You are on page 1of 5

DYSPRKSIA

Menurut Puti Anggraeni (2008), dispraksia berasal dari


bahasa Yunani, iaitu perkataan Dys yang bermaksud tidak mudah
atau sulit dan praxis yang bermaksud bertindak atau
melakukan. Nama-nama lain bg dispraksia ialahDevelopment Coordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor
Learning Disability. Pada zaman dulu, dispraksia lebih dikenal
dengan nama Clumsy Child Syndrome. Berdasarkan kajian,
gangguan ini boleh diturunkan dalam keluarga.
Ramai orang sering kali salah persepsi dan salah paham
ketika menemui anak-anak yang sukar berbicara atau mengeja.
Secara umumnya, kanak-kanak seperti ini dianggap sebagai
disleksia padahal mungkin dapat saja yang terjadi adalah
sebenarnya kanak-kanak tersebut mengidap dispraksia. (Kirby,
1999 & Puti Anggraeni, 2008) Dispraksia merupakan a hidden
handicap, iaitu gangguan yang tidak jelas terlihat kerana kanakkanak dispraksia kelihatan sama seperti kanak-kanak yang biasa.
(Kirby, 1999) Kirby (1999) menceritakan bahawa kanak-kanak ini
sering dilihat oleh guru dan rakan-rakan mereka sebagai cuai
(clumsy), malas dan juga tidak pandai. Namun begitu, kanak-kanak
ini mempunyai kecerdasan yang biasa atau luar biasa berbanding
dengan rakan sebaya meraka.

3.1
Definisi Dispraksia
Kebanyakkan definisi yang berkait dengan dispraksia, berkenaan
dengan koordinasi motor. Menurut Kirby (1999), dispraksia
merupakan keadaan yang disebabkan ketidakupayaan koordinasi
dan merupakan ketidakupayaan yang tidak jelas dilihat. Kanakkanak yang mempunyai dispraksia mungkin mempunyai masalah
untuk menangkap bola dan juga tulisan mereka tidak teratur.
Portwood (2000), juga memberi kenyataan yang sama, iaitu,
dispraksia berkaitan dengan ketidakupayaan koordinasi motor.
Beliau
menyatakan
bahawa
dispraksia
juga
dikenali
sebagai Development Co-ordination Disorder (DVD). Menurut
Xubuntu (2008) pula, dispraksia merupakan satu ketakupayaan

pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota


tubuh.
National Center for Learning Disabilities (2008) pula mendefinisikan
dispraksia sebagai istilah yang merujuk kepada ketidakupayaan
yang khusus dalam bahagian perkembangan kemahiran motor.
Individu yang mempunyai dispraksia mempunyai masalah dalam
merancang dan melakukan tugas-tugas yang melibatkan motor,
terutamanya motor halus. Menurut Puti Anggraeni (2008),
dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan kanak-kanak
dalam mengkoordinasi gerakan akibat kurang mampunya otak
memproses maklumat sehingga mesej-mesej daripada otak tidak
sampai ke bahagian-bahagian badan yang perlu bertindak balas.
Dispraksia mempengaruhi setiap pergerakan seseorang individu.
Hal ini menyebabkan timbulnya kesulitan dalam berfikir dan
melakukan tugas-tugas motor atau sensori.
Namun begitu, tedapat juga pengkaji yang tidak mengaitkan
dispraksia dengan koordinasi motor. Puti Anggraeni (2008) menulis
bahawa Belinda Hill, seorang speech pathologist di Australian
Dyspraxia Support Group and Resource Centre, menyatakan
bahawa dispraksia bukanlah gangguan yang terjadi pada otot dan
gangguan kecerdasan walaupun akibatnya mempengaruhi
kemampuan berbahasa dan pengucapan. Masalah dispraksia
terjadi ketika otak mencuba memerintahkan supaya melaksanakan
apa yang mesti dilakukan, namun kemudian signal perintah otak
tidak sampai ke bahagian yang terlibat.
3.2

Ciri-ciri Dispraksia
Portwood (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak dispraksia
yang boleh dilihat dari segi beberapa aspek.
3.2.1 Masalah Pemakanan
Semasa bayi sehingga umur kanak-kanak tersebut tiga tahun, dia
akan menunjukkan kesukaran untuk menelan makanan atau
minuman. Selepas itu, mereka masih mempunyai masalah apabila
makan kerana tidak dapat menggunakan sudu. Mereka lebih suka
makan dengan tangan. Selain itu, mereka sering menumpahkan air
daripada gelas minuman.

3.2.2 Masalah Tidur


Kanak-kanak dispraksia mempunyai masalah tidur. Mereka tidak
dapat mengikut rutin tidur dan sering berjaga pada tengah
malam. Apabila mereka terjaga, adalah susah untuk mereka tidur
semula kecuali mereka merasa selamat dan dipujuk untuk tidur
semula.
3.2.3 Masalah Koordinasi Motor
Kanak-kanak berjalan secara berjengket dengan keseimbangan
yang lemah dan tangan sentiasa melambai-lambai. Mereka tidak
suka aktiviti-aktiviti memanjat dan terdapat kanak-kanak yang
gayat. Selain itu, mereka sentiasa melanggar objek-objek dan juga
orang di sekitarnya. Jika mereka berlari atau melompat, tangan
kanak-kanak dibiarkan ditepi atau seperti melambai-lambai.
Mereka juga mempunyai kemahiran motor halus yang lemah.
Mereka tidak dapat memegang pensil dengan betul dan begitu juga
dengan gunting. Oleh itu, tulisan dan lukisan mereka adalah tidak
jelas dan kadangkala tidak dapat dibaca atau dikenalpasti ape yang
dilukis.
3.2.4 Masalah Komunikasi
Kanak-kanak ini dikenalpasti oleh rakan-rakan mereka sebagai
individu yang berlainan. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut
mempunyai masalah dalam permainan kooperatif dan juga masalah
komunikasi. Mereka itu lebih gemar bermain berseorangan namun
berdekatan dengan rakan-rakan mereka dan juga lebih suka duduk
bersama orang dewasa daripada dengan kanak-kanak lain. Selain
itu, respons mereka adalah lebih lambat berbanding dengan rakan
sebaya mereka. Jika bercakap, suara mereka biasanya kuat dan
seperti menjerit.
3.2.5 Masalah Penulisan
Masalah penulisan berkait rapat dengan masalah koordinasi motor
halus. Hal ini kerana perlakuan memegang pensil menggunakan
motor halus. Disebabkan mereka tidak mahir memegang pensil
atau tidak memegang pensil dengan betul, mereka memerlukan
masa yang lebih untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kemahiran
menyalin dan melukis mereka adalah sangat lemah. Latihan dan

pengulangan kurang memberi kesan atau tidak memberi kesan


apa-apa terhadap kemahiran perkembangan kanak-kanak.
3.3

Punca-punca Disleksia
Menurut Macintyre (2000), punca-punca dispraksia dalam
kalangan kanak-kanak tidak dikenalpasti dengan jelas. Beliau
menulis bahawa menurut Lehmkuyl (1984), kanak-kanak ini tidak
mempunyai tanda-tanda luar biasa dari segi fizikal dan neurologi
untuk menerangkan ketidakupayaan mereka ini.
Namun begitu, Kirby (1999) telah cuba untuk memberi
punca-punca dispraksia.
3.3.1 Genetik
Kirby (1999) menyatakan bahawa ketidakupayaan dispraksia boleh
diturunkan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Pauc
(2005), jika terdapat seorang individu yang menghidap dispraksia
dalam keluarga sebelah ibu, ibu akan mempunyai risiko 37% untuk
mendapat anak dispraksia. Manakala, jika pada sebelah ayah
terdapat seseorang individu yang mempunyai dispraksia, ibu akan
mempunyai risiko 60% untuk melahirkan anak yang mempunyai
dispraksia.
3.3.2 Masalah Ibu semasa Mengandung
Menurut Kirby (1999), masalah ini membawa maksud bahawa
ketidakupayaan disebabkan oleh persekitaran. Mungkin ibu yang
mengandung tidak mengamalkan cara pemakanan yang seimbang
dan juga mengambil dadah secara haram atau dadah yang
dibenarkan, iaitu dalam bentuk ubat yang diberi doctor. Jika ibu
tersebut merokok semasa mengandung, juga boleh memberi kesan
kepada janin. Selain itu, Macintyre (2000) menambah bahawa
kemungkinan bayi yang dilahirkan mempunyai berat yang kurang
daripada normal, mempunyai jangkitan viral atau tidak cukup
oksigen semasa dilahirkan.
3.3.3 Sakit
Kirby (1999) menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin
mempunyai glue ear. Ini mungkin menyebabkan kebolehan
mereka untuk memperoleh kemahiran bahasa terjejas. Kanak-

kanak mempunyai masalah dalam membezakan bunyi dan kurang


memberi tumpuan. Namun, ini bukan bermaksud kanak-kanak itu
mempunyai ADD, iaitu Attention Deficit Disorder. Glue Ear adalah
biasa dan mempunyai pengaruh yang besar ke atas
ketidakupayaan dispraksia.
3.4
Statistik Dispraksia
Menurut Kirby (1999) terdapat 1 daripada 12 kanak-kanak yang
menghidap dispraksia. Daripada kanak-kanak tersebut, 3 daripada
4 kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak lelaki. Namun,
Portwood (2000) menyatakan 4 daripada 5 kanak-kanak adalah
kanak-kanak lelaki. Ini disokong oleh Hicks (2008). Hicks juga
menambah bahawa 10% kanak-kanak mempunyai dispraksia, dari
itu 2% yang menghidap dispraksia yang teruk. Selain itu, Mother
and Baby, menyatakan bahawa 1 daripada 30 kanak-kanak
mengalami dispraksia.

You might also like