You are on page 1of 4

SEKS SEBELUM KAHWIN: PANDANGAN DARI SUDUT TEORI MORAL DAN

AGAMA

1. PENGENALAN

Seks sebelum berkahwin merupakan tingkah laku budaya barat. Ia juga dikatakan
sebagai gaya hidup di bandar. Kita tidak pasti apakah dorongan sebenar yang
menyebabkan gaya hidup ini berlaku. Mungkin atas desakan fizikal menyebabkan
mereka terpaksa berkongsi hidup kerana kos hidup yang tinggi di bandar, ataupun untuk
mempunyai rakan yang memenuhi keperluan seks ataupun atas keperluan lain.
Pelbagai isu moral yang boleh dibincangkan di bawah tajuk ini untuk melihat apakah
alasan yang diberikan oleh masyarakat yang menyokong atau menentang perbuatan
seks sebelum perkahwinan.

2. KONSEP

- Definisi seks

- Definisi seks sebelum kahwin

Menurut kamus Wikipedia seks berasal daripada bahasa inggeris sex yang membawa
maksud kegiatan yang berkaitan dengan manipulasi organ kelamin, khususnya
hubungan seksual. Perkahwinan pula bermaksud hubungan yang sah di sisi undang-
undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu
yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan
adalah asas kehidupan dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan lelaki dan
perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.

Berdasarkan pengertian di atas, disimpulkan bahawa seks sebelum perkahwinan


merupakan hubungan seksual yang berlaku di antara pasangan yang belum sah di sisi
undang-undang dan sivil untuk melakukan hubungan intim atau tinggal serumah. Seks
sebelum perkahwinan juga dikatakan sebagai gaya hidup di bandar. Terdapat pelbagai
alasan yang diberikan oleh masyarakat yang menyokong dan mengamalkan konsep ini.
Menurut seorang tokoh pendidikan dan penggiat persatuan wanita, Prof. Dr. Fatimah
Hamid Don, seks sebelum perkahwinan adalah soal moral individu yang
memerlukannya. Alasan yang diberikan oleh mereka antaranya belum sedia untuk
berkahwin yang akan melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu dengan tinggal bersama, dapat memberi kepada mereka peluang kepada
mereka untuk mengenali lebih dekat pasangan masing-masing sebelum berkahwin. Ia
juga secara tidak langsung dapat mengukur tahap keserasian pasangan agar tidak
mendatangkan masalah selepas berkahwin nanti. Informasi mengenali seks yang
berleluasa dan mudah didapati terutamanya melalui media cetak atau elektronik seperti
internet menyebabkan orang sekarang terutamanya golongan muda bijak untuk
merancang kehamilan. Oleh itu mereka boleh menunggu masa dan keadaan yang
sesuai untuk berkahwin secara sah.

3. KEBURUKAN SEKS SEBELUM KAHWIN

i. Pengguguran dan pembuangan bayi akibat perzinaan

Pasangan yang terlanjur sehingga menyebabkan kehamilan mungkin akan


dipinggirkan oleh keluarga. Berkemungkinan pasangan lelaki tidak mahu
bertanggungjawab di atas kehamilan tersebut. Oleh kerana tekanan daripada
keluarga serta ingin mengelak daripada mendapat malu, mereka sanggup
menggugurkan kandungan atau membuang bayi yang tidak berdosa.

ii. Anak tidak mempunyai bapa yang sah

Apabila lelaki tidak mahu bertanggungjawab, pihak perempuan terpaksa memikul


beban membesarkan dan menanggung perbelanjaan anak sendirian. Status
kelahiran anak akan berhadapan dengan masalah pendaftaran, persekolahan
dan sebagainya.

iii. Kehidupan anak tidak terurus

Pembesaran anak-anak juga tidak terurus tanpa jagaan dan didikan seorang
bapa. Mereka mungkin berhadapan dengan tekanan emosi apabila dipulaukan
oleh rakan-rakan. Situasi ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan
masalah sosial. Berkemungkinan wanita terpaksa menanggung sendiri anak-
anaknya setelah berpisah dengan pasangannya

iv. Peningkatan kes penyakit kelamin

Keburukan yang amat jelas daripada seks sebelum perkahwinan adalah


dijangkiti dengan penyakit kelamin. Penyakit seperti kegatalan kulit, siplis dan
HIV/AIDS meningkat dari hari ke sehari.
4. PANDANGAN TENTANG MASALAH SEKS SEBELUM KAHWIN

- dari sudut teori moral

- Egoisme
Tindakan dianggap bermoral jika membawa kebaikan kepada dirinya. Contohnya
pasangan yang sedang bercinta mengambil keputusan untuk melakukan seks
sebelum berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan tanggungjawab serta ingin
menjimatkan perbelanjaan.

- Utilitarianisme
Tindakan dianggap bermoral jika merupakan pilihan terbaik dan
mengguntungkan semua pihak yang terlibat. Contohnya mungkin terdapat pihak
keluarga yang membenarkan anak-anak mereka melakukan seks untuk menjaga
keselamatan anak mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga.

- Eksistensialisme( Freedom of choice)


Dianggap bermoral jika tindakan itu merupakan pilihan terbaik oleh seseorang
individu. Individu bebas membuat pilihan. Pasangan bebas untuk melakukan
seks sekiranya mereka rela untuk melakukannya.

- Kewajipan
Menurut teori prinsip kewajipan, menjustifikasikan sesuatu tindakan itu bermoral
atau sebaliknya dengan merujuk kepada prinsip atau peraturan moral yang
bersifat mutlak dan sejagat.Secara sejagat , seks sebelum berkahwin di anggap
sesuatu yang tidak baik dan perlu dijauhi oleh setiap orang. Oleh itu menjadi
tangungjawap setiap orang menjauhkan diri daripada seks sebelum berkahwin
kerana tindakan itu di anggap tidak bermoral.

- dari sudut agama

Pada umum, setiap di dunia menentang tindakan seks sebelum perkahwinan. Tiada
agama yangmenyokong perbuatan bersekedudukan. Perbuatan ini yang melibatkan
tinggal bersama, melakukan hubungan seks tanpa hubungan perkahwinan yang sah
adalah dianggap sebagai melakukan penzinaan dan ia melanggar perintah tuhan. Di
Malaysia seks sebelum perkahwinan adalah salah di sisi undang-undang syariah
sebaliknyamenggalakkan perkahwinan dan berkeluarga.

Islam melarang bseks sebelum berkahwin sekeras-kerasnya. Perbuatan itu dianggap


keji, tidak bermoral dan berdosa besar (zina). Islam menganjurkan perkahwinan untuk
pengembangan zuriat secara sah. Kristian juga melarang pengikutnya melakukan seks
sebelum berkahwin.Perkahwinan adalah satu kemestian dan dianggap puncak
kebahagiaan dalam rumahtangga. Larangan tersebut terdapat dalam salah satu
daripada rukun yang sepuluh ( Ten Commandment ) yang menyatakan Thou shalt not
commit adultery ( Janganlah kamu melakukan zina ).
5. FAKTOR BERLAKUNYA SEKS SEBELUM KAHWIN

- didikan ibubapa

- pengaruh rakan sebaya

- media massa

- faktor persekitaran

6. ISU

- kesucian institusi kekeluargaan

Institusi kekeluargaan amat penting bagi melahirkan generasi yang akan memimpin
negara suatu hari nanti. Sistem kekeluargaan yang longgar akan melahirkan manusia
yang rendah moralnya. Sekiranya masyarakat hari ini, menerima budaya seks sebelum
perkahwinan sebagai satu cara hidup, tidak hairan satu hari nanti institusi kekeluargaan
akan hilang.

Situasi masyarakat kini yang mengamalkan kehidupan sosial seperti di negara barat,
melihat institusi keluarga hanya akan memberi bebanan dan menghalang kebebasan
masing-masing. Justeru itu mereka berpandangan budaya seks sebelum perkahwinan
adalah satu alternatif yang boleh diambil.

Masyarakat kini tanpa segan silu tetapi lemah dalam bidang ilmu pengetahuan. Gejala
sumbang mahram menjadi-jadi. Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan
seksual haram bertambah. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam aktiviti seksual
di luar kampus untuk menambahkan wang perbelanjaan hidup. Ini menunjukkan bahawa
aktiviti hubungan seks semakin merebak di kalangan remaja ianya dosa besar yang
dikutuk sekeras-kerasnya oleh agama Islam.

Masalah ini perlulah mendapat perhatian daripada semua pihak dan hendaklah
dibenteras segera demi menjaga kesucian institusi keluarga. Adakah anda bersetuju,
atau anda berpandangan seks merupakan hak individu, terpulanglah kepada individu
tersebut untuk memilih apa yang mereka inginkan?

7. RUMUSAN

RUJUKAN

You might also like