai.
Saya cakap terus-terang, di universiti sudah ramai puak-puak ini.
Tapi di Malaysia, kita bertindak kadang-kadang mengikut musim. Kita tak serius dan tidak tegas. Kita terlalu banyak retorik dan
berpolitik dalam soal ini, tidak kira apa fahaman politik kita. Sedangkan Ini soal masa depan anak-anak kita.
Adakah perlu pendekatan seperti pusat pemulihan penagih dadah?
HUSHIM: Boleh diguna pakai kaedah macam ini dan saya fikir bagus kalau ada institusi khusus macam kita buat pemulihan
dadah tetapi sekarang tak ada. Kita hanya ada pusat ibu mengandung anak luar nikah yang dibuat oleh NGO. Saya menyokong
penubuhan pusat seperti ini dan kerajaan mesti buat. Kalau kita tidak tangani, Allah akan turun bala yang amat dahsyat.
Tunggulah kerana ini ada dalam al-Quran.
Komen terhadap pihak yang mempertikai undang-undang menyekat LGBT?
HUSHIM: Kalau kita mengucap dua kalimah syahadat, kita orang Islam dan kita membaca al-Quran kita tidak akan bercakap
macam itu. Sebab bila kita bercakap macam itu, seolah-olah kita menyokong. Sedangkan kita tahu LGBT ini menyalahi hukum
Islam yang dijelas dengan terang dalam al-Quran.
Saya tetap tidak bersetuju dengan pandangan menyatakan kita kena beri peluang kepada puak-puak ini. Al-Quran sudah
nyatakan terang-terang, ini bukan buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey atau Edward de Bono. Tak takutkah kita kepada
hukum Allah? Kalau pun nak bercakap, rujuk dulu al-Quran.
Ingatlah ini dosa besar. Kita perlu hayati hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Empat golongan
CD4 anda masih melebihi 200.
AIDS Acquired Immunodeficiency
Syndrome atau Sindrom Kurang Daya
Tahan Penyakit. Seorang yang positif
HIV akan menjadi (digelar) pesakit AIDS
apabila sekumpulan penyakit
menjangkiti mereka seperti radang paru-
paru, tuberculosis (Tibi), jangkitan
kendida/keputihan dalam mulut dan
beberapa jenis penyakit kulit yang lain.
Anda tergolong sebagai Pesakit AIDS
apabila kiraan CD4 anda kurang
daripada 200.
Orang yang tidak dijangkiti HIV
kebiasaannya mempunyai kiraan CD4
diantara 500-1000 lebih.
Sel-T Adalah sejenis sel darah putih
yang bertanggungjawab melawan
jangkitan didalam badan anda, oleh itu
lebih banyak Sel-T lebih kuat sistem
daya tahan anda untuk melawan
penyakit.
CD4 Sel-T turut dikenali sebagai CD4,
lebih rendah jumlah kiraan sel CD4
anda, maka lebih lemahlah sistem daya
tahan anda. (Juga klik disini CD4)
Viral Load (VL) - Kiraan kandungan
virus HIV didalam darah anda. Semakin
tinggi Viral Load semakin cepat CD4
dimusnahkan. Bila CD4 berkurangan ia
akan menyebabkan system daya tahan
anda semakin lemah.
Paras kiraan Viral Load yang baik
adalah kurang daripada 50 salinan/ml
atau tidak dapat dikesan (tidak dikesan
tetapi virus masih ada didalam darah).
Maknanya, PLHIV akan hidup sihat
sekiranya kiraan CD4 tinggi sementara
Viral Load rendah sehingga tidak
boleh dikesan.
HAART Highly Active Anti-Retroviral
Therapy atau Terapi Anti-Retroviral
Beraktifan Tinggi atau ARV - rawatan
Anti-Retroviral, Merupakan rawatan
kombinasi/gabungan ubatan terkini bagi
membantu memanjangkan jangka hayat
dan mengalakkan kehidupan yang lebih
sihat buat PLHIV.
Pembawa HIV akan memulakan
rawatan HAART apabila kiraan CD4
mereka berada diparas sekitar 200
kebawah.
STI (sexually transmitted infection)
ataupun STD (sexually transmitted
disease)
Naj Mi
PLHIV (People Living with
HIV/AIDS) sejak Jun 2005
- EMAIL SAYA :
hidupmestiditeruskan@gmail.com
View my complete profile
ABOUT ME
Naj Mi
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 4/8
yang berada dalam kemurkaan Allah pada pagi dan petang iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan; perempuan yang
menyerupai lelaki; penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat.

ARKIB : 23/12/2011
Melayu ramai homoseksual?
Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah
agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV. Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan
berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku
di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.
Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan
diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay. Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan
AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak
selamat.
Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang
ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian. Beliau tidak menolak
penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan
berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.
Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak
dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja, katanya.
Sumber : Utusan Online
Kita sebagai orang Islam yang menjadikan Rukun Islam ini sebagai pegangan dalam hidup, maka JANGANlah ada walau
Gi rl yang jel i ta sopan santun bertudung pun jangan sangka ti dak ada yang songsang ya, ramai juga kal angan mereka yang berada di sekel i l i ng ki ta, hanya
sesama mereka sahaja yang mengenal i antara satu sama l ai n dan ti dak mudah ki ta mengenal i mereka seperti ki ta mengenal i "tomboy"
2014 (192)
2013 (242)
2012 (282)
December (43)
November (40)
October (39)
September (25)
August (33)
July (50)
June (16)
May (3)
April (4)
March (8)
KHUNSA DAN
PEMBEDAHAN
JANTINA
PERIA, MAGGIE MEE
DAN NYAMUK
PENINGKATAN HIV/AIDS
DIKALANGAN
SURIRUMAH
PEROGOL YANG DI
PANCUNG
KEPALANYA
LESBIANS, GAYS, BI-
SEXUALS AND
TRANSGENDER
4LIFE TRANSFER
FACTOR - PIL YANG
BOLEH TINGKATKAN
...
PENYAKIT KELAMIN
(STD) - PHOTO KEDUA
HENTIKAN SEKATAN
PERJALANAN PLHIV
February (14)
January (7)
2011 (25)
BLOG ARCHIVE
PLEASE CLICK
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 5/8
sekelumit perasaan pun wujud dalam hati kita hendak menyokong pertubuhan seperti LGBT (Lesbians, Gays, Bisexuals and
Transgender) ini. Tujuan pertubuhan seperti ini yang sudah tentu semua orang tahu antara agenda mereka adalah hendak
menghalalkan perkahwinan sejenis dan sudah tentu menghalalkan segala perbuatan dan aktiviti songsang. Sudahlah genjala ini
semakin berkembang dalam senyap ini hendakkan pengikhtirafannya pulak. Alamat negara kita akan jadi macam negara
Thailand lah nampaknya.
Semua agama menentang perkahwinan sejenis yang merupakan
salah satu antara agenda LGBT, antaranya ialah seorang
pemimpin kanan Katolik di London Kardinal Keith OBrien
menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britain David Cameron
untuk membenarkan perkahwinan sejenis adalah sebagai gila.
Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas
kekeluargaan iaitu ibubapa untuk setiap anak. Begitu juga
penolakan budaya yang cuba diserap oleh pertubuhan LGBT oleh
beberapa ketua agama dan pemimpin NGO Buddha dan Hindu di
Malaysia. Bagi agama Islam sudah tentu menolaknya 100%.
Sekiranya dah diikhtiraf pertubuhan ini, sudah tentu kegiatan
songsang akan berkembang sehingga keluar bandar malah ke
kampung-kampung. Mahukah kita semua pekara seumpama ini
aktif berlaku di sekitaran kehidupan kita? Kita terutama orang
Islam janganlah hendaknya terpengaruh dengan agenda orang
yang cuba hendak meruntuhkan akhlak masyarakat di negara kita
ini. Ingat hidup kita bukannya lama sangat didunia ini, dosa yang
lain pun berlambak tidak bertebus ini kan pulak nak menyokong
pertubuhan yang sudah tentunya dilaknati oleh Allah swt. Jangan ada sebesar lubang jarum pun muncul niat dalam hati kita
hendak menyokong pertubuhan seperti ini.
Saya percaya ramai juga remaja melayu tidak kira lelaki atau
perempuan yang tidak beberapa kisah tentang wujudnya pertubuhan
seperti ini malah ada dikalangan mereka yang menyokongnya,
kerana itulah beberapa wajah orang melayu yang keluar masuk
mahkamah dipergunakan untuk menjayakan agenda pertubuhan ini.
Terus terang saya kata kiranya saya bukan PLHIV ketika ini
kemungkinan saya pun tidak beberapa kisah sangat tentang soal ini.
Tetapi alhamdulillah kerana HIV itulah yang mengajar saya supaya
berfikir memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Jadi saya
pergunakan blog ini untuk mengajak semua sama-sama kita menolak
pertubuhan seperti ini, walau apa jua alasan yang diberi oleh mereka,
supaya selamat kita semua didunia dan diakhirat.
Ingat Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat pada hambanya
yang mengamalkan cara hidup songsang, mudah-mudahan Allah
maafkan lah kesilapan saya yang lalu dan mudah-mudahan junjungan
kita Nabi Muhammad menerima saya sebagai salah seorang
hambanya yang menerima syafaat dipadang mahsyar kelak. Terasa malu hendak menziarahi makam baginda di kota Madinah
sekiranya saya berpeluang menjejaki kesana suatu hari nanti. Segan. Adakah baginda tidak suka pada saya ya? Ya kerana
segala perbuatan saya yang lalu.
Tidak kira sama ada anda songsang atau tidak, saya minta agar janganlah kita menyokong pertubuhan seperti ini dan apa jua
yang berkaitan tentang songsang. Kalau anda yang songsang hendak teruskan perbuatan sumbang anda biarlah dosanya itu
antara anda dengan Allah sahaja, tapi sekiranya dalam masa yang sama anda menyokong pula pertubuhan seperti ini, maka
sekiranya pertubuhan ini berjaya memesongkan akidah serta meruntuhkan akhlak anak cucu kita dimasa akan datang maka
anda yang menyokong sama ada dalam diam atau tidak akan sengsaralah nanti anda didalam kubur dan diakhirat kelak.
Kerana semua mereka yang menyokongnya pada hari ini akan menyebabkan anda dipertanggungjawabkan kelak di akhirat
nanti.
Ishh ish saya tidak bijak nak bercakap soal agama tapi dalam persoalan ini amat jelas. Marilah kita semua berdoa pada Allah
dalam solat mohon Allah gagalkan pertubuhan ini dari terus berkembang di Malaysia mahu pun diseluruh dunia. Adakah anda
pernah mendoakannya? Demi Allah hati saya cukup risau memikirkan tentang pekara ini.
Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa) yang
dia ada, kalau tidak mampu cegahlah dengan lisan (memberi nasihat, penulisan blog dsb) kalau tidak mampu maka
cegahlah dengan hati (berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka).
Syukur kerana saya dikurniakan HIV
Anda mungkin juga meminati:
Kesan sejarah Nabi Luth, nak ke ki ta jadi seperti i ni ?
Wajah mel ayu yang memperjuangkan LGBT
There was an error in this gadget
ALIF - KISAH PERTAMA
SAUDARA SEPUPU
SAYA
10 SIMPTOM HIV YANG
ANDA HARUS AWASI
TANDA-TANDA ANDA
DIJANGKITI HIV
PENYAKIT HERPES
DAN PENCEGAHANNYA
"NAR EKSISI" JUS BUAH
DELIMA
(POMEGRANATE)
NURUNN - DIPERKOSA,
BERSUAMI GAY DAN
DISAHKAN HIV +VE
PENYAKIT KELAMIN
(STD) - PHOTO KETIGA
PENYAKIT KELAMIN
(STD) - PHOTO
PERTAMA
SEKOLAH ASRAMA
LAHIRKAN GOLONGAN
LGBT?
CIKGU NIZAM -
SUKARNYA HENDAK
BERPISAH DENGAN
ADIK ANGKAT, APA
PERLU SAYA
LAKUKAN?
POPULAR POSTS
Berikut nombor telefon yang anda boleh
hubungi bagi mendapatkan maklumat
lanjut, bantuan dan kaunseling berkaitan
HIV/AIDS (klik di photo)
HUBUNGI NOMBOR INI JIKA
ANDA MEMPUNYAI
MASAALAH
HULURKAN BANTUAN DAN
SUMBANGAN ANDA KE
RUMAH PERLINDUNGAN HIV
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 6/8
Newer Post Older Post Home
LGBT - JANGAN
UNDANG BALA
PENGAKUAN
LESBIAN, GAY,
BISEKSUAL DAN
TRANSGENDER
SONGSANG DI
GANTUNG SAMPAI
MATI
BERJUTA WANITA
BERKAHWIN
DENGAN LELAKI
GAY
LGBT - JAHIL
DALAM BERAGAMA
Li nkwi thi n
Posted by Naj Mi at 5:14 pm
Labels: LGBT, soaljawab, songsang
+1 Recommend this on Google
Replies
Reply
Replies
Reply
Enter your comment...
Comment as:
Google Account
Publish

Preview
5 comments:
Anonymous one Sunday, March 11, 2012 9:14:00 pm
Alhamdulilah. najmi gembiranya saya membaca artikel ini. Ini adalah kenyataan tegas dan sekaligus membawa kami
semua untuk berfikir ke arah kebaikkan. Saya juga melihat berita ini di TV saya no komen mohon di jauhkan anak cucu
kita dan saudara mara kita amin.
Reply
Naj Mi Monday, March 12, 2012 1:48:00 am
Ya AO,
mudah-mudahan begitu lah hendaknya, dijauhkan segala yang tidak elok tu kan. Amin :)
Anonymous Sunday, September 30, 2012 12:06:00 am
Ya Allah ya Rabbi...kembalikan lah hati- hati insan yg Kau uji ini dengan cahayaMu..
berikanlah hidayahMu..Kasih dan keampunanMu...kembalikan hati-hati mereka
sujud mengagungkanMu..gagalkanlah segala yang meruntuhkan agamaMu...Amin..
doa saya juga moga Najmi diberi peluang melangkah kekota Mekah dan Madinah ye... :-)
Amin..ya Rabbi...
Reply
Naj Mi Sunday, September 30, 2012 12:20:00 pm
Anonymous,
Alhamdulillah sehingga hari ini hati saya tetap digoda syaitan untuk melakukan pekara buruk, tapi mulut saya tak
henti2 memohon pelindungan. Saya kerap meminta supaya di jemput ke Mekah dalam keadaan yang cukup bersedia
dan insyaallah mudah2an doa Anonymous pada saya di makbulkan Allah.... ) Thanks
Reply
Anonymous Monday, October 01, 2012 8:15:00 am
Amin...moga segalanya dipermudahkan Allah ...
Teruskan menulis ye Naj Mi...:-)
Berikut terdapat senarai nama, alamat,
nombor tel serta no akaun bank
beberapa "RUMAH PERLINDUNGAN
HIV/AIDS" bagi lelaki, wanita dan kanak-
kanak. (klik diphoto)
Feedjit
Live Traffic Feed
Real-time view Menu
A visitor from Kuching, Malaysia
viewed HIDUP MESTI
DITERUSKAN: SAYA TAK NAK
JAD... 14 secs ago
A visitor from Kota Bharu, Perak viewed
"HIDUP MESTI DITERUSKAN:
KECELARUAN JANTINA BOLEH
DIELAK" 1 min ago A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "HIDUP MESTI
DITERUSKAN: GOLONGAN
"HAPRAK" INI BEROMEN DALAM
JAMBAN" 3 mins ago
A visitor from Ipoh, Perak viewed "HIDUP
MESTI DITERUSKAN: ARIFF - ADIK
KENA PENYAKIT KELAMIN -
CECAIR SEAKAN NANAH KELUAR
DARI ALAT SULIT" 3 mins ago
A visitor from Kuala Terengganu,
Terengganu viewed "HIDUP MESTI
DITERUSKAN: 10 SIMPTOM HIV
YANG ANDA HARUS AWASI" 4 mins
ago
A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "HIDUP MESTI
DITERUSKAN: SOLAT KETIKA
TERLANTAR SAKIT DIHOSPITAL" 11
mins ago
A visitor from Kota Bharu, Kelantan viewed
"HIDUP MESTI DITERUSKAN:
TANDA-TANDA ANDA DIJANGKITI
HIV" 11 mins ago
A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "HIDUP MESTI
DITERUSKAN" 14 mins ago
A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "HIDUP MESTI
DITERUSKAN: ZED - BAKAL SUAMI
BIMBANG PUNYA NALURI
SONGSANG" 19 mins ago
A visitor from Shah Alam, Selangor viewed
"HIDUP MESTI DITERUSKAN" 21 mins
ago A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "HIDUP MESTI
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 7/8
Subscribe to: Post Comments (Atom)
There was an error in this gadget
CLICK LER.. :)
10 sepuluh (23) 5 lima (9)
berita hiv/aids (84) bisekual (17) buku dan
majalah (13) buku kehidupan yang positif (10) dairy
kehidupan (246) fakta (8) filem (11) HAART (19)
kanser (12)
kesihatan (11) lesbian (8) LGBT (28) liwat (12) luar
negara (30) maklumat hiv/aids (121) NAJMI (55) najmi
jumpa doktor (8) panduan/petua (39) penagih dadah (8)
penyakit kelamin (26) perkahwinan (58) PLHIV (118) puasa (15)
rencana/artikel (55) risalah (11) rumah perlindungan hiv (21) rumah wahidayah (9) seks dan hubungan
(20) selebriti (13) soaljawab (69) songsang (223)
stigma/diskriminasi (22) travel dan plhiv (8)
video (30) wanita (96)
LABELS
4 peri ngkat hi v sebel um menj adi ai ds (1) adik MS (4) ai ds kai tan dengan penyaki t kul i t (1) ameni a dan hi v (1) apa i tu hi v apa i tu ai ds (1) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (6)
bacha bazi (1) bagai mana hi v berj angki t? (1) bagai mana hi v ti dak berj angki t? (1) barah otak (1) baru diagnosis hiv (4) basikal (2) bengkak puting tetek (3)
buku informasi hiv/aids (3) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya tel ah di j angki ti hi v? (1) CD4 (6)
delima (pomegranate) (2) diabetes (3) Efavirenz (2) fi dyah (1) gonorea (2) habbatus sauda (ni gel l a sati va) (1) harga ubatan (6) hari aids
sedunia (7) hepatitis (3) herpes (6) herpes zoster (1) hi v bukan hukuman mati (1) hi v bukan penyebab ai ds (1) hi v kai tan dengan anti depresan dan penggunaan dadah (1) hi v kai tan dengan hi pertensi dan osteoporosi s
(1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hi v kai tan dengan kanser dan gi nj al (1) hi v kai tan dengan kemerosotan otak dan l emak (1) hi v kai tan dengan makanan dan suppl emen (1) hiv kaitan dengan rokok
dan alkohol (2) hiv test kit (5) homosekual (4) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (6) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) i sti l ah yang perl u di el akkan (1) jangkitan dan simptom hiv (5)
jangkitan hiv kali ke dua (2) kai tan ti dur dan hi v (1) kandi da/fungus (1) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunsel i ng tel efon nombor (1) kel enj ar ti roi d (1) kesan
sampingan (7) ketuat genital (4) keyaki nan kemurungan kebi mbangan terhadap hi v (1) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lipoatrophy (5)
madu (1) mengapa perl u l akukan uj i an hi v awal ? (1) MFZ (3) mi nda j asmani rohani (1) mitos hiv (2) mul ut dan gi gi (1) MylifeMystoryPT (6)
nel ayan dan hi v (1) nuki l an (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati /hepatoksi si ti (1) peenyembuhan penyaki t hi v/ai ds (1) pemakanan (1) penawar
HIV/AIDS?? (2) pengenal an hi v/ai ds (1) penuaan (1) pep - post exposure prophylaxis (2) peri a katak (1) photo (5) pneumoni a (1)
rawatan (3) red ri bbon (1) rogol (7) sauna (2) saya positif (6) sejarah hiv/aids (5)
sembuh cara i sl am (1) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (3) SLE (Systemi c Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) solat (2)
spi rul i na (1) stavudi ne (1) stress (3) sub-j eni s j eni s gol ongan dan j eni s hi v (1) tatoo dan ti ndi k (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) truvada pi l
pencegah hi v (1) ubat generi k (1) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (4) umrah dan haji (4) urusan jenazah (5) viral load (5) window period 14 days (2)
zakat (1) zaman khan (1) zoophi l i a (1)
Blog Rakan NON-PLHIV
Ada malaikat dalam gelap
6 days ago
rasasayang101
2 months ago
Hepatitis B :- Kesedaran Anda, Ketenangan Menyeluruh Buat Kami
...
1 year ago
Kembara Menjadi Muslim Awesome
1 year ago
Cure-HIV
3 years ago
Blog Rakan PLHIV
Just A Once Sad Story...
18 hours ago
I must stay positive for everyone
4 days ago
ODHA
3 weeks ago
Ranjauhidup
5 weeks ago
AzamAli
3 months ago
Meniti Ke Surga MU
4 months ago
Aku Terima Seadanya
10 months ago
Mencari KeredhaanMU
1 year ago
CD4me
1 year ago
12/7/2014 HIDUP MESTI DITERUSKAN: LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/03/50-lesbians-gays-bi-sexuals-and.html?utm_source=BP_recent 8/8
Hidup Positive
1 year ago
Moga Positif ke Akhirnya....
2 years ago
Hidayat Setelah HIV
2 years ago
lailaisabella
2 years ago
Naj Mi. Powered by Blogger.

You might also like