You are on page 1of 6

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN


PROFESIONALISME

TAJUK:

TEORI PASUKAN BELBIN DAN PASUKAN PRESTASI TINGGI

NAMA PENSYARAH : Dr. NORSIAH BINTI AMINUDIN

NAMA PELAJAR:

NURUL HUDA BINTI SHAMSUDIN A143276

YEW LING SIN A143340

NURUL HAFINI BINTI MOHD KASSIM A143356


TEORI PASUKAN BELBIN

Pengenalan

Teori Belbin merupakan salah satu teori yang berkaitan dengan kerja berpasukan yang popular.
Teori ini telah diperkenalkan oleh Merdith Belbin pada tahun 1970. Meredith Belbin lahir pada
tahun 1926 merupakan seorang penyelidik British yang terkenal sebagai ahli teori dalam bidang
pengurusan. Beliau telah mendapat pendidikan di peringat Sarjana Muda pertama, Klasik dan
kemudian Psikologi di Kolej Clare, Cambridge.

Teori Belbin

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Belbin, beliau mendapati bahawa satu pasukan
yang berkesan mempunyai ahli yang merangkumi lapan kemudian sembilan peranan utama
dalam menguruskan pasukan dan bagaimana pernan tersebut menjalankan tugasnya. Peranan
setiap pasukan juga mungkin berasingan dan berbeza dalam menjalankan kerja-kerja pasukan.
Menurut Belbin, peranan pasukan adalah kecenderungan untuk bertindak, memberi kerjasama
dan berinteraksi dengan orang lain dengan sesuatu cara tertentu.

Belbin pernah mengatakan bahawa sesebuah pasukan bukanlah mengenai sekelompok manusia
yang mempunyai jawatan semata-mata, tetapi merupakan satu jemaah individu yang mempunyai
peranan masing-masing dan difahami oleh ahli pasukan yang lain. Oleh itu, terdapat sembilan
peranan individu dalam setiap pasukan yang telah dikenal pasti oleh Belbin dalam kajian beliau
iaitu :

a) Pohon/Plant
Individu dianggap seperti pohon yang disemai dalam setiap pasukan. Mereka merupakan
antara individu yang kreatif dan baik dalam menyelesaikan masalah secara tidak
konvensional.

b) Pemantau dan Penilai/Monitor Evaluator


Peranan ini berperanan untuk melihat pilihan pasukan secara menyeluruh dengan adil dan
perlu memainkan peranan mereka tanpa melibatkan emosi yang keterlaluan.
c) Penyelaras/Coordinator
Peranan ini perlu memberikan tumpuan kepada objektif dan matlamat pasukan,
mengagihkan tugas dengan saksama dan perlu menarik ahli pasukan untuk aktif
melibatkan diri dalam pasukan.

d) Penyelidik Maklumat/Resource Investigator


Penyelidik maklumat pula bertanggungjawab memberi maklumat dalaman mengenai
halangan yang dihadapi terutama apabila pasukan berkemungkinan cenderung untuk
fokus ke dalam dan terasing. Mereka juga perlu memastikan idea-idea pasukan
disebarkan keluar dari pasukan itu.

e) Pelaksana/Implementer
Merancang dan menjalankan strategi yang praktikal dan berkesan secara efisien
merupakan antara bidang tugas pelaksana.

f) Pelengkap dan Penamat/Completer Finisher


Peranan ini sangat diperlukan di akhir tugasan pasukan di mana mereka
bertanggungjawab untuk melihat sama ada terdapat kesalahan atau kekurangan yang
perlu diperbaiki. Mereka menggunakan piawai kualiti yang terbaik dalam melakukan
tugas mereka.

g) Ahli Pasukan/Team Worker


Ahli pasukan perlu sentiasa saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam melakukan
dan menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan demi kejayaan pasukan mereka.
h) Pembentuk/Shapers
Pembentuk merupakan individu yang memberikan cabaran kepada pasukan untuk
menaikkan lagi semangat setiap ahli pasukan untuk bergerak ke hadapan dan tidak
hilang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan. Semangat yang tinggi penting dalam
memastikan kejayaan sesebuah pasukan itu dicapai.

i) Pakar/Specialist
Pakar merupakan seseorang atau kelompok yang tahu dan mempunyai kepakaran yang
tinggi dalam sesuatu bidang . Mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan setiap kerja dilakukan dengan sempurna.

Kesimpulan

Kesembilan peranan tersebut terdapat kelemahan iaitu kecenderungan untuk fokus hanya dalam
perkara pilihan mereka sahaja tanpa memikirkan mengenai kemajuan pasukan. Walaupun
peranan yang dimiliki berbeza, namun pelakuan sesuatu peranan amatlah penting demi
memastikan perancangan dan matlamat pasukan berjaya dicapai. Oleh itu, kesimbangan
merupakan aspek yang sangat penting dalam setiap peranan supaya kesemua peranan dapat
memberikan sumbangan yang terbaik kepada pasukan.

PASUKAN BERPRESTASI TINGGI ( HIGH PERFORMANCE TEAM )

Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada
pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yang berkepentingan dalam organisasi. Pasukan ini
sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan
pengurusan aktivitinya serta kerap menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan
berprestasi tinggi lebih sedia membangunkan potensi, mengemas kini kepakaran, dan
menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sebagai penggerak dalam memastikan kecermelangan
pasukan.

Definisi bagi pasukan berprestasi tinggi ialah pasukan , organisasi , atau kumpulan yang sangat
memberi tumpuan kepada matlamat mereka dan mencapai keputusan yang unggul. Ia juga
membawa maksud sekumpulan orang dengan peranan khusus dan bakat pelengkap dan
kemahiran, selaras dengan komited untuk tujuan yang sama , yang secara konsisten
menunjukkan tahap kerjasama dan inovasi, yang menghasilkan keputusan yang lebih hebat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih dahulu
bagi meransang penglibatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan ditentukan oleh
3 faktor iaitu:

i) Kemampuan pekerja
ii) Persekitaran kerja
iii) Motivasi pekerja

Terdapat 6 elemen yang membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tinggi yang mana terdiri
daripada:

i) Kopetensi anggota pasukan


ii) Kemahiran, proses dan cara kerja
iii) Kemahiran interpersonal, komunikasi dan kelebihan personality
iv) Sistem nilai
v) Visi, matlamat dan hala tuju yang sama
vi) Nilai organisasi
Ciri-ciri Pasukan Berprestasi Tinggi
a) Penghubung kepada ahili pasuakn
b) Menetapkan output yang tinggi untuk mencapainya
c) Kepuasan dan keseronokan bekerja
d) Kerjasama yang kukuh antara anggota pasukan
e) Bermotivasi Tinggi
f) Segera belajar daripada kesilapan
g) Berorientasikan pelanggan

Di samping itu, kejelasan mengenai peranan, kuasa dan tanggungjawab setiap anggota pasukan
turut mempengaruhi prestasi pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota dalam pasukan kerja
perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yang menjadi pegangan mereka.
Apabila mereka mengetahui tentang tugas masing-masing dengan sebaiknya serta etika kerja
yang menjadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan
berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.
Melihat kepada faktor-faktor disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi
dan pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat
organisasi, pasukan dan individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor akan
menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh menjejaskan
matlamat pasukan yang ingin dicapai.

http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved
=0ahUKEwisxITAoaPaAhVHNY8KHZvlCkQQFggmMAA&url=http%3A%2F%2Fifolio.ukm.
my%2FScripts%2Ftinymce%2Fplugins%2Ffilemanager%2Ffiles%2F28249%2FTeori_Belbin__
Pasukan_Berprestasi_Tinggi.docx&usg=AOvVaw26zAF93x1qxY5qvmD5v9X-

You might also like