You are on page 1of 9

Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu fenomena tentang individu yang terkeliru

mengenai identity mereka. Mereka adalah lelaki lembut yang lebih dikenali dalam kalangan kehidupan masyarakat umum dengan istilah mak nyah, pondan, bapok dan adik. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan, dan naluri sebagai wanita. Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25 merupakan salah seorang pemuda yang berhasrat untuk menukar jantina dan nama daripada lelaki kepada perempuan sesudah sahaja berjaya menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz. Beliau telah mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya untuk mendapatkan kebenaran menukar nama. Walaubagaimanapun, perundangan yang boleh membenarkan permohonan pempetisyen tersebut kerana jantina seseorang manusia ditentukan semasa mereka lahir dan pembedahan tidak dapat menukarkan jantina seseorang. Isu hangat ini, menemuhi jalan penyelesaian setelah Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz meninggal dunia kesan daripada tekanan perasaan yang dihadapinay. Persoalanya, adakah perbuatan Mohd Ashraf ini memberi kesan kepada diri dia sahaja? Terdapat beberapa golongan yang turut menerima kesan hasil daripada perubatan pemuda seperti Mohd Ashraf.

INDIVIDU
Individu yang melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina ini akan menerima kesan tidak terkira dalam jangka masa pendek atau panjang. Masyarakat akan pandang serung terdapat individu yang melibatkan diri dalam gejala ini. Maruah diri individu tersebut akan terjejas. Contohnya, seseorang lelaki yang berkelakuan perempuan akan menjadi ganjil dalam kalangan lelaki yang dan perempuan biasa. Keganjilan ini membawa kepada masyarakat pandang serung terhadap individu tersebut. Buktinya, Mohd Abd Ashraf yang berusia 25 tahun dan berkelulusan dalam bidang perubatan turut dipandang serung oleh masyarakat.

Apatah lagi, lelaki lembut yang tidak mempunyai apa jua kerjaya. Hal ini demikian, golongan mak nyah adalah manusia yang ganjil dalam kalangan lelaki dan perempuan yang biasa. Selain daripada itu, individu tersebut turut boleh dijangkiti penyakit. Perkara ini terjadi kerana penukaran jantina tidak berlaku secara semula jadi. Manakala, terdapat pembedahan kahas untuk penukaran jantina dan pembedahan tersebut adalah pembedahan yang berisiko tinggi sehingga membawa kematian. Kajian menunjukkan kebanyakan individu yang menukar jantina awal meninggal dunia berbanding dengan manusia lain. Buktinya, Mohd Abd Ashraf yang membuat pembedahan menukar jantina meninggal dunia dalam lingkungan setahun. Tambahan pula, individu seperti ini turut akan mengalami tekanan emosi atau mental. Kebiasaannya individu seperti ini akan diejek oleh orang ramai. Ada segelintir masyarakat yang membuli golongan lelaki lembut ini. Perbuatan orang sekeliling yang kurang menyenangkan ini akan menyakitkan hati golongan tersebut dan membawa kepada tekanan emosi atau mental. Terdapat salah satu surat kahabar di negara kita yang menyatakan bahawa Mohd Abd Ashraf mangalami tekana emosi yang tinggi sehingga memasuki ICU dan akhirnya meninggal dunia. Perkara ini secara tidak langsung menjadi salah satu bukti bagi penyataan saya diatas.

IBUBAPA/ KELUARGA
Bukan sahaja individu yang melibatkan diri dalam gejala ini sahaja yang menghadapi impakdaripada perbuatanya manakala, ibubapa mereka turut

menerima impak. Imej keluarga akan terjejas kesan daripada perbuatan ini. Sekiranya, seseorang anak melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina maka saudara-mara, jiran setempat akan pandang rendah terhadap keluarga itu. Bukan sahaja mereka pandang rendah terhadap keluarga ataupun ibubapa yang menjadi pemimpin keluarga itu ada juga segelintir masyarakat yang berpendapat ibubapa tidak memainkan paranan yang betul dalma membimbing anak-anak mereka sehinggan mereka melibatkan diri dalam gejala ini. Ibubapa Mohd. Ashraf turut beraa malu dan menyesal dengan perbuatan dia. Perkara ini secara langsung memberi tekanan emosi dan mental kepada ibu bapa mereka.

MASYARAKAT
Lebih-lebih lagi, gejala penukaran jantina turut memberi impak kepada masyarakat. Imej sesebuah masyarakat akan terjejas dan mereka dipandang rendah juga oleh masyarakat laindenga peningkatan gejala ini. Hal ini demikian kerana, gejala ini merupakan gejala yang tidak senonok serta sesiapa yang melibatkan diri dalam gejala ini dianggap manusia yang tidak normal. Ini yang menyebabkan imej masyarakat terjejas akibat gejala penukaran jantina. Selain daripada itu, budaya barat yang lain akan tersebar kesan daripada gejala penukaran jantina ini. Budaya timur yang kita diwarisi secara turun temurun akan pupus sekiranya gejala ini meningkat. Budaya barat seperti pergaulan bebas, cara pemakaian yang menjolok mata, dan lain-lain ini akan tersebar akibat daripada gejala ini. Kesanya, tidak dapat dilihat pada masa kini tetapi dapat melihat pada generasi akan datang. Budaya barat ini adalah budaya negatif yang tidak sepatutnya diikuti oleh kita.

NEGARA
Pada masa yang sama, gejala penukaran jantina ini turut meningkatkan gejala ini turut meningkatkan gejala social dalam kalangan masyarakat terutamanya pelacuran. Golongan yang melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina ini kerap melakukan pelacuran. Hal ini demikian kerana, biasanya sesipa yang melibatkan diri dalam gejala ini akan disingkirkan oleh masyarakat lain dan mereka jarang mendapat kerja yang elok. Apakah caranya untuk mereka menyara kehidupan mereka ? Bagi menyara kehidupan mereka terpaksalah melibatkan diri dalam kritis pelacuran serta secara tidak langsung meningakatkan gejala social dalam kalangan masyarakat khususnya pelacuran. Kritis pelacuran membawa kepada kesihatan seseorang terjejas. Penyakit seperti HIV akan tersebar dalam kalangan masyarakat dan ini membawa kepada tanggapan yang kurang baik terhadap negara kita oleh negara-negara lain. Secara tidak langsung ia dapat menjejaskan nama dan imej negara kita dalam kalangan negara-negara lain. Impak gejala ini tidak terhenti disitu saja, maka ia memberii kesan kepada kadar kelahiran dan kematian terganggu. Kadar kelahiran akan menurun manakala

kadar kematian akan meningkat kesan daripada gejala ini. Sekiranya, kebanyakan masyarakat menukar jantina maka kuranglah golongan lelaki dalam kalangan masyarakat. Seperti mana yang kita tahu bagi malahirkan seseorang bayi hubungan intim antara lelaki dan juga perempuan amat penting. tetapi, lelaki yang menukar jantina tidak mampunayai alat-alat mengandung dan mereka tidak boleh melahirkan anak. Jika mereka tidak boleh mangandung dan melahirkan anak sudah tentu kadar kelahiran negara menurun. Manakala, kadar kematian pula meningkat kesan daripada gejala penukaran jantina. Pembedahan yang berisiko ini mambawa kematian dalam jangka masa yang pendek. Sekiranya, lebih ramai penduduk negara yang melakukan pembedahan ini dan meninggal dunia dalam jangka masa yang cepat maka ia akan membawa kepada kadar kematian meningkat. Tambahan pula, tuntutan untuk perkara seperti tandas, borang, pendidikan, perubatan akan meningkat sekiranya gejala ini bermaharajalela di negara kita. Hal ini demikian kerana, masyarakat lain kurang senang untuk berkongsi kemudahan awam dengan golongan ini. Maka, konflik akan berlaku antara manusia biasa dengan golongan ini. Bagi menyelesaikan konflik ini kerajaan terpaksalah menyediakan kemudahan yang khas untuk golongan lelaki lembut ini.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, gejala penukaran jantina memberi impak yang amat berbahaya kepada individu, ibubapa, masyarakat dan juga negara. Bagi

menyekatkan kritis penukaran jantina bermaharajalela di negara kita, kita hendakalah mengambil beberpa langkah yang boleh mengurangkan impak-impak ini di negara kita. Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam melakukan beberapa aktiviti-aktiviti yang dapat mengurangkan kritis gejala penukaran jantina.

Manusia merupakan ciptaan Tuhan yang sempurna baik dari segi fizikal dan rohaninya. Manusia diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan. Manusia yang pertama diciptakan oleh Tuhan adalah Adam iaitu seorang lelaki. Kemudian diciptakan Hawa iaitu seorang wanita pelengkap kepada penciptaan-Nya. Keduaduanya diciptakan dengan sempurna dan mempunyai perbezaan zahir dan batin. Tuhan menciptakan lelaki dengan watak yang berbeza daripada perempuan. Lelaki mempunyai tingkahlaku yang keras manakala perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Secara umumnya, mereka diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita sebagai tulang belakang dan pembantu kepada kaum lelaki. Tetapi, dalam era globalisasi ini masalah baru timbul dalam kalangan masyarakat kita. Contohnya, masalah pertukaran jantina. Ia merupakan salah satu masalah sosial yang semakin hangat di negara kita. Tanggungjawab setiap individu amat penting dalam membendunga kritis ini. Sebagai seorang bakal guru, saya berasa tanggungjawab saya amat penting dalam membendung gejala sosial ini. Sekiranya, gejala sosial ini bermaharajalela di negara kita maka, impak yang dihadiahkan oleh gejala ini juga bermaharajalela. Hal ini demikian kerana, gejala social ini bukannya gejala yang baik. Oleh kerana itu, sekiranya saya berjumpa dengan pelajar yang melibatkan diri dalam gejala ini, saya akan mengambil beberapa langkah dan memberi cadangan kepada mereka bagi membendung kritis ini. Terlebih dahulu, saya akan mencari punca kritis ini berlaku pada diri pelajar yang melibatkan diri dalam gejala negatif ini. Saya akan membuat kajian terhadap pelajar tersebut supaya saya dapat tahu dari mana pelajar tersebut terpengaruh dengan gejala ini. Kebiasanya, pelajar akan terpengaruh dengan keluarga atau rakan sebaya sahaja. Sekiranya, dalam keluarga pelajar tersebut mempunyai warga

perempuan yang majority, maka sudah tentu lelaki yang lahir dalam keluarga tersebut turut mempunyai sifat-sifat perempuan dan naluri perempuan. Hal ini demikian kerana, sejak kecil mereka hanya bergaul dengan warga perempuan dan tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan warga mereka sendiri iaitu warga lelaki. Apabila saya berjumpa dengan pelajar yang terpengaruh dalam gejala ini akibat daripada isu keluraga saya akan berjumpa dengan ahli keluarga pelajar tersebut. Saya akan menasihati ahli keluarga pelajar tersebut terutamanya ibubapa pelajar tersebut supaya sentiasa memerhatikan pelajar tersebut. Saya juga akan mengadakan sesi perjumpaan dengan pelajar dan juga ibubapa pelajar yang terlibat dalam gejala ini dari semasa ke samasa. Saya akan menjelaskan kepada ibubapa pelajar tersebut mengenai perubahan kelakuan dalam diri anak mereka seperti mencuba untuk memakai pakaian perempuan, cara interaksi dengan orang lain sebagai seorang perempuan, sentiasa berkawan dengan perempuan dan lain-lain lagi. Saya juga memberitahu ibubapa pelajar tersebut langkah-langkah yang boleh diambil oleh mereka seperti manghantar mereka untuk aktiviti yang bersifat lelaki seperti bermain bola sepak, belajar silat dan lain-lain lagi. Saya percaya langkah saya ini dapat memberi gambaran kepada ibu bapa pelajar yang melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina supaya apa yang mereka patut melakukan sekiranya menghadapi masalah ini. Saya tahu bukan saja isu keluarga sahaja yang menjadi punca kepada gejala ini. Mnakala, ketidakseimbangan hormon dalam diri seseorang pelajar tertentu juga turut menjadi punca kepada pertukaran jantina mereka. Ambiguous genitalia merupakan individu yang mengalami keadaan kecacatan j antina. Beliau

mangalami penyakit Testicular Feminisation Syndrome iaitu mempunyai alat kelamin sempurna tetapi genetiknya berbeza dan cacat organ dalaman. Ini membuktikan kita bahawa kekeliruan dalam jantina seseorang disebabkan oleh dua faktor utama iaitu psikologi dan biologi. Terdapat dua penyakit disebabkan masalah hormon yang mengakibatkan kekeliruan jantina iaitu Congetinal Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome. Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) secara genetik adalah perempuan tetapi membesar menjadi seorang lelaki.

Ciri-ciri mereka ini adalah seperti mempunyai rahim dan ovari, hormon lelaki yang berlebihan disebabkan oleh penghasilan hormon ini yang berlebihan oleh kelenjar adrenal, individu ini akan membesar dengan mempunyai sifat lelaki walaupun secara genetiknya adalah perempuan. Pada masa yang sama, Testicular Feminization Syndrome (TSF) pula secara genetik adalah lelaki tetapi membesar menjadi seorang perempuan. Ciri-ciri mereka pula adalah seperti mempunyai paras hormon lelaki yang normal tetapi alat kelamin tidak respon terhadap hormon tersebut, alat kelamin luaran menyerupai wanita tetapi tidak mempunyai sistem peranakan wanita serta mempunyai ciri-ciri kewanitaan. Sekiranya saya berjumpa dengan pelajar yang melibatkan diri dalam gejala ini disebabkan punca hormone langkah saya berbeza daripada palajar yang terpengaruh dengan isu keluarga. Dalam hal ini, saya berpendapat saya tidak dapat menghalang perkembangan hormone mereka. Oleh itu, apa yang saya dapat melakukan adalah hanya menasihati pelajar-palajar lain supaya tidak mengejek pelajar yang mengalami syndrome ini. Saya akan menjelaskan kepada pelajarpelajar yang lain yang normal dari segi hormone apa yang berlaku pada diri pelajar yang yang tidak normal itu. Saya percaya pelajar-pelajar lain dapat mendapat gambaran terhadap kenapa pelajar yang tidak seimbang dari segi hormone itu berperangai ganjil dan berhenti mengejek atau membuli palajar yang abnormal itu. Selain daripada itu, saya juga akan membawa pelajar tersebut berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Saya akan berkerjasama dengan sekolah untuk mengumpul duit untuk rawatan penyakit yang dihadapi oleh pelajar tersebut sekiranya keluarga pelajar tersebut tidak berupaya untuk membiayai bayaran perubatan pelajar tersebut demi kehidupan pelajar tidak akan tergantung atau berubah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, selain mencari punca pertukaran jantina, membawa mereka berjumpa dengan doktor, menasihati ibu bapa secara tidak langsung saya akan memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar berkenaan secara persendirian. Pada masa yang sama , saya juga akan menjelaskan masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan kepada guru kaunseling serta meminta beliau untuk memberi kaunseling kepada pelajar tersebut. Saya melaksanakan cadangan ini kerana jika kita memberi nasihat ataupun memarahi mereka apabila melihat aktiviti atau cara

pergaulan mereka di depan pelajar lain ia akan melahirkan perasaan merendah diri dalam diri mereka. Keadaan sebegini akan membuka peluang kepada pelajar sekitar yang belajar di sekolah itu membuli pelajar tersebut. Oleh sebab itu, saban hari pelajar berkenaan akan semakin tertekan dalam diri mereka. Ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pendidikan serta aktiviti harian mereka. Ini yang menyebabkan saya memberi nasihat dan bimbingan serta dorongan kepada pelajar tersebut secara tidak langsung dan bukan secara langsung. Saya membuat sedemikian kerana, saya ingin memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk memikirkan secara kritis terhadap masa depan serta kesan yang akan timbul dalam kehidupannya jika dia menukar jantina pada masa yang akan datang . Di samping itu, saya juga akan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka tidak membuli pelajar yang mengalami masalah pertukaran jantina. Pada masa yang sama saya haruslah memberi penerangan jelas tentang masalah ini supaya mengelakkan mereka dari mengejek pelajar yang bermasalah. Selain itu, didikan agama serta moral haruslah diajar untuk pelajar tersebut untuk memupuk sikap positif dalam diri mereka di sekolah dan juga di rumah. Dengan pemupukan didikan ini mereka dapat berfikir secara mendalam dalam diri sendiri mereka demi membendung masalah yang dia menghadapinya. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab ke atas perasaan serta keadaan minda pelajar saya juga akan menyiasat pelajar tersebut bahawa adakah dia dalam keadaan tertekan akibat daripada perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Jika mendapat tahu bahawa pelajar tersebut menghadapi masalah emosi saya akan memberi penjelasan yang teliti terhadap langkah mengawal tahap emosi serta mengurangkan tekanan pelajar tersebut. Saya boleh menasihatinya supaya apabila pelajar tersebut tertekan maka dia haruslah menguruskan emosi mereka dengan meluahkan emosi kendiri dalam bentuk penulisan, berfikir secara positif serta menggunakan terapi seperti zikir,

muzik,seni,yoga dan lain-lain lagi. Dengan cadangan ini saya dapat menangani masalah tekanan dalam diri pelajar tersebut serta lama kelamaan dapat menukarkan pemikiran pelajar tersebut yang ingin menukar jantina.

Kesimpulanya, bukan guru sahaja yang berperanan untuk membendung masalah ini malah semua institusi masyarakat mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Konklusinya, jika semua golongan dalam institusi masyarakat ini memainkan peranan mereka dengan sempurna maka kita dapat mengatasi masalah yang semakin mencabar serta berleluasa di negara kita demi melahirkan generasi yang berwawasan pada masa hadapan. Bak kata perpatah pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Oleh kerana itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam mengatasi kritis ini demi melahirkan pemuda yang menjadi harapan negara dan pemudi yang menjadi tiang negara.

You might also like