You are on page 1of 21

CTU554 - VALUES AND CIVILIZATION

ULASAN ARTIKEL:
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP RUKUN NEGARA MELALUI
PENGAJARAN SUBJEK HUBUNGAN ETNIK: KAJIAN KES DI UNIVERSITI MALAYSIA
PERLIS

DISEDIAKAN OLEH:
FARAHAN MIRHANI BINTI ISHAK

NO. PELAJAR:
2020976785

KUMPULAN:
D2CS2414C

DISEMAK OLEH:
USTAZ MOHD ZUHAIRI BIN SAFUAN
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN..................................................................................................................... 3

2.0 RINGKASAN ARTIKEL.......................................................................................................4

3.0 ULASAN KRITIS..................................................................................................................6

3.1 ISU UTAMA YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS......................................................6

3.2 ADAKAH ISU ITU MENARIK?............................................................................................7

3.3 ADAKAH ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS RELEVAN BAGI ANDA
SEBAGAI SEORANG PENYELIDIK?.................................................................................8

3.4 PERSETUJUAN TENTANG KANDUNGAN ARTIKEL......................................................11

3.5 ADAKAH ARTIKEL INI DAPAT MENGUBAH ATAU MEMBERI KESAN TERHADAP
PEMIKIRAN ANDA?.......................................................................................................... 12

4.0 KESIMPULAN.................................................................................................................... 15

4.1 PENEMUAN BARU YANG DIPEROLEH DARIPADA ARTIKEL.......................................16

4.2 BAGAIMANA ANDA AKAN MENGGUNAKAN ILMU PENGETAHUAN INI DALAM


KAJIAN YANG AKAN ANDA LAKUKAN PADA MASA AKAN DATANG?......................17

4.3 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KUALITI KAJIAN INI...............................18

5.0 SUMBER RUJUKAN......................................................................................................... 20

2
1.0 PENDAHULUAN

“Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek


Hubungan Etnik: Kajian kes di Universiti Malaysia Perlis” merupakan satu hasil kajian
bersama oleh Siti Norayu Mohd Basir, Junainor Hassan, Shuhairimi Abdullah dan
Hassad Hassan. Artikel ini diterbitkan padan tahun 2013 di “UniMAP Library Digital
Repository”.

Di dalam artikel tersebut telah menunjukkan hasil kajian untuk menganalisa


persepsi pelajar mengenai kefahaman mereka terhadap konsep rukun negara dan
impak subjek Hubungan Etnik dalam usaha mengasah lagi pemahaman konsep
Rukun Negara daripada subjek tersebut. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh,
seramai 200 orang pelajar teknikal terlibat dalam kajian ini. Sampel responden
adalah terdiri daripada sebahagian pelajar berlatarbelakangkan kepelbagaian
program peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Hasil kajian mendapati 179 orang pelajar memilih antara skala sangat
bersetuju dan bersetuju bahawa masyarakat boleh hidup bersatu padu sekiranya
mereka mempelajari dan menghayati konsep Rukun Negara dan terdapat seramai
94 orang pelajar memilih antara skala setuju dengan sangat bersetuju bahawa
kefahaman konsep Rukun Negara adalah merupakan piagam lengkap bagi
seseorang rakyat Malaysia.

Akhir sekali, selain subjek Hubungan Etnik, subjek Falsafah dan Isu Semasa
juga merupakan antara subjek penting dalam memberi kesedaran dan kefahaman
konsep Rukun Negara dalam pembentukan masyarakat majmuk yang harmoni dan
bertolenrasi di antara kaum lain dengan yang lain pada zaman kini.
2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan menganalisa persepsi pelajar


mengenai kefahaman konsep Rukun Negara dalam subjek hubungan etnik. Tujuan
pertama adalah untuk menganalisa dan mengenalpasti tahap kesedaran dan
kefahaman pelajar terhadap kepentingan Rukun Negara. Yang keduanya pula
adalah untuk mengetahui bagaimana hubungan etnik memberi impak dalam usaha
menyuburkan lagi kesedaran dan pemahaman dalam konsep penghayatan Rukun
Negara. Pemahaman konsep Rukun Negara adalah sangat diperlukan dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia kerana ia merupakan falsafah Negara dan
piagam lengkap bagi rakyat Malaysia.

Keharmonian, perpaduan dan integrasi merupakan elemen penting dalam


usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa. Namun demikian,
keharmonian yang dinikmati pada hari ini menuntut pengorbanan besar rakyat
Malaysia dalam melalui sejarah Negara yang pahit. Lantaran peristiwa pahit yang
terjadi pada 13 Mei 1969 yang telah meragut beribu nyawa telah memberi kesedaran
kepada masyarakat Malaysia untuk membentuk satu kefahaman nasionalisme bagi
memupuk jati diri dan semangat perpaduan antara kaum.

Perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia terlalu kritikal bagi


membentuk dan membina persepsi antara kaum dalam apa jua isu supaya dapat
mengelakkan sentimen negatif yang boleh membawa kepada perpecahan kaum
dalam masyarakat.Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang bertindak sebagai tiang
seri dan panduan masyarakat majmuk iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan
kepada raja dan negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan wajar untuk dijadikan formula mujarab bagi mengatasi
krisis perkauman yang berlaku di Negara ini.

Rukun Negara yang dirangka merupakan ideologi nasional Malaysia sebagai


panduan untuk menjayakan atau melaksanakan suatu program dan dasar-dasar
Negara. Rukun Negara digunakan sebagai alat bagi mengatasi garis pemisah antara
etnik, bangsa dan agama untuk membentuk dan membimbing rakyat Malaysia dalam
usaha untuk mewujudkan perpaduan. Rukun Negara dijadikan garis panduan
kepada segala anduan dan norma hidup berintegrasi dalam kalangan kaum di
Malaysia. Usaha kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi adalah sangat
penting bagi menyuburkan semula kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan
perpaduan dalam konteks Rukun Negara.

Perkara utama yang kerap disentuh dan dibincangkan dalam konsep Rukun
Negara ialah kesamarataan hak antara kaum. Hal ini adalah sangat penting dan
diperlukan kerana integrasi nasional perlu disemai dan dibentuk dalam kehidupan
harian individu agar sikap dan dan budaya perpaduan tidak goyah. Perpaduan kaum
di Malaysia adalah penting terutama padam zaman sekarang di mana terdapat
jurang perbezaan pendapat mengenai sistem demokrasi disebabkan peralihan dan
modifikasi budaya hasil daripada penularan budaya asing ke dalam Negara.

Pemahaman konsep Rukun Negara dan peranannya dalam membentuk


kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan sikap menghormati budaya agama
dan tatacara hidup yang berbeza boleh dipraktikkan pada peringkat awal.
Kesedaran kefahaman Rukun Negara di dalam pemikiran rakyat di Malaysia perlu
diasah pada setiap masa agar rakyat tidak mudah lupa dan alpa dalam prinsip
memegang teguh kepada Rukun Negara supaya keharmonian Negara dapat dijaga.
3.1 ULASAN KRITIS

Tugasan yang diberikan ini adalah bertujuan untuk menganalisa dan seterusnya
mengulas artikel yang telah dipilih yang bertajuk ‘Persepsi Pelajar Terhadap Konsep
Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek Hubungan Etnik: Kajian Kes di Universiti
Malaysia Perlis’. Melalui kertas kerja yang dilakukan ini, pendapat tentang isu-isu
utama yang dibangkitkan oleh penulis serta mengebolarasikan lagi dengan lebih
mendalam dan terperinci tentang kandungan- kandungan yang terdapat dalam artikel
tersebut akan dikemukakan.

3.2 ISU UTAMA YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS

Isu utama yang telah dibangkitkan oleh penulis ialah kepentingan kesedaran
dan kefahaman konsep Rukun Negara terutamanya dalam kalangan belia pada
masa kini. Kita dapat lihat bahawa golongan belia memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan negara Malaysia. Mereka merupakan golongan yang bakal
memimpin negara kita pada masa yang akan datang. Sudah terang lagi bersuluh,
kesedaran dan kefahaman konsep Rukun Negara yang mendalam dan utuh dalam
diri golongan belia amat penting dalam usaha untuk membangunkan dan
memajukan negara. Mantan Presiden Indonesia, Soekarno pernah berkata ‘Jika
diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang
tertangkup tetapi jika diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat
menggegarkan dunia.’ Melalui susunan kata yang puitis dan penuh dengan makna
ini menunjukkan bahawa generasi muda terutamanya golongan belia hendaklah
mengambil cakna akan konsep Rukun Negara dengan memahami dan
mengahayatinya dengan penuh tanggungjawab.

Disamping itu, penulis turut membangkitkan isu tentang bagaimana Pengajaran


Subjek Hubungan Etnik dapat memberikan impak dalam usaha menyuburkan lagi
kesedaran dan pemahaman konsep Rukun Negara dalam kalangan pelajar di Institut
Pengajian Tinggi. Kajian kes yang dilakukan di salah satu Institut Pengajian Tinggi
Awam iaitu di Universiti Malaysia Perlis merupakan salah satu cara yang efektif
dalam mengenalpasti pelajar yang masih tidak mempunyai kefahaman yang jelas
dan penghayatan yang mendalam tentang konsep Rukun Negara. Usaha kerajaan
melalui Kementerian Pengajian Tinggi dalam memastikan pelajar mempunyai asas
yang kukuh tentang konsep Rukun Negara ini adalah salah satu langkah yang
proaktif dalam usaha untuk membangunkan golongan belia dan generasi muda yang
dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa di negara yang tercinta,
Malaysia.

Akhir sekali, kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk juga


merupakan salah satu isu yang dibangkitkan oleh penulis, Siti Norayu Mohd Basir.
Kelima-lima prinsip Rukun Negara itu sendiri merupakan kunci utama yang
membawa kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia. Isu ini perlu diambil berat oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia supaya
perkara yang dapat membawa kepada perpecahan dan perbalahan antara kaum
dapat dielakkan. Oleh itu, nilai yang terdapat dalam Rukun Negara perlu difahami,
dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

3.3 ADAKAH ISU ITU MENARIK?

Kajian yang telah dibuat oleh penyelidik-penyelidik tersebut adalah amat


menarik untuk dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana penyelidik telah
menghuraikan setiap maklumat mengenai kajian tersebut secara terperinci, maka
konteks kajian di dalam artikel tersebut lebih mudah untuk dikaji dan tidak sulit untuk
difahami.

Setiap konsep dimulakan dengan definisi yang telah dijelaskan secara ringkas
dan diikuti dengan penerangan lebih mendalam serta disediakan contoh kesan
secara tepat. Isu Kesan Penghayatan Rukun Negara Terhadap Pembentukan
Bangsa Malaysia dapat difahami secara mudah dan ringkas. Isu tersebut juga telah
memberi kami ilmu pengetahuan yang baru dengan penjelasan daripada sumber-
sumber yang munasabah.
Selain itu, isu ini menarik kerana isu yang dibahaskan merupakan salah
satu isu semasa. Isu ini sedang aktif di bincangkan dari mulut ke mulut oleh
masyarakat negara kita kerana isu ini telah memberi kesan yang mendalam.
Kemusykilan yang berkaitan dengan Kesan Penghayatan Rukun Negara Terhadap
Pembentukan Bangsa Malaysia telah menjadi satu ancaman sejak dahulu lagi.
Rakyat Malaysia sering kali berhadapan dengan isu yang cuba untuk merosakkan
keharmonian dan perpaduan masyarakat dengan kemunculan isu rasis di kalangan
kita.

Menurut (Ishak Sairozi, 2018), pengabaian konsep Rukun Negara


menimbulkan impak negatif, khasnya dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia.
Pelbagai watak negatif dan kerosakan moral telah berlaku kerana kita tidak
berpegang teguh kepada konsep kefahaman Rukun Negara yang dicipta khas untuk
rakyat Malaysia. Pada awal kemasukan tahun 2018, beberapa ketidakharmonian
telah berlaku dalam kalangan masyarakat. Dari isu sekecil membuang sampah
hingga tidak menghormati institusi beraja. Kita sedang mengalami krisis akibat tidak
memahami Rukun Negara dalam kehidupan rakyat majmuk.

3.4 ADAKAH ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PENULIS RELEVAN BAGI


ANDA SEBAGAI SEORANG PENYELIDIK?

Sebagai seorang penyelidik, saya berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan


oleh penulis adalah relevan dengan kehidupan. Hal ini kerana isu yang dibangkitkan
adalah isu yang kerap kali dibahaskan dan seterusnya tanpa kita sedari isu tersebut
memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah negara yang aman dan
harmoni tanpa berlakunya sebarang persilisihan faham antara kaum. Hal ini
demikian kerana, Malaysia merupakan sebuah negara unik yang dipenuhi oleh
penduduk yang berbilang bangsa dan kaum.

Kajian yang dilakukan oleh Siti Norayu Mohd Basir yang bertajuk Persepsi
Terhadap Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek Hubungan Etnik: Kajian
kes di Universiti Malaysia Perlis, membuktikan bahawa kefahaman asas tentang
konsep Rukun Negara amat penting dalam membentuk bangsa yang bersatu. Rukun
Negara diajar dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat dari bangku
sekolah sehingga ke dewasa. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, ramai rakyat
Malaysia dari pelbagai jenis latar belakang tidak memandang serius akan Rukun
Negara. Rukun Negara merupakan tonggak perpaduan kaum dengan tujuan, setiap
rakyat negara ini menyedari, menerima dan memahami hakikat bahawa
kepelbagaian budaya, agama, serta budaya di negara adalah satu rahmat yang perlu
dimanfaat bersama (Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, 2020).

Pergelutan dan pertumpahan darah akan berlaku sekiranya rakyat Malaysia


terus alpa dan tidak mengambil cakna dengan Rukun Negara. Jika dikenang kembali
peristiwa 13 Mei 1969 yang amat menyayat hati, pastinya ramai diantara kita tidak
mahu kejadian itu berlaku kembali. Rukun Negara mula diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong IV ( Jabatan
Penerangan Malaysia, 2017). Melalui pembentukan Rukun Negara yang bertujuan
untuk membentuk perpaduan yang kukuh, semestinya merupakan tunjang utama
kepada perpaduan kaum yang berbilang bangsa dan seterusnya keharmonian
negara.

Menurut hasil kajian oleh Siti Norayu Mohd Basir sendiri menyatakan bahawa
perpaduan dalam masyarakat majmuk khususnya di Malaysia amat kritikal dalam
membina dan membentuk persepsi positif antara kaum dalam apa jua isu supaya
tidak berlakunya salah faham dan seterusnya mengundang sentimen negatif yang
boleh menyebabkan perbalahan antara kaum dan menggugat perpaduan nasional.
Insiden yang menyentuh sensitiviti antara kaum yang boleh menggugat dan
menjejaskan keharmonian negara hendaklah dielak dan ditepis daripada berlaku.
Perbalahan antara kaum semestinya sesuatu perkara yang merugikan masa dan
tidak membawa apa-apa faedah pada semua pihak.

Dalam menyingkap tabir alaf baru dan menongkah arus globalisasi ini,
seringkali terpampang di dada akhbar dan terpapar di skrin digital tentang isu
perbalahan antara kaum. Isu yang dilakukan dan dikaji oleh penulis ini semestinya
tidak asing lagi bagi kita. Oleh itu, 5 prinsip Rukun Negara haruslah digunakan dan
dijadikan asas untuk memastikan perpaduan antara kaum dicapai dan seterusnya
dapat mencerminkan realiti Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Rakyat Malaysia hendaklah berganding bahu dan bersepakat untuk menghidupkan
kembali semangat Rukun Negara, bak kata pepatah Melayu, ‘Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.’

Penulis, Siti Norayu Mohd Basir juga ada menyuarakan bahawa usaha kerajaan
melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyuburkan semula kesedaran dan
pemahaman terhadap kepentingan integrasi dan perpaduan antara masyarakat
majmuk di Malaysia merupakan salah satu insentif yang cemerlang. Hal ini kerana,
pendidikan Rukun Negara yang diterapkan sudah semestinya dapat memberi impak
yang besar kepada negara kita. Kefahaman yang diperoleh dapat dipraktikkan dan
dapat menyemarakkan perpaduan tidak mengira kaum. Hal ini terbukti menunjukkan
bahawa isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan dan pihak yang berkuasa
hendaklah menerapkan dan memperbanyakkan pembelajaran dan pendidikan
tentang Rukun Negara. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu yang berbunyi
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya.’

Sekolah dan institusi sama ada awam mahupun swasta memainkan peranan
yang penting dalam menyemai dan mendidik pemahaman dan penghayatan
terhadap para pelajar. Bagi membina asas yang kukuh, hendaklah dimulakan
diakarnya terlebih dahulu. Hal ini bertepatan dengan pendidikan Rukun Negara
hendaklah dimulakan sejak dari bangku persekolahan lagi dan haruslah
berterusan sehingga ke Institut Pengajian Tinggi supaya rakyat tidak mudah lupa
dan sentiasa berpegang dengan teguh akan prinsip-prinsip Rukun Negara. Jati diri
yang kukuh dan kuat pastinya dapat tersemat dalam diri rakyat Malaysia, khususnya
anak muda. Perpaduan antara kaum semestinya tidak lagi menjadi suatu masalah
untuk dicapai.

Konteks sebenar Rukun Negara seharusnya difahami dan dipraktikkan dalam


diri rakyat Malaysia dan seterusnya mendokong Perlembagaan Persekutuan bagi
mengelak perbalahan antara kaum (Mohd Aizat Shamsuddin, 2019). Rukun Negara
merupakan tunjang utama dalam pembentukan perpaduan. Oleh itu, setiap rakyat
negara ini hendaklah sedar, terima dan memahami hakikat bahawa kepelbagaian
kaum, agama serta budaya merupakan satu rahmat yang perlu kita manfaat
bersama. Mengabaikan Rukun Negara hendaklah dielakkan dan dijauhkan agar
tidak berlakunya perkara yang tidak diingini dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.5 PERSETUJUAN TENTANG KANDUNGAN ARTIKEL

Melihat kepada analisa dan kajian yang dijalankan di dalam artikel yang
dikarang Siti Norayu Mohd Basir, kandungan- kandungan yang terdapat didalam
artikel ini amatlah dipersetujui dimana kepentingan konteks Rukun Negara dalam
membentuk bangsa Malaysia dapat dikenal pasti. Kaedah kajian dijalankan dengan
cara memberi tinjauan kepada sebahagian pelajar untuk mengumpul sampel
responden berkaitan persepsi pelajar terhadap konsep Rukun Negara.

Dalam konteks Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan menjadi Rukun Negara


pertama, membuktikan penekanan terhadap unsur keimanan dan akidah walaupun
dalam konteks lain menjadi asas terpenting dalam pembinaan masyarakat berbilang
kaum dan kelangsungan Negara bangsa. Selagi elemen kepercayaan kepada Tuhan
dijaga, masyarakat dan Negara akan dapat mengekalkan keamanan sejagat kerana
haluan utama yang dipelihara dan kukuh menjadi landasan kepada amalan rakyat.

Selain itu, artikel ini juga membuktikan jikalau perpaduan tidak diterapkan
dalam diri masyarakat maka ia boleh membawa kepada sentimen negatif yang boleh
mengakibat kan berlakunya perpecahan kaum dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif bagi membendung hal-hal yang
melibatkan perbalahan antara kaum daripada berlaku. Artikel juga menjelaskan
bahawa pemimpin Negara telah memperkenal kan formula kesetiaan rakyat dalam
rukun Negara yang telah digubal sebagai falsafah, etika dan ideologi untuk
dibudayakan dan disemai dalam pemikiran masyarakat.

Cadangan memperkenalkan mata pelajaran Hubungan Etnik kepada golongan


pelajar sejurus memberi impak positif dalam menerapkan konsep Rukun Negara
dalam jati diri masyarakat muda. Inisiatif mewajibkan setiap IPTA dan IPTS dalam
mewajibkan pengajaran subjek Hubungan Etnik terhadap golongan belia sedikit
sebanyak dapat menerapkan kepentingan Rukun Negara sejurus mewujudkan
penyatuan kaum tanpa mengira darjat dan agama. Konsep yang dibincangkan dan
kerap disentuh adalah kesamarataan antara kaum. Terdapat banyak kekurangan
dalam konteks hak antara kaum yang perlu dititik beratkan agar isu ini tidak
diabaikan dan pupus di mata segelintir masyarakat kerana ia merupakan isu yang
wajar diberi perhatian dalam konteks konsep Rukun Negara.

Justeru itu, dapat dilihat bahawa langkah pemahaman dan kesedaran konsep
Rukun Negara yang membawa kepada aspek jati diri dalam seseorang individu
merupakan proses berterusan yang boleh diperolehi melalui pendidikan. Seramai
lebih daripada 179 orang responden dalam sebuah Institusi telah bersetuju bahawa
subjek Hubungan Etnik wajar diberi penekanan dan kepentingan kepada semua
IPTA dan IPTS di Malaysia kerana mereka percaya bahawa Rukun Negara mampu
mewujudkan masyarakat yang bersatu.

3.6 ADAKAH ARTIKEL INI DAPAT MENGUBAH ATAU MEMBERI KESAN


TERHADAP PEMIKIRAN ANDA?

Artikel ini dengan jayanya dapat mengubah dan dalam erti kata lain dapat
memberi kesan terhadap pemikiran. Hal ini kerana, melalui kajian artikel yang
diulaskan ini, dapat saya ketahui kepentingan Rukun Negara dengan lebih
mendalam. Kajian tersebut juga dilakukan khusus untuk para pelajar IPTA yang
mana sangat memberi impak kerana saya juga merupakan pelajar yang menuntut di
IPTA. Seperti mana yang kita semua ketahui, Rukun Negara amat penting untuk
dihayati oleh semua rakyat Malaysia tidak kira usia. Pemahaman yang kukuh
tentang Rukun Negara amat penting dalam memastikan negara kita sentiasa berada
dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera. Kelima-lima prinsip Rukun Negara
sendiri mempunyai makna yang tertentu yang semestinya dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Setelah menyelidiki artikel ini dengan lebih mendalam, penggunaan kaedah


kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik dan seterusnya
dianalisis dan diterangkan dengan terperinci akan hasil kajian terhadap para pelajar
sudah semestinya merupakan salah satu cara yang begitu efektif dalam
mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan para pelajar tentang pemahaman
dan penghayatan Rukun Negara. Melalui hal ini, pendidik dapat mengetahui para
pelajar yang kurang memahami akan konsep Rukun Negara ini. Hal ini dengan
secara jelas memberikan impak untuk memahami bahawa pentingnya kita sebagai
rakyat Malaysia untuk menguasai akan pemahaman dan penghayatan Rukun
Negara dalam memastikan masyarakat di negara kita sentiasa bersatu bak kata
pepatah Melayu ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’

Dalam meniti arus kemodenan ini, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang
memandang enteng dan tidak ambil peduli akan kepentingan Rukun Negara. Selain
itu, sepertimana yang kita maklum, Rukun Negara merupakan tonggak keamanan
dan kesejahteraan Malaysia. Hal ini jelas membuktikan bahawa setiap lapisan
masyarakat di Malaysia tidak kira muda atau tua seharusnya mengambil berat akan
isu tentang Rukun Negara ini. Tiada siapa dapat menidakkan pegangan hidup rakyat
yang berpaksikan lima prinsip Rukun Negara ini merupakan tunjang utama kepada
keamanan, kemajuan dan keamanan yang dikecapi Malaysia sehingga ke hari ini
(Azrul Hakimie, 2020).

Seterusnya, jika kita imbas kembali peristiwa 13 Mei 1969, yang menyayat
hati itu, sudah pasti kita tidak mahu ianya berulang kembali. Oleh hal yang demikian,
sebagai seorang rakyat Malaysia yang berwibawa, pemahaman dan penghayatan
Rukun Negara amat penting untuk difahami dan dihayati bagi memastikan rakyat
Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan bangsa ini dapat hidup tanpa sebarang
pergaduhan yang boleh mengundang kepada perkara yang tidak diingini untuk
berlaku. Mujtamak yang sentiasa berpegang erat kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara seharusnya berbangga kepada diri mereka sendiri kerana berjaya membawa
identiti dan peribadi rakyat Malaysia dengan begitu baik. Insan yang mengamalkan
prinsip Rukun Negara ini seharusnya kita jadikan contoh dalam memastikan rakyat
Malaysia yang lain juga dapat mengaplikasikan konsep Rukun Negara ini dalam
kehidupan seharian mereka.
Kesimpulannya, kepentingan konsep Rukun Negara untuk difahami oleh
setiap lapisan masyarakat amat penting dan perlu diterapkan di dalam diri masing-
masing. Rakyat seharusnya menjadikan Rukun Negara itu sebagai satu panduan
dan bukannya sekadar untuk dihafal dan disebut di bibir sahaja tanpa mengetahui
makna dan penjelasan tentang Rukun Negara dengan lebih teliti dan mendalam. Kita
sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara hendaklah memupuk dan menjiwai
diri kita dengan menghayati prinsip dan falsafah Rukun Negara dalam memastikan
negara kita sentiasa maju ke hadapan dengan semangat perpaduan rakyatnya yang
tidak berbelah bahagi. Oleh itu, pepatah Melayu seperti ‘enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing masing’ perlu dielakkan dan sikap seperti ‘ke bukit sama-
sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni’ hendaklah diamalkan oleh setiap individu
di negara kita dalam memastikan perpaduan negara kita kuat dan utuh.
4.1 KESIMPULAN

Penghayatan Rukun Negara dalam kalangan umat masyarakat sangat penting


dan perlu digarap dalam diri setiap individu di Malaysia. Kajian demi kajian telah
dijalankan bagi membuktikan bahawa peranan semua individu diperlukan untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan penekanan haruslah diberikan di
peringkat awal terutama kepada golongan belia.

Telah berjaya dibuktikan dalam satu kajian bahawa pemikiran dan


pemahaman golongan belia lebih tinggi berbanding golongan berumur. Segala
usaha telah giat dijalankan daripada pelbagai pihak dalam meningkat kan
pemahaman dan pemikiran masyarakat pelbagai kaum terhadap Rukun Negara
melalui media massa dan media cetak berjaya memberi impak kepada masyarakat
Malaysia.

Penghayatan kepada Rukun Negara juga perlu di kembalikan serta


dititikberatkan sebagai usaha bagi membina modal insan yang berkualiti dan
akhirnya mampu mengekalkan keamanan dan kestabilan Negara. Rukun Negara
perlulah dihayati oleh setiap lapisan masyarakat bagi mewujudkan keamanan kerana
keamanan merupakan modal utama tanpanya kemajuan tidak akan dapat dicapai
oleh sesebuah Negara.

Jelas bahawa, pendedahan awal amatlah penting dalam kalangan


masyarakat bagi meningkat kan tahap penghayatan terhadap Rukun Negara dan
secara tidak langsung dapat membentuk jati diri nasional yang lebih kukuh dan
berdaya tahan.
4.2 PENEMUAN BARU YANG DIPEROLEH DARIPADA ARTIKEL

Antara penemuan baru yang diperoleh daripada artikel ini ialah


pemahaman dan penghayatan terhadap konsep Rukun Negara yang mendalam
dapat memberikan impak yang positif terhadap rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum, agama dan juga bangsa. Prinsip dan falsafah Rukun
Negara dibentuk dalam usaha untuk melahirkan dan mewujudkan perpaduan
yang utuh dalam kalangan masyarakat. Kelima-lima prinsip Rukun Negara yang
mempunyai makna asalnya yang tersendiri ini merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum yang membawa kepada kestabilan dan
kejayaan Malaysia. Mengikut maklumat yang diperoleh daripada Jabatan
Penerangan Malaysia, Rukun Negara menggariskan objektif untuk mencipta
satu masyarakat yang adil, saksama dan kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama. Hal ini membuktikan bahawa pemahaman dan penghayatan terhadap
konsep Rukun Negara perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat
terutamanya golongan muda yang bakal memimpin negara Malaysia pada masa
hadapan.

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain, penghayatan dan
pemahaman yang kurang dalam konsep Rukun Negara juga boleh membawa
kepada impak negatif. Isu perkauman boleh berlaku sekiranya ramai diantara
rakyat Malaysia masih leka dan tidak mengambil cakna akan konsep Rukun
Negara ini. Meskipun Rukun Negara diajar dan dibicarakan sejak dibangku
sekolah, kepentingan Rukun Negara masih tidak diberi keutamaan. Justeru,
tidak hairanlah sekiranya masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak
dapat menguasai prinsip Rukun Negara dengan baik. Hal-hal mahupun
kenyataan membabitkan isu perkauman yang sensitif ini juga dapat berlaku
sekiranya seseorang itu tidak mempunyai asas prinsip Rukun Negara. Oleh itu,
kita sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara sepatutnya berusaha untuk
memupuk semangat perpaduan dengan menghayati dan memahami Rukun
Negara terutamanya golongan remaja khususnya para pelajar.
Natijahnya, melalui artikel hasil nukilan Siti Norayu Mohd Basir ini, kita
hendaklah bersama-sama menghidupkan ideologi dan falsafah Rukun Negara
yang berteraskan lima prinsip dengan menghayatinya dengan sepenuh hati.
Hasilnya, masyarakat yang bersatu padu dapat dilahirkan tanpa mengira
perbezaan bangsa, agama dan budaya. Oleh itu, kita hendaklah mula
menerapkan konsep Rukun Negara dalam diri agar kemakmuran negara terus
terjaga.

4.3 BAGAIMANA ANDA AKAN MENGGUNAKAN ILMU PENGETAHUAN INI


DALAM KAJIAN YANG AKAN ANDA LAKUKAN PADA MASA AKAN
DATANG?

Sebagai rakyat Malaysia, semangat nasionalisme wajar dipupuk dan


diterapkan dalam diri setiap individu di Malaysia tidak kira tua mahupun muda.
Selain itu, ilmu yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan menyebarkan
tentang betapa pentingnya Rukun Negara dalam kalangan masyarakat majmuk
terutama golongan belia. Setiap persepsi yang dilontarkan terhadap kepentingan
dan kesan menghayati Rukun Negara akan diambil kira serta dititikberatkan bagi
mengenal pasti tahap pemahaman mereka terhadap segala kandungan yang
terdapat dalam konteks Rukun Negara.

Rukun Negara juga mempamerkan perwatakan seseorang. Masih tidak


terlambat untuk kita bersama mengangkatnya semula untuk digemblengkan bagi
tujuan memupuk perwatakan nasional dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Dalam erti kata lain, Rukun Negara mempamerkan peribadi seseorang bukan
sahaja berhemah dari segi tatasusilanya malahan juga yang unik kerana berjaya
mendukung asas kenegaraan yang dipercayai.

Dalam pada itu, ilmu ini akan digunakan untuk mengenalpasti tahap
kesedaran diri terhadap kelima lima prinsip Rukun Negara. Dengan adanya
prinsip Rukun Negara pertama yakni kepercayaan kepada Tuhan, sifat yang
dianjurkan adalah kita sebagai rakyat Malaysia yang diberi panduan dan nilai
melalui agama yang dianuti bukan sahaja membolehkan kita membezakan
setiap baik dan buruk perilaku sendiri malahan juga dapat mengeratkan solidariti
sosial antara rakyat berbilang kaum,

Prinsip kedua yang termaktub di dalam Rukun Negara adalah kesetiaan


kepada Raja dan Negara. Sebagai rakyat Malaysia, pelbagai cara boleh
dilakukan sebagai tanda kita membuktikan kesetiaan dan konsep cinta kita akan
tanah air salah satunya adalah dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti
patriotisme. Dengan penglibatan ini bukan sahaja dapat berkongsi satu
destinasi bersama tetapi juga kesedaran rakyat tanpa mengira keturunan dalam
mempertahankan tanah air tercinta.

Keluhuran perlembagaan menjadi prinsip ketiga mengajukan kepada


kemuliaan kanun tertinggi Negara yang berjaya menggarap perjanjian antara
kaum. Bukan sahaja perkongsian hak keistimewaan bersama malah saling
membantu antara satu sama lain meskipun datang daripada kaum yang
berbeza.

Kedaulatan undang-undang selaku prinsip keempat menunjukkan


keperluan semua pihak tanpa mengira kedudukan untuk mematuhi segala
undang undang yang telah digubal dalam prinsip Rukun Negara. Selagi kita
digelar rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati serta mematuhi undang
undang Negara.

Prinsip terakhir iaitu kesopanan dan kesusilaan mencuarkan sikap saling


menghormati sesama kita agar dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi
penyatuan perpaduan antara kaum di Malaysia.

4.4 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KUALITI KAJIAN INI

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini.


Sebelum cadangan dikemukakan, ingin dinyatakan bahawa artikel yang bertajuk
‘Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek
Hubungan Etnik: Kajian kes di Universiti Malaysia Perlis’ ini sememangnya
memberikan impak yang positif. Melalui kajian yang dilakukan ini, penilaian
terhadap para pelajar tentang konsep Rukun Negara dapat kita ketahui dengan
lebih mendalam.

Antara cadangan yang dapat diusulkan bagi meningkatkan lagi kualiti artikel
ini adalah penulis hendaklah mengaitkan isu semasa yang berkaitan dengan
Rukun Negara. Hal ini kerana, dunia yang dipenuhi dengan teknologi canggih ini
semestinya mahukan info yang sejajar dengan isu semasa. Selain itu, penulis
juga boleh memperbanyakkan contoh- contoh mahupun kejadian kes yang
berlaku yang melibatkan isu Rukun Negara untuk memudahkan lagi cara
penyampaian oleh penulis itu sendiri.

Seterusnya, jika dapat dilihat dengan lebih mendalam, penulis juga haruslah
memberikan penjelasan dengan lebih mendalam supaya tujuan dan makna asal
penyampaian itu dapat disampaikan kepada pembaca dengan jayanya. Hal ini
kerana, isu Rukun Negara merupakan isu yang mendalam dan setiap baris
prinsip tersebut membawa kepada maknanya sendiri. Bukan itu sahaja, penulis
juga telah memberi fokus yang mendalam terhadap data yang diperoleh melalui
kajian. Ini dapat disimpulkan bahawa, penulis hendaklah menvariasikan kajian
dengan menyama ratakan data dan juga penjelasan yang perlu diberi dengan
lebih jelas dan agar dapat difahami oleh setiap lapisan masyarakat.
5.1 SUMBER RUJUKAN

1. Azrul Hakimie. (2020). Rukun Negara Tunjang Keamanan, Kemajuan


Malaysia.
Retrieved on November 20th, 2020 from

https://ismaweb.net/2020/07/08/rukun-negara-tunjang-keamanan-
kemajuan- malaysia/

2. Ishak Sairozi. (2018). Abai Rukun Negara Jejas Keharmonian.

Retrieved on November 20th, 2020 from

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/02/382788/abai-
rukun-negara- jejas-keharmonian

3. Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Maklumat Malaysia.


Retrieved on November 19th, 2020 from
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my

4. Mohd Aizat Shamsuddin. (2019). Elak Perbalahan yang Boleh Gugat


Perpaduan Kaum.

Retrieved on November 19th, 2020 from


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/596174/elak-
perbalahan-yang- boleh-gugat-perpaduan-kaum

5. Mohd Ayob Abd Razid. (2015). Perbalahan Berterusan Rugikan Masa.

Retrieved on November 20th, 2020 from


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/75769/perbalahan-
berterusan- rugikan-negara
6. Prof Emeritus Datuk Ir Mohd Azrai Kassim. (2020). Falsafah Rukun
Negara Bukan Sekadar Dihayati.

Retrieved on November 18th, 2020 from


https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/707201/falsaf
ah-rukun- negara-bukan-sekadar-dihayati

You might also like