You are on page 1of 16

Accelerat ing t he world's research.

Cabaran dan Pendekatan Dakwah


Golongan LGBT: Satu Kajian di
Dr Khairul Hamimah Binti Mohammad Jodi Staff

Pembangunan Insan Kamil

Cite this paper Downloaded from Academia.edu 

Get the citation in MLA, APA, or Chicago styles

Related papers Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

MET ODOLOGI DAKWAH @ JPI (9-2)


Rosni Wazir

T RANSGENDERISME DI MALAYSIA: PELAN BIMBINGAN KEMBALI KEPADA FIT RAH DARI PERSPEKT IF PS…
Journal of 'Aqidah & Islamic T hought AFKAR

ISLAM, PAT RIARKI DAN T RANSGENDER - SAT U ANALISIS FILEM 'DALAM BOT OL'
Arif Zhariff
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Cabaran dan Pendekatan Dakwah Golongan LGBT: Satu Kajian di


Pertubuhan Usrah Fitrah

Khairul Hamimah Mohammad Jodi, PhD


Open University Malaysia
Khairul_hamimah@oum.edu.my

Noor Hafizah Bt. Mohd Haridi, PhD


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
noorhafizah@kuis.edu.my

Abstrak
Dakwah merupakan satu program terancang yang berupaya membawa kepada pelaksanaan
dan penghayatan Islam dalam diri. Salah satu tanggungjawab seorang muslim ialah
berdakwah sama ada secara individu atau secara kolektif bagi menangani masalah sosial.
Dalam menangani isu berhubung golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT), peranan pendakwah adalah amat penting untuk membuktikan bahawa Islam
mampu menyelesaikan pelbagai masalah sosial. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti cabaran dan pendekatan dakwah yang sesuai dengan golongan LGBT. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik temubual tidak berstukur terhadap
empat orang peserta kajian yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan LGBT
mengikut persampelan bertujuan (purposive). Analisis kajian yang dijalankan ialah secara
bertema mengikut soalan yang telah disediakan terhadap sebarang isu yang timbul.
Pendekatan naratif turut digunakan untuk menghuraikan sebarang persoalan kajian yang
dikemukakan oleh peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua
bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan LGBT untuk berubah dan pendekatan
dakwah secara lemah lembut menjadi pilihan mereka untuk berubah.

Kata kunci: Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Cabaran dan Pendekatan
Dakwah
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Pendahuluan

Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau akronimnya sebagai LGBT ini dianggap
sebagai satu cara hidup yang bertentangan dengan fitrah. Allah SWT menciptakan fitrah
manusia, lelaki merupakan pasangan kepada perempuan, begitu juga dengan haiwan dan
tumbuhan, jantan pasangannya adalah betina. Mereka yang melanggar fitrah ini dianggap
tidak menerima ciptaan Allah dan menyeleweng daripada kejadian asal. Isu kecelaruan
seksual dan jantina, yang merujuk kepada komuniti LGBT bukan merupakan isu baru
kerana telah berlaku ketika zaman Nabi Lut sebagaimana firman Allah SWT pada ayat 80-
84, Surah al-A’raf yang bermaksud:
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh
seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada
jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan
pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka Kami selamatkan
dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia
dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan
hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-
orang yang melakukan kesalahan.

Kegiatan LGBT terus berkembang dalam kehidupan masyarakat kini walaupun cara hidup
dan tuntuan kumpulan tersebut bertentangan dengan prinsip Islam dan norma kehidupan
masyarakat yang normal. Justeru mereka memerlukan pendekatan dakwah yang terbaik
bagi mengawal penularan dan percambahan jaringan LGBT terutamanya dalam kalangan
umat Islam di Malaysia. Setiap pendakwah perlu peka dengan maklumat mengenai
perkembangan LGBT, menguasai dan memahami pendekatan dakwah yang sesuai agar
mesej dakwah yang disampaikan benar-benar diterima oleh golongan ini.
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Objektif Dan Metodologi Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran dan pendekatan dakwah yang
sesuai dengan golongan LGBT.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan teknik temu bual
mendalam secara tidak berstruktur terhadap isu ini. Persampelan bertujuan (purposive
sampling) digunakan untuk menemu bual golongan ini. Mereka terlibat dalam LGBT dan
mempunyai maklumat berkenaan isu ini berdasarkan kepada pengalaman melebihi sepuluh
tahun. Perakam suara digunakan dalam mengumpulkan maklumat kajian ini. Tema-tema
utama telah disenaraikan bagi memudahkan pengkaji membina soalan-soalan berkaitan
kajian. Seramai empat orang responden telah dipilih iaitu empat orang dan jumlah peserta
ini dikatakan sudah mencukupi untuk mendapatkan data yang kaya bagi kajian bersifat
kualitatif1. Kesemua peserta kajian berbangsa Melayu, lingkungan umur 30 sehingga 65
tahun telah ditemu bual untuk kajian ini. Nama-nama responden yang terlibat dalam kajian
ini tidak diumumkan, sebaliknya diberi ganti nama Peserta A, Peserta B dan seterusnya
bagi menjaga etika penyelidikan yang mensyaratkan subjek kajian haruslah dilindungi
daripada dikenali bagi mengelakkan sebarang gangguan, ancaman dan salah interpretasi
terhadap mereka2.

Antara kriteria yang ditetapkan ialah peserta mestilah golongan LGBT yang terlibat dalam
kegiatan ini melebihi sepuluh tahun. Mereka pernah menjadi “perempuan” dan kembali
kepada lelaki normal. Tempat kajian ialah di Pertubuhan Usrah Fitrah Klang, Selangor.
Pemilihan ini adalah kerana pertubuhan ini merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang
memfokuskan dakwah kepada golongan komuniti terpinggir terdiri daripada HIV, Mak
Nyah, Gelandangan, Pengguna Dadah, Pekerja Seks, lesbian, gay, bisexual dan
transgender (LGBT).

1
Hill, C. E., Thompson, B. J., & William, E. N. “A Guide To Conducting Consensus Qualitative Research”.
The Counseling Psychlogist, no 25 (1997): 517-572.
2
Creswell, J. W. Design, Qualitative, Quantitative and Mixed Method Approaches. 2nd Edition. (Thousand
Oaks: Sage, 2003), 20.
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Data-data yang diperolehi kemudiannya telah dianalisis secara analisis kandungan


bertema,3 iaitu pengasingan data telah dilakukan berdasarkan kepada tema-tema yang
timbul.

Malaysia dan LGBT

Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia bermula dengan kewujudan


pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an. Persidangan Majlis Raja-Raja kali ke- 126
pada 13 Disember 1989 telah memfatwakan LGBT sebagai perlakuan yang haram untuk
diamalkan sebagai gaya hidup4. Rentetan dari pewartaan fatwa ini telah menghalang mana-
mana individu membuat permohonan menukar jantina pada dokumen pengenalan diri.
Masyarakat Malaysia sangat sensitif dengan gaya hidup yang menyalahi tuntutan agama
dan tatasusila budaya timur apatah lagi dengan perlakuan yang menyalahi tabi’e
manusia.Oleh itu, golongan LGBT mendapat kecaman hebat di kalangan masyarakat Islam
Malaysia5.

LGBT adalah merujuk kepada akronim lesbian, gay, bi-seksual dan trans-seksual. Ia adalah
singkatan bagi pengenalan diri berdasarkan kepada orientasi seks. Umumnya, kegiatan
mereka mempunyai kaitan dengan keinginan manusia untuk merubah fitrah asal kejadian
mereka kepada personaliti yang bertentangan. Lesbian merujuk kepada wanita yang
mempunyai daya tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan
homoseksual6. Gay ditakrifkan sebagai lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap
kaum sejenisnya dan dikenali juga dengan istilah lelaki homoseksual7. Biseksual pula ialah
seseorang yang cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita8.

3
Howitt & Cramer. Introduction to Research Methods in Psychology. (Harlow: Pearson, 2008), 78.
4
Mahfudzah Mohamad, “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-undang Jenayah
Syariah”, Jurnal Undang-Undang Malaysia, no 19 (2015), 29-36
5
Noor Hafizah bt. Mohd Haridi, Metodologi Dakwah Persatuan Amal Firdausi (PAFI) Terhadap Kumpulan
LGBT, Laporan Geran Penyelidikan KUIS (2015).
6
“Pusat Rujukan Persuratan Melayu”, diakses 10 Oktober 2018
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=lesbian
7
“Pusat Rujukan Persuratan Melayu”, diakses 10 Oktober 2018
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=gay
8
“Pusat Rujukan Persuratan Melayu”, diakses 10 Oktober 2018
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Biseksual
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Transeksual atau Mukhannath ialah seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan dan
berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ
jantinanya melalui pembedahan9.

Dalam konteks kontemporari, LGBT difahami sebagai sebuah kumpulan atau gerakan
yang aktif membantu dan memperjuangkan hak mereka dalam kehidupan masyarakat kini.
Gerakan LGBT merupakan gerakan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi. Mereka
menggunakan Hak Asasi Manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka.
Kumpulan yang memperjuangkan hak LGBT mengusulkan supaya Seksyen 377A-D
Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi’i
dimansuhkan kerana pengharaman tersebut bertentangan dengan prinsip kebebasan
manusia yang menjadi tonggak himpunan Seksualiti Merdeka di Malaysia. Pada dasarnya,
kelompok LGBT di seluruh dunia menuntut 8 perkara utama10, iaitu;
i. aktiviti seks sesama jantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal).
ii. pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis.
iii. perkahwinan sesama jantina.
iv. pengambilan anak angkat.
v. membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera.
vi. membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera.
vii. anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.
viii. memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.

Di Malaysia, istilah LGBT telah mula digunakan secara meluas pada era 90-an11.
Pergerakan mereka bertujuan untuk mendapatkan hak-hak kumpulan yang
memperjuangkan homoseksual iaitu individu yang tertarik atau mempunyai
kecenderungan seksual terhadap jantina yang sama. Oleh kerana bertentangan dengan
orientasi seks yang normal, LGBT adalah kumpulan minoriti dalam masyarakat. Walaupun

9
“Pusat Rujukan Persuratan Melayu”, diakses 10 Oktober 2018
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Transeksual
10
Kamal AzmiAbd. Rahman, Profil Masayarakat Melayu Malaysia di Media Sosial Yang Mempromosikan
Agenda LGBT dalam Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah, (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2015), 50.
11
Noor Hafizah Haridi, et.al, “Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual Dan
Transgender (LGBT)”, Jurnal Pengajian Islam, Bil 9, Isu II, (2016), 103-118.
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

begitu, kumpulan ini giat mempromosikan dan menzahirkan diri mereka dalam usaha
untuk menuntut hak-hak yang sewajarnya dalam kehidupan sosial. Senario dalam
kehidupan masyarakat moden juga memperlihatkan bahawa mereka yang menyokong
pergerakan menuntut hak-hak homoseksual adalah mereka yang diiktiraf sebagai pejuang
hak asasi manusia.

Hasil Kajian Dan Perbincangan


Hasil kajian dirumuskan kepada tema-tema berasaskan objektif kajian yang ingin dicapai
dalam menyatakan perspektif isu ini secara keseluruhan. Perbincangan dimulakan dengan
sejarah ringkas Pertubuhan Usrah Fitrah dan diteruskan dengan penjelasan pendekatan
dakwah dan cabaran yang dihadapi oleh golongan LGBT.

Penubuhan Usrah Fitrah


Pertubuhan Usrah Fitrah merupakan sebuah badan NGO yang bergerak bebas dengan
menumpukan usaha amal kebajikan dan mendapat bimbingan dari Majlis Agama Islam,
Klang di bawah unit Pengurusan al-Riqab. Pertubuhan Usrah Fitrah,Klang telah berdaftar
secara rasmi pada Januari 2017. Sehubungan itu pihak pertubuhan ini memulakan operasi
secara rasmi di rumah pengurus iaitu Rohaizad bin Abdul Rahman dan rumah setiausha
iaitu Azman bin Hassan 12.

Usrah Fitrah bermaksud keluarga dan hakikat. Nama tersebut diambil berdasarkan tujuan
usrah fitrah ditubuhkan berasaskan kepada konsep “kekeluargaan” yang diterapkan.
Manakala fitrah bermaksud kembali kepada hakikat iaitu hakikat sebagai umat Islam yang
patuh terhadap perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW serta meninggalkan segala
larangan. Pertubuhan ini dirasmikan pada 26 Februari 2016 dengan mengadakan aktiviti
dan kelas keagamaan setiap minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad13.

Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan individu yang berminat menjalankan
kerja-kerja amal dan berkumpul untuk menambah pengetahuan tentang ilmu agama dan

12
Rohaizad bin Abdul Rahman, temubual oleh Nor Hafizah. 11 Jun 2017.
13
Rohaizad bin Abdul Rahman, temubual.
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

memfokuskan kepada pembangunan masyarakat komuniti terpingir yang bermula melalui


facebook (FB). Pada peringkat awal pertubuhan ini dikendalikan oleh Unit Pengurusan al-
Riqab oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Mereka diberi ruang dan peluang untuk
menjalankan aktiviti usrah dan program secara berkala di bilik kuliah MAIS, Klang.
Pertubuhan ini giat menjalankan aktiviti dengan komuniti terpinggir seperti lesbian, gay,
bioseksual, transgander (LGBT), pengidap HIV, penagih dadah, pekerja seks dan
gelandangan.

Pertubuhan ini turut mendapat kerjasama yang menggalakkan dari institusi masjid,
pensyarah dan mahasiswa pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta serta individu
lain dalam usaha merealisasikan matlamat Pertubuhan Usrah Fitrah. Pertubuhan ini,
menjalankan kerja-kerja dakwah secara santai dengan menumpukan kapada dakwah bil hal
(perbuatan) dan bil lisan (komunikasi) dengan pendekatan utama “menyantuni” golongan
sasaran. Kebanyakan program yang dijalankan oleh Pertubuhan Usrah Fitrah adalah
berbentuk penekanan dalam aspek pendidikan dan pemulihan terhadap masyarakat dan
komuniti yang terlibat LGBT.

Pendekatan Dakwah golongan LGBT

Pendekatan berhemah dan lemah lembut


Berdasarkan temubual terhadap peserta kajian, majoriti mereka mudah menerima
pendekatan secara lemah lembut bersesuaian dengan firman Allah dalam Surah al-Nahl
ayat 125 yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.”

Peserta kajian mendakwa jiwa mereka sensitif dan lembut, justeru mereka menyukai kata-
kata yang baik, galakan, nasihat, pengajaran, intonasi yang sesuai, tidak menggunakan
perkataan yang kasar dan kesat, menggunakan perkataan yang mudah difahami dan
perkataan yang mempunyai faedah. Antara kenyataan mereka ialah:
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

“Jiwa kami ini macam orang perempuan lah..lembut dan cepat sensitif..so
dakwahlah secara lemah lembut..”
(Peserta D)
“Saya ni lebih selesa dengan perempuan berbanding lelaki..macam mana
perempuan tu, kan lembut..sama lah macam saya..”
(Peserta C)
“Janganlah marah-marah..cakap macam-macam..teruk sangat ke kami ni..cuba
cakap baik-baik sikit..saya ni sensitif tau..jiwa lembut..”
(Peserta A)
“kan kami dulu “perempuan”..mestilah lembut..macam tula..kalau nak approach
kami kenala lembut sesuai dengan jiwa “perempuan” tu..tak yah la kasar..brutal
sangat.. ha.. satu lagi cakap yang betul, senang nak faham..tak perlu pusing-pusing
peningla..”
(Peserta B)

Daripada temubual bersama peserta, jelaslah mereka memerlukan pendekatan berhikmah


dengan lemah lembut mengajak mereka kembali ke pangkal jalan dengan mengamalkan
kehidupan lebih baik, melaksana dan mematuhi perintah Allah. Pendekatan ini mampu
mendorong mereka menghayati ajaran agama mengikut landasan yang benar sekaligus
membantu membetulkan golongan ini daripada terus hanyut ke lembah maksiat. Namun
begitu, kelembutan bukanlah bererti tidak tegas terhadap kesesatan atau maksiat yang
berlaku di sekeliling mereka. Sikap lemah-lembut dan tegas diletakkan pada tempatnya dan
itulah hikmah yang perlu fahami dan dilakukan ketika berdakwah.

Pendekatan secara lemah lembut ini banyak diceritakan dalam al-Quran seperti kisah nabi
Musa dan nabi Harun yang diperintahkan oleh Allah untuk berhadapan dengan Firaun
dengan berbicara secara lemah lembut, 14 Allah berpesan kepada Ahli Kitab agar berdebat
dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim15. Menggunakan

14
Surah Taha (20): 43-44
15
Surah al-‘Ankabut (29): 46
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

pendekatan secara kasar bukan sahaja dibenci malah akan dijauhi16 oleh golongan sasaran.
Begitulah juga pendekatan yang dilakukan terhadap golongan LGBT ini yang mana
pendekatan dakwah yang disampaikan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Pendekatan Al-Mujadalah Al-Husna

Mujadalah husna bererti pendebatan atau perbahasan dengan cara yang terbaik. dalam
konteks dakwah LGBT dimaksudkan diskusi atau bertukar-tukar fikiran dan pendapat yang
dilakukan dengan baik. Perkara ini hendaklah diberi perhatian yang serius dalam
pendekatan dakwah kerana sebagaimana yang diketahui, ketika pendakwah
menyampaikan huraian terhadap sesuatu masalah, mad’u akan mengajukan beberapa
pertanyaan yang berkemungkinan agak keterlaluan namun sebagai pendakwah perlu mahir
menanganinya dengan bermujadalah secara baik, berlemah lembut, sopan santun dan
saling menghargai, tanpa menggunakan kata-kata yang kasar dan sindiran.

Selain itu, pendakwah juga perlu mengeluarkan hujah yang bernas tetapi mudah difahami
dengan memudahkan bahasa, gaya penyampaian dan pendekatan yang sesuai. Pendakwah
juga perlu mempunyai perasaan hormat kepada pihak sasaran (LGBT) seraya
mengharapkan mereka beroleh manfaat dan taufiq hidayah hasil daripada mujadalah
tersebut.
Ini diakui oleh peserta kajian antaranya:
“nak tahu mengapa saya jadi gini?...kena buli, kena marah, buat baik kena marah,
buat jahat kena sepak..tanya sikit melenting..saya rasa tak dihargai tau..”
(peserta C)
“nak berubah cakap senang la kan..tapi tak rasa macam mana apa yang kita
rasa..bila balik rumah kena ejek, sindir..cakap bukan-bukan..saya geram..macam
mana nak berubah kalau gitu punya gaya..”
(Peserta D)

16
Surah Ali Imran (3): 159
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

“saya ucap terima kasih la ada orang sudi jemput saya untuk kongsi pengalaman.
Saya bukan nak buka pekung di dada tapi lebih kepada sharing..ambil pengajaran
cerita saya ni...saya suka perkongsian bukan debat-debat..”
(Peserta A)

Secara keseluruhannya pendekatan dakwah kepada golongan LGBT ini memerlukan


pendekatan secara mawizah dan hasanah kepada mereka agar mereka mampu kembali
kelandasan yang benar.

Cabaran LGBT
Terdapat dua cabaran besar yang perlu dihadapi oleh golongan ini untuk berubah iaitu
cabaran dalaman dan luaran.

Mengawal Pemikiran dan Keinginan

Menurut Peserta D cabaran yang paling berat dihadapinya ialah perlu mengawal pemikiran
dan keinginan terhadap gejolak nafsu songsang khususnya kecenderungan seksual.
Kegagalan mengawal nafsu akan membawa kepada kebinasaan sebagaimana yang berlaku
pada kaum Nabi Lut17. Ini disebabkan sikap dan perbuatan yang sudah sebati dalam
kehidupan sukar untuk di buang dalam masa yang singkat kerana mereka memerlukan
sokongan emosi dan spiritual untuk menyingkirkan keinginan ‘kecenderungan seksual’
dalam diri mereka. Ini dijelaskan oleh kenyataan berikut:
“kita kena ingat Tuhan, ingat mati....tapi perasaan lama tu memang akan datang
kan..teringin juga..saya kuatkan semangat dengan ingat mati..insya Allah...”
(Peserta A)
“pada saya la ya..cabaran paling kuat untuk berubah ini nak tukar
kecenderungan seksual ..orang luar tak rasa apa yang saya rasa..cuba anda
berada ditempat saya..baru tau apa yang saya rasa..”
(Peserta D)

17
Surah al-Hijr (15) : 57-77, Surah al-A’raf (7): 80-84
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Untuk membentuk atau menukar ‘kecenderungan seksual’ memerlukan usaha yang


berterusan melalui latihan dan usaha yang berterusan bagi mengelakkan pemikiran mereka
terimbau dan mengenang “nikmat” zaman lampau. Golongan ini perlu mengawal akal dan
menggunakannya untuk menilai perkara yang baik dan buruk dalam diri mereka. Berfikir
dengan baik yang berlandaskan syariat akan menjadi pendinding dalam melakukan sesuatu
perkara. sebagaimana firman Allah melalui Surah al-An’am ayat 50 yang bermaksud:
"Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"

Kepercayaan dalam Kalangan Rakan-Rakan

Tidak semua perubahan boleh di terima dengan baik dan mudah. Ini ditegaskan oleh Allah
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Allah tidak akan mengubah nasib satu kaum
kecuali kaum itu mengubahnya sendiri”18

Cabaran mengubah kepercayaan rakan-rakan LGBT yang lain merupakan cabaran dalam
yang menguji emosi dan mental mereka. Ini disebabkan apabila terdapat rakan yang mahu
berubah digelar ‘munafik’ dan berpura-pura sahaja dengan alasan untuk menarik perhatian
masyarakat luar. Situasi ini mengundang perasaan sedih mereka yang mahu berubah
sepenuhnya. Ini dinyatakan oleh Peserta B:

“sedih puan..macam-macam depa kata saya..munafik, menipu..saja nak tarik


perhatian orang ramai..saya memang nak berubah..saya nak pergi Mekah..saya
mohon ampun taubat ..sampai hati depa kata begitu..”

Cabaran dan dugaan wajib ditempuhi oleh setiap individu. Allah berfirman dalam Surah
al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan
apa yang terdaya olehnya”. Justeru apa yang dialami oleh mereka yang mahu berubah ini
boleh diatasi oleh mereka melalui keikhlasan dan niat yang jitu untuk berubah.

18
Surah al-Ra’du (13): 11, al-Anfal (8): 53
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Cabaran luaran yang dihadapi oleh mereka ialah media masa dan sokongan persekitaran.

Media massa
Mereka pelru menghadapi cabaran dari pengaruh media-massa yang terbuka tanpa tapisan
dan sekatan. Contohnya mudah mengakses laman web pornografi bersesuaian dengan
kecenderungan seksual mereka. Mereka juga mempunyai komuniti maya, bertukar-tukar
pandangan, pendapat, saling sokong menyokong untuk meneruskan perjuangan LGBT
dengan berusaha mendapatkan pengiktirafan dari negara masing-masing. Selain itu
khidmat pelanggan secara online dengan penawaran harga yang berpatutan seolah-olah
“memanggil” mereka semula. Kesannya golongan ini sukar mengikis kecenderungan
seksual secara konsisten. Peranan artis Barat yang menjadi ikon kepada LGBT seperti
Elton John sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan pemikitan mereka untuk terus
bertahan sebagai LGBT. Namun mereka ini masih meletakkan agama di tempat yang
pertama dan memilih untuk berubah menjadi lebih baik.

Sokongan Persekitaran
Golongan ini menghadapi cabaran stigma dan persepsi masyarakat luar yang masih tidak
menerima untuk melakukan perubahan. Mereka sukar mendapatkan pekerjaan atas alasan
lembut, pondan dan bapuk, malah masyarakat masih mengekalkan panggilan seperti
“Nyah”, “Kakak” kepada mereka. Terdapat juga masyarakat yang memandang sinis
kepada golongan LGBT ini apabila mereka cuba keluar kepada masyarakat dan mahu
bergaul seperti masyarakat normal. Apa yang menggusarkan mereka ialah penerimaan
saudara mara sendiri yang agak sukar menerima hakikat mereka seadanya dan seakan ragu
dengan perubahan yang sedang dilakukan. Ini diakui oleh peserta C:

“saya ni tak taulah…macam mana nak ubah cara saya bercakap..dah memang
lembut nak keras macam mana lagi..”

“macam mana nak buang balik payudara ni..saya taulah dulu saya tak fikir masa
nak tukar..sekarang dah betul-betul bertaubat..orang luar tengok saya macam
penjenayah apa..tak open langsung..”
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

(Peserta B)
Keseluruhannya dua cabaran yang dihadapi oleh mereka ini merupakan masalah yang
sering menghantui mereka. Mereka memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk
memberi peluang dan ruang kepada mereka.

Kesimpulan

Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau akronimnya sebagai LGBT merupakan
golongan yang melanggar fitrah kejadian Allah dan gologan ini menggunakan Hak Asasi
Manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka. Namun melalui pendekatan
dakwah yang sesuai mampu mengubah perjalanan hidup mereka menjadi lebih baik dan
tidak terpesong jauh dari landasan ajaran Allah. Pendekatan secara berhikmah,lemah
lembut dan al-Mujadalah al-Husna menjadi pilihan mereka untuk membuat perubahan
kepada diri. Mereka juga mengalami dua cabaran besar iaitu cabaran dalaman dan luaran,
mengawal dan keinginan terhadap gejolak nafsu songsang, mendapat kepercayaan dalam
kalangan rakan-rakan, pengaruh media masa dan sokonga daripada persekitaran
merupakan cabaran utama melakukan perubahan. Mereka memerlukan peluang dan
kepercayaan daripada orang ramai untuk berubah menjadi manusi yang lebih baik dan
diredai oleh Allah SWT.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Creswell, J. W. Design, Qualitative, Quantitative and Mixed Method Approaches. 2nd


Edition. (Thousand Oaks: Sage, 2003).

Hill, C. E., Thompson, B. J., & William, E. N. “A Guide To Conducting Consensus


Qualitative Research”. The Counseling Psychlogist, no 25 (1997): 517-572.
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Howitt & Cramer. Introduction to Research Methods in Psychology. (Harlow: Pearson,


2008).

Kamal AzmiAbd. Rahman, Profil Masayarakat Melayu Malaysia di Media Sosial Yang
Mempromosikan Agenda LGBT dalam Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah, (Kuala
Lumpur: Universiti Malaya, 2015)

Mahfudzah Mohamad, “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-


undang Jenayah Syariah”, Jurnal Undang-Undang Malaysia, no 19 (2015), 29-36

Noor Hafizah bt. Mohd Haridi, Metodologi Dakwah Persatuan Amal Firdausi (PAFI)
Terhadap Kumpulan LGBT, Laporan Geran Penyelidikan KUIS (2015).

Noor Hafizah Haridi, et.al, “Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay,
Biseksual Dan Transgender (LGBT)”, Jurnal Pengajian Islam, Bil 9, Isu II, (2016),
103-118.

Rohaizad bin Abdul Rahman, temubual oleh Nor Hafizah. 11 Jun 2017.

“Pusat Rujukan Persuratan Melayu”, diakses 10 Oktober 2018


http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=lesbian

Khairul Hamimah Mohammad Jodi, PhD. Mendapat ijazah Doktor Falsasah di Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Merupakan Pensyarah Kanan dan Pengarah Program
Diploma Pendidikan Islam Dengan Pendidikan, Kluster Pendidikan dan Sains Sosial di
Open University Malaysia.
Khairul_hamimah@oum.edu.my

Noor Hafizah Bt. Mohd Haridi, PhD. Mendapat ijazah Doktor Falsasah di Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Merupakan pensyarah dan juga ketua jabatan di
Jabatan Dakwah dan Usuluddin ,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
noorhafizah@kuis.edu.my
International Seminar On Human Development (Is-Hud'18), 22 November 2018, Academy Of Islamic
Studies University Of Malaya.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai chapter in Book seperti di bawah:

You might also like