You are on page 1of 3

Disleksia

Disleksia merupakan satu gejala yang berkait rapat dengan bahasa khususnya mengenai
kesedaran fonem. Disleksia tidak dikategorikan sebagai penyakit kerana ia dikenal pasti
sebagai suatu kesukaran dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran. Perkataan disleksia adalah hasil gabungan dua
perkataan Greek iaitu “dys” yang bermaksud kesukaran dan “lexis” yang bermaksud bahasa.
Kesimpulannya, disleksia adalah “kesukaran dalam membaca”. Terdapat lima jenis masalah
yang berkaitan dengan disleksia ini. Yang pertama, ialah masalah fonologi yang bukan
disebabkan oleh masalah pendengaran tetapi berkaitan dengan masalah memperoleh
maklumat dalam otak kanak-kanak yang mengalami disleksia. Kedua, ialah masalah dalam
mengingat perkataan iaitu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terbabit dalam mencari
semula perkataan dan bukannya berkaitan dengan IQ mereka. Seterusnya, ialah masalah
penyusunan bersiri iaitu kanak-kanak disleksia sukar untuk mengingati maklumat secara
tersusun seperti sukar mengingat susunan nombor, perkataan, peristiwa dan banyak lagi. Hal
ini akan menyukarkan mereka untuk mengingat sesuatu peristiwa yang dirancang sebelum
dilakukan. Oleh itu, mereka akan bertanya berulang-ulang untuk mendapatkan kepastian.
Yang keempat, ialah masalah akan bertanya berulang-ulang untuk mendapatkan kepastian.
Yang keempat ialah masalah ingatan jangka pendek. Kanak-kanak disleksia biasanya hanya
akan mengingat peristiwa atau sesuatu kejadian dalam jangka masa 30 saat sehingga 24 jam.
Oleh hal yang demikian, mereka sukar untuk mengingati pembelajaran yang telah dipelajari
pada keesokan harinya. Akhir sekali, ialah masalah kesedaran sintaks iaitu masalah
kekeliruan dalam memahami tatabahasa, terutamanya jika mereka menggunakan dua atau
lebih bahasa yang mempunyai tatabahasa yang berbeza dalam masa yang sama. Sebagai
contoh, akan berlaku kekeliruan dalam menterjemah sesuatu perkataan.

Jenis-jenis disleksia terbahagi kepada enam jenis. Yang pertama ialah diprasia iaitu
melibatkan masalah yang disignifikan dari aspek perkembangan motor dan berkaitan dengan
masalah bahasa, persepsi dan pemikiran. Kedua ialah disgrafia yang merujuk kepada
kegagalan untuk melakukan operasi dalam tulisan tangan. Ia boleh digambarkan sebagai
kesukaran melampau dengan kemahiran motor halus. Seterusnya, ialah hiperleksia yang
merujuk kesukaran dalam berbahasa dan interaksi sosial. Menurut David Gamon, Ph.D dan
Allen D.Bragdon (1998), kanak-kanak hiperleksia ini seakan-akan bisu dan menunjukkan
perkembangan linguistik serta perkembangan lain dalam kadar sederhana, tetapi memiliki
keterampilan membaca dan menulis yang lebih baik berbanding kanak-kanak lain. Selain itu,
jenis disleksia lain ialah disleksia visual yang berkaitan dengan visual kanak-kanak disleksia
di mana mereka dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membuat perbezaan, mentafsir
atau mengingat perkataan yang dilihat. Sebagai contoh, mereka sukar untuk mengenal huruf
antara “b” dan “pa” seperti perkataan “bas” akan menjadi “pas” serta suku kata yang terbalik
seperti “baju” menjadi “juba”. Jenis disleksia seterusnya ialah disleksia auditori yang bukan
berkaitan dengan masalah pendengaran tetapi masalah memproses maklumat yang didengar
di dalam otak mereka. Sebagai contoh, perkataan 'back' akan didengar sebagai bunyi tunggal
dan bukannya sesuatu yang terdiri daripada bunyi /b / - / ă / - / ck /”. Akhir sekali, disleksia
visual-auditori yang berkaitan dengan kinestetik iaitu kanak-kanak disleksia memerlukan
pergerakan dalam pembelajaran. Untuk mendapatkan maklumat kinestetik, kedua-dua sistem
visual dan auditori diperlukan manakala kinestetik merupakan keupayaan melakukan sesuatu
dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui sentuhan. Ciri-ciri bagi kanak-kanak
disleksia visual auditori adalah menghadapi kesukaran dalam menyusun urutan, mengimbas,
persepsi, masa dan ruang serta lemah dalam menggunakan koordinasi mata dan tangan.
Autisme

Autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku,
mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan berumur 30 bulan.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada definisi di atas ialah autisme boleh dikatakan sebagai
ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan
emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka.
Autisme boleh wujud sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku yang positif
boleh berlaku. Sekiranya dilihat daripada aspek fizikal, kanak-kanak autistik kelihatan
normal. Sukar untuk melihat adakah mereka mengalami autisme secara pandangan luaran
sahaja. Maka perbincangan lebih kepada perkembangan otak dan bahagian dalam badan yang
mengalami ketidaknormalan daripada aspek perkembangannya. Kecelaruannya dalam
pembentukan otak kanak-kanak autisme kini difahami sebagai “neuro-development
disorder”, untuk memahami bagaimana fikiran dan tingkah laku kanak-kanak autistik terjadi
daripada hasil perkembangan otak perlu dilihat bagaimana tisu-tisu otak tersusun untuk
menerima proses pembelajaran. Perasaan sebagai fungsi penting dalam tubuh badan manusia
untuk keperluan kehidupan. Setiap otak manusia dibentuk daripada beribu-ribu sel saraf yang
saling berkait dan disusun dalam bentuk sistem yang bertindak mengawal kesedaran di luar
tubuh badan termasuk emosi, tingkah laku dan juga mempunyai hubungan dengan fungsi
organ dalaman.

Sukar untuk menerangkan setiap jenis individu autisme kerana terdapat banyak bentuk
kecelaruan seperti adanya yang antisosial atau yang boleh bersosial, agresif terhadap diri
sendiri atau agresif terhadap orang lain. Sebahagiannya mempunyai sedikit atau tiada bahasa
langsung, ada yang mengulang-ulang perkataan atau frasa dan sebahagian yang lain
mempunyai kemahiran bahasa seperti individu normal. Memandangkan masih tiada lagi ujian
fisiologi untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai Autisme, cara untuk
mengenalpasti ialah apabila individu menunjukkan beberapa ciri-ciri tingkah laku seperti

You might also like