You are on page 1of 3

Tanggungjawab Seksual Remaja

Pengenalan

Jawatankuasa United Nation berkenaan hak-hak asasi manusia telah memperakui bahawa kesihatan
seksual dan reproduktif adalah penting bagi semua orang untuk mencapai tahap kesihatan fizikal dan
mental yang baik. Remaja harus memahami tanggungjawab seksual  mereka, untuk menghormati hak
kebebasan untuk memiih, untuk berseronok dan untuk menghormati pasangan seksua masing masing.

Kesihatan seksual memerlukan pendekatan yang positif dan penuh penghormatan kepada seksualiti dan
perhubungan seksual.   Remaja sepatutnya layak mempunyai pengaam seksual yang seamat tanpa
paksaan, tanpa diskriminasi dan tanpa keganasan. Mereka berhak untuk mendapat maklumat yang tepat
dan mendapat kemudahan perkhidmatan kesihatan seksual yang bersesuaian.

Matlamat kesihatan seksual dan reproduktif bagi remaja adalah lebih daripada pencegahan penyakit
kelamin, jangkitan HIV dan kehamilan yang tidak diingini (hamil luar nikah). Matlamat ini merangkumi 
promosi bagi kesihatan seksual dan perkembangan remaja, perhubungan yang sihat dan perbuatan serta
kelakuan yang bertanggungjawab.

Berikut adalah 5 prinsip tanggungjawab tanggungjawab seksual remaja

1. Untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang lengkap dan mencukupi


Remaja mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan pendidikan mengenai
kesihatan seksual dan reproduktif mereka.

Pengetahuan dan maklumat tentang kesihatan seksual yang mencukupi akan mempengaruhi
keputusan remaja untuk memulakan aktiviti seksual,  serta menurunkan risiko untuk kehamilan yang
tidak diingini, dan memberi perlindungan terhadap penyakit-penyakit kelamin.

Maklumat mengenai kesihatan seksual dapat diperolehi daripada orang dewasa yang
bertanggungjawab, dan dari punca-punca maklumat yang sahih bagi memastikan remaja mendapat
maklumat yang tepat. Ini akan mempengaruhi tingkahaku seksual serta kemahiran remaja membuat
keputusan.

Berikut adalah punca-punca maklumat kesihatan yang sahih:


http://MyHealthPortal
http://patient.co.uk
http://betterhealth.vic.gov.au
http://kidshealth.org
2. Mengamalkan nilai-nilai keluarga yang positif mengenai pergaulan dan tingkahlaku seksual
Tingkahlaku seksual yang tidak selamat, seta kehamilan luar nikah (kehamilan yang tidak diingini)
adalah masalah kesihatan yang besar dikalangan remaja. Remaja mendapat maklumat mengenai
kesihatan seksual daripada perbincangan dengan ibu, kawan-kawan perempuan mereka serta
daripada program kesihatan seksual sekolah dan juga mealui perbincangan dengan doktor mereka.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani isu tanggungjawab seksual dan
isu-isu seksual serta berbincang dengan anak-anak remaja mereka secara positif. Ibu bapa peru
memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyuarakan isu isu seksual remaja serta tanggung jawab
seksual remaja yang  positif.

Tips untuk tingkahlaku seksual yang sihat:


Seseorang remaja harus mengaku dan berjanji dengan diri mereka sendiri bahawa:

1. Kehidupan dan nilai-nilai keluarga saya adalah jauh lebih penting daripada pendapat orang lain
2. Saya berhak untuk mencari pasangan yang mengambi berta tentang pendapat saya serta nilai
pegangan hidup saya
3. Saya memilih untuk tidak mengambil risiko kehamilan yang tidak diingini (kehamilan luar nikah)Saya
tidak mahu mengambi risiko untuk kehamilan yang tidak diingini
4. Saya memilih untuk tidak melibatkan diri dengan tingkahlaku berisiko tinggi yang boleh menggugat
masa depan saya
5. Saya akan memastikan hubungan intim dan seksual hanyalah didalam lingkungan perkahwinan.
3. Saling melindungi antara satu sama lain daripada penderaan dan ekploitasi (mengambil
kesempatan)
Setiap remaja mempunyai hak untuk membuat keputusan mengenai hal-hal seksual dengan penuh
bertanggungjawab. Remaja juga berhak untuk mendapat perlindungan daripada  penderaan secara
fizikal terhadap diri mereka serta pasangan mereka. Remaja perlu di beritahu tentang eksploitasi
seksual, penderaan dan bagaimana menjaga keselamatan mereka. Setiap remaja berhak untuk
memberitahu seseorang dewasa yang bertanggungjawab mengenai mana-mana kejadian seksual
yang negatif.

4. Keupayaan untuk mengawal sepenuhnya kebolehan untuk membuat keputusan mengenai hal-
hal seksual
Keupayaan dalam mengawal diri dalam membuat keputusan berkenaan dengan masalah
seksual mereka
Remaja digalakkan untuk berbincang dengan seorang dewasa yang bertanggungjawab dan dipercayai
mengenai bagaimana caranya untuk menangani masalah tekanan seksual termasuk tekanan daripada
rakan sebaya. Remaja disyorkan untuk membentuk kemahiran berkomunikasi bersama pasangan
mereka tentang akibat hubungan seksual yang tidak diingini.

Seorang remaja  perlu mempelajari bagaimana untuk mengawal seksualiti mereka serta memilih
pasangan yang bertanggungjawab dan menghormati mereka bagi mengelak akibat hubungan seksual
yang tidak diingini.

Tekanan seksual serta tekanan daripada  rakan-rakan sebaya boleh menyebabkan seseorang remaja
membuat pilihan yang tidak bijak, tidak selamat dan boleh menggugat masa depan remaja. Penawar
yang terbaik bagi menghadapi masalah tekanan ini adalah dengan mempunyai harga diri yang tinggi.

Perakuan harga diri serta kemahiran mengatakan TIDAK berikut boleh membantu remaja menolak
tekanan seksual dan tekanan rakan sebaya.

Tips untuk menangani tekanan seksual:


Anda perlu membuat pengakuan dan menyatakan pada diri sendiri bahawa:

1. Saya boleh menjadi diri saya sendiri dan masih menjadi sebahagian daripada sesuatu kumpulan
2. Saya boleh dan akan katakan “TIDAK” kepada apa-apa perkara yang saya rasa menakutkan dan
membahayakan
3. Saya boleh dan akan katakan “TIDAK” kepada sesiapa sahaja yang menyuruh saya untuk membuat
sesuatu yang tidak jujur serta salah disisi undang-undang, ataupun sesuatu yang bertentangan
dengan kepercayaan dan nilai-nilai agama serta budaya saya.
4. Saya akan lakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri. Saya akan membuat keputusan saya sendiri
tanpa tekanan atau menghiraukan apa kawan-kawan saya akan fikir.
5. Mewujudkan sesuatu hubungan yang dihormati, sihat sertasaling bertanggungjawab
Nilai-nilai agama dan budaya kita menekankan tentang kepentingan wujudnya sesuatu hubungan yang
saling menghormati dan bertanggungjawab antara seseorang lelaki dan seseorang wanita. Oleh itu,
setiap remaja perlu mengamal dan belajar bagaimana untuk bertindak dengan penuh
bertanggungjawab untuk mengekalkan perhubungan yang sihat antara diri dengan pasangan, serta
orang lain.

Rujukan

1. Towards a sexual ethics of rights and responsibilities

Ruth Dixon-Mueller, Adrienne Germain, Beth Fredrick, Kate Bourne; Reproductive Health Matters
2009;17(33):111-119

2. Male Adolescent Sexual and Reproductive Health Care

Arik V. Marcell, Charles Wibbelsman, Warren M. Seigel and the Committee on adolescence Pediatrics
2011; 128;e1658; originally published online November 28, 2011; DOI: 10.1542/peds.2011-2384

http://pediatrics.aappublications.org/content/128/6/e1658.full.html

You might also like