You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330244069

PENDEKATAN SPIRITUAL DAN AGAMA DALAM KAUNSELING KELUARGA

Conference Paper · January 2019

CITATIONS READS

0 6,315

3 authors, including:

Mazita Ahmad Salleh Amat


Tuanku Sultanah Bahiyah Polytechnic Universiti Kebangsaan Malaysia
4 PUBLICATIONS   2 CITATIONS    85 PUBLICATIONS   281 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Positive Psychology View project

Counselling, Spirituality and religious in Counselling, Integration View project

All content following this page was uploaded by Mazita Ahmad on 09 January 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENDEKATAN SPIRITUAL DAN AGAMA DALAM KAUNSELING
KELUARGA
Mazita Ahmad
Norhayati Mohd Noor
Salleh Amat
Universiti Kebangsaan Malaysia
mazrie71@yahoo.com

ABSTRAK

Keluarga merupakan institusi asas dalam pembentukan dan pembangunan seseorang individu.
Keluarga yang berfungsi serta memberi pendidikan keibubapaan yang sempurna dapat
melahirkan anak-anak yang seimbang dan sejahtera dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi.
Ketidakstabilan dalam kefungsian keluarga dan ketidaksempurnaan tanggung jawab mencetus
pelbagai permasalahan yang menyumbang kepada tekanan terhadap perkahwinan dan
seterusnya secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada anak-anak. Pembentukan
keluarga berasaskan agama dapat menjadi tonggak kepada pengukuhan institusi keluarga.
Justeru, kaunseling keluarga yang menggunakan pendekatan spiritual dan agama adalah
merupakan suatu usaha membantu mengembalikan kefungsian keluarga bagi menikmati
kesejahteraan hidup. Penggunaan pendekatan agama dalam kaunseling keluarga ini adalah
memasukkan teknik, strategi dan kaedah intervensi berkaitan dengan keagamaan dalam proses
kaunseling yang menggunakan teori kaunseling yang sedia ada. Kaedah intervensi pendekatan
agama menggunakan dua model integrasi iaitu secara implisit dan eksplisit.
Keywords: spiritual, agama, kaunseling, keluarga, kaunseling keluarga

ABSTRACT
The Family is the basic institution in the formation of character and development of an
individual. A family with proper functioning and well parenting education will emphasize
children living with a balanced and harmonious in terms of physical, mental, social and as well
as emotions. Instability in family functionality and imperfection in responsibility will cause
various problems that contribute pressure on the marriage and thus indirectly give negative
impact on children. The establishment of religion-based family can be the pillar to strengthen
the family institution. Hence, family counseling with spiritual and religion approach is an effort
to help families in returning the function of a family to have an enjoyable life. The use of spiritual
and religion in family counseling approach are include techniques, strategies and methods of
intervention related to religion in the process of counselling using existing counseling theories.
An intervention methods are using two models of integration in implicit and explicit.
Keywords: Spiritual, religion, counseling, family, family counseling
PENGENALAN

Keluarga merupakan satu unit sosial yang asas yang berperanan dalam membina dan
membentuk aspek fizikal, mental, sosial dan emosi anak-anak. Sejauh mana keupayaan
sesebuah keluarga tersebut berfungsi dan menjalankan peranan serta tanggung jawab yang
ditetapkan adalah faktor yang menyumbang ke arah pembinaan dan pembentukan modal insan
yang berkualiti (Rozumah & Mansor, 2015). Tahap kefungsian keluarga yang tinggi
menggalakkan amalan tahap keibubapaan yang baik dari segi interaksi dengan anak-anak,
penglibatan dengan anak-anak dan pengawasan terhadap anak-anak. Kesan tingkah laku
keibubapaan yang positif ini seterusnya mampu memberikan manfaat kepada anak-anak dalam
pelbagai aspek seperti perkembangan kognitif, sosial, emosi dan spiritual (Chiah & Rozumah,
2015).
Keluarga yang berfungsi merupakan keluarga yang terdiri daripada ahli-ahlinya yang
menjalankan peranan masing-masing. Ibu dan bapa menjalankan peranan dan tanggung jawab
mereka sebagai pendidik, pengasuh serta menunjukkan role-model yang baik. Manakala anak-
anak juga tidak terkecuali turut sama menjalankan peranan dan tanggung jawab mereka sebagai
ahli ‘kecil’ yang menyumbang kepada kefungsian keluarga. Ibu bapa yang memberikan
pendidikan yang sempurna kepada anak-anak dapat melahirkan generasi yang berakhlak,
cemerlang dan berkualiti yang bakal menjadi aset yang berguna kepada bangsa dan negara pada
masa hadapan.

ISU-ISU DAN PERMASALAHAN KELUARGA DI MALAYSIA

Ketidakstabilan yang berlaku dalam kefungsian keluarga mencetus pelbagai permasalahan


terutama dalam hubungan suami isteri seperti pertengkaran, pergaduhan, keganasan rumah
tangga dan perceraian yang memberi kesan kepada hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan
juga mempengaruhi tingkah laku anak-anak yang bermasalah seperti lari dari rumah, masalah
disiplin, kemurungan dan pelbagai masalah sosial yang lain (Azizi, Ma’alip, Hashim, Boon, &
Ramli, 2009).
Masalah konflik rumah tangga yang sering diadukan ke mahkamah-mahkamah syariah
termasuklah ketidakfahaman dan sikap cuai suami isteri tentang tanggung jawab, perkahwinan
ketika usia terlalu muda, campur tangan mertua, sikap suami yang bengis, sikap suami atau
isteri yang suka berfoya-foya, sikap isteri yang terlalu cemburu, suami yang mempunyai
hubungan dengan wanita lain, ketidakmampuan suami memberi nafkah, perzinaan,
ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual pasangan, isteri enggan dimadukan dan isteri
yang mandul (Zulaikha, 2015).
Kes keganasan rumah tangga juga menunjukkan peningkatan dari sejumlah 2,462 kes
terhadap wanita pada tahun 2011 meningkat kepada sebanyak 2,558 kes pada tahun 2012.
Manakala kes keganasan rumah tangga terhadap golongan lelaki yang dilaporkan adalah
sebanyak 815 kes pada tahun 2011 meningkat kepada sejumlah 930 kes pada tahun 2012
(Rathakrishnan, 2015). Demikian juga dengan kes perceraian di seluruh negara yang dicatatkan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2012 sebanyak 29,253 kes
meningkat kepada 29,583 kes pada tahun 2013.
Konflik rumah tangga dan perceraian yang berlaku memberi kesan kepada masalah
kesihatan dalam masyarakat seperti kemurungan yang boleh mengakibatkan kesan negatif
kepada kesihatan fizikal seperti kesukaran dalam bertingkah laku, gangguan terhadap
pemikiran dan juga perasaan (Eugene, 2015). Selain daripada itu, ibu bapa yang bercerai
memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa anak-anak. Anak-anak mula membesar dengan
perasaan memberontak, bersikap kasar, cenderung membantah dan melakukan salah laku serta
gagal menurut peraturan.
Saban hari pelbagai masalah sosial remaja yang dilaporkan dan menjadi fenomena yang
membimbangkan dalam masyarakat dan salah satu punca yang dikenal pasti adalah faktor
keluarga (Sheereen, Shafiq, & Rozumah, 2015). Masalah keciciran pelajar di sekolah, masalah
percintaan dalam kalangan remaja, masalah pergaduhan pelajar di sekolah, masalah seksual
yang membawa kepada isu kehamilan luar nikah dan pengguguran janin, masalah remaja lari
dari rumah serta masalah buli yang berlaku dalam kanak-kanak dan remaja yang dibincangkan
oleh Rathakrishnan (2015) membuktikan pengaruh sokongan serta persekitaran keluarga amat
memberi kesan terhadap tingkah laku anak-anak.

Kekukuhan ikatan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang dan keimanan
mampu menghindari unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan jati diri sesuatu bangsa. Nilai
keibubapaan mempunyai pengaruh yang besar dalam proses pembentukan sahsiah dan jati diri
anak-anak. Justeru kesan kepincangan yang berlaku menyaksikan di akhbar-akhbar sering
terpapar berita-berita mengenai konflik perkahwinan, keganasan rumah tangga, perceraian
serta tingkah laku delinkuen anak-anak remaja seperti merempit, penyalahgunaan bahan,
pergaulan bebas dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi kesan daripada masalah yang
berlaku dalam keluarga. Majoriti remaja yang ditahan atau ditangkap kerana melakukan salah
laku-salah laku tersebut datang daripada keluarga yang pincang seperti ibu bapa yang bercerai,
tiada asas agama, pengaruh rakan sebaya dan kehendak diri yang keterlaluan. Banyak kajian
menunjukkan bahawa punca utama yang menyebabkan timbulnya masalah dalam sesebuah
keluarga adalah disebabkan oleh pengabaian terhadap peranan yang patut dimainkan oleh
setiap ahli keluarga (Othman 2014).

Berdasarkan isu-isu yang dikemukakan serta kajian-kajian lepas menunjukkan institusi


perkahwinan dan keluarga semakin bertambah cabarannya dari semasa ke semasa. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak seperti kerajaan serta NGO dalam memantapkan
institusi ini agar rakyat Malaysia mencapai kesejahteraan menjelang tahun 2020. Oleh yang
demikian, dalam menghadapi tekanan dan cabaran dalam institusi perkahwinan dan keluarga,
perkhidmatan kaunseling keluarga dan perkahwinan dilihat merupakan salah kaedah yang
dapat membantu dalam usaha ke arah mengukuhkan perpaduan, kasih sayang serta membantu
memulihkan kefungsian sesebuah rumah tangga serta keluarga adalah melalui agama.

PERANAN AGAMA DALAM KESEJAHTERAAN KELUARGA

Agama dilihat memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan sesebuah keluarga. Ahli
keluarga yang mengamalkan amalan agama mempercayai bahawa terdapat kuasa yang lebih
besar dalam memberikan harapan dan sokongan apabila mereka dilanda kesukaran. Dalam
keluarga yang intim biasanya mereka berkongsi kepercayaan tentang makna hidup,
menunjukkan arah tujuan dan semangat hidup yang wujud berdasarkan kekuatan yang ada
dalam keluarga. Kewibawaan dan teladan ibu bapa dalam keluarga amat berperanan dalam
menentukan pembentukan nilai-nilai agama, moral, sosial dan disiplin diri anak-anak (Azizi et
al., 2009).
Islam menyediakan satu set garis panduan serta nilai-nilai peradaban yang perlu
dipatuhi dalam menjalani kehidupan seharian. Pendidikan agama yang diterapkan oleh ibu
bapa kepada anak-anak sejak dari kecil memberi asas kepada pembentukan akhlak dan sahsiah
yang dapat menghalang diri mereka daripada ancaman dan pengaruh persekitaran. Pengamal
kaunseling keluarga dalam kajian Norhayati (2012) telah menyatakan pendekatan agama dan
spiritual adalah pendekatan yang turut digunakan dalam mengendalikan sesi kaunseling
keluarga. Penggunaan pendekatan ini adalah dilihat dapat membantu keberkesanan sesi
kaunseling keluarga dijalankan berbanding dengan pendekatan lain terutama di dalam konflik
keluarga yang melibatkan perubahan sikap dan tanggungjawab diri. Oleh itu penggunaan
agama dan spiritual di dalam kaunseling keluarga mampu memberikan kesan yang positif di
dalam membantu keluarga kearah kehidupan yang lebih sejahtera.

KAUNSELING KELUARGA

Goldenberg & Goldenberg (2004) menyatakan bahawa kaunseling keluarga sebagai satu teknik
psiko terapeutik untuk meneroka dan cuba mengubah masalah emosi masa kini yang saling
berkait dalam sesebuah keluarga dengan membantu ahli-ahli dalam sistem keluarga itu
mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi. Menurut Mastura & Ramlan (2007)
kaunseling keluarga merupakan satu proses intervensi yang dilakukan kepada ahli keluarga
secara kelompok untuk membantu mereka dalam menangani masalah yang dihadapi. Fokus
intervensi ini adalah untuk membawa perubahan kepada seluruh sistem individu yang menjadi
ahli keluarga.
Kaunseling keluarga memainkan peranan untuk membaiki dan membina hubungan
serta interaksi yang positif antara suami dan isteri atau ibu bapa dengan anak-anak. Dengan
cara menangani masalah emosi klien, kaunselor akan dapat memahami masalah punca sebenar
masalah yang mereka hadapi (Lee, 2015). Oleh yang demikian, objektif kaunseling keluarga
adalah untuk memberi pendidikan kepada kehidupan kekeluargaan, menyediakan ahli keluarga
menghadapi perubahan, membantu keluarga menangani masalah dan meningkatkan potensi,
kemahiran, bakat dan keupayaan keluarga (Rosnah, 2009).

KAUNSELING KELUARGA MENGGUNAKAN PENDEKATAN SPIRITUAL DAN


AGAMA

Dalam masyarakat Islam, keluarga memainkan peranan yang sangat penting dan adalah sukar
untuk memisahkan kanak-kanak mahupun remaja daripada keluarga dalam menangani sesuatu
isu yang berlaku dalam keluarga tersebut (Othman, 2014). Setiap ahli dalam keluarga
memainkan peranan masing-masing serta menyumbang kepada bahagia atau sebaliknya oleh
itu dalam membantu sesebuah keluarga menyelesaikan masalah, setiap pandangan ahli dalam
keluarga perlu diambil kira dan diberi peluang untuk menyumbang ke arah kesejahteraan yang
holistik. Dalam kajian analisis keperluan kaunseling terhadap masalah penceraian di Jabatan
Agama Islam Johor mendapati bahawa keperluan perkhidmatan kaunseling bagi membantu
pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga perlulah menggunakan pendekatan teori
yang bersesuaian dengan latar belakang klien serta berpengetahuan asas agama. Kaunselor
perlulah mengadaptasikan teori dengan pendekatan Barat dengan pengetahuan dan pendekatan
Islam (Mohamed Sharif & Roslee, 2003). Beberapa faktor yang dilihat menyumbang kepada
perceraian antaranya adalah tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam
perkahwinan, kurang tahap kefahaman agama berhubung dengan kehidupan suami isteri,
pengurusan cara hidup terkeluar daripada kawalan sosial dan syariat agama (Anor & Risalshah,
2014).

Berg-Cross (2000) menggariskan kepentingan elemen spiritual dan agama dalam


amalan kaunseling keluarga iaitu; 1) untuk memupuk rasa perspektif, 2) untuk memberi makna
kepada kehidupan, 3) untuk menyediakan ritual yang mengubah dan menghubungkan, 4) untuk
menyediakan jaringan sokongan sosial, 5) untuk penstrukturan masyarakat dan menetapkan
norma dan etika, 6) untuk memberikan identiti dan warisan kepada ahli keluarga, 7) untuk
sokongan keluarga, 8) untuk memudahkan perubahan yang positif kepada individu, 9) untuk
melihat kepada kebajikan fizikal dan emosi setiap ahli keluarga dan,10) untuk mendidik ahli
keluarga. Justeru, A.Nelson, Kirk, Ane, & A.Serres, (2011) menegaskan bahawa untuk
memastikan keutuhan institusi perkahwinan dan keluarga terus mencapai kesejahteraan,
penyelesaian berasaskan agama amatlah diperlukan.

Terdapat pelbagai teknik dan strategi dalam mengintegrasikan spiritual dan agama
dalam amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga. C. T. Wolf, & Stevens (2001) telah
menyenaraikan beberapa teknik dan strategi yang dibawa oleh tokoh-tokoh integrasi spiritual
dan agama iaitu Genia (1995) dan Tan (1996). Selepas memastikan kepentingan agama dan
spiritual dalam kehidupan klien, kaunselor boleh memulakan teknik integrasi spiritual dan
agama ini dengan memilih untuk mentadbir penaksiran spiritual terhadap pasangan ataupun
keluarga tersebut. Terdapat beberapa alat ujian penaksiran spiritual yang boleh digunakan
termasuklah The Spiritual Well-Being Scale (Ellison 1983), The Spiritual Experience Index
(Genia 1991) dan Spiritual Assessment Inventory (Hall and Edward’s 1996). Melalui
penaksiran spiritualiti ini kaunselor akan mendapat gambaran dan jangkaan berkaitan spiritual
dan agama memberi impak yang positif atau negatif kepada perkahwinan ataupun sistem
keluarga tersebut. Tambahan pula klien dapat mengenali spiritualiti dan keagamaan dirinya
sendiri.

Selepas temu bual awal dan penilaian penaksiran spiritual dilakukan, terdapat pelbagai
cara yang berbeza yang mana membolehkan spiritual dan agama diintegrasikan ke dalam
proses terapeutik. Teknik integrasi ini bukanlah semata-mata teknik yang unik dan khas malah
kaunselor boleh menggunakan teknik dan prinsip dalam kaunseling keluarga yang sedia ada
untuk mengintegrasikan elemen spiritual dan agama (Wolf & Stevens, 2001). Tan (1996)
mengemukakan dua model utama dalam mengintegrasikan elemen agama dalam amalan
kaunseling iaitu integrasi secara implisit (tersirat) dan juga secara eksplisit (jelas). Integrasi
implisit tidak memperkenalkan isu agama dan spiritual ke dalam proses kaunseling sebaliknya
ianya dilakukan secara tersirat dan tersembunyi berbanding integrasi eksplisit yang mana
membincangkan isu tersebut dengan jelas dan lebih terbuka.

Model Integrasi Implisit

Integrasi implisit elemen agama dalam amalan kaunseling merujuk kepada pendekatan yang
lebih tersembunyi iaitu tidak menyatakan atau membincangkan isu secara terbuka atau terang-
terangan sumber spiritual seperti sembahyang, kitab atau teks ketuhanan yang digunakan dalam
terapi atau amalan kaunseling. Kaunselor yang mengamalkan model integrasi implisit ini dikira
orang yang beragama iaitu yang menunjukkan rasa hormat terhadap klien dan dalam masa yang
sama masih mengekalkan nilai dan kepercayaan termasuk nilai keyakinan terhadap agamanya
sendiri.

Amalan integrasi implisit biasanya melibatkan kerjasama daripada spiritualiti dan


agama kaunselor itu sendiri. Satu kaedah yang boleh digunakan oleh kaunselor adalah
mengintegrasikan dengan melibatkan kepercayaan spiritualiti beliau sendiri adalah cara beliau
mendengar dan memberi perhatian dalam proses kaunseling. Sebagai contoh, spiritualiti
mungkin mempengaruhi cara seseorang kaunselor itu mendengar dan memberi perhatian
terhadap isu klien. Kaunselor boleh membuat refleksi terhadap isu yang dibawa oleh klien
dengan bertanyakan soalan seperti ‘Apakah simptom yang ditunjukkan oleh seseorang yang
tidak memenuhi kehendak spiritualnya?’(Anderson & Worthen, 1997).

Semasa mendengar isu spiritual yang dibawa oleh klien, kaunselor boleh menggunakan
ruang tersebut untuk bertafakur dan memberi fokus kepada pernafasan beliau sendiri begitu
juga dengan emosi, kognitif dan gambaran yang kemungkinan ditimbulkan sepanjang sesi
kaunseling berlangsung. Anderson, & Worthen (1997) membincangkan tiga kesan positif hasil
daripada menggunakan teknik ini iaitu (i) kaunselor berupaya mengenal pasti proses yang tidak
ketara dalam hubungan pasangan atau keluarga tersebut dengan lebih mendalam, (ii) klien
mendapat rangsangan baru serta tindak balas yang kreatif, (iii) suasana bertafakur itu mungkin
memberikan kepada klien rasa untuk melepaskan pendirian yang selama ini telah sebati dalam
diri dan dalam perhubungan mereka. Teknik ini juga dapat membantu kaunselor untuk
memberi respons kepada klien dengan penuh ihsan dan menerima tanpa syarat.

Kaunselor juga boleh berdoa secara diam (Anderson & Worthen, 1997; Tan, 1996)
tanpa diketahui oleh kliennya yang ia mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan klien
tersebut. Beliau tidak berdoa secara eksplisit (terang-terangan) atau secara jelas
memperdengarkan suaranya sehingga didengari oleh klien. Boleh dinyatakan di sini bahawa
kaunselor yang secara konsisten menghormati nilai agama dan isu yang dibawa oleh klien
masih dikira menggunakan model integrasi implisit. Ini tidaklah bermakna model integrasi
implisit langsung tidak membincangkan isu agama tetapi kaunselor boleh berbuat demikian
sekiranya klien terlebih dahulu mengemukakan atau memulakan perbincangan berkaitan isu
agama dan spiritual. Walau bagaimanapun, sekiranya kaunselor yang mengamalkan model
integrasi implisit ini merasakan kurang selesa atau tiada kompetensi dalam membincangkan
isu agama secara eksplisit seharusnya kaunselor tersebut merujuk klien tersebut kepada
kaunselor lain iaitu yang mengamalkan model integrasi eksplisit.

Kaunselor seharusnya bersedia secara selesa dan berkompetensi dalam mempraktikkan


kedua-dua model integrasi tersebut sama ada implisit atau pun eksplisit. Amalan integrasi
model kaunselor adalah bergantung kepada keperluan dan kepentingan klien. Dalam kata lain,
untuk sebahagian klien yang tidak beragama atau tidak berminat untuk berbincang isu spiritual
secara terang-terangan kaunselor bolehlah mengamalkan model integrasi implisit. Manakala
bagi sesetengah klien yang berorientasikan keagamaan yang mana ingin membincangkan isu
agama dan spiritual secara terbuka, kaunselor seharusnya mengamalkan model integrasi
eksplisit.

Berg-Cross (2000) amalan implisit seperti mewujudkan kepercayaan, bersabar,


bertaubat, memberi maaf dan menerima dengan redha boleh juga dibangkitkan dalam proses
kaunseling. Tambahan beliau teknik implisit boleh juga menggunakan panduan imagery,
teknik Gestalt, teknik kerusi kosong, menulis jurnal dan menulis surat. Antara ayat-ayat
terapeutik yang boleh digunakan oleh kaunselor adalah seperti; 1) “Apa yang anda ingin
nyatakan dan luahkan kepada ayah anda sekiranya beliau duduk di kerusi ini”, 2) “Apa yang
boleh anda nyatakan sebagai ahli keluarga dengan menulis surat kepada (sesiapa sahaja yang
lebih berkuasa dalam keluarga) sebagai sebuah keluarga serta berkaitan dengan kejadian yang
telah berlaku dalam keluarga?”, 3) “Sekiranya Tuhan berada di hadapan anda, apakah yang
ingin anda pohonkan untuk keluarga anda? Dan apakah yang anda fikirkan jawapan Tuhan
kepada anda”?.

Model Integrasi Eksplisit

Model integrasi eksplisit dalam amalan kaunseling atau terapi merujuk kepada pendekatan
yang lebih terang dan jelas yang mana ianya secara langsung dan bersistematik menangani isu
spiritual dan agama dalam amalan kaunseling serta menggunakan sumber-sumber spiritual
seperti sembahyang, kitab atau teks ketuhanan, rujukan kepada mana-mana kumpulan atau
persatuan atau pengamal agama yang lain. Model ini menekankan bahawa kedua-dua pihak
iaitu kaunselor dan klien sebagai asas kepada keberkesanan rawatan dengan menggunakan
beberapa tahap bimbingan spiritual atau haluan dalam mencapai konteks terapeutik. Kaunselor
yang mengamalkan model integrasi eksplisit biasanya merupakan orang beragama dan beliau
selesa bukan sahaja berdoa untuk klien tetapi berupaya berdoa di hadapan klien secara kuat
(didengari oleh klien) secara sistematik dan bersesuaian dalam sesi kaunseling tersebut.
Bukanlah menjadi kemestian kaunselor tersebut perlu beragama untuk mempraktikkan model
integrasi eksplisit namun begitu kaunselor perlulah sensitif dan menghormati isu keagamaan
klien dan merasa selesa membincangkan isu-isu spiritual dan keagamaan.

Watson (1997) membincangkan tiga kaedah dalam mengintegrasikan spiritual dan


agama dalam kaunseling keluarga dan perkahwinan. Kaedah pertama ialah agama sebagai
sumber iaitu menggunakan agama tradisi klien sebagai penyembuhan dan perkembangan klien.
Kaedah ini tidak memerlukan kaunselor yang sama agama dengan klien Cuma kaunselor
tersebut perlu lebih terbuka dan menghormati nilai dan kepercayaan agama klien. Dalam
menggabungkan kaunseling dengan agama sebagai sumber kaunselor boleh memasukkan
sekali strategi agama seperti berdoa dengan keluarga, menjalankan tugas rumah yang
melibatkan amalan agama, bertafakur dan memasukkan pandangan agama dalam keluarga ke
dalam sesi kaunseling.

Kaedah yang kedua adalah agama sebagai budaya iaitu menggunakan agama untuk
menghubungkan ahli-ahli dalam keluarga. Dalam penggunaan kaedah ini, klien
berkemungkinan lebih selesa berhubungan dengan kaunselor yang mempunyai sama agama
dan pegangan. Tambahan pula, kaunselor yang telah biasa dengan tradisi amalan agama klien
adalah lebih mudah untuk memahami cerita dan isu klien. Kaedah yang terakhir yang boleh
digunakan adalah kaunselor menggunakan agama sebagai konteks adalah mengintegrasikan
spiritual dan agama dalam kedua-dua aspek iaitu dalam bidang profesionalnya sebagai
kaunselor serta keperibadian agamanya. Kaedah ini dapat mewujudkan kemuncak rasa selamat
dan percaya terhadap kaunselor (Watson, 1997).

Terdapat juga pengkaji dan tokoh lain yang menghuraikan integrasi spiritual dan agama
ke dalam kaunseling keluarga dan perkahwinan dalam perspektif yang berbeza. (Frame, 1996)
mencadangkan pendekatan konstruktivisme sosial iaitu kaunselor mengenal pasti dan
memahami peranannya yang subjektif sebagai seorang kaunselor. Kaunselor perlu bersikap
kekal terbuka dan tidak bersifat memberi penilaian terhadap pengalaman spiritual dan agama
klien. Pendekatan lain dalam mengintegrasikan spiritual dan agama dalam kaunseling keluarga
dan perkahwinan adalah pendekatan fokus penyelesaian (Solution-focused therapy). Stander
1994 mencadangkan agar kaunselor membantu klien mengaplikasikan nilai serta amalan
spiritual dan agama yang pernah membantunya pada masa yang lalu agar dapat diaplikasikan
pada situasi masa kini.

Kaunselor juga boleh menggunakan teknik kaunseling keluarga yang sedia ada dalam
menangani isu spiritual dan agama klien (Wolf & Stevens, 2001). Kaunselor boleh
menggunakan pandangan teori sistemik (Griffith, 1995), hubungan dengan tuhan dalam teknik
detriangulation (Butler & Harper, 1994). Dalam mengintegrasikan elemen spiritual dan agama
pengkaji menggunakan dua model utama yang dikemukakan oleh Tan (1996) memandangkan
kedua-dua model ini sesuai digunakan dan dipraktikkan oleh budaya dan masyarakat di
Malaysia tambahan pula pengkaji mendapati pengkaji-pengkaji terdahulu juga mengguna
pakai model ini (Aponte, 2002; C. Francis, 2009; Mazidah, Ibrahim, & Bakar, 2015;
Pargament, 2007).

Integrasi psikoterapi Islam dalam amalan kaunseling keluarga yang dicadangkan Rusni
(2013) iaitu melalui psikoterapi iman, psikoterapi ibadah, psikoterapi zikir, psikoterapi Al
Quran, psikoterapi melalui doa dan tasbih serta psikoterapi melalui taubat. Pendekatan
kaunseling melalui kaedah Islam menggunakan solat, zikir, wudu’ dan tasbih dalam usaha
beroleh ketenangan dan meredakan ketegangan (Baqutayan, 2011). Teknik integrasi
psikoterapi Islam yang dicadangkan ini merupakan salah satu teknik yang menggunakan model
eksplisit.

KESIMPULAN

Amalan kaunseling keluarga dengan mengaplikasikan elemen spiritual dan agama dilihat
sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan menolong ini. Dalam membantu institusi keluarga
kembali berfungsi dan menikmati kesejahteraan hidup berkeluarga kaunselor perlulah peka
menangani isu spiritual dan agama yang dibawa oleh klien. Klien yang datang berjumpa
kaunselor tidak meninggalkan nilai, pegangan dan keagamaannya di luar sebaliknya ianya
dibawa masuk bersama-sama klien untuk ditangani secara bijaksana. Terdapat dua model yang
boleh digunakan oleh kaunselor iaitu model implisit atau eksplisit.
RUJUKAN

A.Nelson, J., Kirk, A. M., Ane, P., & A.Serres, S. (2011). Religious and spiritual values and
moral commitment in marriage : Untapped resources in couples counseling? Counseling
and Values, 55, 228 – 246.
Anderson, D. A., & Worthen, D. (1997). Exploring a fourth dimension : Spirituality as a
resource for the couple therapist. Journal of Marital and Family Therapy, 23(1), 3–12.
http://doi.org/10.1111/j.1752-0606.1997.tb00227.x
Anor, W. S. W., & Risalshah, L. (2014). Kaunseling Keluarga : Isu dan Cabaran. In Seminar
Kebangsaan Integriti Keluarga 2014 (pp. 1–6).
Aponte, H. J. (2002). Spirituality. Journal of Family Psychotherapy, 13 No.1/2, 13–27.
http://doi.org/10.1300/J085v11n01_02
Azizi, Y., Ma’alip, H., Hashim, S., Boon, Y., & Ramli, J. (2009). Modal Insan : Membentuk
keluarga berkesan. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Baqutayan, S. M. S. (2011). An Innovative Islamic Counseling. International Journal of
Humanities and Social Science, 1(21), 178–183.
Berg-Cross, L. (2000). Basic Concepts in Family Therapy An Introductory Text. New York:
The Haworth Press.
Butler, M. H., & Harper, J. M. (1994). The Divine Triangle: God in the Marital System of
Religious Couples. Family Process, 33(3), 277–286. http://doi.org/10.1111/j.1545-
5300.1994.00277.x
C. Francis, P. (2009). Religion and spirituality in counseling. In I. Marini & M. A. Stebnicki
(Eds.), The professional counselor’s desk reference (pp. 839–849). Springer Publishing
Company New York.
Carlson, J., Sperry, L., & Lewis, J. A. (2005). Family Therapy Techniques Integrating &
Tailoring Treatment. New York: Routledge.
Carr, A. (2006). Family Therapy Concept,Process & Practice. England: John Wiley & Sons
Ltd.
Chiah, W. Y., & Rozumah, B. (2015). Kefungsian keluarga dan tingkah laku keibubapaan. In
Kefungsian Keluarga. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Frame, M. W. (1996). A Social constructionist approach to counseling religious couples. The
Family Journal: Counseling and Therapy for Couples and Families, 4(4), 299 – 307.
http://doi.org/10.1177/1066480796044003
Frame, M. W. (2000). The spiritual genogram in family therapy. Journal of Marital and Family
Therapy, 26(2), 211–6. http://doi.org/10.1111/j.1752-0606.2000.tb00290.x
Genia, V. (1995). Counseling & Psychotherapy of religious clients A developmental approach.
United States of America: Greenwood Publishing Group.
Goldenberg, I., & Goldenberg, H. (2004). Family Therapy An Overview. United States of
America: Thomson Learning.
Griffith, M. E. (1995). Opening Therapy to conversation with a Personal God. Journal of
Feminist Family Therapy, 1/2(7), 123 – 139. http://doi.org/10.1300/J086v07n01_12
Lee, K. B. (2015). Kaunseling Keluarga Pendekatan Teori Satir. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mastura, H. L., & Ramlan, H. (2007). Asas Kaunseling Keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti UiTM.
Mazidah, M. D., Ibrahim, R. Z. A. R., & Bakar, A. A. (2015). Integrasi agama dalam amalan
kaunseling di Malaysia. In International Conference on Empowering Islamic Civilization
in the 21th Century (pp. 600–612).
Mohamed Sharif, M., & Roslee, A. (2003). Analisis keperluan kaunseling terhadap masalah
penceraian: Kajian kes kualitatif di Jabatan Agama Islam Johor.
Othman, A. H. (2014). Mengislamisasikan Bimbingan dan Kaunseling. In N. M. Tajudin & N.
Rohany (Eds.), Profesionalisme Dalam Kaunseling dan cabaran masa kini di Malaysia
(pp. 80 – 131). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pargament, K. I. (2007). Spiritually integrated psychotherapy understanding and addressing
the sacred. New York: The Guilford Press.
Rathakrishnan, B. (2015). Intervensi Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosnah, I. (2009). Kaunseling keluarga dan perkahwinan : Satu kadah menangani Cabaran.
Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Rozumah Baharudin, & Mansor Abu Talib. (2015). Kefungsian Keluarga. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rusni, A. G. (2013). Keberkesanan Intervensi Keluarga dalam Merawat Tingkah laku
delinkuen pesalah remaja. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sheereen, Z. N., Shafiq, A. H. M., & Rozumah, B. (2015). Hubungan dengan bapa dan tingkah
laku delinkuen remaja. In Kefungsian Keluarga. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Stander, V., Piercy, F. P., Mackinnon, D., & Helmeke, K. (1994). Spirituality, religion and
family therapy: Competing or complementary worlds? The American Journal of Family
Therapy, 22(1), 27–41. http://doi.org/10.1080/01926189408251295
Tan, S.-Y. (1996). Religion in clinical practice : Implicit and explicit integration. In E. P.
Shafranske (Ed.), Religion and the clinical practice of psychology (First Edit, pp. 365–
387). United States of America: American Psychological Association.
Thayne, T. R. (2008). Opening Space for Clients ’ Religious and Spiritual Values in Therapy :
A Social Constructionist Perspective. Journal of Family Social Work, 2(4), 13–23.
http://doi.org/10.1300/J039v02n04
Walsh, F. (2009). Spiritual Resources in Family Therapy (Second Edi). New York: The
Guilford Press.
Watson, W. H. (1997). Soul and System: The integrative possibilities of family therapy.
Journal of Psychology and Theology, 1(October), 123–135. Retrieved from
http://www.researchgate.net/publication/282734359\nSoul
Wolf, C. T., & Stevens, P. (2001). Integrating religion and spirituality into marriage and family
counseling. Counseling and Values.
Zakaria, M. (2014). Aplikasi Teori dalam Kaunseling. In N. M. Tajudin & N. Rohany (Eds.),
Profesionalisme Dalam Kaunseling dan cabaran masa kini di Malaysia (pp. 166 – 185).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sigalow E. , Shain M. & Bergey M.R. (2012). Religion and Decisions About Marriage,
Residence, Occupation, and Children. Journal for the Scientific Study of Religion
(2012) 51(2):304–323

View publication stats

You might also like