You are on page 1of 8

LAPORAN PEMBENTANGAN KANAK-KANAK JALANAN

PENGENALAN
Kanak-kanak adalah individu yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan pendidikan
yang sempurna untuk mereka berkembang dari sesi perkembangan fizikal, dan kognitif. Kanak-
kanak boleh didefinisikan sebagai seorang yang di bawah umur lapan belas tahun seperti yang
termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Akta Kanak-kanak
2001(Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2012). Mereka seharusnya diberikan hak untuk hidup,
membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup yang sempurna serta belaian kasih sayang.
Mereka juga berhak mendapatkan indentiti warganegara, perlindungan daripada kesukaran
atau rintangan yang dihadapi seperti ekploitasi dan jenayah.
Namun begitu, atas beberapa faktor mereka terlibat dengan isu kanak-kanak jalanan.
Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh sebaliknya memerlukan pendekatan dan
pencegahan yang perlu dilakukan agar masa depan kanak-kanak ini terbela dan seterusnya
dapat melahirkan masyarkat yang berdaya saing di masa hadapan. Laporan ini akan
menghuraikan mengenai definisi kanak-kanak jalanan, isu-isu yang berkaitan, dan juga
permasalahan yang akan dihadapi mengenai anak-anak jalanan serta badan-badan kerajaan
yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan kanak-kanak jalanan ini.

DEFINISI KANAK-KANAK JALANAN.
Menurut Gossling dan rakan-rakan dalam Risalhah & rakan (2011) mendefinisikan
kanak-kanak jalanan kepada dua kategori iaitu :
Children on the street :
Kanak-kanak yang mempunyai keluarga yang menjaga mereka, tetapi
kanak kanak ini mengemis atau bekerja di jalanan dan tidur di mana mana
rumah seperti rumah rakan-rakan atau sedara maranya.

Children of the street
Kanak kanak ini adalah kanak-kanak jalanan yang hidup di jalanan dan
tidak mempunyai keluarga. Kebiasaanya mereka ini keluar dari rumah dan
hidup di sekitar jalanan bagi mendapatkan makanan dan juga perlindungan.
Manakala menurut Ritcher dan Tosesi dalam Risalhah dan rakan (2011) pula mengenalpasti
kanak-kanak kepada tiga kategori iaitu ;
Kanak-kanak Bandar
Kanak-kanak bandar dikategorikan kepada lima jenis iaitu kanak-kanak
terbuang, kanak-kanak pelarian, kanak-kanak kawasan kotor dan sesak,
kanak-kanak sampah terbuang dan kanak-kanak belukar. Kanak-kanak
yang terdiri daripada kanak-kanak terbuang iaitu kanak-kanak yang di
buang oleh keluarga, kanak-kanak pelarian yang melarikan diri akibat
eksploitasi atau keganasan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
Seterusnya kanak-kanak kawasan kotor dan sesak pula ialah kanak-
kanak yang mendiami tempat yang sempit, komuniti yang padat serta
kawasan yang kotor. Manakala kanak-kanak sampah terbuang pula ialah
kanak-kanak yang mendiami tempat atau kawasan pembuangan sampah
dan kanak-kanak belukar pula ialah kanak-kanak yang mendiami
kawasan yang tidak dibangunkan dalam kawasan bandar dan
kebiasaanya berhampiran atau di dalam belukar.

Kanak-kanak di atas jalan raya
Kanak-kanak di atas jalan raya ialah kanak-kanak yang berkerja di jalan
raya untuk menambahkan pendapatan ibu bapa dan pulang ke rumah
pada waktu senja. Antara cara bekerja mereka ialah meminta sedekah
ataupun melacur

Kanak-kanak di tepi jalan raya
Kanak- kanak ini ialah kanak-kanak yang tinggal dan bekerja di jalan raya
untuk mendapatkan makanan dan perlindungan. Selalunya mereka ini
dibuang oleh keluarga dan hidup bersama kanak-kanak yang senasib
dengan mereka.
Menurut United Nation Children Fund atau dikenali sebagai UNICEF pula mengkategorikan
kanak-kanak jalanan kepada empat kategori iaitu;
Kanak-kanak yang tinggal dan mendapatkan perlindungan di jalanan.
Kanak- kanak yang tidak berhubung dengan keluarga dan tinggal
sementara di jalanan ataupun dari satu rumah ke satu rumah
Kanak-kanak yang masih berhubung dengan keluarga tetapi disebabkan
masalah kemiskinan, penderaan fizikal dan seksual tinggal dijalanan
pada waktu siang dan beberapa malam di jalanan.
Anak-anak yang tinggal di tempat jagaan yang berasal dari keluarga yang
tidak berumah atau berisiko untuk tinggal di rumah.
E.M. Salem & ABD El-Latif (2002)

Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan secara amnya anak-anak jalanan ini
ialah anak-anak yang menghabiskan semua aktivitinya di sekitar jalanan dan mempunyai taraf
hidup yang rendah. Mereka menjadi begini kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang dari
ibu bapa serta tiada pembelaan daripada masyarakat. Malaysia mempunyai jumlah anak
jalanan yang tinggi walaupun tiada jumlah statistik yang tepat dicatatkan. Kini, anak-anak
jalanan bukan sahaja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur bahkan kini merebak
sehingga ke Sabah. Menurut Risalhah L.M dan rakan (2011) menyatakan bahawa kanak-kanak
jalanan Sabah kebanyakkan berasal dari Filipina dan Indonesia. Manakala kanak-kanak dari
kaum bumiputera juga wujud iaitu dari kaum Kadazan Dusun. Mereka ini sering berkeliaran di
tempat-tempat menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar ikan dan sayur, pasar malam dan
stesen-stesen bas. Namun, melalui dapatan kajian mereka menyatakan bahawa bilangan
kanak-kanak bumiputera di Sabah adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak
Indonesia dan Filipina. Namun, jumlah yang sebenar tidak dapat dijangkakan kerana kanak-
kanak imigran ini sangat licik dan mudah melarikan diri apabila penguatkuasa menjalankan
rondaan atau serbuan. Mereka juga kelihatan takut jika didekati. Berbeza pula dengan kanak-
kanak bumiputera, kebanyakkan mereka lahir di Sabah dan mempunyai sijil lahir. Oleh hal
demikian, jika terdapat rondaan mereka tidak melarikan diri dan dapatan kajian adalah mudah
dilakukan. Selain itu juga, menurut pengkaji, majoriti kanak-kanak jalanan yang berstatus
bumiputera berkeliaran di jalanan adalah disebabkan oleh mereka ingin menghabiskan masa
lapang di jalanan. Hal ini berbeza dengan kanak-kanak imigran kerana mereka duduk di jalanan
adalah untuk mencari makanan dan kehidupan.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK JALANAN
Menurut definisi yang diberikan pada awal kenyataan tadi dinyatakan bahawa kanak-
kanak adalah individu yang berumur lapan belas tahun ke bawah. Oleh itu, ciriciri kanak-kanak
jalanan secara umumnya adalah kanak-kanak yang berumur lima hingga lapan belas tahun.
Mereka didapati selalu berkeliaran dan berada di tempat umum seperti jalanan, pasar, dan
tempat-tempat hiburan selama lapan belas jam sehingga dua puluh empat jam dalam sehari.
Penampilan mereka pula adalah kusam dan tidak terurus. Kebanyakkan mereka tidak
bersekolah atau berhenti bersekolah dan ini menyebabkan taraf pendidikan mereka rendah.
Masalah ini wujud disebabkan oleh faktor kemiskinan keluarga yang mana ibu bapa tidak
mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah mereka dan juga memerlukan bantuan
mereka untuk menambah pendapatan keluarga. Oleh hal yang demikian tidak menjadi satu
perkara yang pelik jika mereka tidak mendapat pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.
Mereka juga tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa. Selain itu , mereka
juga tidak mempunyai nilai moral yang tinggi akibat tidak mendapat didikan yang sempurna
daripada ibu bapa.

PUNCA ATAU FAKTOR PENYEBAB KANAK-KANAK MENJADI
KANAK-KANAK JALANAN.
Terdapat beberapa faktor penyebab kepada berlakunya kanak-kanak jalanan. Faktor
utama ialah kemiskinan hidup (Mohamed K.A dan Eme.T.O & rakan dalam Risalhah dan rakan
2011). Hal ini kerana taraf hidup bapa dan ibu yang rendah akibat daripada taraf pendidikan
dan jenis perkerjaan informal yang dijalankan. Selain itu, terdapat juga ibu yang bekerja sebagai
pelacur, ibu bapa yang terlibat dengan penagihan serta pengedaran dadah kerana kesempitan
dan desakan hidup. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bersekolah dan
mereka berpeleseran dijalanan akibat kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Kadang kala,
kanak-kanak ini juga membantu ibu bapa mencari nafkah hidup bagi meneruskan kehidupan
mereka sehari-hari. Disebabkan hal-hal ini mereka terjerumus dalam kehidupan sebagai anak
jalanan.
Faktor kedua pula ialah keruntuhan sistem kekeluargaan (Mohamed K.A dan Eme.T.O &
rakan dalam Risalhah dan rakan 2011). Oleh kerana ibu bapa sibuk bekerja, mereka tidak
mempunyai masa untuk bersama anak-anak dan apabila desakan hidup membebankan dan
pelbagai masalah wujud, maka berlakulah kepincangan di dalam sistem kekeluargaan. Apabila
berlakunya pertelagahan di dalam keluarga dan seterusnya penceraian berlaku maka kanak-
kanak akan menjadi mangsa. Ada diantara mereka memilih untuk hidup di luar masalah
keluarga dengan memilih untuk hidup di jalanan. Ada juga dalam kalangan kanak-kanak ini
dihalau dari rumah (Mohamed K.A dan Eme.T.O & rakan dalam Risalhah dan rakan 2011)
akibat daripada masalah yang ditimbulkan di dalam keluarga.
Seterusnya terdapat faktor anak-anak jalanan yang ditinggalkan dari kecil dan
kehilangan tempat bergantung dan rumah disebabkan migrasi (Mohamed K.A dan Eme.T.O &
rakan dalam Risalhah dan rakan 2011). Antara sebab kanak-kanak yang ditingalkan adalah
disebabkan ibu yang melahirkan mereka tanpa bapa, atau disebabkan oleh faktor desakan
hidup yang menyebabkan ibu bapa tidak mampu memelihara mereka. Keadaan ini
menyebabkan mereka hidup dengan belas ikhsan komuniti di jalanan dan membesar sebagai
anak jalanan. Selain itu, terdapat juga faktor migrasi yang menyebabkan anak-anak jalanan ini
hilang tempat bergantung dan juga tempat tinggal. Akibatnya, jalanan menjadi rumah mereka
dan punca rezeki mereka untuk meneruskan kehidupan.

JENIS-JENIS PEKERJAAN YANG DILAKUKAN OLEH KANAK-KANAK JALANAN
Kanak-kanak jalanan mencari pekerjaan untuk mendapatkan sumber pendapatan.
Antara pekerjaan yang dijalankan adalah berniaga di pasar, kedai atau gerai, mencuci kereta,
mengemis, mengutip kotak-kotak, tin-tin dan kertas-kertas untuk dijual (Risalhah dan rakan,
2011). Mereka menghabiskan kebanyakkan masa mereka dengan melakukan pelbagai
pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka.
Selain itu ada juga dalam kalangan mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan sindiket
seperti pengedaran dadah, pelacuran dan gangsterisme, melakukan rompakan, ragut dan juga
merogol. Pekerjaan-pekerjaan seperti ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kemudaratan
kepada masyarakat khususnya dan negara amnya pada masa akan datang.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK JALANAN
Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak jalanan ini ialah masalah kemiskinan.
Hal ini kerana ibu bapa mereka tidak dapat menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.
Faktor-faktor desakan hidup yang memaksa mereka hidup dalam kemiskinan. Mereka juga ada
kalanya terpaksa mengikut ibu bapa mencari pendapatan supaya keperluan asas dapat
diperoleh. Oleh itu, mereka tidak dapat mengecapi kesenangan seperti kanak-kanak lain
sebaya mereka dan kebanyakkan daripada mereka hidup berdikari dan matang dari usia
mereka sepatutnya.
Masalah yang kedua dihadapi oleh kanak-kanak ini ialah masalah kesihatan. Menurut
kajian Noraini (2009) menyatakan bahawa kadar nutrisi yang diterima oleh kanak-kanak jalanan
adalah kurang. Hal ini kerana cara pengambilan makanan yang tidak teratur dan tidak bernutrisi
menyebabkan kanak-kanak ini mudah untuk mendapat penyakit. Selain itu kanak-kanak ini juga
berisiko untuk mendapat penderaan fizikal dan seksual akibat daripada tekanan hidup yang di
alami oleh keluarga.
Masalah seterusnya ialah masalah pendidikan. Majoriti kanak-kanak jalanan adalah
kanak-kanak yang rendah taraf hidupnya. Hal ini disebabkan oleh beberapa kemungkinan.
Kemungkinan yang pertama ialah ibu bapa kanak-kanak ini tidak mampu untuk menghantar
mereka ke sekolah disebabkan faktor kemiskinan. Ada juga diantara mereka yang sanggup
berhenti sekolah untuk membantu ibu bapa menambahkan pendapatan keluarga. Selain itu,
masalah yang semakin meruncing kini ialah mereka tidak mempunyai sijil lahir yang mana sijil
lahir ini amat diperlukan sebagai bukti kewarganegaraan dan juga diperlukan untuk
mendaftarkan mereka ke sekolah.
Melalui temu bual yang saya jalankan bersama sukarewan di Rumah Nur Salam ada
menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak mempunyai sijil lahir kerana beberapa sebab. Antara
sebabnya ialah dokumen sijil lahir itu hilang akibat ibu bapa yang sering berpindah randah.
Sebab kedua pula ialah anak yang dilahirkan itu anak yang tidak sah taraf. Hal ini
menyebabkan ibu bapa tidak mahu mendaftarkan kelahiran mereka dan akibatnya mereka tidak
dapat menikmati pendidikan yang sempurna. Sebab yang ketiga adalah disebabkan oleh anak
yang lahir ini bukan warganegara Malaysia. Mereka juga tidak layak untuk mendaftarkan diri ke
sekolah kerana tidak ada dokumen yang membuktikan kewarganegaraan mereka. Atas faktor-
faktor ini mereka dikategorikan sebagai kanak-kanak terpinggir yang mana tidak mendapat
hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka di dalam Malaysia.
Seterusnya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak jalanan adalah masalah emosi
dan sosial (E.M. Salem & ABD El-Latif, 2002). Akibat tekanan hidup yang sangat mendesak,
perilaku ibu bapa yang tidak bermoral, keadaan rumah yang sempit, kawasan perumahan yang
padat dan kotor serta kurangnya kasih sayang dan perhatian keluarga menyebabkan kanak-
kanak jalanan ini mengalami masalah emosi dan sosial. Mereka akan bertindak di luar batasan
dan menjadi ganas, tidak beradab dan sering menimbulkan masalah sosial. Antara masalah
yang dilakukan adalah kegiatan yang tidak bermoral, pelacuran, melahirkan anak luar nikah,
pergaduhan atau gangsterisme, vendalisme, penagihan dadah, pengedar dadah, mencuri dan
meragut. Semua kegiatan yang dinyatakan ini jika tidak dibendung akan mendatangkan
mudarat pada masyarakat masa akan datang. Manakala dari segi sosial pula mereka tidak
mendapat hak sosial seperti kanak-kanak yang lain menyebabkan timbul anggapan kurang
senang masyarkat terhadap mereka. Taraf pendidikan yang rendah juga menyebabkan mereka
tidak dapat memperoleh pekerjaan yang baik serta menyebabkan mereka ketinggalan jauh dari
segi pemodenan dalam arus globalisasi.
Oleh itu setiap individu yang berumur di bawah lapan belas tahun adalah individu yang
perlu dilindungi dan diberikan hak-hak yang sepatutnya diperoleh. Antara perlindungan yang
dibuat adalah dengan adanya peraturan dan penguatkuasaan undang-undang di seluruh
negara di dunia amnya dan Negara Malaysia khususnya. Antara akta yang melindungi kanak-
kanak ini ialah dasar kanak-kanak Negara, Dasar Perlindungan Kanak-kanak, dan Konvensyen
hak Kanak-kanak.

You might also like