You are on page 1of 1

Teori Kawalan (Control Theory) yang diasaskan oleh Hirschi. Pokok kepada teori ini ialah sosialisasi.

Andaiannya ialah kanak-kanak tidak belajar dari naluri, sebaliknya mereka perlu disosialisasikan dengan tingkahlaku yang diterima masyarakat. Ibubapa memainkan peranan utama dalam hal ini. Teori ini berbeza dari teori lain dari segi premis permulaannya. Biasanya, teori tentang jenayah dan delinkuensi bermula dengan soalan, "Mengapa orang melakukan jenayah dan delinkuensi?" Tetapi teori ini bermula dengan soalan, "Mengapa tidak semua orang melakukannya?" Dalam kata lain, apa yang mengikat individu dengan masyarakatnya sehingga menyebabkannya menjauhi perbuatan tersebut? Hirschi telah membentuk teori ini dari perspektif sosiologi dan kemudiannya menguji teorinya itu ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah. Dari situ, beliau telah mengenalpasti empat komponen yang mengikat individu kepada masyarakat yang seterusnya mengurangkan tingkah laku jenayah dan delinkuensi. Komponen pertama ialah attachment (keterikatan). Ia merujuk kepada sejauhmana individu sensitif kepada kehendak dan nilai orang lain. Komponen kedua ialah commitment (komitmen) yang merujuk kepada sejauhmana individu menggunakan masa dan tenaganya untuk aktivitiaktiviti konvensional. Komponen ketiga ialah involvement (keterlibatan) iaitu sejauhmana individu melibatkan diri dengan nilai dan aktiviti yang konvensional. Akhir sekali, belief (kepercayaan) iaitu sejauhmana individu menerima keesahan moral sesuatu peraturan konvensional. Hirschi temui bahawa, keterikatan kepada ibubapa amat berkait rapat dengan tingkahlaku mengikut peraturan tanpa mengira status sosial mereka. Ini bererti remaja yang sensitif dengan kehendak dan nilai ibubapa mereka kurang cenderung untuk menjadi delinkuen tanpa mengira sama ada ibubapa itu dari kelas atasan, pertengahan mahupun bawahan. Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga penting untuk menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan akademik, pencapaian akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru. Teori ini menekankan kepada kepentingan hubungan keluarga dan berpendapat hubungan yang buruk antara ibubapa dan anak sebagai faktor utama tingkahlaku jenayah dan delinkuensi. Teori ketiga ialah Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory). Jika teori kawalan memfokus kepada keterikatan anak-anak dengan ibubapanya, teori pembelajaran sosial ini menekankan kepada proses bagaimana anak-anak belajar norma-norma kemasyarakatan. Jika mesej yang disampaikan oleh ibubapa dan agen-agen yang lain adalah positif, dan jika anak-anak menerimanya dengan baik, manakala pengaruh lain adalah sama, anak itu akan cenderung untuk membesar dengan nilai-nilai yang baik.

http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=453

You might also like