You are on page 1of 4

Rasuah transaktif merupakan makna teras bagi perkataan ‘Rasuah’ yang merujuk

perbuatan kesepakatan timbal balik antara pihak pemberi dan penerima demi keuntungan
kedua belah pihak. Berikut merupakan contoh data yang mempunyai rasuah transiktif
dalam korpus kontemporari yang dikaji:

Data rasuah transaktif Contoh ayat


Data pertama “Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di sebuah
daerah di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) petang ini kerana disyaki menerima rasuah.”
Data kedua "Sejarah sebelum ini menunjukkan ramai pemain tempatan
terbabit dengan rasuah sehingga dikenakan hukuman
digantung seumur hidup walaupun mempunyai masa depan
cerah dalam bola sepak,"

Kedua-dua data di atas telah menggunakan perkataan rasuah yang merujuk kepada salah
satu makna tipologi berdasarkan Syed Hussein (1995), iaitu rasuah transaktif. Data satu
menerangkan bahawa seorang pegawai tanah ditahan kerana disyaki menerima rasuah.
Makna tipologi bagi data satu tersebut tidak dapat dibuktikan melalui ayat tersebut sahaja.
Namun begitu, perkara tersebut dapat dibuktikan apabila penulis meneliti konteks penuh
bagi kronologi rasuah yang disiarkan di dalam akhbar tempatan tersebut. Rasuah yang
dilakukan oleh pegawai tanah itu adalah perbuatan menerima rasuah berbentuk pinjaman
sebanyak RM 150,000 daripada syarikat bukan bumiputra, sebagai balasan pegawai tanah
perlu menggunakan nama anaknya sebagai proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab
Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina. Hal ini jelas menunjukkan
perbuatan rasuah transaktif yang melibatkan hubungan dua hala antara pemberi dan
penerima serta memberikan keuntungan kepada kedua belah pihak. Oleh hal demikian,
kedua-dua pihak yang terlibat mendapat keuntungan, iaitu pegawai tanah beruntung
menerima rasuah dalam bentuk wang nilai sebanyak RM 150,000, manakala pihak syarikat
bukan bumiputra tersebut dapat memiliki tanah berstatus rizab Melayu secara pemalsuan
pelaburan orang Melayu di dalam proses membeli tanah tersebut..
Data yang kedua menyatakan bahawa terdapat pemain bola sepak yang terbabit
dengan rasuah dikenakan hukuman digantung seumur hidup. Data kedua ini juga tidak
dapat menjelaskan secara langsung tentang rasuah transaktif yang berlaku di dalam konteks
ayat tersebut. Hal ini, telah diteliti oleh penulis terhadap kes-kes rasuah yang telah
direkodkan dan membabitkan pemain bola sepak. Kes rasuah yang melibatkan pemain bola
sepak lazimnya melibat pengaturan sesuatu perlawanan dengan secara tidak langsung dapat
menyusun kedudukan liga. Hal ini dapat diperlihatkan dengan kes sebenar yang berlaku
seperti petikan akhbar di bawah.

“SPRM semalam menahan me­reka yang terdiri daripada seorang penjaga gol dan dua
pemain pertahanan kerana dipercayai mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai
habuan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana musim ini.”

(Utusan Melayu (M) Bhd, 6 April 2017)

Berdasarkan petikan tersebut, rasuah transaktif dapat diterangkan apabila kedua-


dua pihak yang terlibat didapati mendapat keuntungan bersama. Proses timbal balik yang
berlaku di dalam kes tersebut melibatkan ‘bookie’ sebagai pemberi rasuah kepada tiga
orang pemain bola sepak supaya menyusun keputusan perlawanan. Dalam hal ini, ‘bookie’
merupakan penjudi yang mempertaruhkan sejumlah wang terhadap sesuatu keputusan
sesuatu perlawanan. Oleh itu, penerima rasuah yang pada awalnya ialah pemain bola sepak
tersebut telah bertukar peranannya sebagai pemberi rasuah dalam bentuk jasa menyusun
perlawanan dengan secara tidak langsung telah memberikan keuntungan kepada ‘bookie’.
Maka, rasuah transaktif telah dibuktikan apabila terdapatnya proses timbal balik dalam
kronologi rasuah.

Perbuatan rasuah transaktif ini boleh juga dijelaskan dengan lagi berdasarkan
prinsip kognitif seperti skema imej penghubung (link) berdasarkan metafora ontologi yang
mengkonsepsikan RASUAH ADALAH SATU ENTITI PENGHUBUNG. Metafora
antologi ialah pengkonseptualisasian benda yang abstrak (emosi, idea yang abstrak,
fenomena persekitaran) menjadikannya seperti benda (biasanya entiti, benda konkrit atau
tempat). Skema imej penghubung mewujudkan hubungan yang mengawal dengan yang
dikawal apabila kedua-duanya berada dalam satu persekitaran. Menurut Lakoff 1987 dalam
Nor Hashimah dan Rozaimah (2008) penghubung ini boleh sama ada dalam bentuk abstrak
atau konkrit menyebabkan satu pihak dikawal oleh pihak yang satu lagi. Rasuah yang
dianggap sebagai satu entiti penghubung antara dua pihak dapat dilihat menerusi konteks
kronologi rasuah bagi data tersebut. Sebagai contoh, konteks kronologi kes rasuah yang
berlaku di data dua telah membuktikan rasuah yang berlaku adalah rasuah transaktif
melalui penggunaan kata tugas “untuk” yang menghubungkan proses timbal balik antara
dua pihak yang terlibat seperti di bawah.

“…seorang penjaga gol dan dua pemain pertahanan kerana dipercayai mengambil wang
rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan…”

Penggunaan kata tugas ‘untuk’ dapat didefinisikan sebagai penghubung antara


pemberi rasuah dalam bentuk wang tunai, agar penerima rasuah dapat memperlakukan
sesuatu jasa yang menguntungkan dirinya. Scara tidak langsung, pendefinisian tersebut
telah menggunakan kata hubung ‘agar’ yang dapat membuktikan kewujudan perhubungan
ini. Oleh itu, didapati bahawa perkataan ‘untuk’ secara kognitifnya berkait rapat dengan
skema penghubung. Kata tersebut dapat mencetuskan imej penghubung antara dua pihak
untuk mengikut kepada apa yang telah dipersetujui atau bersepakat. Menerusi skema imej
penghubung, rasuah telah mencetuskan perhubungan timbal balik antara dua pihak lalu ia
menjadi entiti yang menghubungkan dua pihak yang dikawal serta pihak yang mengawal.

TR LM
Pemberi X Penerima LM
Penerima
1
LM X
Kesepakatan
Penerima
TR
2
X LM TR
TR Penerima X Pemberi

Rajah 1: Skema imej rasuah transaktif


Petunjuk:

LM - Landmark

TR - Trajector

X - Rasuah

Melalui Rajah 1, dapat difahami bahawa dalam transaksi atau hubungan pertama
(1), pemberi akan memberi rasuah (X) kepada penerima. Dalam transaksi kedua (2) pula,
penerima rasuah akan berperanan sebagai pemberi, manakala penerima dalam hubungan
pertama bertukar peranan sebagai pemberi dalam transaksi kedua. Garisan - - - - - dalam
Rajah 1 menggambarkan peranan pemberi dan penerima dalam kedua-dua transaksi ini
adalah berbeza. Transaksi atau hubungan pertama dan kedua inilah yang telah mewujudkan
hubungan dua hala dalam rasuah transaktif. Istilah trajector (TR) dan landmark (LM) oleh
Langacker (1987) telah digunakan seperti penggunaan dalam Nor Hashimah dan Rozaimah
(2008). TR ialah peserta yang diberikan tumpuan dalam satu senario yang diprofilkan. LM
ialah titik tumpuan dan lazimnya menjadi peserta sokongan dalam satu-satu senario yang
diprofilkan itu. TR biasanya entiti yang bergerak dan saiznya pula lebih kecil daripada LM.

You might also like