You are on page 1of 1

Makluman Kepada Guru Penasihat 1. Minta ambil kedatangan menggunakan senarai mengikut Tingkatan yang telah disediakan. 2.

Minta pelajar terutamanya Tingkatan 1 dan 4 mengemaskini maklumat kelas terkini 3. Sebarang permohonan untuk pertukaran unit uniform tidak dibenarkan kecuali mempunyai alasan kukuh. Jika ada permohonan pertukaran sila guna borang yang telah disediakan. Pelajar akan kekal unit uniform asal jika guru penasihat unit yang hendak ditukarkan tidak terima. Sila serahkan borang permohonan pertukaran kepada En Mohamad 4. Pelajar yang mempunyai UNIFORM LENGKAP ,minta kepada guru penasihat tulis

UL di

hujung nama pelajar tersebut.Ingatkan pelajar untuk sediakan UNIFORM LENGKAP selewat-lewatnya selepas Hari Raya CIna. Anggaran 1 pakaian lengkap akan diletakkan di papan kenyataan Unit Uniform masing-masing selewat-lewatnya Jumaat ini.
5. Mohon penuhkan semua borang yang terdapat didalam buku laporan.

Cadangan panduan bagi memudahkan pengurusan guru penasihat


1. Wujudkan kumpulan dalam unit uniform masing. Jumlah kumpulan bergantung kepada jumlah pelajar. Maksimum 1 kumpulan 20 orang 2. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai wakil setiap tingkatan. 3. Lantik ketua bagi setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan boleh diberi pengkhususan dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Sebagai contoh: Kum 1= Bantu Mula , Kum 2 =Ikatan, Kum 3 : Perkhemahan dll bergantung kepada aktiviti unit uniform tersebut. 5. Setiap kumpulan perlu merancang aktiviti yang hendak dijalankan dengan merujuk kepada guru penasihat yang diamanahkan bagi kumpulan tersebut 6. Ketua guru penasihat perlu melantik guru penasihat bagi setiap kumpulan. 7. Untuk pertemuaan seterusnya guru penasihat boleh berurusan dengan ketua sahaja untuk mengenalpasti siapa yang tidak hadir atau ponteng . Mungkin ini boleh menjimatkan masa untuk ambil kedatangan terutama unit uniform yang mempunyai ahli yang ramai. 8. Diharap kita dapat mewujudkan budaya pelajar yang akan merancang aktiviti dan melaksanakan. Guru hanya menjadi penasihat dan pemantau. Sekian.

You might also like