You are on page 1of 3

LATAR BELAKANG

LGBTQ adalah akronim dari perkataan (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer).

Istilah ini digunakan sejak tahun 1990-an untuk mengantikkan frasa “komunitas gay”.

Perkataan Lesbian merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan terhadap kaum

sejenisnya iaitu perempuan homeseksual, Gay pula istilah yang digunakan kepada lelaki yang

mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, manakala biseksual lebih cenderung

kepada hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Selain daripada

istilah-istilah yang disebutkan di atas ada juga istilah lain iaitu Transgender yang digunakan

untuk mendeskripsikan lelaki yang bertingkah laku seperti wanita dan wanita bertingkah laku

seperti lelaki. Seterusnya, istilah Queer membawa maksud identiti jantina yang tidak

maskulin atau feminine iaitu identiti yang berada di luar jantina binari dan kelainan.

LGBTQ merupakan perbuatan yang sangat menyimpang dan menyebabkan seseorang

itu terperangkap dalam fizikal berlawanan jantina,minda serta perasaan mereka. Hal ini

kerana golongan tersebut percaya bahawa diri mereka terperangkap dalam fizikal jantina

yang berlawanan dengan mental dan emosi mereka. LGBTQ juga diklasifasikan sebagai

penyakit psikitari disebabkan berlakunya kecelaruan pemikiran seseorang yang boleh

mendorong mereka untuk melakukan pembedahan mengubah jantina kesan daripada konflik

diri mereka untuk menerima jantina sendiri. Namun hampir keseluruhan sistem sosial di

dunia menolak sepenuhnya kehidupan homeseksual kerana ia tidak sesuai dengan sesuatu

norma dan nilai tertentu yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Walaupun begitu kegiatan

dan Gerakan LGBTQ masih tetap bergerak aktif kerana adanya kemudahan yang terdapat

dalam media sosial seperti Facebook, Youtube dan Twitter yang menjadi pilihan utama
kumpulan LGBTQ untuk mempromosikan agenda mereka. (Kamal Azmi Abd Rahman et.al

2015).

Di samping itu, perbuatan homeksual tidak dianggap sebagai tindakan jenayah kerana

ia hanya dilakukan oleh orang dewasa serta tidak melibatkan anak-anak atau remaja bawah

umur, dan juga tidak dilakukan di tempat awam. Walaupun kita tahu bahawa hubungan

sesama jenis biasanya menjadi tumpuan di mata masyarakat terutama dalam isu keagamaan

dan tingkah laku ini memang melanggar nilai dan norma yang ada dalam masyarakat kita

pada masa kini. Kerajaan Malaysia sendiri menjelaskan bahawa pihak berkuasa memandang

serius dalam usaha menangani gejala LGBTQ berikutan terdapat usaha untuk menuntut agar

golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual dan Querr (LGBTQ) diiktiraf pada tahun 2012.

Jelaslah di sini bahawa LGBTQ merupakan hubungan songsang dan bertentangan

dengan ajaran Islam. Hal ini kerana LGBTQ berlawanan dengan fitrah manusia yang telah

dicipta oleh Allah sebagai makhluk berpasang-pasangan. Fenomena yang berlaku ini

memberi kesan buruk kepada masyarakat Islam terutamanya di Malaysia.

Nor E’lee Ahmed. (2012) Pengenalan LGBT. Diambil semula


https://www.scribd.com/doc/105473266/Pengenalan-LGBT

Suriati, G., Jabil, M., & Azilah, M. N. (2011). Infrastruktur komuniti dan hubungannya dengan
Golongan
Transeksual di Institusi Pengajian Tinggi Awan Malaysia, 9 (2).

IRSYAD AL-HUKMI. (2019). ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL & TRANSGENDER (LGBT). Di ambil semula

https://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/Irsyadhukum/ISU-LESBIAN-GAY-BISEKSUAL--
TRANSGENDER-LGBT-dimampatkan.pdf
Dr. Wan Anor Bin Wan Sulaiman. (2013). Mengenal Dunia LGBT. Di ambil semula
https://www.academia.edu/28658690/MENGENALI_DUNIA_LGBT_ppt

Kamal Azmi Abd. Rahman et al. (2015). Profil Masyarakat Melayu Malaysia di Media
Sosial yang Mempromosikan LGBT. Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

You might also like