You are on page 1of 10

PERANAN KEPIMPINAN BERETIKA TERHADAP KESAN PEMBENTUKAN SIKAP DAN KEPUASAN KERJA DIKALANGAN PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM : KAJIAN

KES: POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) NEGERI TERENGGANU

LATAR BELAKANG Kepimpinan beretika adalah berhadapan dengan cabaran isu dikalangan pemimpin dalam pelbagai bidang yang mementingkan pencapaian materialistik tanpa menghiraukan kepentingan integrasi, tolerasi, bekerjasamadan kesan terhadap diri dan organisasi. Di Malaysia kini, isu kesetiaan, akauntabiliti, ketelusan, sikap responsif dan beretika di kalangan pekerja menjadi pemangkin kepada pencapaian hasrat kerajaan yang diterjemahkan ke dalam pelbagai dasar dan program. Walau bagaimanapun, aspek etika kepimpinan memberikan implikasi yang jelas ke atas perubahan sikap, paradigma tindakan, tanggungjawab, akauntabiliti, moral, nilai, etika, kematangan pekerja dalam menilai rasionaliti dan kepimpinan nasional dan profesionalisme secara keseluruhanya. Kepimpinan Dr. Mahathir adalah merupakan salah satu agen pembaharuan pentadbiran yang terpenting walaupun corak kepimpinan Dr. Mahathir terbukti sebagai paling dinamik, tetapi juga paling kontroversial dalam sejarah Malaysia (Ahmad Atory, 1998:169). Gelagat kepimpinan beretika memainkan peranan penting dalam mempromosi dan mengekalkan sikap & gelagat para pekerja (Brown et al.2005) Dengan menumpukan emprikal kerja yang memfokuskan hubungan diantara kewujudan etika polisi dan kod yang menggerakkan tahap prestasi, meta analisis bagi hubungan antara etika bagi pengurus sebagai penerimaan tingkahlaku (perceived behavioural integrity or PBI) dan sikap pekerja.( cf Versschoor, 1998; Weaver et al.,1999; Webley and more, 2003). Dalam teori ekuiti (Adams 1963)Perceived Behavioral Integrity, mengaitkan sikap pekerja, persepsi dan sikap diterima melalui kesan terhadap nisbah perolehan dan ganjaran (kepuasan pekerja) daripada majikan yang tidak mengamalkan kepimpinan beretika (EL). Keadaan yang diterima pekerja kurang setimpal, memberi kesan tekanan dan ketidakpuasan yang mampu memberi kesan terhadap sikap pekerja . Dalam Person environtment fit theories menunjukkan hubungan diantara PBI dan sikap dan gelagat pekerja. Nilai kongruen adalah salah satu penerimaan operasi yang besar bagi organisasi yang dilihat pelbagai konsep bagi person environtment fit, (Kristoff- Brown et al.,2005). Penerimaan individu yang mana nilai personal kongruen dengan organisasi yang mengambil pekerja akan berhubungan dengan sikap pekerja (kepuasan kerja, komitment organisasi,meringankan pembetulan,perolehan sebenar, Chatman,1991; Oreilly et al.,1991).

PENYATAAN MASALAH Senario Semasa Isu etika bukan sesuatu perkara yang baru, kebanyakanindividu yang menghadapi dilemma etika sering membuat keputusan yang tidak serius. Masalah kepimpinan beretika (EL) dalam industri korporot sangat kritikal yang mana rakyat USA menyatakan senarion ini sebagai oksimoron atau lebih dikenali sebagai risikan ketenteraan. Etika dalam perniagaan atau organisasi adalah situasi berbeza dan mempunyai nilai kepada individu bermoral. Etika berperanan besar terhadap personal, perniagaan serta organisasi dari nilai yang sama. Masalah kepimpian beretika (EL) atau moral individu adalah melibatkan etika yang sangat memberi kesan terhadap sikap seseorang pekerja. Keadaan ini merujuk kepada tindakan seharusnya dilakukan oleh seseorang terhadap yang lain.Moral dan etika adalah sesuatu yang sinonim dan dikaitkan kepada tugas, kebenaran, obligasi dan tanggungjawab. Ramai yang lebih gemar menyamakan isu undang-undang atau agama dengan senario ini dan kedua-duanya undang-undang dan agama adalah menjadikan lebih luas bagi pengajian terhadap isu etika. Isu etika adalah menitikberatkan kepada penyeimbangan betul atau salah, memenuhi principal dan dan pergerakan yang standard, kesan dan tanggungjawab. Menurut English Common Law, gelagat kepimpinan beretika memerlukan pekerja untuk patuh terhadap arahan yang munasabah, bertindak sebagai pekerja yang setia kepada majikan atau ketua serta sanggup melindungi rahsia majikan untuk tujuan personal. Walaubagaimanapun keadaan ini sering disalah gunakan oleh sesetengah pekerja yang tidak mengamalkan principal etika terutama pekerja peringkat atasan terhadap pekerja bawahan dan keadaan ini sangat memberi kesan terhadap tahap kepuasan, sikap pekerja. Evolusi kepimpinan beretika menjadi manifesto semasa, selalunya diberikan dalam kontek perbincangan bagi latihan dari sudit situasi audit dalaman. Dengan memerlukan pemahaman terhadap standard professional dan penawaran membolehkan mereka dalam audit dalaman berhadapan aktiviti tidak beretika. Dalam Learnig Forum Danial Burnham menyata dan menumpukan isu etika dalam kontek Business Integrity is no an oxxymoron yang mana pencabulan etika menjadi isu melibatkan scandal korporat yang menjadi peyumbang kepada ketidakkepercayaan.Pendedahan terhadap penyalahgunaan,mempengaruhi pemimpin terhadap kepimpinan beretika yang berkait rapat terhadap peningkatan tekanan, tanggjawab social korporat, produktiviti dan tanggungjawab, akauntabiliti dan keadilan, budaya gelagat dan sikap pekerja. Etika yang ditampilkan oleh ketua mampu mengurangkan keyakinan dan kepuasan pekerja terhadap pemimpin mereka. Masalah kepimpinan beretika (EL) sering melibatkan kesilapan prestasi dan pengagihan kuasa. Penyalahgunaan kuasa kebiasanya merangkumi tidak hanya pengurus atasan tetapi pekerja semua level melibatkan ratusan billon dollar pekerja mencuri dalam syarikat setiap tahun (Winik,2004,p.20), isu sogokan Olympic venues (Hemphill, 2003), penyalahgunaan kod etika melibatkan pergabungan professional dalam laporan, penurunan kualiti laporan kewangan dan akauntabiliti dikalangan pemimpin. Dibawah Sarbanes-Oxley Act, (Section 302), pegawai mesti mengesahkan laporan kewangan ( Beasley, 2004,p.11).

OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif khusus kajian yang dijalankan adalah untuk: i) ii) iii) Menganalisis hubungan antara kepuasan kerja dan kepimpinan beretika. Mengukur hubungan antara kepimpinan beretika dengan sikap pekerja. Mengkaji hubungan antara setiap sikap pekerjadan kepuasan kerja.

PERSOALAN KAJIAN i) ii) iii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dan kepimpinan beretika? Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan beretika dengan sikap pekerja? Adakah terdapat hubungan yang signifikan antarasikap pekerja dan kepuasan?

KERANGKA KONSEPTUAL

PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR PEMBOLEHUBAH BERSANDAR

Kesan Pembentukan Sikap Pekerja Komitmen Hubungan Interpersonal Kualiti Tugas Inovatif Psikologi Kepuasan Kerja Kepimpinan Beretika

-Hubungan Pekerja -Budaya Organisasi -Kesetiaan Pekerja -Kepuasan Umum MEDIATING

KAJIAN LITERATUR PEMBOLEHUBAH BERSANDAR Kepimpinan Beretika

Kepimpinan beretika (EL) usaha demonstrasi yang normatifyang dijalankan melalui tindakantindakan peribadi, hubungan antara perseorangan, tindakan promosikepada pengikut-pengikut seperti komunikasi dua hala, peneguhan dan pembuatan keputusan. (Brown, Trevino& Harrison, 2005,p120) Gelagat (EL) ini dapat dilihat daripada keupayaan ketua dalam mempengaruhi etika klimaks sesebuah organisasi samaadamemperbesar atau memperkecil pengaruh merekayang boleh memberi kesan terhadap etika personal dan sikap kepada pekerja dalam organisasi. ( Trevino et al.,2000). Model kongruen pada sikap atau gelagat pekerja menunjukkan kesan pengaruh etika kepimpinan pengurus kepada pekerja yang melibatkan kebaikan kongruen antara pembangunan moral bagi pengurus dan pekerja. (Arlow &Ulrich, 1988; Baumhart,1961; Brenner&Bolander,1977; Posner&Schmidt,1984; Wiley,1998). Tahap penghubung bagi pembangunan moral seperti tahap konvensional memfokuskan kepada norma sosial.Norma (EL) kemungkinan pada tahap yang tinggi bagi kepuasan dan komitmen antara pekerja.Pengurus dan pekerja yang mengamalkan pendekatan etika (EL) akan meningkatkan tahap pembangunan moral sekaligus memberikesan terhadap sikap pekerja. Kepimpinan merupakan sistem yang memandu kepada keupayaan untuk mempengaruhi sikap, mengukuhkan etika klimak pekerja berlandaskan principal dan norma untuk bertindak (Gotner,1991). Keadaan ini dipengaruhi oleh polisi integriti yang mana kepatuhan ketua kepada matlmat dan nilai dalam proses pembuatan keputusan memudahkan pekerja mengenali dan behadapan dengan isu etika.(Barnard,1938).

AUTHORS Michael E.Brown (2006)

FINDING Keputusan menyemakreleven terhadap etika dan kepimpinan, mengenal pasti perbezaan dan persamaan kepimpinan beretika antara kepimpinan yang diarah dengan dimensi moral kepimpinan. AndrewKakabadse,Nada Kepimpinan dikenalpasti sebagai latihan etika yang menitikberatkan korac- Kakbadse & Alexender kepada pembangunan terhadap kualiti kepimpinan.Ia membantu

Kouzmin (2003)

memupuk persekitaran gelagatdan sikap ketua ,pekerja yang lebih baik. Karianne Kalshoven, Deanne Pembangunan dan pengesahan bagi pelbagai dimensi kaji selidik N.Den Hartog, Annebel H.B De Kepimpinan Beretika pada kerja(ELW) telah melihatkan corak Hoogh (2011) hubungan positif dengan kepuasan dan komitmen kerja. Emile Kolthoff, Rodney Mendapati tahap integriti tinggi di USA, The Netherlands dan kesan Erakovich, Karin Lasthuizen terhadap kepimpinan beretika (EL) sangat kuat diMantenegro dan (2010) Serbia. Brown et.al(2005) Positif. Kepimpinan beretika berhubungan tinggi dengan kepercayaan terhadap ketua. PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR Sikap Pekerja

Sikap adalah keadaan (state) kesediaan seseorang yang bersifat mental dan saraf untuk bertindak terhadap sesuatu subjek atau suasana (situasion) tertentu, yang terbentuk melalui pengalaman, dan mempengaruhi seseorang terhadap sesuatu dan suasana (situasi) tadi, (Gardon Allport (1935). Kajian lepas mendapati sikap dapat membentuk nilai etika kerja, interaksi dengan pasangan dan hubungan dalam komuniti. Sikap akakn membentuk konsep perbezaan samaada sesuatu pelakuaan harus dilakukan dan keupayaan untuk memotivasikan orang lain (kepimpinan) dan ia juga sangat bergantung kepada kedudukan seseorang, (Thornton,1997) seperti golongan profesionalism akan memperuntuk lima belas peratus waktu kerjanya untuk melaksanakan tugasan projek yang berinovatif , (Brand,1998) Walaubagaiamanapun sikap pekerja tidak dapat diukur secara terang kecuali dlama bentuk kelakuan dan tindakan yang dikesan secara tidak langsung melalui tindakan yang dibuat. Terdapat sikap terbentuk daripada tindakan yang spontan yang tidak memerlukan pertimbangan pemikiran yang mendalam seperti yang terjadi dalam konteks pemikiran. Unsur yang terdapat dalam pembentukan sikap adalah perasaan (affective), pemkiran (cognitive), dan kelakuan (behavior). ( J.D. Hallaron, 1970) Sikap juga telah didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dipelajari samaada melalui pengalaman atau proses pengaruh. Semakin banyak pengalaman seseorang terhadap sesuatu perkara, maka lebih kuat sikap individu tersebut terhadap perkara yang bersangkutan dengan hal tersebut. Namun ina bersifat dinamik dan boleh berubah melalui pendidikan dan latihan. Peranan sikap adalah pendorong kepada tindakan samaada menerima atau menolak, (Fazio & Zanna ,1981) Sikap individu adalah dipengaruhi oleh nilai etika (Lovelace & Rosen, 1996; Rest,1983,1986).Nilai kongruen antara ahli dalam organisasi adalah sangat penting kerana individu berkongsi persamaan nilai 5deolo yang cenderung untuk menerima rangsangan dalam cara yang sama. Faktor ini membolehkan individu menunjukkan sikap, mengkoordinasikan interaksi dan mewujudkan kesan interpersonal yang positif. Penyelidikan lepas menunjukkan jenis niai kongruen yang bergabung secara positif dengan sikap pekerja adalah melibatkan kepuasan. (Kemelgor,1982; Meglino, Ravlin, 7 Adkins, 1989; Oreilly, Chatman, & Caldwell, 1991) dan kepuasan ketua ( Meglino, Ravlin, & Adkins, 1991).Dengan

menjangkakan kongruen bagi (EL) yang memberi kesan terhadap sikap pekerja yang mana lebih positif apabila pembangunan moral ketua dan pekerja adalah kongruen. Sikap pekerjadan tahap kepuasan dipengaruhi oleh situasi pekerjaan, latihan dan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada organisasi.Persepsi pekerja disokong oleh pengurus dan organisasi mempengaruhi sikap pekerja dan gelagat melalui proses kelangsingan.( Thompson et el.,2004) termasuk usaha yang dikeluarkan.( Chelte and Tausky,1986).

Signifikan terhadap budaya berorganisasi adalah diekspresikan sebagai norma dan gelagat.Norma adalah laluan bagi kumpulan untuk menjangka corak kerja yang dilihat melalui pengurusan yang produktif.Pengurusan sikap dan 6deology juga mempengaruhi budaya berorganisasi yang mana corak traditional sesebuah organisasi akan cenderung untuk mempengaruhi pengurus untuk mengadaptasi sikap terhadap para pekerja manakala organisasi berorientasikan pasaran akan mengembangkan gabungan sikap. AUTHORS Koen Dewettinck and Maaike van Ameijde (2011) Marshall Schminke, Maureen L.Ambrose, Donald O. Neubaum (2005) KarianneKalshoven, Deanne N.Den Hartog, Annebel H.B De Hoogh (2011) Aronson (2001), Brown et al (2005), Kanungo(2001), Trevino (2003) Enid Mumford (1991) FINDING Kajian mendapati hubungan antara gelagat kepimpinan dan kepuasan kerja yang efektif. Sikap pekerja juga menujukkan kaitan dalam hubungan berkekalan. Positif. Kajian mendapati kesan pembangunan moral pemimpin dalam etika klimak organisasi dan sikap pekerja. Keputusan menunjukkan kongruen antara pembangunan moral pemimpin dan pekerja yang positif (sikap) dengan kepuasan kerja,komitmen. Menggambarkan pembangunan gelagat kepimpinan beretika dan validity digerakkan yang mengaitkan hubungan kepimpinan beretika (EL) dengan gaya kepimpinan dan sikap pekerja. Keputusan menunjukkan validity yang digerakkan adalah secara baik. Kepimpinan beretika berhubungan positif terhadap sikap pekerja yang mengarah pekerja dalam unit perniagaan mahupun prestasi organisasi Tingkahlaku pengurus sangat penting dalam mempengaruhi sikap pekerja dan mereka secara menerus diperhati gaya kepimpinan dan tindakbalas daripada pekerja. Kepercayaan terhadap kepimpinan ketua dapat membina sikap, tingkah laku pekerja seperti komunikasi terbuka, ketersediaan dan kebolehpercayaan. Sikap adalah keadaan (state) kesediaan seseorang yang bersifat mental dan saraf untuk bertindak terhadap sesuatu subjek atau suasana (situasion) tertentu, yang terbentuk melalui pengalaman, dan mempengaruhi seseorang terhadap sesuatu dan suasana (situasi). Terdapat sikap terbentuk daripada tindakan yang spontan yang tidak memerlukan pertimbangan pemikiran yang mendalam seperti yang terjadi dalam konteks pemikiran. Unsur yang terdapat dalam pembentukan sikap adalah perasaan (affective), pemikiran (cognitive), dan kelakuan (behavior).)

Dirks & Ferin (2002)

Gardon Allport (1935)

J.D. Hallaron, (1970)

Thornton,(1997)

(Fazio & Zanna ,1981)

Kajian terhadap sikap membentuk konsep perbezaan samaada sesuatu pelakuaan harus dilakukan dan keupayaan untuk memotivasikan orang lain (kepimpinan) dan ia juga sangat bergantung kepada kedudukan seseorang. Sikap juga telah didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dipelajari samaada melalui pengalaman atau proses pengaruh. Semakin banyak pengalaman seseorang terhadap sesuatu perkara, maka lebih kuat sikap individu tersebut terhadap perkara yang bersangkutan dengan hal tersebut.

Kepuasan Kerja

Kepuasan pekerja adalah kepuasan terhadap kerja yang mereka lakukan , (Spector,1997). Kepuasan kerja merupakan elemen yang menumpukan kepada pengurusan organisasi tingkahlaku dan pembangunan,( Lofquist and Dawis, 1969; Smith et al.,1969; Locke 1976; Cranny et al, 1992). Kepuasan kerja merupakan elemen yang dipertimbangkan dalam tempoh relatif yang dicadangkan dalam teori ekuiti, (Adam,1963; Vechio,1982) yang mana pekerja menilai pertukaran keadilan dan kepuasan dengan elemen dalam pampasan nisbah pendapatan seseorang seperti (pembayaran, penghargaan, kepuasan kerja, peluang dan kemajuan) dan input seseorang (masa, usaha, pengetahuan dan kemahiran). Kerja yang bermakna untuk kepuasan kerja telah tersedia teori oleh ( Herzberg et al.,1959) and (Hackman & Oldham,1980). Hujah menyatakan pekerja yang menerima kerja mereka menjadi signifikan mampu menghasilkan tahap kerja yang memuaskan.Pengertian nilai personal yang dipenuhi secara konsisten berdasarkan kepercayaan terhadap kepuasan kerja. Teori menunjukkan pekerja berasa yakin untuk berjaya dan gembira dengan kerja mereka berbanding pekerja yang takut untuk berhadapan dengan kegagalan.(Mantinko and Gardner, 1982). Selain itu kepuasan kerja juga adalah sikap ke arah aspek-aspek penelitian kerja dan tugastugas melibatkan kualiti sokongan daripada penyelia. (Van Dick et al.,2004). Hubungan diantara pekerja dan majikan dalam etika adalah pembolehubah yang menarik untuk dikaitkan kepada subjek bagi kepuasan kerja. Lebih penting adalah dengan meningkatkan faktor kepuasan kerja terhadap komunikasi lebih baik dan perundingan yang melibatkan keputusan yang diambil oleh ketua yang mengamalkan kepimpinan beretika (EL)

AUTHORS Jasna Auer Antoncic(2011)

Enid Mumford (1991)

FINDINGS Keputusan menunjukkan sokongan terhadap hipotesis hubungan kepuasan pekerja dan pertumbuhan dalam organisasi.Menunjukkan perbezaan yang dipertimbangkan terhadap elemen dalam kepuasan pekerja dengan berlatarbelakangkan pembinaan model kepuasan pekerja. Integrasi teori kepuasan kerja dengan menggunakan teori tindakan personian menujukkan kepuasan kerja berhubungandengan keperluan individu, jangkaan, aspirasi dan pengalaman kerja yang dipengaruhi oleh etika.Pembangunan

(Kluckhohn, 1962)

terhadap kepuasan kerja melalui teoritikal framework adalah faktor sistematik yang diperolehi. Individu (ketua) menunjukkan tingkahlaku kepada pekerja lain melalui interaksi menghasilkan kesan hubungan interpersoanl yang positif terhadap pekerja .Nilai kongruen dalam organisasi menghasilkan sistem sosial untuk mencapai matlamat dengan mencipta jangkaan model yang jelas.

METHODOLOGI Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan adalah merupakan kajian yang bersifat diskritif dan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan boleh dikendalikan secara besar-besaran dan merupakan satu bentuk pengutipan data yang telah dirancang bagi tujuan meramal, membuat pemerihalan dan menganalisis hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian (Kerlinger, 1973). Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data adalah kaedah soal selidik. Kaedah soal selidik ini hanya boleh melibatkan responden yang ramai, lebih luas dan menyeluruh, Johnson (1994) yang menyenaraikan dua kekuatan kaedah ini. Pertama, dapat melibatkan responden yang ramai. Kedua, dapat menghasilkan fakta dan maklumat dalam pelbagai kaedah statistik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian. Populasi dan Sampel Kajian Sampel dipilih adalah rawak random (simple random). Soal selidik yang dibuat adalah relevan dalam mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Data akan dianalisis berdasarkan jawapan-jawapan yang diperoleh daripada responden. Sample adalah terdiri daripada Jabatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terdiri daripada 100 orang responden dari semua cawangan balai di Negeri Terengganu yang dipilih. Lokasi Kajian Semua balai PDRM Negeri Terengganu yang terpilih.

Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan data. Gaya soalan kaji selidik adalah menggunakan- Dichotomous, Skala likert, Semantic differential. i) Skala Likert

Likert telah mencadangkan penggunaan satu set senarai kenyataan berbentuk positif dan negatif. Ia adalah sejenis skala yang direkabentuk untuk menentukan bagaimana kuatnya darjah persetujuan sesuatu subjek dengan kenyataan yang diberikan.

ii)

Dichotomous

Menentukan sesuatu subjek kenyataan yang diberikan dengan memilih jawapan YA atau TIDAK . iii) Semantic Differential

Penggunaan pekali semantic diffrential adalah salah satu teknik skala dalam penyelidikan dan hanya satu subjek untuk dinilai. Antara contohnya jenama.skala 1 sangat tidak digemari hingga skala 7 sangat digemari. Walaubagaimanapun nilainya boleh menjadi negatif. Teknik ini boleh dijalankan menggunakan ujian kolerasi atau regresi. Kaedah Pengumpulan Data Perbincangan mengenai kaedah pengumpulan data adalah berfokus kepada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. i) Data Primer

Kaedah pengumpulan data merujuk kepada jenis-jenis data yang digunakan dalam menjalankan kajian. Ia juga merupakan sebagai satu sumber utama kepada kami untuk mendapatkan maklumat dengan lebih banyak. ii) Data Sekunder

Data sekunder merupakan jenis data yang diperolehi selain daripada data primer. Antara data sekunder yang digunakan di dalam menjalankan kajian ialah internet , jurnal - jurnal, soal selidik.

Penganalisaan Data Penganalisaan data untuk kajian ini, adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16. Ujian-ujian statistik yang digunakan didalam kajian ini adalah meliputi min, taburan dan ujian t, analisis varian sehala (ANOVA) dan kolerasi pearson. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi tujuanpenganalisisan data. Oleh itu, pengkaji menggunakan ujian statistik dengan menggunakan dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. i) Min

Min adalah nilai purata yang diambil sebagai nilai yang mewakili nilai yang banyak dan ia merupakan kaedah ukuran kecenderungan memusat (Frederick et al., 1991). Dalam kajian ini, nilai min digunakan untuk menjelaskan nilai purata bilangan responden yang bersetuju dengan pengaruh personaliti dan gaya kepimpinan pemimpin. ii) Ujian t

Ujiant digunakan didalam kajian ini bagi menentukan perbezaan yang signifikan antara dua kategori pembolehubah didalam kumpulan. Dalam konteks kajian ini, Ujiant digunakan untuk menguji dua kumpulan pembolehubah yang berbeza seperti jantina , taraf pendidikan, tempoh pengalaman kerja dan taraf pendidikan para responden. iii) Anova Sehala

Ujian Analisis Varian Sehala (One-Way ANOVA) pula digunakan untuk menguji pembolehubah yang mempunyai tiga atau lebih set data. Dalam kajian ini Ujian Analisis Varian Sehala (One-Way ANOVA).

iv)

Korelasi Pearson r

Dalam kajian ini, penggunaan pekali korelasi untuk menentukan hubungan sesuatu analisis. Bagi melihat perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah maka Ujian kolerasi Pearson akan digunakan. Menurut McBurney (2001) dan Howell (1992), kolerasi di gunakan untuk mengukur perkaitan antara pembolehubah. Kolerasi Pearson r digunakan untuk mengukur darjah hubungan antara dua pembolehubah di dalam skala antara 0 hingga 1.00. Namun darjah antara pembolehubah juga boleh berlaku di dalam keadaan negatif iaitu 0 hingga -1.00.

You might also like