You are on page 1of 3

ULASAN FILEM DYSLEXIA “TAARE ZAMEEN PAR ˮ

Taare Zameen Par adalah filem pertama arahan Amir Khan. Filem yang diterbitkan di India
pada penghujung Disember 2007. Di dalam filem ini mengisahkan tentang kehidupan
seorang budak kecil bernama Ishan yang menghidapi masalah dyslexia atau kesukaran
dalam menerima pembelanjaran sehingga terpaksa mengulang kelas yang sama kerana
tidak melepasi gred pembelajaran pada peringkat tertentu. Watak Ishan dalam filem
tersebut berjaya dilakonkan dengan sangat berkesan sehingga saya sendiri tertanya-tanya
adakah pelakon itu benar-benar mempunyai permasalahan yang sama dalam kehidupan
sebenarnya. Wataknya telah membuatkan saya berfikir bagaimanakah seandainya saya
sendiri mengalami masalah tersebut dan adakah saya mampu untuk mengatasinya tanpa
bantuan, sokongan dan juga bimbingan daripada orang lain.
Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk
perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan
bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Menurut Pakar Pediatrik di
Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian,
Kelantan, Prof. Madya Dr. Zabidi A.M. Hussin, dyslexia merujuk kepada masalah
ketidakmampuan otaknya untuk mentafsirkan simbol-simbol. Justeru, kanak-kanak ini
menghadapi masalah membaca, mengeja, sentiasa keliru dengan arahan serta lambat
untuk memulakan sesuatu. "Sebagai contoh kanak-kanak dyslexia ini selalu menulis
terbalik dan sukar meniru simbol-simbol yang mudah, jika disuruh menulis 203, mereka
akan menulis 200 3”. Oleh sebaba itulah, setiap mereka melakukan sesuatu yang mereka
fikirkan betul dan memang menepati segala pembelajaran daripada guru mereka, tetapi
hakikatnya apa yang mereka buat adalah salah kerana dari sudut imaginasi mereka yang
terbalik dan mereka memang tidak menyedarinya.
Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi
daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia.Walaupun para
penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak
yang memproses dan mengatur informasi secara berbeza dari kebiasaan kanak-kanak
normal, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini.
Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri
iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan
berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada
hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan
pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak
terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap
kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi
boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal,
kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang
sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu
diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia. 
Menurut kajian Zabidi lagi, beliau juga mendapati kanak-kanak ini juga mengalami
kesukaran untuk mengenal pasti antara kiri dan kanan. Di samping itu, mereka juga
didapati mengalami kesukaran untuk menangkap bola yang dilontarkan kepada mereka.
Bagaimanapun hasil kajiannya mendapati, dari segi fizikalnya, kanak-kanak ini adalah
aktif. Ketidakupayaan mereka untuk membaca dan menulis menyebabkan kebanyakan
kanak-kanak ini tidak berminat di dalam pelajaran, sebaliknya lebih berminat dengan
perkara-perkara lain. Kajian-kajian di negara Barat juga mendapati kebanyakan kanak-
kanak dyslexia adalah kreatif dan berseni. Mengenai punca masalah ini, beliau berkata
antaranya ialah ketidaknormalan genetik, gangguan sebelum dan selepas bayi dilahirkan,
pertumbuhan yang tidak normal dan kekurangan zat semasa awal pertumbuhan kanak-
kanak.
Situasi inilah yang kita dapat lihat dalam filem Taare Zameen Par, akibat masalah
disleksia, Ishan sentiasa melihat huruf menari-nari. Ini membuatkan dia sukar untuk
membaca dan menjadi bahan ketawa kawan-kawannya. Dalam filem ini juga watak Amir
Khan sebagai seorang guru yang mengalami masalah yang sama dengan Ishan ketika
kecilnya telah berjaya berjaya mengesan masalah disleksia yang dihadapi oleh Ishan.
Beliau bijak dalam mengatur dan menyusun bahan pengajaran dalam bentuk-bentuk yang
disukai dan menarik minat kanak seperti Ishan untuk belajar dengan menggunakan muzik,
animasi, dan sebagainya. Ishan juga sering membayangkan sesuatu melebihi orang lain dan
akan mengimajinasikan dalam bentuk lukisan.
Babak-babak awal dalam filem ini banyak memaparkan peranan guru yang langsung tidak
mempunyai kualiti dalam pengajaran. Mereka hanya reti atau tahu menggunakan satu
kaedah pengajaran yang biasa tidak menyelitkan bahan-bahan yang berlainan dan disukai
oleh pelajar-pelajar seusia Ishan yang iginkan keseronokan dalam proses pembelajaran.
Guru-guru yang mengajar Ishan sangat mementingkan baca tulis semata-mata, mereka
langsung tidak mengambil kira adakah murid-murid memahami atau tidak apa yang
mereka ajarkan. Pada saya, apa yang digambarkan dalam filem ini ada benarnya dan
memang realiti sebilangan guru-guru yang ada pada hari ini. Kebijaksanaan seorang guru
adalah apabila mengajar, pelajar mampu memahami dengan jelas apa yang diajarkannya.
Jesteru itu dalam proses PNP seharusnya seorang guru kretif dan bijak mengatur kaedah
pengajarannya. Walau bagaimanapun, watak guru tidaklah negatif sampai akhir. Watak
gurulah yang kemudiannya menemukan masalah yang dihadapi oleh Ishan. Malahan
caranya mendidik Ishan menulis dan mengira benar-benar menakjubkan dan menambah
pengetahuan saya dalam memahami cara pendidikan kreatif.
Watak-watak guru lain yang asalnya jelek pada Ishan juga ditunjukkan berubah apabila
diberi pandangan baru oleh Ishan. Malahan bapa Ishan juga beransur menerima hakikat
setelah mengetahui situasi sebenar anaknya dan bukti kejayaan yang ditunjuk oleh
anaknya dalam bidang yang sesuai bagi orang sepertinya. Bentuk optimis yang begitu
indah. Pada saya setiap manusia mampu untuk berubah sekiranya dorongan, semangat
serta pengajaran yang diberikan bersesuaian dengan keinginan dan kualiti hidupnya.
Begitu juga kisah yang ditunjukkan dalam filem ini. Bagi saya juga, filem ini wajar
ditonton oleh masyarakat, ibubapa dan guru agar tahu apakah sebenarnya disleksia dan
sekurang-kurangnya mempunyai pendedahan berkaitan masalah tersebut. Mungkin setelah
mengetahui hal ini mereka mampu mengesan anak-anak atau pelajar-pelajar yang
mengalami masalah sebegini.
Oleh itu, cara didikan kanak-kanak yang sukar mendapat kefahaman yang sempurna,
bermasalah emosi dan sosial juga berkemungkinan mendapat disleksia. Bagaimanapun,
masalah ini boleh diatasi dengan bimbingan yang betul dan berterusan. Kanak-kanak
disleksia ini sebenarnya boleh atasi dan menjadi normal melalui latihan-latihan membaca
menggunakan kaedah fonetik, seperti bacaan Iqra dan juga terapi pengucapan. Guru
sekolah rendah sememangnya menyedari masalah disleksia dalam kalangan pelajar
sekolah, tetapi kebanyakan mereka tidak begitu mengambil berat perkara ini kerana
kesuntukan masa untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka ini. Disebabkan itu,
murid-murid disleksia ini juga sering disalah anggap sebagai kanak-kanak yang lembap dan
lemah dalam pelajaran. Justeru, pendekatan yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah
ini perlu difikirkan supaya kanak-kanak disleksia mampu bersaing dan mempunyai masa
depan yang cerah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya memainkan
peranan bagi mengatasi masalah pelajar disleksia untuk mereka mencorak masa depan
yang gemilang, disamping peranan daripada ibubapa untuk memancu anak-anak mereka
untuk maju walaupun menghadapi masalah pembelajaran pada peringkat awa

You might also like