You are on page 1of 12

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara modernisasi yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum, etnik
dan budaya. Malaysia sesungguhnya negara yang berbilang bangsa yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini telah hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling
menghormati sesama kaum meskipun berlainan fahaman, bahasa dan juga warna kulit. Mutakhir
ini, Malaysia digegarkan dengan isu mengenai hak persamaan taraf sesama manusia yang
memperjuangkan LGBT iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Apakah itu LGBT? Secara amnya, lesbian ialah hubungan songsang sesama jenis
diantara wanita dengan wanita manakala gay ialah hubungan songsang sesama jenis diantara
lelaki dengan lelaki. Biseksual pula berkaitan dengan kewujudan dua keinginan seks yang
berbeza dalam satu jantina atau kejadian wujudnya ciri-ciri lelaki dan wanita dalam satu tubuh.
Yang terakhir, transgender bermaksud penukaran keadaan fizikal tubuh badan menggunakan
kaedah perubatan untuk menyerupai jantina berlawanan seperti pembuangan alat kelamin.

Isu ini dilihat semakin lama semakin meningkat dari semasa ke semasa ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan dan yang membimbangkan ialah golongan yang sering terjebak adalah
dari golongan generasi muda yang dikatakan bakal memimpin dan memajukan negara ini di masa
akan datang. Gerakan golongan LBGT disokong kuat oleh Ambiga Sreevanasan yang
memperjuangkan hak asasi manusia secara terbuka di Malaysia meskipun beliau mengetahui
bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berpelembagaan dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Sesungguhnya
gerakan golongan LGBT ini amatlah bertentangan dengan nilai, etika dan keagamaan yang
diamalkan di Malaysia.

Golongan ini lebih suka hidup dalam kesesatan berterusan tanpa mahu mengadakan
sebarang perubahan dalam hidup mereka. Malahan, mereka sanggup mengenepikan fatwa dan
teguran daripada Majlis Fatwa Kebangsaan demi kesoronokan duniawi. Mereka menjadi lebih
berani untuk bergerak bebas akibat sokongan kuat daripada golongan terpengaruh dan ternama
seperti Ambiga Sreevanasan dan Marina Mahathir. Apakah pendorong utama bagi kaum ini untuk
terus bergerak dalam negara ini dan impak besar terhadap masa depan negara?

1
Sejarah Kemunculan LGBT

Kewujudan golongan LGBT dalam masyarakat muda Islam pada era ini sudah tidak asing lagi.
Walaubagaimanapun kewujudannya semakin diperkatakan kerana penerimaannya secara
terbuka oleh masyarakat adalah mustahil. Oleh itu, golongan ini mempunyai kelab-kelab
persendirian dan gerakan mereka sendiri dan tidak secara terang-terangan di mata masyarakat.
Mereka bersama-sama memperjuangkan hak ‘kemerdekaan’ seksual yang sama sekali
bertentangan dengan moral dan agama Islam.

Di dalam Al Quran sendiri telah menceritakan golongan Lesbian, Biseksual, dan Gay telah
mula wujud sejak sebelum masihi lagi iaitu di zaman Nabi Luth A.s. Kaum Nabi Luth A.s yang
ketika itu menetap di Kota Sudum merupakan kaum yang rosak akhlaknya kerana melakukan
hubungan sejenis, meliwat dan mengahwini kaum sejenis mereka. Kaum Nabi Luth A.s tidak
mengindahkan seruan Nabi Luth A.s agar kembali beriman kepada Allah dan meninggalkan
amalan buruk mereka. Walaubagaimanapun kaum Nabi Luth A.s telah dibinasakan oleh Allah
dengan bencana alam, seperti gempa bumi yang kuat dan hujan batu sehingga menghancurkan
Kota Sudum. Nabi Luth dan ahli yang mengikutinya sahaja telah diselamatkan oleh Allah s.w.t.
(Khairuddin, 2017).

Di sini jelas bahawa golongan ini telah mula wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Pergerakan
menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun
barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan agamawan Kristian pada masa
lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis.

Menurut Susilawati (2010), revolusi Perancis merupakan satu "time mark" kepada perubahan
yang berlaku terhadap 'worldview' dan tata kehidupan Barat. Agama dalam erti kata ia sebagai
perundangan moral telah tidak lagi dinamakan sebagai asas peradaban mereka. Dalam obsesi
untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan merungkai kesalahan-kesalahan
agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama mereka untuk menjustifikasikan
Revolusi Perancis. Pada hakikatnya rasa benci terhadap agama dalam Revolusi Perancis adalah
kerana agama Kristian dicampur adukkan dengan raja-raja mereka, dan kebencian terhadap
kezaliman raja yang selaku ketua agama telah bertukar menjadi kebencian terhadap agama itu
sendiri.

Di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak homoseksual ini seolah-olah menjadi satu
syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak asasi. Lebih menarik, pejuang-pejuang
utama di sebaliknya bukanlah dari kalangan homoseksual sendiri. Bertitik tolak dari rasa bersalah

2
tamadun Barat terhadap perbuatan masa lampau mereka yang memerangi golongan gay ini dan
menindas mereka.

Bagi menutup kepincangan dan perbuatan mereka yang terdahulu, dapat dilihat bahawa satu
gerakan yang sistematik dan kuat di Barat untuk mengakui kezaliman yang dilakukan terhadap
golongan homoseksual, dan mulalah digubal perundangan yang menamakan gay sebagai
"komuniti", malah memberikan mereka hak berkahwin.

Bukan itu sahaja, menurut Owoyemi & Zaharuddin (2013), sifat homoseksual dan potensi
pemasarannya juga telah dihidu oleh Hollywood dan menular di dalam agenda seksualiti karya
dan produk mereka, dengan mengkomersilkan aksi-aksi homoseksual seperti lesbian. Ini kerana
mereka seperti mahu mempromosikan hak asasi kebebasan dalam memilih pasangan hubungan.
Sekaligus, membuatkan masyarakat muda memandang isu ini seperti isu norma di mata kaca
dunia. Pasaran ini adalah sebuah pasaran baru yang dicipta oleh pergerakan hak asasi 'LGBT'
dan pengiktirafan perundangan yang diberikan kepada mereka.

Pergerakan ini yang hanya menular di Barat akhirnya merebak ke serata dunia kesan dari
anjakan paradigm globalisasi ‘Borderless World’, yang menghubungkan manusia dari pelosok
dunia dan bebas menyuarakan pendapat dan kehendak mereka di laman-laman sosial masa kini.
Keadaan ini memudahkan penyebaran dakyah-dakyah baru dan penubuhan gerakan baru
sedunia. Malaysia merupakan negara yang tidak terkecuali menerima kesan dari globalisasi
tersebut sehingga tercetusnya isu LGBT yang hebat diperkatakan secara terbuka.

Dewasa ini, abad ke-21 merupakan satu cabaran yang harus dihadapi oleh seluruh
masyarakat Malaysia. Ledakan teknologi maklumat dan cara hidup yang diaplikasikan oleh
masyarakat daripada budaya barat banyak memberi kesan yang mendalam seperti yang terjadi
pada masa kini. Selain itu, generasi muda Islam masa kini turut terdedah kepada penyakit-
penyakit sosial dan mental yang berkaitan dengan teknologi semasa. Perkara ini tidak dapat
dinafikan lagi kerana golongan belia merupakan peneraju utama kepada perkembangan
teknologi.

Bermula dengan lambakan golongan lembut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), percubaan
untuk menghalalkan hubungan sejenis dan yang terkini melibatkan pembunuhan akibat dari
hubungan cinta tiga segi dikalangan sesama jenis. Hal ini semakin menjadi-jadi disebabkan oleh
sikap masyarakat yang tidak prihatin dan hanya berpeluk tubuh serta mengabaikan isu itu turut
menjadi punca gejala ini semakin berleluasa. Mereka bersikap demikian adalah kerana
menganggap ia sesuatu yang memalukan.

3
Punca- punca berlakunya LGBT

Dalam meniti arus kemodenan pada masa kini, pelbagai punca yang mampu merebahkan
akhlak dan moral dalam kalangan remaja Islam. Pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk
menghanyutkan manusia terutamanya golongan remaja terjerumus ke kancah LGBT yang
bertentangan dengan hukum Islam. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca LGBT makin
menular di Malaysia. Antara faktor utama yang akan dibincangkan adalah didikan ibu bapa, faktor
pengaruh barat, pengaruh rakan-rakan dan juga faktor genetik.

Didikan ibu bapa kebiasaanya akan mencorak kehidupan seseorang remaja bak kata
pepatah, anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Peranan ibu bapa amat
penting untuk menangani gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya LGBT. Didikan ibu
bapa amat memberi kesan dalam kehidupan seorang anak, kurangnya didikan agama Islam serta
nilai nilai murni akan menyebabkan remaja lebih cenderung terjerumus ke lemba LGBT. Di
Malaysia, isu yang berkaitan dengan seks bebas dikatakan berkembang setelah rakyat majmuk
mengetepikan ajaran agama. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa peka dan mengambil berat
tentang keberadaan serta perkembangan anak-anak (Barret & Logan C., 2002).

Tidak dapat disangkal lagi bahawa budaya barat juga merupakan salah satu faktor utama
yang menyumbang terhadap kegiatan LGBT di Malaysia. Dalam arus modenisasi ini, budaya
barat boleh dikategorikan sebagai pengaruh besar, bukan sahaja di dalam Malaysia, malah
seluruh pelusuk muka bumi ini. Budaya barat sering menjadi ikutan terutamanya kalangan
remaja. LGBT dalam kalangan masyarakat barat bukan lagi satu perkara yang luar biasa kerana
kebanyakan negara barat seperti Britain telah mengkiktiraf kedudukan LGBT. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kajian di mana 50 peratus rakyat Amerika Syarikat menyatakan bahawa LGBT
bukan lagi perkara yang di luar tabii, malah ia merupakan kegiatan yang normal dalam komuniti
mereka. Kegiatan LGBT yang dibawa oleh budaya barat ini semakin membimbangkan kerana
golongan belia semakin cenderung dan tidak lagi berasa malu untuk menyokong LGBT secara
terang terangan (Swan & Wallace, 2004).

Rakan sebaya merupakan orang yang terdekat dalam kehidupan remaja selain ibu bapa.
Kegiatan LGBT semakin berleluasa terutamanya isntitusi pengajian tinggi serta sekolah
berasrama penuh, kerana remaja lebih kerap menghabiskan masa bersama rakan. Hal ini
menyebabkan remaja lebih terdorong untuk melakukan sesuatu perkara yang dilakukan oleh
rakan sebaya. Pendedahan terhadap bahan pornografi terutamanya dalam kalangan pelajar
lelaki oleh rakan sebaya merupakan salah satu punca LGBT semakin merebak dalam kalangan

4
remaja. Oleh itu, pelajar harus sentiasa dipantau agar mereka tidak terjerumus dalam kegiatan
yang tidak sihat. Hal ini amat membimbangkan dan harus diberi perhatian agar tidak melarat
kerana kegiatan LGBT ini akan makin meruntuhkan akhlak generasi muda pada masa kini.

Faktor genetik merupakan salah satu pengaruh biologikal di mana seseorang mempunyai
jumlah hormon yang tidak seimbang. Seorang wanita berkemungkinan untuk mempunyai jumlah
hormon lelaki yang lebih dari sepatutnya, menyebabkan wanita tersebut mempunyai sifat dan
juga perilaku sebaga seseorang lelaki. Oleh disebabkan itu, wanita tersebut akan berkelakuan
seperti seorang lelaki dan juga membuat dia tertarik kepada wanita. Akan tetapi, berdasarkan
ujian telah dilakukan oleh para kaji selidik untuk membuktikan bahawa Gay bukan disebabkan
faktor genetik, Profesor George Rice menjalankan ujian 52 pasang adik-beradik homoseksual
untuk mengkaji kromosom mereka. Hasil uji kaji tersebut telah membuktikan bahawa ia hanya
lah kebetulan persamaan tanda di gen Xq28.

Akibat dan Kesan Gejala LGBT

Terdapat pelbagai akibat dan kesan daripada kegiatan LGBT yang makin menular di Malaysia.
Individu, keluarga serta masyarakat akan terkesan daripada kegiatan LGBT ini. Pengamal LGBT
akan paling terkesan kerana mereka tidak akan terlepas daripada dihina oleh masyarakat yang
menentang LGBT. Penghinaan terhadap mereka mungkin akan menyebabkan mereka
menghadapi tekanan dari segi mental dan juga emosi. Oleh sebab itu, mereka lebih selesa untuk
bergaul dan menghabiskan masa bersama pengamal LGBT yang lain. Hal ini akan menyebabkan
mereka lebih terpesong dan tidak mempunyai niat untuk menjalani kehidupan yang normal. Jika
perkara ini terjadi terhadap remaja yang masih umurnya setahun jagung, remaja tersebut
mungkin tidak dapat menangani tekanan dan menyebabkan mereka cuba untuk membunuh diri.
LGBT sememangnya memberi kesan serta meruntuhkan akhlak dalam kalangan remaja.

Selain itu, wabak penyakit seperti AIDS dan STD juga merupakan akibat dan kesan daripada
gejala LGBT. Hal ini disebabkan oleh golongan homoseksual yang mempraktikkan amalan seks
di luar tabii. Wabak penyakit ini akan memberi kesan yang mendalam terhadap pengamal LGBT
kerana pandangan serong masyarakat di samping penyisihan masyarakat terhadap mereka.
LGBT bukan sahaja memberi kesan terhadap individu yang mengamalkannya, malah LGBT juga
memberikan kesan buruk kepada institusi kekeluargaan. Ahli keluarga mungkin akan berasa malu
disebabkan kegiatan yang dilakukan oleh ahli keluarga mereka. Aktiviti mereka dianggap akan
menimbulkan malu kepada keluarga. Hal ini akan membuatkan hubungan antara ahli keluarga

5
semakin longgar dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim. Unsur-unsur negatif akan
disalurkan ke dalam institusi keluarga akibat daripada kegiatan LGBT. Kanak-kanak dalam
keluarga mungkin akan terkesan dan juga akan dipengaruhi oleh contoh yang tidak sihat yang
ditunjukkan kepada mereka.

Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar
tabii. Aktiviti ini diketahui mencatatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat serta budaya
masyarakat setempat. Ia juga mencerminkan kemunduran dan apabila masyarakat menjadi
terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabii manusia akan timbul dan ini menjadi faktor
penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa
menyebabkan negara hilang ketamadunan.

Pergerakan Dan Perjuangan LGBT

LGBT atau menurut Abd Rahman S. S., (2011), iaitu golongan yang berhadapan dengan masalah
kecelaruan identiti jantina ataupun mereka yang terdiri daripada golongan yang jelas identiti
jantinanya namun celaru dalam orientasi seksualnya dan sengaja memilih pasangan sejenis.
Oleh yang demikian, hari ini LGBT ini telah bergerak bebas dan lantang selepas mereka
munubuhkan gerakan dan mewujudkan kempen atau lebih dikenali sebagai festival Seksualiti
Merdeka pada tahun 2008.

Gerakan LGBT mewujudkan festival ini bagi menuntut hak serta menarik raih sokongan bagi
golongan seperti mereka supaya disambut oleh masyarakat atas dasar hak mereka sebagai
manusia. Festival hak asasi ini telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bersempena
Hari Kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2008. Festival ini telah ditubuhkan dengan
mengadakan program ceramah, forum, bengkel, seni teater dan muzik, pemasangan interaktif
dan juga pemeriksaan filem yang dianjurkan oleh gabungan NGO yang menyokong serta rakan-
rakan artis di Malaysia (Palatino M., 2011). Pada mulanya sambutan hanyalah dalam 400 hingga
500 orang sahaja.

Mengikut sumber Palatino M. (2011), kempen Seksualiti Merdeka ini telah dirancangkan oleh
penganjur membawa pelbagai tema dan visi bagi mengutip raih dan sokongan dari golongan
golongan seperti mereka juga supaya mereka dapat menang dengan kerajaan terhadap hak
mereka di Malaysia. Pada tahun 2008 juga temanya ‘Ganjil Tidak Takut’ dan membawa visi “untuk
menjadi bebas daripada didiskriminasi, dimalukan dan kekejaman terhadap orientasi seksual dan
identity jantina mereka”. Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan

6
penganjuran Seksualiti Merdeka kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan
serta menghalang mereka daripada meneruskan menjalankan aktiviti seperti ini atas dasar
timbulnya unsur unsur ketidakharmonian, kebencian dan juga menganggu penduduk awam.

Pada tahun 2009, kempen ini telah dijalankan bertemakan “Badan Kita, Hak Kita”, atas dasar
lambangan keinginan dari pihak penganjur untuk menstabilkan hak LGBT mengikuti kerangka
kerja hak asasi manusia di Indonesia iaitu Prinsip Yogyakarta. Disini, Prinsip Yogyakarta
merupakan asas Aplikasi Hak Asasi Manusia peringkat Antarabangsa berkaitan Undang-undang
berhubung Orientasi Seksual dan Identiti Jantina. Hal ini bertujuan memohon undang-undang
hak asasi manusia berstatus antarabangsa bagi mengetengahkan isu berkaitan hak asasi LGBT.
Dengan itu, ia memberi inspirasi kepada golongan LGBT di Malaysia untuk menubuhkan gerakan
yang kukuh seperti itu di Malaysia. Pada tahun 2009 juga, kempen tersebut dapat menarik
pengikut seramai 800 hingga 1000 orang.

Seperti yang tercatat di akhbar Utusan Malaysia (Nov 23, 2011), bekas Perdana Mentari, Tun
Mahathir Mohamad juga telah membantah gerakan ini dengan alasan tegahan dalam agama atas
dasar dosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini. Dengan berleluasanya
golongan ini, pelbagai masalah dalam msyarakat akan timbul seperti penyakit HIV/AIDS yang
telah merebak seperti contoh di California, Amerika Syarikat (AS) dan masih tiada ubat
penyembuh penyakit tersebut. Beliau mengatakan bahawa golongan ini seperti manusia yang
tidak bertamadun yang hanya menurutkan nafsu semata-mata. Namun bagi mereka kebebasan
bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-
undang manusia.

Dr. Mahathir turut mempersoalkan kewajaran masyarakat Malaysia menerima segala tingkah
laku seperti di Barat memandangkan adat serta kualiti hidup mereka telah runtuh disebabkan
ketaksuban terhadap kebebasan. Melihat kepada isu ini, seksualiti merdeka mempunyai objektif
yang patut difahami supaya dapat ditegar dari ia terus berterusan. Berdasarkan sumber Abd
Rahman S. S. (2011), Seksualiti Merdeka yang sebenar ialah cabang kepada perjuangan hak
asasi manusia, bukan cabang kepada Festival Seks Bebas atau yang sewaktu dengannya.

Akan tetapi berlakunya tafsiran yang sama oleh segelintir individu yakni ingin memperjuangkan
hak asasi manusia dimana sebagai contoh orang yang mencabul, pemangsa juga boleh
mengetengahkan isu hak asasi ini iaitu dia juga mempunyai hak peribadi, tanpa memberi
keterangan jujur yang dia telah menceroboh hak asasi mangsa. Bahkan ia juga termasuk dalam
menceroboh hak ibu bapa, adik beradik atau pasangan mangsa tersebut. Dalam huraian Islam,

7
seks bebas antara dewasa, ibu orang dengan anak orang, isteri orang dengan suami orang,
memberi kesan gangguan terhadap keharmonian rumah tangga individu-individu yang terlibat
dan ini semua dikira pencerobohan (Abd Rahman S. S., 2011). Dengan itu, kempen yang
mengajak kepada memperjuangkan hak asasi manusia adalah wajib dibantah.

Pada tahun 2017, suatu majlis iaitu Maruah Kuala Lumpur telah dibantah untuk dijalankan kerana
bertentangan dengan agama. Majlis ataupun pesta tersebut merupakan salah satu pesta yang
menyokong golongan LGBT yang dianjurkan oleh Universiti Taylor yang dilibatkan dengan acara
tayangan filem, kawad kaki kampus dan beberapa acara lain. Acara tersebut semuanya di tolak
kerana melambangkan LGBT dimana pihak negara Malaysia telah menentang semua gerakan
LGBT termasuk halangan terhadap Seksualiti Merdeka dibawah Akta 19 dan 20 daripada
Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia yang mengetengahkan hak berhimpun, memberi ucapan
dan besuara (Beresford M., May 21, 2017).

Dan dimana Perdana Menteri Malaysia telah menyebut pada 2015 mengenai hak asasi bagi pihak
LGBT sememangnya tidak perlu diendahkan dari segi agama Islam. Selain itu, menurut Beresford
M. (May 21, 2017), pihak kerajaan telah mengenalkan “terapi penukaran gay” dalam bentuk atas
talian iaitu dikenali sebagai program latihan untuk mengubati golongan gay kea rah yang betul.
Akhir sekali, pihak Mahkamah Negara Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang
terhadap pemakaian yang menyerupai jantina lain baik lelaki mahupun perempuan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat.

Cadangan

Oleh itu beberapa pendekatan perlu dilakukan untuk merawat, memulih, menukar orientasi,
identiti, gejala LGBT di peringkat usia remaja sebelum menjadi tidak terkawal apabila dewasa.

Bagi mereka yang terlibat dengan amalan luar tabi`i ini perlu diberikan nasihat dan bimbingan
secukupnya agar mereka sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan kembali ke jalan
yang diredai Tuhan serta menjalani kehidupan yang tabi`i. Individu tersebut seharusnya
mendapatkan khidmat kaunseling, secara tidak langsung tekanan yang dihadapi akan
berkurangan. Selain itu, sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta Alam dengan memenuhi
tuntutan agama dan menghadiri majlis-majlis agama yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut Affifah & Nurhamidah (2011), keluarga merupakan pembimbing ataupun pendidik
terdekat khususnya untuk anak-anak. Ibu bapa haruslah memainkan peranan sebagai

8
pembimbing dalam membentuk jati diri anak-anak dengan memberikan didikan dan ajaran yang
sempurna dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dan bukan menggalakkan aktiviti dan
gejala yang tidak sihat yang bertentangan dengan norma kehidupan seorang manusia. Dalam
mendidik anak-anak terutamanya ibu bapa perlulah menjaga batas pergaulan anak-anak sebagai
contoh memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila umur mereka mencecah
tujuh tahun. Selain itu, ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak-anak sebagai contoh anak
lelaki tidak seharusnya bermain anak patung dan tidak boleh dipakaikan pakaian seperti
perempuan kerana ini mungkin mempengaruhi minda anak tersebut. Ibu bapa juga perlulah
memberi perhatian dalam mendidik anak dengan meluangkan masa bersama mereka dan
mengetahui permasalahan mereka secara mendalam bagi mengelakkan kekeliruan. Cabaran ibu
bapa bermula apabila anak meningkat remaja ataupun akil baligh ini kerana mereka perlu
dibimbing bagi membentuk identiti mereka supaya mereka tidak celaru dan sentiasa mendapat
sokongan dan motivasi daripada keluarga.

Guru-guru di sekolah perlu berperanan bagi mengubah jiwa dan pemikiran kanak-kanak yang
mempunyai kecenderungan bertentangan dengan fitrah jantina. Guru-guru kaunseling dan
agama sepatutnya membuat pelbagai kegiatan yang boleh mendorong kanak-kanak dan pelajar
berminat memakai pakaian dan bersikap berdasarkan jantina mereka. Pengaruh rakan-rakan dan
media juga merupakan faktor kepada penularan kegiatan LGBT. Kumpulan gay dan lesbian di
Barat begitu aktif menyiarkan aktiviti mereka dalam laman web dengan pelbagai cara untuk
menghasut manusia mengikuti kumpulan mereka. Umat Islam terutamanya remaja yang
menghadapi kekosongan jiwa atau kehausan hawa nafsu memilih corak kehidupan gay atau
lesbian bagi menutup kegiatan mungkar mereka. Perkara berkaitan hawa nafsu dan bisikan
syaitan perlu diatasi secara pengisian dan latihan kerohanian.

Kerajaan masih menyediakan perkhidmatan sokongan sosial bagi membantu golongan ini
terutamanya kepada yang ingin kembali ke pangkal jalan. Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga, dan Masyarakat dengan kerjasama sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah
menubuhkan Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Tujuan
penubuhan pusat ini adalah untuk membantu tiga golongan yang berisiko dijangkiti HIV/AIDS
iaitu orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), pekerja seks wanita dan transgender (Mak
Nyah). Antara perkhidmatan yang disediakan di PBKS ialah kaunseling, rujukan kepada agensi-
agensi berkaitan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur, Baitulmal dan Pusat Zakat), pusat persinggahan (drop-in centre) dan
pendampingan (outreach). Kerjasama yang erat juga dibentuk dengan agensi-agensi Kerajaan

9
seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi melengkapkan
perkhidmatan sosial kepada golongan ini.

Agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO mengadakan pelbagai kerjasama dengan
lain agar usaha membanteras dan mengawal gejala ini dapat dilaksanakan secara lebih mantap.
Usaha ini, serta kerjasama pelbagai agensi, bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan
telah ada beberapa contoh yang baik telah dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan telah berjaya mewujudkan satu manual rawatan dan latihan yang dikenali
sebagai Manual Islam dan HIV/AIDS bagi mengendalikan pelbagai isu berkaitan HIV/AIDS.
Usaha murni ini boleh diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi menangani gejala berkaitan
LGBT.

Perubahan bergantung pada kekuatan diri, setakat mana mereka mampu mengawal diri
untuk tidak melakukannya. Rakan-rakan juga perlulah membantu mereka untuk dari terus
bergelumang dengan dosa dan tidak harus membiarkan mereka begitu sahaja dari terus
terjerumus kepada perkara terkutuk ini. Masyarakat juga perlulah berusaha untuk sama-sama
membantu golongan ini dan tidak menyisihkan dan memandang hina terhadap mereka. Oleh itu,
usaha dari pelbagai pihak perlulah ada bagi mengatasi masalah homoseksual kerana ia
merupakan satu perkara yang berbahaya dan memberi kesan yang buruk kepada diri, agama,
masyarakat seterusnya kepada negara.

Semua pihak bertanggungjawab untuk mengekang fenomena LGBT daripada terus


berleluasa. Kerjasama yang bersepadu diperlukan untuk menjamin budaya masyarakat timur
serta nilai akhlak yang baik menjadi amalan masyarakat untuk menjamin sebuah negara
seimbang dari semua aspek kehidupan. Masalah ini harus diperhalusi dan dipantau dengan teliti
oleh semua pihak bagi menjanjikan impak yang positif. Sepertimana pepatah melayu ada
mengatakan “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat”. Sekiranya tiada kata
sepakat dicapai maka matlamat untuk mencapai negara maju Transformasi Nasional 50 (TN50)
akan terkubur begitu sahaja. Oleh itu, masyarakat perlu berganding bahu dalam menangani
masalah ini.

10
Kesimpulan

LGBT dilihat sebagai antara simptom penyakit sosial yang jika tidak dibendung bakal memporak-
perandakan sistem budaya bangsa dan mengikis nilai negara Malaysia. Isu golongan LGBT ini
harus dilihat dari sudut yang lebih besar iaitu nilai kenegaraan. Kita tidak mahu melihat negara
mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai murni. Maka, kita haruslah lebih berjaga-jaga
dan membuka mata dengan lebih luas terhadap isu ini dan dalam masa yang sama, satu proses
penerangan perlu dipergiatkan untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan belia
mengenai kemudaratan pengamalan LBGT terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kita haruslah berganding bahu membanteras golongan ini agar isu ini tidak terus menular
dan berleluasa serta menggalakkan usaha dalam pemupukan nilai murni bagi mempromosikan
kesedaran terhadap nilai-nilai murni kemanusiaan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sebagai penganut agama Islam, apabila kita merasa celaru atau kekeliruan tentang sesuatu
perkara, kita haruslah berbalik kepada ajaran yang benar dan menyerahkan diri kepada yang
Esa. Ingatlah bahawa tidak pernah lambat sesaat untuk kita bertaubat dan meminta ampun
kepada-Nya kerana Allah sentiasa menerima taubat daripada umat-Nya. Seperti yang tertulis
dalam Surah An-Nisa’ ayat 110, Allah bersabda “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan
dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

11
Rujukan

Barret & Logan C. (2002). Counselling Gay Men and Lesbians.

Swan & Wallace, (2004). Handbook of Gay, Lesbian, Bisexual, and Transgender Administration
and Policy.

Nardi & Peter, (2000). Gay Masculinities.

Khairuddin H. (2017). Kisah Kaum Nabi Luth Yang Ditimpa Azab Kerana Bernafsu Songsang.
Retrieved from http://www.islamik.info/kisah/kisah-kaum-nabi-luth-yang-bernafsu-songsang-gay/

Susilawati M. (2010). Revolusi Perancis. Retrieved from


https://meiharls.blogspot.my/2010/05/revolusi-perancis.html

Musa Yusuf Owoyemi & Ahmad Zaharuddin Sani, (2013). LGBT: Nature or Ideology: The View
of a Former LGBT Practitioner in Malaysia. Research Journal of Biological Science.

Neng Dara Affiah, Yuni Nurhamidah (2011). Dari Suara Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender
(LBGT) - Jalan Lain Memahami Hak Minoritas dan Pendidikan Komnas Perempuan. Retrieved
from https://www.google.com/url? Seri Nara Diraja

Palatino M., (2011). Sex, Politics & Sexuality Merdeka; Malaysia’s decision to ban the Sexuality
Merdeka sexuality festival was depressingly intolerant. Mendapat pada Nov 1, 2017 dari
https://thediplomat.com/2011/11/sex-politics-and-seksualiti-merdeka/

Beresford Meka (May 21, 2017). Kuala Lumpur Pride Cancelled Due To ‘Religious Complaints’.
PinkNews. Mendapat pada Nov 1, 2017 dari www.pinknews.co.uk/2017/05/21/kuala-
lumpur-pride-cancelled-due-to-religious-complaints/amp/

Abd Rahman S. S. (2011). Seksualiti Merdeka: Tanggungjawab Kita Bersama. Sahabat Masjid.
Medapat pada Nov 1, 2017 dari http://sahamump.blogspot.my/2011/11/seksualiti-
merdeka-tanggungjawab-kita.html

Utusan Malaysia (Nov 23, 2011). Gerakan Seksualiti Merdeka Wajib Ditolak. Medapat pada Nov
1, 2017. Dari
http://library.perdana.org.my/PLF/News_2011/November%202011/Utusan%20Malaysia/
UM231111.pdf

12

You might also like