You are on page 1of 27

CTU101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK:
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH GEJALA LGBT

KUMPULAN:
J4EM1101J

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA ID
MUHAMAD HUSAIN BIN MOHD JUZAILA 2020846386
DANISH FARHAN BIN MOHD FAIZAL 2020476164
LUQMAN HAIKAL BIN ZULHELMI 2020601222

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH NORIZAN BINTI HASSAN
Pengenalan Huraian (4x4) Kesimpulan Rujukan Etika JUMLAH

2 10 3 2 3 20
PENGAKUAN KEASLIAN KERJA

Saya MUHAMAD HUSAIN BIN MOHD JUZAILA, No Pelajar 2020846386

Saya DANISH FARHAN BIN MOHD FAIZAL, No Pelajar 2020476164

Saya LUQMAN HAIKAL BIN ZULHELMI, No Pelajar 2020601222

Mengakui bahawa segala hasil kerja di dalam tugasan yang bertajuk KAEDAH
PENYELESAIAN MASALAH GEJALA LGBT

adalah pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri,
tidak meniru dan plagiat dari mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana
pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang
melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa Jawatankuasa Tatatertib
ACIS”

Pengakuan ini dibuat pada:


14 JANUARI 2021

Tandatangan:
1.

2.

3.

i
BUKTI SEMAKAN PLAGIAT

ii
iii
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN KEPADA LGBT…………………………………………………..1-2

2.0 DEFINISI DAN KONSEP LGBT…………………………………………………..3-6

3.0 MASALAH LGBT………………………………………………………………….7-8

4.0 KES-KES LGBT DI MALAYSIA………………..………………………………...9-10

5.0 PENDEKATAN ISLAM BAGI MENYELESAIKAN MASALAH LGBT………11-14

6.0 HIKMAH SOLUSI MASALAH LGBT DARI PERSPEKTIF ISLAM…………...15-18

8.0 KESIMPULAN……………………………………………………………………..19-20

iv
PENGENALAN KEPADA LGBT

APAKAH ITU LGBT?

LGBT adalah akronim kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender, istilah ini digunakan
kerana terdapat kepelbagaian seksualiti dan jantina. Sebahagian berpendapat bahawa LGBT
merupakan gangguan mental ataupun mempunyai gangguan kekeliruan identiti. Oleh itu mereka
menganggap diri mereka terperangkap dalam fizikal jantina yang berlawanan dengan perasaan dan
minda mereka sebagai contoh Transgender. Malah, LGBT juga boleh dikategorikan sebagai
penyakit psikitari kerana faktor kecelaruan yang mereka hadapi. Selain itu, ianya juga merangkumi
pelbagai aspek lain seperti usia, pergaulan, pendedahan dan lain-lain.

MENGAPAKAH ISU LGBT DIPILIH?

Pada zaman sekarang, isu LGBT ini semakin hangat diperkatakan kerana wujudnya protes atau
bantahan secara besar-besaran di beberapa buah negara yang inginkan negara mereka
membenarkan LGBT ini sehinggakan ianya termasuk dalam perkara hak-hak asasi manusia
sebagai contoh di negara Amerika Syarikat. Mereka telah membuat protes secara besar-besaran
dengan membuat poster dan juga perhimpunan supaya kerajaan mereka membenarkan LGBT ini
di negara mereka. Oleh yang demikian, isu ini adalah sangat penting untuk diambil berat bahkan
kita sebagai umat Islam perlulah berwaspada supaya kita tidak terjerumus ke dalam perkara yang
terlibat dengan LGBT ini. Maka LGBT ini sesuai dipilih untuk memberitahu umat Islam apa

1
itu LGBT dan menceritakan kesan kepada LGBT kepada umat Islam. Jadi sebagai umat Islam
amatlah penting untuk kita ketahui tentang isu ini agar kita mengambil langkah awal untuk
mencegah LGBT ini daripada berleluasa di negara kita dan juga negara-negara Islam yang lain.

OBJEKTIF KAJIAN TERHADAP LGBT

Objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti definisi dan konsep bagi
LGBT. Bukan itu sahaja, kajian ini juga diadakan untuk mengetahui masalah-masalah gejala
LGBT terhadap diri, masyrakat dan negara serta kes-kes yang pernah berlaku di negara kita,
Malaysia.

Dengan mengetahui beberapa masalah kajian tersebut, kami juga dapat menimbulkan beberapa
solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah kajian ini yang merupakan objektif seterusnya dalam
kajian ini. Pada masa yang sama, kami juga sertakan hikmah daripada solusi-solusi tersebut dari
segi perspektif Islam.

2
DEFINISI LGBT

• Sebelum itu mari kita ketahui apa itu orientasi seksual?


Orientasi seksual adalah ketertarikan seksual, emosional ataupun keinginan seseorang
individu terhadap individu lain. Sebagai contoh, seorang remaja mempunyai perasaan
romantis dan tertarik secara seksual terhadap pasangan lain yang berlainan jantina
(heteroseksual).Terdapat pelbagai orientasi seksual antaranya seperti berikut :
1. Heteroseksual
Tarikan seksual dan romantik terhadap pasangan yang berlainan jantina (lelaki
menyukai wanita atau wanita menyukai lelaki)
2. Homoseksual
Tarikan seksual dan roamantik terhadap pasangan sejenis atau sama jantina (lelaki
menyukai lelaki atau wanita menyukai wanita)
3. Biseksual
Tarikan seksual dan romantik terhadap kedua-dua jantina (lelaki menyukai lelaki
dan wanita atau wanita menyukai wanita dan lelaki)
4. Transgender
Individu yang mempunyai identiti jantina yang berbeza dengan alat kelamin sejak
dari lahir (lelaki yang mempunyai alat kelamin wanita atau wanita yang mempunyai
alat kelamin lelaki)

Oleh yang demikian melalui orientasi seksual, kita oleh mengklasifikasikan apa itu gelaran
kepada golongan LGBT satu demi satu seperti berikut:

• L bermaksud Lesbian
Wanita yang mempunyai perasaan seksual dan romantik terhadap wanita lain
• G bermaksud Gay
Lelaki yang mempunyai perasaan seksual dan romantik terhadap lelaki lain
• B bermaksud Biseksual
Lelaki atau wanita yang mempunyai perasaan seksual dan romantik terhadap jantina yang
sejenis dan berlawan dengan mereka
• T bermaksud Transeksual
Lelaki atau wanita yang membuat pembedahan untuk menukar jantina (alat kelamin)

3
KONSEP LGBT

1. Pengertian Lesbian
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, pengertian lesbian adalah wanita yang
mengadakan hubungan seks atau cinta sesama wanita. Pada wanita terdapat dua
kelompok homoseksual, iaitu pada kelompak pertama ialah wanita yang
menunjukkan ciri-ciri kelakian. Manakala, kelompok yang kedua ialah wanita yang
tidak menunjukkan tanda-tanda kelainan fizikal.

2. Pengertian Gay
Gay adalah isitilah bahasa yang digunakan apabila lelaki yang melakukan
hubungan seks dan bercinta sesama lelaki. Mereka tertarik sesama sejenis, dan juga
terdapat beberapa perkara yang berbeza diantara mereka :
• Penampilan seseorang ‘Gay’ adalah sama seperti lelaki, atau secara psikologi dia mengakui
dirinya sebagai lelaki. Bahkan tetapi, ada juga segelintir golongan ‘Gay’ yang bepakaian
seperti wanita atau digelar juga sebagai ‘maknyah’ atau ‘pondan’.
• ‘Maknyah’ atau ’pondan’ ingin mengidentitikan dirinya sebagai seorang wanita atau secara
saintifiknya mereka mengakui sebagai seorang wanita tetapi dengan alat kelamin lelaki.
Selain itu, terdapat juga golongan ini yang melakukan pembedahan untuk mengganntikan
alat kelamin mereka kepada alat kelamin wanita, akan tetapi ianya tidak berfungsi seperti
‘wanita’, bermaksud mereka tidak haid dan tidak mengandung kerana mereka tidak
mempunyai sel ovari dan rahim.

3. Pengertian Biseksual
‘Bi’ bermaksud ‘dua’ manakala maksud perkataan ‘seksual’ pula adalah
persetubuhan antara orang lelaki dan wanita. Maka Biseksual dapat disimpulkan
sebagai individu yang tertarik kepada dua jenis kelamin baik lelaki mahupun
wanita. Sebagai contoh individu yang pernah melakukan hubungan seksual
bersama lelaki dan juga wanita.Maka golongan seperti ini dipanggil Biseksual.

4
4. Pengertian Transgender

‘Trans’ membawa maksud pindah iaitu dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'transfer’
manakala ‘gender’ pula bermaksud jantina. Maka maksud transgender atau istilah
lainnya transseksual adalah individu yang melakukan pembedahan untuk menukar alat
kelaminnya kepada jantina yang berlawanan. Sebagai contoh seorang ‘maknyah’ atau
‘pondan’ yang menjalani pembedahan untuk menukar alat kelaminya kepada alat
kelamin wanita. Hal ini berlaku kerana ketidakpuasan seseorang kerana tidak ada
keserasian antara bentuk fizikal dan alat kelaminnya. Oleh yang demikian, daripada
cara berpakain,tingkah laku dan sebagainya sehinggalah ke kaedah penggantian alat
kelamin atau jantina.

BENDERA LGBT

Rajah 1: Bendera LGBT

Pada tahun 1978, seorang karyawan bernama Gilbert Baker telah mengaku dirinya
sebagai gay secara tebuka. Oleh sebab itu, tercetusnya idea untuk mencipta sebuah
bendera hasil desakan dari Harvey Milk sebagai logo untuk mewakili golongan mereka.
5
Harvey Milk merupakan seorang pegawai untuk mewakili golongan gay di Amerika
Syarikat. Gilbert Baker menyatakan bahawa penciptaan bendera ini adalah bertujuan
bagi meyakinkan golongan seumpanya supaya berani mengaku amalan dan budaya
mereka di kalangan masyarakat terbuka. Maka terhasilah bendera LGBT yang
mempunyai 8 warna dan waran tersebut dinspirasikan dari warna pelangi dan
menurutnya juga setiap warnanya itu membawa maksud yang tersendiri seperti berikut:

WARNA MAKSUD
1. MERAH KEHIDUPAN
2. MERAH JAMBU SEKS
3. KUNING CAHAYA
4. JINGGA KESEMBUHAN
5. HIJAU SEMULAJADI
6. TURQUOISE SENI
7. INDIGO HARMONI
8. UNGU SEMANGAT
Jadual 1: Warna-warna Bendera LGBT dan maksudnya

6
MASALAH LGBT

Pada masa kini, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin parah dan
berleluasa sehingga pelbagai pertubuhan dan organisasi telah ditubuhkan. Pada 29 Oktober
2018, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberitahu bahawa anggota masyarakat
LGBT di negara Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun yang lalu.

Rajah 2: Timbalan memberi ucapan pada Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya

Pelbagai masalah dan isu telah muncul akibat tuntutan berbagai-bagai yang dibuat oleh
golongan LGBT di negara Malaysia ini, disebabkan perkembangan mereka setelah diberikan
pendedahan tentang hak-hak mereka sepertimana yang diperlakukan di luar negara dan orang-
orang bukan Islam. Akibat daripada perkembangan organisasi dan kumpulan aktivis yang
bersifat pro LGBT ini, maka wujudlah beberapa isu yang boleh dilihat seperti mengancam nilai
agama, akhlak, prinsip dan perundangan di Malaysia terutamanya melibatkan undang-undang
syariah.

Antara isu penting sekali yang mempunyai kaitan dengan LGBT ini ialah perlakuan golongan
LGBT yang bersifat kontra atau bertentangan dengan hukum syarak yang memperlihatkan
agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan.

Di samping itu, terdapat konflik antara undang-undang domestic yang berlaku di Malaysia dan
keputusan undang-undang antarabangsa yang disetujui oleh Malaysia sejak sekian lama.
Kemudian, campur tangan oleh mahkamah sivil berlaku dalam perkara yang mempunyai kaitan
dengan hal-ehwal agama Islam di Malaysia yang menyentuh tentang gejala LGBT. Efek
campur tangan ini telah menunjukkan bagaimana orang-orang LGBT ini memanipulasi
peraturan undang-undang sivil yang ada untuk membenarkan semua tindakan dan peraturan

7
mereka sehingga mereka bertindak untuk menolak bidang kuasa mahkamah syariah atau
peruntukan undang-undang Islam yang ada di Malaysia pada hari ini melalui permohonan
menyatakan ketidaksahan peruntukan undang-undang Islam di Mahkamah Persekutuan seperti
dalam kes Juzaili & Anor lwn Majlis Agama Islam Negeri Islam pada tahun 2012.

Seterusnya, berikutan hukuman sebatan yang dikenakan kepada pasangan lesbian oleh
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu yang lalu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk
Muhamad Yusof Ahmad, mengatakan bahawa hanya golongan-golongan yang jahil sahaja
yang menentang serta tidak menyokong terhadap pelaksanaan hukuman tersebut. Tambahan
pula, beliau juga mengatakan bahawa perlakuan LGBT ini sememangnya haram di dalam
agama Islam dan serata mufti dalam negara ini bersepakat tentang perkara itu dan menyokong
hukuman tersebut. Andaikata terdapat anggota kabinet atau kerajaan didapati membantah
berkenaan dengan hukuman sebatan tersebut, perkara tersebut boleh dianggap sebagai
menghina mahkamah.

Rentetan daripada kes hukuman sebatan terhadap pasangan lesbian berkenaan, berlakunya
gerakan LGBT yang dilakukan oleh pertubuhan dan kumpulan LGBT. Tindakan ini secara
umumnya telah menghina serta memburukkan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi di
negara kita, Malaysia dan juga perundangan yang terdapat di Malaysia. Bahkan, ia juga secara
tidak langsung membuat keamanan negara dan ketenteraman beragama tidak menjadi stabil.

Gejala LGBT ini juga dapat menambah jumlah bilangan kes penghidap penyakit HIV (human
immunodeficiency virus). HIV merupakan satu virus yang boleh memusnahkan sistem
ketahanan badan seseorang dan juga merupakan punca AIDS. Menurut Kementerian Kesihatan
Malaysia, pada tahun 2018, golongan LGBT ini merupakan kumpulan yang paling tinggi dalam
menyumbang bilangan kes jangkitan HIV, iaitu lebih daripada separuh sebanyak 57 peratus
daripada keseluruhan kes jangkitan tersebut.

Rajah 3: Statistik HIV di Malaysia

8
KES-KES LGBT DI MALAYSIA

Malaysia telah menerima banyak laporan daripada pihak berkenaan kes LGBT yang berlaku di
negara ini. Kes-kes tersebut berlaku dalam pelbagai jenis aktiviti yang diadakan oleh golongan
LGBT di negara ini.

Rajah 4: Dua wanita didakwa atas cubaan hubungan songsang

Pada tarikh 3 September, 2018, dua wanita yang berusia 32 dan 22 tahun didakwa atas
kesalahan untuk cubaan melakukan hubungan songsang di dalam sebuah kereta di Dataran
Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu, dikenakan hukuman sebatan
sebanyak 6 kali sebatan. Hukuman tersebut dilaksanakan berhadapan lebih 150 orang ramai
termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie di dalam Dewan Bicara 2, di
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Di samping itu, kedua-duanya juga didenda
RM3,300 dan jika gagal menjelaksan denda tersebut, akan dipenjarakan selama empat bulan.

Rajah 4: Perarakan wanita sempena Hari Wanita Sedunia

Perarakan golongan LGBT telah diadakan pada 9 Mac 2019 sempana perhimpunan Hari
Wanita Sedunia di depan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Media telah melaporkan bahawa
lebih kurang 1000 orang dikatakan menyertai perarakan tersebut yang terdiri daripada beberapa

9
badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam
(SIS) dan aktivis serta pelajar. Perarakan LGBT ini berlangsung dengan laungan serta jeirtan
provokatif antaranya “Jangan Kacau LGBT” dan “Hidup LGBT” dan juga memaparkan tanda
kata berkenaan hak seorang LGBT. Bendera yang berwarna pelangi yang dianggap sebagai
bendera LGBT turut dikibar ketika perarakan sedang berlangsung.

Rajah 6: Lima lelaki ditahan atas kesalahan undang-undang Islam

Pada November 7, 2019, lima orang lelaki telah ditangkap di sebuah apartment di luar Kuala
Lumpur, kerana didapati melakukakn kesalahan undang-undang Islam iaitu cubaan
melakukan seks di luar tabii. Empat orang lelaki daripada kumpulan tersebut telah dijatuhkan
hukuman penjara selama enam bulan dan sebatan sebanyak enam kali serta denda berjumlah
RM4800 setiap seorang. Manakala seorang lagi telah diberi hukuman penjara selama tujuh
bulan, enam kai sebatan serta denda RM4,900.

10
PENDEKATAN ISLAM BAGI MENYELESAIKAN MASALAH LGBT

Masalah LGBT merupakan masalah yang sistematik. Oleh itu, bagi mencegah atau
menyelesaikan masalah ini ialah dengan cara yang sistematik juga.

1. MEWUJUDKAN PERANCANGAN

Kerajaan harus berusaha menyelesaikan masakah LGBT ini dengan mewujudkan mekanisme
perancangan yang ketat dan merancang untuk memulihkan kehidupan kumpulan ini. Tindakan
keseluruhan yang diperlukan adalah membuat penyekatan bagi semua kegiatan aktiviti yang
mengandungi elemen LGBT atau mempromosikan gejala LGBT. Menurut seksyen15(2)(f),
sekiranya sesuatu program yang mempunyai kaitan dengan aktiviti ataupun bertujuan
mempromosikan LGBT, maka pegawai atau anggota tersebut diberikan kuasa untuk membuat
sekatan dan memberhentikannya dengan tidak membenarkan apa-apa jua perlakuan peserta
mahupun kandungan program kerana disebabkan sensitiviti budaya dan agama. Segala
maklumat berkenaan program tersebut termasuklah penganjur, penceramah dan tujuan
program diadakan wajib dideklarasikan di dalam Borang Pemberitahuan di bawah Seksyen
9(1), Jadual Keempat, Akta Perhimpunan Aman 2012. Dari sudut yang lain, sekiranya sesuatu
program LGBT diadakan di premis-premis persendirian selain di tempat-tempat awam, maka
Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak lagi terpakai. Tetapi, seandainya terdapat orang Islam
yang melibat dalam program tersebut serta terdapat unsur-unsur yang tidak bermoral dan
bertentangan dengan perundangan syariah, pihak berkuasa agama boleh bekerjasama dengan
polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan serbuan serta tangkapan untuk
pendakwaan di mahkamah syariah atas berdasarkan peruntukan seksyen 29 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen 35 akta yang sama juga
terpakai kepada mana-mana individu yang menyokong, mendorong atau menggalakkan orang
lain untuk melakukan perkara maksiat. Sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan
denda tidak melebihi RM5000, dipenjarakan dengan tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.

2. PENAMBAHAN DAN PENAMBAHANBAIKAN STAF/PEGAWAI DALAM


MENCEGAH GEJALA LGBT
Bagi mencegah kemungkaran ini dengan lebih efisen, bilangan staf dalam sesebuah organisasi
atau jabatan perlu ditambah ketika operasi pencegahan dijalankan. Selain itu, organisasi atau
jabatan tersebut yang bertanggungjawab menguatkuasakan jenayah Syariah ini, perlu melatih

11
pegawai dan anggota bagi menambah lagi pengalaman dan pengetahuan mereka serta
menyediakan peralatan yang mencukupi bagi mengendalikan operasi dengan sempurna. Antara
contoh peralatan yang perlu disediakan adalah televisyen litar tertutup bagi, ‘walkie-talkie’
bagi memudahkan dalam urusan komunikasi, dan pengankutan.

3. PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar terhadap anak-anak dalam
mendidik mereka. Antara didikan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi anak-anak agar
mereka tidak terlibat dengan gejala LGBT ini, ialah dengan memberikan didikan agama dan
moral kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang mampu menghalang segala
perkara dan aktiviti maksiat. Senario ini dapat membantu anak-anak menjauhkan diri mereka
daripada terlibat dengan gejala LGBT.

Rajah 7: HR Bukhari dan Muslim

Merujuk hadis tersebut, seorang bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau
menghantar mereka ke sekolah agama. Selain itu, ibu bapa juga seharusnya peka dengan
keadaan dan tingkah laku anak-anak. Perubahan dari segi emosi dan fizikal anak-anak sentiasa
perlu dikawal dan dipantau. Tindakan yang tegas daripada ibu bapa dapat menghindari masalah
LBGT ini daripada berlakunya terhadap anak-anak. Kita sudah sedia maklum, bahawa gejala
sosial media dalam kalangan anak-anak boleh tercetus sekiranya ibu bapa tidak memberikan
perhatian yang sepenuhnya terhadap anak-anak. Contohnya, ibu bapa hendaklah memeriksa
dan mengetahui kandungan telefon anak-anak dan kenalan rapat mereka supaya ibu bapa tahu
batas pergaulan anak-anak di luar rumah.

12
4. PENDEDAHAN AWAL

Dalam menangani masalah ini juga, peranan daripada institusi-institusi pengajian amatlah
diperlukan. Para pelajar seharusnya didedahkan dengan penolakkan budaya LBGT ini sejak
awal lagi tidak kira di peringkat sekolah atau peringkat institusi pengajian tinggi. Contohnya,
pihak pusat pengajian boleh memanggil seorang pakar motivasi bagi melaksanakan pelbagai
aktiviti penolakkan LGBT yang boleh dilakukan seperti mengadakan kempen atau program
yang memberi kesan positif kepada para pelajar. Menurut Malaysia Kini ,pada tahun 2014
semasa Tun Mahathir menyampaikan ucaptama di Persidangan Kuala Lumpur Summit tentang
satu kenyataan bahawa LBGT ini adalah perkara yang salah dan berdosa. Katanya, para
golongan Islam perlu menolak pengaruh barat yang membawa pengaruhnya budayanya
songsang. Beliau juga memohon supaya pakar dalam pelbagai jenis bidang hadir dalam
membantu sarjana Islam untuk membuktikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender (LGBT) adalah salah seta berdosa.

Selain institusi pengajian, jawatankuasa masjid atau majlis agama islam negeri juga
memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan masalah LGBT ini. Antara perkara yang
boleh dilakukan ialah dengan sentiasa mengadakan majlis-majlis ilmu serta ceramah yang
mengandungi topik berkaitan LGBT di masjid atau surau.

5. KESEDARAN UNDANG-UNDANG DAN HUKUM SYARIAH

Golongan LGBT ini juga perlu diberikan kesedaran mengenai undang-undang dan pelaksanaan
hukum syariah yang dikenakan bagi pelaku LGBT di Malaysia. Contohnya sesebuah jabatan
agama boleh memaparkan iklan tentang undang-undang berkaitan jenayah LGBT. Paparan
tersebut boleh diiklankan di tempat-tempat yang berpotensi untuk berlakunya kes LGBT.
Selain itu, PRPM juga boleh mengedarkan risalah yang berkaitan tentang penolakkan LGBT
di tempat awam kepada masyarakat sekeliling. Pada masa yang sama, risalah tersebut perlu
mengandungi penjelasan yang dikaitkan dengan penghayatan keimanan kepada Allah SWT
yang Maha Penyayang (al-Rahim) dan Maha Pengampun (al-Ghaffar) yang pada masa yang
sama adalah Maha Menghukum (al-Hakam) dan Maha Penyiksa (al-Muntaqim).

13
6. PELAKSANAAN KAUNSELING

Rajah 8: Sesi dan program kaunseling


Sesi-sesi kaunseling perlulah dilaksanakan serta dianjurkan program-program kaunseling
psikologi yang bersesuaian terhadap golongan LGBT. Antara kandungan aktiviti yang
dilaksanakan dalam sesi dan program kaunseling adalah sesi soal jawab, meluahkan perasaan
dan masalah, bertukar pendapat, dan lain-lain. Mereka juga mengadakan sesi perbincangan
bersama-sama secara terbuka dalam bentuk kumpulan bagi membantu mereka kembali ke jalan
yang benar. Pendekatan ini tertakluk kepada kesedaran sama ada mereka wajar untuk berubah
atau sebaliknya.

14
HIKMAH SOLUSI MASALAH LGBT DARI PERSPEKTIF ISLAM

Seperti yang kita sedia maklum bahawa pihak atasan telah melakukan penyekatan
pergerakan LGBT. Oleh hal yang demikian, banyak kebaikan yang mendorong kepada
kesucian agama dalam menentang LBGT antaranya, orang sekeliling tidak akan melakukan
perkara sumbang mahram ini disebabkan pihak atasan yang mencari pesalah-pesalah ini dan
mereka akan dikenakan hukuman yang setimpal berpandukan hadis. Berdasarkan hadis sahih,
mereka yang terlibat dalam permasalahan ini akan disabitkan hukuman mati tetapi terdapat
khilaf di antara kalangan sahabat-sahabat nabi di mana terdapat berbeza-beza pendapat cara
untuk melaksanakan hukuman ini. Memang para sahabat Nabi SAW mempunyai pendapat
yang berbeza tentang cara perlaksanaanya, namun semuanya sepakat bahawa gay wajib
dihukum mati. Akan tetapi, konteks ini amat berbeza dengan pasangan sesama perempuan di
mana jika mereka disabitkan bersalah, hukumannya adalah ta’zir yang membawa maksud
hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
Jadi dalam permasalahan agama ini masyarakat islam perlu melantik khilafah yang mengikuti
Minhaj an-nubuwwah. Disebabkan hal yang demikian, pergerakkan yang dibuat oleh pihak
atasan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak agama. Sebagai contoh, pihak atasan
tidak dibenarkan berseorangan apabila melakukan operasi kerana boleh menimbulkan
spekulasi dan boleh disabitkan bersubahat. Jadi apabila gerakan-gerakan ini dibuat, pesalah-
pesalah akan berasa tertekan dek kerana hidup tidak aman disebabkan gangguan pihak atasan.
Oleh yang demikian, mereka akan perlahan-lahan untuk bertukar ke arah yang baik dan akan
membenci perbuatan terkutuk yang telah dilakukannya. Selain itu melalui gerakan ini, jika
mereka tertangkap mereka tidaklah terus dihukum tetapi mereka akan dikaunselor oleh pihak
yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah-masalah yang melibatkan agama ini. Mereka
akan sedaya-upaya untuk mengesan pesalah-pesalah ini supaya tidak terpesong lebih jauh
bahkan akan mendidik dan mengajar serta memberikan motivasi dan seterusnya akan
membawa kepada kebencian terhadap LGBT oleh pesalah tersebut. Masyarakat yakin bahawa
dengan adanya pergerakan seperti ini negara dapat mengurangkan masalah-masalah yang
berkaitan LGBT dan dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.

Ibu bapa merupakan golongan yang paling hampir dengan setiap anak mereka justeru
ini dapat dikaitkan dengan perwatakan setiap anak melalui keadaban yang ditunjukkan ibu
bapa. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka bak kata
pepatah anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak itu.
Daripada pepatah itu kita dapat simpulkan bahawa anak-anak itu akan mengikut jejak dan

15
perkara yang dilakukan oleh ibu bapa dan jika perkara itu jelek maka kemungkinan anak-anak
bakal mengikutinya. Hikmah yang didapati dalam konteks ini ialah anak-anak dapat meniru
apa yang diperlakukan oleh ibu bapa dan disebabkan itu jugalah ibu bapa merupakan cermin
dan model kepada mereka. Hal ini berlaku kerana anak-anak tidak matang lagi dan tidak boleh
berfikir mana baik dan buruk justeru ini merupakan tanggungjawab ibu bapa dalam menjadikan
meraka lebih cenderung ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Selain itu, apabila ibu bapa
menunjukkan sikap kasih sayang kepada anak-anak, mereka akan menunjukkan keperibadian
yang unggul dek kerana layanan ibu bapa.

Rajah 9: HR Abu Daud At-Tarmizi Rajah 10: Sabda Rasullah SAW

Daripada kedua-dua hadis di atas, kita dapat melihat bahawa ibu bapa perlu memainkan
peranan yang amat penting demi masa depan anak-anak. Ibu bapa diingatkan supaya jika anak-
anak membuat silap janganlah diherdik atau dipukul anak itu kerana anak itu ibarat bayi yang
baru lahir dan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Anak-anak akan menjadi lebih ceria dan
erat apabila ibu bapa melayan mereka dengan baik dan akan menjadi anak yang dapat
membantu ibu bapanya kelak. Secara kesimpulan, dalam konteks ini amat menekankan bahawa
ibu bapa amat penting demi kebaikan anak-anak di masa hadapan bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

Di samping itu, kita dapat tahu bahawa pihak atasan membuat penambahbaikan
pegawai dalam mencegah LGBT. Daripada situ kita dapat melihat bahawa kerajaan amat
mementingkan keharmonian dalam mengatasi LGBT. Apabila mereka melakukan
penambahbaikan maka secara semulajadi, dari aspek kualiti seorang pegawai akan dapat
meningkat dan akan dapat menjadikan kerajaan lebih serius dalam menangani hal ini.
Bermaksud apabila kualiti itu dapat ditingkatkan, maka kualiti dari aspek pencegahan LGBT
ini menjadi makin gah dek kerana pegawai-pegawai yang berkualiti menjalankan tugas ini.

16
Rajah 11: Surah Al-Anfaal Ayat ke-63

Jika kita melihat firman Allah ini, kita dapat mengaitkan bahawa apabila pegawai-pegawai
ditambah mereka akan bekerja dalam satu kumpulan dan bersatu-padu dalam menangani hal
yang dilarang oleh Allah SWT. Apabila hal ini terjadi, maka negara kita akan dijadikan contoh
daripada negara-negara lain justeru dapat meningkatkan nama negara oleh kerana negara kita
berpotensi untuk bebas daripada gejala yang terlarang iaitu LGBT. Oleh yang demikian,
apabila penambahbaikan staf dilakukan, automatik negara akan mempunyai kekosongan kerja
dan disebabkan itu rakyat boleh memohon untuk peluang yang terhidang agar dapat bersatu
dalam mengatasi masalah ini. Melalui wacana ini, kita dapat menyimpulkan bahawa bersatu-
padu amat penting dalam sesebuah organisasi kerana apabila tiada kerjasama yang diberikan
maka kerja sesebuah organisasi itu tidak akan dapat berjalan dengan lancar disebabkan terdapat
individu-individu yang tidak berkriteria dan perwatakan yang tidak menarik. Disebabkan itu
juga, pihak kerajaan membuat sesi temu duga bagi menapis dan memilih yang sangat tepat
dengan kriteria yang diperlukan bagi mencegah masalah LGBT ini.

Sesi kaunseling amat penting dalam mengatasi hal ini supaya seseorang itu dapat
mengubah hala tujunya ke arah yang lebih baik. Apabila seseorang itu menghadiri sesi
kaunseling bagi mendengar dan mengambil berat tentang apa yang hendak disampaikan oleh
seseorang kaunselor itu, mereka akan merasakan apa yang dibuat selama ini adalah salah dan
tidak mematuhi hukum syarak. Contohnya, apabila seseorang yang terlibat dalam aktiviti
LGBT, mereka menghadiri atau membuat temu janji bagi mendapatkan pandangan daripada
kaunselor. Oleh sebab itu, seseorang kaunselor ini perlu ada ilmu yang mendalam dalam segala
hal kerana mereka tidak tahu bagaimana keadaan klien mereka dan kaunselor juga perlu
mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan mereka daripada terus terpesong. Kita pun
sudah tahu jawapan bahawa agama itu merupakan satu nasihat kepada kita yang jahil ini. Hal
ini perlu ditekankan dalam konteks kaunseling bagi membolehkan kaunselor berkata dengan
mudah supaya perkara yang hendak disampaikan tidaklah masuk telinga kanan keluar telinga
kiri. Jadi secara amnya, melalui kesuluruhan perenggan ini, kaunselor perlu mengubah haluan

17
klien mereka dengan menggunakan akal dan strategi mereka bagi mengurangkan justeru
menghapuskan golongan ini demi kesejahteraan masyarakat dan agama.

Di samping itu, masyarakat perlulah mempunyai kesedaran undang-undang dan perlu


memahami apakan itu hukum Syariah. Kita sedia maklum bahawa segala tindakan yang
diambil akan dibawa ke mahkamah setelah anggota berkuatkuasa menfailkan saman atau
sebagainya. Hal ini terjadi kerana sikap acuh tak acuh segelintir masyarakat yang telah
memberi impak yang besar kepada negara. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya
bekerjasama demi membanteras golongan-golongan yang tidak mematuhi Syariah ini.
Terdapat banyak kebaikan apabila masyarakat menganmbil berat tentang hal ini antaraya,
LGBT semakin berkurangan justeru dapat pupus dari negara ini. Selain itu, mereka akan berasa
indahnya kekuasaaan Allah dek kerana perkahwinan berlainan jantina berlaku yang disebabkan
keinsafan yang timbul dalam diri masing-masing. Akhir sekali, kita akan menjadi contoh
negara yang terbaik di seantero dunia.

18
KESIMPULAN

Pada era globalisasi ini, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa golongan
LGBT ini merupakan satu masalah atau bebanan yang harus dipikul oleh semua masyarakat.
Golongan ini merupakan satu vandalisme yang membawa kepada budaya sonsang. Mereka
sendiri yang menjuruskan diri mereka dalam golongan ini ini justeru mereka telah
menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga, dan keturunan. Apakah mereka tidak merasa
kehebatan Allah yang menjadikan 2 jenis manusia iaitu lelaki dan perempuan?

Rajah 12: Potongan ayat surah Ar-Rahman

Di dalam surah yang dinyatakan kita tahu bahawa ayat itu diulang sebanyak 31 kali dan Allah
menekankan bab ini. Kita sendiri dapat menghirup oksigen, melihat pemandangan yang indah,
mendengar ayat-ayat yang suci, merasa dengan anggota kita sendiri dan kita langsung tidak
bersyukur degan kehidupan yang Allah berikan pada waktu ini.

Hasil daripada kajian ini, kita dapat merumuskan bahawa singkatan bagi LGBT
adalah Lesbiah, Gay, Biseksual dan Transgender. LGBT ini juga boleh dianggap sebagai suatu
penyakit atas faktor keresahan yang dilalui dalam kehidupan mereka dan juga dari segi aspek
usia, pergaulan, pendedahan dan lain-lain.

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender memberi definisi serta konsep yang
berbeza antara satu sama lain. Secara ringkasnya, Lesbian bermaksud seorang wanita
mempunyai perasaan seksual kepada wanita lain, manakala Gay memberi maksud dimana
seorang lelaki mempunyai perasaan seksual terhadap lelaki lain. Begitu juga dengan definisi
serta konsep yang lain bagi Biseksual dan Transgender. Selain itu, golongan ini juga
mempunyai benderanya sendiri yang terdiri daripada 8 warna dan kelapan-lapan warna tersebut
juga membawa maksud yang tersendiri.

Selain itu, kita sudah mengetahui bahawa gejala LGBT ini telah menyebabkan
pelbagai masalah yang memberi kesan buruk terhadap negara, masyarakat dan diri sendiri.
Antaranya, undang-undang Islam terjejas akibat, penghidap penyakit HIV meningkat, dan lain-
lain. Rentetan scenario-senario yang terjadi ini, pelbagai pihak yang bertanggungjawab perlu

19
memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan masalah LGBT ini agar gejala ini tidak
akan berpanjangan lalu menjadi sukar untuk membendungnya. Contohnya, pihak yang
berkenaan boleh mengadakan penyekatan aktiviti LGBT, membuat pendedahan awal di
institusi pengajian, melaksanakan majlis ilmu yang banyak, mengadakan sesi kaunseling dan
lain-lain.

Kesemua analogi ini merupakan keajaiban dan kekuasaan Allah yang Esa dan tiada
tuhan selain Allah. Jadi apakah kamu tidak ingat yang ajal itu bukan sesuatu yang kita boleh
hitung tetapi ajal itu telah dirahsiakan yang dikenali takdir. Cuba anda bayangkan apabila kita
dapat tahu bilakah kematian hari kita mungkin dalam setahun dua kita akan melanggar apa
sahaja perintahnya dan apabila ajal kita semakin hampir kita mulalah baru nak insaf dan
bertaubat dek kerana perbuatan yang dilakukan. Sama juga seperti golongan LGBT ini mereka
tidak merasakan nikmat yang diberikan kepada mereka bahkan mereka sanggup mencalar
maruah mereka sendiri demi mencari duit.

Kita seharusnya perlu mancapai matalamat dengan bersungguh-sungguh iaitu sifar


vandalisme. Hal ini justeru akan membawa kepada kemahsyuran nama negara bahkan bukan
sahaja di peringkat asia tetapi juga di persada dunia. Jika semua masyarakat berganding bahu,
ibarat ke bukit sama didaki, ke luarah sama dituruni, jadi tidak mustahil LGBT akan pupus dan
akan terus mencorek nama name negara ke seluruh pelosok dunia. Akhir kalam, LGBT sangat
dipandang serius oleh kerajaan bahkan kesemua lapisan masyarakat perlu mengambil berat dan
tidak memandang ringan dan acuh tak acuh.

20
RUJUKAN

• Malaysia, H. T. (2018, October 30). Hukum Lesbian, Gay, Biseksual dan


Transgender. Hizbut Tahrir Malaysia. https://mykhilafah.com/hukum-lesbian-gay-
biseksual-dan-transgender/
• Hashim, Z. (2019, October 4). Bersatu kerana akidah jalan menuju syurga. Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/10/613872/bersatu-kerana-

akidah-jalan-menuju-syurga

• Harian, W. S. (2019, April 4). Rasulullah SAW sendiri juga gunakan cara berbeza

ketika memberikan nasihat. Sinarharian.

https://www.sinarharian.com.my/article/21682/LIFESTYLE/Sinar-Islam/APABILA-

bercakap-tentang-nasihat-sudah-tentu-ia-sesuatu-yang-baik-bukan

• A. (2019, November 7). 5 lelaki dihukum penjara, sebat kerana kesalahan gay. Free

Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/07/5-

lelaki-dihukum-penjara-sebat-kerana-kesalahan-gay/

• Rahman, D. A. A. (2019, March 9). Himpunan Hari Wanita disuntik LGBT

menjengkelkan. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/539130/himpunan-hari-wanita-

disuntik-lgbt-menjengkelkan

• Lesbian menangis ketika jalani hukum sebat. (2018, September 3). Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469228/lesbian-menangis-ketika-

jalani-hukum-sebat

• Rakyat, T. P. (2019, February 1). Memahami Apa Itu LGBT. Pikiran-Rakyat.Com.

https://www.pikiran-rakyat.com/gaya-hidup/pr-01306054/memahami-apa-itu-lgbt

• Wikipedia contributors. (2019, February 15). LGBT. Wikipedia Bahasa Melayu,

Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/LGBT

• http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JLG/article/download/595/486
v
• Ishak, M. (2020, July 12). Cegah LGBT dengan undang-undang, tarbiah. Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709994/cegah-lgbt-

dengan-undang-undang-tarbiah

vi

You might also like