You are on page 1of 20

SARJANA MUDA TEKNOLOGI & PENDIDIKAN

BINAAN BANGUNAN
SEMESTER 2
SESI 2021/2022

UHMT2132 ETIKA PROFESIONAL


SEKSYEN 02

TAJUK : RASUAH, SALAH GUNA KUASA, PECAH AMANAH,


PENYELEWENGAN, PENIPUAN DAN MUNGKIR JANJI DALAM
KALANGAN PROFESIONAL DI MALAYSIA.

PENSYARAH:
DR. MOHD KOHARUDDIN BIN MOHD BALWI

DISEDIAKAN OLEH:
BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIK
1. NURUL ANISYAHIRA BINTI KHALID A20HP0215
2. NUR AINA FATHIHAH BINTI RAMLY A20HP0160
3. NURUL IZZAH BINTI MOHD YUSOF A20HP0220

TARIKH:
25 MEI 2022
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN. 3-8
1.1 Rasuah.
1.2 Salah Guna Kuasa.
1.3 Penyelewengan.
1.4 Penipuan.
1.5 Mungkir Janji.
2.0 PENGLIBATAN. 9 - 12
2.1 Teknik dan bentuk.
2.2 Punca-punca rasuah.
3.0 GEJALA RASUAH. 13 - 14
3.1 Punca Kegagalan Gerakan Anti Rasuah.
3.2 Cara Menangani Rasuah.
4.0 KES RASUAH BERPROFIL TINGGI 15 - 19
MELIBATKAN PROFESIONAL AWAM DAN
SWASTA.
● Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang
RM4.6 billion.
● Kes 1MDB.
● Kes Jabatan Air Sabah.
● Skandal Migran Jabatan Imigresen.

5.0 KESIMPULAN 20

2
1.0 PENGENALAN

Rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, penyelewengan, penipuan


dan mungkir janji dalam kalangan profesional di Malaysia sudah menjadi isu
yang normal. Pelbagai isu yang berkaitan dengan rasuah dan sebagainya
telah menjadi kebiasaan dan perkara ini haruslah diberikan perhatian oleh
seluruh rakyat Malaysia supaya gejala seperti ini dapat dibanteras dengan
telus. Pemantapan integriti dan memerangi gejala jenayah rasuah merupakan
satu perjuangan. Oleh yang demikian, perkara asas yang perlu setiap rakyat
harus fahami adalah mengenai maksud-maksud setiap gejala tersebut dari
segi bahasa dan pandangan ulama menurut Al-quran dan hadis.

1.1 Rasuah

Rasuah merupakan satu perbuatan penerimaan atau pemberian


suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana
perbuatan beliau dalam melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan
yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah,
bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang
penjawat awam menerima seutas gelang tangan daripada pegawai kerajaan
kerana telah menutup isu hal kewangan yang melibatkan penyelewengan
wang. Rasuah adalah salah disisi undang-undang dan agama. Bagi
pandangan agama islam, rasuah adalah perbuatan yang keji dan dilarang
dalam agama Islam dan ia boleh terjadi dalam berbagai bentuk, antaranya:

i. Pertama: Pembaziran rasuah melalui pembaziran wang atau apa jua


pembayaran, pinjaman, upah, ganjaran berharga atau harta benda
lain atau kepentingan harta benda dalam apa bentuk sama ada wang
boleh digerakan atau tidak.

ii. Kedua: Pembayaran rasuah melalui pemberian jawatan, kehormatan,


pekerjaan, kontrak atau perkhidmatan atau perjanjian pekerjaan atau
khidmat.

iii. Ketiga: Pembayar rasuah melalui pemberian pembayaran,


pembebasan, penjelasan atau penyelesaian apa jua pinjaman,

3
tanggungjawab atau tanggungan, sama ada sebahagian atau
keseluruhannya.

iv. Keempat: Pembayaran rasuah melalui pulangan berharga, diskaun,


komisyen, rebate dan bonus.

v. Kelima: Pembayaran rasuah melalui pemberian bantuan, sokongan,


persetujuan atau pengaruh.

vi. Keenam: Pemberian rasuah melalui tawaran, jaminan atau janji untuk
memberi apa jua suapan.

Mereka yang melakukan perbuatan rasuah merupakan seseorang yang tidak


berintegriti, tidak bermoral, tidak jujur dan tidak amanah. Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wassallam memberi peringatan kepada umatnya bahawa hilangnya
sifat amanah dalam masyarakat merupakan antara tanda-tanda kecil
berlakunya hari kiamat. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah
Al-Anfal ayat 27:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

َ ‫ِين َءا َم ُنو ْا اَل َت ُخو ُنو ْا ٱهَّلل َ َوٱلرَّ سُو َل َو َت ُخو ُن ٓو ْا َأ َم ٰـ َن ٰـ ِت ُكمۡ َوَأن ُتمۡ َت ۡع َلم‬
‫ُون‬ َ ‫َي ٰـَٓأ ُّي َہا ٱلَّذ‬

‫صدق هللا العظيم‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah mengkhianati Allah dan


rasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang
diamanahkan kepada) kamu sedang kamu mengetahuinya.”

Amalan rasuah memberi kesan yang yang negatif kepada seseorang individu
bahkan ianya juga memberikan kesan yang buruk kepada imej negara juga
kepada masyarakat. Kesan rasuah kepada seseorang individu adalah seperti
kejatuhan moral atau maruah, kehilangan pekerjaan, hilang kepercayaan
masyarakat dan sebagainya. Manakala antara kesan buruk terhadap
masyarakat dan negara ialah seperti mengakibatkan ketidakadilan
disebabkan menafikan hak-hak orang tertentu, melindungi dan menggalakkan
jenayah, menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, menjejaskan
sosial serta kestabilan politik dan keselamatan, menurunkan mutu dan kualiti
kerja dan sebagainya.

4
1.2 Salah Guna Kuasa

Perbuatan melanggar amanah dan kuasa biasanya dikaitkan dengan


pihak berkuasa, walaupun ia tidak eksklusif. Kekuasaan adalah kelebihan
yang dimiliki oleh seseorang berbanding orang lain. Apabila terdapat
penyalahgunaan kuasa, seseorang yang terlibat itu selalunya mempunyai
hierarki kuasa yang diakui oleh semua orang. Sebagai contoh, seorang ahli
politik. Ini kerana dia telah diketahui oleh semua orang akan kuasa dan
kekuatan yang diperolehi. Melalui kekuatannya ia mampu menimbulkan
konflik kepentingan tersendiri ketika rasuah muncul.

Dalam Islam, konsep amanah dan integriti sangat ditekankan sebagai acuan
hidup bermasyarakat dan negara. Konsep ini jelas terpakai bukan hanya
untuk mereka yang beragama Islam, malah meliputi sesiapa saja dengan apa
pun anutan dan fahaman. Realiti harus diterima bahawasanya amanah dan
integriti adalah dua perkara penting yang menjadi cerminan kepada keimanan
seseorang Muslim.

Nabi Muhammad SAW sendiri menegaskan melalui hadis yang


bermaksud, "Tiada iman bagi orang yang tidak amanah dan tidak beragama
orang yang tidak menunaikan janji" (HR Ahmad). Oleh yang demikian,
sebagai seorang umat islam kita haruslah menjaga nilai diri menjadi seorang
mukmin yang bertanggungjawab,amanah dan beretika dalam menjalankan
tugas sebagai pemimpin mahupun pekerjaan yang lain.

1.3 Penyelewengan

Penyelewengan merupakan apabila seseorang mencuri atau


menyalahgunakan wang atau harta benda dari majikan, rakan perniagaan,
atau orang lain yang mempercayai pembunuh dengan aset tersebut.
Penyelewengan boleh terjadi apabila seseorang itu menyalahgunakan harta
yang orang lain diamanahkan kepadanya. Sekiranya, seseorang itu terlibat
dalam gejala penyelewengan ini sudah tentu banyak kesan yang akan ditimpa
kepada dirinya dan ia juga seperti memakan diri sendiri.

Dalam islam, harta atau wang tidak patuh Syariah merujuk kepada semua

5
jenis harta yang diperolehi yang bertentangan dengan Syariat Islam. Harta
tersebut dikategorikan sebagai pemilikannya yang tidak diiktiraf oleh syarak,
walaupun dari sudut komersial atau ekonomi ia mempunyai nilai seperti hasil
riba, rasuah, judi atau berlaku percampuran aktiviti yang dibenarkan oleh
syarak dengan yang diharamkan.

Harta atau wang tidak patuh syariah adalah haram, tidak boleh digunakan
bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga, sebagaimana yang dapat
difahami dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di


antara kamu dengan jalan yang salah..” (Al-Baqarah 2:188)

Firman Allah SWT mafhum nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta


sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang
berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”. (Al-Nisa’ 4:29)

1.4 Penipuan

Penipuan bermaksud mendapatkan kekayaan melalui perangkap


jenayah melalui penyalahgunaan amanah atau kebohongan. Orang yang
melakukan penipuan dikenali sebagai scammer . Mungkin ramai antara kita
sudah ditipu dan tertipu secara disedari mahupun tidak.

Pandangan Islam pada aktiviti penipuan ini, Islam sangat tegas dalam hal
penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah
hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan
mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal
surah berbunyi:

َ ‫َو ْي ٌل لِّ ْلم‬


َ ‫ُط ِّفف‬
‫ِين‬

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

6
Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut
secara jelas:

َ ‫َوِإ َذا َكالُو ُه ْم َأو وَّ َز ُنو ُه ْم ي ُْخسِ ر‬


‫ُون‬

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang


untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

َ ‫ْس ِم َّنا َو َمنْ َغ َّش َنا َف َلي‬


‫ْس ِم َّنا‬ َ ‫َمنْ َح َم َل َع َل ْي َنا ال ِّسالَ َح َف َلي‬

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah


daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada
golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahwa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir
iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa
maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa
“bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk
melakukan penipuan.

1.5 Mungkir Janji

Mungkir janji bermaksud apabila seseorang itu melafazkan janji dan


dalam pada yang sama dia sudah berniat dalam hati yang dia tidak akan
menunaikan janji tersebut tanpa ada usaha langsung untuk menunaikannya.
Akan tetapi, sekiranya seseorang itu tidak dapat menunaikan janji padahal dia
telah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi janjinya, itu tidaklah dikira
mungkir janji. “Janji adalah hutang” oleh itu kita perlulah menepati janji yang
telah dijanjikan.

Menurut islam, ciri-ciri seorang mukmin perlulah sentiasa berusaha menepati


janji termasuk janji yang harus, apatah lagi pada perkara yang wajib
dipenuhinya. Apabila ingkar terhadap sesuatu perjanjian, itu adalah tanda
orang yang mempunyai ciri kemunafikan. Allah S.A.W mengutuk keras,
melaknat serta akan menimpakan bencana kepada seseorang yang ingkar

7
kepada janjinya sendiri. Bukan hanya janjinya kepada Allah, Allah juga
melaknat manusia yang melanggar janjinya terhadap manusia lainnya.

Dalam surat An Nisa ayat 145, Allah berfirman, “Sungguh, orang-orang


munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan
kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”. Oleh yang
demikian, semua manusia haruslah bertanggungjawab akan perbuatannya
selama di dunia. Hal ini termasuk semua janji yang pernah dia buat juga perlu
dipertanggungjawab olehnya saat di akhirat kelak.

8
2.1 BENTUK-BENTUK RASUAH

Secara amnya rasuah ini hadir dalam pelbagai bentuk sama ada
secara fizikal mahupun perbuatan seseorang. Sedia maklum kita tahu
bahawa rasuah ini mempunyai banyak cabang yang membawa kepada
perbuatan rasuah iaitu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah,
penyelewengan, penipuan dan juga mungkir janji dalam kalangan profesional.
Perkara ini semuanya akan mengakibatkan berlakunya gejala rasuah ini.
Kita juga sudah sedia maklum apa itu rasuah iaitu perbuatan
penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk
seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Rasuah atau juga boleh
dipanggil sebagai suapan boleh hadir dalam pelbagai bentuk, suapan terdiri
daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, dan
diskaun. Kita sebagai orang awam jika terlihat seseorang individu menerima
atau memberi barang sudah pasti kita hanya beranggapan bahawa individu
tersebut mendapat hadiah walhal barang itu juga merupakan medium untuk
memberi rasuah. Ini juga salah satu teknik bagi seseorang menerima atau
memberi rasuah individu akan memberikan atau menerima rasuah jika
tawaran tersebut akan memberikan manfaat kepada mereka. bagi inidividu
yang menerima dan memberi rasuah secara automatik mereka telah
membuat kesalahan pecah amanah oleh kerana mereka telah melanggar
tanggungjawab yang telah mereka galas.
Seterusnya, Penyalahgunaan kuasa juga merupakan perbuatan yang
juga menggambarkan aktiviti rasuah. Sebagai contoh individu berkaitan akan
menyalah guna maklumat dalaman dan melanggar peraturan pekerjaan oleh
kerana menerima suapan daripada individu yang memberikan rasuah bagi
mendapatkan manfaat kepada diri mereka. Teknik yang biasa digunakan ialah
dengan menggunakan orang yang diberi kuasa dengan meminta mereka
melanggar peraturan dan amanah yang diberikan kepada mereka ataupun
mereka akan memberi keutamaan kepada individu yang telah memberikan
suapan kepada mereka untuk mendapatkan keuntungan kepada mereka.
Selain itu, gejala penipuan juga kerap berlaku di dalam negara kita kini
di mana ramai masyarakat kita telah menjadi mangsa penipuan dalam

9
pelbagai bentuk. Contoh-contoh penipuan yang terdapat kini ialah penipuan
kewangan, dan juga penipuan maklumat diri. Kita sering dengar istilah
“scammer” digunakan bagi menggambarkan individu yang melakukan
penipuan. Di negara kita sudah ramai individu yang terkena dengan penipuan
daripada scammer ini. Kebanyakkan individu yang sudah terkena ini
menyatakan bahawa mereka ditipu dengan kaedah panggilan telefon.
Scammer akan membuat panggilan langsung kepada kepada sasaran
mereka dan mereka akan menyamar dan menyatakan bahawa mereka
adalah wakil daripada badan kerajaan kemudian mereka akan mengatakan
bahawa individu sasaran mereka ini mempunyai tunggakan atau denda dan
mereka dikehendaki untuk menyelesaikan hutang atau tunggakan seperti
yang mereka nyatakan dan kebanyakkan daripada sasaran mereka itu
mempercayai penipuan mereka dan mengikut segala permintaan mereka. jika
kita berada di situasi sasaran sudah pasti kita akan mempunyai perasaan
risau dan takut sehingga kita terus mengikut permintaan individu tersebut.

2.2 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Walaupun kini masyarakat sudah didedahkan secara meluas berkaitan


gejala rasuah ini tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tetap menerima
mahupun memberi rasuah. “Sudah terang lagi bersuluh” bahawa gejala ini
akan mengakibatkan negara kita dipandang rendah oleh negara lain oleh
kerana isu korupsi yang sering terjadi di dalam kalangan orang-orang
korporat. Disini dapat kita lihat bahawa tiada manusia yang sempurna kerana
walaupun mereka tahu aktiviti rasuah itu salah tetapi masih ada individu yang
memberi dan menerima rasuah. Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada
puncanya dan kadangkala punca itu datang daripada diri kita sendiri.
Antara punca-punca seseorang individu itu boleh terlibat dengan gejala
ini adalah disebabkan oleh lemahnya iman dan taqwa dalam diri mereka.
Setiap agama yang ada di atas muka bumi ini meminta agar umatnya tidak
menerima mahupun memberi rasuah dalam kehidupan mereka kerana kita
digalakkan untuk mencari rezeki dengan cara yang betul. Oleh itu, dalam
mencari rezeki kita hendaklah mengikut landasan ajaran agama agar rezeki

10
yang diperolehi itu tidak dicemari dengan perkara-perkara yang menyalahi
hukum syarak. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah
ayat 168:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

ٌ‫ن ِإ َّن ُه ۥ َل ُكمۡ َع ُد ۬ ٌّو م ُِّبين‬


‌ِۚ ‫ت ٱل َّش ۡي َط ٰـ‬ ُ ‫ض َح َل ٰـ ۬الً َط ِّي ۬ ًبا َواَل َت َّت ِبعُو ْا ُخ‬
ِ ‫ط َوٲ‬ ِ ‫َي ٰـَٓأ ُّي َها ٱل َّناسُ ُكلُو ْا ِممَّا فِى ٱَأۡل ۡر‬

‫صدق هللا العظيم‬

“Wahai manusia! Makanlah makanan daripada apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh nyata bagi kamu.”

Selain larangan yang di tuntut dalam agama islam terdapat petikan yang saya
ambil daripada artikel berita sinar harian iaitu:

Pengarah Penatalayanan Southern Asia Pacific Division of Seventh-day


Adventist, Jibil Simbah berkata, pihaknya memegang satu ketetapan
berdasarkan kitab Taurat yang mana ia meliputi tiga kategori berkaitan
rasuah.

“Yang pertama, mereka yang memberikan perkhidmatan. Kedua, mereka


yang menerima sogokan. Dalam kitab Taurat biasanya hakim bertindak
dengan cara yang tidak adil iaitu untuk memutarbelitkan keadilan.

“Ketiga, mereka menjadi mangsa di atas perbuatan yang tidak bermoral,”


katanya dalam program bertajuk ‘Interfaith Dialogue: Rasuah Menurut
Perspektif Agama’ secara dalam talian pada Sabtu.

Petikan artikel ini juga menerangkan bahawa di dalam kitab taurat juga
melarang individu untuk menerima dan memberi rasuah kerana kesan
daripada gejala ini amatlah tidak baik.

Selain itu, masyarakat kini suka mengamalkan kehidupan sehari-harian


mereka dengan cara hidup yang melampaui kemampuan hidup mereka.
Ramai diantara masyarakat kini suka berbelanja diluar kemampuan mereka
sehinggakan mereka sanggup menerima apa-apa tawaran yang akan
memberikan keuntungan kepada mereka walaupun mereka perlu melanggar

11
peraturan dan tanggungjawab kerja mereka. Sikap tamak dan tidak bersyukur
dengan rezeki diri sendiri mendorong mereka untuk menerima rasuah
sehingga aktiviti itu akan merosakkan diri mereka sendiri.

Akhir sekali, sosial dan budaya di malaysia juga adalah salah satu
punca kepada peningkatan kepada aktiviti pemberian dan penerimaan rasuah
di Malaysia oleh kerana komuniti di negara kita sering menormalisasikan
aktiviti pemberian hadiah pada hari-hari perayaan di Malaysia. Pada mata kita
ianya satu perkara yang biasa tetapi sebaliknya bagi individu yang ingin
memberi rasuah. Sebagai contoh mereka akan memberikan hadiah yang
mempunyai nilai yang tinggi dan sebagai ganti kepada hadiah tersebut
individu yang menerima hadiah tersebut perlu melakukan sesuatu sebagai
balas kepada hadiah tersebut. Perkara ini secara tidak langsung boleh
merosakkan pemikiran masyarakat di negara ini. Bagi menghalang gejala ini
terus berleluasa pendidikan daripada awal perlu diberikan kepada anak-anak
muda supaya mereka dapat membezakan perkara baik dan juga buruk. Ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam memelihara akhlak anak-anak
mereka.

12
3.0 GEJALA RASUAH.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM mendefinisikan


Rasuah sebagai perilaku Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah
atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah,
diskaun.

3.1 Punca Kegagalan Gerakan Anti Rasuah.

Biarpun ramai yang menyedari rasuah adalah haram, dan menyalahi


undang-undang, gejala ini terus berkembang di kalangan masyarakat sama
ada pada peringkat atasan atau bawahan. Jadi kegagalan gerakan anti
rasuah mungkin terjadi kerana sistem birokrasi yg memberikan peluang kpd
petugas2 kerajaan dalam pelbagai peringkat ini mengambil kesempatan, hal
ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran yang melalui banyak
peringkat dan jabatan2 yg mengambil masa yang lama justeru itu terdapat
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan memberikan duit kopi
ataupun rasuah kepada petugas untuk mempercepatkan urusan mereka.
Selanjutnya, keinginan di luar kemampuan dan keterbukaan terhadap
peluang menyebabkan individu tersebut akhirnya terjerumus dalam
melakukan rasuah. Dapat dikatakan bahwa apa yang terjadi di Malaysia saat
ini bermula dari sikap masyarakat yang tidak bertanggung jawab itu sendiri.
Buktinya, masyarakat Malaysia mempraktekkan budaya "diam" jika mereka
yang menyaksikan kekerasan enggan angkat bicara atau melaporkan kasus
kerusuhan yang terjadi.
Antara sebab lain mungkin terjadi akibat daripada sosial dan budaya
kita sendiri. Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk
wang dan benda,sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan,
majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi
kesempatan kepada perusahaan penerima rasuah melakukan rasuah sama
ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. Seterusnya ialah
modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan
pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Sebab yang
terakhir adalah politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan
untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah
untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul
kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

13
3.2 Cara Menangani Rasuah.

Jika Malaysia mahu berjaya menangani rasuah dan penyalahgunaan


dana politik, ia perlu mengubah budaya dan pemikiran rakyat di peringkat
akar umbi. Peranan kerajaan adalah melaksanakan tugas tidak kira tinggi
atau rendah, lebih giat bertindak, turun padang menyiasat seperti rakyat
biasa, dan memberi hukuman yang lebih berat dari sebelumnya.
Penguatkuasaan perlu diperkasakan untuk menyedarkan orang ramai betapa
bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika keselamatan negara tidak
dibendung dan dibendung. Tambahan pula, pengamal rasuah akan berfikir
dua kali sebelum cuba melakukan rasuah kerana hukuman berat.
Selain itu, perkuat institusi Pencegahan Anti Rasuah. Untuk
mengendalikan penyebaran gejala ruam menular di negara ini, pemerintah
harus terus memperkuat Badan Pencegahan Rasuah sebagai lembaga luar
biasa yang akan mengendalikan penyebaran gejala ruam di masyarakat
Malaysia. Selain itu, semua tugas ahli Badan Pencegahan Anti Rasuah juga
harus dilakukan oleh orang-orang yang benar-benar berwibawa, benar dan
bertanggung jawab. Dengan kata lain, inisiasi program integritas nasional
dapat disamakan dengan kontrol badan yang dinamis dan didasarkan pada
undang-undang yang ditetapkan pemerintah. Pemantauan Pergerakan
Keuangan Pemantauan pergerakan keuangan seseorang dapat dikawal untuk
menghindari merebaknya gejala gegabah dalam kehidupan masyarakat saat
ini. Jika kerajaan benar-benar ingin menghilangkan masalah pelayanan
pejabat di negaranya, pemerintah bisa mengambil langkah ini.
Seterusnya, keyakinan yang luhur dan individualitas merupakan
benteng terkuat melawan gejala rasuah. Jika semua orang membenci rasuah,
baik itu orang biasa, pemimpin, pedagang, atau pegawai kerajaan, atau
bahkan siapa pun, kita akan dapat mengatasi rasuah. Kekuatan iman dan
identitas dapat menahan musuh bahkan jika tidak ada yang mengetahuinya,
dan kesempatan terbuka di depan mata kita. Kebencian rasuah
terinternalisasi jika seseorang dididik sejak masa sekolah lagi tentang
keburukan rasuah. Generasi yang dididik membenci rasuah akan menjadi
lebih bertanggung jawab, amanah, dan tulus.

14
4.0 KES RASUAH BERPROFIL TINGGI MELIBATKAN PROFESIONAL
AWAM DAN SWASTA.

1. Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang merupakan skandal mengenai


pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan banyak
pihak seperti Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Lembaga Pelabuhan Klang
(PKA) dan lain-lain. PKFZ adalah milik PKA. KDSB dilantik sebagai pemaju
projek 'turnkey' PKFZ. PKFZ kini diuruskan oleh Port Klang Free Zone Sdn
Bhd, anak syarikat LPK. Kementerian Pengangkutan menafikan zon PKFZ
satu skandal dan menafikan duit pembinaan telah lesap.Ramai pihak
mempertikaikan kos penyediaan zon PKFZ yang melambung sehingga RM
4.6 billion. Ada dakwaan bahawa wujud penyelewengan dan menyebabkan
projek itu gagal dan menjadi gajah putih.
Pengerusi eksekutif PKFZ ialah Lim Thean Shing.Pengerusi Pihak
Berkuasa Pelabuhan Klang ialah Datuk Lee Hwa Beng.Bekas pengerusi
PKFZ Datin Paduka O.C. Phang telah meletakkan jawatan. PKFZ beroperasi
di kawasan seluas 400 hektar di Pulau Indah, bersebelahan Pelabuhan Barat,
Pelabuhan Klang, Selangor,Malaysia. PKFZ mula beroperasi sejak 1
November 2007. PKFZ merupakan projek nasional. Kabinet meluluskan
PKFZ pada 1999. Tujuannya untuk menyediakan infrastruktur untuk
membantu pertumbuhan kargo di Pelabuhan Klang, menjana pertumbuhan
ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan
sokongan serta aktiviti perniagaan sampingan. PKFZ telah menarik 30
pelabur bernilai RM 725 juta. Pelabur tersebut ialah ker Kvaerner dari
Norway, Score Asia, Azron Wall System, Veheng Auto Link (Asia), Nova
Logistics, Biodiesel SP dan Oriental SP. LPK bekerjasama dengan
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi menjadikan PKFZ
sebagai pusat pengedaran dan pengagihan serantau. PKFZ dikatakan projek
yang berdaya maju kerana kendalian di West Port meningkat dari 1,000
kepada 2,000 kontena sebulan.
Pada 20 Mei 2009, kerajaan Malaysia hanya memberi pinjaman mudah
kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Pinjaman itu bukan
menyelamatkan PKFZ . LPK perlu membuat bayaran balik kepada penjual

15
tanah dan juga pemaju dan pembayaran adalah secara berperingkat
mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Sehingga 31 Mac 2009,
LPK telah membayar sebanyak RM238 juta untuk pembelian tanah dan
RM480 juta untuk kerja-kerja pembangunan.

2. Skandal 1Malaysia Development Berhad atau skandal 1MDB ialah


dakwaan skandal politik yang berlaku di Malaysia. Pada tahun 2015, Perdana
Menteri Malaysia Najib Razak dituduh menyalurkan lebih RM 2.67 bilion
(hampir ASD 700 juta) dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah
syarikat pembangunan strategik yang dikendalikan oleh kerajaan, kepada
akaun bank peribadi beliau. Peristiwa itu mencetuskan kritikan yang meluas di
kalangan rakyat Malaysia, dengan ramai yang menyeru peletakan jawatan
Najib Razak termasuk Mahathir Mohamad yang telah berkhidmat sebagai
Perdana Menteri, yang akhirnya mengalahkan Najib untuk kembali berkuasa
selepas pilihan raya umum ke-14.
Pemimpin politik Anwar Ibrahim secara terbuka mempersoalkan
kelayakan 1MDB. Beliau memberitahu Parlimen bahawa menurut rekod yang
dipegang oleh komisen syarikat, syarikat itu tidak mempunyai alamat
perniagaan dan tiada juruaudit yang dilantik. Menurut akaun yang difailkan
secara umum, 1MDB mempunyai hampir RM 42 billion (ASD 11.73 billion)
dalam hutang. Sesetengah hutang ini menghasilkan daripada terbitan bon
2013 yang dijamin negeri bernilai $ 3 billion yang diketuai oleh Goldman
Sachs, yang dipercayai telah membuat sebanyak $ 300 juta yuran dari
perjanjian itu sahaja, walaupun ia mempertikaikan angka ini. Majlis Raja-Raja
di Malaysia telah menyeru agar siasatan oleh kerajaan selesai secepat
mungkin, dengan mengatakan bahawa isu itu menyebabkan krisis keyakinan
di Malaysia.
Selepas pilihan raya umum ke-14, Perdana Menteri yang baru dipilih
Mahathir bin Mohamad berkata terdapat bukti yang cukup untuk membuka
semula siasatan terhadap skandal 1MDB. Dalam bulan-bulan selepas pilihan
raya, pihak berkuasa Malaysia menghalang Najib Razak dari meninggalkan
negara, merampas wang tunai yang besar dan barangan berharga dari
premis yang dikaitkan dengannya, dan menyalahkannya dengan pecah
amanah jenayah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa,

16
sementara Jho Low didakwa dengan pengubahan wang haram. Setelah
memfailkan aduan yang mendakwa bahawa lebih daripada AS $ 4.5 billion
telah dialihkan dari 1MDB oleh Jho Low dan konspirator lain termasuk
pegawai dari Malaysia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, Jabatan
Keadilan Amerika Syarikat berkata ia akan terus melakukan siasatan ke
1MDB dan melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa
Malaysia.
Pada 28 Julai 2020, bekas Perdana Menteri Najib Razak dijatuhi
hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah
terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan
pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd
(SRC).
Pada 23 Februari 2022, saksi dalam perbicaraan rasuah bekas
jurubank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng memberi keterangan bahawa
bekas ketua Goldman Lloyd Blankfein bertemu pada 2009 dengan perdana
menteri Malaysia ketika itu Najib Razak mendahului AS$6.5 billion
(RM27.2bil) dalam urus niaga bon untuk dana kekayaan negara - dan
mesyuarat itu datang dengan agenda. Sebagai balasan untuk perniagaan
yang menguntungkan itu, Goldman adalah untuk mendapatkan pekerjaan tiga
anak Najib di bank. Pada 24 Februari, anak perempuan Najib, Nooryana
Najwa Najib telah mengesahkan bahawa dia cuba memohon pekerjaan di
Goldman Sachs. Dia berkata dia pernah bertemu dengan dua bekas pekerja
Goldman Sachs, Roger Ng dan Tim Leissner sebagai sebahagian daripada
usaha rangkaiannya untuk mendapatkan "pekerjaan yang kompetitif".

3. Kes Jabatan Air Sabah. Siasatan Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah
merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) yang menyaksikan penyalahgunaan kuasa di dalam Jabatan Air
Negeri Sabah antara 2015 hingga 2016 yang mengakibatkan penangkapan
dua pegawai kanan agensi kerajaan bersama dengan rampasan sebanyak
RM3 juta yang telah disimpan di dalam peti besi di pejabat salah seorang
suspek, bersama-sama dengan wang tunai berjumlah RM52 juta yang disita
dari pelbagai tempat, termasuk dari rumah pejabat yang termasuk barang
kemas emas dan batu, jam tangan jenama mewah, 94 beg tangan

17
berjenama, sembilan kereta mewah dan fail yang mengandungi 127 geran
tanah kedua-dua pegawai.Seorang lagi ahli perniagaan bergelar "Datuk"
(salah seorang adik-beradik pegawai) dan akauntannya juga ditangkap
berkaitan dengan kes itu. Semasa merampas RM52 juta itu, ahli SPRM yang
terdiri daripada 30 orang mengambil masa 15 jam untuk meneruskan,
menggunakan nombor siri untuk menganggarkan beberapa susunan yang
dimeterai.
Jumlah perampasan itu kemudian meningkat kepada RM53.7 juta,
RM112 juta dan akhirnya kepada RM114.5 juta, dengan kes itu dianggap
sebagai penyitaan yang terbesar oleh SPRM dalam sejarah rasuah negara.
Sehingga 12 Oktober 2016, empat orang masih ditahan, dengan lima orang
lagi dipanggil untuk membantu memudahkan siasatan berikutan kenyataan
rekod daripada 40 orang, termasuk pegawai dan kontraktor jabatan. Tiga
saksi menyerahkan sejumlah RM1 juta kepada SPRM selepas memberikan
kenyataan mereka mengenai siasatan itu. Siasatan lanjut mendedahkan satu
lagi bank bernilai RM30 juta dengan jejak wang yang membawa kepada
Australia dan New Zealand dan satu lagi hak milik tanah berjumlah RM30
juta. Selama lebih dari 5 tahun, kedua-dua suspek utama telah mengambil
60% daripada dana negeri yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan yang
kononnya digunakan untuk kerja-kerja bekalan air. Berikutan siri penyiasatan
selama bertahun-tahun, satu pasukan SPRM kemudian menyerbu pejabat
Jabatan Air Negeri Sabah pada 4 Oktober 2016, menangkap pengarah
jabatan '''Awang Tahir Awang Talib''' (berusia 54 tahun) dan pembantunya
'''Teo Chee Kong''' (52) di tempat kejadian bersama dengan rampasan aset
bernilai RM114 juta dan RM53.7 juta dalam "wang tunai sejuk", dengan
siasatan lanjut mendedahkan jejak wang yang membawa kepada Singapura,
Australia dan New Zealand.

4. Skandal Migran Jabatan Imigresen. Skandal ini berlaku pada 2016,


melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, yang dianggap sebagai sebahagian
daripada rasuah berskala kecil seperti rasuah yang berlarutan sejak sekian
lama. siasatan dalaman mendedahkan beberapa bentuk rasuah, termasuk
gangguan sistem dalam talian dalam jabatan imigresen, yang membenarkan
akses wang tunai dan pergerakan individu yang tidak selaras dengan

18
peraturan imigresen. Dua pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan menyeludup migran di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini
masing-masing pada 20 November dan 6 Disember 2016.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh iaitu Abd Faiz
Hannan Ibrahim, 24, dan Adly Affandy Abdul Rahim, 34, didapati melakukan
kesalahan itu di Kaunter Kawalan Masuk Udara, Aras 3, Balai Ketibaan, KLIA.
Tertuduh pertama, Abd Faiz berasal dari Penampang, Sabah dituduh
menyeludup migran warga Bangladesh, Abdul Momen di lokasi itu kira-kira
jam 10.30 pagi pada 20 November 2016.Tertuduh kedua, Adly Affandy
berasal dari Semenyih pula dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi sama
antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi pada 6 Disember 2016 dengan menyeludup
dua warga Bangladesh iaitu Md Mosarof dan Ashabul Haque. Mereka
didakwa mengikut Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan
Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan
penyeludupan migran dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak
lebih 15 tahun atau denda atau kedua-duanya. Selepas pertuduhan
dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Mohd Said, kedua-dua tertuduh
bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

19
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, apabila rasuah meningkat, ia secara tidak
langsung akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah di
Malaysia. Oleh itu, kerajaan pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan
rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri
daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana
kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan
penjawat awam yang berpangkat besar. Kita juga sebagai seorang individu
yang beretika dan berwawasan haruslah menjauhi rasuah untuk menjaga
kehormatan diri, negara dan masyarakat.

20

You might also like