You are on page 1of 5

Pengenalan

Tanggungjawab kerajaan terhadap keharmonian, kestabilan dan kemakmuran Negara adalah


kompleks serta bersifat makro. Oleh itu, melalui dasar awam, kerajaan merangka pelbagai
program bagi memastikan rakyat menikmati keselesaan, kemajuan, kestabilan sosioekonomi dan
politik. Tanggungjawa tersebut meliputi isu keselamatan dalam negeri, perbangunan luar Bandar,
hubungan antarabangsa, inflasi, kebajikan masyarakat dan sebagainya.
Menurut R. Dye, sarjana sains politik , telah mentafsirkan :
public policy is whatever government choose to do or not to do.
Di kalangan pengkritik lebih gemar jika perkataan choose dibuang kerana berpendapat
kerajaan kadangkala tidak mempunyai pilihan untuk melakukan sesuatu atau tidak. Malah,
kebanyakan dasar awam terjadi akibat wujudnya perubahan dalam amalan birokrasi. Dalam hal
ni, kerajaan tiada kuasa untuk memilih. Persoalan yang sering timbul sama ada objektif sesuatu
dasar lebih penting natijah. Sebagai contoh, pasukan pengaman pertubuhan bangsa-bangsa
bersatu (PBB) dalam operasi di beberapa buah Negara mendakwa terpaksa menggunakan
kekerasan. Pada kaca mata barat, strategi yang dilaksanakan itu bertujuan mempertahankan diri
kearah memulihkan keadaan seperti di Iraq, Afganistan, Syria dan sebagainya. Ini bermaksud
mereka menghalalkan tindakan kekerasan dan terpaksa menggunakannya untuk menegakkan
keamanan walaupun matlamat asal tidak mahu berperang.
Dasar merujuk kepada keputusan yang dibuat untuk menentukan apa yang harus dibuat,
bagaimana, bila dan dimana. Dasar adalah peraturan yang sah bertujuan memimpin pentadbiran
awam dalam proses pembuatan keputusan. Dasar awam boleh ditafsirkan dengan pelbagai
maksud dan pengertian. Secara umumya, dasar awam ialah apa juga projek, program atau
rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar
awam boleh didefinisikan

Model-Model Dasar Awam


Sebelum sesuatu projek perumahan itu dibuat atau dilaksanakan, pihak pemaju selalunya
membentuk model projek perumahan supaya semua orang boleh melihat projek yang dirancang
itu siap seperti yang direka. Sebenarnya untuk menganalisis dasar awam, kita selalu menekankan
beberapa konsep yang boleh memantu kita membayangkan keadaan sebenar sesuatu benda itu.
Antara konsep yang selalu digunakan oleh penganalisis dasar atau polisi ialah model dan
tipologi. Konsep yang digunakan ini akan menyebabkan kita lebih memahami tentang
implimentasi dalam sesuatu dasar. Oleh sebab itu, kita memerlukan beberapa konsep yang
sebenar untuk memberi gambaran seterusnya memandu kita menganalisis dasar awam.
Model dasar adalah perwakilan sederhana mengenai aspek-aspek yang dipilih dari suatu
keadaan masalah yang disusun untuk tujuan-tujuan tertentu. Model dasar merupakan
penyederhanaa sistem masalah dengan membantu mengurangkan kerumitan dan menjadikannya
dapat dikendalikan oleh para penganalisis dasar. Model adalah isomorfisme antara dua atau lebih
teori empiris, sehingga model seringkali sukar diuji kebenarannya di lapangan. Namun model
tetap dapat digunakan sebagai rujukan dalam kajian, terutama kajian yang bertujuan untuk
mengadakan penggalian atau penemuan-penemuan baru. Model menjadi rujukan untuk mencari
dan mencadangkan hubungan antara konsep-konsep yang digunakan untuk mengatasi sesuatu
masalah. Model merupakan perwakilan sebuah realiti dan model sangat bermanfaat dalam
mengkaji dasar awam, kerana:
1. Dasar awam merupkan proses yang kompleks, dengan sifat model yang memudahkan realiti
akan sangat membantu dalam memahami realiti yang kompleks tersebut.
2. Sifat semulajadi manusia yang tidak mampu memahami realiti yang kompleks tanpa
menyederhanakannya terlebih dahulu, maka peranan model dalam memperjelas dasar awam
akan semakin berguna.
Menurut Thomas R. Dye mencadangkan beberapa kriteria yang dapat dipakai untuk melihat
kegunaan suatu model di dalam mengkaji dasar awam, iaitu:
1. Apakah model menyusun dan memudahkan kehidupan politik sehingga boleh memahami
hubungan-hubungan tersebut dalam dunia nyata dan memikirkannya dengan lebih jelas.

2. Apakah model mengenalpasti aspek-aspek penting dalam dasar awam.


3. Apakah model yang kongruen (sama dan sebangun) dengan realiti.
4. Apakah model menyampaikan sesuatu yang bermakna menurut cara yang kita semua dapat
memahami.
5. Apakah model mengarahkan siasatan dan penyelidikan dasar awam.
6. Apakah model menyarankan penjelasan bagi dasar awam.
Teori elit
Teori ini menyifatkan rakyat sebagai apathetic iaitu mati rasa dan tidak mengambil
berat tentang dasar awam. Golongan elit yang merupakan minority mempunyai kekutan
sosiopolitik mengusai pandangan dan pendapat berhubung sesuatu dasar awam.
Pihak pentadbir pula berfungsi melaksanakan polisi yang diilhamkan oleh golongan elit.
Dasar awam seumpama ini tidak mencerminkan permintaan orang ramai tetapi mengekalkan
niali-nilai elit itu sendiri. Perubahan dasar awam bersifat incremental seperti ini jarang menjadi
punca percetusnya reformasi mendadak. Teori elit tersebut lazimnya diaplikasikan terhadap
dasar-dasar awam yang rumit seperti belanjawan Negara. Ia lazimnya dirangka oleh golongan
professional dan pakar-pakar ekonomi. Segala keputusan yang dibuat akhirnya diterima pakai
oleh selurus rakyat.
Oleh hal yang demikian, teori yang dikupas menjelaskan peranan rakyat dalam
pembentukan dasar awam, namun, hakikatnya ia diputuskan oleh pihak kabinet. Pihak eksekutif
pula diperingkat awal ertindak sebagai pembekal maklumat. Oleh itu, apabila dasar telah
muktamad, eksekutif ditahap ini berperanan sebagai pelaksana atau penguatkuasaan.
Model ini mempunyai andaian bahawa dasar awam boleh dipandang sebagai nilai-nilai
dan pilihan-pilihan elit yang memerintah. Thomas R. Dye dan Harmon memberikan ringkasan
pemikiran mengenai model ini, iaitu :

1. Masyarakat terbahagi dalam suatu kumpulan kecil yang mempunyai kuasa dan massa yang
tidak mempunyai kuasa. Hanya sekumpulan kecil saja orang yang memperuntukkan nilai untuk
masyarakat sementara rakyat tidak memutuskan dasar.
2. Kelompok kecil yang memerintah tersebut bukan jenis massa yang dipengaruhi. Para elit ini
biasanya berasal dari lapisan masyarakat yang ekonominya tinggi.
3. Perpindahan dari kedudukan non-elit ke elit sangat pelan dan berterusan untuk memelihara
kestabilan dan mengelakkan revolusi. Hanya kalangan non-elit yang telah menerima konsensus
elit yang asas yang boleh diterima dalam lingkaran golongan elit.
4. Elit memberikan konsensus pada nilai asas sistem sosial dan penyelenggaraan sistem.
5. Dasar awam tidak mencerminkan tuntutan rakyat tetapi nilai-nilai elit yang berlaku.
6. golongan elit secara relatif memperoleh pengaruh langsung yang kecil dari rakyat yang
bersikap tidak peduli. Sebaliknya elit mempengaruhi rakyat yang lebih besar.
Model elit lebih menumpukan perhatian pada peranan kepimpinan dalam pembentukan dasar
awam. Hal ini didasarkan pada kenyataan bahawa dalam suatu sistem politik beberapa orang
memerintah orang ramai, para elit politik yang mempengaruhi rakyat dan bukan sebaliknya.
Model ini dikembangkan dari teori elit yang menentang keras pandangan bahawa kuasa dalam
masyarakat itu diagihkan secara sama rata. Oleh hal yang demikian suatu dasar awam selalu
mengalir dari atas ke bawah, iaitu dari golongan elit ke rakyat.

Model elit (elite model)

You might also like