You are on page 1of 21

KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Homoseksual merupakan satu cara hidup sejenis yang menyukai antara satu
sama lain dalam pergaulan, corak hidup, dan unsur-unsur seksualiti sejenis (Syarifah
Rohaniah, 2011). Cara hidup ini dikatakan berarah kepada orientasi sesama jenis dan
perasaan ingin hidup bersama sesama jantina untuk jangka masa panjang.
Dari segi orientasi seksual, ia merujuk kepada jenis jantina bagi seseorang
individu itu tertarik kepadanya secara emosi, fizikal, seksual dan romantik. Individu
heteroseksual tertarik kepada kumpulan jantina berlawanan, manakala homoseksual
pula tertarik kepada sesama jantina iaitu “gay” merujuk kepada lelaki dan “lesbian”
pula kepada wanita) dan biseksual tertarik kepada kedua-dua jantina (Caroll, 2007).
Lesbian adalah kaum perempuan yang mempunyai daya tarikan seksual
terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan homoseksual. Gay ditakrifkan
sebagai lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya dan
dikenali juga dengan istilah lelaki homoseksual (Mahfudzah, 2015).
Individu homoseksual ini merupakan gaya hidup yang menjadi pengamalan
dalam masyarakat dunia dan Malaysia. Pembudayaan ini jelas melalui peranan media
massa dan kesan globalisasi budaya yang sedikit sebanyak membuka ruang
pengamalan kehidupan sebegini. Namun, pelbagai pandangan dan persepsi yang
telah diberikan oleh masyarakat dalam membuat penilaian terhadap budaya
hidup golongan homoseksual.
Namun, corak dan gaya hidup sebegini mencetuskan pelbagai kontroversi
dalam masyarakat dunia dan Malaysia kerana mendatangkan pelbagai penyakit
yang tidak diingini (McBee & Rogers, 1994). Kajian menunjukkan bahawa banyak
individu dan institusi di Amerika Syarikat mempunyai pandangan negatif orang gay,
malah bersikap kurang baik terhadap mereka malah menyokong kepada dasar
prejudis terhadap mereka (Kaiser Family Foundation, 2001; Russell et al., 2010; Saad,
2008)
Menurut Nik Marzuki 2011, gerakan homoseksual di peringkat antarabangsa
sedang mempromosi idea mereka di seluruh dunia termasuk Malaysia, dengan
menyokong perlakuan homoseksual (Scott Kugle Siraj 2003) dan menganjurkan
perkahwinan sama jenis (Hassan El-Menyawi 2012 dan Muhsin Hendricks 2011)
.

1
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

2.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI ISU HOMOSEKSUAL

Globalisasi yang melanda masyarakat dunia hari ini memberikan pelbagai kesan
ke atas sosial, politik dan ekonomi. Kesan utama dalam kehidupan sosial masa kini
ialah pembudayaan dan gaya hidup homoseksual. Homoseksual merupakan satu cara
hidup sejenis yang menyukai antara satu sama lain dalam pergaulan, corak hidup, dan
unsur-unsur seksualiti sejenis (Syarifah Rohaniah, 2011).
Mengenai pendefinisian ini, jelas menggambarkan bahawa homoseksual ialah
apabila kaum lelaki dengan lelaki dan kaum perempuan dengan perempuan
menjalinkan hubungan sama ada berbentuk seksualiti atau juga percintaan. Masing-
masing dikatakan cenderung sesama jantina dan memenuhi tuntutan sebagaimana yang
diperlukan oleh mereka (Lehrman, 2005 seperti dipetik dari dalam Amran & Salleh,
2015).
Kewujudan budaya homoseksual terutama di dunia dan Malaysia banyak
dikaitkan dengan keadaan sosial dan peranan media massa. Kedua-dua peranan ini
memberikan tamparan hebat ke atas pembudayaan kehidupan sebegini berasaskan
kepada penilaian individu terhadap dirinya yang tersendiri (Amran & Salleh, 2015).
Kenormalan seseorang manusia pula banyak dikaitkan dengan nilai dan ajaran agama
yang menjurus ke arah kebaikan. Azizi dan Jamaludin (2007) mengaitkan kehidupan
ini sebagai keabnormalan tingkah laku yang menyeleweng, terpesong daripada keadaan
kebiasaan dan ketidakfungsian psikologi, serta dikategorikan sebagai mereka yang
berpenyakit mental (mental illness) (Nor Azlina et al., 2011).
Berlainan dengan Gooren (1993) (dipetik dari dalam Syarifah Rohaniah, 2011)
menjelaskan tentang perkembangan otak mereka yang terkategori dalam kecelaruan
identiti jantina ini berbeza dengan lelaki normal kerana saiznya lebih kecil. Malah,
terdapat juga kajian yang menjelaskan kebanyakan mereka yang transeksual dan
dikategorikan sebagai homoseksual ialah kerana keadaan mereka yang berumur dalam
lingkungan umur 11 hingga 15 tahun pernah terjebak dengan hubungan sebegini (Teh,
2001).
Terdapat juga kes-kes terpencil iaitu akibat kekecewaan yang mendalam dalam
percintaan dengan kekasih yang merupakan seorang perempuan membawa kepada
peralihan kesukaan sesama jantina, sehingga budaya itu dijadikan panduan kehidupan
peribadinya (Syarifah Rohaniah, 2011). Hughes (2006) menjelaskan bahawa sebanyak
28% mereka yang homoseksual terdedah kepada penderaan seksual masa kecil dan

2
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

keadaan ini mempengaruhi orientasi seksual untuk menyukai sesama jantina. Pengaruh
penderaan seksual itu menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menerima apa yang
dilakukan oleh dirinya sehingga mempengaruhi gaya hidup apabila sudah dewasa
(Amran & Suriati, 2013).
Gaya hidup menyukai sesama jantina dijadikan asas kehidupan dalam pencarian
teman hidup dari kalangan kaumnya sendiri. Kesannya, wujudlah gaya hidup
sedemikian rupa dengan berbekalkan pengalaman penderaan seksual semasa
kecil dulu dan dijadikan amalan kehidupan walaupun diketahui bahawa budaya itu
adalah bertentangan dengan ajaran Islam (Amran et al., 2011).
Golongan homoseksual ini merasakan mereka dilahirkan secara psikologi
sebegini dan tertarik untuk disentuh, dipeluk, dan ditegur sapa oleh golongan lelaki
mahupun perempuan yang selalu berkunjung ke rumahnya semasa kecil (Nor Mazlina
et al., 2011). Ini mengukuhkan kenyataan bahawa terdapat golongan sesama jenis
menyayangi mereka sehingga melahirkan perasaan suka dan cinta sesama jantina secara
tidak langsung berasaskan kepada tuntutan emosi tersebut (Amran & Salleh, 2015).
Penjelasan ini menggambarkan mereka merupakan golongan seadanya
sebagaimana masyarakat luar. Naluri dan keadaan dalaman mereka yang susah untuk
diketahui memerlukan pemahaman yang lebih mendalam apabila berkawan dengan
mereka (Amran & Salleh, 2015). Hakikatnya, golongan homoseksual bukanlah
digambarkan dari kalangan lelaki lembut atau transeksual, tetapi boleh juga melibatkan
golongan lelaki normal yang secara fizikalnya adalah tegap, sasa, dan kelihatan sebagai
lelaki normal sebagaimana lelaki lain. Malah, ada juga yang telah berkahwin dan
mempunyai pasangan hidup yang berlainan jantina sebagaimana kebiasaan (Lehrman,
2005).
Menurut kajian lain, para responden kajian memaklumkan bahawa mereka
merasakan keinginan seksual sedia ada terhadap lelaki akan menyukarkan mereka
untuk melakukan hubungan seks dengan wanita selain turut risau tidak mendapat
kepuasan seksual daripada hubungan bersama seorang wanita dimana respondent
menjawab temubual dengan memaklumkan bahawa mereka “tidak yakin dengan
kemampuan seksualiti terhadap wanita” dan mereka turut merasakan “dikhuatiri tidak
dapat puas dari sudut seksual” apabila bersam dengan wanita (Nasrudin, et al. 2014).
Selain daripada kurangnya keyakinan untuk melakukan hubungan seks dengan
wanita, lelaki gay juga tidak cenderung untuk memilih berkahwin atas sebab risau
terhadap kemampuan mencintai wanita. Manakala untuk homoseksual perempuan atau

3
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

lesbian pula merasakan mereka kurang difahami apabila bersama lelaki dan tidak
mempunyai keinginan untuk bersama lelaki sebaliknya mempunyai pasangan yang
akan memainkan peranan berpewatakkan lelaki.
Justeru, kehidupan sebagai pengamal homoseksual biasanya dipengaruhi oleh
faktor dalaman individu itu. Corak kehidupan yang dibina sebenarnya menjadi tarikan
utama untuk menghalalkan kehidupan yang haram sebagai satu cara hidup yang normal.
Semua ini bakal membawa kepada pelbagai kesan negatif yang boleh menghancurkan
sesebuah masyarakat dengan begitu mudah sekali (Muhamad Zafeeruddin, 2004)
sekiranya tidak dibantu isu ini secara lebih global dan membantu individu terlibat dalam
mengenali potensi diri sebagai seorang individu normal.

4
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif di mana dua orang individu
homoseksual ditemubual secara tidak berstruktur. Dua orang individu telah dipilih
berdasarkan golongan professional dalam kerjaya masing-masing yang diketahui oleh
pengkaji bahawa mereka mempunyai maklumat berkenaan isu homoseksual dan tidak
segan untuk dikongsi bersama orang luar. Maklumat tersebut berasaskan pengalaman
kerja, pergaulan dan kehidupan seharian.
Responden yang dipilih terdiri daripada jantina yang berbeza iaitu masing-
masing seorang gay dan seorang lesbian. Selain daripada berbeza jantina, kedua-dua
responden ini berlainan bangsa dan juga agama. Pemilihan responden ini
berdasarkan persampelan tujuan atau purposive sampling. Mereka dipilih kerana
mempunyai ciri-ciri tertentu berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan
pengkaji.
Menurut Arikunto (2006), teknik persampelan ini tidak berdasarkan
random, daerah atau strata, melainkan fokus kepada tujuan tertentu. Ini disokong oleh
Sugiyono (2010), yang menyatakan teknik ini untuk menentukan sampel penelitian
dengan beberapa pertimbangan yang bertujuan agar data yang diperoleh mejadi lebih
representatif.
Manakala, nama-nama responden dalam kajian ini tidak diumumkan,
sebaliknya diberi ganti nama Responden A dan B dan seterusnya untuk menjaga etika
penyelidikan subjek kajian mestilah dilindungi bagi mengelakkan sebarang
gangguan, ancaman dan salah interpretasi terhadap mereka (Cresswell, 2003
dalam Amran, 2015).

5
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

4.0 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Latar Belakang Responden

Responden A Responden B
 Beliau merupakan seorang lelaki  Seorang gadis yang berbaju kurung,
kacak dan berpenampilan segak manis bergaya ini bekerja sebagai
sangat terkenal dalam pelbagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
bidang dalam usia 40 tahun. di sebuah sekolah rendah.
 Berbangsa Kenyah dan merupakan  Berbangsa Melayu dan merupakan
anak keenam daripada tujuh orang anak kedua daripada empat orang
adik-beradik. adik beradik.
 Beliau begitu meminati bidang  Beliau tidak memilih untuk bekerja
nyanyian dan peragaan fesyen. sebagai PPM. Tetapi atas desakan
Malah berani meneroka bidang hidup yang perlukan wang ringgit,
mereka fesyen berasaskan konsep beliau terus menerima tawaran
kaum Bidayuh. Bukan sahaja untuk bekerja.
sebagai penghibur, model dan
pereka fesyen, beliau juga sangat
aktif dalam pengeloaan pelbagai
majlis hebat di Bandaraya Kuching.

Dalam kaedah temubual, pengkaji menggunakan dua soalan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan isu homoseksual ini. Keterbasan soalan kepada dua sahaja tidak menimbulkan
masalah kepada pengkaji kerana banyak input yang pengkaji perolehi berkenaan dengan isu
homoseksual dari pelbagai perspektif.

6
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

Soalan 1: Mengapa homoseksual jadi pilihan anda?


Responden A :
Memilih untuk menjadi individu homoseksual atau “gay” di kalangan lelaki-
lelaki yang normal bukannya satu keputusan yang dibuat dengan serta-merta. Beliau
mengambil masa yang lama untuk menjadi gay atas faktor emosi. Emosi saya sangat
terganggu 10 tahun yang lalu. Saya dikecewakan oleh seorang gadis pilihan orang tua
saya sendiri. Membuat keputusan utuk berkahwin dengan saya bukan atas faktor cinta
dan kasih sayang terhadap saya tetapi harta. Saya laburkan sejumlah wang untuknya
kerana ingin melihat impiannya tercapai untuk membuka butik pakaian tradisional
tetapi itu semua tinggal kenangan. Dia memutuskan hubungan kami dan lari begitu
sahaja tanpa khabar berita. Ini menyebabkan hati orang tua saya hancur dan saya
begitu kecewa melihat ibu saya menangis mengenangkan peristiwa ini.
Sejak dari itu, klien mula menanam rasa marah serta benci kepada semua
wanita sehingga tidak mahu menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita
walaupun atas pilihan orang tua mahupun dari dirinya sendiri. Klien berasa lebih selesa
berdampingan dengan kaum lelaki senasib dengannya iaitu Gay. Menurut klien, beliau
bebas berkongsi serta melakukan apa sahaja tanpa menyakiti hati orang lain dan diri
sendiri.
Syarifah 2011 dalam Amran 2015 menyatakan individu homoseksual ini pernah
mengalami kekecewaan yang mendalam dalam perhubungan dengan berlainan jantina
sehingga membawa kepada peralihan kesukaan kepada sesama jantina sehingga budaya
itu menjadi panduan kehidupan peribadinya.

7
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

Soalan 1: Mengapa homoseksual jadi pilihan anda?


Responden B :
Dilahirkan dalam keluarga yang terdiri daripada empat orang adik-beradik perempuan
menyababkan Responden B bertukar identiti sebagai seorang “lelaki”. Menurut responden, ibu
mengambil alih sebagai seorang “ayah” disebabkan keadaan ayah ketika itu lumpuh separuh
badan. Pada masa yang sama kakak mengambil keputusan awal untuk berkahwin dan
tinggalkan keluarga maka tanggungjawab membantu ibu automatik beralih arah kepada
responden.
Responden menyatakan “ Saya bukan lagi anak perempuan, saya lelaki. Ke hulu hilir
saya buat sendiri untuk meringankan beban keluarga. Saya menunggang motosikal dari rumah
ke pasar bersama ibu untuk membeli barang keperluan dapur, menghantar ayah ke klinik dan
banyak lagi. Saya tidak rasakan diri ini seorang perempuan . Saya mesti kuat untuk kedua
orang tua saya”
Menjadi “lelaki” saya bebas bergaul dengan semua orang. Waktu remaja saya banyak
habiskan masa bersama rakan-rakan yang sama spesies. Dari situ, saya mula berjinak-jinak
untuk merokok ala-ala seorang lelaki dan mula mencari apa itu kasih sayang , cinta dari seorang
wanita. Ini kerana pengaruh rakan yang mempunyai identiti sama seperti saya. persefahaman
yang baik di antara pasangan sejenis meningkatkan lagi intensiti untuk remaja terlibat dalam
gejala ini. Hal ini telah disokong oleh dapatan daripada kajian Gottman et al. (2003) dalam
Ahmad (2015) yang mendapati pasangan lesbian dan gay lebih menunjukkan ekspresi emosi
yang positif berbanding dengan pasangan heteroseksual dalam menyelesaikan sesuatu konflik
kerana mereka mempunyai persefahaman yang tinggi.

8
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

Soalan 2: Gaya hidup sebagai individu homoseksual

Responden A
Penerimaan daripada ahli keluarga, saudara- mara dan sahabat cukup memadai untuk
Responden A meneruskan gaya hidup sebagai individu homoseksual iaitu lelaki gay. Dari segi
penampilan, beliau berpakaian kemas dan elok seperti lelaki normal yang lain. Adakalanya,
beliau berpakaian mengikut trend seorang model dengan fesyen terkini.
Rutin kerja responden A terlalu padat kerana sibuk menguruskan perniagaan bunga dan
landskap. Di waktu kelapangan, beliau menghabiskan masa mereka fesyen terbaru dan
menerima undangan nyanyian dan peragaan fesyen daripada pertubuhan dan rakan-rakan.
Tidak dinafikan, Responden A juga mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan
pusat karaoke bersama golongan gay di Kuching ini.
Menurut responden, keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik mahupun
saudara mara tidak memandang dia sebagai orang asing dalam keluarga. Malah hubungan
mereka semakin rapat berbanding dahulu. Responden berasa lebih selesa dalam melakukan
kerja-kerja sama ada lelaki mahupun wanita. Tambahan pula, responden tidak menjadikan
kata-kata sinis, sindiran orang lain penghalang kepada apa yang hendak dilakukan atau dicapai
suatu hari nanti.
Responden turut menyatakan dia kini sudah bahagia dengan pasangan kekasihnya iaitu
seorang co pilot Malindo Air yang berasal dari Filipina. Dia tidak rasa kekok untuk bercinta
selepas dikecewakan sebelum ini. Klien berasa sangat bahagia dengan layanan serta perhatian
yang diberikan oleh kekasihnya setiap kali ada penerbangan ke Kuching.
Ini jelas dalam kajian Amran dan Suriati (2013) dalam Ahmad et al.,(2015) yang
menyatakan mereka (lelaki gay) merasakan tuntutan dalaman diri mereka hanya boleh
dipenuhi oleh sesama jantina dan salah seorang akan memainkan peranan sebagai lelaki (top),
manakala seorang lagi akan memainkan peranan sebagai perempuan (bottom)

9
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

Responden B

Berbeza dengan Responden B. Beliau terpaksa menutup identiti lesbian sewaktu


bekerja. Ini disebabkan etika berpakaian seorang kakitangan kerajaan terutamanya di
sekolah.Berbaju kurung potongan besar menjadi pilihan klien apabila turun bekerja. Ini sangat
berbeza apabila klien pulang ke kampung halaman di Sri Aman.
Menurut responden, dia sudah ada kekasih yang bekerja di pasaraya Sri Aman. Mereka
sudah menjadi pasangan lesbian sejak di bangku sekolah menengah. Bercinta dengan sesama
jenis ini tidak menjadi masalah buat klien kerana mereka saling memahami dan tidak mendapat
halangan daripada keluarga masing-masing. Kenyataan ini disokong oleh Ahmad et al., 2015
dalam kajiannya di mana perhubungan pasangan lesbian adalah amat erat kerana mereka saling
memerlukan di antara satu sama lain dan apabila mereka tinggal bersama, perhubungan ini
menjadi semakin baik.
Responden dan kekasihnya tidak mempunyai masalah untuk bermalam di rumahnya
mahupun rumah kekasih. Ini kerana di mata kasar orang ramai,mereka ini adalah kawan rapat
sesama jantina. Hubungan kami bukan setakat berpegang tangan sahaja tetapi lebih daripada
itu dan kami sudah merasakan seperti pasangan yang saling memahami dan bergantungan
antara satu sama lain seperti suami isteri.
Dari segi penerimaan ahli keluarga dan saudara mara, responden menyatakan tiada
masalah yang timbul walaupun responden berpakaian seperti lelaki dan mempunyai kekasih
sejenis. Menurutnya ibu responden (seperti yang diceritakan oleh responden), selagi “dia itu
masih anak saya, saya tidak perlu risau”. Daripada pengakuan seorang ibu, beliau tidak mahu
kehilangan seorang anak walaupun mengamalkan kehidupan sonsang daripada azalinya.
Responden turut berkongsi pengalaman hidup bersama teman lelaki suatu ketika
dahulu. .“ saya dahulu pernah ada teman lelaki.. tapi dia suka ambil kesempatan..
saya tak suka.. rasa tak selamat.. tapi lepas berkawan dengan pasangan saya
sekarang ni, saya rasa gembira.. dia faham saya dan sentiasa ambil berat pasal saya”
Menurut Reis et al. (2000) dalam Ahmad et al.,(2015) menyatakan bahawa persefahaman
dalam sesuatu perhubungan membolehkan perhubungan tersebut menjadi positif dan berkualiti
serta kurang mengalami konflik. Oleh hal demikian, persefahaman serta sikap ambil berat
daripada pasangan lesbian ini membuatkan perhubungan mereka kurang berkonflik.

10
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

Daripada penceritaan semula kedua-dua responden ini menunjukkan mereka tidak


mempunyai masalah yang kritikal untuk menjalani gaya hidup sebagai individu homoseksual.
Malah mereka merasakan gaya hidup yang mereka pilih sekarang lebih teratur dan sempurna
kerana mereka bukan berjuang seorang diri.
Menurut Kurdex (2004) dalam Ahmad (2015), dalam perhubungan sesama sejenis,
pasangan lesbian bertindak sebagai kawan dan bukannya sebagai keluarga. Hal sedemikian
memudahkan proses komunikasi kerana kawan lebih bersifat memahami. Hal ini dapat
dibuktikan melalui pernyataan responden B:
… Saya kalau nak cerita apa-apa saya lebih suka cerita pada pasangan lesbian saya.. dia amat
memahami saya.. dia seorang pendengar yang baik.. berbeza dengan ibu bapa saya…ibu bapa
saya sering ambil mudah tentang apa yang saya cuba cakapkan..

11
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

4.1 TEMA , SUB TEMA dan SUB SUB TEMA


Tema: Homoseksual

SUB TEMA SUB-SUB TEMA

Orientasi seksual  Gay


 Lesbian

Faktor menjadi homoseksual  Putus cinta oleh heteroseksual


(jantina berlawanan)
 Desakan hidup

Gaya Hidup  Pengaruh rakan


 Pendidikan awal

12
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

5.0 APLIKASI TEORI KAUNSELING UNTUK MEMAHAMI INDIVIDU


HOMOSEKSUAL

5.1 TEORI PSIKOANALISIS FREUD

Konsep golongan homoseksual ini lebih jelas dikaitkan dengan pendekatan


Psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berasaskan bahawa
manusia dilahirkan dengan naluri yang semula jadi (Othman, 2000). Pandangan ini
berpendapat bahawa manusia adalah tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan
desakan yang merosakkan dirinya serta manusia yang tidak tahu haluan hidup.
Pengaruh pemikiran Id, Ego dan Super-ego dalam hal ini akan membawa
kepada kesedaran sama ada untuk membawa kebaikan dalam diri atau sebaliknya
(Othman, 2000). Perkaitan jika dilihat daripada konteks budaya homoseksual ini
lebih terarah kepada pengaruh pemikiran Id yang tidak rasional, tidak teratur dan
berorientasikan kepada kepuasan kendiri.
Teori psikoanalisis Freud menyediakan pendekatan untuk menganalisis dan
merawat tingkah laku abnormal dalam kalangan orang dewasa termasuk
homoseksualiti (Dean & Lane, 2003). Menurut Freud, personaliti manusia dibina
daripada tiga sistem saling berinteraksi: Id, ego dan super-ego. Id adalah keperluan
biologi terhadap keperluan untuk makanan, perlindungan dan kehangatan, buruk
manusia, namun satu keperluan untuk penerusan hidup.
Berbalik kepada homoseksualiti, ia dikatakan perbuatan memenuhi tuntutan id
tanpa menghiraukan super-ego. Oleh itu, bagi masyarakat bermoral homoseksualiti
adalah satu perbuatan abnormal dan perlu dirawat, Amran et.al (2014).

13
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

5.2 TEORI ORIENTASI SEKSUAL

Banyak pandangan yang diutarakan dalam penjelasan tentang orientasi seksual


seseorang manusia berasaskan kajian-kajian yang telah dijalankan. Namun, Teori
Orientasi Seksual mengetengahkan pegangan dalam memahami beberapa golongan
seperti heteroseksual, homoseksual, biseksual dan transeksual (Storms, 1980) dalam
Amran et.al ( 2015). Mereka ini mempunyai karakter-karakter yang tersendiri dalam
memahami isu-isu seksualiti berasaskan kepada kefahaman dan juga tarikan sama ada
kepada sesama jantina atau berlawanan jantina.
Freud pada tahun 1922 dan 1959 menyatakan bahawa permasalahan yang tidak
selesai dalam peringkat oedipus complex antara anak lelaki dengan ibunya akan
menghasilkan anak yang tidak dapat menyatakan kefungsian orientasi seksual sebenar
berasaskan organ seks, dan menjadikan dirinya sebagaimana ibunya (Storms, 1980
Amran et.al 2015.
Storms (1980) memperjelaskan bahawa homoseksual terbahagi kepada dua
kategori iaitu lelaki yang lemah kelelakiannya dan tertarik dengan kelelakian orang
lain, serta seorang lelaki yang kuat kelelakiannya dan ingin menyifatkan identitinya
lebih dengan lelaki lain. Dalam pada itu, lelaki yang homoseksual sebenarnya lebih
ekstrim sama ada tinggi dan rendah dari segi kelelakiannya berbanding lelaki
heteroseksual.
Justeru, berikut adalah rumusan yang dijelaskan dalam teori ini sebagai
asas kefahaman golongan homoseksual iaitu (Storms, 1980) ;

i) Lelaki homoseksual akan menunjukkan rendah kelelakiannya atau tinggi


keperempuanannya dalam kehidupan seharian.
ii) Lelaki homoseksual akan menunjukkan perubahan ketara terhadap
kelelakiannya atau keperempuanannya dalam pergaulan dan kehidupan
seharian.
iii) Lelaki homoseksual dikatakan lebih tinggi fantasi erotiknya kepada sesama
jantina berbanding kepada berlainan jantina sebagaimana heteroseksual.

14
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

6.0 PENDEKATAN KAUNSELING TERHADAP KLIEN HOMOSEKSUAL

Terdapat satu model yang boleh digunakan sebagai pendekatan oleh


kaunselor terhadap klien homoseksual. Model tersebut ialah Cass’s Identity Model.
Model ini digunakan untuk melihat proses perkembangan individu homoseksual
berdasarkan peringkat-peringkat keperluan peribadi dan dorongan seks masing-masing
(Evans et al., 2010).
Apabila menjalankan sesi dengan golongan gay dan lesbian, sebagai
kaunselor harus mengenalpasti sejauh mana penerimaan klien terhadap sesi
kaunseling. Cass (1979) menyenaraikan enam peringkat yang banyak dilalui
homoseksual apabila berurusan dengan orientasi seksual mereka sendiri. Tahap-tahap
tersebut adalah seperti berikut:
1. Kesedaran Identiti
Kesedaran identiti ini wajar diadakan untuk golongan remaja apabila mereka
mula menyedari minat terhadap rakan sejenis atau sama orientasi seksual.
“ Adakah saya seorang gay, seorang lesbian?”
2. Perbandingan Identiti
Ini melibatkan individu mula meneroka perasaannya sendiri dan
membandingkan perasaan tersebut dengan kepercayaan masyarakat, ibu bapa
dan juga rakan sebaya.
“Mungkin saya memang gay, lesbian..saya selalu seorang diri”….
3. Toleransi Identiti
Dalam peringkat ini, individu seringkali memberotak terhadap perasaannya dan
berusaha untuk menafikannya. Lagipun, tiada siapa yang ingin menjadi individu
yang bertentangan dengan kaum sejenis.
“ Saya sudah dapat bersama golongan sejenis dengan saya… Saya sudah ada
kumpulan sendiri dan tidak sunyi lagi..

15
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

4. Penerimaan Identiti.
Selepas menyedari bahawa seksualiti adalah sebahagian daripada siapa diri
mereka, mereka mula menghargainyaa, meneroka perasaan dan keinginan
mereka dan mula mencari tempat di dunia di mana mereka diterima dan
dimiliki.
“ Saya selesa menjadi seorang gay..seorang lesbian..seorang transgender...
5. Kebanggaan Identiti.
Selalunya melibatkan kemarahan terhadap ibu bapa, masyarakat, agama, atau
aspek lain dunia yang memberitahu mereka bahawa mereka adalah jahat,
salah, tidak bermoral, atau sakit mental semata-mata kerana perasaan mereka
ke arah seks yang sama. Mereka mula mengagungkan 'gaya hidup homoseksual'
dan meneroka seksualiti mereka yang baru. Pada peringkat ini, golongan gay
atau lesbian mula bertindak untuk memerangi masyrakat yang menolak
kehadiran mereka dalam komuniti.
“ Saya / kami bangga dengan komuniti kami sebagai LGBT..saya akan
bertindak kebih drastik jika ada yang meghalang kami..

6. Sintesis Pengenalan.
Peringkat akhir di mana homoseksual menjadi sebahagian daripada diri
mereka dan bukannya melihat kepada punca menjadi homoseksual.
Daripada menjadi lelaki gay atau lesbian, mereka mula melihat diri mereka
sebagai ibu bapa, pekerja, pemimpin, guru, penyelia, jurulatih, dan
sukarelawan yang hanya menjadi gay.
Pada peringkat akhir, mereka dapat menerima diri mereka lebih daripada
sekadar melihat seksualiti mereka secara berasingan daripada yang lain.
“ menjadi gay ..lesbian...transeksual...sudah sebati dalam naluri hidup kami...
Apabila menjalankan sesi kaunseling bersama klien homoseksual, adalah penting untuk
memahami di mana mereka berada dari segi seksualiti mereka. Mereka yang cuba menukar
kepada gaya hidup lurus mungkin berada di peringkat dua atau tiga. Mereka belum menerima
diri mereka sebagai gay dan tidak mungkin mengalami persahabatan dan cinta daripada orang
lain yang mengetahui orientasi seksual mereka.

16
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

American Psychologist Association (2000) dalam kajian Amran dan Noriah (2014)
mencadangkan supaya sesi konsultasi atau kaunseling supaya kaunselor mahupun pakar
psikologi menggunakan latihan – latihan yang khusus untuk membantu golongan homoseksual
ini. Ini berpadanan dengan kajian Bocking et.al (1999) yang telah menjalankan program
intervensi berbentuk bengkel terhadap golongan kecelaruan seksualiti dengan memberikan
pendedahan tentang bahayanya HIV jika mengamalkan hubungan songsang dari segi
seksualiti. Selain itu, sesi perbincangan juga diadakan dengan terbuka dalam kelompok tersebut
untuk membantu mereka kembali ke pangkal jalan.
Pendekatan seperti ini tertakluk kepada kesedaran sama ada mereka wajar berubah atau
sebaliknya. Begitu juga dengan pendekatan dari segi mendengar dengan aktif dan keupayaan
untuk merasionalkan permikiran klien homoseksual adalah teknik atau kemahiran yang harus
dikuasai oleh semua kaunselor. Menjalankan tindakan untuk menghukum dan enggan
mendengar dengan baik akan menyebabkan golongan ini akan terus hanyut dalam dunia
mereka sendiri.
Justeru, sesi kaunseling secara berterusan dan cuba memahami daripada sudut diri
mereka akan membantu perubahan dalam diri mereka secara perlahan-lahan. Meriam (2003
dalam kajian Amran dan Noriah (2014) menyatakan bahawa menjalankan sesi kaunseling
kepada seorang klien selama setahun dalam membantu memulihkan golongan ini agar tidak
terlibat lagi dengan budaya songsang dan akhirnya berjaya membawa perubahan yang positif.
Isu sebegini wajar dijalankan sesi kaunseling melalui pendekatan REBT (Rational
Emotive Behavior Therapy) untuk mengukuhkan pemikiran yang rasional dan jelas orientasi
seksual mereka berasaskan gender hakiki (Mohd Izwan, 2011). Peranan pensyarah di universiti
juga amat penting untuk mendengar luahan perasaan pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala
ini dan membantu merasionalkan mereka mengikut keupayaan ilmu yang ada (Syarifah
Rohaniah, 2011).
Menggunakan pendekatan Solution-Focused Family Counseling (SFTC) dapat
membantu klien homoseksual iaitu gay, lesbian dan biseksual. Dengan membantu mereka
dalam proses kaunseling. Pendekatan SFTC lebih kepada mutual sharing group di mana ahli
kelompok terdiri daripada ahli-ahli yang megalami permasalahan yang sama sahaja. Tujuan
kelompok ini diadakan adalah untuk memberi sokongan moral kepada semua ahli agar lebih
positif dalam melalui kehidupan untuk berubah.

17
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

7.0 REFLEKSI DIRI TERHADAP ISU HOMOSEKSUAL


Kajian yang melibatkan individu homoseksual ini memberikan celik akal
kepada para pengkaji terutamanya kepada golongan yang baru mengenali golongan
homoseksual. Tidak dinafikan pengetahuan yang cetek mengenai homoseksual tidak
membantu para kaunselor atau pengamal kaunseling untuk berhadapan dengan klien
homoseksual.
Pengetahuan sahaja tidak cukup malah kita harus berani untuk mendekati
golongan homoseksual. Individu homoseksual bukanlah digambarkan dari kalangan
lelaki lembut atau transeksual, tetapi boleh juga melibatkan golongan lelaki normal
yang secara fizikalnya adalah tegap, sasa, dan kelihatan sebagai lelaki normal
sebagaimana lelaki lain. Malah, ada juga yang telah berkahwin dan mempunyai
pasangan hidup yang berlainan jantina sebagaimana kebiasaan (Lehrman, 2005).
Begitu juga dengan golongan lesbian. Gerak –geri serta berpakaian seperti lelaki adalah
salah satu ciri-ciri fizikal sebagai seorang lesbian tetapi apa yang perlu kita ketahui
adalah gadis manis memiliki perwatakan yang lamah-lembut dan sopan –santun turut
mempunyai perasaan menjadi lesbian.
Sebagai seorang kaunselor, adalah amat terhad sekiranya pengetahuan
mengenai golongan homoseksual ini hanya dilihat atau dinilai dari ciri-ciri fizikal
mereka. Tidak menjadi suatu kesalahan jika kita mendekati mereka dan cuba
menyelami apa yang terbuku di dalam hati mereka sehingga mengambi keputusan
untuk menjadi homoseksual.
Sebagai pengkaji terhadap tugasan homoseksual ini telah membuka mata serta
minda kami untuk berfikiran lebih terbuka terhadap individu-individu yang memilih
laluan hidup sebagai homoseksual. Pada awalnya, agak kekok untuk bertanyakan
soalan-soalan yang berkemungkinan menyinggung perasaan mereka tetapi ternyata
tanggapan kami salah. Mereka amat bekerjasama dan tidak segan dengan diri mereka.
Daripada kajian ini, kami mula mengetahui teori-teori yang berkaitan dengan
homoseksual yang banyak membantu kami sebagai kaunseloruntuk berhadapan dengan
klien seperti ini. Tambahan pula dengan pembacaan Cass Model (1979), akan
membantu perjalanan proses kaunseling di mana klien homoseksual dapat dikenali
daripada 6 peringkat yang dinyatakan dalam model tersebut.

18
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

Sebagai individu yang memainkan peranan sebagai seorang kaunselor, isu


kepelbagaian budaya ini tidak terhad kepada perbezaan serta persamaan bangsa, agama,
keturunan, asal-usul sahaja. Malah, skop kepelbagaian budaya ini begitu meluas untuk
dikaji serta difahami. Perbezaan jantina ini juga merupakan salah satu isu kepelbagaian
budaya yang amat penting bagi seorang kaunselor untuk memahami kliennya
terutamanya golongan LGBT.

19
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

8.0 KESIMPULAN

Homoseksual atau golongan LGBT adalah dilihat sebagai salah satu simptom
penyakit sosial yang jika tidak dibendung akan memporak-perandakan sistem budaya
bangsa dan mengikis nilai negara. Isu LGBT harus dilihat dari sudut yang lebih besar
iaitu sudut nilai kenegaraan untuk negara. Ini kerana kita tidak mahu melihat negara
mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai.Di samping itu juga pendekatan
rehabilitasi perlu disediakan untuk membantu mereka yang terjebak supaya
kembali ke landasan yang betul.
Pada pandangan kami, isu LGBT bukanlah isu mengenai hak asasi manusia.
Sebaliknya isu tersebut merupakan suatu amalan yang bercanggah dengan nilai moral
masyarakat kita dan tidak pernah diiktiraf oleh mereka yang waras.Golongan muda
adalah tonggak pemimpin masa depan. Anak-anak kita perlu mencerna satu budaya
sendiri yang berlandaskan nilai-nilai murni.Ibu bapa kepada gay dan lesbian, terpaksa
menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut sama ada keagamaan,
kemasyarakatan dan undang-undang sosial dunia yang berlandaskan nilai murni.
Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai diri yang baik, anak-
anak yang terjerumus dalam budaya LGBT perlu melihat tanggungan orang yang
menyayangi mereka untuk sedar bahawa penglibatan mereka dalam budaya LGBT
adalah salah. Institusi keluarga adalah benteng terakhir untuk melahirkan keluarga dan
insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia, peningkatan integriti dalam
pengurusan kesihatan jasmani dan rohani serta pemantapan nilai-nilai murni sebagai
asas pembentukan identiti.
Menurut Carlson dan Lewis (1988), komunikasi di antara ibu bapa dan anak-
anak merupakan salah satu aspek yang penting dalam menzahirkan kasih sayang. Hal
ini kerana semasa proses interaksi berlaku, kasih sayang dapat dapat disalurkan iaitu
samaada daripada ibu bapa kepada anak-anak mahupun daripada anak-anak kepada ibu
bapa. Jika interaksi kurang berkesan wujud dalam sesebuah institusi kekeluargaan,
kasih sayang dalam keluarga tersebut akan sukar dibentuk. Hal ini secara tidak
langsung akan menyebabkan ahli keluarga akan melibatkan pihak luar untuk
mendapatkan kasih sayang (Nichols 2014). Oleh hal demikian, remaja yang kurang
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka ini akan mencari kelompongan kasih
sayang tersebut daripada pasanga homoseksual mereka.

20
KMC 6103 Perbezaan, Kepelbagaian dan Silang Budaya

8.0 RUJUKAN

Rohmawati, H. M. (2016). Perkahwinan Lesbian, Gay, Biseksual dan


Transgender/Transeksual (LGBT) Perspektif Hukum Islam. AHKAM Vol
4(2).
Ahmad, M I; Adnan, Haikal Anuar; Satar, Abd J; Sulaiman, Wan Shahrazad Wan;
Azreena, Wan J; et al. (2015) e-BANGI; Bangi Vol. 10, Iss. 1, ms 1-15.
Amran, H. & Salleh, A. (2015). Kefahaman Terhadap Aspek Pendefinisian dan Ciri
Utama Golongan Homoseksual. Journal of Social Sciences and Humanities.
Vol 10(2).
Amran, H. & Noriah, M. (2014). Alternatif Keagamaan dan Kaunseling; Sebagai
Rawatan Utama Mengatasi Permasalahan Homoseksualiti. Journal of Human
Development and Communication. Vol.3(79-92).
Nasrudin, S., Mohd Radzi Tarmizi, A. H., Ezarina, Z. & Salina, N. Pengaruh
Homofobia Dalaman terhadap Perkahwinan Lelaki Gay. (2014) Journal
Psikologi Malaysia. Vol 28(2).
Husmiati (2012). Working With Homosexual Clients : Application Of Solution-
Focused Therapy. Jurnal Psikologi Undip. Vol 11. Terbitan Pusat Penelitian dan
Pengembangan Kesejahteraan Sosial, Kementerian Sosial Republik Indonesia.
Rafidah, A. (2003). Counselling Approaches and Related Issues in Sexual
Relationships. Masalah Pendidikan Jilid 26. Terbitan Universiti Malaya.
Advocates for Youth (1994). A youth leader’s guide to building cultural competence.
Washington, DC: Author. Retrieved October 28, 2006.

21

You might also like