You are on page 1of 10

Dunia kini semakin mencabar dengan kehadiran pelbagai jenayah yang melibatkan pelbagai

lapisan golongan masyarakat. Dalam usaha menjadi negara membangun kebanyakan negara
tidak terlepas daripada ancaman jenayah membabitkan golongan pengurusan & profesional.
Jenayah kolar putih ataupun jenayah korporat yang dilakukan oleh golongan atasan ini
semakin berleluasa dan mencatatkan kadar peningkatan sehinggakan memberi ancaman
kepada kemajuan dan ekonomi negara. Malaysia mencatat kes jenyah kolar putih sebanyak
24,023 kes sepanjang tahun 2010 berbanding 8952 kes pada tahun 2005. Peningkatan ini
masih berlaku dengan begitu drastik walaupun pelbagai usaha mencegah telah dilancarkan
oleh pihak yang bertanggungjawab, (Berita Kampus, 2012). Pecah amanah, rasuah,
pemalsuan data, penyelewengan maklumat dan pemalsuan dokumen adalah antara jenayah
kolar putih bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi malah
menjadikan kehilangan identiti dan kredibiliti organisasi. Amalan rasuah jelas menjejaskan
integriti dan kredibiliti sektor awam dan swasta. Salah guna kuasa dan penyelewengan
terhadap gejala rasuah sama ada sektor awam dan swasta telah memberi laluan kepada gejala
buruk ini untuk menular dalam organisasi, Fazli Abdullah (2003).
Peranan sektor awam ditubuhkankan adalah untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara.
Justeru itu, agar mencapai objektif tersebut sistem penyampaiaan perkhidmatan awam yang
berintegriti tinggi adalah diperlukan supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara
berkesan. Kepentingan integriti kepada perkhidmatan awam adalah mewujudkan pentadbiran
dan perkhidmatan yang cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-nilai murni yang
dapat mengatasi masalah dan kelemahan dalam pelbagai aspek pemerintahan seperti
pengurusan kewangan, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama (Plan Integriti
Nasional, 2004). Integriti merujuk kepada aspek kejujuran dan ketelusan serta kesempurnaan

dan keutuhan yang membariskan empat ciri iaitu sifat yang menyeluruh, jitu, benar dan jujur
(kamus Oxford, 2005). Menurut Mazilan Musa et.al.2005:3 Integriti bermaksud kualiti
unggul yang wujud dalam kalangan individu berteraskan prinsip teguh kepada kejujuran dan
amalan bermoral.
Gejala rasuah yang berlaku di Malaysia telah memberi gambaran dan persepsi terhadap orang
asing yang berkhidmat di Malaysia. Menurut Sulaiman (2005) , walaupun tanggapan tersebut
mungkin terdedah kepada khabar angin dan tidak tepat, tetapi petunjuk tersebut adalah
persepsi yang diberi oleh orang asing kepada negara dan masyarakat Malaysia. Menurut
Robbins (2006) persepsi adalah penting kerana persepsi menentukan bagaimana seseorang
individu bertindak terhadap individu atau objek yang ditanggapinya. Salah satu contoh
perlakuan tidak beretika yang mampu mengikis segala keberkesanan usaha membangunkan
negeri dan negara ialah gejala rasuah menurut Mustafa Haji Ali, (2005).
Walaubagaimanapun, punca gejala rasuah meningkat saban hari antaranya adalah kurangnya
asas didikan agama mendorong kebanyakan golongan profesional ini terjerumus ke arah
jenayah kolar putih ini. Tanpa memikirkan balasan, akibat yang bakal dihadapi oleh diri dan
keluarga lantaran dalam mengejar arus kemewahan menyebabkan golongan ini tidak
mempunyai perarasaan bersalah terhadap apa yang dilakukan. Malah, nilai moral yang
rendah bagi kebanyakan golongan yang telah berada di peringkat tinggi dalam bidang kerjaya
mengakibatkan mereka melakukan apa sahaja demi memperoleh kesenangan walaupun
dengan cara yang salah. Kurangnya perhatian masyarakat terhadap jenayah kolar putih
berbanding jenayah komersial seperti mencuri, merompak dan merogol mengakibatkan
golongan bijak pandai ini licik dalam melakukan penyelewengan secara halus dan berhatihati. Tambahan pula, hukuman yang agak longgar apabila disabit dengan kesalahan jenayah
golongan profesional menyebabkan mereka giat lebih cenderung untuk mengumpulkan
kekayaan dan mengejar status glamour dalam jangka masa yang singkat.

Kemajuan dan perkembangan bidang ekonomi dan sosial yang semakin pesat membangun
seharusnya tidak terencat lantaran ugutan jenayah kolar putih . Pelbagai kaedah difikirkan
dan mula diberi perhatian dalam usaha menangani jenayah korporat ini. Langkah utama
dimainkan oleh pihak berkuasa amatlah berkesan iaitu dengan mengetatkan lagi hukuman
yang membabitkan jenayah golongan atasan ini. Hukuman lebih keras dijatuhkan dengan
bermatlamat memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak mengulangi perbuatan
tersebut yang akan bakal menghancurkan masa depan diri dan keluarga. Selain itu, pihakpihak agensi tempatan turut mengambil peranan masing-masing dalam melancarkan pelbagai
aktiviti yang menimbulkan kesedaran akan akibat perbuatan yang tidak bermoral ini. Aktivitiaktiviti seperti ceramah, kempen dan program ilmu berkaitan jenayah halus ini perlu
diadakan secara konsisten melibatkan syarikat-syarikat besar dengan penyertaan setiap
lapisan kakitangannya.
Selain itu, organisasi turut mempraktikkan pelbagai alternatif melibatkan kawalan prosedur
kerja dan mengamalkan budaya kerja yang sihat dalam pengurusan operasi syarikat supaya
tidak disalahgunakan oleh kakitangannya. Alternatif ini bukan setakat untuk memelihara
kredibiliti pihak pengurusan malah yang lebih utama adalah bagi melindungi identiti
organisasi supaya tidak terjejas sekaligus memusnahkan imej organisasi.
Pihak media tidak terkecuali dalam hal ini, media sosial khususnya aktif dalam
mempromosikan program-program bercorak mendidik dan memberi kesedaran kepada
golongan pengurusan & profesional ini. Penyiaran program seperti ini dilihat dapat memberi
ruang & peluang untuk individu melihat sendiri kesan daripada perbuatan yang tidak
bermoral tersebut. Teori Agensi mengandaikan keperluan untuk mengubah perspektif dalam
membina teori pengurusan masa hadapan yang berorientasikan anggapan yang lebih positif
mengenai manusia Kulik 2005; Ghoshal 2005; Donaldson 2005

Peranan setiap lapisan golongan individu adalah perlu dalam usaha menangani isu jenayah
kolar putih. Nilai integriti setiap individu dan sikap amanah perlu dijadikan asas dalam
menjalankan rutin tugasan sebagai seorang pekerja. Bukan sahaja memanfaatkan diri dan
keluarga malah impaknya juga dilihat apabila kadar dalam negara kasar dapat ditingkatkan
sekaligus memakmurkan pertumbuhan ekonomi negara. Selain dari itu juga, isu kecekapan
dan keberkesanan kerajaan tempatan turut menjadi topik hangat di laman media, sama ada
media elektronik atau media konvensional (Nur Hairani Abd Rahman, Khairiah Salwa
Mokhtar, Muhammad Asri Mohd Ali, 2013). Isu rasuah umpamanya sering dikaitkan dengan
sektor kerajaan. Ini kerana ianya dilihat kerap berlaku di agensi atau jabatan kerajaan,
contohnya kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit atau lesen
perniagaan, maka jika dilihat dari perspektif korupsi, perkara ini boleh memberi keuntungan
kepada pihak tertentu mahupun kroni yang cuba mengambil kesempatan ke hak milik
mahupun tender kontrak untuk mengeluarkan isu permit dan lesen ini. Selain itu juga, sistem
pendidikan juga perlu dikaji semula supaya dapat memberi pendedahan awal akan impak
gejala rasuah dalam silibus sistem pembelajaran. Generasi yang dididik menjauhi gejala
rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan amanah. Ini
penting dalam sistem pendidikan kerana ianya membentuk generasi akan datang yang bebas
daripada rasuah. Kemudahan ICT di dalam sesuatu proses yang panjang juga didapati telah
memudahkan dan mengurangkan pelbagai karenah birokrasi khususnya melibatkan para
perniaga, pelabur dan kontraktor.Kecanggihan teknologi juga dilihat dari satu sudut dapat
menghindari bahaya rasuah kerana setiap transaksi yang dijalankan tidak perlu disogok
dengan wang ataupun hadiah dalam menjayakan sesuatu urusniaga. Menurut Frederickson,
George H. Dan Richard Ghere, Ethics in Public Management M.E Sharpe, New York, (2005),
menguraikan bahawa etika menjadi suatu perkara penting dalam gerakan membangun suatu
pemimpin ia termasuk isu-isu korupsi dan moral pemimpin itu sendiri. Isu yang lebih besar

berkaitan dengan sistem agihan yang tidak sampai kepada rakyat, umpamanya, dalam kes
penyalahgunaan peruntukan wang daripada Dana Khas Persekutuan seperti dibuktikan dalam
Laporan Ketua Audit Negara (2005).
Dalam Teori penyelewengan sosial melihat reaksi masyarakat adalah peraturan atau norma
dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat diperhatikan melalui sesuatu perkara yang bukan
semulajadi dan berbeza menurut peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat itu sendiri.
Menurut Cohen, seseorang yang melakukan tingkahlaku yang berlainan dari norma
masyarakat akan menyebabkan self-fulfilling prophecy di mana seseorang itu akan
meneruskan wataknya sebagai seorang devian. Maksud devian menurut Robert Merton,
Anomie and Social Structure adalah kelakuan mengikut arah yang tidak dipersetujui, yang
bertentangan dengan norma dan darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat.
Teori Anomi adalah berdasarkan perbezaan dalam mendapat peluang yang sah bagi
mendapatkan matlamat yang diingini. Pada masa yang sama ia mengatakan bahawa peluang
untuk mendapat matlamat secara tidak sah terdapat dengan banyaknya. Teori cultural
transmission dan differential association mengandaikan bahawa peluang untuk
mendapatkan matlamat secara tidak sah adalah berbeza, akan tetapi ia tidak mengakui kaitan
ini dengan peluang untuk mendapatkan matlamat secara sah. Sutherland mengandaikan
bahawa manusia mempunyai peluang yang sama rata untuk mendapatkan sesuatu yang sah
tidak kira sebarang latar belakang sosialnya. Namun begitu, dalam usaha mencapai matlamat
secara sah, individu menghadapi rintangan sosial, maka tekanan yang wujud telah membawa
kepada perbezaan norma dalam masyarakat. Konsep differential oppurtunity ini
membenarkan kita untuk mengabungkan teori anomi (yang mengakui wujudnya perbezaan
dalam peluang yang sah) dengan chicago tradition (yang mengakui wujudnya perbezaan
dalam peluang yang tidak sah). Apabila sesuatu kesalahan sosial masyarakat tidak berlaku,

seterusnya pembentukan satu budaya jenayah dikalangan masyarakat juga tidak mungkin
berlaku.
Menurut Durkhems seseorang individu telah hilang atau menjadi lemah dalam masyarakat
sehingga tidak dapat mengawal diri menyebabkan seseorang individu kurang jelas peranan
mereka dalam sesuatu tempoh masa terutama sekali apabila kemelesetan ekonomi, ia
menyebabkan seseorang individu itu menjadi agresif ataupun berasa tertekan. Mengikut Teori
devian Merton pula, bagi seseorang pekerja untuk mendapat wang supaya dapat meneruskan
hidup dan membeli barangan yang diperlukan dan penyebab individu tersebut menerima atau
menolak matlamat dalam masyarakat juga kerana wang. Bagi Merton, tingkahlaku boleh
dibahagikan kepada lima jenis iaitu nondeviant conformity, innovation, ritualism,
retreatism dan rebellion. Berbeza dengan teori konflik pula, ia menjelaskan manusia
mempunyai kuasa akan menjaga kepentingan masing-masing supaya matlamat dan keperluan
diri dapat dipenuhi. Jadi mereka yang berkuasa akan terus berkuasa dan mengawal individu
yang lemah.
Jenayah rasuah ini sesuatu yang melanggar undang-undang dalam pemerintahan kerajaan.
Kebiasaanya jenayah kolar putih ini terdiri dari golongan berpendidikan tinggi dan selalunya
mempunyai jawatan tinggi dalam sesuatu organisasi bagi memenuhi keperluan sendiri. Gejala
rasuah ini dapat ditanggani dengan meluas sekiranya ahli masyarakat samaada peringkat
atasan dan bawahan mengamalkan integriti yang tinggi. Kajian Badan Pencegah Rasuah
(BPR) menyatakan kelemahan sesuatu organisasi itu disebabkan kelemahan dalam sistem
urus tadbir. Kerenah birokrasi telah memburukkan keadaan dan sistem penyampaian
(delivery system) yang memerlukan tempoh masa terlalu lama. Apabila berlaku kelewetan,
akan timbul sogokan atau wang pelincir mahupun hadiah bagi mempercepatkan urusan
berkenaan. Hal ini juga berlaku akibat dari sistem proses secara manual, ia juga diburukkan
lagi dengan kekurangan pekerja. Amalan kelewatan ini telah menjejaskan prosedur kerja serta

akan membuka ruang dan peluang kepada pihak berkepentingan bagi mempercepatkan
urusan masing-masing termasuklah sogokan. Kelewatan dalam urusan ataupun proses yang
terlalu lama dapat dilihat sebagai faktor yang boleh dieksploitasi oleh individu untuk
melakukan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi Badan Pencegah Rasuah
Malaysia menyatakan wabak penyelewengan dan rasuah akan merebak dalam masyarakat
dan akan menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Sokongan
seluruh rakyat bagi menghapuskan rasuah sangat dituntut bagi mencapai hasrat kerajaan.
Kerajaan turut mencadangkan bahawa perlunya sabuah mahkhamah khas untuk
membicarakan kes berkaitan hal berkaitan rasuah sekaligus membuktikan kesungguhan pihak
kerajaan mengambil perhatian yang serius akan perkara ini (Rahman, 2008) .Satu mahkamah
khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini diwujudkan
bagi menunjukkan komitmen tinggi kerajaan bagi membanteras rasuah dan penyelewengan
sehingga ke akar umbi. Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara
ini melepasi halangan dan krisis ekonomi
Justeru itu , dapat ditekankan bahawa gejala rasuah adalah merupakan penyakit sosial yang
boleh mencemarkan reputasi sesebuah negara. Amalan rasuah sekiranya tidak dibendung
dengan perhatian yang serius bakal menjadi amalan biasa dalam kehidupan sekaligus
membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara. Bagi memenuhi
matlamat menjadikan Negara Malaysia mencapai negara maju, Malaysia khususnya perlu
membanteras gejala rasuah secara berleluasa. Kesedaran seluruh masyarakat juga amat
diperlukan terutama bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia, malah campur tangan setiap
lapisan masyarakat juga adalah penting dalam berkerjasama membanteras gejala rasuah
supaya dapat memupuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan amanah sekaligus
dapat membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. Apabila gejala rasuah ini
dapat dihapuskan, ia akan meningkatkan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing

terhadap kecekapan dan keberkesanan corak pentadbiran khasnya melibatkan sistem


perundangan di Malaysia.

RUJUKAN:

Goh Beng Lan, (2005). Penyelewengan, Konflik dan Pengawalan Sosial : Universiti Sains
Malaysia

Reading On Social problem. (1990). Williiam Feigelman.

Suhana Saad & Suraya Ishak (2010) Pembudayaan Etika dan Penyelesaian Konflik
dalam Kalangan Agen Pembangunan di Kelantan.

Nik Hairi Omar, Azmi Awang & Azmi Abdul Manaf. (2012) Integriti Dari Perspektif
Pengaduan Awam: Kajian Kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Mustafa Haji Ali. (2005) Membina Integriti untuk Memerangi Rasuah.Dlm.Etika dan Integriti
di Malaysia : Isu dan Cabaran. Mazilan Musa, Izal arif Zahruddin dan Suzana Che Moin
(ed).Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Minda Pengarang. (1997, Februari 15). Berita Harian

Berita Kampus. (2012, Mei 17). Retrieved November 22, 2015, from
Jenayah kolar putih rencat kemajuan negara :
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/1665bangkit-bantu-rakyat-negara-islam-yang-ditindas

Nur Hairani Abd Rahman, Khairiah Salwa Mokhtar, Muhammad Asri Mohd
Ali. (2013). PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN
IMPLIKASINYA DI MALAYSIA. Jati , 18, 25-41.
Rahman, S. A. (2008). Isu Rasuah Di Malaysia. Retrieved November 22,
2015, from 1 klik:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16isu-nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html

You might also like