You are on page 1of 18

LMCR 3152 | INTERGRITI DAN RASUAH

TAJUK TUGASAN:
KAJIAN KES INDIVIDU DALAM PENGURUSAN TERTINGGI AGENSI
KERAJAAN

DITULIS UNTUK:
PROF MADYA DR FAZILAH IDRIS

DITULIS OLEH:

11111111111111111111111111111111111111111
ELLYSHA SYAFEENA BINTI ROSHAILI | A172710
1.0 PENGENALAN
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah didefinisikan sebagai
penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu
yang melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas
rasmi. Suapan memberi makna kepada wang, upah, hadiah, undi, bonus, jawatan, diskaun
dan perkhidmatan. Ramai diantara penjawat awam dan swasta bahkan orang awam sendiri
tidak mengetahui aktiviti rasuah yang disenaraikan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) adalah seperti berikut:
a. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]

b. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]

c. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]

d. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23


Akta SPRM 2009]

Lagi menurut SPRM, kegagalan melaporkan pemberian, janji atau tawaran rasuah
akan disabitkan kesalah diibawah Seksyen 25 dan Akta SPRM 2009 iaitu denda tidak lebih
RM100,000 atau hukuman penjara tidak lebih sepuluh (10) atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kegagalan melaporkan permintaan atau memperoleh suapan juga akan
dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua (2) tahun
atau kedua-duanya sekali.

Dalam terbitan e-akhbar, Astro Awani, yang ditulis oleh Ridauddin Daud, dan juga e-
akhbar Sinar Harian yang ditulis oleh Raiham Mohd Sanusi, kedua-dua menyatakan indeks
kedudukan Malaysia telah jatuh dari tangga 51 pada tahun 2019 kepada tangga 57 bagi
tahun 2020. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan
berkata antara punca yang menyebabkan indeks kedudukan Malaysia jatuh adalah kes-kes
rasuah yang berprofil tinggi. Malah kegagalan ahli politik dalam mempelbagaikan
pentadbiran juga salah satu dari puncanya.

Dapat dilihat dengan jelas disini, pengurusan tertinggi dalam agensi kerajaan
merupakan salah satu faktor kepada keruntuhan martabat atau kedudukan sesebuah negara.
Ia juga menjadi satu asbab utama kenaikkan kes-kes rasuah dan kejatuhan ekonomi. Dalam
kajian ini, saya akan menjelaskan beberapa kes rasuah yang berprofil tinggi dalam agensi
kerajaan yang berlaku dalam negara dan luar negara.

2
2.0 KES RASUAH DALAM NEGARA
a) Kes rasuah Bung Moktar: Surat permohonan Felcra Berhad, untuk melabur
RM150 juta dalam unit amanah, tidak melalui mesyuarat pengurusan tertinggi
untuk dikaji – saksi
YB Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin atau lebih dikenali dengan panggilan Bung
Mokhtar merupakan seorang Ahli Parlimen Kinabatangan di Sabah. Beliau juga
merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad. Pada 1 Mei 2019, Bung
Mokhtar telah ditahan oleh pihak SPRM Sabah, manakala isterinya, Datin Seri Zizi
Izette juga ditahan pada hari yang sama oleh pihak SPRM Putrajaya. Kedua-dua mereka
didakwa telah terlibat dengan kes rasuah yang melibatkan Federal Land Consolidation
and Rehabilitation Authority (FELCRA). Ketika penahanan dilakukan, Bung Mokhtar
dan isterinya telah memberikan kerjasama penuh dan mereka dibebaskan selepas lebih
kurang lapan (8) jam kenyataan mereka direkodkan oleh pihak SPRM.

Bung Mokhtar dan isterinya telah didakwa atas dua (2) tuduhan menerima
rasuah atau suapan atau upah yang diterima melalui dua (2) individu yang berlainan
bagi mendapatkan kelulusan oleh FELCRA untuk menyertai produk unit amanah
Public Mutual Berhad. Pertuduhan pertama (1), Bung Mokhtar telah didakwa menerima
suapan yang bernilai RM2.2 juta yang diterima oleh seorang ejen pelaburan Public
Mutual, Madhi Abdul Hamid melalui transaksi akaun isterinya, Zizi Izette. Kemudian,
pertuduhan kedua (2), Bung Mokhtar sekali lagi didakwa memperoleh suapan wang
tunai bernilai RM262,500 oleh Madhi dan RM337,500 oleh Norhaili Ahmad Mokhtar
yang juga merupakn ejen pelaburan Public Mutual. Walaubagaimanapun, Bung
Mokhtar dan isterinya mengaku tidak bersalah diatas segala pertuduhan.

Kes rasuah ini telah berlarutan sehingga kini, dan masih belum ada kata putus
yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Wacana dari pandemik Covid-19 yang
melanda, perbicaraan kes rasuah ini juga tertangguh sehingga lima (5) hari yang
ditetapkan diantaranya, 26 Julai hingga 30 Julai untuk perbicaraan semula. Berdasarkan
pertuduhan ke atas Bung Mokhtar, pendakwaan terhadapnya adalah mengikut
Subseksyen 17(a) Akta SPRM dimana beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1)
Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda
tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang
lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

3
b) Kes rasuah Ku Nan: Ku Nan dipenjara 12 bulan, denda RM2 juta
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan
merupakan seorang Ahli Parlimen Putrajaya yang juga merupakan bekas Menteri
Wilayah Persekutuan telah didakwa menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada Tan
Sri Chai Kin Kong yang merupakan Pengarah Urusan syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd
(AKSB). Wang tunai tersebut telah diterima melalui cek Hong Leong Islamic Bank
milik syarikat AKSB yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik
Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB). Tertuduh didakwa melakukan perbuatan
tersebut pada 14 Jun 2016 di cawangan CIMB Bank Berhad Pusat Bandar Damansara.
Terdapat pelbagai kosnpirasi yang berlaku ketika siasatan dijalankan terhadap
Ku Nan. Antara konspirasinya yang dikemukakan ialah, (1) salinan resit sumbangan
politik RM2 juta tidak dijumpai dan (2) tiada wang RM2 juta diberi kepada UMNO.
Berdasarkan konspirasi pertama (1), Nik Muhammad Faiez Idris yakni merupakan
Penolong Pengusaha SPRM memaklumkan tiada salinan pendua dijumpai di dalam
buku resit rasmi UMNO ketika beliau menyemak buku resit tersebut pada 18 Julai, jam
10 pagi bersama dengan seorang lagi pegawai SPRM, Mohd Afzal Tiyasin. Menurut
Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, kewujudan resit tersebut diketahui sejurus
dikemukakan oleh pihak pembelaan pada 17 Julai yang lalu. Tambahnya lagi, perkara
ini selaras dengan Seksyen 51A(4) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), di mana fakta jelas
menunjukkan penyerahan lewat dokumen itu tidak dibuat secara sengaja atau dengan
niat jahat. Konspirasi kedua (2) berlaku apabila siasatan yang dijalankan oleh pihak
SPRM mendapati tiada transaksi berhubung RM2 juta daripada syarikat THSB
disalurkan ke dalam akaun UMNO. Penguasa SPRM, Muhammad Saad mengesahkan
siasatan tersebut dan menyatakan beliau tidak ‘nampak’ sebarang penggunaan dana
tersebut digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai
Besar seperti diperkatakan oleh tertuduh.

Pada Disember 21, 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman


penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan apabila didapati bersalah
menerima ‘suapan’ bernilai RM2 juta bagi dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, pada
April 2021, Mahkmah Rayuan telah menetapkan tarikh lain untuk membuat keputusan
berkenaan kes rasuah tersebut sekaligus menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara
dan denda sehingga keputusan rayuan diputuskan.

4
3.0 KES RASUAH LUAR NEGARA
a) Kes rasuah Juliari Peter Batubara: Menteri Hal Ehwal Sosial, Juliari Peter
Batubara terlibat dengan Skandal Rasuah Bantuan Covid-19 di Indonesia
Juliari Peter Batubara merupakan ahli politik yang mewakili kerajaan pemerintah, Parti
Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal
Sosial di Indonesia di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo. Pada Disember 2020,
Suruhanjaya Membanteras Rasuah (KPK) telah mendedahkan satu skandal rasuah dan
menamakan Juliari P dan empat (4) pegawai yang lain sebagai suspek untuk kes
tersebut.
Skandal rasuah ini berkait dengan sumbangan bantuan yang dilakukan oleh
kerajaan Indonesia ketika pandemik Covid-19. Menurut e-akhbar terbitan CNN
Indonesia, Juliari P telah melantik Matheus Joko Santoso dan Adi Wahyono sebagai
Pegawai Pembentuk Komitmen (PPK) bagi melaksanakan keseluruhan proses
sumbangan tersebut. Menerusi sumbangan ini juga, Ketua KPK, Firli Bahuri
menyatakan bagi setiap pakej bantuan sosial yang diterima mereka akan memperoleh
sejumlah ‘suapan’. Justeru itu, terdapat beberapa pembekal bantuan seperti Ardian IM
dan Harry Sidabuke serta PT Rajawali Parama Indonesia (RPI) yang dimiliki oleh
Metheus J telah mengikat kontrak persetujuan untuk menjadi ‘rakan kongsi’.

Skandal rasuah ini telah dibiayai menerusi dua (2) fasa yang berbeza. Pada fasa
pertama, Juliari P dipercayai telah menerima sejumlah wang bernilai Rp8.2 bilion bagi
pakej bantuan sosial yang pertama. Manakala, wang bernilai Rp8.8 bilion diterima pada
fasa kedua bagi pakej bantuan sosial yang kedua. Pihak KPK berjaya menumpaskan
skandal rasuah ini apabila menggagalkan cubaan Ardian IM dan Harry S untuk
memberikan wang suapan dalam nilai rupiah, dolar AS dan dolar Singapura yang
bernilai Rp14.5 bilion bersamaan dengan RM4.1 juta kepada Juliari P, Metheus J dan
Adi W.
Berikutan dari skandal rasuah ini, Presiden Joko Widodo atau lebih mesra
dikenali sebagai Jokowi menegaskan, beliau tidak akan sesekali melindungi jemaah
menterinya jika ada diantara mereka yang terlibat dengan rasuah. Menurutnya lagi,
beliau sudah mengingatkan setiap ahli jemaah untuk tidak terlibat dengan perbuatan
haram ini dan menyerahkan segala siasatan serta kepercayaannya kepada KPK bagi
menjalankan tugas mereka.

5
b) Kes rasuah Nguyen Bac Son: Mantan Menteri, Nguyen Bac Son dijatuhi hukuman
penjara seumur hidup diatas pertuduhan menerima rasuah
Pada tahun 2015, sebuah syarikat mudah alih terbesar milik kerajaan Vietnam, telah
terlibat dalam kegiatan rasuah. Syarikat tersebut dikenali sebagai MobiFone. Kegiatan
rasuah ini turut melibatkan bekas Menteri Vietnam, Nguyen Bac Son yang ketika itu
memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan Dan Komunikasi Vietnam. Dakwaan
tersebut menyatakan bahawa pada hujung penggal 2015, MobiFone mempunyai
keinginan untuk melabur dalam sektor televisyen berbayar. Kemudiannya, Son telah
mencadangkan pengambilalihan tersebut kepada sebuah syarikat Audio Visual Global
JSC (AVG).
Menerusi siasatan yang dijalankan, dengan arahan Son, AVG dan MobiFone
mencapai kata putus dimana MobiFone bersetuju membeli 95% saham syarikat AVG
dengan harga hampir VND8.9 trilion ($382.6 juta). Harga tersebut jauh lebih tinggi
daripada nilai sebenar AVG, dan memberikan banyak faedah kepada Ketua Pegawai
Eksekutif AVG, Pham Nhat Vu. Persetujuan kata putus tersebut telah diadakan
sehingga lima (5) kali rundingan diantara kesemua pihak terbabit.
Walaubagaimanapun, perkara ini digesa dilaksanakan dengan cepat sebelum penggal
tamat pada akhir tahun 2015. Son juga mengarahkan bekas timbalannya ketika itu,
Truong Minh Tuan untuk menandatangani keputusan bagi menyetujui pemerolehan
pada 21 Disember 2015 tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan Perdana
Menteri Vietnam ketika penggal itu.

Penyiasat mendapati bahawa rundingan tersebut dilakukan bermotifkan


keuntungan. Vu telah memberikan suapan $3 juta kepada Son, $200,000 kepada Tuan,
$2.5 juta kepada bekas ketua MobiFone Le Nam Tra dan $500,000 kepada bekas
pengarah umum MobiFone, Cao Duy Hai. Akibat dari kegiatan rasuah ini, kerajaan
Vietnam telah mengalami krisis kewangan yang serius sekaligus menjadi kes rasuah
MobiFone merupakan satu rasuah terbesar setakat ini dalam kempen anti-rasuah di
Vietnam yang telah melibatkan ratusan pegawai kerajaan. Sehubungan itu, Son
dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan berdepan hukuman tambahan penjara
16 tahun kerana melanggar peraturan pengurusan pelaburan awam.

6
4.0 KESIMPULAN
Setelah menelaah beberapa e-akhbar terbitan tempatan dan juga luar negara, pelbagai
konspirasi, kisah, recana, agenda dan motif yang dapat dilihat dari pelbagai sudut
terutamanya, apakah jenis rasuah yang digunakan dan bagaimana rasuah itu dilaksanakan
oleh pengurusan tertinggi dalam agensi kerajaan. Menurut pemahaman saya, agensi
kerajaan sepatutnya memainkan peranan utama dalam pembangunan sesebuah negara
kerana mereka merupakan tonggak utama yang menjadi contoh kepada pembangunan
ekonomi dan sosial. Antara contoh yang paling relevan untuk digunakan ialah,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menjalinkan hubungan diplomatik dengan
kerajaan China, Amerika Syarikat dan Jepun bagi mendapatkan bekalan vaksin untuk
rakyat Malaysia. Dari contoh yang mudah ini, kita dapat lihat bahawa agensi kerajaan
merupakan wakil negara bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara
yang lain.
Berbalik kepada rasuah, kegiatan ini adalah kegiatan haram yang perlu dibanteras dan
dihapuskan tidak kira dari apa cara dan sudut sekalipun. Ini kerana impak kepada perbuatan
rasuah itu dapat menjatuhkan ekonomi negara sekaligus menjadi punca kepada krisis
kewangan yang serius seperti kes rasuah Nguyen Bac Son yang berlaku di Vietnam. Tidak
kurang dari itu, kes rasuah yang melibatkan agensi kerajaan ini dapat menjadi punca kepada
hilangnya kepercayaan rakyat terhadap wakil-wakil rakyat dan juga para pemimpin. Justeru
itu, adalah penting bagi semua pihak untuk sentiasa memerhati setiap tindak-tanduk
pengurusan tertinggi agensi kerajaan ini dalam menjalankan kegiatan politik, transaksi
wang dan pemberian ‘hadiah’ kepada individu atau sesuatu kelompok yang lain.

Tambahan lagi, setiap negara mempunyai agensi atau pihak yang bertanggungjawab
bagi memastikan kegiatan rasuah ini tidak berlarutan. Tetapi apakan daya, apabila kuasa
pihak yang bertanggungjawab ini ditindas oleh pengurusan tertinggi dan mengaburi mata
pihak yang lain. Jangan diingat perkara ini hanya berlaku di drama Korea semata-mata,
kerana kadang-kadang perkara yang tidak diduga itu sudahpun menjadi basi. Masakan tidak
kes rasuah berprofil tinggi di serata negara masih tidak lagi selesai bertahun-tahun lamanya.
Justeru itu, perkara ini sebenarnya tidak mustahil berlaku sama ada di dalam negara
mahupun luar negara. Akhir kata, berhati-hati dengan setiap perbuatan yang baik dan
sentiasa berwaspada dengan segala kegiatan yang jelik kerana adakalanya, yang putih itu
hitam dan yang hitam itu putih.

7
5.0 RUJUKAN
2021. Bung Moktar dan Zizie dijangka didakwa hari ini. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bung-moktar-dan-zizie-dijangka-didakwa-
hari-ini-206749 [4 Julai 2021].
2021. Menteri Indonesia ditahan kerana rasuah. Berita Harian Online. 6 Disember 2020.
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/12/762203/menteri-indonesia-ditahan-
kerana-rasuah [4 Julai 2021].
2021. Tiada perlindungan bagi anggota kerajaan makan rasuah – Jokowi. Berita Harian Online.
8 Disember 2020. https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/12/762909/bhplus [4
Julai 2021].
Bao Ha. 2021. Former ministers in the dock over illegal acquisition of private TV firm. VN
Express. 16 Disember 2019. https://e.vnexpress.net/news/news/former-ministers-in-the-
dock-over-illegal-acquisition-of-private-tv-firm-4027811.html [4 Julai 2021].
Bernama. 2021. Bung Moktar Mohon Kelulusan Labur RM150 juta dalam unit amanah
daripada Kementerian Kewangan. Astro Awani. 22 Mei 2020.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bung-moktar-mohon-kelulusan-labur-
rm150-juta-dalam-unit-amanah-daripada-kementerian-kewangan-299190 [4 Julai 2021].
Bernama. 2021. Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai. Astro Awani. 10
Jun 2019. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sebutan-semula-kes-rasuah-
bung-moktar-zizie-izette-4-julai-209685 [4 Julai 2021].
CNN Indonesia. 2021. Kronologi Mensos Juliari Jadi Tersangka Kasus Bansos Corona. CNN
Indonesia. 6 Disember 2020. https://www.cnnindonesia.com/nasional/20201206015241-
12-578488/kronologi-mensos-juliari-jadi-tersangka-kasus-bansos-corona [4 Julai 2021].
Farah Marshita Abdul Patah. 2021. Bicara kes rasuah Bung Moktar, isteri tangguh. MyMetro.
2 Februari 2021. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/670445/bicara-kes-
rasuah-bung-moktar-isteri-tangguh [4 Julai 2021].
Farah Marshita Abdul Patah. 2021. Ku Nan diarah bela diri tuduhan rasuah RM2 juta. Berita
Harian Online. 14 Oktober 2019.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/617371/ku-nan-diarah-bela-diri-
tuduhan-rasuah-rm2-juta [4 Julai 2021].
Farah Marshita Abdul Patah. 2021. Ku Nan dipenjara 12 bulan, denda RM2 juta. Berita Harian
Online. 21 Disember 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/767403/ku-nan-dipenjara-12-
bulan-denda-rm2-juta [3 Julai 2021].
8
Farah Marshita Abdul Patah. 2021. Nasib Ku Nan diketahui 17 November ini. Berita Harian
Online. 23 September 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/734430/nasib-ku-nan-diketahui-17-
november-ini [4 julai 2021].
Fatin Hafizah Mohd Shahar. 2021. Salinan resit sumbangan politik RM2 juta tidak dijumpai.
Berita Harian Online. 19 Julai 2019.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/586931/salinan-resit-sumbangan-
politik-rm2-juta-tidak-dijumpai [4 Julai 2021]
Kasthuri Jeevendran. 2021. Hakim beri keputusan rayuan kes rasuah Ku Nan tarikh lain.
Malaysia Gazette. 5 Julai 2021. https://malaysiagazette.com/2021/04/22/hakim-beri-
keputusan-rayuan-kes-rasuah-ku-nan-tarikh-lain/ [4 Julai 2021].
Raiham Mohd Sanusi. 2021. Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia Jatuh ke tangga 57. Sinar
Harian. 28 Januari 2020.
https://www.sinarharian.com.my/article/121265/BERITA/Nasional/Indeks-Persepsi-
Rasuah-Malaysia-jatuh-ke-tangga-57 [3 Julai 2021]
Ridauddin Daud. 2021. Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia
pada tahun 2020. Astro Awani; 28 Januari 2020. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kedudukan-negara-dalam-cpi-jatuh-ini-antara-kes-rasuah-di-malaysia-pada-
tahun-2020-280195 [3 Julai 2021].
Siti Nurazlinee Azmi. 2021. Keputusan kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan 14 Oktober. Berita
Harian Online. 4 Oktober 2019.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/614108/keputusan-kes-rasuah-rm2-
juta-tengku-adnan-14-oktober [4 Julai 2021].
Siti Nurazlinee Azmi. 2021. Tiada wang RM2 juta diberi pada UMNO. Berita Harian Online.
2 Ogos 2019. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/591809/tiada-wang-rm2-
juta-diberi-pada-umno [4 Julai 2021].
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Apa Itu Rasuah?
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478 [2 Julai 2021].

9
6.0 LAMPIRAN

10
11
12
13
14
15
16
17
18

You might also like