You are on page 1of 51

PANDANGAN SEMESTA ISLAM

Ibn Khaldun menyatakan bahawa suasana persekitaran

merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat. Lucien Goldmann mengatakan bahawa unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun ialah pandangan semesta. Syed Naquibb al-Attas menyatakan bahawa pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat iaitu dunia merupakan persediaan untuk akhirat.

Kesimpulannya pandangan semesta Islam ialah pandangan

tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Secara umumnya ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutama dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu. Aqidah merupakan asas dan teras bagi tamadun Islam.Allah S.W.T. pula ialah Pencipta & Pentadbir alam ini.

Elemen-Elemen Asas Pandangan Semesta Islam


1. 2. 3.

Hak Allah S.W.T. Konsep Manusia & Hak sebagai Hamba Allah Hak Alam

Hak Allah S.W.T.


Konsep huquq dalam Islam menjalinkan hubungan antara manusia

dan manusia, alam dan Tuhan secara teratur dan adil. Hak tersebut dapat dibahagikan pula kepada hak2 Allah , hak2 hamba Allah dan hak2 alam. Allah S.W.T. mempunyai hak bagi diriNya dan juga ke atas diriNya . Bagi dirinya bermaksud penunaian hak oleh Allah berdasarkan kehendak dan kuasaNya.Manakala ke atas diriNya pula bermaksud hak-hak Allah yang mesti ditunaikan oleh manusia.

Hak-hak Allah bagi diriNya kepada manusia dapat dilihat dalam

aspek-aspek berikut:1) Mencipta manusia. 2) Menetapkan peraturan dan perundangan. 3) Memberi kebebasan memilih kepada manusia. Hak-hak Allah S.W.T. bagi diriNya ke atas alam pula dapat dijelaskan melalui aspek-aspek:1) Mencipta alam 2) Mengatur perjalanan alam

Konsep Manusia
Menurut Islam, persoalan tentang hakikat manusia dilihat melalui

dua sumber iaitu naqli dan aqli. Naqli ialah keterangan berdasarkan wahyu yang memberi kebenaran secara langsung kerana proses penyempurnaan teori sains yang pelbagai akan mendekati kebenaran yang dinyatakan oleh wahyu. Aqli ialah rungkaian kepada segala persoalan yang datang daripada manusia sendiri iaitu daripada pengalaman manusia dan penyelidikan sains.

PROSES KEJADIAN MANUSIA


NUTFAH ALAQA H MUDGHA H
IZHOM&LAH M Surah Al-Insan : 2 Nutfah lelaki : benih lelaki Nutfah wanita : benih wanita Surah Al-mukminun : 14 Segumpal darah Surah Al-mukminun : 14 Seketul daging (pembentukan otak,saraf tunjang,sistem pernafasan,saluran darah. Surah al-mukminun : 14 Pembentukan tulang mendahului pembentukan otot-otot dan daging yang menyaluti tulang. Terbentuk menjadi janin Peniupan ruh Sepakat ulama : ruh ditiup 40 hari selepas pembentukan organorgan

NASYAN KHALQAN AKHAR NAFKHURRUH

PROSES KEJADIAN MANUSIA


Asal kejadian manusia (Adam) daripada tanah hitam.

Kemudian ditiupkan roh.


Surah al-Hijr: (ayat 28-29)

bermaksud Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akanKu ciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaanKu, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud

Firman Allah lagi dalam Surah an-nisaa ayat 1. Menunjukkan kejadian manusia kedua iaitu Hawa adalah daripada

Adam. Ada riwayat yang mengatakan daripada tulang rusuk Adam yang paling atas. Setelah itu diciptakan anak daripada kedua-duanya melalui setitis air mani. Kemudian berkembangbiak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga hari ini. Surah al-mukminun ayat 12-14 bermaksud sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari (nutfah) Kami proses menjadi alaqah(segumpal darah), dari alaqah menjadi mudghah(segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah PenciptaYang Paling Baik.

Makhluk baru yang dimaksudkan ialah janin di dalam kandungan.

Allah berfirman lagi dalam surah al-Hajj ayat 5 bermaksud dan setelah sempurna proses kejadian itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan kadar masa yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan (zahir) kamu selaku bayi.

Carta Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan al-Hadith

Air mani (lelaki) + Telur (benih wanita) 40 hari

Segumpal darah (Alaqah) 40 hari

Seketul Daging (Mudghah) 40 hari

Ditiupkan Roh

Dicatatkan 4 perkara: 1. Rezeki 2. Umur 3. Amalan 4. Celaka/Bahagia

Hadith riwayat Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Masud yang

bermaksud Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani(nutfah) selama 40 hari sehingga menjadi segumpal darah (alaqah). Kemudian setelah itu dijadikan pula seketul daging (mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari. Kemudian barulah diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh. Setelah itu barulah dicatatkan 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya, kecelakaannya atau bahagianya..

Kejadian Manusia Dari Segi Sains


Dari segi Embriologi, suatu sperma atau gamet jantan (separuh sel) bercantum dengan telur atau gamet betina (separuh sel) untuk menghasilkan satu zigot (sel lengkap) yang akan berubah menjadi embrio dan berpindah kepada uterus dan berkembang menjadi janin.

Dalam penemuan sains terdapat 3 peringkat perkembangan

sepanjang tempoh kehamilan iaitu trimester pertama atau kegelapan pertama(bagi 3 bulan pertama), trimester kedua atau kegelapan kedua (6 bulan berikutnya) dan trimester ketiga atau kegelapan ketiga (tempoh 7 hingga 9 bulan). Allah s.w.t telah menjelaskan dalam al-Quran surah 39 ayat 6 yang bermaksud Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam 3 kegelapan

Unsur Rohani & Jasmani Dalam Diri Manusia


Kejadian manusia berunsurkan tanah dan ruh sebagaimana dinyatakan

di dalam al-Quran dan hadith. Unsur tanah menandakan ciri fizikal/jasmani manakala unsur ruh menandakan ciri rohani. Kedua-dua unsur ini menjadikan struktur diri manusia memiliki sifat yang sempurna di mana sebahagian darinya merujuk pada aspek materi, sebahagian yang lain menunjuk pada unsur rohani dan sebahagian yang lain bergabung dalam diri manusia yang dikenali sebagai kecenderungan atau dorongan dan keinginan atau dipanggil sebagai FITRAH (yang merangkumi tiga unsur). Contohnya manusia akan merasa putus asa apabila ditimpa kesusahan manakala mereka akan bergembira jika diberikan kebaikan. Contoh ini menunjukkan tindakbalas diri manusia secara fitrah apabila ia tidak bersandarkan kepada akidah dan nilai yang mantap.

Keseimbangan Duniawi & Ukhrawi


Bertitik tolak daripada 3 unsur tadi manusia perlu meneruskan

kehidupan duniawi dengan mendidik perasaan bertanggungjawab. Ini kerana kebahagiaan anak Adam adalah kebahagiaan di dunia & di akhirat. Melalui perasaan tanggungjawab dan menyedari tentang adanya pembalasan dari Allah maka manusia mampu menjadi ketua yang boleh membimbing diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Manusia perlu menjaga ibadah dan akhlak yang telah ditentukan oleh Allah untuk mencapai keseimbangan tersebut.

Selaras dengan kejadiannya dalam bentuk kerohanian, tuntutan

rohani manusia juga berkaitan dengan ketinggian dan kekudusan yang terangkum dalam Islam yang terkandung dalamnya aqidah, akhlak dan syariat. Unsur roh dalam diri manusia pula membolehkan manusia melihat, mendengar, merasa, berfikir, berperasaan. Oleh itu, tindakan jasmani seperti bergerak, berfikir, bercakap dan merasa merupakan akibat langsung kepada tindakan roh yang aktif dalam diri manusia.

Akal pula merupakan daya untuk memahami dan merasakan

kebenaran yang bersifat mutlak(kebenaran Tuhan) dan kebenaran relatif(kebenaran pemahaman manusia berkenaan realiti disekitarnya) Manusia menggunakan akal untuk memahami proses kehidupan yang dinamik, memahami meyakini kitab suci Al-Quran, memahami hukum akhlak & ibadah dan memahami ketibaan hari akhirat dan pembalasan.

Fitrah manusia ialah tunduk & patuh kepada Allah. Fitrah manusia

juga dilengkapi dengan kecenderungan melakukan kerosakan dan juga bersifat dengan sifat taqwa.Di dalam Al-Quran manusia seringkali diangkat darjatnya dan berulangkali juga direndahkan darjatnya. Manusia diutuskan dibumi sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah. Oleh itu,manusia perlu taat kepada Allah dan juga berperanan mewujudkan kemakmuran di bumi.

Allah S.W.T. telah menegaskan bahawa manusia ialah sebaik-baik

dan seindah-indah kejadian iaitu unsur rohani dan jasmani. Keindahan jasmani manusia yang distilahkan sebagai al-Khalq tidak menepati keindahan sebenar tanpa keindahan rohani yang distilahkan oleh al-Quran sebagai al-Khuluq. Untuk mendapatkan keindahan rohani manusia diberikan kebebasan berusaha dalam membentuk diri kerohanian atau keperibadiannya mengikut ajaran Islam yang sempurna.

Huquq al-Ibad
1. 2. 3.

4.

5. 6.

Hak-Hak Allah S.W.T. daripada manusia yang telah dipertanggungjawabkan perlu ditunaikan oleh manusia. Hak-hak tersebut dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu:Mengenal Pencipta Mengetahui dan mengamal peraturan serta perundangan yang telah digariskan Memilih kebaikan Allah s.w.t. berfirman dalam surahYusuf:53 yang bermaksud Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku(maka terselamatlah ia daripada daripada hasutan nafsu itu) Mengamalkan kebebasan terpimpin Islam mengiktiraf kebebasan aqidah dan pegangan, pemikiran serta kebebasan bersuara yang tidak dipandu oleh tuntutan nafsu. Melaksanakan ibadah Akauntibiliti dan pembalasan pada Hari Akhirat bertanggungjawab terhadap pilihan manusia samada baik atau buruk. Allah berfirman yang bermaksud Pada hari ini tiap-tiap diri di balas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. amat cepat hitungan hisabNya

Huquq al-Alam
Manusia perlu menunaikan hak-hak alam yang telah dipertanggungjawabkan ke atas dirinya. Hak-hak tersebut dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu:1. Alam sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah al-Ghasyiah:17 yang bermaksud Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan?Dan bagaimana gunung-gunung ia ditegakkan? Dan bagaimanakah bumi dihamparkan. 2. Alam diciptakan untuk kepentingan manusia. Allah berfirman dalam surah Luqman :20 yang bermaksud Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah s.w.t. telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin 3. Alam perlu dipelihara dan dipulihara. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Rum :41 yang bermaksud telah berlaku kerosakan di muka bumi dan laut akibat tangan-tangan manusia

APA ITU EPISTEMOLOGI ?


- Definisi bahasa :Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani episteme yang bermaksud pengetahuan dan logos bermaksud kata/pembicaraan. - Definisi Istilah: Teori pengetahuan berhubungan dengan hakikat dari ilmu pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta pertanggungjawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia. Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan asal, sifat dan jenis pengetahuan. - Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah semata-mata persoalan bersifat falsafah malah merupakan tindakbalas terhadap persoalan2 bersifat kehidupan, masyarakat dan kenegaraan yang merangkumi keseluruhan kehidupan dunia dan akhirat.

KONSEP ILMU
Definisi dari segi bahasa: ilmu berasal daripada perkataan arab

alima yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya. Definisi dari segi istilah: 1) Al-Ghazali suatu kepastian secara demonstratif (menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung. 2)Confucius apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui sesuatu. Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan kebenaran.

3) Plato suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada

cahaya 4) Syed Naquib al-Attas suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia 5) Kamus Mujam al-Wasit ilmu merupakan penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi dan juga pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu yaqin

MARTABAT ILMU DALAM ISLAM


Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman bermaksud Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2 yang beriman di antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas. 2) Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman bermaksud Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yang berilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), maka tiada yang berhak disembah ) melainkan Dia;Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.
1)

3) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman bermaksud dan berkatalah, Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan menjelaskan bahawa bagaimana Islam meninggikan kedudukan ilmu dengan mendorong umat Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan. 4) Surah Al-Alaq ayat 1-5 Allah berfirman bermaksud Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah.Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah adalah berkaitan ilmu iaitu suruhan membaca. 5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirman bermaksudKatakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang2 yang mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui

1) Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami olehNya kepandaian dalam perkara itu 2) Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban bermaksud para alim ulama adalah pewaris para nabi 3) Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud carilah ilmu walau ke negeri Cina kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim

KLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAM


Persoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB dituntut oleh setiap

muslim? 1) Pendapat Syech Zarnuji - sesungguhnya tidak wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut segala jenis ilmu tetapi yang diwajibkan adalah menuntut ilmu perbuatan (ilmu al-hal) sebagaimana diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga perbuatan meliputi ibadah kepada Allah seperti kewajipan solat, puasa, zakat & haji.

2) Pendapat Al-Ghazali ilmu boleh diklasifikasikan kepada ilmu

fardhu ain dan juga ilmu fardhu kifayah Ilmu fardhu ain ialah ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib seperti ilmu agama dan segala cabangnya sebagai contoh rukun Islam. Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu yang tidak dapat dihindarkan dalam menegakkan urusan duniawi. Sebagai contoh ilmu jual beli, kedoktoran, politik, pertanian dan ilmu bagi urusan yang perlu dan penting untuk pembangunan negara dan masyarakat.

3) Pendapat Ibnu Khaldun Ilmu boleh dibahagikan kepada Ilmu

aqliyyah dan juga ilmu naqliyyah Ilmu aqliyyah ialah ilmu yang merupakan sesuatu yang dialami pada manusia yang boleh dihasilkan melalui berfikir. Ia termasuk ilmu hikmah, falsafah yang terhasil daripada penelitian dan penyelidikan. Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang bersifat tradisional iaitu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah

SUMBER-SUMBER ILMU
1) WAHYU Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya

adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang membekalkan asas2 ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat menjangkau perkara yang melibatkan material dan logik sematamata dan tidak perkara yang disebaliknya (perkara ghaib).

2) AKAL & PANCAINDERA Akal merupakan elemen utama yang dapat memandu manusia

kepada kebenaran. Akal adalah neraca pada kebenaran yang bertunjangkan wahyu kerana melalui akal manusia mampu mencapai kebenaran dan mengelakkan daripada keraguan. Pancaindera pula merupakan alat yang digunakan akal untuk mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi fungsi2 akal. Menurut Imam al-Ghazali semua ilmu bersifat hakiki dan bukannya buatan manusia. Mnusia hanya melakukan penemuan yang sememangnya telah wujud dan melalui akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang benar dan palsu.

Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan

sebagai ilmu matematik, logik, metafizik, politik dan etik. Status ilmu ini adalah sebagaimana berikut: 1) Ilmu matematik (aritmetik, geometri, dan al-Jabar) disifatkan ilmu yang bersifat neutral tujuan dicipta ilmu ini bukan untuk mengingkari atau mengakui kewujudan Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan kebaikan manusia dan sekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya turut salah dan sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkan hasil yang berguna kepada manusia. Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yang berkembang dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadi kegunaan umum dikenali sebagai Teori Nombor.

Penggunaan dan manipulasi simbol bagi menggantikan sesuatu

yang fizikal yang digambarkan oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak tanpa memerlukan pada pengiraan objek tertentu. Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al-Fakhri. Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di Univ.Cambridge(1857) Algoritmi de Numero Indorum dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi.

Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk

analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-data yang diberi jika terdapat perhubungan daripada data-data. Contohnya: Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan algebra (umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang nombor. Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaan dengan menukar tempat sebutan-sebutannya.

Geometri ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruang

dan pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataanYunani iaitu geo bermaksud tanah dan metre iaitu pengukuran. Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haitham dalam bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi dan al-Kindi. 2) Ilmu Logik iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedah mendemonstrasi dan mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif yang betul dan cara2 menyusunnya. Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularan melalui premis2 umum yang menghasilkan natijah khusus daripada premis umum tersebut. Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (alqiyas al-aqli) yang digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premis umum kepada khusus.

3) ALAM SEJAGAT

Alam juga dikira sebagai sumber ilmu sampingan kepada wahyu

dan akal. Plato berpendapat bahawa alam yang nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada ilmu kebenaran. Ini kerana hubungan manusia dan alam maya mencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada pertembungan dan kesusahan yang dialami oleh pengalaman pancaindera biasa. Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada 4 kategori utama iaitu:i) ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau kebendaan. ii) ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau perbandingan.

iii) ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui pemahaman

tentang perkara yang wajib dan mustahil. iv) Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan rasul atau kasyaf, dan mushahadah oleh para sufi.

KEPENTINGAN ILMU
Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa umatnya

supaya belajar , membuat renungan, dan menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 & 143 surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah bersabda bermaksud andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu brsolat seratus rakaat Ilmu menyumbang pada kegemilangan tamadun Islam di mana tokoh2 ilmuan dan ulama telah banyak memberikan sumbangan bermakna dalam tamadun umat Islam di dunia. Sebagai contoh:i) Ibn Sina ii) Ibn Khaldun iii) al-Farabi iv) al-Haitham v) al-Biruni vi) Ibn Rusd vii) al-Khawarizmi dll.

Ilmu yang membezakan di antara manusia dan juga haiwan

Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat.


Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang individu atau

masyarakat. Ilmu adalah asas ketakwaan kepada Allah s.w.t. Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya digunakan dan harta akan habis sekiranya digunakan. Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia. Ilmu dapat membezakan sesuatu yang halal dan haram.

Konsep Nilai
Nilai merupakan elemen terpenting dalam kehidupan manusia.

Perbincangan mengenai nilai bukan dalam bentuk betul atau salah tetapi mengenai disenangi atau tidak berbeza dengan ilmu yang membincangkan mengenai benar atau salah. Aksiologi merupakan ilmu falsafah yang membincangkan tentang persoalan nilai. Ia mengkaji tentang perkara-perkara yang berguna dan berfaedah baik yang bersifat material mahupun spiritual. Aksiologi berasal daripada perkataan Greek axios yang bermaksud bernilai atau worthy Nilai secara umumnya merupakan satu unsur yang terpancar daripada perlakuan manusia dan yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia itu. Nilai juga menggerakkan maklumat dan pengetahuan baru tentang dunia seharian dan membentuk kerangka rujukan yang membolehkan kita melihat diri kita , persekitaran, hubungan sesama makhluk dan Tuhan dengan cara baru. Manakala aksiologi Islam menentukan nilai-nilai Islam pada masa dan tempat berdasarkan konsep al-amr bil makruf wa nahyu an mungkar.

Nilai Dalam Islam


Terdapat 5 nilai yang dipertanggungjawabkan ke atas manusia iaitu

fardhu, sunat, harus, makruh dan haram. Nilai-nilai ini mendasari nilai-nilai lain seperti nilai moral dan etika, nilai estetika, nilai sosial dan budaya, nilai tradisi dan lainlain. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan 2 sumber nilai yang utama dalam Islam. Kandungan Al-Quran dan As-Sunnah banyak memeberi garis panduan membentuk peribadi muslim ke arah rasa bertanggungjawab, kecintaan, keadilan, kemurahan, keikhlasan, kejujuran, amanah dan sebagainya. Kesepaduan nilai antara pencipta dengan hamba akan terpancar daripada rasa rendah diri dan ketaatan hamba kepada Tuhannya iaitu Allah pada setiap masa dan situasi di samping menunaikan tanggungjawab ke atas diri sendiri, masyarakat dan negara.

Sumber Nilai Dalam Islam


1.

Al-Quran . al-Quran dari segi bahasa bermaksud bacaan manakala dari segi istilah ialah kalam Allah s.w.t. berupa mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan dikira ibadat bila membacanya dan disampaikan kepada seluruh manusia secara mutawatir. Al-Quran abukan sahaja membicarakan tentang aqidah, ibadat dan akhlak tetapi juga bidang-bidang lain seperti pendidikan, ekonomi, sains, teknologi dan sebagainya. Bagi memperelokkan akhlak manusia, Allah s.w.t. menurunkan al-Quran kepada Rasulullah supaya membangunkan akhlak manusia agar mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Al-Quran mengajar manusia beribadat dan ibadat dapat

membentuk akhlak mulia.Melalui ibadat tingkah laku kita akan sentiasa di kawal dan dijaga daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Menurut al-Quran, akhlak mencerminkan kebersihan hati. Akhlak yang baik menunjukkan hati yang luhur lagi bersih manakala akhlak yang buruk menunjukkan jiwa yang kotor. Antara contoh akhlak yang diajar oleh Al-Quran ialah:1. Berbuat baik kepada ibu bapa (suraj al-Isra ayat 23-24) 2. Mensyukuri nikmat Allah (Surah Ibrahim ayat 7) 3. Tidak mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain (surah al-Hujurat ayat 11) 4. Tidak boros atau membazir (Surah al-Isra ayat 26-27) 5. Bersangka baik (Surah al-Hujurat ayat 12)

2. Hadis Qudsi ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah s.w.t. bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan kepadanya. Lafaz & maknanya adalah sepenuhnya daripada Allah. Contohnya ialah Hadis Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat pencatat amalan apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan tetapi dia tidak lagi melakukannya maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda 3. As-Sunnah / Hadis merupakan dua lafaz berbeza yang mempunyai maksud yang sama. AsSunnah dari segi etimologi ialah jalan manakala dari sudut istilah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah seperti perkataan (qauliyyah), perbuatan(filiyyah), ketetapan dan persetujuan (taqririyyah). 4. Uruf iaitu landasan hukum dalam syariat Islam yang bersifat dinamik. Ia adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan dan dilakukan oleh manusia samada perbuatan atau perkataan. Terdapat Uruf Sahih & Uruf Fasid. 5. Adah iaitu satu kaedah fiqh iaitu al-adah muhakkamah. Adah merujuk kepada perkara yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau segolongan mereka. Adat yang tidak bertentangan dengan syarak boleh diamalkan. Contohny adat merisik.Manakala adat yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan akrab antara lelaki dan perempuan bukan muhrim walaupun sepupu tidak wajar diamalkan.

Hierarki Nilai
Perkiraan terhadap baik dan buruk perbuatan mereka itu

diukur berdasarkan tahap-tahap nilai yang telah ditetapkan oleh Islam. Secara umunya ialah seperti berikut:(a) Mahmudah baik dan terpuji (b) Makruhah kurang baik dan kurang menyenangkan (c) Mazmumah buruk dan tercela Secara terperincinya hierarki nilai dari sudut baik dan buruknya dapat dikategorikan sebagai:(a) nilai-nilai makruf iaitu:i) Harus, Sunat & wajib (b) Nilai-nilai mungkar (buruk) iaitu:i) Makruh & haram

Pelaksanaan Nilai dalam Kehidupan


Al-Quran diturunkan kepada manusia dengan meletakkan garis panduan

tentang nilai yang sepatutnya ditaati dan dijauhi oleh umat Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud dan Kami turunkan kepadamu wahai Muhammad kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab mengawasinya. Maka jalankan hukum di antara mereka (ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepadamu dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dengan menyeleweng dengan apa yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada ada di anatar kam, Kami jadikan suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah s.w.t. menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat yang bersatu dalam agama yang satu tetapi Ia hendak menguji kamu dalam menjalankan apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah s.w.t. jualah tempat kembali kamu semuanya maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisih padanya (al-Maidah ayat 48)

Ayat Al-Quran tadi menjelaskan bahawa nilai dalam Islam tidak

ditentukan berdasarkan akal manusia tetapi telah ditentukan oleh naqli.Islam tidak menerima penetapan nilai oleh majoriti manusia atau kesesuaian berdasarkan keadaan dan masa tetapi nilai yang ditentukan oleh wahyu jauh lebih sesuai dengan fitrah manusia merentasi sempadan masa dan geografi. Manusia secara fitrahnya tidak dapat hidup bersendirian. Manusia perlu berhubungan dengan manusia atau makhluk lain. Manusia juga secara semulajadi perlu kepada Tuhan. Islam datang dengan perundangan memberikan panduan tentang perjalanan perhubungan yang sepatutnya terjalin antara manusia, alam dan Tuhan. Keseimbangan antara semuanya perlu berlangsung. Kesemuanya tersedia dalam nilai-nilai akhlak Islam.

SEKIAN WASSALAM.

You might also like