You are on page 1of 5

CTU 551/555/553

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA /


HUBUNGAN ETNIK

TAJUK:
ISU SAINTISME

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO MATRIK KELAS
1. NUR SYAFIQAH BT AZMAL 2019728067 AC2204I
2. FADLHLIN SAKINA BT ABDULLAH 2019328683 AC2204I
3. AZMAHANEE BT AB AZIZ 2019341375 AC2204I
4. AMIRA AFIQAH BT AMIRULLAH 2019361999 AC2204I
5. NOOR ADILAH BINTI ISHAK 2019328791 AC2204L
6. NOOR ALYSHA ADLINA BT NOOR 2019346089 AC2204H
HAMIZHI

FAKULTI PERAKAUNAN

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN SHAHIRAH BINTI SAID
Saintisme adalah istilah yang digunakan untuk kepercayaan bahawa kaedah dan
pendekatan saintifik boleh digunakan untuk segala-galanya, dan sains itu adalah pandangan
dunia yang paling berwibawa atau paling berharga untuk menghilangkan perspektif lain. Atas
nama sains, manusia bebas melakukan apa sahaja meskipun bertentangan dengan etika,
norma hidup atau agama. Saintisme hanya mengajarkan teori-teori dan penemuan-penemuan
sains yang boleh dipakai sebagai ilmu yang benar, yang lain yang bercanggah dengannya
seperti kenyataan-kenyataan dalam ajaran agama dan teks-teks suci mesti ditolak atas alasan
bercanggahan dengan sains dan teori-teorinya. Ini bercanggah dengan epistemologi atau
faham ilmu Sunni yang mengajarkan adanya tempat yang wajar untuk sains dalam skimanya
tetapi kebenaran-kebenaran yang mutlak dalam agama dan wahyu bukan bidang yang boleh
dihakimi oleh sains dan teori-teorinya. Menurut Mohd Hazim Shah Abd Murad, beliau telah
menulis mengenai golongan saintisme yang juga dikenali sebagai golongan positivisme
logikal bahawa mereka mahu mewujudkan satu konsepsi falsafah tentang sains, yang akan
menunjukkan betapa kukuhnya kedudukan ilmu sains itu berbanding dengan ilmu-ilmu asas
yang terdiri daripada peryataan-pernyataan yang bercorak analitik (logik) dan sintetik.
Golongan ini juga menolak semua bentuk metafizik keagamaan. Pemikiran golongan ini amat
mengagungkan ahli sains seolah-olah manusia berupaya mengkaji alam tabii ini tanpa
petunjuk,bantuan ataupun panduan agama.
Antara faktor wujudnya Saintisme ialah disebabkan oleh pemikiran masyarakat yang
telah dipengaruhi oleh kefahaman Barat. Hal ini kerana, penyebaran pengaruh saintisme
Barat selepas perang dunia ke-2 telah menyebabkan sains tidak lagi mempunyai tujuan utama
mencari kebenaran tentang alam, tetapi hanyalah penyiasatan saintifik menggunakan
teknologi tertentu untuk memenuhi keinginan dan kemahuan manusia. Antara contoh
kefahaman-kefahaman Barat ialah kefahaman materialisme, kepercayaan yang penuh kepada
ilmu saintifik dan bukannya kepada ilmu agama dan juga mereka mengatakan Tuhan adalah
Tuhan Pencipta Alam namun bukan Tuhan yang sentiasa memelihara alam. Kefahaman-
kefahaman barat tersebut telah sedikit sebanyak meresap ke dalam masyarakat muslim masa
kini. Hal ini telah menyebabkan ramai saintis muslim tidak lagi tertarik kepada ilmu-ilmu
agama dan tidak meneterapkan ilmu tauhid dalam sains moden hari ini. Malahan, saintisme
juga berlaku disebabkan berlakunya lonjakkan berganda dalam perkembangan ilmu sains dan
pembangunan teknologi yang dikaitkan dengan Zaman Kebangkitan Sains yang bermula pada
abad ke-16 dengan kemuncaknya pada abad ke-20. Revolusi Industri dan Revolusi Maklumat
menyebabkan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi berlaku dengan begitu
pantas. Disebabkan oleh pembangunan sains dan teknologi yang begitu pantas, wujudnya
golongan saintisme, iaitu golongan mahu mewujudkan satu konsepsi falsafah tentang sains,
yang menunjukkan betapa kukuhnya kedudukan ilmu sains itu berbanding dengan ilmu-ilmu
asas yang terdiri daripada pernyataan-pernyataan yang bercorak logik dan sintetik. Ini
merupakan idealisme yang meletakkan nilai yang begitu tinggi terhadap pemikiran rasional,
hujah logikal dan bukti empirikal yang sering dikaitkan dengan ilmu sains.
Persepsi saintisme seperti yang sering dilihat sebagai konflik antara agama dan sains
membawa kesan kepada pengasingan agama daripada hal duniawi. Antara kesan saintisme ini
ialah ianya akan melahirkan fahaman sekularisme dalam bidang ilmu pengetahuan yang
mengasingkan agama daripada sains. Sekularisme adalah menurut Mahmood Zuhdi Ab.
Majid, ‘proses pembebasan akal daripada kongkongan agama dan kemudian daripada
kongkongan metafizik.’ Apabila ini berlaku, maka sains dilihat mengambil tempat agama
sebagai sumber pandangan alam. Ini membawa kepada permasalahan yang berlaku pada hari
ini apabila manusia tidak lagi melihat sains sebahagian daripada agama dan lebih buruk lagi
apabila sains dianggap sebagai sumber ilmu mutlak yang lebih utama dan lebih agung
berbanding agama. Selain itu, tulisan Profesor Dato Yusuf Othman dalam bukunya, Sains
Dalam Ekonomi Ilmu, kesan penerapan saintisme ini adalah usaha menyelesaikan sesuatu
perkara yang bersifat subjektif dengan kaedah saintifik yang bersifat objektif. Ini membawa
kesan buruk kepada individu dimana lahirnya manusia yang berpelajaran tinggi tetapi rendah
akhlaknya, manusia yang hebat teknologinya tetapi dalam masa yang sama menghancurkan
agama Islam dan manusia yang bijaksana akalnya tetapi sering menzalimi orang lain. Allah
telah berfirman dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud, ‘Ketahuilah bahawa sesungguhnya
mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya yang membuat bencana dan kerosakan,
tetapi mereka tidak menyedarinya.’ Seterusnya, saintisme boleh membawa kepada
perpecahan umat Islam akibat tidak beramal dengan dua sumber utama ajaran Islam iaitu Al-
Quran dan Hadis. Umat Islam wajar melihat isu-isu sains daripada perspektif Islam. Namun,
jika umat Islam gagal, maka mereka akan terus ditinggalkan dalam arus pembangunan sains
dan teknologi. Ini mewujudkan dominasi ilmu sains dan teknologi oleh orang bukan Islam
terhadap umat Islam sehingga umat Islam terpaksa begantung dengan orang lain bagi
memenuhi keperluan sendiri. Kebergantungan ini membuka ruang kepada pihak yang
memusuhi Islam untuk memanipulasi dan menindas umat Islam.
Penyelesaianya, ilmu sains dan ilmu agama tidak perlu dipisahkan ataupun
dibincangkan secara berasingan. Dalam realiti hari ini, dunia pesat berkembang dengan
diterajui oleh perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan pesat ini membawa banyak
isu baharu yang menuntut ahli agama dan saintis untuk duduk semeja membincangkan cara-
cara yang terbaik bagi menangani perkembangan ini. Kegagalan dalam melakukan hal
tersebut boleh menyebabkan pembangunan ilmu sains tidak dikawal selia oleh prinsip-prinsip
agama sehingga mengundang pelbagai masalah seperti kerosakan di atas muka bumi. Apabila
kedua-dua ilmu ini terpisah, penumpuan hanya diberikan kepada salah satu daripadanya,
maka akan timbul pelbagai masalah dan konflik. Bagaimanapun, jika ilmu agama dan ilmu
sains digabungkan kedua-duanya, ia akan membentuk pengembangan rohani dalam
kemanusiaan. Selain itu, ia boleh diatasi dengan menggunakan model integrasi. Model ini
mengaburkan sempadan antara pengetahuan agama dan pengetahuan sains. Model ini juga
sering digunakan bagi tujuan menggunakan sains bagi membangunkan sistem pemikiran
agama dan juga sebaliknya menggunakan agama bagi membangunkan sistem pemikiran
saintifik. Model ini sering dilihat paling sesuai untuk menerangkan perspektif Islam terhadap
sains, iaitu sains tidak berkonflik dengan Islam. Model integrasi ini sering dibawakan dan
dipertahankan oleh golongan saintis yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan juga
golongan agama yang mempunyai kefahaman sains yang baik. Dari sudut sejarah, ilmuwan
silam yang menguasai kedua-dua ilmu agama dan sains seperti al-Khawarizmi, Ibn al-
Haitham, Ibn Sina, al-Biruni dan lain-lain berjaya memanifestasikan model integrasi ini
dengan sempurna. Mereka dikenali sebagai huffaz (penghafal al-Qur‘an) dan fuqaha.
Tambahan lagi, pengkaji berpandangan bahawa dalam Islam, penggunaan model integrasi
menunjukkan kesyumulan Islam dalam meletakkan sains dalam kerangka Islam secara
menyeluruh dan harmonis. Hal ini demikian, menggambarkan kedua-dua domain ini wujud
secara harmonis di dalam satu ruang.
Antara isu yang dibangkitkan sejajar dengan isu saintisme ialah isu pengklonan
manusia. Dalam kamus biologi, pengklonan adalah satu teknik manipulasi genetik daripada
sesuatu organisma untuk menghasilkan zuriat yang seiras dengan induk. Pengklonan
merupakan pembiakan aseks kerana tiada bahan genetik atau agen pembiakan terlibat dalam
proses pembahagian sel seperti sumber bahan genetik sel soma. Isu pengklonan ialah satu isu
yang giat dibincangkan saintis-saintis barat. Mereka mahu menjalankan pengklonan seperti
pengklonan pertama dilakukan oleh ahli embriologi Scotland, Ian Wilmut pada tahun 1996
yang menghasilkan kambing biri-biri bernama Dolly. Di Malaysia, isu pengklonan manusia
dipandang serius oleh kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia menekankan
pengharaman
terhadap pengklonan manusia. Hal ini kerana, Islam menyifatkan pengklonan manusia
bertentangan terhadap hukum syarak kerana Allah S.W.T menjadikan manusia serta
meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Seorang Mufti Mesir pada tahun
2001 mengatakan pengklonan manusia tidak harus dilakukan dan haram hukumnya kerana
melanggar hukum kejadian manusia yang ditetapkan Allah.
Natijah daripada golongan saintisme ini ialah segala macam permasalahan yang
sedang berlaku dalam dunia dewasa ini. Mohd Yusof Haji Othman menulis mengenai
golongan saintisme ini: “pembangunan kini terlalu bersifat saintifik sehingga melahirkan
mereka yang berfahaman saintisme, memiliki nilai yang amat mementingkan kebendaan
sehingga mengabaikan aspek nilai keinsanan yang dapat memberi jawapan kepada hal-hal
yang berhubung dengan aspek sosial, kesedaran alam sekitar, erti kebahagiaan, makna kepada
perhubungan persahabatan, kebahagiaan dan keseronokan berkeluarga dan sebagainya.
Saintisme adalah fahaman yang meletakkan kaedah sains – sistematik, mantik dan objektif –
atas segala-galanya dan menafikan perkara-perkara yang tidak dapat dianalisis secara
saintifik. Oleh kerana sifat saintifik yang memisahkan seseorang dengan perkara-perkara
yang berhubung dengan nilai, budaya, agama, gaya hidup berasaskan tatasusila beragama dan
budaya bangsa, maka saintisme menafikan segala nilai-nilai ini.
Oleh yang demikian, sama ada seseorang itu bersetuju mengenai kewujudan tuhan
atau tidak, sama ada seseorang itu menganut agama khusus atau tidak, hakikatnya ialah
kehidupan manusia berlegar dalam kehidupan beragama. Orang yang menolak agama juga
perlu berurusan dengan orang yang beragama. Justeru, mahu tidak mahu, orang yang tidak
beragama juga (termasuk golongan saintisme yang menobatkan sains sebagai sumber ilmu
paling mutlak) terpaksa berhadapan dengan interaksi antara agama dan sains. Pada akhirnya,
segala dapatan sains itu memberi kesan kepada manusia secara keseluruhan, bukan hanya
kepada golongan-golongan tertentu.

You might also like