You are on page 1of 7

Gejala Bohsia dan Bohjan.

Bohsia ialah istilah yang merujuk kepada satu gejala sosial yang membabitkan remaja perempuan yang bergaul dengan lelaki secara bebas. Bohjan pula ialah gelaran yang diberikan kepada remaja lelaki yang mengambil kesempatan menikmati seks secara percuma. Bohjan pula secara amnya terdiri dari remaja yang telah berhenti sekolah dan tamat sekolah sehingga SRP dan SPM sahaja. Mereka ini biasanya bekerja di warung-warung makan atau sebagai penghantar surat. Terdapat juga bohjan yang tidak bekerja atau masih bersekolah tetapi mempunyai wang keran keluarga mereka daripada golongan berada. Umur mereka? Rata-rata gadis bohsia berumur antara 13 hingga 18 tahun. Kebanyakan pasangan gadis bohsia ini terdiri daripada bohjan yang berusia antara 18 hingga 22 tahun. Tahap pendidikan dan pekerjaan mereka? Kumpulan remaja yang terbabit dengan kegiatan bohsia ini merangkumi murid sekolah tetapi tidak berminat untuk belajar, gadis yang berhenti sekolah dan gadis remaja yang terdedah dengan pergaulan bebas. Kebanyakan merekan ini mengakui gagal dalam pelajaran sama ada Sijil Rendah Pelajaran (SRP)atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat di kalangan gadis ni yang bekerja. Biasanya mereka ini menjadi jurujual di kedai makanan segera dan kompleks membeli-belah. Sebuah akhbar melaporkan terdapat bukti menunjukkan ada gadis bohsia ini menjadi pelacur sambilan dan pelayan tetamu (GRO). Mereka terbabit menjadi pelacur sambilan apabila mengetahui kegiatan ini lebih menguntungkan daripada mengadakan hubungan seks secara percuma dengan teman lelaki. Tempat tinggal? Gadis bohsia umumnya tinggal dengan keluarga. Bagaimana terdapat mereka ini yang lari dari rumah dan tinggal bersama dengan rakan-rakan. Juga ada ada diantara gadis bohsia ini yang tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki. Bohjan

pula biasanya duduk menyewa bersama dengan rakan-rakan.Bagaimanapun terdapat juga bohjan yang tinggal dengan ibu bapa. Kedudukan kelas? Golongan bohsia berasal dari pelbagai lapisan masyarakat iaitu golongan mewah, sederhana dan miskin. Bohsia atau bohjan daripada golongan mewah dan sederhana terlibat dengan kegiatan ini berpunca daripada salahguna kebebasan yang diberikan oleh keluarga mereka. Penglibatan mereka ini bukan untuk mendapatkan kemewahan tetapi untk memenuhi rangsangan akibat pergaulan bebas dengan teman mereka. Semantara itu gadis golongan bawahan terlibat dengan bohsia atas sebab keadaan persekitaran keluarga yang kurang memberi keselesaan kepada mereka. Golongan bohsia yang tinggal bersama rakan dan terlibat dalam gejala ini adalah untuk mendapatkan "perlindungan makanan dan tempat tinggal" daripada pasangan mereka. Faktor-faktor berlakunya Gejala Bohsia dan Bojan Faktor Diri Latar belakang agama yang lemah menyebabkan remaja bohsia/bohjan terlibat dengan gejala ini. Agama mengajar individu mengenai tanggungjawab. Mengenai nilai hidup yang mulia.Mengenai dosa dan pahala,dan mengenai syurga dan neraka. Ia menjadi benteng kukuh yang dapat menghindar diri remaja daripada tingkahlaku yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat. Jelas disini remaja yang berkaitan tidak mempunyai kekuatan dalaman yang dapat menentang pengaruh luar yang mendorong mereka untuk terjebak dalam gejala sosial. Remaja yamg terbabit, berhijrah ke bandar dan tinggal bersama-sama dengan rakanrakan sebaya. Kecetekan akal kerana umur yang muda dan ditambah dengan pendidikan agama yang lemah menyebabkan mereka lebih banyak bertindak mengikut hati dan perasaan dan bukan mengikut pertimbangan akal yang waras. Ketiadaan ibu bapa dan ahli masyarakat kampung yang selama ini adalah "pengawal" bagi mereka, memberikan mereka satu bentuk kebebasan untuk lebih mudah mengikut

telunjuk hati dan perasaan. Ini ditambah pula dengan pelbagai daya tarikan yang wujud di bandar yang menjanjikan keseronokan sepanjang masa. Faktor persekitaran Faktor persekitaran boleh ditinjau dari sudut pengaruh rakan sebaya, masyarakat, media massa, budaya asing, pusat hiburan dan kemudahan alat pencegah kehamilan. Rakan sebaya yang negatif mempengaruhi remaja untuk bertingkahlaku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma masyarakat. Pengakuan beberapa orang gadis bohsia mendedahkan bagaimana mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan untuk menonton video lucah, lari dari rumah, ponteng sekolah dan melepak di pusat membelibelah. Semasa melepak bersama dengan rakan-rakan bohsia yang lain di "port" tertentu, remaja ini diperkenalkan dengan bohjan sehinggalah mereka menjadi teman tidur kepada bohjan tersebut. Semakin lemahnya kawalan sosial di bandar yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi menyumbang kepada kepada keruntuhan moral generasi terkini. Dalam masyarakat tradisi, hubungan anggota masyarakat begitu erat dan saling mengenali antara satu sama lain, sikap tolong-menolong dan saling mengambil berat antara mereka. Perhubungan yang erat secara tidak langsung menjadi satu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku ahli masyarakatnya. Media massa turut menyumbang kepada proses keruntuhan moral di kalangan remaja. Walaupun media massa ada mensajikan bahan -bahan konstruktif namun masyarakat khususnya generasi muda lebih terpikat kepada bahan-bahan yang berbentuk sensasi dan menghiburkan. Video lucah dan bahan bacaan lucah juga disket lucah amat mudah didapati di dalam pasaran hari ini. Dengan latar belakang pendidikan agama yang lemah, remaja terbabit dirangsang untuk mencuba apa yang telah mereka tontoni atau baca. Akhirnya, mereka terjebak ke dalam lembah maksiat. Budaya asing yang mengutamakan keseronokan, dan mengamalkan seks bebas dan bersekedudukan telah mempengaruhi remaja terbabit untuk terlibat dalam gejala

bohsia/bohjan. Mereka sanggup lari dari rumah atau memperdayakan ibu bapa dengan alasan-alasan tertentu supaya dapat bersama berseronok dengan rakan-rakan. Pusat-pusat hiburan menjadi tempat remaja berkumpul dan berkenalan dengan gadis bohsia/pemuda bohjan. Sekalipun terdapat peraturan yang melarang remaja bawah umur 18 tahun memasuki pusat hiburan, namun remaja terbabit begitu mudah memasuki premis terbabit. Peringkat remaja Remaja perlu mengambil tanggungjawab untuk mencegah diri mereka daripada terlibat dengan gejala anti-sosial. Mereka tidak boleh secara berterusan menyalahkan pihak lain berhubung dengan masalah yang mereka hadapi. Remaja sudah mencapai umur baligh. Agama Islam menjelaskan di peringkat ini adalah bertanggungjawab terhadap dirinya. Segala dosa dan pahala adalah tanggungan remaja. Remaja perlu laksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah atau agama. Mereka perlu lakukan segala suruhan dan menjauhi semua larangan. Kemulian agama perlu dipelihara oleh setiap remaja. Remaja mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Maruah dan nama baik keluarga perlu dipelihara. Pengharapan ibu bapa perlu dipenuhi sebaik mungkin. Agama menentukan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa seperti menghormati, mendoakan ibu bapa, memelihara nama baik, dan mendahulukan ibu bapa. Remaja juga menpunyai tanggungjawab terhadap masyarakat atau negara yang perlu dilaksanakan. Remaja hendaklah berbakti kepada masyarakat. Menjaga harta awam, sifat tolong menolong, menjadi remaja produktif, dan mematuhi peraturan dan undangundang negara. Peringkat keluarga Agama ialah faktor penting ke arah memupuk nilai murni serta kerohanian peribadi seseorang. Agama mengajar kita mengenai pencipta dan hubungan kita denganNya, mengenai kejadian dan hubungan kia dengan alam dan makhluk Allah yang lain,

mengenai tanggungjawab, mengenai dosa dan pahala, mengenai syurga dan neraka dan sebagainya. Selain itu, agama juga menerangkan kepada kita mengenai nilai hidup yang mulia, mengenai apa yang harus dilakukan demi untuk mencapai kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat. Komunikasi yang berkesan mampu mempereratkan hubungan ibu bapa dengan anak. Tanpa hubungan komunikasi yang efektif ini, anak akan merasakan dirinya tidak diberi perhatian, diperlukan, dan disayangi. Anak akan cuba memenuhi keperluan ini daripada sumber lain. Anak-anak remaja perlu melahirkan perasaan, rasa kegelisahan, dan masalah yang dihadapi tanpa rasa bimbang. Suasana yang selesa ini hanya wujud sekiranya terdapat hubungan komunikasi yang terbuka dengan anak-anak. Hubungan komunikasi yang terbuka ini bercirikan oleh kesedian ibu bapa mendengar masalah dan menghormati pendapat anak. Bagaimanapun ini tidak bererti ibu bapa perlu menyetujui segala pandangan anak. Komunikasi merupakan proses dua hala. Ibu bapa bercakap dengan anak untuk mengetahui masalah anak, dan juga untuk menunjukkan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak. Anak pula akan menceritakan tentang aktiviti, rancangan, dan masalah yang dihadapi jika ada. Melalui komunikasi ini, ibu bapa boleh membantu anak untuk meneliti masalah yang wujud, mencadangkan cara mengatasi, dan memberi sokongan moral kepada anak semasa anak cuba mengatasi masalah tersebut. Kasih sayang sebagai keperluan asas anak, dan ibu bapa berperanan penting untuk memenuhi keperluan ini, Umumnya ibu bapa memberikan kasih sayang terhadap anakanak. Apa yang menimbulkan masalah ialah tanpa disedari oleh ibu bapa terdapat mesej kasih sayang yang tidak diterima atau dirasakan oleh anak-anak. Apa yang dirasakan oleh anak adalah lebih penting daripada apa yang dirasakan oleh ibu bapa walaupun ibu bapa merasakan telah memberikan kasih sayang yang diperlukan oleh anak. Ibu bapa berperanan membimbing anak agar memiliki ciri-ciri peribadi yang positif yang dapat membantu anak menjalani kehidupan yang sempurna apabila mencapai peringkat remaja dan dewasa. Antara ciri peribadi tersebut ialah sikap menghormati diri, berfikir, ketegasan diri, dan bertanggungjawab.

Model rol adalah penting dalam pembentukan nilai seseorang individu. Justeru itu, sekiranya ibu bapa inginkan anaknya mengamalkan nilai tertentu, maka ibu bapa perlulah menjelaskan nilai berkenaan kepada anak dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka. Pengucapan kata-kata sahaja tanpa disertakan dengan amalan terhadap kata-kata tersebut adalah tidak memadai. Model tingkah laku positif yang perlu ditunjukkan oleh ibu bapa tidak sahaja meliputi tingkah laku yang mempunyai kaitan langsung dengan dengan gejala anti-sosial tanpa merangkumi tingkah laku positif yang lain. Contohnya, amalan sikap jujur dan bertanggungjawab akan menimbulkan reaksi hormat dan taat anak terhadap ibu bapa. Perasaan hormat dan taat ini membantu ibu bapa menguatkuasakan peraturan keluarga ke atas anak. Suasana rumahtangga perlulah merupakan suasana yang boleh mengalakkan anak untuk bersama keluarga. Ini kerana anak bukan sahaja memerlukan keperluan fizikal tetapi juga keperluan lain yang dapat menarik minatnya kepada keluarga. Suasana rumahtangga yang kucar-kacir boleh menimbulkan perasaan tidak selamat dan tidak tenteram di dalam jiwa anak-anak. Penceraian ibu bapa umpamanya menyebabkan perpisahan hubungan ibu bapa dengan anak yang kemudiannya mengakibatkan kekusutan emosi, keadaan rendah diri ,dan tidak mempunyai tempat pergantungan yang menyakinkan ke atas anak yang terlibat. Keadaan ini boleh mendorong anak lari dari rumah untuk mendapatkan kedamaian dan ketenangan jiwa. PEMULIHAN Dalam usaha mencari penyelesaian berhubung masalah bohsia ini, kita haruslah memandang dari perpektif yang lebih luas dan dengan pemikiran terbuka, bertoleransi, dan memberi peluang kepada remaja terbabit (lelakidan perempuan ) tampil untuk mendapatkan pertolongan. Kita perlu memberi ruang kepada golongan remaja ini supaya bertukar daripada mengamalkan tingkah laku berbahaya seperti bohsia kepada menyertai aktiviti-aktiviti sihat seperti sukan, rekreasi,dan sosial.

Remaja yang terbabit dengan gejala ini perlu diberi bimbingan dan kaunseling. Kaedah kaunseling boleh membantu remaja membaiki konsep diri, meningkatkan keyakinan diri, dan membantu mencari jalan penyelesaian kejayaan diri pada masa akan datang.

You might also like