You are on page 1of 21

Keselamatan Kerahsiaan Kawalan Kendiri

mematuhi peraturan-peraturan

perkakasan computer perlu dijaga - dari segi alat

paparan video (monitor), kekunci, tetikus dan pencetak mengenal pasti tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera

Data
Data disimpan dalam cakera keras/cakera liut/storan

sekunder Salinan fail asal selamat dirosakkan oleh virus

Persekitaran
Cahaya harus sesuai
Skrin computer 15 - 30 dengan aras mata Jarak antara mata dengan skrin 40-70 cm

Ketahanan
Peralatan bersih, tidak berdebu
Persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap Aras meja yang stabil

Saiz meja cukup sesuai untuk meletakkan computer


Jarak antara kedudukan computer dengan dinding

harus sesuai

Paparan video atau monitor


Bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih

yang tidak menghakis Mengelap skrin dengan kain basah Sebelum membersihkan bahagian dalam unit computer, pengguna harus memutuskan hubungan bekalan kuasa elektrik dari soket

Kabel bekalan kuasa dan kabel monitor juga

ditanggalkan Tudung bingkai (casing) dibuka dan pembersih hampagas digunakan untuk mengeluarkan habuk Kemudian, pasang semula tudung system dan semua kabel dipasang semula seperti asal Menterbalikkan papan kekunci untuk mengeluarkan habuk di celah-celah kekunci

Rahsia yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan

penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat atau objek, bahan bertulis seperti peta, model, pita perakam dan alat-alat lain yang mengandungi suara. Ini juga termasuk filem atau alat-alat yang mengandungi imej yang boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang pengeluarannya.

Ini melibatkan seseorang seperti pentadbir atau

seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam bersubahat dan menyebarkan sesuatu bahan yang sulit kepada pihak lain. Pemeliharaan kerahsiaan amat penting dalam memperkukuh organisasi dan pembangunan teknologi.

Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama

sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti komputer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan,insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negatif.

Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana

kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data,imej atau grafik secara e-mel. Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu oganisasi,teknologi maklumat digunakan untuk membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang, peraturan, pelesenan dan praktis penguatkuasaan pentadbiran.

Apakah kawalan kendiri? Merupakan kawalan kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh mempengaruhi serta mengurangkan keupayaan pelajar untuk mengawal diri dengan berkesan.

Kawalan Kendiri dalam penggunaan ICT


Pada zaman perkembangan ICT, setiap individu harus

mempunyai kawalan terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita bertanggungjawab mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua bahan sedia ada dengan baik demi mencapai kesempurnaan sebagai ahli keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia.

Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan

bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan. Manusia bebas melayari laman web yang disukai. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika pengguanaan bahan dan teknologi.

Tambahan pula, kita harus mempratikkan

tanggungjawab dalam menggunakan teknologi maklumat (IT)dengan wajar serta menyedari implikasi tindakan diri dalam ruang lingkup system laman web. Seseorang perlu berkebolehan mengawal diri daripada melayari bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri serta menentukan keutamaan (priority) dalam proses mencapai matlamat kendiri, sama ada berkaitan dengan tugas atau peribadi.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai

cabaran, peluang serta keinginan yang menarik. Data elektronik kini mudah diperoleh daripada komputer, sama ada dalam bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang.

Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah

seseorang bertanggungjawab dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini, pengguna harus memahami isu-isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Kesimpulannya, pembentukan etika dan nilai ini penting dalam kalangan pengguna ICT agar dapat memupuk dan meningkatkan aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

Daripada: Low Ching Tat Ong Kok Leong Wong Yong Sun 4 PISMP SN/PJ/PC

You might also like