You are on page 1of 12

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

TAJUK 5 PENGURUSAN RESOS


SINOPSIS Tajuk ini meliputi aspek-aspek penting dalam pengurusan resos supaya penggunaan resos dapat dilakukan secara berkesan, teratur dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. HASIL PEMBELAJARAN Mengurus resos dalam Matematik secara teratur, cekap dan berkesan. Menyediakan borang rekod dan inventori dalam penggunaan serta pengendalian resos Matematik. Memastikan perolehan dan pelupusan dibuat secara cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Merancang dan menyediakan bajet untuk perolehan dan penggunaan resos dalam Matematik

KERANGKA TAJUK

Pengurusan Resos

Inventori dan Rekod

Pemantauan dan Penyelenggaraan

Perancangan dan Bajet

Resos matematik di sekolah merupakan harta Kerajaan yang perlu diurus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kesan daripada

pengurusan resos yang tidak cekap boleh menyebabkan kesukaran mengesan, mengakses dan mengembalikan bahan resos matematik di sekolah. Kesukaran seperti ini boleh menyukarkan pelaksanaan pengajaran 1

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

dan pembelajaran matematik di sekolah.

Justerus itu, pengurusan resos

yang cekap adalah sangat penting bagi menjamin keberkesanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

5.1 Inventori dan Rekod Inventori dan rekod memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan resos yang sistematik dan berkesan. Aspek-aspek pengurusan

resos yang berkait rapat dengan inventori dan rekod adalah: Perolehan Resos Penyimpanan dan pameran Resos Penggunaan Resos Rekod Resos Perlupusan Resos

Perolehan Resos Perolehan merujuk kepada proses untuk mendapatkan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Bahan-bahan resos dalam matematik di sekolah boleh diperolehi melalui pelbagai cara. Antara cara-caranya adalah: pembelian, hasil kerja guru atau murid, derma daripada pihak-pihak tertentu, muat turun daripada Internet, dan pengumpulan bahan-bahan kitar semula.

Memikir Cuba kenal pasti contoh-contoh bahan resos matematik di sekolah anda yang telah diperolehi dengan setiap cara yang tersebut di atas.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Menurut Surat Pekeliling Perbedaharaan (SPP) Bil. 12 Tahn 2007, pembelian setiap item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM50,000 (Lima Puluh Ribu Ringgit) boleh dibuat secara pembelian terus. Walau bagaimanapun, bagi setiap item yang melibatkan jumlan perbelanjaan tahunan yang melebihi RM50,000 (Lima Puluh Ribu Ringgit) tetapi tidak melebehi RM500,000 (Lima Ratus Ribu Ringgit), SPP Bil.5 Tahun 2009 menetapkan bahawa pembeliannya hendaklah dibuat dengan mempelawa sebut harga di kalangan sekurang-kurangnya lima pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Selain daripada itu, barang-barang yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan. Setelah diterima,

butiran-butiran berkaitan perolehan item berkenaan perlu direkod ke dalam Daftar Stok Bekalan Pejabat (borang KEW 314).

Penyimpanan dan Pameran Resos yang telah diperolehi perlu disimpan dengan baik. Selain daripada itu, ada juga resos yang boleh dipamerkan dari semasa ke semasa. Tiga aspek

penting yang perlu dipertimbangkan semasa menyimpan atau mempamerkan resos adalah: kesenangan untuk mengaksesnya (accessibility ), kesenangan untuk mendapatnya (availability ), dan lokasi untuk menyimpannya.

Dari segi kesenangan untuk mengaksesnya, resos perlu disimpan dengan kemas dan teratur. Satu amalan baik yang boleh dipertimbangkan ialah semua resos harus dilabel dengan jelas dari segi jenis, bilangan, kategori kegunaan dan lokasi simpanannya. Ini dapat membantu guru dan murid mengenal pasti serta mencari resos dengan mudah apabila hendak menggunakannya. Selain daripada itu, ia juga akan memudahkan proses mengembalikan resos ke tempat penyimpanannya setelah digunakan.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Dari segi kesenangan untuk mendapatnya, stok resos harus sentiasa mencukupi dan disimpan di tempat yang mudah didapati. Dari segi lokasi penyimpanan, ruang-ruang yang sedia ada seperti rak terbuka, almari, troli, laci dan kabinet harus digunakan secara optimum. Satu amalan baik yang boleh membantu ialah mengklasifikasikan lokasi-lokasi penyimpanan ini mengikut topik matematik dan juga jenis kegunaan resos. Secara ringkas, bilik resos matematik yang baik mempunyai susun atur yang sistematik dan praktikal untuk membolehkan aktiviti pengurusan resos berjalan dengan lancar, selamat, mudah dan menjimatkan masa.

Penggunaan Resos Dokumen-dokumen yang berkait rapat dengan penggunaan resos adalah: panduan pengguna (users guide) , manual pengguna (users manual), dan aktiviti contoh (sample activities).

Dokumen-dokumen ini penting untuk mengoptimumkan penggunaan resos yang sedia ada. terbiar kekurangan Tanpa dokumen-dokumen ini, banyak resos akan

di sudut terpencil dalam bilik resos kerana guru mungkin idea tentang penggunaan resos-resos berkenaan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik. Rekod Resos Dua jenis rekod resos yang utama adalah: daftar stok ( inventory), dan daftar pergerakan ( log book ).

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Tujuan daftar stok ialah menyimpan rekod tentang stok resos yang sedia ada. Rekod rasmi untuk daftar stok ialah Daftar Stok Bekalan Pejabat (Kew 314) seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. Selain daripada

rekod rasmi, anda juga boleh mereka bentuk inventori resos tersendiri untuk tujuan penyimpanan stok resos matematik. Jadual 1 menunjukkan contoh inventori resos yang direka khas untuk menyimpan stok resos matematik di sekolah.

Jadual 1: Contoh Inventori Resos Matematik Nama Rod Cusseinaire Muka Jam (besar) Jalur Pecahan Kuantiti 20 set 2 buah 10 set Klasifikasi Nombor Bulat Masa & Waktu Pecahan Lokasi Rak A1 Rak B2 Rak C3

Tujuan daftar pergerakan ialah mencatat pergerakan resos semasa dipinjam untuk kegunaan selain daripada lokasi penyimpanannya. Rekod ini penting untuk mengesan kedudukan resos dan seterusnya meminimumkan kehilangan resos yang tidak disengajakan. Rekod rasmi untuk daftar

pergerakan ialah Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW PA -6) seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 2. Sama seperti daftar stok, anda juga boleh mereka bentuk rekod pinjaman resos tersendiri untuk mengurus pergerakan resos di sekolah anda. Jadual 2 merupakan contoh rekod

pinjaman resos yang yang direka khas untuk kegunaan sekolah. Jadual 2: Contoh Rekod Pinjaman Resos Matematik
Nama Peminjam Resos & Kuantiti Tarikh Pinjam Tarikh Pulangkan Tandatangan

Ali Bin Baba


Bong Xia Ling Chandren

Jalur Pecahan (5 set)


Dienes Blocks (8 sets) Jam randik (2 buah)

6/3/2012
14/3/2012 26/3/2012

7/3/2012
19/3/2012 28/3/2012

Ali Baba
Bong XL Chadren

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Rekod inventori dan rekod pergerakan bahan resos perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan stok resos.

Penyemakan sebegini penting untuk memastikan bilangan resos sentiasa mencukupi dan berada dalam keadaan fizikal yang baik.

Latihan 1 1. Sediakan satu inventori untuk resos matematik di sekolah anda. 2. Reka bentuk satu borang daftar pergerakan resos matematik yang sesuai digunakan di sekolah anda. Pelupusan Resos Pelupusan ialah proses mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Hapus kira pula ialah proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang. Resos yang rosak, tidak sesuai

digunakan atau tidak diperlukan lagi perlu dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran ruang simpanan.

Secara umum, dari segi prosedur pelupusan dan hapus kira, anda perlu memastikan syarat-syarat untuk pelupusan dan hapus kira telah dipatuhi sebelum berbuat demikian. Perhatian khas perlu diberikan kepada barangan elektrik/elektronik seperti komputer, pencetak, pengimbas, mesin fotostat, televisyen dan alat pendingin hawa yang dikategorikan sebagai asset Buangan Terjadual. Aset seperti ini tidak boleh dijual sisanya tetapi perlu dilupuskan kepada premis pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Memikir Apakah perbezaan paling utama di antara pelupusan dan hapus kira?

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Latihan 2 Apakah kesan-kesan negatif dari segi pengurusan resos sekiranya proses pelupusan resos tidak dilaksanakan? 5.2 Pemantauan dan Penyelenggaraan Kedua-dua proses pemantauan dan penyelenggaraan memainkan peranan yang kritikal untuk memastikan pengunaan resos yang cekap tanpa pembaziran yang tidak perlu.

Pemantauan Pemantuan berterusan penting untuk memastikan bahan resos (a) disimpan dengan selamat; (b) mudah dikesan; (c) mudah dikeluarkan dan dibawa mengikut kehendak pengguna; dan (d) mudah dikembalikan semula ke tempat penyimpan.

Penyelenggaraan Bahan resos perlu dijaga dan diselenggara supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh dipakai. Aspek-aspek yang perlu diselenggarakan termasuk (a) kebersihan; (b) kekemasan; (c) pembaikan barang yang rosak; dan (d) penggantian barangan yang tidak boleh dibaiki lagi. Selain daripada itu, langkah-langkah pencegahan seperti penyediaan sistem kawalan

keselamatan resos dan pecegahan kebakaran juga perlu diberi perhatian sewajarnya.

Memikir Apakah perbezaan di antara pemantauan dan penyelenggaraan dari segi tujuannya? Latihan 3 1. Apakah kesan-kesan negatif dari segi pengurusan resos sekiranya proses pemantauan resos tidak dilaksanakan? 2. Apakah kesan-kesan negatif dari segi pengurusan resos sekiranya proses penyelenggaraan resos tidak dilaksanakan?

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

5.3

Perancangan dan Bajet

Pengurusan resos yang dibuat secara tidak tentu arah boleh membazirkan banyak sumber kewangan dan tenaga manusia. Justerus itu, perancangan teliti penting untuk menjamin proses penyediaan resos berlaku dengan hala tuju yang jelas. Selain daripada itu, perancangan juga boleh memastikan semua sumber yang sedia ada diselaras dan ditumpukan ke arah mencapai pengurusan resos yang efisien.

Dalam usaha menyediakan bilik resos matematik di sekolah, perancangan yang teliti perlu disediakan dengan mengambil kira aspek-aspek berikut: Lokasi dan pelan bilik Jenis kelengkapan dan resos yang diperlukan Bajet

Lokasi dan Pelan Bilik Di kebanyakan sekolah, bilik resos matematik boleh disediakan dengan mengubahsuai mana-mana bilik kosong yang sedia ada. Sekiranya terdapat

lebih daripada sebuah bilik yang sedia ada, pilihan boleh dibuat untuk menggunakan bilik yang senang diakses oleh guru dan murid. Seboleh-

bolehnya bilik yang dipilih harus berada di tengah-tengah kawasan sekolah dan tidak jauh daripada bilik guru atau kelas-kelas lain. Ini penting untuk menjadikan bilik resos sebagai bilik yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lokasi bilik resos matematik yang jauh dari bilik guru mungkin menyebabkan guru merasa berat hati untuk mengambil atau mengembalikan resos yang perlu digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran matematik. Reka bentuk dalaman bilik resos matematik perlu mengambil kira saiz bilik. Oleh itu, semasa penyediaan pelan bilik resos, penggunaan ruang-ruang yang sedia ada perlu dirancang scara spesifik. Sehubungan itu, penggunaan asas bilik resos termasuk (a) ruang penyimpanan resos, (b) ruang pameran resos, dan (c) ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Jenis Kelengkapan dan Resos yang Diperlukan Dari segi kelengkapan, perabut seperti meja, kerusi, rak dan kabinet adalah kelengkapan asas yang harus ada dalam setiap bilik resos matematik. Selain daripada itu, kelengkapan seperti alat pendingin hawa dan projektor LCD adalah alat-alat yang akan tambahkan nilai bilik resos berkenaan. Selain daripada alat-alat tulis, penyediaan resos pengajaran dan pembelajaran matematik juga perlu dirancang dengan teliti. Contoh bahan

berkenaan adalah manipulatif seperti blok Dienes dan rod Cuisenaire. Selalunya, sumber kewangan untuk penyediaan resos adalah terhad. Oleh yang demikian, keutamaan pilihan resos perlu ditentukan dalam perancangan perolehan resos matematik di sekolah. Memikir Dengan sumber kewangan yang terhad, apakah faktor-faktor yang perlu diutamakan dalam perancangan perolehan resos? Bajet Bajet merupakan salah satu komponen asas yang mesti ada dalam semua perancagan yang melibatkan sumber kewangan. Bajet yang baik dapat

membawa faedah yang maksimum dari sumber kewangan yang terhad. Perkara pokok yang harus ada dalam setiap bajet adalah: (a) senarai alat dan bahan yang hendak diperoleh, (b) kos perolehan, dan (c) justifikasi pemilihan alat dan bahan berkenaan. Selain daripada perolehan alat dan bahan baru, kos penyelenggaraan resos juga perlu diambil kira dalam penyediaan bajet. Ini penting untuk

memastikan semua proses penyelenggaraan resos dan kelengkapan dapat dilaksanakan dengan peruntukan yang mencukupi. Latihan 4 Sediakan satu kertas cadangan untuk mewujud dan melengkapkan sebuah bilik resos matematik di sekolah anda.

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

TAMAT Rujukan Kementerian Kewangan Malaysia. (2007). Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2007 Had Nilai dan Syarat-syarat Pembelian Terus bagi Bekalan dan Perkhidmatan. Kementeria Kewangan Malaysia. (2009). Lampiran 1 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Sebut Harga.

10

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Lampiran 1: KEW314 Daftar Stok Bekalan Pejabat

11

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Lampiran 2 : KEW PA-6 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori

12

You might also like