You are on page 1of 12

KERJA SEPASUKAN

1.0 Pengenalan

Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah
pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan.
Melalui kerja berpasukan akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam
pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang
kompleks.

2.0 Definisi Kerja Berpasukan

Berikut adalah definisi kerja berpasukan berdasarkan kajian ilmiah:

1. Menurut Yeop Hussin Bidin (2006), kerja berpasukan bermaksud kerjasama antara pengurus
ataupun ketua jabatan yang bertanggungjawab merancang, dan kakitangan yang menjalankan
tanggungjawab mereka dengan baik. Ini kerana segala masalah dapat diselesaikan dengan
tolak ansur dan muafakat.

2. Menurut Abd. Aziz (2003) pula, kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu
yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai
akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas
yang mencabar.

3. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai kelompok atau
kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat spesifik jabatan atau organisasi.

4. Merujuk Saari (1991), kerja berpasukan ialah sesuatu kumpulan yang melaksanakan
tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk
mewujudkan keadaan kerjasama.

-1-
5. Menurut Hadyn dan Mc Donnel (1996), pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau
lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara
aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja berpasukan merupakan suatu
unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi
membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang
ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang
dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan
secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan
hasil tanpa meningkatkan sumber.

6. Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan dapat ditingkatkan
melalui kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi
kepuasan kerja guru adalah kepimpinan yang efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti
seseorang pemimpin tidak menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya
kerana ia amat bergantung pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada orang
bawahannya.

3.0 Konsep Pasukan Dan Kerja Berpasukan

1. Pasukan merupakan satu kelompok atau kumpulan pekerja yang bekerja bersama sama untuk
mencapai sesuatu matlamat spesiik dalam organisasi. Anggota pasukan adalah terdiri
daripada dua atau lebih pekerja yang saling bersandaran, berinteraksi dan bersepakat untuk
melaksanakan strategi tertentu ke arah pencapaian matlamat bersama.

2. Secara mudahnya kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam


organisasi yang melaksanakan tugas secara berganding bahu antara satu sama lain
dalam kumpulan tersebut dan sama-sama bergabung bagi mencapai matlamat kumpulan.
Ahli-ahli pasukan akan berinteraksi rapat, berkongsi maklumat, membuat keputusan
dan memikul tanggungjawab bersama bagi melakukan tugas yang ditetapkan dalam ruang-
lingkup tugas dan kuasa yang diperturunkan.

3. Justeru, kerja berpasukan adalah gabungan kebolehan, kemahiran dan pengalaman yang
dilakukan secara bersepadu untuk menghasilkan output kerja yang lebih tinggi dari segi

-2-
kuantiti dan kualiti berbanding usaha yang dilakukan secara perseorangan. Oleh itu
menerusi kerja berpasukan, organisasi dapat mengharapkan berlakunya peningkatan hasil
yang maksimum berbanding dengan pertambahan kos dan sumber yang minimum.

4.0 Keperluan Kerja Sepasukan

1. Kerja berpasukan adalah penting kerana ia menyatupadukan seluruh kakitangan dalam


usaha meningkatkan output kerja. Dengan bertindak sebagai satu pasukan, berbagai bidang
kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digembling untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

2. Joiner (1994) menyatakan kecemerlangan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada gaya
pengurusan yang berkesan. Beliau kemudiannya mencadangkan Model Segi Tiga Joiner yang
meletakkan tiga komponen utama sebagai kepada asas kepada pengurusan yang baik. Model
Joiner di atas menyarankan tiga komponen utama kepada asas daya saing sesuatu organisasi
iaitu ketaksuban kualiti, sistem yang saintifik dan keterlibatan menerusi kerja
berpasukan.

4. Model beliau ini kemudiannya menjadi asas kepada pengurusan kualiti menyeluruh
(TOM). Pengurusan kualiti menyeiurui) memerlukan penglibatan semua dalam organisasi
dari pengurusan atasan sehingga kakitangan bawahan. Penglibatan ini boleh diaplikasikan
menerusi penubuhan pasukan-pasukan kerja. Oleh itu kerja berpasukan merupakan satu
daripada pra-syarat yang diperlukan untuk membawa otganisasi ke arah kecemerlangan.

-3-
5. Menerusi kerjasama secara berkumpulan membolehkan produktiviti dan kualiti
ditingkatkan iaitu hasil penggabungan kepakaran, pengetahuan dan komitmen semua ahli.
Masa dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu kerja dapat dirninimumkan. Manakala kos
operasi juga akan dapat dijimatkan.

6. Oleh kerana setiap anggota berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, mereka boleh
menjadi lebih bijak dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Malah proses
membuat keputusan berdasarkan pergaulan dan pengalaman kerja secara berkumpulan,
akan mematangkan mereka.

7. Dengan adanya kumpulan membolehkan maklumat dan idea terkumpul. Sekiranya


sepuluh orang menganggotai satu kumpulan dan setiap orang memberi satu idea, kumpulan
akan mempunyai 10 jenis idea. Lebih banyak pandangan adalah iebih baik kerana
kumpulan berpeluang untuk menapis Jan memilih idea yang terbaik untuk
dilaksanakan. Akhirnya organisasi akan menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing.

8. Apabila pekerja diberi kepercayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan


sesuatu masalah, ia adalah satu bentuk empowerment. Pekerja akan memperolehi
dorongan berikutan kepeicayaan dan penghargaan yang diberi oleh majikan. Anggota
kumpulan akan merasa puas apabila mereka terlibat sama dalam proses membuat
keputusan. Dengan itu, cadangan dan strategi yang dihasilkan secara berpasukan adalah lebih
mudah dilakasanakan.

9. Oleh kerana manusia dikatakan makhluk sosiai, mereka memerlukan orang lain setiap masa,
termasuk di dalam organisasi kerja. Mereka akan merasa lebih selamat apabila bersama
dengan rakan lama. Manakala hubungan baik antara pekerja-pengurusan dan pekerja-pekerja
akan membina persekitaran kerja yang rnenyenangkan lagi harmoni.

-4-
5.0 Keberkesanan Pasukan Menerusi C-O-Q-P Driven

1. Dalam konteks organisasi moden, cabaian dan masalah yang dihadapi selalunya
kompleks. Penyelesaiannya sudah pasti memerlukan penggemblengan tenaga semua pihak
dalam organisasi. Oleh itu penubuhan pasukan kerja dalam pelaksanaan kerja berpasukan
sudah menjadi satu amalan yang biasa. Tetapi perkara pasukan kerja gagal berrungsi
dengan berkesan, usaha ke arah peningkatan prestasi organisasi akan gagal. Bagi
mempastikan pasukan kerja sentiasa relevan dan berdaya saing, pasukan kerja harus bertanya
mengenai persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah kemahuan pelanggan dan pihak yang berkepentingan?


ii. Apakah matlamat pasukan.
iii. Apakah ciri-ciri kualiti yang perlu ada pada output yang dihasilkan pasukan?
iv. Bagaimana untuk meningkatkan produktiviti pasukan?

2. Secara ringkasnya bagi menealukan keberkesanan sesuatu pasukan kerja, maka konsep
Customer-diven. Obi.-c-'iv-?- Jnviu Quui'nx driven dan Productivity-driven atau
ringkasannya C-O-Q-P Driven, boleh diaplikasikan. Rajah 2 di bawah ini
menjelaskan perkaitan elemen-elemen yang membentuk konsep berkenaan.

-5-
6.0 Kepentingan Kerja Berpasukan

Di antara kepentingan kerja berpasukan adalah:

1. Maddux (1993), membuktikan dalam kajian beliau bahawa peningkatan produktiviti semakin
bertambah jika kerja dilakukan secara berpasukan berbanding kerja secara individu.
Kepentingan kerja berpasukan dalam jabatan adalah jelas dan tidak boleh disangkal lagi
dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan, Panitia serta guru di sekolah
akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekolah.

2. Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benar-benar cemerlang jika dia
boleh mencipta situasi saling kebergantungan antara satu sama lain. Dalam buku beliau juga
memperkatakan kemahiran kerja berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis kerja
dengan orang lain yang paling popular dan berkesan.

3. Merujuk Jean (2002) dalam kajian beliau menghujahkan bahawa kepentingan kerja
berpasukan melibatkan sekumpulan manusia yang mempunyai komitmen tinggi terhadap
tujuan umum, berkemahiran tinggi dan bersetuju kepada matlamat pencapaian yang khusus
di mana semua ahli pasukan saling bertanggungjawab dalam suatu organisasi. Maka, kerja
berpasukan yang berkesan perlukan visi, misi, wawasan dan matlamat yang jelas dan ringkas.
Matlamat ini mesti diketahui oleh semua ahli pasukan supaya masing-masing faham dan
ketahui tanggungjawab mereka. Semua ahli perlu tahu apa yang hendak dicapainya.

4. Chand et.al (1998) pula, dalam kajian mengenai kepentingan pasukan kerja dan
keberkesananya telah menyatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk menyelaraskan
usaha dan kepakaran bagi mencapai keputusan yang dihasratkan ialah kerja berpasukan.

5. Faedah-faedah yang diperolehi ahli pasukan termasuklah perkembangan kefahaman yang


lebih baik tentang matlamat organisasi, penyelesaian masalah yang lebih efektif, galakan
untuk menjadi kreatif, motivasi dan moral yang meningkat, peluang untuk mengenal pasti
dan mengembangkan kepimpinan dan komunikasi yang lebih baik (Zaidatol, 1990).

-6-
6. Menurut Fields (1993), kualiti amat penting dalam sesebuah organisasi, dan kualiti tidak
wujud dengan sendirian, kualiti adalah perubahan budaya yang mengutamakan proses
menambahbaik dan prinsip-prinsip yang berkualiti akan berkekalan.

7. Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada ahli dan ketua bekerja secara bersama
dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan yang efektif adalah yang terdiri daripada
dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli
terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. (Hadyn and
McDonnel, 1996).

7.0 Keberkesanan Kerja Berpasukan

1. Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerja berpasukan mempunyai
enam kekuatan iaitu:

i. kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh kekuatan


anggota pasukan lain.
ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat organisasi.
iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan gembira.
v. pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif seolah-olah tidak
wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan mencapai
keberkesanan berpasukan dengan cepat.

2. Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model Komprehensif


dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang berkesan iaitu:

i. matlamat yang difahami dan dipersetujui


ii. konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik
iii. ahli berkongsi peranan kepimpinan
iv. keupayaan ahli digunakan sepenuhnya

-7-
v. komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku dalam
pasukan ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan penglibatan dalam
penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
vi. pengujian dan kreativiti digalakkan
vii. menilai fungsi dan proses dengan kerap
viii. setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa masing-masing.

3. Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja berpasukan yang berkesan
iaitu:

i. kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi


ii. ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama
iii. matlamat kerja berpasukan adalah jelas
iv. latihan yang mencukupi dan bersesuaian
v. autoriti dan peluang membuat keputusan
vi. menghargai nilai konflik yang wujud.
vii. menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi diri.
viii. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada
ix. kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.

4. Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan komponen yang disebut


sebagai peta oleh McGregor, Likert dan Blake & Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz
(1999) iaitu nilai yang jelas dan dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut
keadaan, bangga dengan pasukan, maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan
ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan.

5. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja berpasukan membawa
kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau lagi, perkongsian
maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited memberi tranformasi kepada sekolah ke
arah sekolah berkualiti.

-8-
8.0 Kelebihan Kerja Berpasukan

Di antara kelebihannya adalah seperti berikut:

1. Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah
kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan
meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral
pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan
tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam
pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman
setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi
bersama ahli pasukan.
2. Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti meningkatkan ransangan,
mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang
pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan
mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja
yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga akan
meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.

3. Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan hasil yang
menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah sempadan yang jelas,
manfaat daripada kemahiran yang pelbagai, tugasan yang jelas untuk dipersembahan,
mempunyai sasaran tarikh, bergantung pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu
ramai, akauntabiliti individu dan saling bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam
penyelesaian masalah, perbincangan secara terbuka, saling bergantung dan kepimpinan
berkongsi (Berk & Lintern, 2000).

4. Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat untuk melaksanakan
perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam Tengku Abd Aziz, 1999). Pasukan kerja
yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan
sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan kerja
yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas (Tengku Abd. Aziz,

-9-
1999). Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teori-teori pengurusan yang membicara
kerja berpasukan.

5. Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan,
pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini
akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru
yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam
suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai
sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk
bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat
membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna
dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi
mengerakkan proses peningkatan kualiti.

6. Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu seterusnya akan
memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan ini, di dalam jabatan bebas
berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta sumber-sumber
lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di antara jabatan,
yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan.

9.0 Penutup

Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan di sesebuah sekolah amat penting. Ini
disebabkan kerja berpasukan yang berkesan mengutamakan kualiti kerja dan produktiviti
seterusnya membina kepuasan kerja lalu dapat membina inovasi dan kreatif di kalangan Ketua
Panitia dalam jabatan. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah
pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di kalangan ahli pasukan
dalam jabatan.

- 10 -
RUJUKAN

Abd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Kuala Lumpur:
Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South Austrralia:


Flexible Learning Centre.

Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams.
Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380.

Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American Schools.


Wisconsin: ASQC Quality Press.

Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance Managemant-The


Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42.

Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building. Health Care
Financial Managemant.

Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan Kepimpinan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

- 11 -
Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who Needs
Houston. Texas: Gulf Publishing Company.

Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working.


California: Pfeiffer & Co.

Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering.


International Journal of Education Management.12/6. 250-259.

Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti.

- 12 -

You might also like