You are on page 1of 9

PENGAJIAN ISLAM

UQ110102
SEMESTER 1 SESI 2022/2023

NAMA MUHAMMAD FIRZA AIDI BIN MOHD HAMADI


NO IC 000210100553
NO MATRIK CF220123
SEKSYEN SEKSYEN 14

PENSYARAH DR. SITI MARPUAH

TAJUK WEBINAR KELUARGA DAN SOSIAL ISLAM:


CABARAN SEMASA DAN PENYELESAIAN

MARKAH
PENGENALAN

Pada 16 Disember 2022 (Jumaat) satu webinar telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian
Umum dan Kokurikulum (PPUK) Univeriti Tun Hussein Onn Malaysia di platform Facebook JPI PPUK
UTHM (https://www.facebook.com/jpippuk.uthm). Kami telah mengikuti secara langsung rakaman dari awal
program sehingga akhir dari pukul 8.45 pagi hingga 11.00 pagi. Penceramah yang hadir pada hari
berlangsungnya program tersebut ialah Pegawai Dr Mohd Izwan bin Mohd Yusof dari Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah Keluarga Dan Sosial Islam: Cabaran
Semasa Dan Penyelesaian. Antara objektif yang didapati dalam program wacana ini adalah pelajar dapat
menghayati etika Islam yang diperolehi dari perbincangan isu-isu kontemporari dalam Pengajian Islam.

Rajah 1 menunjukkan pelajar menghadiri wacana dari pusat pengajian islam

1
KANDUNGAN WACANA

 Islam ialah panduan hidup dari segala aspek kehidupan termasuk seksualiti manusia. Walaupun hubungan
seksual dalam perkahwinan sebagai suatu nikmat dan salah satu daripada rahmat ALLAH SWT kepada
insan pada yang sama islam juga mengharamkan hubungan seksual luar nikah.

 Islam mengesahkan hubungan seksual dalam perkahwinan sebagai nikmat dan rahmat Allah kepada insan
tetapi janganlah sesekali kita melakukan hubungan yang dicegah sekeras-kerasnya oleh Islam sebagai
contoh hubungan seksual luar nikah.

 Islam melaknat bagi sesorang individu yang melakukan ambang seksual seperti zina, rogol dan liwat.
Menurut kajian yang telah dikaji oleh Dr Mohd Izwan yang menyatakan terdapat banyak cabaran yang
dihadapi ketika musim COVID-19 ini. Antaranya, mereka yang mengalami masalah depression dan
masalah seksual seperti melayari lawan web lucah oleh kerana kebanyakkan dari mereka hanya tinggal
dirumah dan mempunyai masa yang terluang.

 Perbincangan subtopik utama dalam program ini menceritakan tentang isu LGBT. Isu LGBT ini dikaitkan
dengan kisah umat Nabi Lut yang mempunyai 3 bentuk iaitu mengisahkan penyelewengan akhlak mereka,
dakwah nabi lut kepada umatnya agar dibersihkan perlakuan mereka yang salah, penolakan dakwah oleh
umatnya serta menerangkan azab dan seksa keatas umatnya. Kisah Nabi Lut yang diceritakan didalam Al
Quran iaitu dalam Surah Al Araaf ayat ke 80-84. ALLAH SWT menyebut 27 kali tentang kisah nabi lut
a.s dan umatnya didalam al-quran mengenai penyelewengan akhlak (LGBT) umat baginda serta dakwah
nabi lut a.s kepada umatnya agar dibersihkan perlakuan mereka yang akhirnya diazab dengan
menterbalikkan kota mereka (kota sodom) dan di hujani dengan batu. Yang kini dikenali sebagai laut mati
di Jordan.

 Menurut islam penentuan jantina ditentukan semenjak lahir hingga meninggal dunia. Mana kala bagi
homsa ia ditentukan jantinanya dari beberapa proses.

1. Al-qal’ajiy bermaksud persetubuhan lelaki dengan lelaki lain pada duburnya.

2. Al-sayyid sabiq atau al-sihaq bermaksud perkeselan kelamin antara perempuan dengan perempuan
lain tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj.

2
 Dr Mohd Izwan juga menerangkan tentang Kecelaruan identiti menurut islam dan barat. Kecelaruan
identiti ini terbahagi kepada 4 iaitu lesbian (kaum perempuan yang tertarik terhadap perempuan), gay
(kaum lelaki yang tertarik terhadap lelaki), biseksual (tertarik terhadap lelaki dan perempuan) dan
trasgender (ekspresi jantinanya berlawanan/bertentangan).

 Malaysia juga mempunyai isu kecelaruan identiti ini yang terbahagi kepada 3 golongan. golongan pertama
adalah golongan yang telah berubah dan memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat, golongan kedua
pula merupakan golongan yang masih terlibat namun wujud rasa penyesalan dalam diri dan sedang
berusaha bermujahadah menghadapi ketertarikan seksual sesama jenis dan golongan yang terakhir
merupakan golongan yang ketertarikan seksual sesame jenis ini telah ditakdirkan dan akan menjalankan
kehidupan sebagaimana yang telah ditakdirkan Allah SWT.

 Faktor-Faktor yang boleh menjadi penyebab seseorang berminat dengan LGBT:

1. Pola asuhan

2. Pengalaman hitam

3. Dibuli atau diejek

4. Pornografi

5. Persekitaran

 Antara aktiviti yang dijalankan oleh JAKIM:

1. Kesedaran kerohanian

2. Pengetahuan agama

3. Kesedaran Kesihatan

4. Motivasi Diri

5. Aktiviti ‘Outdoor’

3
ETIKA ATAU NILAI YANG DIPEROLEHI DARI KANDUNGAN WACANA DAN PELAKSANAAN
WACANA.
Berdasarkan perbincangan daripada penceramah dan moderator terdapat etika yang dapat dipelajari antaranya
etika dalam aspek akhlak dan keimanan. Akhlak merupakan sifat yang tertanam di dalam diri iaitu yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,penilitian dan paksaan .akhlak
antara salah satu unsur penting dalm kehidupan manusia kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat dalam
pembinaan peradaban. Ajaran islam memberikan penekanan terhadap perkara ini kekuatan manusia bergantung
kepada keluhuran akhlaknya. Allah SWT telah menjelaskn bahwa umat islam hendaklah mempunyai akhlak
yang mulia supaya dapat berperanan mendorong manusia untuk berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran
seperti Surah al ali’imran ayat 110:

ِْ ‫ّللْۗ َولَوْ َءا َمنَْ أَه ُْل ٱل ِكتَ ٰـ‬


َْ‫ب لَكَانَْ َخي ًۭرا لَّ ُهمْۚ ِمن ُه ُمْ ٱل ُمؤمِ نُون‬ َِّْ ‫َن ٱل ُمنك َِْر َوت ُؤمِ نُونَْ بِْٱ‬
ِْ ‫وف َوتَنهَونَْ ع‬ ْ ِ َّ‫كُنت ُمْ َخي َرْ أ ُ َّمةْ أُخ ِرجَتْ لِلن‬
ِْ ‫اس تَأ ُم ُرونَْ بِْٱْل َمع ُر‬
َْ‫سقُون‬ ِ ‫َوأَكثَ ُرهُ ُْم ٱلفَ ٰـ‬
Maksud:
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat)
yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman,
tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah
orang-orang fasik.

Selain itu, etika yang dapat dipelajari antaranya nilai dalam pengakuan islam iaitu Imam al-Ghazali
menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati
dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)." .Hal ini dapat dibuktikan melalui dengan
kepercayaan iman dalam lslam dapat mencegah kehadiran gejala LGBT yang dihadapi oleh umat islam masa
kini .keeganan kaum nabi luth dalam beriman kepada allah dapat ditunjukkan dalam surah Surah Al Araaf ayat
ke 80-84

Rajah 2 menunjukan surah al a'raaf ayat 80 -84


4
Maksud:

1. Dan Kami juga telah mengutus Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya,v“Mengapa kamu
melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu di
dunia ini" (Q.S al-A’raf [7]: 80).
2. Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesame lelaki bukan kepada
perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas” (Q.S al-A’raf [7]: 81).
3. Dan jawaban kaumnya tidak lain hanya berkata, “Usirlah mereka (Luth dan pengikutnya) dari
negerimu ini, mereka adalah orang-orang yang menganggap dirinya suci" (Q.S al-A’raf [7]: 82).
4. "Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikutnya, kecuali istrinya. Dia (istrinya) termasuk orang-
orang yang tertinggal" (Q.S al-A’raf [7]: 83)
5. . “Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu). Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan
orang yang berbuat dosa itu” (Q.S al-A’raf [7]: 84)

5
BAGAIMANA PELAKSANAAN ETIKA ATAU NILAI YANG DIPEROLEHI DALAM KEHIDUPAN .

Pada pendapat saya, kita boleh melakukan aktiviti kesedaran seperti kempen kesedaran dan kerohanian bagi
golongan LGBT ini bagi menyedarkan mereka bahwa mereka telah terpesong dari ajaran agama islam dan
memperkukuhkan kerohanian agama islam didalam diri mereka. Selain itu, kita sebagai masyarakat, keluarga
ataupun kawan haruslah sentiasa peka dan mempunyai ilmu yang csecukupnya tentang hal LGBT ini. Bukan
sahaja menunggu untuk pihak Jakim yng harus membanteras hal ini. Akan tetapi hal ini haruslah dilakukan
oleh setiap umat Islam di Malaysia dan Dunia ini.

Pelaksanaan etika dalam aspek akhlak dan keimanan yang boleh diterapkan dalam kehidupan adalah akhlak
dengan manusia. Sebagai contoh menurut artikel harian metro yang menyatakan dalam mendidik anak anak
ibu bapa perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-
anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka. Kekurangan
bimbingan agama dan ketiadaan contoh teladan daripada ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak. Ibu
bapa mestilah memberi Pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah
dan hubungan baik sesama manusia. Tingkah laku dan akhlak yang baik diterapkan dalam keluarga dapat
membentuk acuan personaliti anak anak yang baik. Sebagai seorang anak, antara yang paling mudah dilakukan
adalah berakhlak dengan ibu bapa iaitu berbuat baik(berbakti) kepada ibu bapa. Berbuat baik bukan sahaja dari
segi perbuatan, bahkan juga dari segi perkataan dan tingkah laku iaitu dengan bercakap dengan hormat dan
sopan santun.

Rajah 3 menunjukkan contoh artikel surat khabar metro yang berkaitan dengan akhlak

6
KESIMPULAN DAN CADANGAN.
Wacana ini menerapkan kepada pelajar tentang konsep,teori mengenai topik-topik tertentu serta perbincangan
isu semasa bagi memberi pengetahuan pelajar dalam proses pembentukan jati diri dalam menghadapi
kehidupan diluar sana yang sangat mencabar. Perkongsian tentang hakikat sebenar kehidupan, masalah dan isu
sedang berlaku pada masyarakat sehingga ketahap penghakis nilai-nilai kemanusiaan. Oleh itu ustaz perlu
memberi gambaran secara dalam realitstik berkaitan masalah dan cabaran dihadapi oleh kebanyakkn
masyarakat kini. Dengan itu, para pelajar dapat membuka minda tentang masalah kebimbangan pada masa
kini. Secara tak langsung memberi peluang kepada generasi muda kini dalam menguruskan risiko pada masa
hadapan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, islam telah mensyaratkan bahawa setiap insan telah mempunyai pasangan iaitu lelaki dan
perempuan. Walaupun begitu islam tetap menghalang kegiatan perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan
perempuan menjadi lelaki. Apakan lagi kegiatan LGBT yang melakukan hubungan sesama jantina yang dah
tentu bertentangan dengan ajaran agama islam seperti cerita kaum nabi lut a.s yang dihukum Oleh Allah S.W.T.

Selain itu,setiap individu di dalam masyarakat, umat islam dan negara perlu memainkan peranan untuk
mengatasi isu ini kerana sesungguhnya begitu banyak kaedah yang boleh diguna pakai untuk mengatasi dan
membantu mereka yang memerlukan bimbingan tetapi memerlukan pendedahan dan semangat yang tinggi dari
semua orang untuk menangani isu ini kerana sesungguhnya mereka yang terjebak dengan “LGBT” ini masih
boleh dibimbing dan masih belum terlambat sekiranya semua mula mengambil berat akan isu ini dan mulai
memainkan peranan masing-masing mengikut rujukan dan panduan yang telah dibuat oleh pihak tertentu
seperti “JAKIM”.

Cadangan daripada saya bagi penambahbaikan program wacana ini adalah memberi info yang tepat bagaimana
pengambilan kehadiran diambil kerana sebahagian dari peserta tidak tahu waktu dan bagaimana kehadiran
diambil sama ada didalam komen, google form, atau diambil secara penghantaran tugasan. Dan mengadakan
program ilmiah seperti ini kepada golongan yang muda seperti murid sekolah rendah dan juga menengah
kerana saya berpendapat sekiranya isu ini mahu ditangani maka kita kena mulakan dari peringkat paling bawah
dan mula melahirkan golongan cilik yang menjauhi golongan dan perkara berkaitan “LGBT”.

7
Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penceramah dan pihak penganjur atas penganjuran
Program Wacana Ilmiah ini. Sesungguhnya banyak sekali penerangan dan ilmu yang telah dikongsikan
sepanjang saya mengikuti program ini.Program ini juga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya
untuk bersama menangi isu ini berpandukan ilmu yang telah saya pelajari dan diharap program seperti ini akan
diperbanyakkan lagi pada masa akan datang,sekian terima kasih.

You might also like