You are on page 1of 17

MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

_____________________________________________________________________________

 CLUSTER OF APPLIED SCIENCES (CAS)

AMBILAN MEI 2018

______________________________________________________________________________

SEMESTER JANUARI 2020

MPU3223_V2

ENTREPRENEURSHIP /KEUSAHAWANAN

NAMA : FARIDAH BINTI RAMLI MUZAMMIL

NO. MATRIKULAS :  750311086570001

NO. KAD PENGENALAN : 750311-08-6570

NO. TELEFON : 019-5589571

E-MEL : faridahrm@tnb.com.my

NAMA TUTOR : AFFENDY BIN ABU HASSIM

PUSAT PEMBELAJARAN : KAMPUS OUM SERI MANJUNG

PERAK

1
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

TAJUK HALAMAN

1.0 Pengenalan Tugasan 1 3-4


2.0 Elemen Persekitaran Makro 5-9
3.0 Kesan Persekitaran Makro 9-11

4.0 Cadangan Persekitaran Makro 11-12

5.0 Kesimpulan Tugasan 1 12-13

6.0 Rujukan Tugasan 1 14

5.0 Tugasan 2 15-16

2
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

1.0 Pengenalan
Persekitaran makro bagi sesebuah syarikat atau organisasi lazimnya merujuk kepada
elemen-elemen luaran yang tidak terkawal. Elemen-elemen ini biasanya mempengaruhi sebuah
organisasi semasa membuat sesuatu keputusan. Persekitaran makro lebih dikaitkan dengan
persekitaran yang berada di dalam luar kawalan syarikat tersebut, tetapi pihak syarikat perlu
mengawasinya kerana persekitaran ini akan lebih memberi peluang dan ancaman terhadap
organisasi atau syarikat (Armstrong dan Kotler, 2011). Amrstrong dan Kotler (2011) juga
menyatakan bahawa sesuatu yang mempengaruhi pembangunan produk dan syarikat juga
dikenali sebagai persekitaran makro. Terdapat empat elemen yang mempengaruhi persekitaran
makro iaitu, elemen ekonomi, keadaan perundangan dan politik, sosiobudaya dan perubahan
teknologi. Persekitaran makro juga dikenali pengaruh luar yang sukar dikawal oleh syarikat atau
organisasi.

Terdapat pelbagai cabang perniagaan yang berada di dunia ini termasuk perusahan
automobil, dimana perniagaan atau perusahaan ini telah membawa sebuah syarikat terbesar dunia
melabuhkan perniagaan di 150 buah negara dan mengendalikan 100 kemudahan pengeluaran di
27 buah negara. Volkwagen Aktiengensellschaft adalah sebuah syarikat antarabangsa yang
dikenali sebagai Volkswagen Group. Merupakan sebuah syarikat multinasional Jerman dan
beribu pejabat di Wolfdburg, Sachsen Hilir, Jerman. Merekabentuk, mengeluar dan mengedar
kenderaan merupakan milik keluarga Porsche-Piech Austria. Bermula pada tahun 1934, syarikat
yang diasaskan oleh Ferdinand Porche mula menyediakan pasukan dikenali Persatuan Penyedia
Volkswagen mbH. Setahun selepas itu beliau telah membina kilang pertama “Volkswagen” di
Wolfsburg. Volkswagen dalam Bahasa Jerman bermaksud ‘kereta rakyat’. Selain daripada
aktiviti pengilangan automotif, Volkswagen terlibat dengan aktiviti logistik dan kewangan.
Sejarah permulaan pembuatan kereta ini adalah disebabkan pemerintah kerajaan Jerman pada
ketika itu telah membuat pesanan kereta penumpang yang moden.

Logo dan lambang Volkswagen pada asasnya adalah milik Franz Xavier Reimspiss,
merupakan pekerja syarikat “Porsche” melalui pertandingan mencipta logo syarikat. Moto pada
ketika itu adalah meningkatkan enjin untuk “kumbang’. Franz Xavier Reimspiss telah
mengganbungkan huruf W dan V menjadi monogram. Perubahan lambang berlaku sejurus
semasa pemerintahan Nazi Jerman, ia diubah menjadi swastika. Apabila British mengambila alih
perniagaan ini, sekali lambing Volkswagen ditukar dan menggantikan latarbelakang dengan
warna hitam dan biru. Rajah 1 dibawah menunjukkan frasa perubahan lambang tersebut.

3
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

Rajah 1.1: Perubahan lambang Volkswagen.


Pada tahun 2016 Volkswagen telah mengatasi jualan syarikat Toyota di dunia dan
Berjaya mengekalkan prestasi pada tahun 2017 dengan menjual 10.7 juta kenderaan dan
merangkul tempat keenam dalam Fotune Global 500 award. Produk keluaran Volkswagen Group
seperti motosikal berkuasa besar, kereta, van dan dan bas. Ducati merupakan motosikal keluaran
syarikat ini, manakala kereta dan kenderaan penumpang lain di bawah Kumpulan Volkswagen
iaitu Audi, Bentley, Bugatti, Lamborghini, Porsche, SEAT, Skoda dan Volkswagen sendiri.
Rajah 2 menunjukkan lambang syarikat yang berada di bawah Kumpulan Volkswagen:

Rajah 2: Lambang keluaran Syarikat Kumpulan Volkswagen.

4
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

2.0 Elemen Persekitaran Makro.

Setiap syarikat atau organisasi perlu sentiasa memberi tumpuan kepada persekitaran
makro yang mampu mempengaruhi sebarang kedudukan dan persaingan yang perlu dihadapi
untuk pembangunan syarikat atau organisasi tersebut. Oleh yang demikian, terdapat empat
elemen atau factor yang mempengaruhi persekitaran makro tersebut. Memandangkan elemen
persekitaran makro tidak dapat dikawal dan diluar jangkaan, syarikat perlu bijak dan sentiasa
mencari alternatif untuk menyelesaikan sebarang masalah atau pengaruh tersebut untuk
mencapai keuntungan secara berterusan.

2.1 Elemen Ekonomi.

Menurut Kotler et. Al. (2011), persekitaran ekonomi boleh dilihat melalui factor-faktor
yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan perbelanjaan. Elemen persekitaran makro bagi
ekonomi adalah melibatkan permintaan produk dan perkhidmatan. Sesebuah syarikat perlu
mengkaji dan menilai serta memantau pola perubahan dalam pendapatan dan perbelanjaan
pengguna. Ini kerana penilaian ini akan mempengaruhi serta memberi kesan kepada pembelian
barang terutama kenderaan di pasaran semasa. Pengaruh dan kuasa pembelian pengguna menjadi
tunggak kepada prestasi dan kestabilan sesebuah syarikat. Pasaran automotif juga tidak terlepas
daripada perubahan ekonomi samada dalam bentuk positif atau negatif. Pembolehubah utama
dalam ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan
memberi kesan terhadap pasaran.

Penduduk mana-mana negara di dunia ini terdiri daripada pelbagai taraf hidup, golongan
mampu, sederhana dan kurang berkemampuan. Volkswagen telah mengkaji ekonomi setiap
negara termasuk Malaysia. Di Malaysia Volkswagen mempunyai model kenderaan yang
memenuhi poket pembeli. Terdapat beberapa jenis kenderaan dengan harga yang berpatutan.
Volkswagen Passat, Golf, Polo, Vento, Tiguana, Bettle dan banyak lagi model yang memenuhi
keperluan pembeli. Rajah 3 menunjukkan harga kereta keluaran Volkswagen mengikut model.

5
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

Rajah 3: Harga kenderaan keluaran Volkswagen di Malaysia.

Syarikat Volkswagen didapati mempunyai potensi yang meluas dalam bidang penghasilan
produk automotif. Menerusi penilaian yang dibuat syarikat ini telah berjaya memasarkan
kenderaan keluaran yang elegen dan mewah dengan harga yang berpatutan. Model kenderaan
keluaran Volkswagen juga menjadi antara pilihan utama rakyar di negara ini mahupun
antarabangsa. Permintaan dan pengeluaran memainkan peranan dalam peningkatan ekonomi.
Jika ada permintaan maka syarikat akan terus mengeluarkan kenderaan yang disukai ramai.
Volkswagen juga telah menepati citarasa semua golongan, gologan muda misalnya seseuai
dengan model Golf GTI bagi lelaki dan Polo pula bersesuaian dengan wanita. Manakala bagi
golongan berkeluarga Passat atau Tiguana menjadi pilihan mereka. Keperihatinan Volkswagen
ini telah menarik minat pembeli dan pelabur di seluruh dunia. Pelabur-pelabur ini juga berminat
menjalinkan usahasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Automotif bersamanya.

6
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

2.2 Elemen Sosiobudaya

Persekitaran demografik dan aliran budaya dalam masyarakat merupakan dua aspek
penting dalam sosiobudaya. Usahawan perlu menjalankan penyelidikan dan kajian yang teliti
tentang demografik termasuk kajian populasi manusia iaitu dari segi saiz, lokasi, kepadatan,
umur, jantina, bangsa, pekerjaan dan data statistik lain. Kajian ini dapat membantu syarikat
untuk menyumbang kepada penciptaan pasaran. Perubahan ini nanti akan membawa syarikat
terhadap perubahan kepada permintaan, kuasa beli, sasaran, saiz pasaran.

Aliran sosial dan budaya merupakan dua perkara yang berkait dengan kehidupan dalam
masyarakat. Kecenderungan dan citarasa manusia sangat berkesan dalam penentuan keputusan
pemasaran pengguna. Selain itu, cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa,
gaya hidup keluraga dan citarasa pengguna merupakan elemen-elemen penting persekitaran ini.
Disamping itu elemen-elemen ini juga mengubah pola permintaan dan akan mempengaruhi
keputusan yang akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.

Berdasarkan elemen sosialbudaya yang diterangkan di atas, syarikat Kumpulan


Volkswagen sangat menepati citarasa pelanggan dengan menyediakan model kenderaan yang
bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat. Syarikat ini juga telah menembusi pasaran
antarabangsa sejak berabad lamanya. Sejak tahun 50 an sehingga kini sebanyak lebih sejuta buah
kenderaan pelbagai model telah terjual di serata dunia. Selain Malaysia, syarikat ini telah
menembusi pasaran di Brazil, Afrika Selatan, Autralia, dan Mexico. Model yang dikeluarkan
juga mengubah gaya hidup seseorang, sebagai contoh model Golf Gti membuat pemandu tanpak
segak dan elegen, ia bersesuai dengan anak muda yang berkarisma dan peminat Sukan
permotoran.

2.3 Elemen Politik dan Undang-undang.

Terdapat banyak perbezaan politik dan perundangan di antara satu negara dengan negara
yang lain. Persekitaran ini perlu dikaji oleh setiap syarikat atau organisasi bagi mematuhi
kehendak politik dan undang-undang pasaran mereka. Amstrong dan Kotler (2011) menyatakan

7
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

bahawa politik dan undang-undang merujuk kepada perlaksanaan dan penggubalan perundangan
oleh pihak kawalan syarikat yang memberi pengaruh atau had dalam firma atau masyarakat.
Usahawan perlu sedar akan ada halangan perdagangan, cukai, tariff dan risiko politik serta
hubungan dua hala atau lebih. Setiap produk yang dipasarkan akan dipantau oleh pihak kerajaan
dengan menyediakan garispanduan dalam proses pembuatan sehingga kepada pemasaran. Ia
bertujuan untuk memastikan produk tersebut menepati piawaian yang telah ditetapkan.
Garispanduan ini juga bagi menjamin produk yang dikeluarkan berkualiti.

Bagi elemen undang-undang pula, ia meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukan oleh


kerajaan termasuk penetapan harga barang kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat
bekerja. Undang-undang barangan, jualan, sewa beli, perkongsian dan undang-undang syarikat
digubal untuk mengawal setiap jenis perniagaan. Ini termasuk pembuatan, penjualan dan
pemasaran bagi perniagaan automobil.

Volkswagen telah diberikan permit untuk membawa masuk kereta-kereta buatan luar
negara, hal ini kerana undang-undang di Malaysia telah membuka peluang kepada pasaran
keterbukaan automobil. Ia memberikan keuntungan kepada syarikat ini kerana penduduk di
negara ini berminat untuk membeli kereta mewah yang mampu milik. Kestabilan politik di
sesebuah negara telah menyebabkan Volkswagen mengembangkan pasaran kereta dengan
pelbagai model. Namun begitu terdapat pergolakan politik di negara-negara Barat seperti Eropah
dan Amerika menyebabkan pemasaran jenama ini merosot sehingga 6 peratus. Manakala bagi
pasaran Asia Pasifik ia menurun sehingga 10.5 peratus. Jadual penjualan dan pemasaran seperti
di bawah.

8
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

Jadual 1: Pecahan prestasi jualan Volkswagen pada 2019 dan 2018.

2.4 Elemen Teknologi.

Elemen perubahan persekitaran makro terakhir adalah terknologi, ia memainkan peranan


penting dalam kejayaan syarikat. Tanpa teknologi yang hebat dan canggih sesebuah syarikat
tidak dapat berjaya dan bersaing dengan syarikat lain. Pengembangan teknologi perlu dalam
pengeluaran produk terutamanya dunia pemasaran automobil. Pembangunan teknologi ini
seterusnya akan meningkatkan kualiti dan kuantiti keluaran produk dalam pasaran. Sebagai
contoh model Polo pada asasnya merupakan kereta biasa tetapi setelah dinaik taraf teknologinya
ia menjadi model Polo baru yang bersamaan dengan “Audi-50”. Terdapat beberapa siri model
Golf yang melambangkan teknologi sesebuah kereta itu.

Pengembangan dan peningkatan teknologi di dalam Volkswagen semakin hari semakin


maju dan moden atau ‘specificated’. Terkini Kumpulan Valkswagen telah mereka cipta kereta
elektrik dalam tahun 2020. Menurut pegawai pemasarannya, sebanyak satu juta kereta elektrik
akan dihasilkan dan dipasarkan menjelang tahun 2023. Demi menjamin teknologi meningkat
secara berterusan, Kumpulan Volkswagen telah menubuhkan ‘Akademik Automotif Volkswagen”
pertama di Malaysia pada tahun 2017. Akademik ini boleh memuatkan seramai 157 orang
pelajar, berkeluasan 14,117 kaki persegi.

3.0 Kesan Elemen Persekitaran Makro Ke Atas Syarikat Pilihan.

3.1 Kesan Ekonomi.

Kebanyakan syarikat khuatir akan kuasa membeli dan corak perbelanjaan pengguna.
Pembeli sebenarnya berkuasa untuk memajukan sesutu perniagaan atau sebaliknya. Manakala
kemampuan pengguna atau pembeli pula bergantung kepada ekonomi dan saraan hidup mereka.
Sejak kebelakangan ini, ramai pembeli mampu memiliki kenderaan yang agak mewah
berbanding beberapa puluh tahun lalu. Ekonomi Malaysia khususnya yang berkembang telah
membantu pembeli memiliki kenderaan idaman mereka. Secara tidak langsung ia telah

9
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

meningkatkan hasil penjualan kereta terutama kereta milik Kumpulan Volkswagen. Ini
dinamakan perubahan peningkatan pendapatan akan meningkatkan kuasa pembeli.

Syarikat Volkswagen sedar akan keupayaan pembeli dengan memasar dan menjual
kenderaan yang bersesuaian dengan ekonomi penduduk. Imbangan kesan dari elemen ekonomi
ini membuatkan Kumpulan Volkswagen menyediakan model kereta seperti Polo dan Passat yang
mempunyai harga yang munasabah, (rujuk rajah 3). Faktor ini bagi memastikan pengguna terus
menikmati kenderaan yang mampu milik tatkala ekonomi kurang baik.

3.2 Kesan Sosiobudaya

Persekitaran demografik merupakan elemen yang boleh mempengaruhi aspek pemasaran


dalam strategi pemasaran, ia meliputi jumlah kuantiti produk yang dihasilkan dan sesuai untuk
dikomersialkan. Aspek ini bagi menggelak syarikat daripada mengalami kerugian, sesebuah
syarikat perlu menepati strategi pemasaran yang bersesuain dengan budaya dan kehendak
pengguna atau pembeli.

Bagi Kumpulan Volkswagen ciptaan kenderaan yang mementingkan ciri dan budaya
masyarakat sesebuah negara menyebabkan model keluarannya berjaya dihati pemandu.
Masyarakat Malaysia seperti Barat juga, pemuda menggemari kereta yang ‘sporty’dan elegen.
Model Golf GTI laris dijual di Malaysia.

3.3 Kesan Politik dan Undang-undang.

Aspek perundangan merupakan kesan positis atau negatif yang penting bagi sesebuah
syarikat perniagaan atau pelaburan. Termasuk undang-undang dalam hubungan pekerja, bidang
kepenggunaan, alam sekitar dan amalan kompetitif. Persekitaran sebegini mempengaruhi dan
menentukan matlamat, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan undang-undang berkaitan
cukai.

10
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

Kesan elemen politik mempengaruhi pemasaran syarikat Kumpulan Volkswagen ini,


dimana pada tahun lepas terdapat pergolakan politik di Barat dan Asia Pasifik telah
mengurangkan penjualan kenderaan mereka (rujuk perkara 2.3, jadual pretasi jualan). Penurunan
hasil jualan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada Kumpulan Volkswagen.

3.4 Kesan Teknologi.

Peningkatan permintaan oleh pembeli telah memberi kesan kepada peningkatan teknologi
automotif itu sendiri. Pereka kenderaan memastikan bahawa teknologi yang digunakan dalam
pembuatan kenderaan sentiasa meningkat dan moden. Kumpulan Volkswagen bersaing dengan
beberapa pembuat kereta yang lain di dunia perniagaan automotif. Oleh itu, syarikat ini telah
meningkatkan teknologi kenderaan mereka daripada penggunaan petrol kepada bateri. Teknologi
ini lebih selamat untuk alam sekitar khususnya. Tanpa pembakaran plumbum maka udara kita
akan bebas daripada pencemaran.

4.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Pengurusan Persekitaran Makro Syarikat.


Berikut terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh
syarikat Kumpulan Volkswagen. Sekiranya Kumpulan Volkswagen ingin kekal releven dalam
dunia pemasaran automobil, syarikat perlu melaksanakan:

4.1 Cadangan Ekonomi.


Kumpulan Volkswagen perlu menambah beberapa model yang lebih bersesuaian dengan
pasaran negara-negara kecil, ini kerana sekiranya dapat meneraju di pasaran kecil yan banyak ia
akan terus mengukuhkan ekonomi syarikat. Disamping mengembangkan ke pasaran diperingkat
antarabangsa, pasaran kecil ini dapat menjadi modal sampingan kepada syarikat.

4.2 Cadangan Sosiobudaya.


Syarikat Kumpulan Volkswagen perlu mengkaji dengan lebih mendalam dan bijak
memantau perubahan cita rasa, pilihan pengguna dan gaya hidup bagi memastikan peluang
perniagaan seterusnya. Pemboleh ubah seperti ragam pekerja, pembetukan rumah tangga, tahap
pendidikan, kadar penglibatan tenaga buruh, corak waktu lapang dan perbelanjaan juga perlu

11
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

dititikberatkan. Syarikat boleh mendapatkan data dari sumber umum dan persendirian bagi
menilai dan memantau sebarang perubahan. Disamping itu syarikat perlu meramal dan menilai
sebarang perubahan untuk memastikan perniagaan mereka terus releven dengan perubahan
persekitaran ini.

4.3 Cadangan Politik dan Undang-undang.


Dari aspek politik tidak banyak yang dapat dicadangkan kerana pengaruh politik
melibatkan sesebuah negara itu sendiri. Tetapi Kumpulan Volkswagen boleh menyerap sebarang
perubahan politik tersebut dengan mengikuti perkembangan semasa. Syarikat perlu memastikan
kemampuan untuk terus bertahan dengan perubahan politik tersebut. Menyediakan plan
perancangan lima tahun agar kesan perubahan politik tidak merugikan syarikat.
Aspek perundangan, tarif dan percukaian serta kuota pemasaran yang dihadapi oleh
kumpulan Volkswagen memang tidak dapat dielakkan. Syarikat perlu mematuhi undang-undang
sediada bagi sesebuah negara tersebut. Disamping itu, Kumpulan Volkswagen perlu menilai dan
memantau pasaran semasa dunia.

4.4 Cadangan Teknologi.


Kumpulan Volkswagen telah mengorak langkah dengan mereka cipta kenderaan
elektrik (bateri) tetapi akan memerlukan masa lebih 5 tahun. Oleh itu, adalah dicadangkan agar
kumpulan Volkswagen dapat mengasilkan kenderaan dengan menggunakan minyak sawit, ini
kerana terdapat beberapa negara Asia yang menjadi pengeluar sawit terbesar dunia.

5.0 Kesimpulan.

Pemahaman mengenai persekitaran makro amat penting untuk sesebuah syarikat atau
organisasi. Elemen ini akan mempengaruhi strategi dan kedudukan sesebuah syarikat. Walaupun
pengaruh persekitaran makro berada di luar kawalan, namun impak dan kesan yang terhasil
adalah hebat dan besar. Persekitaran makro juga memainkan peranan penting dalam penentuan
kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Terdapat empat elemen utama dalam pengaruh
persekitaran makro iaitu ekonomi, sosiobudaya, politik dan undang undang serta teknologi.
Keempat-empat elemen ini memerlukan perhatian dan penilaian yang teliti supaya syarikat lebih
releven, berkembang dan beroperasi.

12
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

Berpandukan kepada perbincangan dan kajian yang dilaksanakan mengenai syarikat


automobil terkenal iaitu Kumpulan Volkswagen, dapat dirumuskan bahawa persekitaran makro
dapat mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam syarikat. Kumpulan Volkswagen meneliti
persekitaran ekonomi tahap global, nasional dan tempatan. Setiap perniagaan berkait dengan
ketiga-tiga tahap persekitaran makro bagi elemen ekonomi. Walaubagaimanapun, syarikat atau
organisasi perlu memastikan tahap mana yang memberi impak besar kepada empayar perniagaan
mereka. Dalam hal ini Kumpulan Volkswagen lebih menumpukan kepada tahap global. Ini
dibuktikan pasaran kenderaan mereka telah merentasi dunia, termasuk Benua Eropah, Amerika
dan Asia Pasifik. Aspek sosiobudaya pula, syarikat perlu menjalankan penyelidikan terhadap
unsur-unsur aliran budaya dan demografik masyarakat. Penilain ini dapat membantu syarikat
untuk menyumbang penambahbaikan kepada rekaan sediada atau baru. Bersesuaian dengan
persekitaran teknologi dimana syarikat perlu mendapatkan inisiatif untuk membangunkan bidang
ini terutama dari segi proses inovasi. Proses ini merujuk kepada perubahan dalam rekaan,
pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pemasaran.

Cadangan dan saranan yang diberikan akan mampu membantu Kumpulan Volkswagen
untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta nilai pemasaran sediada. Oleh yang
demikian, Kumpulan Volkswagen perlu memastikan syarikat mereka mampu bersaing dan
berkembang, adalah penting bagi syarikat Kumpulan Volkswagen melihat sebarang kesan bagi
elemen persekitaran makro ke atas prestasi syarikat. Selain dari itu, syarikat Kumpulan
Volkswagen harus mengambil kira kekangan atau halangan dari persekitaran makro ini dengan
teliti dan mendalam. Disamping menjadi sebuah syarikat yang stabil tetapi Kumpulan
Volkswagen juga akan dikenali sebagai syarikat automobil yang berprestij. Syarikat ini juga
diharap dapat membantu intitusi automotif melahirkan seramai mungkin pekerja yang
mempunyai pengetahuan tentang pembuatan kereta dengan adanya Akademik Automotif
Volkswagen.

13
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

Rujukan

1. https://ms.unansea.com/kumpulan-automotif-volkswagen/

2.https://ms.judsonconcept.com/4308189-sign-quotvolkswagenquot-description-history-of-creation-
volkswagen-logo

3. https://careta.my/article/jualan-kump-vw-jatuh-pada-april-masalah-ekonomi-dan-geopolitik

4. https://www.motoqar.com/2020/27558/volkswagen-sedia-hasilkan-1-juta-kenderaan-elektrik-pada-
tahun-2023.html

5.https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2017/08/314075/akademi-automotif-volkswagen-
pertama-di-malaysia-dilancar

(2516 patah perkataan tidak termasuk rujukan)

14
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

TUGASAN 2- LAPORAN REFLEKTIF.

1.0 Pengenalan
Pembelajaran secara sambilan merupakan satu kemudahan kepada pekerja atau suri
rumah dalam meningkatkan taraf pendidikan. Kebanyakan pelajar separuh masa merupakan
pekerja sesebuah firma atau bekerja sendiri. Keperluan masa kini memerlukan taraf pendidikan
yang tinggi bagi mendapatkan pendapatan yang mampu menampung kos sara hidup. Kaedah
pembelajaran sebegini banyak membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.
Pelbagai pengalaman dapat dikongsi semasa menghadiri kelas. Ini kerana terdapat pelbagai
pelajar yang mempunyai latarbelakang kerja yang berlainan. Pengalaman yang dikongsi semasa
forum juga dapat membantu pelajar melaksanakan tugasan.

2.0 Pengalaman belajar.

2.1 Pembahagian masa.


Sebagai seorang pelajar yang telah bekerja dan berumahtangga merasakan sedikit
bebanan dalam pengurusan masa. Walaubagaimana pun pembahagian masa yang bijak akan
membantu saya dalam menangani isu bebanan kerja dan belajar.

2.1 Perlaksanaan Tugasan


Setiap subjek atau kursus mempunyai tugasan dan laporan yang perlu dihantar mengikut
‘date line’ yang telah ditetapkan. Sebagai pelajar separuh masa tugasan atau laporan saya
lakukan bersama-sama dengan rakan yang lain. Perbincangan mengenai topik utama akan

15
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

dibincangkan bersama. Isi kandungan akan dikupas satu persatu dan setiap ahli akan
memberikan pandangan dan cadangan kepada kandungan topik berkenaan. Kaedah perbincangan
secara berkumpulan dapat menghasilkan pelbagai pandangan dan cadangan serta idea-idea bagi
menyelesaikan tugasan tersebut.

2.2 Tenaga Pengajar


Konsep e-tutor yang disediakan oleh mana-mana intitusi pendidikan terutama ‘Open
University’ merupakan satu kaedah yang memudahkan tenaga pengajar berdiskusi dengan
pelajar. Tetapi agar sukar bagi saya kerana kebanyakkan e-tutor meluangkan masa yang tidak
tetap. Adakala e-tutor online pada waktu lewat malam dimana pelajar perlu tidur untuk bekerja
pada awal pagi.

3.0 Cadangan Peningkatan Kualiti Pembelajaran

3.1 Kaedah Pembelajaran.


Kaedah terbaik bagi pelajar separuh masa yang mempunyai komitmen sebagai pekerja
dan surirumah dalam menangani isu masa adalah dengan mengadakan jadual harian.
Pembahagian masa yang betul tidak akan menggangu kerja dan tugas hakiki. Pelajar perlu
utamakan waktu yang berbaki daripada 24 jam sehari dengan memberi ruang kepada masa untuk
belajar. Waktu terbaik belajar adalah selepas solat isyak atau awal pagi untuk hari cuti.

3.2 Tenaga Pengajar (e-Tutor)


Fungsi e-tutor adalah sebagai fasilitator untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah
pembelajaran. Jadual e-tutor yang tidak tidak menentu menyebakan pelajar terutamanya saya
sukar untuk berinteraksi dengan beliau di dalam talian. Adalah disarankan agar e-tutor
melonggarkan masa online dan memberi jadual awal kepada pelajar supaya dapat berinteraksi
dengan mereka.

3.2 Topik atau subjek beserta contoh/model yang berkesan


Tenaga pengajar yang kreatif dan berpengelaman dalam bidang pengajaran dan
pendidikan mempunyai kaedah yang bagus dalam menarik minat pelajar. Subjek ‘Hubungan
Etnik’ merupakan topik yang memerlukan penerangan dengan model dan contoh yang nyata
serta jelas agar mudah difahami. Tenaga pengajar perlu memberikan contoh-contoh yang terkini
dan bersesuaian dengan topik. Tenaga penajar juga perlu memperbanyakkan soalan yang

16
MPU3223_V2

ENTERPRENEURSHIP/KEUSAHAWANAN

memerlukan jawapan daripada pelajar supaya matlamat kominukasi dua hala terbentuk dengan
berkesan.

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan kaedah pembelajaran separuh masa akan lebih berkesan dengan
adanya kaedah pembelajaran yang betul, tenaga pengajar yang mudah berkomunikasi dan bijak
serta persekitaran pembelajaran yang kondusif.

(479 patah perkataan tidak termasuk tugasan 1)

17

You might also like