You are on page 1of 23

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi guru – guru di sekolah terhadap

amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah rendah daerah Selangau. Bab

ini juga akan memberi huraian lanjut tentang metodologi kajian yang digunakan bagi

melaksanakan kajian ini. Perbincangan juga akan menyentuh mengenai kaedah

penyelidikan yang digunakan untuk meneroka persepsi guru terhadap amalan

kepimpinan instruksional dikalangan guru besar di daerah Selangau , Sarawak .

Penerangan tentang kaedah kajian dalam bab ini dikategorikan kepada lima bahagian

yang berikut: (i) Rekabentuk penyelidikan; (ii) populasi dan sampel; (iii) instrumen

kajian ; (iv) prosedur pengumpulan data dan (v) kerangka analisis data.

3.1 Rekabentuk kajian

Menurut Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh

sesebuah kajian bagi mengutip dan menganalisis data. Bagi Robson (2011) pula, reka

bentuk kajian berfungsi untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan

komponen tujuan, teori, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Sementara

itu, Creswell (2009) berpandangan, reka bentuk kajian adalah rancangan atau cadangan

bagi menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi

penyelidikan dan metod kajian. Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi kajian deskriptif

manakala kajian yang bertujuan membuat penjelasan, reka bentuk eksperimen adalah

sesuai digunakan (Robson 2011).

36
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data kuantitatif dengan analsisis

statistik deskriptif berbentuk tinjauan dan data kualitatif secara naratif mengenai

persepsi guru terhadap amalan kepimpinan instruksional bagi guru besar di Daerah

Selangau. Menurut Glasow (2005), kajian berbentuk tinjauan bertujuan untuk

menerangkan aspek-aspek tertentu atau ciri-ciri penduduk yang diberikan, selalunya

melibatkan pemeriksaan hubungan antara pembolehubah. Kaedah ini sesuai untuk

mengumpul data primer, lebih cepat dan agak mudah digunakan selain berupaya

mengakses pelbagai bentuk responden (Mathiyazhagan Nandan, 2010).

Mohd. Majid (1990) dan disokong oleh Chua (2006) menyatakan bahawa

penyelidikan deskriptif sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan yang

bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah

yang berkaitan dengan sesuatu fenomena. Data-data yang dikumpul bersifat kuantitatif

dan kualitatif yang boleh dianalisis secara logik. Menurut Chua (2006) kaedah tinjauan

melalui soal selidik sesuai untuk mengukur pendapat, pencapaian serta sikap responden.

Kaedah ini juga mempunyai kelebihan di mana sifatnya yang memerlukan sampel

kajian membuat respon pada masa tertentu.

Oleh yang demikian reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan matlamat untuk

meninjau persepsi guru terhadap amalan kepimpinan instruksional guru besar di daerah

Selangau seperti dalam rajah 3.1 dibawah.

37
Persepsi guru

Kepimpinan instruksional
guru besar
A) Mendefinisikan sekolah
-Merangka matlamat sekolah Peranan guru besar dalam
-Menyampaikan matlamat sekolah amalan kepimpinan
instruksional di sekolah
B) Mengurus program instruksional
-Menyelia dan menilai pengajaran
-Menyelaras kurikulm -Menentukan halatuju sekolah
-Memantau kemajuan murid
-Mengurus program
C)Membentuk iklim sekolah yang instruksional
positif
-Mengawal waktu pembelajaran -Membentuk iklim sekolah
-Mengekalkan ketampakan yang positif
-Menyediakan insentif kepada guru
-Menyediakan insentif kepada murid
-Menggalakkan pembangunan
professional
-Menekankan kecemerlangan akademik Tindakan
penambahbaikan

Rajah 3.1: Kerangka kajian

3.2 Populasi dan sampel

Menurut Mohd Yosof (2005), Populasi bermaksud sekumpulan besar individu yang

hendak dikaji . Ia juga merupakan objek atau peristiwa yang hendak dikaji. Perkataan

populasi adalah merujuk kepada himpunan keseluruhan yang tidak terhad kepada

kumpulan manusia sahaja tetapi merangkumi apa sahaja yang menjadi tumpuan kajian

(Bidin Yatim, Sharifah So’aad Syed Yahya ,2002) . Kajian ini dijalankan di sebuah

daerah yang terletak di sebuah kawasan luar Bandar iaitu di daerah Selangau terletak di

bahagian Sibu, Sarawak.

38
Dalam kajian ini , populasi yang diambil adalah bilangan guru sekolah rendah

yang mengajar di daerah Selangau yang terdiri daripada 22 buah sekolah rendah yang

terdiri dari pada 252 orang guru dengan dipimpin oleh 22 orang guru besar.

Sampel kajian pula bermaksud bahagian yang akan dikaji yang diperolehi

daripada populasi sasaran, pengambilan sampel mestilah benar –benar mewakili

populasi ( Mohd Yusof 2005). Menurut Sekaran(2000), persampelan adalah merujuk

kepada proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya

pemahaman terhadap sifat - sifat sampel membolehkan pengkaji membuat generalisasi

terhadap sifat sifat populasi berkenaan. Dalam kajian ini , pengkaji telah memilih 152

sampel yang terdiri daripada 6 buah sekolah di daerah Selangau.

Teknik persampelan yang dipilih ialah teknik persampelan mudah (dengan

menyediakan senarai subjek populasi) mengikut jantina, pengalaman mengajar,

kelayakan akademik dan kaum. Saiz sampel kajian adalah berdasarkan Jadual

Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), menyenaraikan saiz sampel yang

berpadanan dengan saiz populasi kajian. Selain itu, pengkaji sendiri berkhidmat di

daerah tersebut juga menyedari sekolah - sekolah yang terlibat turut memberi impak

kepada prestasi akademik di peringkat daerah terutama dalam peperiksaan seperti

Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR).

Jumlah guru sebagai populasi kajian yang terdapat di sekolah - sekolah yang

dikaji, adalah 250 orang, maka bilangan sampel yang berpadanan dengan populasi

39
tersebut adalah seramai 152 orang telah dipilih berdasarkan saiz sampel Krejcie &

Morgan 1970 . Pengkaji menyedari bahawa adalah sangat perlu untuk melibatkan

pandangan guru –guru yang secara langsung bertugas di bawah kepimpinan beberapa

orang guru besar di daerah berkenaan maka 10 orang guru telah dipilih sebagai sampel

kajian melalui kaedah temubual.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data serta

maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Maklumat berkaitan

instrumen kajian adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam merancang

sesuatu kajian bagi tujuan mengumpul data yang akan diperolehi (Cresswell, 2008).

Untuk mendapatkan maklumbalas yang lebih menyeluruh pengkaji telah menggunakan

dua bentuk instrumen kajian iaitu borang soal selidik yang mengandungi 47 item dan

12 soalan temuduga berstruktur.

i) Borang soal selidik

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik PIMRS yang telah diubahsuai

berdasarkan skop kajian dibina oleh Hallinger dan Murphy (1985) yang pada asalnya

mengandungi 71 item yang dibahagikan kepada sebelas fungsi. Soal selidik ini telah

dibuat terjemahan oleh Mohd Nor bin Jaafar seorang pensyarah di Maktab Perguruan

Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah dan diubah suai mengikut keperluan kajian

untuk mengumpul maklumat berkaitan kepimpinan instruksional soal selidik tentang

persepsi guru teradap amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah.

40
Dalam kajian ini juga , borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian

adalah merujuk kepada kajian Hallinger dan Murphy (1985) iaitu instrumen Principal

Instructional Management Rating Scale (PIMRS) dan yang telah diterjemahkan serta

ubahsuai kepada 47 item seperti digunakan dalam kajian kepimpinan instruksional

pengetua oleh Augustine Atung (2012).

Hallinger dan Murphy (1985) melaporkan soal selidik PIMRS mempunyai

kesahan dan indeks kebolehpercayaan yang tinggi dimana item-itemnya berkorelasi

sesama sendiri pada tahap minimum 0.800 dan indeks kebolehpercayaan setiap fungsi

berada antara 0.780 hingga 0.900. Soal selidik ini juga telah digunakan dengan meluas

dalam penyelidikan untuk mengukur tingkah laku kepemimpinan pengajaran bagi

pemimpin sekolah seperti pengetua dan guru besar (MacNeil, 1992).

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah berdasarkan instrumen yang

diperkenalkan oleh Halinger (1985) dan diubah suai mengikut keperluan kajian ini.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini mengandungi bahagian A dan B . Bahagian A

mengandungi maklumat demografi responden seperti dalam jadual 3.2 di bawah.

Jadual 3.2 Kandungan maklumat demografi

Maklumat Kategori
1) Nama sekolah
2) Lokasi sekolah Bandar , Luar Bandar dan Pedalaman
3) Jenis sekolah SK , SJK
4) Jantina Lelaki , Perempuan
5) Kaum Melayu, Cina ,India dan Bumiputera

Sarawak
6) Kelayakan Akademik Bukan siswazah dan Siswazah
7) Pengalaman mengajar 0 – 5 tahun, 6 - 10 tahun, 11- 15 tahun

dan 16 tahun ke atas.

41
Manakala bahagian B pula, adalah mengenai amalan kepimpinan guru besar yang

merangkumi tiga dimensi dalam kepimpinan instruksional seperti dalam jadual 3.3

dibawah .

Jadual 3.3 Kandungan Instrumen kepimpinan instruksional

Bil Item Dimensi

kepimpinan

instruksional
1 Guru besar saya mempunyai visi yang jelas untuk Dimensi 1

sekolah dan usaha-usaha yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran.


2 Guru besar saya memastikan matlamat akademik Dimensi 1

sekolah dipamerkan pada papan kenyataan dengan

jelas.
3 Guru besar saya menetapkan objektif kejayaan Dimensi 1

akademik murid dan pengajaran berkesan yang dapat

diukur.
4 Guru besar saya melibatkan guru-guru apabila Dimensi 1

menetapkan matlamat sekolah.


5 Guru besar saya menetapkan jangkaan pencapaian Dimensi 1

yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran

untuk dirinya, guru dan murid.


6 Guru besar saya berbincang dengan guru –guru Dimensi 1

tentang matlamat sekolah pada mesyuarat kurikulum

dan mesyuarat panitia.


7 Guru besar menjelaskan matlamat akademik sekolah Dimensi 1

secara berkesan kepada seluruh anggota komuniti

sekolah

42
8 Guru besar saya merujuk kepada matlamat akademik Dimensi 1

sekolah apabila membuat keputusan tentang

kurikulum dengan guru-guru.


9 Guru besar saya menyampaikan matlamat akademik Dimensi 1

sekolah kepada pelajar terutamanya pada waktu

perhimpunan rasmi mingguan.


10 Guru besar saya merangka matlamat akademik Dimensi 1

sekolah berdasarkan kemampuan guru-guru dan

sumber yang ada.


11 Guru besar saya memastikan keutamaan pengajaran Dimensi 2

guru selaras dengan matlamat akademik sekolah yang

telah ditetapkan.
12 Guru besar saya mengambil bahagian secara aktif Dimensi 2

dalam menyemak semula keperluan kurikulum

terutamanya yang melibatkan kewangan.


13 Guru besar saya menggunakan keputusan peperiksaan Dimensi 2

sebagai panduan, indikator dan penyelarasan dalam

kurikulum.
14 Guru besar saya membuat semakan terhadap buku Dimensi 2

nota, buku latihan dan buku kerja murid.


15 Guru besar saya menggalakkan pendekatan kurikulum Dimensi 2

yang berpusatkan murid dan berorientasikan

teknologi maklumat dan komunikasi serta mesra

murid.
16 Guru besar saya mendapatkan maklum balas daripada Dimensi 2

Ketua Bidang dan Ketua Panitia tentang pencapaian

akademik murid.
17 Guru besar saya menetapkan sasaran kemajuan murid Dimensi 2

berdasarkan Head Count, Pelan Strategik, Pelan

Taktikal dan Pelan Operasi Sekolah.

43
18 Guru besar saya memastikan Pekeliling Ikhtisas, Dimensi 2

panduan kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran,

Sukatan Pelajaran dan buku teks dijadikan sumber

rujukan dalam merangka keperluan kurikulum dan

rancangan pengajaran dan pembelajaran.


19 Guru besar saya mengadakan pertemuan dengan Dimensi 2

golongan sasar murid bagi mendapatkan maklum

balas dan keperluan murid.


20 Guru besar saya mewujudkan sistem pengurusan Dimensi 2

kurikulum yang efisien dan mudah dicapai.


21 Guru besar saya menggalakkan perbincangan dalam Dimensi 2

kalangan guru dan panitia bagi menentukan strategi

dan pelan ke arah kemajuan murid.


22 Guru besar saya menggunakan keputusan peperiksaan Dimensi 2

bagi menilai kemajuan murid agar selari dengan

matlamat akademik sekolah.


23 Guru besar saya memastikan pengajaran guru Dimensi 2

berpandukan Rancangan Pengajaran Harian,

Rancangan Pengajaran Tahunan, Huraian Sukatan

Pelajaran dan Sukatan Pelajaran.


24 Guru besar saya membuat penilaian kelemahan dan Dimensi 2

kekuatan pengajaran guru untuk penambahbaikan.


25 Guru besar saya melaksanakan penyeliaan pengajaran Dimensi 2

guru pada masa yang telah ditetapkan.


26 Guru besar saya sentiasa memberi peluang dan ruang Dimensi 3

untuk guru meningkatkan profesionalisme.


27 Guru besar saya berkongsi kejayaan murid dengan Dimensi 3

murid-murid, guru-guru, ibu bapa, PIBG dan

masyarakat setempat dalam majlis-majlis

penganugerahan.

44
28 Guru besar saya menyokong guru-guru yang Dimensi 3

menghargai dan mengiktiraf murid-murid yang

berjaya (seperti dalam kelas, panitia, persatuan, unit

dan kelab)
29 Guru besar saya menjadikan murid yang cemerlang Dimensi 3

sebagai murid contoh kepada murid-murid lain.


30 Guru besar saya memberi penghargaan dan memuji Dimensi 3

guru-guru yang menunjukkan prestasi cemerlang.


31 Guru besar saya menghargai pencapaian cemerlang Dimensi 3

murid terutamanya dalam bidang akademik dengan

memberi sijil penghargaan, hadiah, anugerah dan

pengiktirafan
32 Guru besar saya memberi peluang peningkatan Dimensi 3

profesional kepada guru yang cemerlang.


33 Guru besar saya mencadangkan guru-guru yang Dimensi 3

cemerlang untuk kenaikan pangkat.


34 Guru besar saya menggunakan sumber sedia ada Dimensi 3

dengan berkesan untuk mencapai matlamat

pembelajaran untuk murid di sekolah


35 Guru besar saya mengumunkan dan memaparkan Dimensi 3

kecemerlangan murid terutamanya dalam bidang

akademik pada papan kenyataan dan perhimpunan

rasmi
36 Guru besar saya memotivasikan guru untuk Dimensi 3

mengubah kelakuan yang menghalang pembangunan

profesional guru
37 Guru besar menguatkuasakan dan Dimensi 3

mengimplementasikan dasar atau polisi yang telah

ditetapkan dalam melindungi masa pengajaran


38 Guru besar saya menghargai guru-guru yang Dimensi 3

45
cemerlang dengan memberi markah yang tinggi

dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (PBPPP).
39 Guru besar saya menetapkan jangka masa, jadual dan Dimensi 3

indikator pencapaian.
40 Guru besar saya berkongsi maklumat dan kepakaran Dimensi 3

profesionalnya demi membantu profesionalisme guru.


41 Guru besar saya memberi ruang kepada guru-guru Dimensi 3

untuk memberi pendapat, pandangan dan berkongsi

pengetahuan hasil daripada kursus dalam

perkhidmatan yang telah dihadiri oleh guru- guru.


42 Guru besar saya mencadangkan aktiviti pembangunan Dimensi 3

profesional guru supaya guru dapat menyumbang

kemajuan sekolah
43 Guru besar saya memastikan kursus-kursus dalam Dimensi 3

perkhidmatan yang dihadiri oleh guru sejajar dengan

matlamat sekolah
44 Guru besar saya memastikan murid yang melanggar Dimensi 3

peraturan sekolah menerima hukuman yang setimpal

(seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan lewat

datang).
45 Guru besar saya menggalakkan guru-guru Dimensi 3

menggunakan masa pengajaran secara optimum

dengan menggunakan teknik, kaedah dan strategi

pengajaran semasa
46 Guru besar saya memantau kemajuan dan Dimensi 3

mengubahsuai rancangan dan tindakan sekiranya

perlu. Pengetua saya mengehadkan gangguan pada

waktu pengajaran (seperti panggilan guru atau murid

46
dan penggunaan pembesar suara).
47 Guru besar saya mempertimbangkan implikasi jangka Dimensi 3

pendek dan jangka panjang sesuatu keputusan

terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum

mengambil sesuatu tindakan

Item Bahagian B dikemukakan dalam kajian ini menggunakan skala Likert 5

mata sebagai pemilihan jawapan responden mengikut dimensi. Bagi setiap Item yang

diberi ,responden perlu memilih mengikut 5 skala likert seperti dalam jadual 3.4 di

bawah bagi menggambarkan kekerapan situasi dalam kajian :

Skala Penerangan
1 tidak pernah
2 jarang jarang
3 kadang kadang
4 selalu
5 sangat selalu

Instrumen PIMRS yang digunakan adalah berdasarkan model yang telah

diubahsuai daripada model asal PIMRS (Hallinger ,1982) yang terdiri daripada 11 sub

skala dan 72 item . Semakan semula menjadikan sub skala dikurangkan kepada 10

domain kepimpinan instruksional dan 47 item soal selidik.(Hallinger ,1984a ,1984b).

Instrumen ini menunjukkan profil yang menghasilkan data mengenai bagi setiap satu

daripada 10 fungsi kepimpinan instruksional. Instrumen ini adalah bertujuan untuk

mengukur tahap kepimpinan instruksional guru besar. Instrumen ini mempunyai tiga

dimensi utama , 10 domain kepimpinan instruksional dan 47 item soal selidik seperti

dalam jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5 : Taburan Item bagi instrumen PIMRS

47
Bil Dimensi Utama Domain kepimpinan instruksional Item
1 Mendefinisikan Merangka matlamat sekolah

matlamat sekolah Menyampaikan matlamat sekolah 1-10

2 Mengurus program Menyelia dan menilai pengajaran

instruksional Menyelaras kurikulum 11-25

Memantau kemajuan murid


3 Membentuk iklim Melindungi masa pengajaran

sekolah yang positif Menggalakkan perkembangan

professional 26-47

Mengekalkan sokongan pembelajaran

Menyediakan insentif kepada guru

Menyediakan insentif kepada murid

ii) Soalan temuduga berstruktur

Bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian , Pengkaji turut mggunakan data kualitatif

menggunakan soalan temuduga berstruktur. Kajian ini memilih sebanyak 10 sampel

temubual dengan guru - guru dari sekolah daerah Selangau yang dipilih secara rawak

berdasarkan lokasi sekolah iaitu 4 sampel sekolah yang berdekatan dengan pekan

Selangau dan 6 sampel daripada sekolah yang agak jauh di pedalaman. Sebanyak 12

soalan yang disediakan bagi menjawab soalan berkaitan dengan amalan kepimpinan

instrusional dikalangan guru besar daerah Selangau berdasarkan model Hallinger dan

Murphy(1985). Pembahagian soalan tersebut adalah seperti dalam Jadual 3.6 di bawah.

Jadual 3.6: Taburan soalan temu bual separuh berstruktur

Bil Dimensi Utama Domain kepimpinan instruksional Soalan


1 Mendefinisikan Visi yang jelas untuk sekolah

48
matlamat sekolah Pengelibatan guru menetapkan matlamat sekolah 1-4

Perkongsian matlmat sekolah

Keutamaan pengajaran guru selaras dengan matlamat

akademik sekolah.
2 Mengurus Menyemak semula keperluan kurikulum.

program Menggalakkan pendekatan kurikulum yang 5 - 8

instruksional terkini.

Menetapkan sasaran kemajuan murid.

Memastikan pengajaran guru mengikut panduan.

3 Membentuk iklim Berkongsi kejayaan dengan komuniti sekolah.

sekolah yang Menghargai pencapaian murid.

positif Memberi guru ruang berkongsi pengalaman. 9-12

Peranan guru besar sebagai pemimpin

instruksional.

Untuk mengukuhkan dapatkan kajian melalui panndangan dan pengalaman

responden secara terbuka maka soalan –soalan temu bual yang disediakan dalam kajian

ini adalah seperti berikut:

Dimensi 1: Mendefinisikan matlamat sekolah

1. Adakah guru besar anda mempunyai visi yang jelas untuk sekolah dan usaha-

usaha yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran?

2. Bagaimana guru besar anda melibatkan guru-guru ketika menetapkan matlamat

sekolah?

3. Setakat manakah usaha guru besar anda menjelaskan matlamat akademik

sekolah seluruh anggota komuniti sekolah ?

49
4. Adakah guru besar anda memastikan keutamaan pengajaran guru selaras dengan

matlamat akademik sekolah yang telah ditetapkan?

Dimensi 2 : Mengurus program Instruksional

5. Bagaimanana guru besar anda mengambil bahagian secara aktif dalam

menyemak semula keperluan kurikulum terutamanya yang melibatkan

kewangan?

6. Apakah usaha guru besar anda untuk menggalakkan pendekatan kurikulum

yang berpusatkan murid , berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi

serta mesra murid ?

7. Setakat manakah usaha guru besar anda menetapkan sasaran kemajuan murid

berdasarkan Head Count, Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi

Sekolah?

8. Bagaimana guru besar anda memastikan pengajaran guru berpandukan

Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahunan, Huraian

Sukatan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran?

Dimensi 3: Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif

9. Bagaimana guru besar anda berkongsi kejayaan dengan murid-murid, guru-

guru, ibu bapa dan masyarakat?

10. Bagaimana guru besar anda menghargai pencapaian cemerlang murid

terutamanya dalam bidang akademik ?

11. Adakah guru besar anda memberi ruang kepada guru-guru untuk memberi

pendapat, pandangan dan berkongsi pengetahuan hasil daripada kursus dalam

perkhidmatan yang telah dihadiri oleh guru- guru?

50
12. Apakah pandangan anda terhadap peranan guru besar sebagai pemimpin

instruksional di sekolah anda?

Soalan temuduga berstruktur juga meliputi ketiga –tiga dimensi kepimpinan

instruksional yang merupakan sokongan kepada item soalan selidik bagi mendapat

maklumat melalui respon terbuka dari guru - guru mengenai amalan kepimpinan

instruksional guru besar di sekolah .

3.4 Keesahan dan kebolehpecayaan

Keesahan sesuatu alat kajian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa

yang sepatutnya diukur. Mohd. Majid (1983) mengatakan alat ukuran itu merujuk

kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya diukur. Sesuatu alat yang

berupaya mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah yang ditetapkan dianggap sah

sebagai alat pengukur bagi pembolehubah tersebut. Sekiranya sesuatu pembolehubah

berbentuk fizikal atau kuantitatif, seseorang individu boleh menentukan kesahan alat

ukuran bagi pembolehubah tersebut dengan mudah (Mohd. Majid, 1983).

Menurut Anastasi (1982) kesahan adalah persetujuan rapat antara sesuatu ujian

dengan kriteria tingkah laku yang diperhatikan secara bebas. Hal ini menunjukkan

bahawa kesahan bukanlah fungsi ujian tetapi kegunaan ujian itu. Sesuatu itu mungkin

merupakan kesahan untuk kriteria atau kesahan yang rendah bagi kriteria orang lain.

Manakala Chua (2006) mengatakan kesahan dalam pengkajian kuantitatif bererti

definisi konsep-konsep di dalam peringkat konseptual mestilah selaras dengan definisi

di peringkat operasional. Hal ini bermakna semua pengukuran yang dibuat pada

peringkat operasional dapat mewakili konsep-konsep pada peringkat konseptual.

51
Dalam konteks kajian di Malaysia, sebahagian soal selidik ini juga telah

digunakan oleh Ishak (2001) dan Tang (2000) dalam kajian mereka yang bertajuk

“Pelaksanaan Kepemimpinan instruksional dikalangan Pengetua Sekolah” . Dalam

kajian ini,instrumen bagi solan selidik bagi semua fungsi kepemimpinan pengajaran

mempunyai indeks kebolehpercayaan yang boleh diterima dan diandaikan baik. Nilai

Cronbach Alpha bagi keseluruhan soal selidik ialah 0.984, manakala nilai Cronbach

Alpha bagi setiap fungsi ialah antara 0.751 hingga 0.946.

Bagi soalan temuduga berstruktur pula, soalan tersebut telah disediakan oleh

pengkaji sendiri bepandukan tiga dimensi kepimpinan instruksional model Hallinger

dan Murphy (1985). Pengkaji telah meminta guru pakar bahasa Melayu yang bertugas

di Pejabat Pendidikan Daerah Selangau untuk membuat semakan struktur bahasa dan

maksud soalan supaya setiap soalan yang disampaikan adalah memenuhi kehendak dan

maksud kajian . Oleh itu pengkaji merasakan adalah memadai untuk kebolehpercayaan

bagi soalan temuduga berstruktur ini.

3.5 Prosedur pengumpulan data

Kajian ini telah dilaksanakan dengan penyediaan cadang kajian kepada pihak universiti

(OUM) dan juga pemilihan penyelia projek, setelah dipersetujui oleh pihak Universiti

dalam semester September 2018. Seterusnya kajian untuk mengumpul data ke sekolah

bermula pada sesi persekolahan Mac 2019. Sebelum kajian dilaksanakan , surat

permohonan kepada pengawai pendidikan daerah Selangau telah dikemukakan. Setelah

mendapat kelulusan tersebut, penyelidik seterusnya mendapatkan kebenaran dari guru

besar sekolah yang berkenaan .

52
Soal selidik diedarkan kepada responden oleh penyelidik sendiri. Semua

responden yang melengkapkan soal-selidik telah menjawab soal selidik di lokasi kajian.

Sebelum menjawab soal selidik, responden dimaklumkan sekolah menerima sepucuk

surat persetujuan (sila lihat Lampiran B) bagi menjalankan kajian di sekolah, borang

soal selidik diedarkan semasa waktu rehat sekolah. Semua responden telah diberi

jaminan tentang kerahsiaan maklumat yang mereka berikan serta juga tujuan

mengumpul maklumat untuk kajian semata mata.

Berikut adalah langkah yang telah diambil untuk melaksanakan kajian ini.

1. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan kepada pihak Universiti Terbuka

Malaysia(OUM).

2. Mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan di Daerah Selangau

daripada Pegawai Pendidikan daerah Selangau .

3. Mendapat kebenaran daripada guru besar untuk mengedarkan soal selidik serta

mengutip maklum balas dari guru - guru. Pengedaran dan pengumpulan data dilakukan

oleh penyelidik sendiri.

4. Data yang dikumpul kemudian dianalisis menggunakan SPSS dan juga dengan

menggunakan kaedah tertentu, dan menginterpretasikan hasil dari analisis tersebut

untuk tujuan perbincangan.

3.6 Rangka kerja untuk analisis data

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai

instrument kajian iaitu instrumen soal selidik PIMRS yang telah diubah suai

berdasarkan skop kajian dibina oleh Hallinger dan Murphy (1985). Mohd Majid (1993)

53
menyatakan bahawa soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak

balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku

penyelidik. Hal ini disebabkan oleh soal selidik mengandungi item-item yang harus

dijawab oleh responden.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan soal selidik

untuk mengkaji amalan kepimpinan instruksional guru besar dalam pengurusan

kurikulum. Instrumen mengandungi bahagian A dan B . Bahagian A mengandungi

maklumat demografi responden. Bahagian B amalan kepimpinan guru besar. Item

Bahagian B dikemukakan dalam kajian ini menggunakan skala Likert 5 mata sebagai

pemilihan jawapan responden mengikut dimensi. Jadual persepsi skor min pula

membolehkan pengkaji menentukan sama ada skor min itu pada tahap tinggi atau

rendah. Jadual 3.5 di bawah adalah jadual tahap amalan instruksional berdasarkan skor

min.

Jadual 3.5 Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional

Skor Min Tahap Amalan


1.00 hingga 2.50 Rendah
2.60 hingga 3.99 Sederhana
4.00 hingga 5.00 Tinggi

Kajian ini dijalankan di sebuah daerah di negeri Sarawak dengan memilih

sampel guru -guru yang berkhidmat di sekolah di daerah Selangau . Penduduk yang

disasarkan untuk kajian ini adalah guru sekolah rendah awam yang telah bekerja

54
dengan guru besar di sekolah semasa sekurang-kurangnya selama satu tahun . Bekerja

dengan guru besar untuk tempoh satu tahun adalah merupakan suatu tempoh yang

wajar untuk mewujudkan peluang untuk guru mempunyai maklumat yang cukup untuk

memahami tingkah laku serta amalan kepimpinan instruksional dikalangan pemimpin

sekolah yang dikaji.

Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mensimulasikan dari contoh persepsi

guru. Untuk mengumpul maklumat demografi, soalan yang berikut telah ditambah

kepada kaji selidik guru: jantina, tahun pengalaman mengajar dan tahun bekerja dengan

prinsipal semasa. Maklumat demografi dikumpulkan untuk menentukan ciri-ciri

responden. Pembolehubah demografi ini berfungsi sebagai pembolehubah bebas kajian.

Dengan menentukan pensampelan, kajian ini memilih 152 guru dari sekolah

rendah di daerah Selangau . Sebanyak 152 soal selidik diedarkan kepada guru –guru di

sekolah berkenaan untuk mendapatkan respon dari mereka. Setelah diisi borang soal

selidik dikembalikan kepada pengkaji dan dianalisis menggunakan Perisian SPSS 16.0

bertujuan untuk untuk menganalisis data untuk mendapatkan statistik deskriptif dan

kesimpulan.

Statistik deskriptif mengukur kedua-dua kecenderungan pusat dan penyebaran

data, termasuk cara dan penyimpangan piawai. Purata (M) dan sisihan piawai (SD)

untuk setiap sepuluh fungsi kerja diperolehi untuk menentukan persepsi guru secara

keseluruhan tentang tingkah laku utama kepimpinan instruksional. Akhirnya, persepsi

guru dianalisis seperti dalam rajah 3.6 di bawah berdasarkan jantina, pengalaman

mengajar, dan tahun bekerja dengan guru besar semasa mereka. Dalam menjana

55
gambaran keseluruhan peserta dalam kajian ini, kekerapan dan peratusan digunakan

untuk menggambarkan profil demografi sampel.

Jadual 3.6 Kerangka kerja bagi analisis data soal selidik.

Objektif Soalan kajian Sumber data Jenis data Teknik analisis

data
1.Untuk Apakah tahap Tinjauan : Data dari 5 Skor min,

mengetahui tahap persepsi guru Maklum balas skala likert sisihan piawai.

persepsi guru terhadap melalui soal

terhadap peranan peranan guru selidik

guru besar dalam besar dalam

menentukan menentukan

halatuju sekolah halatuju

sekolah?

2.Untuk Apakah tahap Tinjauan : Data dari 5 Skor min,

mengetahui persepsi guru Maklum balas skala likert sisihan piawai.

setakat manakah terhadap melalui soal

peranan guru peranan guru selidik.

besar dalam besar dalam

mengurus mengurus

program program

instruksional. instruksional?
3. Untuk Sejauh manakah Skor min,

mengetahui peranan guru Tinjauan : Data dari 5 sisihan piawai

persepsi guru besar dalam Maklum balas skala likert

terhadap peranan membentuk melalui soal

guru besar dalam iklim sekolah selidik.

membentuk iklim yang positif?

56
sekolah yang

positif.
4.Untuk Apakah dimensi Perbandingan

Mengetahui kepimpinan Tinjauan : antara skor Skor min,

amalan guru besar yang Maklum balas min dan sisihan piawai

kepimpinan mempunyai melalui soal sisihan

instruksional yang kecenderungan selidik. piawai antara

lebih cenderung amalan tiga dimensi

diamalkan oleh kepimpinan yang di kaji

guru besar di yang paling

sekolah. tinggi di antara

tiga dimensi

yang dikaji?

Bagi temubual pula , analisis bagi data adalah secara naratif melalui penelitian

terhadap maklum balas yang diperolehi berdasarkan dapatan respoden dalam temu

bual. Menurut Creswell(2009) pendekatan naratif dalam kaedah kajian kualitatif adalah

bertujuan untuk menampilkan pengalaman dalam kehidup seseorang secara naratif dan

kronologi.

3.7 Rumusan

Bab ini telah membincangkan metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian

yang meliputi reka bentuk kajian, pemilihan responden dan tempat kajian, kesahan dan

kebolehpercayaan maklumat, tatacara pengumpulan data yang diambil dan juga tatacara

menganalisa data kajian serta perisian yang digunakan. Ini dilakukan bagi membantu

pengkaji untuk memudahkan proses penganalisisan data kajian dengan mudah, cepat

dan sistematik. Metodologi kajian yang digunakan adalah konsisten supaya tidak

57
menyeleweng dari landasan dan batasan kajian. Kaedah yang tepat dan betul adalah

penting bagi menghasilkan sebuah kajian yang berkualiti. Bahagian ini juga merupakan

kerangka utama yang menetapkan halatuju untuk pengkaji mentadbir soal selidik serta

mengurus data bagi menjawab soalan – soalan berkaitan dengan persepsi guru terhadap

amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah. Bab seterusnya adalah

mengenai dapatan hasil kajian yang telah diperolahi berdasarkan perkaitan daripada

metodologi kajian bab ini.

58

You might also like