You are on page 1of 4

SK PEKAN KENINGAU II

PETI SURAT 1517


89008 KENINGAU, SABAH

KERTAS KERJA
EXPLORACE BAHASA ARAB

TARIKH:
18 SEPTEMBER 2013

TEMPAT:
DATARAN PERHIMPUNAN,
SK PEKAN KENINGAU II

ANJURAN:
PERSATUAN BAHASA ARAB
SK PEKAN KENINGAU II
1.0 TUJUAN

Bahasa Arab merupakan subjek elektif yang wajib diambil oleh setiap murid di Sekolah
Kebangsaan Pekan Keningau II. Di Malaysia amnya, Bahasa Arab dianggap sebagai
bahasa yang ketiga selepas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun
bahasa ini sering dianggap susah oleh kebanyakan murid disebabkan bahasanya yang
terlalu asing.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar pendidik, kanak-kanak lebih mudah untuk
menguasai sesuatu perkara jika berbentuk aktiviti seperti permainan, nyanyian dan
sebagainya. Oleh yang demikian, Persatuan Bahasa Arab telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan aktiviti belajar Bahasa Arab sambil bermain supaya murid akan berasa lebih
seronok untuk belajar Bahasa Arab.

Program ini dirancang untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa arab dalam kalangan
murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau II khususnya. Bersesuaian dengan
namanya, Explorace Bahasa Arab dilaksanakan secara santai dan berbentuk pertandingan
agar murid lebih bersungguh- sungguh melaksanakannya.

2.0 OBJEKTIF AM

Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam subjek Bahasa Arab.

3.0 OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir program ini, murid-murid dapat:

3.1 Menguasai beberapa perkataan asas bahasa arab.

3.2 Menulis perkataan menggunakan huruf hijaiyyah dengan betul.

3.3 Menggunakan istilah-istilah Bahasa Arab yang mudah dalam komunikasi harian.

4.0 KUMPULAN SASARAN

50 orang murid daripada Persatuan Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.
5.0 TARIKH DAN MASA

Tarik :18 September 2013

Masa : 7.10 pagi 8.10 pagi

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Encik Wahanin Bin Ismail

Penasihat : Puan Zunani Bt. Hamzah

Timbalan Penasihat : Encik Md Zahir Bin Baharom

: Puan Noveta Nisma Bt. Johari

Penyelaras : Muhammad Abdul Rahman Bin Salleh

Setiausaha : Encik Muhammad Syazwan Bin Shah Kamarrudin

Fasilitator : Encik Shahmaizar Mamat

: Cik Rahimah Binti Dahlan

: Puan Saripah Binti Abdul Ghani

: Puan Mariati Binti Sulaiman

: Puan Suzianah Binti Mohd. Kassim

Dokumentasi : Encik Muhammad Ikram Bin Ab. Aziz

Hadiah : Puan Salwatizah Binti Abdul Salam

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Hadiah :
Tempat Pertama (Hamper) RM100 X 1 RM 100
Tempat Kedua (Hamper) RM70 X 1 RM 70
Tempat Ketiga (Hamper) RM50 X 1 RM 50
Saguhati (Hamper) RM30 X 2 RM 60
JUMLAH RM 280
8.0 PENUTUP

Segala komitmen dan kerjasama dari semua pihak amat diharapkan, agar matlamat dan
objektif program ini akan tercapai.

Disediakan oleh,

......................................

(MUHAMMAD SYAZWAN BIN SHAH KAMARRUDIN)

Setiausaha

Program Explorace Bahasa Arab

SK Pekan Keningau II, Keningau

Disahkan oleh,

..

(ENCIK WAHANIN BIN ISMAIL)

Guru Besar

SK Pekan Keningau II, Keningau

You might also like