You are on page 1of 22

UNIT 1

KEMAHIRAN
SAINTIFIK
1.1 Kemahiran proses sains

• Sains merupakan satu kajian tentang ilmu


pengetahuan yang menerangkan kejadian
fenomena semula jadi di sekeliling kita.

• Proses pembelajaran sains dapat


dijalankan dengan lebih bermakna dan
efektif melalui penggunaan kemahiran
proses sains.
1.1 Kemahiran proses sains

1) Meramal
2) Memerhati
3) Membuat inferens
4) Mengukur dan menggunakan nombor
5) Menggunakan hubungan ruang dan masa
6) Mengelas
7) Berkomunikasi
8) Membuat hipotesis
9) Mengeksperimen
10) Mentafsir data
11) Mendefinisi secara operasi
12) Mengawal pemboleh ubah
1.1.1 Memerhati
• Memerhati ialah satu proses mengumpul
maklumat tentang objek dan fenomena dengan
menggunakan sebahagian atau semua deria.

• Deria  bau, rasa, sentuhan, pendengaran,


penglihatan

• Pemerhatian boleh dibuat berdasarkan


perubahan yang dapat dilihat dalam keputusan
eksperimen.
1.1.2 Mengelas

• Mengelas ialah satu proses


memerhati dan mengenal pasti
persamaan dan perbezaan objek.

• Objek-objek yang mempunyai ciri


sepunya dikumpulkan dalam
kumpulan masing-masing.
1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor

• Mengukur dan menggunakan nombor ialah


proses yang menggunakan nombor untuk
merekod ukuran dan fenomena.

• Proses ini melibatkan penggunaan alat piawai


dan unit piawai yang betul untuk
membandingkan ukuran seperti jarak, masa,
luas dan isi padu.

• Kemahiran ini membolehkan kita membuat


sesuatu pemerhatian dengan lebih tepat.
1.1.4 Membuat inferens
• Membuat inferens ialah satu proses untuk
membuat kesimpulan awal tentang sesuatu
objek atau kejadian berdasarkan pemerhatian
yang dibuat.

• Kesimpulan awal ini tidak semestinya betul.

• Inferens menerangkan mengapa sesuatu


kejadian berlaku secara logik.
1.1.5 Meramal
• Meramal ialah satu proses membuat jangkaan
bagi peristiwa yang akan berlaku.

• Jangkaan dibuat berdasarkan pemerhatian dan


pengalaman yang lalu atau data yang boleh
dipercayai.

• Kemahiran meramal memberi kita peluang


menentukan tindakan yang sesuai terhadap
sesuatu kejadian yang diramalkan berlaku.
1.1.6 berkomunikasi

• Berkomunikasi ialah kemahiran untuk


menyampai dan mempersembahkan idea
atau maklumat dalam pelbagai bentuk.

• Selain tulisan, maklumat boleh


disampaikan dalam bentuk gambar rajah,
jadual, carta palang dan sebagainya.
1.1.7 Menggunakan hubungan ruang dan masa

• Kemahiran ini menunjukkan


kedudukan, arah, bentuk atau saiz
sesuatu objek dan perubahannya
mengikut masa.
1.1.8 Mentafsir data

• Mentafsir data merupakan satu proses


memberi penerangan secara rasional
tentang objek, peristiwa atau corak
daripada maklumat yang dikumpul dalam
pelbagai bentuk.
1.1.9 Mendefinisikan secara operasi

• Mendefinisikan secara operasi ialah satu


proses untuk memberi definisi sesuatu
konsep atau pemboleh ubah dengan
menyatakan perkara yang boleh
dilakukan dan diperhatikan.
1.1.10 Mengawal pemboleh ubah
• Pemboleh ubah merupakan faktor keadaan atau
perkara yang boleh diubah atau berubah dalam satu
penyiasatan.

• Tiga jenis pemboleh ubah:


a) Pemboleh ubah dimanipulasi
- apa yang diubah
b) Pemboleh ubah bergerak balas
- apa yang diperhatikan atau ditukar
c) Pemboleh ubah dimalarkan
- apa yang ditetapkan atau dikekalkan
1.1.11 Membuat hipotesis
• Membuat hipotesis ialah satu proses membina
satu pernyataan umum yang difikirkan benar
berdasarkan inferens yang dibuat untuk
menerangkan sesuatu perkara.

• Hipotesis juga meruapakan satu ramalan tentang


hubungan antara dua pemboleh ubah.

• Hipotesis yang dibuat akandiuji untuk


membuktikan kesahihannya.
1.1.12 Mengeksperimen

• Mengeksperimen merupakan
penggunaanbeberapa kemahiran proses
sains untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

• Mengeksperimen ialah proses


merancang langkah-langkah untuk
menguji hipotesis.
Prosedur mengeksperimen adalah seperti berikut:

a) Membuat pemerhatian
b) Mengemukakan soalan tentang suatu masalah
c) Membuat inferens
d) Membuat hipotesis yang ingin diuji
e) Mengawal pemboleh ubah
f) Menentukan radas dan bahan yang diperlukan
dalam eksperimen
g) Menjalankan eksperimen dan merekod data
h) Mentafsir data
i) Membuat kesimpulan
1.2 kemahiran manipulatif sains

• Kemahiran manipulatif sains


memainkan peranan yang penting
dalam memastikan segala aktiviti
sains dijalankan dengan efektif dan
selamat.
Kemahiran manipulatif sains
• Mengguna dan mengendalikan peralatan dan
bahan sains dengan betul
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan
cermat
• Melakar spesimen, peralatan, dan bahan sains
dengan tepat
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang
betul
• Menyimpan peralatan dan bahan sains di tempat
asal
Nota pantas
1)Memerhati Mengumpul maklumat
tentang sesuatu fenomena
menggunakan deria

2)mengelas Mengumpul objek yang


mempunyai ciri sepunya

3)Mengukur dan Menggunakan nombor untuk


menggunakan nombor merekod ukuran

4)Membuat inferens Membuat kesimpulan awal


5)Meramal Membuat jangkaan
6)Berkomunikasi Menyampaikan data dalam
pelbagai bentuk

7)Menggunakan Menunjukkan perubahan


hubungan ruang dan kedudukan, arah, bentuk
atau saiz sesuatu objek
masa mengikut masa

8)Mentafsir data Memberi penerangan


secara rasional tentang
objek, peristiwa atau corak
daripada maklumat yang
dikumpul
9)Mendefinisi secara operasi Menerangkan konsep atau
pemboleh ubah dengan
menyatakan perkara yang
boleh dilakukan dan
diperhatikan

10)Mengubah pemboleh ubah Mengubah faktor, keadaan


atau perkara yang boleh
mempengaruhi keputusan
dalam satu penyiasatan

11)Membuat hipotesis Membuat ramalan tentang


hubungan antara dua
pemboleh ubah

12)Mengeksperimen Merancang langkah-langkah


untuk menguji sesuatu
hipotesis

You might also like