You are on page 1of 2

Pengenalan

LGBT merupakan singkatan bagi Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender. LGBT
merujuk kepada perkumpulan manusia yang mempunyai orientasi seks songsang
yang melangkaui batas fitrah kemanusiaan. Komuniti LGBT ini pada dasarnya
ditubuhkan untuk memperjuangkan hak-hak mereka yang dikatakan tertindas dan
tidak bebas dengan berselindung di sebalik topeng akta hak-hak asasi manusia.
Menurut Blanch Consulting, Lesbian merujuk kepada kaum perempuan yang tertarik
(secara seksual atau romantiknya) terhadap perempuan yang lain. Perbuatan ini luar
tabie’e diantara wanita dan wanita.
Gay dikenali sebagai homoseksual. Ini merujuk kepada golongan lelaki yang tertarik
secara seksual terhadap kaum sejenisnya. Gay juga mempunyai pengertian yang sama
dengan lesbian iaitu luar tabie’e tetapi perbuatan ini dipraktikan antara lelaki dan
lelaki. Istilah gay juga telah diperbaharui dalam kolompok mereka dengan man sex
with man(MSM).
Bisexual pula ialah golongan yang boleh melakukan hubungan seks dengan kedua-
dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Transgender ataupun Transexual ialah
individu yang mempunyai masalah isu jantina mereka sendiri(Brown&Rousley,1996).
Individu ini merasakan diri mereka terperangkap di dalam jantina yang salah.
Manakala, Boswell (1997) menyebut transgender sebagai individu yang akan melalui
pelanggaran jantina dan ingin menjadi ‘more fully human’. Mereka ini sanggup
menukar organ jantina mereka melalui pembedahan.
LGBT Di Malaysia
Kewujudan LGBT di Malaysia bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah
sekitar tahun 1980-an. Pada 13 Disember 1989, Persidangan Majlis Raja-Raja kali ke-
126 telah memfatwakan LGBT sebagai perlakuan yang haram untuk diamalkan
sebagai gaya hidup. Mana-mana individu yang ingin membuat permohonan menukar
jantina pada dokumen pengenalan diri tidak akan diterima permohonan mereka.
Masyarakat Malaysia sangat sensitif dengan cara hidup yang tidak mengikuti tuntutan
agama dan tatasusila budaya timur apatah lagi dengan perlakuan yang menyalahi
tabi’e manusia. Oleh itu, golongan LGBT mendapat kecaman hebat di kalangan
masyarakat Islam Malaysia.(Noor Hafizah, 2015). Gerakan LGBT merupakan
gerakan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi. Mereka menggunakan Hak
Asasi Manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka.Tindakan golongan
ini bukan sahaja mencalarkan kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia,
malah menganggu ketenteraman awam dan keamanan agama. LGBT menjadi
kumpulan minoriti dalam masyarakat kerana bertentangan dengan orientasi seks yang
normal. Biarpun menjadi kumpulan yang minoriti, kumpulan ini giat mempromosi
dan berusaha untuk menuntut hak-hak yang sewajarnya dalam kehidupan sosial.
Sesiapa yang menyokong pergerakan ini diiktiraf sebagai pejuang hak asasi manusia
dan sebaliknya.
Pertubuhan LGBT di Malaysia dikenali sebagai Seksualiti Merdeka. Mereka giat
mempromosikan agenda LGBT.Seksualiti Merdeka sentiasa berusaha untuk
mengubah undang-undang dan kehidupan sosial berkenaan dengan kepelbagaian
orientasi seksual di Malaysia. Mereka berusaha untuk mengubahnya kerana arena
antarabangsa memberikan hak kesakmaan dan memberi kritikan teruk terhadap
undang-undang yang dikenakan terhadap kumpulan minoriti iaitu mereka yang
mempunyai orientasi seks yang tidak dominan dan berbeza dengan kumpulan
majoriti. Kerajaan Malaysia dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pihak berkuasa
serius dalam usaha dan ingin menangani gejala LGBT berikutan terdapat usaha untuk
menuntut agar golongan lesbian, gay, biseksual dan tran-seksual (LGBT) diiktiraf
pada tahun 2012. (Noor Hafizah, 2015)

You might also like