You are on page 1of 3

Draf Assignment MPU 2343

Tajuk: Rasuah

Fakta-fakta penting :

i) Maksud rasuah : Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk
seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi,
perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada
seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik
kontraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009)
(Akta 694) :

a) Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]


b) Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
c) Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
d) Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23
Akta SPRM 2009

ii) Gagal Melapor


a) Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2)
Akta SPRM 2009
b) DENDA : Tidak lebih RM100,000
c) PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali
d) Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan (4)
Akta SPRM 2009
e) DENDA : Tidak lebih RM10,000
f) PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali

iii) Anda Dilindungi


a) Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM
sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT
adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa
jua keadaan.
b) PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah
rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta
SPRM 2009.
c) PEMBERI MAKLUMAT boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010.
d) PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah
Akta Perlindungan Saksi 2009.
Pandangan Agama Islam terhadap rasuah.

Rasuah dalam Islam tidak memiliki makna yang tunggal. Ia di fahami melalui banyak maksud,
pengertian dan istilah dalam Islam sebagaimana yang akan dijelaskan berikut. Dalam Ensiklopedia
Hukum Islam, korupsi bererti perbuatan buruk atau tindakan menyelewengkan dana, wewenang,
waktu, dan sebagainya demi kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian bagi pihak
lain.15 Hamka memahami rasuah berasal dari kalimat yaghulla dan yaglula yang bererti curang. Iaitu
seseorang yang mengambil barang sesuatu lalu memasukkan dengan sembunyi ke dalam kumpulan
barang-barangnya yang lain. Menurut al-Sya`rawi, Suht memiliki makna yang sangat luas iaitu setiap
harta yang bersumber dari yang haram seperti rasuah, riba, mencuri, penggelapan (harta awam),
meragut, merompak. Termasuk dari rasuah atau korupsi adalah syaraqah (pencurian), ghazab
(penggunaan hak orang lain tanpa izin), ghulul (penyelewengan harta negara dalam ghanimah),
rasyuah (suapan), khianah (khianat) dan harobah (perampasan). Jika rasuah mengarah kepada
kerosakan makro ekonomi dan sosial negara, maka layak dikategorikan sebagai hirobah iaitu
perompakan yang hukumannya boleh hukuman mati.

Para fuqaha’ dan ulama Muslim menetapkan bahawa sekiranya seluruh pelaku kejahatan rasuah
dikenakan hukuman yang berat sesuai dengan ketetapan syariah Islam, maka hal itu akan
memudahkan realisasi pencapaian kemaslahatan masyarakat. Masyarakat akan menjadi stabil dan
pembangunan yang menyeluruh pun akan tercapai. Korupsi menurut keputusan Majlis Tarjih Ulama
Muhammadiyah dimasukkan dalam kategori sebagai berikut; ghulul, iaitu menggelapkan harta
rampasan perang dengan tujuan memperkaya diri sendiri, merugikan orang lain bangsa dan negara,
penyalahgunaan kuasa, melawan hukum, norma dan moral dalam masyarakat. Riswah, (suap),
khianat, Mukabarah, ghasb, saraqah (pencurian), intikhab (penyeluk saku atau mengutil), dan akl
suht (makan hasil atau barang haram). Sementara setelah pengkaji mewawancarai beberapa orang
yang lama tinggal di dunia Arab mengatakan bahawa kalimat yang paling tepat untuk korupsi yang
biasa digunakan dalam bahasa Arab yang masyhur dipakai dalam dunia Arab saat ini adalah ikhtilash.
Ikhtilash dalam Kamus Bahasa Arab-Melayu diertikan dengan penyelewengan, sementara dalam
bahasa Indonesia difahami dengan penggelapan. Khalasha, yakhlishu, ikhtilasan juga bermaksud
mengambil dengan sembunyi.

Perbandingan Agama Kristian terhadap Rasuah.

Pandangan agama Kristen terhadap rasuah adalah sangat negatif. Agama Kristen mengajarkan nilai-
nilai moral yang kuat, termasuk kejujuran, keadilan, dan integritas. Rasuah, yang melibatkan
penerimaan atau pemberian suap untuk mempengaruhi tindakan seseorang dalam posisi kekuasaan,
melanggar prinsip-prinsip ini. Dalam Kitab Suci Kristen, terutama dalam Perjanjian Lama dan
Perjanjian Baru, rasuah disebutkan sebagai dosa yang serius. Rasuah dipandang sebagai perbuatan
yang tidak adil dan melanggar hubungan yang benar antara manusia dan Allah, serta antara manusia
satu sama lain. Contohnya, dalam Perjanjian Baru, rasuah disebutkan dalam beberapa ayat, seperti
Lukas 16:13, yang mengatakan, "Tidak seorangpun hamba dapat melayani dua tuan. Karena pastilah
ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau akan setia kepada yang seorang dan
mengabaikan yang lain. Kamu tidak dapat melayani Allah dan mamon."Pemimpin agama Kristen juga
sering menekankan pentingnya menghindari rasuah dan hidup dengan integritas. Mereka
menekankan bahawa setiap orang harus bertanggungjawab atas tindakannya di hadapan Allah dan
manusia. Rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat, menghasilkan ketidakadilan, dan
merosak hubungan sosial
Gereja dan komuniti Kristen juga secara aktif mendorong anggotanya untuk melawan rasuah dan
mempromosikan keadilan sosial. Mereka mendorong orang Kristen untuk hidup dengan kejujuran,
memberikan teladan yang baik dalam kehidupan sehari-hari, dan melibatkan diri dalam upaya
memerangi korupsi dan ketidakadilan. Dengan demikian, agama Kristen mengajarkan penolakan
terhadap rasuah dan mengajak umatnya untuk hidup dengan integritas, kejujuran, dan keadilan
dalam segala aspek kehidupan mereka.

You might also like