You are on page 1of 15

KUMPULAN :

123Awak Dimana
KURSUS :
LMCW XXXXXX
TAJUK :
INSTITUSI KEKELUARGAAN ASAS PENYUMBANG TAMADUN
PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. AMINUDIN BIN BASIR @ AHMAD

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK


1. Saya dan Dia 88888
2. Saya Di Sini 99999
3. Awak dan Saya 77777
4. Saya Di Sana 66666
5. Awak Di Sana 55555
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................1
2.0 OBJEKTIF...............................................................................................................................2
3.0 METODOLOGI.......................................................................................................................2
4.0 LITERATUR KAJIAN........................................................................................................3-6
5.0 PERBINCANGAN.............................................................................................................7-11
6.0 KESIMPULAN......................................................................................................................12
RUJUKAN.........................................................................................................................................13
1.0 PENGENALAN

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan


seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam
memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Di
dalam Islam tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki.
Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu
ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting. Sebagai suami peranan asas
ialah menyediakan keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja,
sebagai seorang ayah, beliau juga bertanggungjawab untuk memberi pendidikan akademik
yang penting untuk perkembangan minda dan pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani
dan fizikal. Bagi ibu pula tanggungjawab utamanya ialah memastikan kelancaran dalam
sistem rumah tangga yang disulami perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.
Mungkin perkara ini bagi setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah terlalu arif dan
tidak perlu untuk dibahaskan lagi.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan.
Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah
iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran,
kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut sarjana Islam pula, tamadun
bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang
fizikal dan sahsiah manusia. Keluarga dan masyarakat menjadi asas dan sumber pembinaan
Tamadun. Segala pencapaian dan kekuatan Tamadun (termasuk Tamadun Islam)bermula dari
keluarga dan masyarakat. Keluarga merupakan institusi asas yang menjana perkembangan
ilmu, budaya, undang-undang, adat resam, kepercayaan dan lain-lain, yang membentuk
sistem hidup individu, keluarga, negara dan bangsa yang dikenali sebagai Tamadun
Kemanusiaan.

1
2.0 OBJEKTIF

 Membentuk Individu, Keluarga dan Komuniti Yang Sejahtera Berlandaskan Ajaran


Islam Melalui Institusi Keluarga

 Memupuk Kesedaran Masyarakat Ke Arah Pembinaan Keluarga Sakinah

 Melahirkan Komuniti yang Peka dan Prihatin Terhadap Isu-Isu Sosial dan
Kekeluargaan

3.0 METODOLOGI
Metodologi kajian merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk merujuk satu cara
mendapatkan hasil kajian atau penganalisisan sesuatu bahan. Metodologi kajian ini penting
supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian Tujuan metodologi
adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas dan terperinci lagi.

Bagi mendapatkan data atau hasil kajian dalam penulisan ini, kaedah kajian yang digunakan
ialah kaedah kepustakaan . Dalam kaedah kepustakaan, Bahan-bahan pepustakaan telah
digunakan untuk rujukan dalam kajian ini. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk
mendapatkan maklumat ialah perpustakaan Tun Sri Lanang , Universiti Kebangsaan
Malaysia. Antara bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan dan
jurnal- jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini.

Selain kaedah perpustakaan, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah melayari
internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang masalah kajian. Sebagai
contoh, penyelidik boleh mendapatkan maklumat berkaitan definisi institusi kekeluargaan
secara mendalam, faktor penyumbang institusi keluarga bertamadun dan kesannya.
Seterusnya,, penyelidik juga boleh mendapat bahan rujukan jurnal yang telah dimuatnaikkan
oleh penyelidik lain. Oleh itu, penyelidik akan lebih memahami masalah-masalah kajian yang
akan dibincang lalu dapat menganalisasikan hasil kajian dengan sistematik berdasarkan
maklumat yang lebih tepat dan mendalam.

2
4.0 LITERATUR KAJIAN

Dalam membentuk keluarga bahagia, setiap ahli keluarga harus memainkan peranan
masing-masing agar kualiti keluarga sakinah terjamin dan dapat dicontohi masyarakat
sejagat. Islam telah menyenaraikan pelbagai cara dan panduan yang harus diikuti oleh
manusia sejagat kerana agama menjadi tunjang utama dalam membentuk cara dan amalan
sehinggalah cara hidup manusia. Perkara ini dapat disokong oleh Mashitah (2011), “Agama
sememangnya telah banyak memberikan sumbangan kepada kehidupan dan ketamadunan
manusia. Salah satu daripada sumbangan agama kepada kehidupan dan ketamadunan
manusia ini adalah melalui peranannya yang membentuk pandangan alam (weltanschauung)
manusia, mengawal segala kelakuan dan tingkah laku manusia, serta menyediakan sistem
kerohanian yang berupaya menjawab pelbagai persoalan besar (ultimate questions) yang
bersifat ontologikal dan metafizik yang sentiasa menggusarkan diri manusia sekiranya tidak
difahami dengan baik.” Keluarga sakinah perlu dibentuk agar diredai dan diberkati Allah
S.W.T. Oleh itu, ketua keluarga harus memahami peranan sendiri dan setiap ahli keluarga
dalam menentukan halatuju sesebuah keluarga itu. Hal ini juga kerana dalam membentuk
ketamadunan Islam yang berkualiti adalah bermula dari institusi yang paling kecil iaitu
keluarga seperti yang disokong oleh Salmawaty dan Hilal, 2017, “Institusi keluarga
merupakan komponen penting dalam pembentukan generasi. Institusi keluarga merupakan
unit terkecil dari masyarakat dan merupakan kelompok primer yang memainkan peranan
paling penting dalam membentuk karakter individu.”

Berdasarkan Ratna Roshida, 2007, “Di dalam Islam tanggungjawab kepimpinan


keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki. Walau bagaimanapun dalam memastikan
kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan
peranan yang sama penting.” Apabila asasnya sudah kukuh, adalah tidak sukar untuk
dipraktikkan pada fasa seterusnya. Sebagai contoh, jika seorang anak itu dididik untuk
menjadi khalifah yang diterapkan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah sejak kecil maka,
mereka akan mengamalkan segala didikan dan menjadikan Tamadun Islam diteruskan ke
generasi yang seterusnya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini juga
dipersetujui oleh Siti Masliah (2016), “… ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai Islam
dan didikan agama kepada anak-anak sejak daripada kecil lagi. Sebagai ibu bapa, seharusnya

3
mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa
berada dalam keredhaan Allah SWT.”

Antara peranan keluarga yang disarankan berdasarkan Buku Tamadun Islam dan
Tamadun Asia karya Nasiruddin, Syaidatun dan Mohamad Sabri (2017) ialah Memberi
perlindungan dan mewujudkan keluarga bahagia, menerapkan pendidikan jasmani dan
rohani, meningkatkan ilmu agama dan kemahiran keibubapaan, dan menyediakan makanan
yang halal dan bersih. Perkara-perkara tersebut amat penting dan mesti dititikberatkan untuk
membentuk keluarga asas tamadun Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Hal ini
berdasarkan kajian Zakaria (2012), “Dalam konteks pendidikan Islam, pendidikan hendaklah
berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang didasari oleh tauhid dan keesaan Allah SWT.
Kegagalan untuk meletakkan al-Quran dan al-Sunnah dalam pendidikan Islam akan
menyebabkan kegagalan dalam membentuk sahsiah muslim yang komited terhadap tuntutan
agama.” Dengan itu, segala peranan yang dimainkan oleh semua ahli keluarga mesti
berteraskan syariah Islam.

4.1 Memberi perlindungan dan mewujudkan keluarga bahagia.

Dalam mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia, ketua keluarga harus memenuhi
segala aspek termasuklah perlindungan dan kesejahteraan keluarga. Teori Hieraki Keperluan
Maslow dapat diikuti untuk memastikan kesemua keperluan keluarga dipenuhi dan dapat
membentuk kelestarian keluarga. Suami perlu memimpin keluarga kearah kebahagiaan dan
keberkatan Tuhan agar kualiti sesebuah institusi keluarga dapat ditingkatkan mengikut
peredaran zaman dan tamadun. Seorang ayah tidak hanya perlu memberi perlindungan,
nafkah, dan pendidikan malah, kasih sayang dan komunikasi yang baik juga amat penting
dalm membentuk keluarga bahagia. Menurut Nursyamsi dan Novia Yanti (2019) “Setiap
Ayah pasti memiliki naluri untuk melindungi anaknya sejak lahir. Tapi fungsi Ayah sebagai
pelindung bukan hanya itu. Justru, yang terpenting adalah mengajarkan anak-anak untuk
melindungi dirinya sendiri karena orangtua tak mungkin bersama mereka setiap waktu.
Sebagai pelindung, Ayah berusaha mengenali dunia anak, mengetahui apa kesukaannya, apa
yang dibencinya, teman-teman dekatnya, dan dunia yang ditekuni anak. Semakin Ayah
mengetahui dunia anak, semakin mudah menjalin komunikasi dan koneksi dengan mereka.”

4
4.2 Menerapkan pendidikan jasmani dan rohani.

Setiap ahli keluarga harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental demi mengharungi
dugaan dan cabaran yang mendatang. Oleh itu, pendidikan jasmani dan rohani perlu
diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Pendidikan jasmani yang dapat diterapkan
adalah seperti amalan gaya hidup sihat, ilmu cara hidup dan ujian kecekapan minda.
Pendidikan rohani adalah ilmu keagamaan yang dapat mengutuhkan sesebuah institusi
keluarga. Menurut Mashitah Sulaiman (2011), “…agama juga mempunyai peranannya yang
tersendiri dalam memberikan pengaruh kepada sikap mental dan gerak-geri seseorang dalam
kehidupannya sehari-hari. Manusia dalam hal ini mengambil agama sebagai rujukannya,
motivasi dan pembimbing dalam setiap keputusan kehidupannya sama ada pada peringkat
individu atau personal, kekeluargaan, masyarakat dan antarabangsa.” Hal ini kerana menurut
Siti Masliah yang memetik kajian Asmawati Baharuddin (1996), “Pendidikan anak yang
tidak seimbang daripada segi rohani dan jasmani di mana ibu bapa pada masa kini lebih
memberi perhatian kepada aspek intelektual, fizikal, kemahiran dan pengalaman.” Maka, ibu
bapa mesti menyeimbangkan hal pendidikan di dalam rumah kepada anak-anak. Contohnya,
solat merupakan tiang agama Islam dan juga tunjang utama dalam membentuk keluarga
sakinah.

4.3 Meningkatkan ilmu agama dan kemahiran keibubapaan.

Ilmu dapat diibaratkan seperti butiran pasir yang berada di lautan. Ilmu dapat dipelajari
dari setiap langkah kehidupan kita jika kita menumpukan perhatian terhadap apa yang kita
lakukan. Ilmu agama penting kerana ia merupakan panduan utama kita dalam membentuk
keluarga bahagia. Keluarga yang mempunyai pegangan terhadap agama yang kuat dapat
menunjukkan kegemilangan sesuatu tamadun. Kemahiran keibubapaan penting kerana ia
akan menetukan sikap, tingkah laku dan peradapan anak itu sendiri. Hal ini kerana tanpa ilmu
dan kemahiran yang cukup dapat memberi kesan yang negatif kepada anak-anak dan boleh
menyebabkan mereka terlibat dengan gejala tidak sihat. Hal ini dapat dibuktikan oleh
Mashitah Sulaiman (2011), “Apa yang menyedihkan belia kini jahil mengenai kewajipan
terhadap agama kerana tidak mempunyai pengetahuan dan pengamalan agama yang
sempurna. Masalah ini disebabkan ibu-bapa mereka juga tidak melaksanakan suruhan agama
di rumah, jahil al-Quran dan tidak memandang serius hal-hal berkenaan agama. Malah yang

5
lebih kritikal ialah ada antara mereka yang mempunyai pengetahuan agama tetapi tidak
mengamalkannya. Kesannya adalah anak-anak mereka mengambil sikap sambil lewa
terhadap agama. Dari pandangan Islam, sebenarnya keruntuhan akhlak luaran berpunca
daripada akhlak dalaman yang tiada langsung hubungan dengan Allah s.w.t. Apa yang perlu
diketahui bahawa akhlak yang mulia sebenarnya berpunca daripada kesucian rohani
seseorang itu terhadap Allah s.w.t.” Oleh itu, sebelum membentuk keluarga, ilmu
keibubapaan perlu ada dalam diri ibu bapa agar keluarga sakinah dapat dicapai.

4.4 Penyediaan makanan yang bersih dan halal.

Pemakanan harus dijaga kerana ia yang akan membentuk sikap kita kerana apa yang kita
makan akan menjadi darah daging kita. Oleh itu, makanan yang bersih sahaja tidak
mencukupi, ianya juga perlu halal. Sumber untuk mendapatkan makanan tersebut juga perlu
dari sumber yang halal dan dipatuhi oleh syarak agar ianya tidak menjadi syubahah. Menurut
Zulkifli Dahalan (2006), “Umat Islam diminta mempastikan segala tindakan mereka jauh
daripada perkara-perkara yang diharamkan dan yang menimbulkan syubhat. Makanan yang
halal dan baik akan mempengaruhi pemakannya untuk berbuat kebaikan. Untuk membentuk
anak-anak yang baik, pemakanan perlu diberi perhatian. Dalam kehidupan berkeluarga, sudah
tentulah ibubapa merupakan golongan penting bagi mempastikan kedudukan halal
pemakanan ini dilaksanakan.” Beliau juga menambah “Anak-anak yang baik dan taat
berpunca daripada rezeki yang halal. Umat Islam diminta mencari rezeki yang halal dan
mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara haram (maksiat). Sumber
pendapatan hendaklah diusahakan daripada sumber yang halal.” Jika kualiti makanan dijaga,
tidak disangkal bahawa peradapan dan tamadun masa depan akan menjadi sejarah yang
gemilang.

6
5.0 PERBINCANGAN

Secara umumnya kajian ini membincangkan sejauhmana kesan penglibatan ibu


bapa dalam kalangan keluarga membantu proses didikan anak-anak remaja di rumah dan
sejauhmana penglibatan ibu bapa memberi impak kepada diri anak-anak. Daripada
keputusan yang perbincangan ini, satu rumusan umum yang boleh dibuat ialah, untuk
menghasilkan anak-anak yang mempunyai pencapaian yang tinggi, ibu bapa haruslah
membina perbincangan, penjagaan dan komunikasi dengan anak-anak mereka di rumah.
Dapatan ini juga menggambarkan bahawa peranan yang dilakukan diantara anak dan ibu
bapa masih perlu dipertingkatkan secara sungguh- sungguh. Secara terperinci ibu-bapa
kurang membincangkan pelajaran di kelas, menceritakan maklumat dari bahan bacaan
yang telah dibaca, membincangkan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak dalam
kerja-kerja sekolah, membantu dalam kerja-kerja sekolah , kurang bersedia untuk
mendengar penulisan anak dan kurang berbincang tentang program televisyen yang di
tonton bersama.Oleh itu,peranan ibu bapa penting dalam memastikan anak-anak berasa
selamat dan selesa,penerapan pendidikan agama dan moral,dan makanan yang
berkhasiat adalah penting dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni.

Perbincangan mengenai pemberian perlindungan dan mewujudkan keluarga


bahagia menggambarkan bahawa ibu bapa yang merupakan ketua keluarga yang akan
membawa ahli keluarganya ke arah kehidupan yang bahagia dan semmpurna. Nabi
Muhammad s.a.w pernah besabda bahawa anak-anak merupakan kain putih ibu, bapa
yang memainkan peranan untuk mencorakkan kehidupan anak-anak sama ada menjadi
Yahudi, Nasrani atau Majusi. Didikan dan asuhan ibu bapa penting supaya anak-anak
menjadi golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan barbar yang
menjadi agen perosak terhadap pembangunan negara. Dalam hal ini, ibu bapa yang
merupakan tulang belakang keluarga dapat mewujudkan keharmonian dalam rumah
tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga, mengadakan hari keluarga,
melancong dan sebagainya. Apabila wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-
anak akan berasa lebih selamat dan selesa untuk berada di rumah daripada membazirkan
masa dengan berpeleseran di luar rumah. Ibu bapa harus mentarbiah anak-anak mereka
dengan menyemai nilai-nilai murni dan budaya ketimuran dalam sanubari anak-anak

7
sejak berumur setahun jagung lagi bak kata pepatah bagai ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Ibu bapa harus meluaskan harizon pemikiran mereka dengan bersikap lebih
terbuka. Mereka harus menerima pandangan anak-anak serta sentiasa berbincang dengan
mereka supaya anak-anak akan berasa lebih selesa meluahkan perasaan kepada ibu bapa.
Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka menelusuri jalan kehidupan yang
betul dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagai ‘menatang
minyak yang penuh’. Ibu bapa juga seyogiannya memberi hadiah dan galakan atas
kejayaan anak-anak.

Selain itu,perbincangan ini juga menggambarkan kesan penerapan pendidikan


jasmani dan rohani dalam diri anak-anak.Dalam nada yang sama, pemberian didikan
agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan
oleh pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang
tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang
bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan
efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan
persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri dan ahli keluarga yang lain.
Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-
berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita
perlu memberikan didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan
moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua
mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik. Benarlah kata orang tua-tua, yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga
oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat
dilahirkan. Oleh itu, keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan
jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan
kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban
dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga
harmoni dan bahagia ini. Komitmen jitu daripada semua pihak ini sudah pasti dapat
merealisasikan impian negaran untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang

8
dan terbilang dapat digapai dengan mudah. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah
matahari terus bersinar dan biarlah keluarga bahagia di negara kita dapat menyinari
kemajuan dan kemakmuran negara sehingga diteladani oleh mancanegara. Keluarga
Asas Pembentukan Masyarakat. Maju keluarga, majulah masyarakat. Pincang keluarga,
musnahlah masyarakat.

Seterusnya, perbincangan ini juga menggambarkan bahawa ibu bapa juga


seharusnya perlu meningkatkan ilmu agama dan kemahiran keibubapaan dalam
memberikan didikan moral dan agama dalam kehidupan seharian anak- anak sejak dari
kecil lagi. Di samping itu, remaja juga sering didedahkan tentang penerapan nilai-nilai
mulia melalui media massa. Merujuk kepada perkara di atas, remaja telah diterapkan
nilai-nilai mulia melalui pelbagai saluran seperti mana yang diperkatakan. Walau
bagaimanapun, kurangnya tahap Pendidikan serta kesedaran tentang kepentingan
pendidikan sivik telah mengakibatkan berlakunya peningkatan gejala keruntuhan akhlak,
kemerosotan disiplin dan nilai sosial semakin berleluasa pada akhir tahun 1990-an
sehinggalah ke hari ini. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan
bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin
mencuba pelbagai perkara dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-
olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh
sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Remaja
yang terkandas dalam pelajaran mempunyai masa lapang yang banyak. Oleh itu, mereka
bergaul dengan rakan-rakan yang juga tidak bersekolah, dan bermula dari situlah mereka
berkenalan dengan dadah, pil ecstasy, pusat-pusat hiburan dan lumba haram serta
berjudi. Kegiatan tersebut memerlukan wang yang akan mendorong mereka melakukan
kegiatan haram seperti mencuri samun, merompak dan menculik.Hal ini kerana, Agama
merupakan medium pendidikan yang perlu diterapkan kedalam jiwa setiap penganutnya
dari peringkat kanak- kanak lagi. Semua agama mengajar kepada kepada kebaikan dan
tatasusila serta nilai-nilai mulia yang harus diamalkan pengikutnya tidak kira Islam,
Kristian, Budhha, Hindu mahupun agama-agama lain yang terdapat di dunia. Kurang
didikan agama merupakan antara punca kemerosotan nilai-nilai mulia kerana kurang
pemahaman tentang nilai-nilai itu sendiri. Ibu bapa berperanan memberikan didikan
agama yang secukupnya kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai

9
mulia selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting dalam memastikan
kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ibu bapalah yang bertindak sebagai agen
pencorak utama karektor anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-
anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh
untuk melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif.

Akhir sekali,perbincangan ini juga menggambarkan bahawa penyediaan makanan


yang bersih dan halal membekalkan nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat
dihasilkan oleh tubuh boleh didapati daripada bahan makanan seperti sumber haiwan
dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh dari segi fizikal,
fisiologi dan kimia. Nutrien yang seimbang dan berkualiti akan membantu
perkembangan baik fizikal manusia dari segi pertumbuhan, pergerakan, pemikiran dan
pembiakan. Nutrien juga dapat membantu fungsi tubuh manusia dari segi fisiologi dan
kimia seperti penggunaan cecair, pembekuan darah, keaktifan enzim, pengawalan suhu
tubuh, pengeluaran tenaga dan sintesis proses tubuh . Seorang kanak-kanak yang
sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan lebih cergas, dapat memberi
tumpuan dengan baik dan mendapat lebih manfaat dari segi pengalaman pembelajaran
dan aktiviti fizikal. Sebaliknya, jika makanan tidak berzat yang diberi, akan menjadikan
kanak-kanak tersebut pendiam dan sentiasa menarik diri atau menjadi terlalu aktif
sehingga tidak dapat dikawal dan mudah dijangkiti penyakit . Dari sudut
mentalnya,makanan dan amalan pengambilan diet seimbang memberi impak besar
terhadap perkembangan kesihatan mental manusia. Kajian Mohd Azlan Abdullah &
Noraziah Ali (2011) mendapati terdapat hubungan di antara kecemerlangan pelajar
dengan kualiti makanan, amalan pengambilan diet seimbang serta jadual jadual
pemakanan yang kosisten. Pengabaian pelajar terhadap waktu makan disebabkab
bebanan jadual aktiviti akademik atau kokurikulum yang ketat, serta kekangan
kewangan memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan
aktiviti pembelajaran mereka. Selain itu, makanan yang halal lagi baik serta amalan
pemakanan yang seimbang dan sihat boleh mententeramkan fikiran. Ini kerana, emosi
individu sering berubah daripada emosi yang stabil kepada yang tidak stabil disebabkan
kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu
yang mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi

10
ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika. Otak yang sihat terletak pada badan
yang sihat. Apabila jasmani sihat, maka akan lahir juga otak yang sihat. Dalam
pembentukan generasi yang cemerlang, unsur pemakanan perlu diambil kira kerana ia
akan menentukan kesihatan jasmani dan akhirya akan diterjermahkan melalui otak yang
sihat. Melihat kepada sejarah Islam, telah lahir ramai tokoh ilmuan dan cendikiawan
Islam yang hebat yang berjaya menguasai pelbagai bidang. Mereka bermula dengan
contoh teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW termasuklah dalam menjaga hal
ehwal pemakanan yang menjadi asas penting dalam pembentukan kesihatan jasmani dan
rohani yang akhirnya akan menterjermahkan kecemerlangan sesebuah masyarakat atau
tamadun. Rumusannya, amalan makanan dan pemakanan yang sihat dan seimbang boleh
membina pemikiran cerdas yang membantu peningkatan dalam proses pembelajaran dan
aktiviti lain dengan berkesan dan berkualiti.

Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan ilmu, komunikasi dan penjagaan memberi
impak positif terhadap pencapaian sahsiah diri dan akhlak anak-anak. Walaupun remaja
dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa,
namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa dengan anak dianggap penting dalam proses
perkembangan remaja. Mereka memerlukan sokongan daripada ibu bapa supaya menjadi
lebih berdikari dan cekal. Corak didikan ibu bapa adalah aspek utama yang memberi kesan
mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. Secara tidak
langsung ia membentuk personaliti seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu melengkapkan diri
dalam bidang keibubapaan untuk membentuk diri dan jiwa anakanak ke arah kebaikan
kerana tingkah laku ibu bapa akan dapat mempengaruhi jiwa anak anak tersebut.

11
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap tamadun yang pernah wujud sejak zaman dahulu lagi adalah
bermula pada peringkat paling asas iaitu keluarga. Autoriti tertinggi dalam sebuah
keluarga ialah ayah sebagai ketua keluarga dan seterusnya kepada isteri sebagai
pembantu. Anak-anak pula ialah digambarkan sebagai pengikut yang mematuhi arahan
autoriti di atasnya. Dengan ini, bermulalah perkembangan sesuatu tamadun itu daripada
sebuah keluarga yang kecil kepada satu masyarakat yang besar.

Kepercayaan yang dibawa sejak peringkat keluarga akan menjadi pegangan


generasi-generasi yang kemudiannya. Oleh itu, agama juga menjadi tunjang utama dalam
sesebuah tamadun. Jika tiada kepercayaan maka terpesonglah sesebuah tamadun itu dari
jalan kepercayaan yang sebenar-benarnya. Pegangan yang dibawa itu ialah sebagai
petunjuk untuk menjalani kehidupan yang baik dan mempengaruhi cara hidup
masyarakatnya yang terdahulu hinggalah sekarang.

Seperti yang kita sedia maklum, zaman yang semakin moden dan mencapai banyak
kemajuan ini telah menimbulkan cabaran-cabaran baru dalam menerapkan generasi muda
dengan adat resam yang dibawa nenek moyang mereka. Generasi muda juga mempunyai
pemikiran dan pengetahuan yang lebih kehadapan daripada generasi sebelumnya. Maka,
cabaran ini perlu ditentang oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka dengan cara mendidik
anak-anak dengan nilai murni dan pegangan yang diturunkan kepada mereka. Hal ini
supaya mereka pula yang menjadi pelindung dan lebih mencurahkan usaha mereka untuk
melindungi tamadun yang telah terbina dari zaman dulu ini daripada musnah.

12
RUJUKAN

1. Ratna Roshida Abd. Razak & Nik Haslinda Nik Hussain,USM, 2007, Peranan Institusi
Keluarga dalam Penjanaan Bangsa Bertamadun, Jurnal Kemanusiaan bil.9, Jun 2007.

2. Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin, 2102, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Pendidikan Menurut al-Quran dan Sunnah serta Peranannya
dalam Memperkasakan Tamadun Ummah, (Education According to al-Quran and Sunnah
and Its Role in Strengthening the Civilization of Ummah), Jurnal Hadhari Special Edition
(2012) 7-22.

3. Mashitah Sulaiman, Marina Munira Abdul Mutalib, Roslizawati Mohd Ramly, Wan Mohd
Fazrul Azdi Wan Razali, 2011, Department of Islamic History and Civilization, Academy of
Islamic Studies, University of Malaya, Agama Sebagai Faktor Pelestarian Pembangunan
Mapan: Nilaiannya Dari Perspektif Kehidupan Belia Masa Kini.

4. Siti Masliah Mohd Nuri, Jawiah Dakir, 2016, UKM, Akal Budi Belia Melayu Islam:
Peranan dan Pengaruh Ibu Bapa, Vol. 11, No 11.

5. Salmawaty RG & Hilal Mahmud , 2017, Program Studi Manajemen Pendidikan Islam,
Membentuk Karakter Generasi Muda Melalui Institusi Keluarga di Era Digital. Vol.2, No.2
Oktober 2017, Hal 127 - 142.

6. Yusuf al-Qardhawi, (1999). Tamadun Islam: Alternatif masa Depan, Ustaz Haji Juanda
Haji Jaya (penterjemah), Selangor: Maktabah al-Qardhawi.

7. Mohamed Anwar Omar Din, (ed.)(2004). Dinamika Bangsa Melayu, Menongkah Arus
Globalisasi (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Nursyamsi, Novia Yanti, 2019, Peranan Ayah dalam Pendidikan Anak, Mau’izhah Vol. IX
No. 2 Jul- Des 2019.

9. Zulkifli Dahalan, 2008, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi
MARA Pulau Pinang, Malaysia, Kecenderungan Umat Islam terhadap Konsep Pemakanan
HalaL : Kajian di UiTM Pulau Pinang, ECER Regional Conference 2008, UiTM Kelantan.

13

You might also like