You are on page 1of 9

SKRIP FORUM 2024

PENGER Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera, salam


USI Malaysia Madani dan salam Forum Remaja.

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Tuhan, dengan limpah kurnia
dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum
remaja peringkat bahagian pada pagi yang ceria ini.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum kita berkenalan dan beramah mesra dengan ahli-ahli panel kita
yang manis-manis belaka, baik kiranya saya Intan Shafiqa binti Abdullah
selaku pengerusi mengupas serba sedikit tajuk forum kita pada pagi ini.

Tajuk forum kita berkisarkan tema sosial iaitu LGBT Kian Menular :
Apakah Tindakan Kita?

Isu berkenaan dengan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual/Transgender


atau lebih dikenali sebagai LGBT bukanlah isu baharu di Malaysia. LGBT
ini dikatakan telah bertapak dalam negara ini sejak awal tahun 1980
dengan kegiatan mak nyah dan pondan. Dengan kewujudan Internet yang
serba pantas pada masa ini, maklumat tentang fenomena ini boleh sampai
sepantas kilat kepada sesiapa sahaja baik orang dewasa, golongan remaja
mahupun kanak-kanak.

Memetik artikel yang diterbitkan oleh Berita Harian pada 10 Mac 2022 yang
lalu, isu LGBT ini semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh
semua pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),
Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan Malaysia sangat memandang serius
isu yang berkisarkan golongan LGBT. Hal ini dikatakan demikian kerana
Malaysia menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi yang
menerapkan nilai moral berlandaskan adat, budaya serta agama, maka
LGBT adalah bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia.

Dalam persidangan Raja-Raja kali ke-126 pada 13 Disember 1989, LGBT


telah difatwakan sebagai perlakuan yang haram untuk diamalkan sebagai
gaya hidup. Oleh itu, individu-individu yang berniat untuk memohon
penukaran jantina pada dokumen rasmi telah dihalang daripada berbuat
demikian.

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik


perbincangan, molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-ketiga ahli
panel kita pada hari ini.
Panel 1 Terima kasih saudari pengerusi. Saya baik-baik sahaja. Saudari pengerusi
pula bagaimana?
Pengerusi Alhamdulillah, saya juga berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan
bersemangat untuk mempengerusikan forum kita pada hari ini.

Seterusnya, diperkenalkan ahli panel kita yang kedua. Tinggi lampai


orangnya, yakin dan tenang iaitu saudari Clerista Eleina Anak Helon. Apa
khabar saudari?
Panel 2 Saya sihat sejahtera saudari pengerusi.

Pengerusi Berada di sebelah ahli panel kedua, tidak lain dan tidak bukan tentulah ahli
panel kita yang ketiga iaitu saudari Evelyn Teo. Walaupun nampak
pemalu, namun bijak melontarkan hujahnya. Apa khabar saudari?

Panel 3 Puji Tuhan, saya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Salam forum buat
semua.
Pengerusi Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada
topik forum kita iaitu LGBT Kian Menular : Apakah Tindakan Kita?

Sidang hadirin serta ahli panel yang dihormati, bagi merintis bicara, saya
persilakan saudari ahli panel kita yang pertama untuk menerangkan
kepada kita semua berkenaan konsep LGBT. Dipersilakan saudari
Raffaella.
Panel 1 Terima kasih saudari Pengerusi. Salam sejahtera kepada sidang hadirin
yang dihormati.

Takrifan Budaya LGBT yang saya petik daripada laman sesawang Hello
Sehat ialah LGBT merupakan singkatan daripada lesbian, gay, biseksual
dan transgender. Awalnya, pada tahun 1990, LGBT hanya digunakan untuk
merujuk golongan homoseksual dan transgender. Namun kini, singkatan ini
melingkupi lebih banyak orientasi seksual dan pelbagai identiti jantina.

Lesbian ialah golongan yang mempunyai tarikan seksual terhadap


perempuan lain. Seorang daripada pasangan ini lebih cenderung untuk
menjadi seperti lelaki malah memakai pakaian seperti lelaki, berambut
pendek seperti lelaki dan bersifat kasar atau dikenali sebagai penkid.
Bertentangan dengan pasangannya yang memakai seperti perempuan
biasa tetapi mengamalkan cara hidup songsang ini.

Perkataan Gay selalu digunakan untuk merujuk kepada pasangan sejenis


sama seperti lesbian tetapi yang membezakannya ialah lelaki bersama
lelaki. Menurut Bieschke (2011) gay bermaksud seorang lelaki yang
mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain. Golongan ini
sangat mudah tertarik kepada golongan lelaki yang mempunyai rupa paras
menarik, tampan, bergaya dan bertubuh sasa.

Biseksual pula merujuk kepada individu yang mempunyai kecenderungan


untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan
perempuan. Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang
melampau. Apabila hubungan seks dilakukan dengan ramai pasangan dan
melibatkan jantina yang berbeza sudah tentu akan mendatangkan
kemudaratan pada si pelaku. Walaupun perkara ini susah dipercayai oleh
sesetengah orang namun perkara ini benar-benar berlaku di zaman yang
moden ini.

Transgender atau transeksual pula adalah keadaan seseorang yang


cenderung untuk mengenal pasti diri mereka dengan gender yang tidak
konsisten dengan jantina biologi mereka. Biasanya mereakan akan
melakukan beberapa perubahan dari segi perubatan untuk menukar fizikal
Pengerusi Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang konsep LGBT yang pada
pandangan saya merupakan penjelasan terperinci daripada saudari
Raffaella.
Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudari
Clerista tentang sejauh manakah remaja terdedah dengan gejala LGBT
dan apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hal ini berlaku?
Panel 2 Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih saudari pengerusi.
Sidang hadirin yang dihormati,

Saya berani menegaskan di sini bahawa golongan remaja kini semakin


terdedah dengan golongan LGBT oleh sebab beberapa faktor sama ada
diri mereka sendiri atau pengaruh sekeliling. Berdasarkan dapatan kajian
oleh Ahmad et al pada tahun 2015 mendapati bahawa antara faktor yang
menyebabkan pasangan lesbian selesa dengan gaya hidup mereka adalah
kerana mereka pernah mengalami pengalaman yang buruk bersama
pasangan heteroseksual yang mana pasangan mereka ini telah mengambil
kesempatan terhadap diri mereka dan perkara ini telah menimbulkan
perasaan yang negatif. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka
lebih memilih untuk berkawan dengan pasangan sejenis kerana pasangan
yang sama jenis ini lebih memahami dan mengambil berat terhadap diri
mereka sehingga mereka berasa selesa untuk meneruskan kehidupan
songsang ini.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa keluarga bermasalah


merupakan faktor lain yang menyumbang kepada gejala lesbian
berlaku.Hal ini dikatakan demikian kerana mereka mempunyai masalah
serta kurangnya komunikasi dengan ahli keluarga. Hal ini akan
menyebabkan mereka akan mencari seseorang untuk berkongsi perasaan
dan isi hati mereka oleh sebab ibu bapa yang sering sibuk mementingkan
pekerjaan dan sering mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Oleh
yang demikian, mereka yang kurang kasih sayang daripada ibu bapa ini
akan mencari kelompangan kasih sayang tersebut daripada pasangan
lesbian mereka.

Faktor didikan ibu bapa juga sangat penting kerana terdapat ibu bapa yang
terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga lupa untuk meluangkan masa
bersama anak-anak. Kesibukan ibu bapa menyebabkan anak-anak tidak
mendapat didikan yang sewajarnya. Ibu bapa sewajarnya menitikberatkan
didikan terhadap anak sejak mereka kecil lagi sesuai dengan pepatah
melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesetengah ibu bapa
terlalu yakin dan mempercayai anak-anak sehingga mereka tidak sedar
akan tingkah laku yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Hal ini boleh
mendorong anak-anak untuk mengambil tindakan luar jangkaan kerana
tiada pihak yang memantau mereka. Golongan remaja akan terikut-ikut
dengan kandungan atau paparan dalam media sosial berkenaan dengan
kelakuan songsang seperti hubungan sejenis.

Menurut mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’


Haris Kasim, walaupun pendidikan agama diterima sejak kecil, namun
kecenderungan ke arah golongan LGBT tetap berlaku jika kehidupan
beragama tidak diamalkan. Hal ini menyebabkan mereka mudah
terjerumus kerana mereka tidak dapat membezakan perkara baik atau
buruk. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian
Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Mohd Izwan Mohd
Yusof mengatakan bahawa remaja memerlukan pengawasan ketat
daripada pihak keluarga. Dahulu, kita hanya runsing apabila anak bermain
Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada saudari Clerista.

Seterusnya, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli panel ketiga


berkenaan apakah kesan-kesan gejala LGBT ini kepada remaja?

Silakan saudari.

Panel 3 Terima kasih saudari pengerusi.


Berdasarkan dapatan kajian Nor Hafizah dan Norsaleha pada tahun 2016,
salah satu kesan LGBT dalam kalangan rakyat ialah rakyat terdedah
dengan budaya gaya hidup yang negatif. Beliau menyatakan bahawa
golongan LGBT ini banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan
dan juga negatif dan ini menyebabkan masyarakat yang hidup berdekatan
dengan golongan LGBT berisiko tinggi terpengaruh dengan gaya hidup
yang dijalankan oleh golongan LGBT. Sebagai contoh, golongan remaja
yang masih belum matang akan mudah terpengaruh lalu mengikuti perkara
yang negatif kerana kecenderungan sifat ingin tahu yang tinggi di dalam
diri setiap remaja. Hal ini menyebabkan remaja yang tidak mampu
mengawal nafsu mereka akan mudah untuk mengikuti jejak langkah
golongan LGBT ini. Menurut Ahmad et al.(2015), golongan lesbian berasa
bahagia dengan gaya hidup mereka kerana hubungan yang baik dalam
kelompok komuniti lesbian itu sendiri menjadikan mereka tidak lagi
mengambil peduli tentang kritikan masyarakat yang akhirnya menjadikan
mereka sukar untuk kembali kepada norma hidup normal.
Perkembangan LGBT juga menyumbang masalah dari aspek kesihatan
kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan
bahawa 50% daripada kes baharu HIV yang direkodkan pada tahun 2018
adalah berpunca daripada aktiviti homoseksual dan juga biseksual.
Dengan itu, penularan kes-kes melibatkan LGBT melibatkan generasi
muda amat membimbangkan. Berdasarkan Roslee pada tahun 2017,
banyak kajian lepas yang dilakukan penyelidik barat berkait LGBT hanya
berkisar cara hidup dan amalan seks selamat dalam kalangan pengamal
LGBT dan kesan persepsi negatif komuniti terhadap anak-anak golongan
LGBT. Bukan itu sahaja, Bell dan Weinberg pada tahun 1978 pula
menyatakan bahawa, kajian penyelidik lepas turut mendapati remaja yang
terlibat dengan LGBT mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan
tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental
berbanding remaja normal serta berisiko untuk terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan alkohol. Menurut Ridauddin Daud pada tahun
2018, beliau menyatakan bahawa kadar kes ini meningkat dalam kalangan
golongan LGBT ini semakin mendadak naik setiap tahun daripada 63 kes
pada tahun 2000 kepada 3,293 kes atau pada kadar 10 peratus bagi setiap
100,000 penduduk pada tahun 2018. Dalam hal ini, tidak mustahil untuk
kes ini meningkat dari tahun ke tahun sekiranya golongan LGBT ini
semakin mendapat tempat di Malaysia. Masalah kesihatan seperti HIV ini
berlaku dalam golongan LGBT adalah kerana gaya hidup songsang dan
Pengerusi Terima kasih saudari Evelyn. Sayu rasanya hati apabila membayangkan
generasi muda yang seharusnya menjadi pelapis negara terkesan akibat
gejala negatif sebegini.

Maka, selain membicarakan kesan saya juga ingin mendengar lebih lanjut
pandangan ahli-ahli panel tentang prakarsa yang boleh dilaksanakan
dalam usaha membanteras perlakuan sumbang ini.

Soalan saya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah langkah yang
boleh dilaksanakan bagi membendung masalah ini?

Silakan saudari.
Panel 2 Terima kasih saudari pengerusi.
Pihak kerajaan sememangnya harus mengambil tindakan yang serius
dengan menyekatkan penularan rakaman video, drama atau iklan yang
mengandungi unsur-unsur negatif. Usaha kerajaan ibarat mencurah air ke
daun keladi jika masyarakat tidak berusaha memberi sokongan kepada
pihak kerajaan dalam membanteras golongan LGBT.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani
penularan gejala ini. Ibu bapa sewajarnya meningkatkan lagi kemahiran
keibubapaan bagi mencegah gejala LGBT ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan remaja di
rumah. Mereka seharusnya memantau setiap tingkah laku serta
pergerakan anak-anak mereka selain memberikan perhatian yang
sepenuhnya supaya anak-anak tidak berasa kurang kasih sayang
sehingga boleh terjebak dalam kancah yang tidak sihat. Kesannya, remaja
tidak akan berasa tersisih dan tindakan ini akan menjauhkan mereka
daripada cuba mencari perhatian dengan melakukan sesuatu yang di luar
jangkaan ibu bapa.
Sekiranya masalah ini tidak dibendung sejak awal lagi, isu ini bukan sahaja
mendatangkan kesan negatif kepada generasi akan datang, malah
masyarakat dan negara turut menerima tempiasnya.
Panel 1 Saudari pengerusi, izinkan saya untuk menambah buah fikiran
berdasarkan ulasan saudari ahli panel yang kedua tadi.

Pengerusi Silakan saudari Raffaella.


Panel 1 Ya sudah pasti pihak kerajaan perlu campur tangan dalam menyekat
ataupun menapis filem dan drama yang menpunyai unsur-unsur budaya
songsang seperti LGBT daripada ditayangkan di negara kita. Hal ini
supaya golongan muda tidak terdedah dengan budaya songsang yang
mungkin boleh bermula daripada menonton filem atau drama yang
mempunyai unsur-unsur LGBT. Anak muda mudah terpengaruh dengan
apa-apa sahaja yang disaksikan oleh mereka kerana masih berada dalam
fasa mencari identiti diri.

Di negara kita, kerajaan telahpun menggerakkan usaha dalam menangani


isu filem dan drama berunsurkan LGBT ini, menurut portal rasmi parlimen
Malaysia, ahli parlimen ada membahaskan langkah kerajaan untuk
menyekat unsur-unsur budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan
filem dan drama. Berdasarkan pernyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri
iaitu Dato’ Mohd Azis bin Jamman, kerajaan melaksanakan proses
penapisan filem. Tindakan ini dijalankan oleh Lembaga Penapisan Filem di
bawah Kementerian Dalam Negeri. Lembaga Penapisan Filem telah
ditubuhkan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 akta 620. Berdasarkan
akta tersebut semua filem yang akan disiarkan, dipamerkan, disebarkan,
ditayangkan di Malaysia hendaklah dikemukakan kepada Lembaga
Penapisan Filem untuk tujuan penapisan.

Terdapat 4 aspek utama yang digariskan dalam garis panduan Penapisan


Filem Kementerian Dalam Negeri iaitu aspek keselamatan dan
ketenteraman awam, aspek keagamaan, aspek sosiobudaya serta aspek
ketertiban dan ketatasusilaan. Budaya songsang merupakan salah satu
unsur di bawah aspek sosiobudaya yang perlu diteliti dan diberi perhatian
dalam panduan Garis Panduan Penapisan Filem tersebut. Apa-apa unsur
sama ada dalam bentuk adegan ataupun dialog dalam sesebuah filem
yang mempromosikan budaya hidup songsang seperti LGBT adalah tidak
dibenarkan dan akan dipotong sebelum filem tersebut diluluskan untuk
ditayangkan atau pengedaran. Sekiranya kandungan sesebuah filem yang
ditapis didapati secara keseluruhannya adalah mempromosikan budaya
hidup songsang seperti LGBT, maka filem tersebut tidak akan diluluskan
oleh Lembaga Penapisan Filem sama ada untuk ditayangkan mahupun
untuk pengedaran.
Pengerusi Terima kasih saudari Raffaella. Saudari Evelyn juga nampaknya ingin
menyuarakan buah fikiran yang tidak kurang hebatnya. Silakan saudari.
Panel 3 Terima kasih saudari pengerusi majlis.
Ahli panel dan siding hadirin yang dihormati,

Pada era globalisasi yang moden ini, kebanyakan rakyat Malaysia


menggunakan peranti elektronik yang canggih seperti telefon pintar yang
mempunyai aplikasi media sosial untuk tujuan berkomunikasi, bermain,
hiburan dan lain-lain. Dengan itu, pihak kerajaan yang memainkan peranan
yang penting dalam menyelesaikan masalah ini haruslah menghasilkan
dan memuatnaikkan iklan dari semasa ke semasa tentang kesan LGBT
terhadap masyarakat terutamanya golongan remaja di media sosial yang
popular dalam kalangan masyarakat seperti Instagram, Facebook, Tik Tok,
X atau juga boleh dikenali sebagai Twitter and sebagainya. Oleh itu,
maklumat ini boleh disampaikan kepada rakyat dengan pantas dan mudah
dan ini juga dapat mendidik golongan remaja yang bersifat ingin tahu
tentang LGBT.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting kerana
setiap pergerakan mereka yang menonjol mudah menarik perhatian lalu
akan diperhatikan golongan remaja ini tidak kira di tempat awam, media
sosial atau di kawasan perumahan sendiri. Dalam hal ini, bagi golongan
remaja yang belajar melalui pemerhatian mereka dan bersifat ingin tahu ini,
mereka akan mengikuti golongan LBGT ini dengan anggapan bahawa
tindakan mereka itu wajar tanpa mengetahui keburukannya. Oleh itu,
masyarakat haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada golongan
remaja yang sedang membesar ini dengan tidak melibatkan diri dalam
kegiatan LGBT ini untuk mengelakkan golongan remaja juga terjebak
dalam kegiatan ini pada masa yang akan datang.

Sebelum saya mengakhiri, gejala LGBT tidak sepatutnya dipandang remeh


oleh masyarakat dan haruslah diambil kira sebagai sesuatu perkara yang
serius kerana gejala ini bukan sahaja akan menjejaskan generasi yang
akan datang tetapi juga mencemarkan nama baik negara di persada dunia.
Pengerusi Terima kasih saudari Evelyn.

Akhirulkalam, isu LGBT ini perlulah dipandang serius oleh pelbagai pihak
bagi melindungi masa depan anak bangsa. Kesan yang ditinggalkan oleh
masalah ini boleh merosakkan reputasi bangsa Malaysia yang selama ini
terkenal dengan adat dan moral yang tinggi.

Oleh itu, usaha dan langkah yang proaktif perlu kita jalankan sebelum
tokak menjadi kudis. Sebagai rakyat yang berwibawa, usahlah kita lepas
tangan dan hanya mengharapkan kerajaan bagi menangani masalah ini
sesuai dengan pepatah lama, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Sidang hadirin sekalian,

Kalau berjalan dah sampai ke batas


Kalau berkayuh dah sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai ke penghujung bicara

Entah sirih salah sarung


Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah salam, salam bersantun


Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel ingin mengucapkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada para hadirin yang sudi hadir menyaksikan
pertandingan forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini serta izin
mengundurkan diri. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah,
wassalammualaikum waramatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia

You might also like