You are on page 1of 2

TEKS PENGUCAPAN AWAM TKRS

HAK ASASI KANAK-KANAK

Salam sejahtera, salam perpaduan untuk semua. Saya, _______________________________


akan menyampaikan satu pengucapan awam yang bertajuk ‘ Hak Asasi Kanak-kanak’.
Definisi kanak-kanak merujuk kepada semua orang yang berusia di bawah 18 tahun,
melainkan ditentukan lain oleh perundangan sesuatu negara. Hak Asasi Kanak-kanak ialah prinsip
etika dan piawaian antarabangsa atas perbuatan terhadap kanak-kanak. Hak-hak ini merujuk
kepada Konvensyen PBB berkenaan Hak Kanak-kanak (UNCRC) yang mengatur perkara apa
sahaja yang harus dipenuhi negara agar setiap kanak-kanak dapat membesar dengan sesihat
mungkin, dilindungi, didengar pendapatnya, memperoleh pendidikan dan diperlakukan secara adil.
Hak Asasi Kanak-kanak yang pertama adalah hak kehidupan. Setiap kanak-kanak
mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,
kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai taraf hidup yang mencukupi seperti
tempat tinggal, pakaian, serta makanan.
Hak Asasi Kanak-kanak yang kedua adalah hak perlindungan. Kanak-kanak merupakan
golongan lemah berbanding orang dewasa. Oleh sebab itu,adalah menjadi satu tanggungjawab
yang besar kepada ibu bapa atau golongan dewasa untuk memberi perlindungan kepada mereka
daripada pengabaian, penderaan dan eksplotasi.
Hak Asasi Kanak-kanak yang ketiga adalah hak perkembangan. Setiap kanak-kanak
seharusnya mendapat asuhan dan pendidikan yang berkualiti, mudah diperolehi dan mampu
dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak.
Program dan kemudahan khusus amat penting bagi perkembangan kanak-kanak kurang upaya
dalam semua aspek seperti pengesanan dan intervensi awal, pemulihan, pendidikan serta
pengintegrasian semula dalam masyarakat.
Hak Asasi kanak-kanak yang keempat adalah hak penyertaan. Kanak-kanak sewajarnya
diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan yang bersesuaian daripada pelbagai
sumber agar kanak-kanak dapat menyertai aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal mereka. Ini
akan menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara
bertanggungjawab dan beretika.
Justeru, semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan setiap kanak-kanak
mendapat hak yang sewajarnya. Penerapan nilai-nilai murni seawal usia seseorang kanak-kanak
itu, pasti akan menghasilkan kanak-kanak yang berjiwa besar, seiring dengan moral yang berkualiti
dan sikap yang positif.
Sekian, terima kasih.

You might also like