You are on page 1of 21

FAKULTI SAINS KESIHATAN

SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KESELAMATAN


PERSEKITARAN

LAPORAN KERTAS KERJA


CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

TAJUK: FALSAFAH PASCAMODENISME


NAMA KUMPULAN: HS2431A

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMAD TARMIZI BIN ROSMAN -KETUA (2020853072)


NURIN SYAZWANA BT MOHD RIDZUAN (2020495438)
NURFATIN AINA BINTI KHAIRUDDIN (2020844844)
NURZULAIKHA BINTI SAIDI (2020878108)

Pengenalan 2
Objektif Kajian 2

Kajian Literatur 5

Fakta & Perbincangan 10

Kesimpulan & Etika 4


Bibliografi & Rujukan 2

SEMESTER 1

SESI 2020/2021

1|Page
Isi Kandungan
1. PENGENALAN ............................................................................................................................................... 3
2. PERNYATAAN MASALAH .......................................................................................................................... 4
3. OBJEKTIF KAJIAN ....................................................................................................................................... 6
4. METODOLOGI KAJIAN............................................................................................................................... 6
5. KAJIAN DAN PERBINCANGAN ................................................................................................................. 7
i. Menjawab Objektif Kajian................................................................................................................................. 7
ii. Analisis Data ...................................................................................................................................................... 9
iii. Perbincangan.................................................................................................................................................... 14
6. KESIMPULAN .............................................................................................................................................. 15
7. SUMBER RUJUKAN .................................................................................................................................... 16
8. PERAKUAN PELAJAR ................................................................................................................................... 18

2|Page
1. PENGENALAN

Berdasarkan World English Dictionary, ia mendefinisikan sekularisme kepada


beberapa pengertian antaranya falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat
dan pemikiran yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan
bermasyarakat.Sekularisme ialah fahaman yang menolak agama atau tidak menjadikan
agama sebagai asas dalam kehidupan dan kini sedang tersebar tanpa disedari atau tidak
disedari oleh masyarakat hari ini tidak terkecuali juga umat Islam yang mula
mempersoalkan hukum agama apabila dirasakan tidak sesuai dengan gaya hidup moden
pada masa kini. Menurut Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, fahaman sekularisme menganggap bahawa agama tidak ada kaitan
dengan kehidupan dan fahaman sekularisme juga menganggap bahawa agama akan
memberi impak terhadap kejatuhan hidup seseorang.

Menurut pendapat Pensyarah Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam


Universiti Malaya (UM), Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, beliau berkata fahaman
sekularisme yang bermula sejak abad ke-14 menjadi perkara utama dan kesannya
masyarakat pada masa kini semakin menerima fahaman itu. Beliau juga berkata, kesan
daripada fahaman sekularisme yang sudah menyerap dalam masyarakat pada masa kini,
menyebabkan golongan terbabit berasakan mereka bebas untuk berfikir dengan tidak
mengambil kira agama dan syariat. Pemahaman dan pemikiran tentang sekularisme ini
sedang menapak dalam diri masyarakat pada masa kini secara perlahan dan tanpa disedari
oleh mereka.

Menurut Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail lagi, beliau berkata pengetahuan sangat penting
kerana fahaman sekularisme tidak boleh dihalang daripada memasuki pemikiran
masyarakat melainkan masyarakat itu sendiri faham apa yang dimaksudkan dengan
sekularisme. Fahaman sekularisme ini menganggap agama tidak ada kena mengena dalam
kehidupan masyarakat. Malah lagi buruk lagi apabila mereka menggangap agama sebagai
penyebab kepada kemunduran diri manusia itu sendiri. Beliau juga berkata, kesan
daripada fahaman ini, pelbagai isu-isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan akan
dibangkitkan. Sebagai contoh mereka akan membangkitkan isu kenapa wanita tidak boleh
menjadi imam dalam solat ataupun kenapa wanita perlu bertudung.

3|Page
2. PERNYATAAN MASALAH
(Menurut Wikipedia, Ensiklopedia 3 November 2020) Sekular adalah konsep
bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau
kepercayaan agama.Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk bebas dari
peraturan dan ajaran agama serta kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap
rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. Dari segi lain pula,
ia merujuk pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang
berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan
pengaruh keagamaan.Peradaban Islam sememangnya berbeza daripada sekular yang
memisahkan agama dari kehidupan dan bukannya bergerak seiring antara agama dan
duniawi. Kemunculan sekularisme ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
ialah sejak berabad yang lalu umat Islam mencapai kemuncak kegemilangan peradaban
Islam yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peradaban barat dan dunia sekalipun.
Namun akibat kelalaian mereka menyebabkan barat berjaya mendominasikan pengaruh
dan idea-idea falsafah kehidupannya.

Menurut International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, sekularisme


mula menapak di Malaysia apabila apabila British memperkenalkan Sistem Residen
selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan melaksanakan dasar pemisahan pemerintahan
dan pentadbiran negara daripada penguasaan sultan atau raja. Sultan atau raja diberi kuasa
khas untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana manakala residen pula
bertanggungjawab mentadbir negeri. Dari sinilah, amalan fahaman sekularisme mula
menyerap ke dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Malaysia.Sehingga ke hari ini,
dasar Inggeris ini masih terus dikekalkan dengan pengasingan antara dua kuasa legislatif
dan eksekutif, pentadbiran dan urusan raja-raja, yang hanya diperuntukkan kuasa dalam
hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Begitu dalam aspek-aspek lain unsur
sekularisme ini jelas kelihatan.

Penjajahan barat di bumi umat Islam, menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya untuk
menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan
teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara
penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakan melalui pelbagai cara iaitu melalui
bidang pendidikan, media massa, undang-undang dan sebagainya.

4|Page
Penyebaran sekularisme mudah berlaku melalui sekatan pengajian agama Islam secara
material dan moden .Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas
mungkin kepada pengajian yang kosong dari roh agama Islam (pengajian yang jauh dari
penekanan agama).Pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak
dibantu langsung.Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut
agama dan tuan guru mereka dengan membeza-bezakan antara guru-guru agama dan
guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan satu perkara yang disengajakan. Begitu juga
membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi
perjawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang di samping
ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak
mudah mendapat peluang dan status tinggi. Oleh disebabkan hal itu, masyarakat lebih
cenderung kepada pengajian bidang bukan agama.

Kesimpulannya, adakah subjek Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting


dalam melahirkan insan yang harmoni? Selain dari itu, adakah perilaku tidak bermoral
sesetengah masyarakat merupakan kesan sekularisme dalam pendidikan?

5|Page
3. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tinjauan dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan responden mengenai
penyerapan konsep sekularism di dalam Pendidikan di Malaysia dengan:
i. mengenalpasti faktor-faktor perkembangan ideologi sekularisme di dalam
pendidikan di Malaysia.
ii. mengenalpasti kesan ideologi sekularisme terhadap pendidikan di Malaysia

4. METODOLOGI KAJIAN
Kajian tinjauan ini merupakan satu langkah untuk mengumpul maklumat bagi menilai
pengetahuan responden mengenai sekularisme sedang mempengaruhi institusi
Pendidikan di. Responden bagi tujuan kajian tinjauan ini merangkumi tiga lingkungan
umur iaitu pelajar yang berumur 17 tahun dan kebawah, pelajar atau remaja yang berumur
linkungan 18-23 tahun dan mereka yang berumur 24 tahun keatas di. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan dan data dianalisa secara deskriptif. Borang kajian tinjuan
disediakan dlm bentuk Google Form diedarkan secara softcopy kepada responden melalui
media social seperti Whatsapp dan Instagram bagi memastikan kadar pulangan yang
tinggi. Borang kajian tinjauan kesan sekularisme terhadap Pendidikan di Malaysia
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu Profil Responden, Personaliti Responden,
dan Kefahaman Responden.

6|Page
5. KAJIAN DAN PERBINCANGAN
i. Menjawab Objektif Kajian

Sedar atau tidak, fahaman sekularisme telah lama meresap ke dalam jiwa rakyat
Malaysia. Hal ini antaranya berpunca dari kelicikan Barat dalam menyebarkan fahaman
sekularisme melalui pendidikan. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk
menjayakan agenda mereka dalam menjauhkan umat Islam daripada kehidupan
beragama. Faktor penyebaran sekularisme melalui pendidikan ialah berikutan hal ini
merupakan medium penting dalam membentuk peribadi dan haluan seseorang individu
pada masa akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, Stamford Raffles, seorang pegawai
Inggeris telah mengemukakan cadangan gagasan pusat Pengajian Asia Tenggara. Hasrat
beliau adalah supaya melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan terpelajar selaku
orang suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Raffles juga menyarankan
supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu perlulah melalui tulisan rumi yang akhirnya
mengurangkan pengaruh Islam dalam kalangan orang-orang Melayu Islam.

Hasilnya, Islam dianggap ketinggalan zaman atau mundur. Malah, ada juga yang
berpendapat bahawa Islam ialah pemikiran yang tidak lengkap dan perlu selaras atau
diubah mengikut perkembangan moden. Walau pedih untuk dihadapi, hakikatnya,
beginilah pemikiran kaum Muslimin yang rosak masa kini akibat dari ideologi
sekularisme yang diterapkan secara halus ke dalam minda. Individu pula dilihat
cenderung tehadap pemikiran yang logik dan saintifik dan tidak meletakkan wahyu
sebagai sumber ilmu yang utama. Selain itu, kedudukan dan harta benda dipandang
tinggi berbanding nilai-nilai Islam dalam diri individu. Kejayaan diukur dari aspek yang
menyimpang dari ajaran agama Islam.

Umum mengetahui bahawa fahaman sekularisme memisahkan agama dari aspek


kehidupan dunia. Hal ini menyebabkan lahirnya masyarakat yang menentang ajaran
Islam itu sendiri. Perkara ini terjadi berikutan sekularisme sebenamya bertujuan untuk
memisahkan antara dunia dengan agama dalam did setiap individu khususnya dalam
bab-bab syariat atau hukum-hakam agama. Hudud, undang-undang jenayah Islam dan
undang-undang keluarga Islam dianggap sudah tidak relevan dan perlu diubah malahan
ada golongan yang cuba untuk mentafsirkan al-Quran menggunakan pemikiran mereka
sendiri. Hal ini menunjukkan betapa teruknya kesan fahaman sekularisme hasil daripada
7|Page
cara penerapannya yang halus.

Seterusnya, kesannya terhadap negara mempengaruhi sektor pekerjaan yang di mana


sifat amanah dalam diri pekerja yang luntur menyebabkan sesuatu sektor tidak mampu
menjalankan fungsinya secara efisien. Pendidikan sekular yang mampu melahirkan
individu masyarakat yang bijak pandai menguasai sains teknologi melalui pendidikan
umum yang diterima tetapi gagal membentuk keperibadian individu dan penguasaan
ilmu agama. Kes rasuah meningkat saban tahun. Pegawai polis yang tidak amanah
dalam berkhidmat mengakibatkan sistem keselamatan negara terancam. Penjenayah
boleh dibebaskan dengan pujuk rayu dan menghulurkan wang yang setimpal. Hakim
juga boleh dibeli keadilannya dalam penentuan hukuman ke atas kes mahkamah
sehingga sistem perundangan negara tercalar. Aspek rohani dan nilai-nilai Islam yang
diabaikan dari awal pendidikan akan memberikan kesan kepada pemimpin negara pada
masa akan datang.

8|Page
ii. Analisis Data

Sebanyak 114 borang kajian tinjauan telah diisi oleh responden. Hasil dapatan
menunjukkan majoriti daripada responden yang terlibat dalam kajian tinjaunan ini
merupakan remaja yang berada dalam linkungan umur 18-23 tahun (86%) dan
selebihnya merupakan orang dewasa yang beumur 24 tahun dan keatas (14%).

Item jantina menunjukkan perempuan mendahului senarai yang tertinggi iaitu 66.7
peratus, dan selebihnya diikuti jantina lelaki (33.3%).

9|Page
Memandangkan borang kajian tinjauan diedarkan di kalangan rakan-rakan terdekat
kami, maka ia mempengaruhi komposisi pekerjaan yang menyaksikan hampir
keseluruhan daripada komposisi merupakan pelajar (86.8%), diikuti pekerja sektor
awam dan swasta (8.8%), dan selebihnya suri rumah.

Secara keseluruhannya, hampir separuh daripada responden (49.1%) yang telah


menjawab borang kajian tinjauan ini bersetuju bahawa mereka mudah terpengaruh dengan
perkara yang berada disekeliling mereka. Hal yang demikian akan menunjukkan bahawa
individu-individu pada masa kini lebih mudah diserang dengan ideologi-ideologi
sekularisme. Menurut Abdul Halim (1998), keadaan ini pada akhirnya Keadaan ini
akhirnya akan menyebabkan seseorang individu itu lupa akan pegangan asas mereka
seperti agama, sejarah dan pelbagai sendi kehidupan yang sangat bernilai dalam
kehidupan.

10 | P a g e
Seterusnya, hampir semua responden bersetuju bahawa mereka merupakan seorang yang
tidak akan dapat menerima dengan baik apabila ditegur oleh pihak lain. Terutamanya yang
melibatkan keperibadian mereka. Hal ini juga menunjukkan bahawa individu masa kini
telah terpengaruh dengan unsur-unsur sekularisme tanpa mereka sedari. Hal yang
demikian kerana, berdasarkan apa yang telah diselidiki, menegakkan pendirian diri sendiri
tanpa mengira adakah ianya perkara yang benar mahupun salah merupakan salah satu
unsur-unsur ideologi sekularisme.

Perbincangan lanjut berkisarkan kefahaman responden mengenai sekularisme yang


semakin berkembang di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Dapatan kajian tinjauan mendapati lebih separuh daripada responden (50.9%)


mengetahui mengenai ideologi sekularisme yang semakin menular dalam institusi
pendidikan di Malaysia. Berdasarkan kajian tinjauan ini, didapati bahawa ramai individu
menyedari mengenai kehadiran ideologi sekularisme ini, dan terdapat juga segelintir yang
masih tidak dapat mengenalpasti kewujudan unsur-unsur sekularisme ini. Hal yang

11 | P a g e
demikian amatlah membimbangkan kerana ia menunjukkan betapa rapuhnya pengetahuan
individu pada masa kini dan betapa tingginya sikap tidak mahu mengambil tahu dalam
kalangan individu pada masa kini. Dengan ini, unsur-unsur sekularisme akan
mempengaruhi pemikiran individu tanpa mereka sedari.

Menurut maklum balas berhubung perlukah ibu bapa pada masa kini perlu menghantar
anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan, respon daripada responden
adalah mengalakkan iaitu seramai 71.9 peratus bersetuju bahawa ibu bapa pada masa kini
perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan Pendidikan. Hal yang
demikian menunjukkan bahawa Pendidikan merupakan elemen yang penting dalam
kehidupan setiap individu kerana individu-individu ini sudahnya pastinya ingin mencapai
kecermelangan dalam kehidupan mereka. Dengan ini, sekularisme dapat mengambil
kesempatan untuk mempengaruhi individu melalui Pendidikan kerana ramai individu
yang menjadikan Pendidikan sebagai tanda aras kejayaan seseorang itu.

12 | P a g e
Hampir kesemua responden bersetuju bahawa Pendidikan pada masa kini gagal untuk
melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Berdasarkan maklum balas responden, ia
menunjukkan bahawa sekularisme yang berkembang dalam sistem Pendidikan di
Malaysia hanya memberikan kesan yang buruk terhadap seseorang insan itu dan gagal
dalam memberikan impak yang positif. Hal yang demikian amatlah membimbangkan
kerana individu-individu yang terjejas ini merupakan generasi yang akan memimpin
negara pada masa akan datang. Dengan ini, jika hal yang berkenaan tidak diatasi, negara
sudah pastinya akan menghadapi kegagalan di masa hadapan.

13 | P a g e
iii. Perbincangan

Berdasarkan kajian tinjauan yang dijalankan, pelbagai impak negatif kesan secularism
terhadap Pendidikan di Malaysia. Dengan ini, kita sebagai rakyat yang prihatin akan
masa hadapan mestilah melakukan pelbagai tindakan untuk mengatasi penyebaran
sekularisme ini terhadap institusi Pendidikan di Malaysia. Pertama, pihak Pendidikan
hendaklah mengawasi segala penggunaan media yang boleh merosakkan nilai murni
Islam dalam kalangan penuntut ilmu dengan menukarkan kepada alternatif yang
bermanfaat agar dapat mendidik dan melahirkan individu yang berpekerti mulia,
bertamadun tinggi, berilmu dan minda yang terbuka agar dapat meningkatkan
kemajuan negara dipersada dunia.
Seterusnya, pihak pendidik juga hendaklah mengadakan kelas- kelas pengajian agama dan
berusaha memberi pendedahan yang efektif kepada individu dalam pelbagai cara seperti
penulisan ilmiah, ceramah, katalog dan sebagainya tentang buruknya unsur-unsur ideologi
sekularisme ini dan memberikan pendedahan terhadap mereka agar dapat menguasai
segala ilmu dan prinsip-prinsip Islam supaya mereka tidak mudah terpengaruh dan
terjerumus dengan unsur-unsur sekularisme yang licik.

Selain itu, kita juga mestilah memainkan peranan yang penting dengan meninggalkan
sikap mengagung- agungkan ketamadunan barat yang kononnya membawa kemajuan dan
kemodenan. Sebaliknya, seseorang individu yang beragama islam mestilah menyanjungi
kegemilangan tamadun Islam agar dapat mengembalikan kegemilangan Islam. Sebagai
umat Islam, kita juga mestilah bersatu padu dan bersedia mengorbankan harta, wang
ringgit, tenaga dan segalanya untuk memperjuangkan Islam serta menanam keazaman
yang kuat untuk mengembalikan kedaulatan Islam di Malaysia.

Akhir sekali, pihak pendidikan mestilah menggubal undang-undang Pendidikan yang


baharu yang lebih releven mengikuti peredaran masa moden kini terutamanya berkaitan
dengan hal-hal keagamaan. Hal yang demikian adalah untuk mengurangkan timbulnya
masalah-masalah yang berkaitan dengan akidah seseorang individu itu. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan disiplin seseorang individu itu dan juga dapat mengurangkan
penyebaran ideologi sekularisme ini dalam institusi Pendidikan.

14 | P a g e
6. KESIMPULAN

Sekularisme ialah fahaman yang menolak agama atau tidak menjadikan agama
sebagai asas dalam kehidupan dan kini sedang tersebar tanpa disedari atau tidak
disedari oleh masyarakat hari ini tidak terkecuali juga umat Islam yang mula
mempersoalkan hukum agama apabila dirasakan tidak sesuai dengan gaya hidup
moden pada masa kini. Kesan daripada fahaman sekularisme yang sudah menyerap
dalam masyarakat pada masa kini, menyebabkan golongan terbabit berasakan
mereka bebas untuk berfikir dengan tidak mengambil kira agama dan syariat.

Kajian tinjauan dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan responden mengenai


penyerapan konsep sekularism di dalam Pendidikan di Malaysia dengan
mengenalpasti faktor-faktor perkembangan ideologi sekularisme di dalam
pendidikan di Malaysia. Responden bagi tujuan kajian tinjauan ini merangkumi tiga
lingkungan umur iaitu pelajar yang berumur 17 tahun dan kebawah, pelajar atau
remaja yang berumur linkungan 18-23 tahun dan mereka yang berumur 24 tahun
keatas di. Berdasarkan maklum balas responden, ia menunjukkan bahawa
sekularisme yang berkembang dalam sistem Pendidikan di Malaysia hanya
memberikan kesan yang buruk terhadap seseorang insan itu dan gagal dalam
memberikan impak yang positif.

Antara cara untuk mengatasi dari fahaman sekularisme ini tersebar ialah pihak
Pendidikan hendaklah mengawasi segala penggunaan media yang boleh merosakkan
nilai murni umat Islam dalam kalangan penuntut ilmu dengan menukarkan kepada
alternatif yang bermanfaat. Seterusnya, pihak pendidik juga hendaklah mengadakan
kelas- kelas pengajian agama dan berusaha memberi pendedahan yang efektif
kepada individu dalam pelbagai cara seperti penulisan ilmiah, ceramah, katalog dan
sebagainya.

Kesimpulannya, pendidikan merupakan asas kepada ketamadunan sesebuah bangsa.


Pendidikan yang seimbang yang mengikut fitrah kejadian manusia dapat
mewujudkan tamadun yang melahirkan bangsa yang cemerlang. Oleh itu,
pendidikan yang sebenar seharusnya merangkumi seluruh dimensi kehidupan insan.

15 | P a g e
7. SUMBER RUJUKAN
▪ Pusat Sumber Pendidikan Islam (2011), Kesan Pengaruh
Sekularisme Terhadap Pendidikan
Islam Di Malaysia,
http://pusatsumberislam.blogspot.com/2011/04/kesan-pengaruh- sekularisme-
terhadap.html
▪ Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (Piswi) (N.D),, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim)
http://piswi.islam.gov.my/index.php/isu-semasa/87-sekularisme-kian-
meresapi- pemikiran-ummah

▪ Mohd Yusri Bin Ibrahim (15 disember 2019), Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan
Langkah Mengatasinya Dari Sudut Pandang Islam,
http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12-15.pdf
▪ Asnuurien Najma Binti Ahmad (n.d.), Kesan Penekanan Terhadap Pendidikan
Sekular,
http://www.pmm.edu.my/zxc/pustaka/writing/pmmfasa4567/KESAN%20PENEKA
NAN%20TERHADAP%20PENDIDIKAN%20SEKULAR.PDF
▪ Latifah Arifin dan Nur Sabrina Suhaimi (Mac 29, 2019), Didik ummah tolak
sekularisme, https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/547012/didik-
ummah-tolak-sekularisme
▪ AyulAshrul (n.d.), Sekularisme Dalam Pendidikan Di Malaysia,
https://www.scribd.com/doc/13284744/Sekularisme-Dalam-Pendidikan-Di-Malaysia
▪ Salina Mat Sehor, Khadijah Abdul Razak & Maimun Aqsha Lubis (January 2016),
Metafizik Islam menangani unsur sekularisme dalam pendidikan moden Masa kini,
https://www.researchgate.net/publication/Metafizik Islam menangani unsur
sekularisme dalam pendidikan moden Masa kini
▪ Nur Salihah Binti Mohd Suid (Oktober 12, 2015), Cara–Cara Mengatasi Sains
Sekular Pada Masa Kini,
http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/caracara-mengatasi-sains-
sekular-pada.html
▪ Syaa Ismail (Mac 13, 2019), Sekularisme,
https://issuu.com/syaaismail/docs/sekularisme

16 | P a g e
▪ Bintu Ismail (Mei 20, 2008), Sekularisme, Ancaman Dan Penyelesaian,
http://mardhotillah-bp.blogspot.com/2008/05/sekularisme-ancaman-dan-
penyelesaian.html

17 | P a g e
8. PERAKUAN PELAJAR
“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan
yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat dari mana-
mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi
yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar melanggar atau disyaki
melanggar perakuan yang dibuat dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti”.

18 | P a g e
LOGBOOK GROUP ASSIGNMENT AND PRESENTATION PROGRESS

SUBJECT: CTU552 (FALSAFAH DAN ISU GROUP : HS2431A


SEMASA) CLASS
LECTURER: SUMAIYAH BAHRI

SECTION A:
TASK DELEGATION OF GROUP ASSIGNMENT
No. Student ID Name Task/Responsibility Date

Submition

1. 2020495438 NURIN SYAZWANA BT MOHD Mencari maklumat tugasan & 8/11/2020

RIDZUAN membuat kesimpulan

2. 2020844844 NURFATIN AINA BINTI KHAIRUDDIN Menyediakan borang kajian 22/11/2020

tinjauan

3. 2020853072 MUHAMAD TARMIZI BIN ROSMAN Meringkaskan maklumat tugasan 15/11/2020

4. 2020878108 NURZULAIKHA BINTI SAIDI Menyediakan borang kajian 22/11/2020

tinjauan

SECTION B:
THE IMPLEMENTATION OF TASK / RESPONSIBILITY

19 | P a g e
Week Date Activities Agreement Achievement Notes

1 18/10/2 Mengenalpasti perkara yang 100% 100%


020 diperlukan untuk menyelesaikan
tugasan

2 23/10/2 Pembahagian tugasan antara ahli 100% 100%


020 kumpulan

3 30/10/2 Membincangkan isu-isu yang 100% 100%


020 berbangkit

4 3/11/20 Individu yang bertanggungjawab 100% 100%


20 – mencari dan menyediakan
8/11/20 maklumat (Syazwana)
20

5 9/11/20 Individu yang bertanggungjawab, 100% 100%


20 – meringkaskan maklumat untuk
15/11/2 dijadikan rujukan utama ( Tarmizi)
020

6 16/11/2 Individu yang bertanggungjawab, 100% 100%


020 – menyediakan menyediakan borang
22/11/2 kajian tinjauan ( Nurfatin dan
020 Nurzulaikha)

7 24/11/2 Borang kajian tinjauan disebarkan 100% 100%


020 – (semua ahli terlibat)
6/12/20
8 20

9 7/12/20 Menganalis data borang kajian 100% 100%


20 – tinjauan (semua ahli terlibat)
20/12/2
020

10 21/12/2 Menyediakan laporan kajian 100% 100%


020 – tinjauan dan membuat
3/1/202 perbincangan (semua ahli terlibat)
11 1

20 | P a g e
12 4/1/202 Kami semua bekerjasama dalam 100% 100%
1– membaiki laporan tugasan (semua
23/1/20 ahli terlibat)
13 21

21 | P a g e

You might also like