You are on page 1of 11

IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN

MEI 2021

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE


Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Perbandingan antara pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian


dan pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian
dalam organisasi. 3-4

3.0 Analisis sama ada pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko


berlaku dalam organisasi 5

4.0 Perbincangan mengenai tiga jenis kaedah pembuatan keputusan


Berkumpulan 6-7

5.0 Cadangan kaedah-kaedah meningkatkan keberkesanan pembuatan


keputusan dalam organisasi 8

6.0 Kesimpulan 9

7.0 Rujukan 10
1.0 Pengenalan

The Grand Renai hotel merupakan salah satu hotel berkelas 5 bintang yang terletak di
negeri Kelantan. Lokasinya strategik iaitu berada di tengah-tengah daerah komersial dan
pusat membeli belah Kota Bharu serta hanya 9.6 kilometer dari lapangan terbang Sultan
Ismail Petra. The Grand Renai merupakan hotel yang berkonsepkan tradisional Kelantan iaitu
berkonsepkan budaya ketimuran Kelantan. Elemen utama hotel ditukar dan diadaptasi
daripada budaya timur terhadap persekitarannya di mana sebelum ini ianya berada di bawah
pengurusan antarabangsa iaitu Marriot International Inc. Kemudian, hotel ini telah beroperasi
secara kendiri dengan memfokuskan ciri-ciri tradisional untuk diterapkan agar bersesuaian
dengan budaya negeri Kelantan. Misi dan nilai teras hotel adalah untuk terus melabur agar
tahap kepuasan tertinggi pelanggan bagi setiap produk dan perkhidmatan dipertingkatkan.
Bilangan pekerja di hotel ini pula adalah seramai 200 orang pekerja yang meliputi bahagian
pengurusan, dapur, resepsi, pembersihan, dan lain-lain.

Hotel ini menyediakan perkhidmatan seperti tempahan dewan untuk majlis


perkahwinan dan katering. Makanan, dekorasi dan persekitaran hotel juga berunsurkan
budaya melayu. Selain itu juga, hotel ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang
menarik dengan pelbagai pilihan hidangan sama ada masakan tempatan maupun antarabangsa
dan turut menghidangkan pelbagai menu ala carte tempatan dan barat untuk membangkitkan
selera serta merangsang deria pelanggan. Antara menu yang disediakan ialah Nasi Lemak,
sate, pasta, salad, sup, serta buffet sarapan pagi, makan tengahari ,makan malam, serta minum
petang dengan pelbagai jenis kek dan pastri yang dibuat segar setiap hari. Bukan itu sahaja,
hotel ini juga menghidangkan pelbagai pilihan makanan kantonis dan Szechuan asli yang
merupakan pilihan yang sangat tepat bagi perhimpunan keluarga dan rakan-rakan ataupun
hidangan untuk dua orang seperti ‘candle light dinner’. Secara alternatif, pelanggan juga
boleh makan secara peribadi di bilik ‘Han’ dan ‘Qin’ manakala buffet bagi Dim Sum pula
disediakan pada hari jumaat.

Hotel The Grand Renai juga menyediakan bilik mesyuarat yang serba lengkap, dewan
yang luas dan pelbagai kemudahan riadah seperti gimnasium yang dilengkapi dengan
peralatan senaman terkini, sauna, jakuzi, bilik wap, kolam renang, dan Fitness Centre.
Kemudahan hotel pula ialah seperti kolam renang luaran ‘outdoor’, pusat perniagaan yang
serba lengkap serta ekses internet tanpa wayar di kawasan awam dan ruangan mesyuarat.
Selain turut menyediakan tempat letak kereta bawah tanah percuma dan letak kenderaan valet
yang mengenakan cas harian. Antara aktiviti lain pula seperti denai berbasikal berdekatan,
tempat permainan bowling,tempat aktiviti snorkling, denai jogging serta gelanggang tenis
dan skuasy berdekatan. Bukan itu sahaja, terdapat juga ruang untuk majlis yang luas
termasuk Grand Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 1400 orang dalam suasana gaya
teater dan 880 orang dalam tempat duduk gaya jamuan untuk pelbagai jenis majlis keraian
dan perhimpunan penting seperti majlis perkahwinan bersama pasukan perancangan acara
yang berdedikasi yang membantu menyelaraskan setiap butiran daripada makanan sehingga
ke mood untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
2.0 Perbandingan antara Pembuatan Keputusan dalam Keadaan Kepastian dan dalam
Keadaan Ketidakpastian dalam organisasi.

2.1 Pembuatan Keputusan dalam keadaan kepastian

Hotel ini membuat keputusan untuk melabur dalam sudut pemasaran ( marketing) bagi
mempromosikan hotel selaras dengan program pemulihan sektor perhotelan dan pelancongan
dalam negara yang disarankan oleh pihak kerajaan dalam usaha pemulihan sektor tersebut
selepas fasa pandemik. Oleh itu, terdapat dua pilihan strategi pemasaran yang diputuskan
melalui pembuatan keputusan.iaitu Pilihan A yang merupakan iklan melalui media sosial
dengan menggunakan Laman Sesawang dan mendapatkan khidmat ‘influencer’ (orang yang
boleh mempengaruhi orang lain) untuk memberi review ( ulasan) berkenaan servis dan
produk hotel. Manakala, pilihan B pula melalui iklan di media massa seperti radio dan
televisyen atau media cetak seperti surat khabar, majalah, serta pamplet yang diberikan
kepada orang ramai.

Kebaikan kaedah pemasaran pilihan A ini adalah lebih cepat dan efisyen terutamanya
apabila berita sudah ditularkan di laman sosial. Hal ini kerana laman sosial merupakan
platform bersosial alam maya yang utama pada masa kini. Kaedah ini merupakan pilihan
alternatif yang dapat meminimumkan kos pemasaran berbanding Pilihan B kerana strategi
pemasaran terkini lebih efisyen, menjimatkan masa, tenaga dan kos pemasaran. Selain itu,
dapat meningkatkan kadar peratus kedatangan pelanggan untuk menginap di hotel secara
darstik kerana pelanggan akan mudah tertarik dengan iklan di media sosial berbanding media
massa. Namun, pilihan ini juga terdapat keburukan seperti penularan berita negatif di media
sosial jika pelanggan mendapat layanan dari staf yang tidak memuaskan. Isu-isu dan komen
yang negatif akan memberi imej yang buruk kepada hotel dengan serta merta dan
menjatuhkan kredibiliti pihak hotel berbanding Pilihan B yang tidak mempunyai ‘kuasa tular’
yang cepat.

Bagi Pilihan B, iklan melalui media massa seperi radio dan televisyen akan
meningkatkan kos pelaburan dalam pemasaran. Kos tersebut adalah tinggi dan agak tidak
berbaloi kerana terpaksa memperuntukkan kos yang tinggi untuk pengiklanan sekitar ribuan
ringgit untuk beberapa kali iklan disiarkan di radio atau televisyen dan kos tersebut akan
meningkat di waktu kemuncak iaitu pada 8 malam hingga 10 malam. Pilihan B juga akan
melibatkan peruntukan masa dan tenaga apabila perlu mengupah beberapa staf untuk
mengedarkan pamphlet kepada orang ramai kerana mereka perlu menfokuskan kepada tempat
tumpuan orang ramai seperti pasaraya, tempat riadah dan sebagainya untuk mengedarkan
pamphlet tersebut. PIlihan B juga tidak releven kerana kebanyakan pelanggan banyak
menghabiskan masa di platform media sosial berbanding media massa pada masa kini.

Oleh itu, keputusaan diambil untuk menggunakan Pilihan A iaitu mendapatkan khidmat
‘influencer’ di samping mengatur strategi untuk mendapatkan harga yang lebih murah bagi
setiap review. Contohnya, admin berpengalaman membayar influencer baru yang
mempunyai potensi sedang meningkat kerana kebiasaanya influencer yang baru boleh
dinegosiasi harga servis mereka dengan “ win win situation” contohnya, sponsor mereka
untuk 6 bulan atau free gift (hadiah) untuk setiap review dan menyiarkan berita yang menarik
seperti gambar dan video yang menarik secara berkala. Dalam masa yang sama juga
menggunakan strategi baucer diskaun untuk menarik pelanggan. Kaedah ini sangat berkesan
terutamanya bagi mereka yang mempunyai website Ecommerce. Tawaran baucer seperti “
First Time Buyer” atau “Fully Vaccinated Voucher” di mana mereka yang pertama kali
menempah hotel di website atau mereka yang lengkap vaksinasi boleh mendapat potongan
sehingga 20 peratus diskaun. Dalam hal ini, dapat menarik pelanggan untuk membeli di
website, mendapat jualan dan pengkalan data pelanggan untuk berhubung dengan mereka
untuk tempoh masa yang panjang.

2.2 Pembuatan Keputusan dalam Keadaan ketidakpastian

The Grand Renai Hotel akan memperkenalkan khidmat penghantaran makanan dan
menawarkan servis kejutan untuk pelbagai aktiviti sosial dan sambutan uangtahun seperti
majlis hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Perkhidmatan yang ditawarkan
dicadangkan melalui Pilihan X agar tidak menggunakan servis dari penghantaran lain untuk
mengekalkan ekslusif itu sendiri manakala Pilihan Y agar menggunakan khidmat
penghantaran makanan seperti FoodPanda, Grabfood, Hello Delivery dan lain-lain. Antara
kebaikan Pilihan X ialah berani untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah
ditawarkan oleh hotel lain terutamanya bagi hotel lima bintang dengan harapan tinggi agar
semua pelanggan dapat merasa masakan dari chef hotel terkenal tepat di kediaman mereka
dan dalam masa yang masa menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempataan
terutamanya golongan belia di kawasan sekitar bandar Kota Bharu. Manakala Kebaikan
Pilihan Y pula ialah dapat menjimatkan kos pelaburan kerana agensi perkhidmatan
penghantaran sudah menyediakan segala kos penyelenggaraan mereka.

Dari segi keburukannya, Pilihan X meningkatkan kos pelaburan kerana pembelian


kenderaan dan alat khusus penghantaran seperti motosikal, baju untuk staf penghantaran, beg
servis untuk menjaga kesegaran dan suhu. Bukan itu sahaja, terdapat juga kos teknologi
sistem telefon, akses internet, dan mungkin pencetak atau pengimbas serta insurans automatik
komersial juga diperlukan bagi insurans pampasan pekerja. Selain itu, terdapat persaingan
yang tinggi dengan vendor-vendor restoran sedia ada, dan pihak hotel perlu lebih berhati-hati
dengan servis agar sentiasa menjaga ekslusif hotel itu sendiri dan memerlukan strategi
pemasaran yang berkala. Harga makanan hotel juga perlu membuat promosi untuk bersaing
dengan vendor vendor lain. Manakala bagi pelaburan Pilihan Y hanya bermodalkan beberapa
ratus ringgit sahaja untuk pendaftaran bagi mendapatkan perkhidmatan dari agensi
perkhidmatan penghantaran makanan sedia ada.

Oleh itu, keputusan dalam ketidakpastian diambil dengan menggunakan Pilihan Y iaitu
memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan sendiri walaupun terdapat
ketidakpastian dalam risiko persaingan dengan beberapa agensi terkenal di ruang tersebut,
seperti Grab Food, Food Panda, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hubungan dan
perkongsian tempatan akan mewujudkan kelebihan daya saing dengan bayaran komisen dan
penghantaran yang lebih menarik. Hal ini kerana terdapat banyak pemilik restoran bergelut
dengan biaya perkhidmatan yang ada yang dikenakan oleh syarikat penghantaran makanan,
menurut artikel oleh WIRED.) Setelah memahami pasaran sasaran, pengurus merancang
menu dan penawaran perkhidmatann sama ada akan menumpukan pada makanan segera,
makanan ringan yang mudah, makan tengah hari, makan malam, makanan untuk keluarga
atau perseorangan. Tema yang jelas akan membantu memulakan perkhidmatan penghantaran
dengan lancar dan mengurangkan risiko ketidakpastian.
3.0 Membuat Keputusan Berdasarkan Risiko

Pandemik Covid-19 memberi impak yang teruk terhadap ekonomi, namun kepada
pengurus yang kreatif,terdapat keinginan untuk mencuba strategi baharu agar kekal bertahan
sekali gus menyelamatkan nasib pekerja syarikat. Jualan syarikat The Grand Renai terjejas
teruk hingga merosot lebih 80 peratus sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Oleh itu, pengurus telah membuat keputusan mengenai pembukaan cawangan kedua
di bandar Tanah Merah, Kelantan walaupun maklumat terhadap situasi semasa dan
persekitaraaan tersebut tidak lengkap dan hanya terdapat beberapa petunjuk untuk
meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Selain itu, peratusan kebarangkalian
keuntungan juga adalah rendah dan risiko yang ingin ditangani tersebut adalah bersifat
objektif iaitu untuk meningkatkan penyata jualan bulanan dengan andaian ianya akan
meningkat pada tahun 2021 dan mendapat keuntungan bersih pada tahun 2022 selepas
mengalami kerugian akibat pandemik sejak dua tahun lepas.

Keputusan berisiko yang wujud memerlukan pendekatan untuk mengurangkan kesilapan


dalam tindakan berdasarkan kepada pengenalpastian faktor stabil yang boleh mempengaruhi
keadaan kepada analisis sumber dan alat-alat untuk kegunaan pengurus mengikut definisi
sementara serta faktor-faktor yang tidak stabil yang boleh memberi kesan kepada keadaan.
Pendekatan untuk mengatasi akibat yang mungkin negatif bagi menyelesaikan pelbagai
masalah ialah menentukan senarai objek yang tingkah laku boleh dicirikan oleh risiko seperti
harga pasaran barang-barang atau perkhidmatan terkini bagi mengesan risiko yang tidak
menentu dari segi jangkaan pendapatan yang kukuh dan nilai yang tidak mencukupi
disebabkan kejatuhan harga atau menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan promosi
jenama. Hal ini mungkin mencerminkan saiz pasaran dan trend pertumbuhan perniagaan yang
beroperasi dalam segmen tertentu.

Konsep risiko boleh dihubungkan dengan proses dalam pelbagai bidang. Dalam
bidang kewangan transaksi, yang boleh dipengaruhi risiko khususnya kuasa beli yang boleh
meningkat atau menurun. Sebagai contoh, inflasi dalam ekonomi menyebabkan keadaan
perbezaan kadar pertukaran dalam penilaian mata wang negara seterusnya bergantung pada
proses makro-ekonomi dan politik. Oleh itu, dalam bidang membuat keputusan yang
berkaitan dengan pengurusan modal, terdapat tahap risiko yang berbeza. Pada tahap ekonomi
seperti pertumbuhan KDNK, makro imbangan perdagangan, inflasi dan petunjuk kewangan
tertentu seperti mata wang negara berada di tahap faktor yang menentukan apa yang akan
menjadi kuasa beli modal. Sebagai contoh, pengurus kewangan atau pakar yang mengawal
keadaan yang berisiko secara teori mengira kebarangkalian dan menganalisis ekonomi dan
kewangan untuk membentuk sebilangan besar kriteria bagi menentukan kebarangkalian
faktor berisiko.

Kriteria utama untuk menilai kebarangkalian mencetuskan faktor-faktor tertentu


dianggap sebagai objektif dan mesti disokong dengan terbukti melalui kaedah matematik
yang berkesan melalui analisis statistik sejumlah besar data. Pengiraan kebarangkalian adalah
dengan menganalisis keadaan biasa. Contohnya, apabila hanya satu daripada dua peristiwa
boleh berlaku dengan kebarangkalian tertinggi sebagai pilihan, taburan kebarangkalian
berdasarkan sampel data sejarah atau analisis akan melalui suatu analisis pakar
berpengalaman yang mampu meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku objek
yang melibatkan pemilihan penyelesaian, pelaksanaan yang boleh membawa kepada hasil
optimum mengenai isu modal pelaburan dalam pembukaan cawangan baru The Grand Renai
hotel.
4.0 Perbincangan megenai kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan.

Kaedah pertama yang dilakukan untuk membuat keputusan dalam keadaan kepastian,
dalam keadaan ketidakpastian dan dalam keadaan berisiko dalam organisasi The Grand Renai
hotel adalah kaedah Sumbangsaran. Sumbangsaran ialah kaedah pembuatan keputusan
berkumpulan yang berasaskan kenyataan bahawa penyemukaan manusia dalam satu
kumpulan tersusun boleh dirangsang untuk menjadi lebih kreatif demi memperoleh idea dan
penyelesaian baru. Kaedah ini menggalakkan seseorang untuk menjadi lebih kreatif apabila
berkomunikasi dengan orang lain dalam satu kumpulan. Melalui kaedah ini juga, banyak idea
baru dapat dihasilkan terutamanya apabila usaha ditumpukan ke atas barangan atau pasaran
yang khusus untuk hotel tersebut.

Sesi sumbangsaran dimulakan dengan menyatakan masalah dalam perkataan yang paling
asas dan menulis isi-isi penting supaya mudah dirujuk dan dikenal pasti. Setiap ahli
hendaklah menerima idea dan pandangan ahli lain walaupun berasa bahawa idea itu tidak
relevan pada ketika itu bagi menggalakkan setiap ahli memberikan idea dan tidak mengkritik
idea orang lain akan tetapi memberi sokongan supaya ahli-ahli tidak mempunyai sikap
merendah diri. Individu digalakkan menggunakan prinsip 5W 1H (What, Why, When, Who,
Where, dan How) untuk membaiki, memperluas serta mengembangkan setiap pendapat untuk
melahirkan pendapat baru serta mengeluarkan seberapa banyak pendapat yang boleh tanpa
mewujudkan suasana yang tidak formal sesekali untuk menggalakkan pendapat yang inovatif.

Teknik seterusnya merupakan teknik Delphi iaitu cara sistematik yang menggabungkan
keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan .Teknik ini merupakan satu kaedah
untuk mendapatkan dan menyaring pendapat yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang serta
merupakan teknik yang efisien dalam membuat telahan sesuatu kajian pada masa hadapan
kerana sesuatu pendapat atau pandangan dari sekumpulan pakar diperolehi tanpa perlu
bersemuka di antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk sesuatu bidang kajian yang
perlu diterokai pada masa hadapan iaitu pembukaan cawangan kedua The Grand Renai hotel
di bandar Tanah Merah, Kelantan di mana ianya mengambil kira pandangan sekumpulan
pakar dan tidak mempunyai teori yang bersifat formal.

Kaedah Delphi ini mempunyai tiga sifat utama iaitu ketelusan, analisis statistik
kumpulan dan maklum balas terkawal. Terdapat lima asas utama Teknik Delphi iaitu memilih
sampel secara individu tanpa mengetahui jawapan sampel lain dalam panel pakar dan hanya
mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis
data dan menghantar hasil tersebut kepada setiap ahli panel. Dalam situasi ini, sampel tidak
menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak dalam menentukan jawapan soal-selidik
mereka. Data akan dianalisis secara statistik dan data yang diberi oleh sampel adalah tidak
bias supaya semua panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian.

Teknik terakhir yang digunakan ialah Kumpulan Nominal di mana beberapa wakil dari
semua jabatan hotel mencadangkan idea dengan menulis dan membaca idea masing-masing
dengan berkongsi pandangaan dalam satu mesyuarat di The Grand Ballroom dan dalam masa
yang sama menilai kelebihan dan kelemahan setiap idea yang diberikan. Dalam mesyuarat,
undian dibuat secara rahsia dengan melaksanakan idea yang paling banyak undian. melalui
kaedah ini responden bebas untuk memberi pendapat dan disoal dalam beberapa pusingan
melalui surat atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan
reka bentuk program penyelidikan yang kebiasaanya dijalankan melalui soal selidik.
Teknik ini menyatukan peserta tanpa mengadakan interaksi antara peserta. Ahli-ahli
diberi soalan bertulis dan diberi peluang untuk berfikir secara individu. Ahli diminta
memberikan idea yang telah dituliskan seorang demi seorang. Idea ini ditulis pada cara selak
flip chart. Setelah semua idea dipaparkan, kemudian diikuti pula dengan perbincangan
berkenaan penjelasan maksud serta menerima atau menolak idea-idea tersebut. Peserta juga
boleh memperkembangkan idea orang lain dan diakhiri dengan membuat keutamaan prioriti
daripada idea-idea tersebut secara Undian Prosedur mengikut keutamaan daya dianalisis.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pembuatan keputusan secara berkumpulan


menggabungkan banyak pengetahuan dan maklumat, lebih alternatif dan mencetuskan idea
lebih bernas berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang berbeza. Semua ahli juga akan
komited untuk melaksanakan langkah-langkah penyelesaian masalah dan sebarang keraguan
dapat diatasi melalui perbincangan.
5.0 Cadangan kaedah-kaedah meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan.

Antara cadangan bagi kaedah bagi meningkatkan keberkesanan pembuatan dalam


organisasi ialah dengan mengenalpasti keperluan dalam membuat keputusan, mengenalpasti
situasi permasalahan yang mungkin wujud, rasional dalam membuat keputusan, penetapan
matlamat yang jelas, pembentukan alternatif, pemilihan dan pelaksanaan alternatif serta
membuat penilaian dan maklum balas. Apabila maklumat tersebut telah lengkap, seseorang
pembuat keputusan itu perlulah mengambilkira beberapa perkara dalam membuat keputusan
seperti emosi, berfikiran rasional, menggunakan maklumat sepenuhnya serta memastikan
sebarang keputusan yang diambil adalah kurang berisiko.

Selain itu, pengurus perlu menggunakan kemahiran yang dimiliki dalam membuat
keputusan dan perancangan strategik dengan mengambilkira semua aspek. Jika tiada
maklumat diperolihi, maka ketidakpastian dalam membuat keputusan perlu ditekankan di
mana seseorang itu perlu sedar bahawa manusia tidak boleh meramal masa hadapan. Oleh itu,
keputusan mesyuarat perlu digunapakai dalam membuat keputusan agar kesalahan dapat
dikurangkan dengan menitikberatkan semua pandangan dan pengalaman dalam membuat
keputusan, menganalisa persekitaran, meramal masa hadapan, konsisten dan bersedia untuk
menerima sebarang kebarangkalian yang berlaku.

Dalam keadaan berisiko, maklumat tidak lengkap memerlukan seorang pembuat


keputusan untuk memikirkan tindakannya sama ada ianya suka kepada risiko, neutral
terhadap risiko atau boleh menerima risiko. Pada tahap ini, seseorang pembuat keputusan itu
perlu mempunyai kekuatan jati diri apabila ia membuat sesuatu keputusan dan mendapati
keputusan itu kurang tepat maka pengurus tersebut tidak menyesal dan dapat menerima
keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana hal tersebut merupakan situasi yang sering
dialami oleh seorang pembuat keputusan. Dalam membuat keputusan, perkara yang paling
penting ialah melihat situasi dan risiko yang wujud selepas itu. Pengurus yang baik akan
mengurangkan risiko dan cuba mendapatkan keuntungan atau faedah yang maksimum dalam
membuat keputusan.

Kemudahan atau kesulitan dalam membuat keputusan dalam keadaan kepstian,


ketidakpastian dan berisiko bergantung kepada alternatif yang tersedia. Semakin banyak
alternatif yang tersedia, semakin sukar dalam mengambil keputusan. Keputusan yang diambil
akan mengundang pelbagai kemungkinan. Terdapat keputusan yang tidak diperlukan dan
terdapat keputusan yang diperlukan dan mendapat kejayaan. Oleh itu, sebarang keputusan
akan menentukan kelangsungan sesebuah organisasi. Sebagai pembuat keputusan, pengurus
organisasi perlu memastikan agar sebarang tindakan yang digunakan itu memberi kesan
kepada organisasi dan menjadikan perkara negatif kepada positif.
6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, proses pembuatan keputusan adalah salah satu keperluan yang
perlu ada kepada seseorang pengurus. Proses pembuatan keputusan perlu dirangka oleh
seseorang pengurus bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, memastikan matlamat
yang dirangka dapat dicapai dengan jayanya serta dapat mentafsir permasalahan yang
mungkin wujud daripada keputusan yang dibuat. Dalam penerangan yang dijelaskan di atas
terdapat tiga aspek yang diambil kira dalam membuat keputusan dalam keadaan kepastian,
dalam keadaan ketidakpastian dan dalam keadaan berisiko. Ketiga-tiga cara membuat
keputusan menjelaskan bahawa proses membuat keputusan merupakan proses yang paling
penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan bagi semua organisasi. Hal ini kerana
proses pembuatan keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga
dihadapi oleh setiap individu sama ada keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah
maupun di tempat kerja dan merupakan sesuatu yang merujuk kepada pilihan yang dibuat
melalui pelbagai alternatif yang sedia ada dan kadangkala melibatkan emosi.
7.0 Rujukan

Ohira, H. (2011). Beneficial Roles of Emotion in Decision Making: Functional Association


of Brain and Body. Psihologijske teme, 20(3), 381-392. (OUM Digital Library).

Er, F., & Lezki, S. (2012). The Usage of Influence Diagram for Decision Making in Textiles.
Asian Social Science, 8(11), 163-169. (OUM Digital Library).

Harris, A. W. (2012). Insurgency Decision-making under Conditions of Risk. International


Journal of Psychological Studies, 4(3), p43-47.

Heath, C., & Tversky, A. (1991). Preference and belief: Ambiguity and competence in choice
under uncertainty. Journal of risk and uncertainty, 4(1), 5-28.

Kahneman, D., & Tversky, A. (1979). Prospect theory: An analysis of decision under risk.
Econometrica: Journal of the Econometric Society, 263-291.

Leykin, Y., Roberts, C. S., & DeRubeis, R. J. (2011). Decision-making and depressive
symptomatology. Cognitive therapy and research, 35(4), 333-341.

Shoemaker, L. K., Kazley, A. S., & White, A. (2010). Making the case for evidence-based
design in healthcare: a descriptive case study of organizational decision making.
Health Environ Res Des, 4(2), 7-16.

Taghavifard, M. T., Damghani, K. K., & Moghaddam, R. T. (2009). Decision Making Under
Uncertain and Risky Situations.

Tversky, A., & Kahneman, D. (1992). Advances in prospect theory: Cumulative


representation of uncertainty. Journal of Risk and uncertainty, 5(4), 297-323.

Ule, A. (2009). Collective Decision Making as the Actualization of Decision Potential.


Interdisciplinary Description of Complex Systems, 7(2), 90-105.

Wu, G., Zhang, J., & Gonzalez, R. (2004). Decision under risk. Blackwell handbook of
judgment and decision making, 399-423.

Zimmerman, T. (2012). Wildland Fire Management Decision Making. Journal of Agricultural


Science & Technology, 2 (2b), p169-178. (OUM Digital Library).

https://ms.atomiyme.com/ketidakpastian-dan-risiko-dalam-membuat-keputusan

https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-2/bab-4-pembuatan-keputusan/alat-
membuat-keputusan-kuantitatif//

http://amaniresearch.blogspot.com/2011/03/teknik-delphi-satu-method-kajian.html

https://grandispram.wordpress.com/2015/06/28/pengambilan-keputusan-dalam-organisasi//

https://www.coursehero.com/file/p2o55brg/732020-Madzani-Saidie-Nusa-MEMBUAT-
KEPUTUSAN-PERSEKITARAN/

You might also like