You are on page 1of 8

UNIT 2

Peraturan Bilik Sains


Peraturan am bilik sains
1) Semua murid dilarang masuk ke dalam bilik
sains tanpa kebenaran guru.
2) Beg murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke
dalam bilik sains.
3) Semua murid dilarang makan dan minum di
dalam bilik sains.
4) Semua murid mesti berdisiplin dan mengikut
arahan guru sepanjang masa di dalam bilik sains.
5) Jangan sentuh sebarang radas dan bahan di
dalam bilik sains sehingga diarahkan oleh guru.
6) Sebarang aktiviti dan eksperimen tidak boleh
dilakukan tanpa kebenaran dan kehadiran guru.
7) Murid tidak dibenarkan menjalankan
eksperimen secara bersendirian di dalam bilik sains.
8) Bahan kimia dan radas sains tidak boleh dialih dan
dibawa keluar dari bilik sains tanpa kebenaran guru
9) Semua murid dilarang bergurau, bermain, berlari di
dalam bilik sains.
10) Jangan membazirkan bahan kimia, air, gas dan
tenaga elektrik di dalam bilik sains.
11) Segala kerosakan radas perlu dilaporkan
kepada guru dengan segera.
12) Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh
dituang semula ke dalam botol asalnya.
13) Jangan buang bahan pepejal ke dalam singki.
Bahan pepejal harus dibuang ke dalam bakul
sampah.
14) Semua radas perlu dibersihkan dan
dikembalikan ke tempat asalnya selepas
digunakan.
15) Bersih dan kemaskan tempat masing-masing
sebelum meninggalkan bilik sains.
Langkah-langkah Keselamatan
1) Jangan rasa dan hidu sebarang bahan kimia
tanpa kebenaran guru.
2) Sebarang kemalangan atau kecederaan perlu
dilaporkan kepada guru dengan segera.
3) Baca semua label dengan teliti terlebih
dahulu sebelum menggunakan bahan kimia.
4) Bahan kimia pepejal mesti dikendalikan
dengan menggunakan spatula atau sudu.
5) Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum
dan selepas menjalankan eksperimen.

You might also like