You are on page 1of 4

INSTITUSI SOSIAL

Pengertian Institusi Sosial perspektif sosiologi – institusi sosial bukanlah merupakan satu
bangunan, bukan juga sekelompok manusia dan juga bukan sebagai satu organisasi.
Chinoy(1962) – institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat
yangtelah dipersetujui seperti undang-undang. Gouldner (1971) – Institusi sosial adalah sebagai satu
cara yang standard diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah
masyarakatseperti menguruskan kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya.
Umumnyapengertian sosial konsep ini – merujuk kepada pola-pola tingkah laku yang
telah menjadikebiasaan dan pola-pola tingkah laku ini merupakan hubungan sosial yang
mempunyai satumatlamat sosial yang tertentu. Institusi sosial merupakan suatu sistem
yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk
memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial. Merujuk kepada sesuatu yang telah terasas dalam
masyarakat –contohnya institusi agama, institusi perkahwinan dan kekeluargaan, institusi ekonomi,
institusi politik dan lain-lain. Institusi Sosial - Institusi Kekeluargaan dan Perkahwinan Institusi
keluarga sebagai satu unit sosialmempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan dan
pembentukan sifat seseorang manusia sebagai anggota masyarakat. Keluarga bukan sahaja
alat kepada kesinambungan sesebuah kebudayaan tetapi juga sebagai agen dalam merubah
kebudayaan. Permulaan keluarga dalam tamadun manusia berpunca daripada peraturan
melarang hubungan kelamin antara anggota yang rapat dalam keluarga seperti antara ibu bapa dan
anak dan antara adik danabang. Larangan ini dinamakan sumbang mahram. Oleh itu
anggota keluarga sendiri perlumencari pasangan hidup daripada keluarga lain. Wujudnya
hubungan yang terjalin antara satukeluarga dengan keluarga yang lain, maka bilangan keluarga yang
berkerjasama dalam sesebuahmasyarakat terus bertambah. Ini berlaku dalam semua jenis
masyarakat yang menyebabkanlahirnya institusi perkahwinan. Keluarga secara umumnya
didefinisikan sebagai ibu dan bapaserta anak-anak sebagai satu kumpulan yang tinggal
sebumbung melalui proses perkahwinan.Oleh itu perkahwinan merupakan penyatuan antara
individu yang disokong secara sosial untuk mendapat kestabilan, hubungan yang mesra termasuklah
interaksi seksual antara elemen yang lahir daripada perkahwinan. Daripada perspektif sosiologi –
yang diberi keutamaan adalah aspek struktur keluarga, bentuk perkahwinan, pola autoriti dalam
keluarga, bentuk pasangan hidup, pola tempat tinggal dan polaketurunan serta kepusakaan.
Bentuk Keluarga Kekeluargaan merupakan satu sistemperhubungan yang terdapat hubungan
saling bergantung antara anggotanya. Keluarga NuklearBentuk ini terdiri daripada ibu, bapa
dan anak sendiri serta anak-anak angkat yang tiggalbersama dalam sebuah rumah yang
sama. Ianya berasingan daripada saudara mara yang lain.Bentuk ini wujud dalam masyarakat moden
dan industri. Bentuk ini juga dipanggil conjugal family yang bermaksud sepasang suami isteri sama
ada mempunyai anak atau tidak. Keluarga Luas(Extended Family) Bentuk ini terdiri daripada lebih
dua hubungan darah yang tinggal serumah. Contoh – bapa saudara, datuk, nenek dan saudara mara
lain. Ketua dalam keluarga jenis ini biasanyaadalah lelaki yang paling btua dan golongan dewasa akan
berkerjasama dalam tanggungjawabmencari rezeki dan mengasuh anak-anak. Bentuk ini biasa
terdapat dalam masyarakat tradisionaldan praindustri. Ia juga dipanggil consiguinal family.
Disebabkan perkembangan teknologi yang pesat di Barat menyebabkan keluarga bentuk ini telah
bertukar kepada keluarga nuklear keranajumlah anggota keluarga yang besar sukar diurus.
Keluarga Campuran Jenis keluarga ini terbentuk hasil perceraian yang berlaku dalam
keluarga nuklear. Suami atau isteri akan berkahwin lain dan membawa anak atau anggota
keluarga suami atau isteri baru untuk tinggal bersama-sama. Keluarga luas yang diubahsuai.
Jenis keluarga ini – terbentuk berdasarkan rangkaian keluarga nuklear yang tinggal berasingan
tetapi masih mengekalkan hubungan danbantuan yang diperlukan. Anggota keluarga tidak tinggal
berdekatan tetapi kerja bersama ataumasih bergantung kepada bapa. Penyertaan dalam bentuk
keluarga luas yang diubahsuai adalahsukarela. Bentuk Perkahwinan Berbeza mengikut
kebudayaan masyarakat. Ada yangmenganggap hidup bersendirian adalah lebig baik, cth – paderi,
sami, ibu tunggal dsb. Institusi perkahwinan dan keluarga merupakan institusi sejagat kerana
sebahagian besar masyarakat didunia ini berkahwin dan mendapat faedah daripadanya.
Monogami Amalan perkahwinan – berlaku perkahwinan seorang suami dan seorang isteri pada
masa yang sama. Sebahagian besarmasyarakat mengamalkan bentuk perkahwinan ini. Poligami
Merujuk kepada amalan perkahwinan seorang suami mempunyai lebih daripada seorang
isteri ataupun seorang isterimempunyai lebih daripada seorang suami. Bagi ahli sosiologi, soorang
suami berpoligami denganmempunyai dua atau lebih isteri dalam satu masa disebut poligami. Cth –
masyarakat Islam.Seorang isteri mempunyai dua atau lebih suami dalam satu masa disebut amalan
poliandri. Cth –Masyarakat Todas di India dan Nyinba di Tibet. Bentuk Pemilihan Pasangan Terdapat
peraturantertentu bagaimana anggota sesebuah masyarakat memilih pasangan untuk
berkahwin. Eksogami Amalan atau peraturan pemilihan – anggota mesti memilih pasangan hidup
daripada kelompok luar daripada kelompoknya. Iaitu mereka yang tidak mempunyai ikatan
persaudaraan.Dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan kebudayaan.
Endogami Cara pemilihan – apabila anggotanya dikehendaki memilih pasangan hidup daripada
anggotakelompok sendiri seperti sepupu dan sebagainya. Biasanya berlaku antara anggota
agama,bangsa dan kaum dari kelas sosial yang sama. Bertujuan mengekalkan solidariti.
BentukKekuasaan Menerangkan bagaiamana bentuk kuasa antara suami dan isteri. Ia
sebenarnyadipengaruhi oleh bentuk personaliti pasangan dan juga berasaskan nilai dan norma
sesebuahmasyarakat. Patriakal Apabila sesebuah keluarga mengutamakan golongan suami
ataupun sisuami mempunyai kuasa lebih dalam rumah tangga dan mengawal kehidupan sosial
keluargatersebut. Matriakal Keluarga itu mengutamakan golongan isteri sebagai mempunyai kuasa
untukbersuara, tetapi tidak bermakna berkuasa membuat keputusan kecuali dengan kematian
suami.Bentuk ini berlaku dalam semua kategori masyaarakat. Dalam keluarga nuklear
banyakmengamalkan cara ini terutama masyarakat yang mewariskan harta kepada kaum perempuan.
Egalitaria Bentuk kekuasaan di mana suami atau isteri mempunyai kuasa yang sama
dalammenentukan kehidupan dalam masyarakat. Ini banyak berlaku dalam dunia moden
di manasemakin ramai kaum wanita yang berpendidikan dan mempunyai pekerjaan dalam
membantuekonomi rumah tangga. Bentuk Tempat Tinggal Tempat tinggal juga
berbezamengikut kebudayaan sesebuah masyarakat. Perbezaan tempat tinggal, kadang kala
dipengaruhioleh bentuk atau struktur keluarga dan bagaimana memilih pasangan hidup. Neolokal
Merekayang berkahwin akan memilih untuk tinggal di rumah sendiri dan membentuk keluarga
asas.Masyarakat moden dan industri mengamalkan cara hidup ini. Ini bermakna mereka
tinggalberjauhan daripada ibu bapa isteri atau suami masing-masing. Patrilokal Pasangan
baruberkahwin akan tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelah suami
danmembentuk keluarga luas. Bentuk ini lebih banyak diamalkan berbanding matrilokal. Matrilokal
Pasangan yang baru berkahwin atau tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelahisteri.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat memilih pola tempattinggal
yang sesuai tetapi dalam masyarakat sistem neolokal banyak diamalkan. BentukKeturunan
dan Kepusakaan Bentuk keturunan berkait rapat dengan konsep kinship yangmenerangkan
hubungan sosial antara seorang individu dengan nenek moyangnya berasaskan faktor
perkahwinan. Bagi sesetengah masyarakat perhubungan kinship ini penting kerana
memperkembangkan zuriat dan keturunan sesuatu bangsa itu. Bentuk keturunan boleh
dilihatmelalui nisab bapa, nisab ibu ataupun kedua-duanya dan ianya penting dalam pewarisan harta.
Patrilineal - Perhubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan kelompok
keluarga sebelah bapa. Banyak diamalkan dalam masyarakat hari ini. Matrilineal Dihubungkan
dengan kelompok keluarga melalui keturunan sebelah ibu. Persaudaraan dikesan melalui
keluarga perempuan dan segala harta ibu menjadi pusaka kepada anak-anak perempuan.
Bilateral - Keturunan ini menunjukkan hubungan individu yang sama rapat antara keluarga sebelah
ba danjuga ibu. Hubungan persaudaraan dikira daripada kedua belah pihak. Fungsi Sosial Institusi
Keluarga Keluarga paling penting berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
penyayang, toleransi, tolong menolong dsb kerana ianya penting kepada perkembangan
masyarakatseterusnya. Selain itu institusi keluarga mempunyai fungsi tersendiri dalam mendokong
peranantersebut. Peranan keluarga drp perspektif sosiologi: Perspektif fungsional ini
melihat institusi keluarga sebagai penyumbang kepada kestabilan dan keperluan sosial
yang merupakansumbangan positif kepada masyarakat. Mewujudkan individu yang berfikiran
dan berkelakuan

You might also like