You are on page 1of 2

Kerapuhan institusi keluarga yang membelenggu sesebuah tamadun

adalah salah satu punca kejatuhan atau ketidakstabilan sesebuah tamadun


pada masa kini. Definisi Keluarga adalah salah satu kelompok atau
kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit
masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan
perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang
dipimpin oleh seorang kepala keluarga. Oleh hal yang demikian, dapat
dilihat bahawa keluarga merupakan satu sub unit dalam lingkungan sosial.
Jadi, berdasarkan tamadun yang kumpulan kami pilih iaitu tamadun
Malaysia, dapat dilihat kini isu sosial yang melanda tamadun ini
disebabkan institusi keluarga yang kian rapuh Menyebabkan tamadun
Malaysia semakin goyah.
Perkahwinan yang dilarang ataupun perkahwinan yang tidak direstui
oleh keluarga merupakan punca utama yang menyebabkan kerapuhan
institusi keluarga. Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga
mewujudkan satu hubungan kekeluargaan yang tidak baik antara keluarga
suami mahupun keluarga isteri. Apabila hubungan kekeluargaan ini
berlaku, ini akan mengakibatkan satu unit keluarga tidak mempunyai satu
sifat kasih sayang antara mereka dan perkara ini berkemungkinan
berlanjutan sehingga memberi kesan masa hadapan pewaris keluarga
tersebut sehingga merecatkan pembentukan masyarakat yang berkualiti.
Hal ini sekaligus akan memberi impak kepada pembentukan tamadun
Malaysia kerana masyarakat merupakan penyumbang kepada
pembentukan ketamadunan negara.
Punca kedua yang menyebbkan kerapuhan institusi keluarga ialah
menghindari kelahiran dan menggugurkan kandungan. Pasangan yang
menghindari kelahiran dan menggugurkan kandungan akan menyebabkan
hubungan suami isteri menjadi rengang. Hal ini demikian kerana setiap
keluarga pasti menginginkan zuriat untuk menjadi pewaris keturunan
mereka. Tindakan menghindari kelahiran dan menggurkan kandungan ini
pasti mewujudkan pertikaian antara suami isteri kerana salah satu pihak
pasti menginginkan anak. Tindakan ini juga berpunca daripada sikap suami
isteri yang mementingkan kerjaya mereka dan menggangap mempunyai
anak akan memberi beban dan menggangu fokus terhdapa kerjaya
mereka. Impak daripada tindakan ini meyebbakan negara kekurangan
generasi baharu yang menjadi pemangkin pembenagunan tamadun
negara.
Natijahnya, dapat dirumuskan bahawa Keluarga merupakan komponen penting dalam proses
pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak
akan sempurna.

You might also like