You are on page 1of 15

NAMA: MUNIRAH ATIRAH BINTI MUHAMED ASLI

NO MATRIK: JIC190021 / 17204648/1

SUBJEK: GENDER, MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU

KOD SUBJEK : JIC3006

Berikan contoh-contoh ciri gender dan seks (jantina) dalam masyarakat Melayu dahulu
dan sekarang. Huraikan dalam perbincangan.

Manusia merupakan penghuni di muka bumi yang telah diciptakan oleh Tuhan. Setiap
manusia itu pula telah dihidupkan sama ada menjadi seorang wanita mahupun lelaki. Ini
merupakan fitrah asal manusia yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Didalam Islam itu sendiri
manusia telah diperincikan didalam Al-Quran surah AnNajm ayat 45 yang bermaksud “Dan
bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan” Maka disini
dapat kita lihat bahawa tidak wujud istilah tentang manusia itu hidup tanpa jantina kerana Allah
SWT telah menghidupkan manusia dengan jantina. Namun dunia yang berkembang pesat ini
telah menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan baharu yang sememangnya berkaitan dengan
kehidupan manusia. Antaranya ialah berkenaan gender dan seks. Walaupun dilihat secara mata
kasar gender dan seks itu merupakan perkara yang sama dan mempunyai perkaitan namun
hakikatnya terdapat perbezaan yang jelas tentang apa itu gender dan seks. Terdapat perbezaan
yang dapat kita lihat berkenaan gender dan seks iaitu melalui ciri-cirinya didalam kehidupan
masyarakat Melayu pada masa dahulu dan masa kini.

Perkembangan pesat didunia telah membawa kearah perubahan yang boleh dikatakan
lebih moden dan terbuka. Sebelum terus kepada jawapan bagi persoalan tentang apa itu contoh-
contoh ciri gender dan seks perlu kita tahu terlebih dahulu tentang apa itu sebenarnya gender.
Umum diketahui bahawa gender itu merupakan konsep yang diguna pakai untuk mengkaji
perbezaan dan persamaan antara lelaki dan wanita. Gender ini istilahnya lebih terbuka dan tidak
semata-mata memberi maksud lelaki atau wanita tetapi merangkumi juga identiti transgender
dan interseks. Menurut World Health Organization (WHO) gender ada lah sifat perempuan dan
lelaki yang melibatkan norma, peranan dan hubungan antara kelompok lelaki mahupun wanita
yang berbeza antara satu kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perlu juga kita
ketahui bahawa gender adalah satu kontruksi sosial dan berhubung rapat dengan perbezaan
jantina. Gender itu adalah perbezaan antara perempuan dan lelaki berdasarkan peranan, sifat
dan bermacam lagi yang telah ditetapkan didalam masyarakat secara turun temurun dan
dipengaruhi oleh adat, budaya, kepercayaan, agama, politik dan sebagainya. Jadi dapat kita
disimpulkan bahawa gender adalah karakteristik lelaki mahupun wanita yang dibentuk oleh
masyarakat secara sosial dan bukan merujuk kepada bentuk tubuh lelaki mahupun perempuan.
Manakala seks pula boleh didefinisikan sebagai perbezaan biologis atau jantina pada wanita
dan lelaki yang sememangnya merupakan fitrah dan anugerah yang diberikan oleh Tuhan dan
sama sekali tidak boleh diubah hakikatnya. Seks atau jenis kelamin iaitu lelaki mahupun
perempuan dapat dibezakan dimana wanita memiliki vagina dengan 46 kromosom XX
manakala lelaki pula memiliki organ reproduksinya iaitu penis dengan 46 kromosom XY. Jadi
kita dapat lihat bahawa jika seorang lelaki itu dihidupkan sebagai seorang lelaki maka hidup
lah beliau dengan segala fitrahnya sebagai seorang lelaki dan hal ini juga sama seperti wanita.
Terbuktilah bahawa seks itu bersifat semulajadi dan dapat dilihat sejak lahir sedangkan gender
pula wujud dan dibentuk oleh sosialisasi dan budaya. Setelah memahami definisi gender dan
seks maka persoalan tentang contoh-contoh ciri gender dan seks dalam masyarakat Melayu
dahulu dan sekarang dapat lah diperincikan.

Ciri-ciri Gender dan Seks

Gender Seks

Berubah Tidak berubah


Dibentuk Semulajadi
Peranan boleh berubah Peranan tidak boleh berubah
Dicipta oleh manusia Dicipta oleh Tuhan
Berlaku mengikut kesesuiannya Berlaku dimana-mana pun
Jadual diatas menunjukkan ciri-ciri gender dan seks

Pertama, ciri gender yang jelas dalam masyarakat Melayu dahulu dan sekarang ialah
gender itu berubah. Seperti yang sudah kita ketahui bahawa ciri gender itu sentiasa boleh
berubah kerana ianya dipengaruhi atau dibentuk secara sosialisasi didalam masyarakat. Gender
itu sendiri boleh berubah mengikut perdaran masa, zaman, sejarah, ekonomi, budaya dan
sebagainya. Sebagai contoh, didalam masyarakat Melayu dahulu mereka sentiasa mendidik
anak-anak mereka dengan kemahiran-kemahiran seperti berburu, turun ke laut dan bertani demi
kelangsungan hidup. Anak-anak Melayu dahulu akan mahir melakukan aktiviti-aktiviti
sedemikian kerana telah disosialisasikan didalam kehidupan keluarga dan masyarakat
sekeliling mereka. Namun ia mempunyai ciri yang sentiasa berubah kerana gender itu tidak
bersifat universal sebaliknya bersifat lebih kepada situasi masyarakat. Kita boleh lihat juga
melalui sistem pendidikan dimana pendidikan yang dimiliki oleh masyarakat tradisional
Melayu antara lelaki dan perempuan itu tidak sama. Walaupun kita tahu sekolah telah wujud
sebelum merdeka lagi namun sukatan pembelajaran yang diberi kan kepada mereka berbeza.
Kanak-kanak perempuan lebih menjurus kepada kemahiran dalam aktiviti rumah tangga seperti
menjahit, menenun dan kemahiran-kemahiran lain. Kanak-kanak lelaki pula menerima
pembelajaran yang lebih terbuka berbanding kanak-kanak wanita. Namun ianya kian hari
semakin berubah dimana sistem pendidikan juga berubah mengikut gender. Kini masyarakat
Melayu menerima pendidikan yang sama tidak kira lelaki mahupun perempuan dengan
mematuhi segala silibus yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Jadi disini kita lihat
bahawa gender itu akan berubah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian dan ketetapan
masanya. Gender ini juga dilihat berlaku ketika zaman Melayu tradisional dimana anak-anak
bangsawan lelaki dan perempuan diberi keutamaan didalam melanjutkan pelajaran manakala
anak-anak Melayu yang berada di kampung pada mulanya hanya mendapatkan pendidikan
melalui ibu bapa dan masyarakat sekeliling sahaja. Diskriminasi ini akhirnya dapat dihapuskan
setelah berlaku peredaran zaman. Kini kanak-kanak lelaki mahupun perempuan bebeas dan
berhak mendapatkan pendidikan sejajar dengan harapan negara dalam membentuk modal insan
yang berjaya. Selain itu, sama juga dengan situasi yang berlaku di dalam masyarakat Melayu
pada masa kini dimana ibu bapa akan mendidik anak perempuan mereka mengikut situasi yang
berlaku didalam masyarakat. Misalnya, pada era moden ini terlalu ramai wanita yang
dikategorikan sebagai golongan cerdik pandai maka ibu bapa pada masa kini juga ingin anak-
anak perempuan mereka menjadi bijak dan belajar bersungguh-sungguh. Gender ini akan
berubah mengikut perkembangan dunia, jika suatu hari nanti dunia memerlukan wanita yang
mahir didalam bidang sukan maka pasti ibu bapa mereka juga akan mensosialisasikan atau
membentuk anak-anak mereka mengikut kehendak dunia dan zaman pada masa tersebut.
Contoh lain pula dapat dilihat pada masa kini dimana warna merah jambu seringkali digunakan
oleh masyarakat untuk menggambarkan warna yang feminine dan lebih cenderung sesuai
digunakan oleh wanita manakala warna biru pula sesuai untuk lelaki kerana dilihat lebih
menggambarkan sifat lelaki. Jika seorang lelaki itu dilihat menggemari warna merah jambu
beliau mungkin akan dilabel sebagai lelaki yang lembut dan tidak seperti lelaki normal lain.
Jelas terbukti bahawa masyarakat sendiri yang membentuk gender dengan mewujudkan
pelbagai stereotaip terhadap gender itu sendiri. Amalan ini juga menjurus kearah melabel
seseorang yang seringkali berlaku didalam masyarakat Melayu sehingga kini.
Hal ini berbeza dengan ciri seks dimana seks itu sama sekali tidak akan mengalami
perubahan. Seks tidak akan berubah kerana seks itu ialah kudrat dan bersifat hakiki. Ketika
dilahirkan manusia dilahirkan, jantina manusia itu telah ditetapkan melalui sifat biologinya
serta alat kelaminnya. Umum diketahui bahawa ciri bioloigi wanita dan lelaki itu sama sekali
berbeza dan tidak akan berubah. Seks atau dikenali juga sebagai kelamin berbeza buat lelaki
dan wanita. Lelaki mempunyai testis, penis, halkum manakala wanita pula mempunyai ciri-ciri
seperti vagina, kitaran haid setiap bulan dan sebagainnya. Seks ini sama sekali tidak akan
berubah walaupun berlaku peredaran masa, kepercayaan, budaya mahupun adat. Walhal kalau
dilihat ciri gender pula akan berubah mengikut kesesuaian masa dan hal-hal lain yang disebut
sebentar tadi. Seks didalam masyarakat Melayu masa dahulu tidak berubah. Dimana ciri-ciri
wanita dan lelaki dahulu masih lagi sama seperti sekarang. Namun begitu, kepesatan dunia
masa kini telah menyebabkan wujud pelbagai teknologi-teknologi canggih yang mampu
menukarkan fitrah asal manusia dari segi luaran. Seperti wujudnya pembedahan-pembedahan
membuang alat kelamin, membesarkan payudara dengan menambah silikon dan banyak lagi.
Maka disini wujudnya golongan transgender yang digelar pondan, mahupun tomboy. Hal Ini
telah memberi perbezaan buat ciri seks itu sendiri. Walaubagaimanapun, kecanggihan alat
sememangnya tidak boleh melanggar fitrah tuhan. Walaupun dilihat dari mata kasar ciri seks
manusia itu mungkin berubah disebabkan kecanggihan alatan-alatan moden namun ciri biologi
manusia tidak akan sama sekali berubah fungsinya. Hal ini seiring dengan ciri seks itu sendiri
iaitu tidak boleh diubah dan bersifat tetap. Maka jelaslah bahawa ciri gender dan seks dalam
masyarakat Melayu dahulu dan sekarang dapat dilihat iaitu gender itu cirinya boleh berubah-
ubah manakala seks itu pula sama sekali tidak boleh berubah.

Seterusnya, ciri lain bagi gender ialah dibentuk manakala seks mempunyai ciri yang
semulajadi ataupun kudrat. Seperti yang sudah kita sedia maklum gender itu tidak bersifat
semulajadi ianya wujud ekoran daripada kelompok atribut atau perilaku yang dibentuk.
Seorang ahli antropologi kebudayaan Amerika mendefiniskan gender sebagai kontraksi sosial
yang memberi maksud sesuatu yang berlaku dan dibina oleh masyarakat itu secara lebih praktis
atau fleksibel mengikut sesebuah masyarakat tersebut. Umum kita ketahui bahawa perbezaan
gender antara lelaki dan wanita terjadi melalui proses yang panjang yang lebih dikenali sebagai
proses sosialisasi, konsaksi sosial, kebudayaan dan keagamaan. Oleh itu ianya akan berlaku
secara evolusi atau perlahan-lahan. Jadi dapat kita lihat sebenarnya gender ini merupakan satu
konsep yang terhasil daripada pemikiran atau rekayasi manusia yang bersifat dinamik hasil
daripada perbezaan adat istiadat, budaya, agama dan sistem-sistem nilai yang wujud dalam
sesebuah bangsa, suku dan masyarakat.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa gender itu dibentuk dan bukanlah berlaku secara
semulajadi seperti seks. Sebagai contoh yang berlaku didalam masyarakat Melayu masa kini
dimana perumpamaan seperti maskulin dan feminine telah digunakan didalam masyarakat
masa kini bagi menggambarkan lelaki dan wanita. Maskulin digunakan untuk menunjukkan
sifat lelaki yang biasa digambarkan sebagai seorang yang tampan, berkarisma, berkerjaya,
bergaya dan sebagainya. Manakala wanita pula biasa diberi gelaran feminine bagi
menggambarkan sifat wanita yang lebih sopan, manis, lemah lembut dan sebagainya. Hal ini
jelas ditunjukkan bahawa gender ini telah dibentuk oleh manusia sendiri yang berlaku didalam
masyarakat semasa mengikut peredaran masa dan kesesuaiannya. Gelaran maskulin dan
feminine dilihat sesuai digunakan buat masa kini bagi menggambarkan gender yang dimiliki
oleh seseorang manusia itu. Selain itu boleh juga kita lihat sikap ibu bapa masa kini yang
membentuk anak-anak mereka seperti anak-anak lelaki tidak boleh menangis kerana itu
menggambarkan bahawa seorang anak lelaki yang menangis itu adalah lemah. Sama juga
dengan situasi dimana anak-anak perempuan didedahkan dengan permainan-permainan seperti
patung beruang, mainan memasak manakala anak lelaki dibiasakan dengan permainan kereta
lumba, memancing dan pelbagai lagi. Segala tindakan ini secara tidak langsung
menggambarkan manusia telah membentuk gender tanpa disedari. Walhal sebenarnya alat
permainan itu sepatutnya menjadi pilihan anak-anak kecil bukan pilihan yang dibuat oleh ibu
bapa mengikut persekitaran dan budaya.

Jika dilihat pula masyarakat Melayu pada masa dahulu pula, gender itu juga sebenarnya
telah dibentuk dimana kaum lelaki juga akan dibentuk sebagai seorang lelaki yang perkasa
ataupun kuat yang seakan akan seorang pahlawan. Seperti yang kita tahu lelaki dalam
masyarakat Melayu dahulu mestilah mempunyai sifat kepahlawanan yang hebat kerana
menurut masyarakat Melayu dahulu seorang lelaki itu perlu hebat dari segenap aspek
kehidupan seperti pertempuran, menjaga keluarga, menjaga keamanan kampung dan
sebagainya. Lelaki pada zaman Melayu dahulu mestilah menunjukkan sifat kepriaan mereka
dengan jelas. Mereka perlu ada kemahiran berburu yang hebat demi menjamin kelangsungan
hidupnya dan keluarga. Kaum lelaki dahulu kebiasaanya akan terdedah dengan kegiatan-
kegiatan luar yang lebih berat demi mencari nafkah dan menyara keluarga. Hal ini sama juga
berlaku terhadap kaum wanita Melayu ketika wujud pada zaman dahulu dimana kaum wanita
ini akan dibentuk untuk sentiasa menjalankan peranan sebagai seorang anak dan ibu. wanita
tradisional ini kebiasaannya akan berperanan menjadi tulang belakang suami demi membantu
mengharmonikan lagi keluarga seperti menjaga kebajikan suami dan anak-anak. Wanita pada
zaman dahulu tidak seperti wanita pada masa kini yang banyak bekerja diluar, mereka mestilah
sentiasa berada dirumah manakala suami berada diluar mencari nafkah buat keluarga. Selain
itu, wanita tradisional di zaman tani juga berperanan dalam kegiatan sampingan seperti bertani,
anyaman, menenun kain, membuat pasu dan melakukan kerja-kerja domeastik untuk keluarga
atau pun untuk pasaran. Dengan aktiviti ini kaum wanita dapat menjamin pendapatan keluarga
sekaligus dapat membantu dan meringankan beban suami mereka. Wanita-wanita ini dibentuk
untuk berdikari dan hidup didalam kesederhanaan dengan mungkin menjalankan kegiatan
berjual beli di pasar-pasar atau di hadapan rumah. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa
gender ini dibentuk oleh manusia sendiri mengikut kebudayaan yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat tersebut.

Namun ianya berbeza dengan seks dimana seks itu cirinya semulajadi dan hakiki. Seks
sama sekali tidak dibentuk seperti gender. Ia berlaku kerana fitrah manusia yang telah
diciptakan oleh Tuhan. Menurut agama Islam, Allah SWT telah mencipta lelaki dan wanita
bermula daripada Adam dan Hawa. Bermula daripada itu manusia berkembang dengan setiap
ciri-cirinya yang tersendiri. Seperti yang sudah kita sedia maklum, seks bersifat bioligis yang
ada pada setiap wanita dan lelaki. Bagi lelaki mereka diciptakan semulajadi dan hakiki dengan
mempunyai karakter, fizikal, organnya yang tersendiri. Sebagai contoh, seorang lelaki itu
mempunyai halkum, misai, janggut, testis, penis dan sebagainya yang berbeza dengan wanita
baik dari segi luaran mahupun dalaman. Manakala wanita juga umum diketahui mempunyai
ciri seks nya yang tersendiri seperti ada nya vagina, kitaran haid dan berbagai-bagai lagi. Jelas
menunjukkan bahawa seks ini bersifat semulajadi dan setiap wanita mahupun lelaki akan
mempunyai ciri ini melainkan mereka mempunyai permasalahan-permasalahan seperti
kesihatan atau kecacatan. Namun seks ini dikatakan semulajadi berlaku sehingga wujud
peranan bagi setiap lelaki dan wanita yang dikenali sebagai produksi dan reproduksi. Lelaki
berperanan sebagai produksi dimana mereka mempunyai organ-organ produksi seperti penis,
skrotum dan testis dalam yang membantu manusia didalam meneruskan pembiakan manusia
dalam kehidupan. Dengan ini, ia semestinya wujud secara semulajadi dan merupakan fitrah
asal manusia.

Hal ini juga berlaku terhadap wanita dimana wanita pula berperanan sebagai reproduksi
dimana setiap wanita itu semulajadi akan merasai pengalaman menjalani kitaran haid setiap
bulan, hamil setelah berkahwin, pengalaman menyusukan anak dan bermacam-macam lagi.
Segala produksi dan reproduksi akan berlaku secara semulajadi dan bersifat kudrat iaitu kuasa
Tuhan yang tidak boleh disangkal oleh manusia. Oleh itu, didalam masyarakat Melayu dahulu
dan kini seks itu tidak akan berubah kerana ia bersifat kudrat dan hakiki. Dari dahulu sehingga
lah kini fungsi produksi dan reproduksi berlaku terhadap lelaki dan wanita tidak mengira
tempat ataupun waktu kerana seiring dengan cirinya iaitu semulajadi. Maka jelaslah disini
bahawa ciri lain yang dapat kita lihat bagi gender dan seks dalam masyarakat Melayu dahulu
dan kini ialah gender itu dibentuk manakala seks itu semulajadi dan hakiki selamanya.

Seterusnya ciri lain yang dilihat wujud bagi gender dan seks dalam masyarakat Melayu
masa kini dan dahulu ialah dari segi peranan. Peranan bagi gender dikatakan boleh berubah
manakala peranan bagi seks sama sekali tidak akan berubah. Umum kita ketahui bahawa ciri
lain bagi gender ialah sentiasa berubah maka peranannya juga akan berubah. Kita sudah sedia
maklum bahawa gender itu sifatnya sentiasa berubah ekoran daripada peredaran masa, budaya,
adat dan pelbagai lagi. Disamping itu, identiti gender itu kadangkala juga berubah dimana
identiti gender dilihat tidak sejajar dengan jenis kelamin mereka. Individu ini lah yang digelar
trangender atau masa kini lebih dikenali sebagai kelompok LGBT. Sebagai contoh, sebilangan
golongan ini kebiasaanya merasakan mereka ialah perempuan walhal sebenarnya mereka
memiliki alat kelamin lelaki seperti penis. Sama juga seperti wanita yang tergolong dalam
kumpulan ini dimana mereka rasa bahawa diri mereka sebenarnya lelaki walhal sebenarnya
mereka mempunyai organ-organ dalaman mahupun luaran seperti wanita. Golongan-golongan
ini juga akan bertindak ekstrim apabila mereka berani menjalankan pelbagai pembedahan yang
merbahaya demi mengikut kemahuan mereka menjadi transgender. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa peranan gender juga turut berubah. Jelas dilihat berlaku didalam masyarakat dimana
manusia itu tidak kira lelaki mahupun perempuan peranannya akan berubah mengikut
kesesuian masa, budaya dan bermacam-macam lagi. Hal ini turut berlaku terhadap masyarakat
Melayu sewaktu dahulu dan sekarang. Kita sudah sedia maklum masyarakat Melayu dahulu
merupakan masyarakat yang digelar masyarakat tradisional atau tradisi. Lelaki dan perempuan
mempunyai peranan mereka yang tersendiri didalam masyarakat. Bagi wanita Melayu pada
masa dahulu mereka tidak terdedah dengan dunia luar. Peranan mereka hanya lebih kepada
membantu keluarga di rumah. seorang anak perempuan itu akan dididik olah ibu bapanya untuk
menjadi seorang anak perempuan dan bakal isteri yang sempurna dengan mampu menguruskan
rumah tangga dengan baik. Mereka disosialisasikan supaya mahir memasak, mahir mencuci
pakaian, mahir menguruskan rumah tangga dan bermacam-macam lagi. Hal ini menyebabkan
Sewaktu zaman tradisi wanita tidak terlalu terdedah dengan dunia luar sehingga mereka
kadangkala tidak boleh memilih calon suami dan keluarga mereka yang akan memilih calon
suami buat anak-anak perempuan mereka. Terdapat juga kajian yang mendapat bahawa wanita-
wanita melayu ini lebih tertekan berbanding lelaki kerana mereka hanya melakukan kerja-kerja
domestik seperti kerja-kerja didalam rumah yang tidak terbuka dengan dunia luar. Namun
begitu, Hal ini juga berlaku terhadap gender lelaki didalam masyarakat Melayu dahulu dimana
seorang lelaki tu disosialisasikan oleh keluarga nya mengikut keperluan semasa. Jika mereka
hidup dikawasan perairan atau laut maka keluarga kebiasaannya akan mendidik anak lelakinya
untuk mahir dengan kegiatan-kegiatan turun kelaut atau sungai bagi menangkap hidupan-
hidupan air seperti ikan, sotong bagi tujuan menyara dan mencari rezeki buat keluarga.
Pernanan lelaki juga akan dibentuk untuk sentiasa berani kerana mereka mungkin perlu
mempunyai ketahanan mental dan fizikal untuk masuk kedalam hutan untuk tujuan berburu
atau mencari kayu api. Lelaki Melayu dahulu perlu mempunyai sifat dan ketahanan fizikal yang
utuh dan baik bagi memikul tanggungjawab didalam keluarga dan masyarakat demi menjamin
kelangsungan dan kesejahteraan keluarga.

Di samping itu, peranan gender itu turut berubah dan dapat dilihat didalam masyarakat
Melayu masa kini dimana peranan gender iaitu kemahiran manusia masa kini dilihat berubah-
ubah. Seperti yang sudah kita maklum kemahiran memasak seringkali disinonimkan dengan
seorang wanita yang berperanan sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun masa kini ianya kian
berubah apabila kita lihat sekarang sudah ramai kaum lelaki yang menjadi chef-chef dihotel
terkemuka walhal sebenarnya kemahiran memasak itu sepatutnya didominasi oleh kaum
wanita. Selain itu kita lihat juga dimana lelaki Melayu pada masa kini juga sudah ramai
mendominasi bidang fesyen seperti menjadi pereka fesyen, juru solek dan bermacam-macam
lagi. Sedangkan seperti yang kita tahu dunia kecantikan atau fesyen ini sebenarnya merupakan
bidang yang sepatutnya dipelopori oleh kaum wanita namun ianya berubah mengikut
kesesuaian masa. Kita lihat juga, dimana peranan seorang lelaki Melayu didalam keluarga
mestilah tegas dalam membimbing keluarga kearah yang betul namun ianya bila-bila masa
sahaja boleh berubah dimana seorang lelaki yang tegas atau bapa yang tegas boleh berubah
menjadi penyayang didalam keluarga dihadapan anak-anak dan isteri. Masyarakat Melayu
dahulu membiasakan bahawa seorang lelaki itu tidak akan berada dirumah, mereka seringkali
terlibat dengan kerja-kerja diluar yang lebih berat berbanding wanita, namun peredaran masa
telah membawa perubahan dimana kita kadangkala lihat juga segelintir masyarakat Melayu
masa kini dimana lelaki itu juga boleh bekerja dirumah dan menguruskan kebajikan keluarga
menggantikan isteri. Manakala isteri bekerja diluar atau di pejabat demi mencari rezeki. Jelas
terbukti bahawa peranan gender atau kemahiran gender ini akan sentiasa berubah dari masa
kesemasa. Nilai dan pandangan dunia dalam kalangan orang Melayu tentang gender akan terus
berubah lebih-lebih lagi dunia masa kini semakin pesat berkembang dengan pelbagai
teknologi-teknologi yang canggih dan terkini.

Seterusnya, kita lihat pula ciri seks yang berlaku didalam masyarakat Melayu masa kini
dan dahulu. Sudah kita ketahui bahawa ciri seks iaitu peranannya tidak akan sama sekali
berubah. Ciri biologis yang ada pada manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan tidak akan
sama sekali berubah. Misalnya seorang lelaki akan terus menjadi lelaki dengan adanya organ-
organ dalaman dan luaran mereka sebagai lelaki. Sebagai contoh, lelaki mempunyai sistem
pembiakan mereka yang tersendiri seperti sperma yang menjadi salah satu agen pensenyawaan
bagi mendapatkan zuriat buat pasangan suami isteri. Kaum lelaki juga mempunyai organ-organ
lain yang tidak mungkin diperolehi oleh kaum wanita seperti zakar, testis dan bermacam-
macam lagi. Seks atau dikenali juga sebagai kelamin ini sama sekali tidak boleh ditukarkan
peranannya yang boleh kita lihat bahawa seorang lelaki itu mempunyai janggut atau misai.
Kewujudan ciri lelaki yang berjanggut dan bermisai ini akan menambahkan ketampanan
seorang lelaki serta dapat menonjolkan lagi sifat kelakiannya. Peranan ini sama sekali tidak
akan berubah kerana itu merupakan ciri semulajadi seorang lelaki.

Selain itu, ciri dan peranan seks bagi wanita juga dilihat tidak akan berubah. Wanita itu
semulajadi hidup dengan mempunyai organ-organ dan anggota tubuh yang mereka miliki.
Sebagai contoh wanita itu peranannya ialah dapat melahirkan anak. Peranan ini sama sekali
tidak akan berubah atau dirasai oleh lelaki. Wanita juga setelah melahirkan anak akan melalui
peranannya sebagai ibu dengan menyusui pula anaknya. Walaupun dilihat lelaki juga
mempunyai anggota tubuh seperti wanita iaitu payudara namun peranan dan bentuknya
berbeza. Wanita itu akan mula menyusui anak nya setelah berjaya melahirkan bayi setelah
menjalani proses bersalin. Selepas itu ibu-ibu ini akan menjalankan peranan mereka sebagai
ibu kepada anak tersebut. Seks ini tidak akan berubah dalam masyarakat Melayu dahulu dan
masa kini. Walaupun dunia semakin moden peranan seorang wanita masih lagi melahirkan dan
menyusui anak. Cuma dahulu masyarakat Melayu tidak terdedah dengan rawatan-rawatan
moden seperti IVF yang seringkali digunakan oleh masyarakat masa kini dalam usaha untuk
mendapatkan zuriat. Masyarakat Melayu tradisional mungkin menjalankan ikhtiar
mendapatkan zuriat dengan hanya mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil herba-
herba dari hutan. Maka disini terbuktilah bahawa peranan gender itu sememangnya boleh
berubah mengikut adat, peredaran masa, budaya dan bermacam-macam lagi. Peranan lelaki
dan wanita juga boleh dibentuk melalui proses sosialisasi yang dilakukan oleh keluarga dan
masyarakat. Hal ini berbeza dengan peranan seks kerana seks itu juga bersifat semula jadi. Ia
sama sekali tidak akan berubah walaupun berlaku peredaran masa dan zaman.

Selain itu, ciri lain yang boleh kita lihat bagi gender dan seks ialah gender itu boleh
dikatakan dicipta oleh manusia manakala seks itu bersifat kudrat dan dicipta oleh Tuhan.
Gender seperti yang sudah kita sedia maklum ialah sesuatu yang dibentuk oleh manusia. Ia
boleh berubah pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian sesuatu masyarakat. Kita boleh
lihat dengan jelas situasi-situasi gender yang telah dibentuk oleh manusia dimana wujud
golongan-golongan yang dikenali sebagai transgender yang digelar masa kini didalam
masyarakat sebagai pondan, pengkid dan tomboy. Ini semua merupakan bukti bahawa gender
itu telah dicipta oleh manusia itu sendiri. Kita juga sering menganggap bahawa seorang lelaki
itu mestilah bersifat sebagai seorang yang perkasa atau kuat, secara tidak langsung kita telah
bersifat tidak adil terhadap lelaki-lelaki didalam masyarakat yang mungkin dilihat lemah.
Gender itu sememangnya dibentuk oleh manusia dimana boleh kita lihat didalam masyarakat
masa kini iaitu dengan gelaran-gelaran seperti Nik, Wan, Syed, Tengku dan bermacam-macam
lagi dimana gelaran-gelaran ini dibentuk oleh manusia dan masyarakat mengikut fahaman
budaya dan adat mereka.

Gender ini sememangnya dibentuk oleh manusia dan ianya sememangnya berlaku
didalam masyarakat masa dahulu dimana didalam masyarakat Melayu seorang wanita itu akan
dijaga dan diawasi baik oleh keluarga beserta dengan pantang larangnya. Seorang wanita
melayu dilarang sama sekali ketawa berlebihan, bergaul bebas ataupun duduk berduaan dengan
lelaki yang bukan muhrim kerana jika pantang larang ini dilanggar maka wanita itu sama sekali
tidak akan menjadi wanita yang bermaruah. Anak-anak perempuan ketika hidup dalam zaman
tradisional akan dididik untuk sentiasa menjaga tatatertib, tuturkata dan seperti yang sudah
dijelaskan diatas mereka perlu terdedah dengan ilmu-ilmu menjadi seorang isteri yang baik
dengan adanya kemahiran menguruskan rumah tangga. Kanak-kanak perempuan ini dibentuk
melalui cara asuhan tradisional yang menekankan nilai-nilai tradisi dalam kehidupan. Keadaan
ini amat berkait rapat dengan konsep kesucian dan maruah wanita Melayu itu sendiri. Kerana
sudah kita sedia maklum bahawa orang Melayu amat menitikberatkan maruah dan moral
seorang wanita. Gelaran “Anak Dara” seringkali digunakan dalam kalangan orang Melayu
yang menggambarkan sifat keperempuanan yang baik dan perlu dipelihara sentiasa. Jika dilihat
gender juga dibentuk oleh manusia dimana kanak-kanak yang hidup dalam masyarakat Melayu
dahulu didedahkan dengan permainan yang berbeza mengikut lelaki dan perempuan. Kanak-
kanak lelaki mungkin akan bermian permainan-permainan yang lebih lasak seperti sepak raga,
menyumpit, lumba kerbau, Tarik upih dan bermacam-macam lagi manakal kanak-kanak
perempuan lebih terdedah dengan permainan yang lebih kepada menjaga adab seperti congkak,
batu Seremban, ketinting dan bermacam-macam lagi. Permainan-permainan ini telah dibentuk
oleh manusia dengan kesesuaian buat gender ketika mereka hidup di zaman Melayu tradisional.

Umum diketahui bahawa gender itu ianya dibentuk oleh manusia maka ianya sentiasa
berubah mengikut kesesuaian zaman. Masyarakat Melayu pada masa kini juga tidak lari dari
mengalami perubahan dimana manusia itu akan membentuk gender mengikut kesesuaian masa
dan budaya sekeliling. Masyarakat Melayu masa kini lebih terdedah dengan kehiudpan yang
lebih terbuka dan moden seiring dengan perkembangan zaman. Jika kita lihat dahulu kanak-
kanak Melayu lelaki dan perempuan dibentuk dan diasuh dengan cara asuhan yang berbentuk
tradisional sesuai dengan keadaan budaya sekeliling ketika itu. Namun masa kini gender
dibentuk oleh manusia sesuai dengan keadaan masa kini. Kita boleh lihat kanak-kanak lelaki
mahupun perempuan kini bebas menggunakan gajet-gajet seperti telefon bimbit bagi tujuan
pembelajaran mahupun hiburan. Ibu bapa zaman moden yang mungkin sibuk dengan urursan
pekerjaan telah membentuk atau mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan gajet dalam
urusan seharian. Jelas menunjukkan disini bahawa gender itu dibentuk oleh manusia
bersesuaian dengan masa dan budaya pada zaman tersebut. Selain itu kita sudah ketahui
bahawa gender dibentuk oleh manusia mengikut keadaan sekeliling. Masa kini, kita sudah
terbiasa dengan situasi dimana seorang perempuan itu sifatnya lembut dan bersesuaian dengan
kerja-kerja kebajikan seperti menjaga orang tua, menjaga pesakit, membantu orang dan
bermacam-macam lagi. Hal ini telah menyebabkan bidang kejururawatan telah hampir
kesemua dipelopori oleh golongan wanita berbanding lelaki. Kaum lelaki yang bekerja sebagai
jururawat itu nisbah nya terlampau kecil berbanding wanita. Manusia telah membentuk gender
sehingga bidang ini tidak banyak diceburi oleh kaum lelaki. Sama juga yang berlaku didalam
bidang ketenteraan dimana kaum lelaki lebih banyak mempelopori bidang ini berbanding
wanita. Hal ini kerana manusia sudah membentuk gender lelaki itu sebagai seorang yang gagah,
perkasa, kuat berbanding wanita. Maka bidang ini banyak terbuka buat kaum lelaki berbanding
wanita. Kadangkala kita boleh lihat bahawa wujud unsur ketidakadilan yang jelas tentang
gender. Walhal sebenarnya kita sebagai manusia itu sendiri berhak memilih apa yang
bersesuaian dan terbaik buat diri kita tanpa melibatkan pengaruh atau pandangan manusia lain.

Seterusnya, kita lihat pula ciri seks dimana seks itu sememangnya ialah sesuatu yang
bersifat semulajadi dan ia dicipta oleh Tuhan. Seks itu bersifat kudrat iaitu merupakan hukum
alam atau kekuasaan tuhan dalam menentukan segala kejadian alam dan ia sama seperti seks.
Didalam agama Islam, Allah SWT telah menciptakan alam buat manusia dan manusia itu
diciptakan sama ada menjadi lelaki mahupun perempuan dengan mempunyai ciri-ciri mereka
yang tersendiri. Pengaruh agama juga memainkan peranan yang penting didalam mencorak
pandangan serta persepsi masyarakat Melayu tentang lelaku dan wanita. Didalam Islam kita
sering ditekankan tentang kewajipan dan tuntutan agama. Seorang lelaki perlu menjalankan
tangaunggjawab sebagai seorang bapa dan suami didalam keluarga. Lelaki itu merupakan
khalifah yang akan membimbing keluarga. Di dalam Islam juga mewajibkan untuk seorang
lelaki yang sihat mental dan fizikalnya untuk solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa pada
bulan Ramadhan, membayar zakat dan sebagainya. Kewajipan ini wajib dilakukan oleh setiap
lelaki yang beragama Islam. Berbeza dengan perempuan, dimana didalam Islam seorang
perempuan itu ada diberi kelonggaran dalam hal-hal yang tertentu. Sebagai contoh, seorang
wanita yang didatangi haid pada setiap bulan tidak perlu untuk solat atau puasa. Wanita yang
keluar nifas juga tidak diwajibkan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan disebabkan oleh
kemampuan mereka yang terbatas. Seorang lelaki juga bertanggungjawab dalam mencari
nafkah buat isteri dan anak-anak. Didalam Islam seorang suami iaitu lelaki wajib menyediakan
nafkah zahir dan batin buat isteri. Ini merupakan peraturam yang telah digariskan didalam
agama Islam yang wajib dituruti oleh setiap Muslim. Segala peraturan ini telah ditetapkan di
dalam Islam kerana ianya merupakan perintah dari Allah SWT sebagai Tuhan yang mentadbir
sekalian alam semesta ini. Ianya sama sekali tidak akan berubah walau berlaku peredaran
zaman sekalipun. Tuhan juga mencipta kan lelaki dan wanita bagi mereka hidup dalam
kehidupan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seks itu sememangnya
dicipta oleh Tuhan bukan manusia dan berlaku dalam masyarakat tidak kira masyarakat
Melayu pada masa dahulu mahupun masa kini. Ia tidak akan berubah kerana sentiasa berbalik
keoada sifat asalnya iaitu kudrat. Maka terbuktilah bahawa ciri gender itu dicipta oleh manusia
sendiri manakala seks itu dicipta oleh Tuhan dan sama sekali tidak akan berubah.

Seterusnya kita lihat pula ciri lain yang boleh kita dapati pada gender dan seks iaitu
gender akan berlaku mengikut kesesuaiannya manakala seks akan berlaku dimana-mana pun.
Umum kita ketahui bahawa gender itu akan berubah jadi ia akan berlaku ketika ada waktu,
masa dan keadaan yang sesuai sahaja. Ia mungkin berlaku apabila kebudayaan atau adat
sesebuah masyarakat itu berubah dan berlaku juga mengikut pemahaman semasa masyarakat.
Gender walaupun dilihat sentiasa berubah ia akan wujud dengan ketetapan masa nya yang
sesuai. Sebagai contoh didalam adat Melayu ketika bertunang ibu kepada lelaki akan datang
untuk meminang perempuan yang menjadi pilihan lelaki tersebut. Masyarakat Melayu dahulu
amat mementingkan adat bertunang kerana adat ini merupakan proses yang dikatakan penting
bagi lelaki dan perempuan untuk berkenal kenalan terlebih dahulu sebelum berganjak ke alam
yang lebih serious iaitu alam perkahwinan. Kalau menurut masyarakat Melayu dahulu lelaki
tidak perlu hadir ketika adanya majlis bertunang kerana orang Melayu itu sentiasa menekankan
tentang adab dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun perubahan masa telah berubah
dimana masa kini lelaki dilihat kebanyakkan lelaki hadir ketika berlangsungnya adat bertunang
ini. Jadi kita boleh lihat dimana gender itu akan berlaku mengikut kesesuaian waktunya.
Gender juga akan berubah mengikut. Kepesatan dunia telah merubah banyak perkara termasuk
juga peranan gender itu sendiri. Jika dulu kita lihat lelaki-lelaki Melayu yang hidup semasa
zaman tradisional mereka dikerahkan supaya mahir dalam bertempur. Mereka perlu mahir
dalam seni mempertahankan diri seperti silat untuk mempertahakan diri dan menjaga keluarga.
Hal ini kerana, mereka hidup didalam suasana masyarakat yang mungkin akan berdepan
dengan musuh pada bila-bila masa sahaja. Lebih-lebih lagi lelaki Melayu dahulu perlu
berlawan dan mempertahankan diri secara tradisi atau menggunakan senjata-senjata moden.
Hal ini secara langsung dapat membentuk para lelaki dahulu menjadi pahlawan atau pendekar
yang kuat bagi menjaga keamanan keluarga dan masyarakat sekeliling. Namun bagi
masyarakat Melayu masa kini, seni mempertahankan diri seperti silat itu tadi tidak lagi
ditekankan oleh ibu bapa. Hal ini kerana, lelaki pada masa kini sudah tidak berminat dalam
seni mempertahankan diri sebegitu. Lelaki pada masa kini menjadi kuat dengan hanya
melibatkan diri melalui aktiviti-aktiviti sukan seperti Bola Sepak, Olahraga, Ragbi dan
bermacam-macam lagi. Mereka rasa dengan sukan-sukan sebegini mampu memberi manfaat
diwaktu lapang kepada mereka dan sekaligus menjadikan tubuh mereka lebih sihat. Jadi kita
lihat disini bahawa peranan gender itu akan wujud mengikut ketetapan dan kesesuaian
masanya. Seni mempertahankan diri bagi lelaki seperti silat menjadi keperluan pada masa
dahulu namun masa kini ianya berubah dan semakin tidak mendapat perhatian anak muda
kerana ibu bapa masa kini membentuk anak-anak mereka menjadi seorang lelaki yang gagah
dengan hanya melibatkan diri dalam acara-acara sukan dan olahraga. Selain itu, gender itu
dilihat berlaku mengikut kesesuaian masa nya melalui budaya pemakaian. Jika kita lihat,
budaya pemakaian masyarakat Melayu dahulu lebih kearah tradisional seperti lelaki memakai
tanjak dan kadangkala mereka juga tidak memakai baju dan hanya mengenakan kain sarung.
Pemakaian sebegini sesuai untuk kegiatan harian mereka yang mungkin perlu menahan diri
daripada cuaca yang panas ketika mencari rezeki. Manakala wanita pula perlulah berpakaian
dengan sopan seperti berbaju kurung dan berkain batik. Mereka berpakaian sebegini sesuai
dengan kegiatan harian mereka. Berbeza dengan pemakaian masyarakat Melayu masa kini
dimana kita banyak terikut-ikut dengan budaya luar yang lebih moden. Masyarakat Melayu
masa kini terdedah dengan etika pemakaian yang lebih kemas dan rapi seperti berkemeja,
seluar, tali leher, berkasut dan bermacam-macam lagi. Etika pemakaian ini wujud bagi gender
kerana menjadi salah satu budaya dan keperluan masa kini yang memerlukan seorang pekerja
itu sentiasa berpakaian kemas ketika berada di tempat kerja. Hal ini jelas membuktikan bahawa
budaya dalam gender itu mungkin akan hilang dan wujud mengikut kesesuaian waktunya.

Seterusnya kita lihat pula ciri seks dimana dikatakan seks ini berlaku dimana-mana
sekalipun walau berlaku peredaran masa atau zaman. Sudah kita ketahui bahawa seks itu
semulajdi dan bersifat kudrat. Ia bersifat alami dimana lelaki dan wanita itu lahir-lahir sudah
memiliki seks atau dikenali juga sebagai alat kelamin. Hal ini telah menyebabkan seks itu akan
berada di mana-mana sahaja tidak kira masa. Ia bersifat tetap dan akanberada di setiap tempat.
Tidak kira wanita itu wanita berasal daripada Asia, Eropah, Korea mereka akan hidup didalam
keadaan jenis biologi yang sama walaupun hidup didalam Benua yang mempunyai budaya,
cuaca, iklim yang berbeza. Seks sama sekali tidak akan berubah dan akan berlaku pada bila-
bila masa sahaja tanpa melibatkan kuasa manusia kerana ini merupakan kuasa Tuhan yang
bersifat kudrat. Seks itu bersifat kekal dan permanen dimana fungsi nya sama sekali tidak akan
berubah walaupun fisikalnya dilihat berbeza. Sebagai contoh, seorang lelaki Melayu menukar
jantina nya dengan melakukan pembedahan membuang alat kelamin dan menggantinkannya
dengan alat kelamin wanita. Pada fizikal mungkin ia kelihatn sudah menjadi seorang wanita,
namun beliau tidak akan dapat meneruskan atau melakukan fungsi-fungsi yang boleh dilakukan
oleh seorang wanita seperti hamil dan menyusui anak. Situasi seks ini berlaku dimana-mana
sahaja tidak kira lelaki itu berada di Benua mana sekalipun dan hasil nya tetap sama dimana
seks itu tidak akan berubah sejak manusia dilahirkan lagi. Oleh itu terbuktilah bahawa ciri seks
iaitu ia boleh berlaku dimana-mana sekali pun berbeza dengan gender yang akan berlaky
mengikut budaya, adat, kehendak masyarakat dan bermacam-macam lagi. Seks ini tidak
bersifat berkehendak ia lebih kepada sifat asal dan tidak akan berubah. Hal ini kerana seks ini
melibatkan kuasa tuhan iaitu kudrat. Didalam Islam itu sendiri sudah menjelaskan tentang
perintah Allah SWT bahawa seorang lelaki itu tanggungjawabnya lebih besar berbanding Isteri
kerana perlu mencari dan memberi nafkah. Perkara ini terjadi sehingga kini walau dimana
sekalipun manusia berada di muka bumi ini.

Kesimpulannya, gender dan seks merupakan perkara yang berbeza walaupun jika
dilihat secara tidak mendalam ia kelihatan sama dan tidak mempunyai apa-apa perbezaan.
Perlu ditekankan bahawa gender itu sifatnya sentiasa berubah. Ia mungkin berubah bersesuaian
dengan masa, zaman, budaya, fahaman, adat, politik dan hal-hal lain juga. Kadangkala
perbezaan gender ini telah melahirkan perlbagai persepsi dan tangganpan masyarakat terhadap
sesuatu gender. Wujud unsur-unsur stereotaip dan berat sebelah yang kadangkalah jelas
berlaku dalam masyarakat Melayu masa kini dan dahulu. Konsep sejarah atau “History” itu
juga sudah menggambarkan situasi yang dilihat berat sebelah kerana menurut pembacaan teks-
teks lama dapat kita simpulkan bahawa dunia searah ini telah didominasi oleh kaum lelaki.
Perkataan “History” itu sendiri bermula dengan “His” iaitu menggambarkan lelaki dan
mengisahkan tentang kaum lelaki. Jelas menunjukkan bahawa searah itu sendiri dilihat buyers
terhadap golongan feminis walhal sebenarnya wanita juga berhak mendapat kedudukan sama
seperti lelaki. Jika dilihat pada struktur budaya masyarakat Melayu dahulu yang menetapkan
peranan dan hak kaum wanita sebagai seorang ibu dan isteri manakala kedudukan kaum lelaki
dilihat lebih dominan berbanding wanita. Sturktur ini seolah-olah diterima sebulat suara dan
diterima pakai sehingga lah kini. Hal ini menyebabkan golongan wanita ini dilihat ketinggalan
berbanding lelaki. Kuasa “superior” lelaki ini telah menyebabkan wanita sentiasa dilihat lemah
dan memerlukan bantuan. Justeru itu amatlah penting buat kita semua untuk mengubah
pandangan dan sikap masyarkat yang masih mengekalkan perbezaan gender yang ketara
sehingga menimbul jurang dan unsur bias. Ia berbeza pula dengan seks dimana dapat kita
simpulkan bahawa seks itu menunjukkan bahawa setiap manusia itu sama, yang membezakan
manusia ialah ciri bioliginya sahaja. Seks sama sekali tidak akan berubah kerana sifat kudrat
nya yang hakiki iaitu kuasa dari tuhan. Kalau kita lihat juga dari sudut pandangan agama Islam
itu sendiri Allah SWT itu melihat umatnya sama tanpa mengira pangkat, darjat mahupun
gender. Yang membezakannya hanyalah amal dan ibadat yang dilakukan oleh seseorang. Oleh
itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa ciri gender dan seks (jantina) dalam masyarakat Melayu
dahulu dan sekarang sememangnya mempunyai perbezaan dan ada juga persamaannya.
Walaubagaimanapun kita sebagai manusia perlu sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang
telah dianugerahkan oleh tuhan. Sebagai manusia kita mestilah sentiasa menerima dan tidak
sama sekali menukar ciptaan Tuhan. Oleh itu sebagai manusia kita haruslah hidup didalam
kehidupan yang redho dengan segala apa yang telah diciptakan oleh Tuhan buat kita.

You might also like